TERHAD
ARAHAN KEPADA MURID:
1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan.
2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut berdasarkan kriteria rubrik yang ditetapkan.
TUGASAN
TERHAD
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 1BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH (21)
TAHUN 2015
1.0 ARAHAN KEPADA CALON
1.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 1 mata pelajaran Sejarah wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 1 tahun 2015.
1.2 Merancang dan menghasilkan tugasan ini dalam tempoh lapan waktu PdP.
1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini.
1.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
1.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan ( Lampiran 1 sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang )
1.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
1.7 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
1.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
1.9 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
1.10 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
1.11 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 2)
1.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat merupakan perbuatan menyalin / meniru / mencedok hasil kerja calon lain sepenuhnya atau menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda hanya diberikan gred F.
1.13 Pentaksiran / Penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
TERHAD
2
TERHAD
2.0 TUGASAN
Tugasan: Kaji dengan teliti maklumat di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan.
Peta perdagangan Melaka pada abad ke-15.
Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Ini dibuktikan oleh W.G. Shallebear, 1612. Sejarah Melayu. Edisi 1961, halaman 82 menyatakan “ Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.”
Berdasarkan maklumat di atas, buat kajian dan hasilkan satu laporan . Panjang laporan anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
TERHAD
3
TERHAD
Penulisan laporan mestilah berdasarkan soalan-soalan di bawah.
1. Merujuk kepada maklumat di atas, huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
(20 markah)
2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bincangkan kesan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa dari aspek hubungan luar.
(20 markah)
3. Pada pandangan anda, jelaskan usaha-usaha untuk menjadikan negara kita maju dalam bidang perdagangan. (KBAT)
(15 markah)
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:
1. Tajuk rencana
2. Nama penulis
3. Isi kandungan:
(a) Pengenalan(b) Faktor(c) Kesan(d) KBAT(e) Membuat rumusan(f) Menyenaraikan sumber rujukan
TUGASAN TAMAT.
TERHAD
4
TERHAD
Lampiran 1
3.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN
BIL PERKARA HURAIAN
1 Perancangan
(10 markah)
Jadual kerja / senarai semak
Objektif kajian
Menetapkan kaedah kajian
Menetapkan tajuk
Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan.
2 Proses awal
( 20 markah)
Mengumpul maklumat melalui rujukan terhadap pelbagai sumber
Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber
Maklumat sangat tepat dan lengkap serta sangat sesuai dengan tugasan..
3 LAPORAN AKHIR
Pengenalan
(05 markah)
Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan.
4 Faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
(20 markah)
Menghuraikan faktor-faktor kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa dengan tepat dan sangat lengkap.
Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
5 Kesan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa dari aspek hubungan luar.
(20 markah)
Mebincangkan kesan kemunculan Melaka sebagi pusat perdagangan antarabangsa dari aspek hubungan luar dengan tepat dan sangat lengkap.
Mengemukakan contoh yang sangat sesuai
6KBAT - Usaha untuk menjadikan negara kita maju dalam bidang perdagangan. (15 markah)
Menjelaskan usaha menjadikan negara maju dalam bidang perdagangan.
7 Rumusan
(5 markah)
Rumusan merangkumi pengetahuan, iktibar dan harapan yang relevan
TERHAD
5
TERHAD
8 Rujukan
(5 markah)
Sumber rujukan yang autentik, relevan dan pelbagai.
` Lampiran 2
CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN
Buku
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960.
Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.
Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43, No 21 Jalan Lundu, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’Onn. Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
TERHAD
6
TERHAD
VCD
Tajuk program, terbitan.
Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian
Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa rangkaian.
Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun
Sumber lain
Jenis sumber, alamat/ punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/union.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
TERHAD
7