PENYAMBUNGAN SECARA MEKANIKAL
SKRU, NAT DAN BOLT
SKRU
* Skru diperbuat daripada loyang atau besi lembut dan di gunakan untuk memasang atau mencantum engsel atau barang lain pada kayu/logam.
* Terdapat 2 jenis skru iaitu yang mempunyai alur dan alur berpalang ( kepala Philip).
*Bahagian-bahagian skru: i.Kepala. ii.Batang bajak (shank) iii.Benang. iv.Hujung skru
Jenis-Jenis Skru
• Skru Kepala Rata (Counter Sunk)
• Skru Kepala Bulat
• Skru Kepala Timbul • Skru Kepala Segi Empat
Skru Kepala Rata (Counter Sunk)
• Diperbuat daripada keluli lembut dan digalvanikan untuk mencegah pengaratan.
• Terdapat juga skru yang diperbuat daripada loyang dan tembaga mengikut kegunaan.
Skru Kepala Bulat
• Mempunyai kepala berbentuk bulat dan bahagian bawahnya rata.
• Diperbuat daripada keluli lembut , loyang dan tembaga dan digalvanikan untuk mencegah pengaratan.
• Ia digunakan untuk mengikat kayu dan sebagai hiasan kerana kepalanya yang berbentuk bulat.
Skru Kepala Timbul
• Skru jenis ini merupakan cantuman diantara Skru Kepala Rata dan Skru Kepala Bulat tetapi ia diperbuat daripada keluli yang lebih kuat.
• Skru kepala timbul digunakan untuk mencantumkan logam dengan kayu. • Skru jenis ini biasa digunakan untuk pemasangan engsel, hiasan serta
sebagai pendakap logam.
Skru Kepala Segi Empat
• Skru jenis ini kuat dan diperbuat daripada keluli. • Kepala skru ini mempunyai bentuk segi empat dan memerlukan spana
untuk mengikatnya.• Skru ini digunakan dalam kerja kasar seperti pembinaan jambatan,
pembinaan Koc , mesin atau jentera dan lain-lain.
Bolt & Nat
• Bolt dan Nat digunakan untuk mengikat bahagian kayu atau logam.
• Terdapat pelbagai jenis Bolt dan Nat di dalam pasaran mengikut kegunaan masing-masing.
• Jenis- jenis Bolt :- i. Bolt Bengkok. ii.Bolt Nat iii. Bolt Gerigi (Rag Bolt)
Bolt Bengkok
• Bolt jenis ini mempunyai kepala yang di bengkokkan untuk mengantungkan barang.
Bolt dengan Nat
• Bolt dan nat di gunakan bersama untuk mengikat kayu kepada kayu, logam kepada logam dan kayu kepada logam.
• Terdapat pelbagai jenis nat di dalam pasaran yang mempunyai kegunaan yang berbeza.
Bolt Gerigi (Rag Bolt)
• Bolt jenis ini akan mengembang apabila dipasang. • Ia digunakan untuk pasak mesin dan
bahagian yang memerlukan pegangan yang kuat seperti tutup tiang dan sebagainya.