OLEH: HUSNI NAEEM BIN GANI
&
ASMA SABRINA BINTI AB HAMID
2 PPISMP REKA BENTUK & TEKNOLOGI 1.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,
KAMPUS SULTAN MIZAN.
WACANA PENULISAN (GWP1092):
PENANDA WACANA
OLEH: HUSNI NAEEM BIN GANI
&
ASMA SABRINA BINTI AB HAMID
2 PPISMP REKA BENTUK & TEKNOLOGI 1.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,
KAMPUS SULTAN MIZAN.
WACANA PENULISAN (GWP1092):
PENANDA WACANA
3. JENIS-JENIS PENANDA WACANA
• Penanda Kronologi
• Penanda Organisasi
• Penanda Idea
PERKARA – PERKARA YANG AKAN
DIBINCANGKAN
1. Penanda wacana berupa kata yang digunakan untuk
merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan
wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh.
2. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat,
maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai perangkai
ayat/perantai linguistik.
3. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan
yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan
seseorang semasa menulis atau berucap.
PENGENALAN
4. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks
kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan
atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang
lain sehingga membentuk kesatuan.
5. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa
yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks
dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan.
PENGENALAN
Mengapa kehadiran dianggap signifikan?
Hal ini demikian kerana, tanpa kehadiran penanda
wacana yang tepat, akan menyebabkan idea yang
diturunkan seolah-olah tidak mempunyai
kesatuan dan pautan yang lengkap.
KEPENTINGAN PENANDA
WACANA
1. PENANDA KRONOLOGI
• Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan
waktu.
• Mengandungi kata kunci: “bila” dan seumpamanya.
JENIS-JENIS PENANDA WACANA
CONTOH:
• Kini
• Lantas
• Mula-mula
• Lepas itu
• Sebelum
• Kemudian
• Semenjak itu
• Pada suatu waktu
• Pada hari esoknya
• Pada zaman dahulu
• Beberapa tahun kemudian
• Dan lain-lain
1. PENANDA KRONOLOGI
CONTOH AYAT:
Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu Melaka merupakan
sebuah kerajaan yang kuat.
1. PENANDA KRONOLOGI
Fungsi: memepertautkan sesuatu bahagian wacana denganbahagian yang lain.
• Pertama
• Tegasnya
• Contohnya
• Akhir sekali
• Dalam hal ini
• Sebagai kesimpulan
2. PENANDA ORGANISASI
CONTOH AYAT:
Penduduk di negara yang melanda peperangan hidup
dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahaja kehilangan
harta benda malahan anggota keluarga tersayang.
Contohnya, ramai penduduk Kemboja terpaksa
melarikan diri ke negara jiran semata-mata untuk
menyelamatkan diri daripada menjadi korban
peperangan.
2. PENANDA ORGANISASI
Fungsi: menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea
dengan idea yang berfungsi untuk:
1. Mengembangkan idea
2. Pertentangan idea
3. Hubungan idea
3. PENANDA IDEA
1. Mengembangkan Idea
• Malah
• Satu lagi
• Selain itu
• Seterusnya
• Begitu juga
• Di samping itu
• Tambahan pula
PENANDA IDEA:
MENGEMBANGKAN IDEA
CONTOH AYAT MENGEMBANGKAN IDEA:
Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak
membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan
dalam penulisan, perbincangan, dan penterjermahan.
Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan
oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu
bidang.
PENANDA IDEA:
MENGEMBANGKAN IDEA
2. Pertentangan Idea
• Tetapi
• Sama ada
• Sebenarnya
• Sebaliknya
• Walaupun
• Walau bagaimanapun
PENANDA IDEA: PERTENTANGAN
IDEA
3. Hubungan Idea:
• Jadi
• Maka
• Kecuali
• Oleh itu
• Oleh hal yang demikian
• Berikutan dengan itu
PENANDA IDEA: HUBUNGAN
IDEA
CONTOH AYAT:
Beg itu bukan saya beli, sebaliknya ia adalah beg
percuma.
PENANDA IDEA: HUBUNGAN
IDEA
Terima kasih.
SEKIAN,
Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana,
Dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal.
11-25 dan 24:4, hal. 9-25.
Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana.
Kuala Lumpur: DPB.
Wacana Bahasa Melayu (2009). [Online],
[Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati:
Http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html
RUJUKAN