RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN
Tarikh : 5 April 2012
Masa : 9.45 – 10.45 tengah hari
Kelas : 5 K
Bilangan murid : 38
Tema : Mengenal negara kita
Topik : Geografi fizikal
Subtopik : Bencana alam
Hasil pembelajaran :
Selepas pengajaran dan pembelajaran:
1. Menjelaskan bencana alam yang merupakan kesan daripada ciri-ciri cuaca dan
iklim di Malaysia.
2. Bersyukur mempunyai iklim yang tidak sering dilanda bencana alam seperti di
negara lain.
1
Pengisian Kurikulum :
Kemahiran pelbagai
Kemahiran berfikir
Kemahiran belajar
Kaedah koperatif
Teknik TOC
Kaedah konstruktivisme
Kaedah kontekstual
Penyerapan nilai murni
Bersyukur
Keyakinan diri
Budaya cakna
Unsur Patriotisme
1. Perasaan bangga akan iklim negara
2. Mensyukuri keselamatan iklim di Malaysia di Malaysia.
3. Bersama bertanggungjawab memelihara kawasan alam sekitar.
4. Bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Sumber pengajaran dan pembelajaran.
ABM : Kad gambar, kertas majong, edaran jadual nota.
Pengetahuan sedia ada
1. Murid mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan terma bencana alam.
2. Murid mengetahui fenomena-fenomena iklim di Malaysia seperti berangin, hujan
dan panas.
2
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Soal jawab bersama murid
mengenai bencana alam.
1. Guru
mengemukakan
soalan kepada murid.
2. Murid menjawab
dalam keadaan
sukarela.
3. Guru mengaitkan
jawapan dengan topik
hari ini.
1. Soalan-soalan
yang ditanya
adalah menjurus
kepada peristiwa
tsunami 2004 dan
bencana alam
yang dijadikan
contoh awal sesi
pengajaran
adalah tsunami.
2. Murid
menjawab soalan
dengan bangun
dan kuat suara
akan dapat
melatih kemahiran
berucap dan
keyakinan diri
mereka.
3
Langkah 1
(10 minit)
Menyusun kad-kad
gambar dalam kumpulan
masing-masing.
1. Guru
membahagikan murid
kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan
akan diberikan sehelai
kertas majong,
sebatang pen marker
dan mendapat satu
set serakan gambar
bencana alam yang
berbeza antara
kumpulan.
3. Murid dikehendaki
menyusun serakan
gambar tersebut
kepada posisi yang
tepat.
1. Aktiviti ini akan
menguji imaginasi
murid
membayangkan
gambar yang
telah siap bagi
menyiapkan
susunan.
2. Murid akan
bekerjasama
dalam kumpulan
bagi
menyelesaikan
serakan gambar
yang diberikan.
ABM:
1. Kad gambar
yang telah
digunting-gunting
menjadi banyak
kepingan.
4
Langkah 2
(20 minit)
Aktiviti menyenaraikan
punca dan kesan bagi
setiap bencana alam yang
telah diterima setiap
kumpulan.
1. Setiap kumpulan
murid telah
mengenalpasti jenis
bencana alam melalui
gambar yang diterima
kumpulan masing-
masing.
2. Guru memberikan
setiap kumpulan
murid 1 artikel
mengenai bencana
alam masing-masing.
Murid dikehendaki
untuk menyenaraikan
punca dan akibat dari
bencana alam
tersebut.
3. Murid dikehendaki
menghias
pembentangan
mereka di samping
menyenaraikan setiap
sebab dan akibat
bencana alam mereka
dalam jadual.
1. Murid boleh
merujuk buku teks
bagi menjalankan
aktiviti ini.
ABM:
1. Kad gambar
2. Kertas majong
5
Langkah 3
(20 minit)
Pembentangan kumpulan. 1. Guru akan
memanggil setiap
kumpulan untuk
melakukan
pembentangan
mengenai bencana
alam kumpulan
masing-masing.
2. Murid akan
diberikan borang
mengenai punca dan
kesan setiap bencana
alam yang dibentang
untuk mencatat isi-isi
penting
pembentangan.
3. Murid-murid
digalakkan untuk
bersoal-jawab dengan
pembentang.
1. Menggunakan
kaedah TOC<
murid-murid akan
menjana idea
mereka melalui
proses hubungkait
sesuatu peristiwa
dan kesannya.
2. Setiap murid
akan mendapat
edaran dan tugas,
jadi akan
membuatkan
setiap murid
mempunyai kerja
untuk
diselesaikan.
ABM:
1. Edaran borang
6
Penutup
(5 minit)
Rumusan pembelajaran 1. Guru memberikan
rumusan mengenai
pembelajaran dengan
mengimbas kembali
jenis, sebab dan
akibat setiap bencana
alam yang dipelajari.
2. Guru akan cuba
mengajak murid
mensyukuri negara
Malaysia yang kurang
dilanda bencana alam
berbanding negara
lain.
1. Rumusan
diberikan
mengikut topik
pembelajaran hari
ini.
7
REFLEKSI
Selepas menjalankan sesi P&P ini, saya mendapati bahawa apabila ingin
menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti koperatif yang memerlukan penglibatan aktif
pelajar, ia perlu dilaksanakan pada langkah 2 atau langkah 3 sesebuah sesi
pengajaran. Apa yang telah berlaku semasa saya menjalankan sesi P&P ini adalah
murid sukar untuk dikawal jika dari awal mereka diberikan aktiviti yang melibatkan fizikal
dan tindakan koperatif mereka. Bagi saya, P&P yang saya jalankan untuks sesi kali ini
adalah sedikit gagal dan memerlukan penambahbaikan dari aspek bentuk aktiviti untuk
murid-murid yang aktif dan sederhana dalam aspek tahap kognitif mereka. Tidak
dinafikan ini merupakan salah satu cabaran yang cukup hebat bagi saya sepanjang
bergelar guru pelatih dan adalah cukup sukar bagi saya memilih kaedah yang paling
sesuai dalam menjalankan P&P bagi murid-murid di kelas ini.
8