Upload
cikgu-nyla
View
5.568
Download
26
Embed Size (px)
Citation preview
Karangan Ekspositori
Menengah 3Bersama Cikgu Fairuz
Apa itu karangan ekspositori?
Faktor-faktor
Cara-cara
Kesan-kesan
Ciri-ciri
Sebab-sebab
Mengapa tulis karangan jenis
ekspositori?• Tidak mahir menggunakan
bahasa berbunga
• Lebih selesa menggunakan laras bahasa formal
• Sukar untuk memikirkan plot yang menarik dalam masa yang singkat
• Lebih mudah mendapat markah daripada karangan naratif
Soalan-soalan karangan ekspositori kertas peperiksaan
lalu• Cara-cara menyemai minat membaca
dalam kalangan pelajar.
• Apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang pelajar contoh?
• Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap di negara lain.
STRUKTUR KARANGAN
EKSPOSITORI
Pendahuluan 4 isi
Isi-Huraian-Contoh
Penutup
Jenis-jenis permulaan
• Fakta• Pertanyaan• Peribahasa• Suasana• Kata-kata pujangga• Statistik
Pertanyaan & Fakta
Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan
meninggalkan Singapura untuk menetap
negara lain.
Singapura negara yang sangat terkenal
dalam aspek kebersihan, taraf kehidupan yang
tinggi, pendidikan yang bermutu dan sebagainya.
Pemerintah yang tegas menyumbang kepada
pembangunan Singapura yang positif. Dengan
manfaat-manfaat yang dapat saya peroleh
sebagai rakyat negara ini, tidak terlintas di fikiran
saya untuk menetap di negara lain selain tanah
air saya. Jika saya diberi pilihan untuk menetap
negara lain, mahukah saya pergi? Apa yang
membuat saya begitu setia dan sayang pada
tanah air saya?
Fakta
Soalan : Kesan-kesan buruk
menyertai kumpulan Samseng.
Kumpulan Samseng adalah
kumpulan yang melakukan perbuatan
yang tidak berfaedah seperti merusuh dan
melibatkan diri dalam aktiviti haram.
Setiap remaja mempunyai pilihan untuk
tidak menyertai kumpulan Samseng.
Namun, adakalanya pengaruh yang kuat
daripada rakan mengakibatkan remaja
membuat pilhan yang kurang bijak.
Oleh Rini Shazwani 3M3
Kata pujangga
Soalan : Sebab-sebab mengapa kesihatan lebih penting daripada kemewahan.
‘Harga atau nilai kesihatan,
tidak diketahui kecuali orang-orang
yang sakit.’ Ini kerana kesihatan yang
hilang belum tentu boleh direbut
kembali dengan ubat-ubatan yang
mampu dibeli dengan wang ringgit
yang banyak. Dalam mengejar impian
kehidupan gaya moden yang penuh
kemewahan, ramai yang terlupa
bahawa kesihatan yang sempurna
merupakan suatu kekayaan.
Suasana
Soalan : Sebab-sebab mengapa kesihatan
lebih penting daripada kemewahan.
Di pintu masuk pejabat, jelas tertera
waktu pejabat telah lama berakhir. Namun,
masih ramai lagi pekerja yang sibuk bekerja
lebih waktu. Ramai orang yang mengabaikan
kesihatan sendiri dan terus bekerja tanpa
mempedulikan waktu dan rehat. Anehnya,
kadang-kala wang yang dikumpulkan itu
terpaksa dihabiskan di klinik rawatan kerana
mereka jatuh sakit. Begitulah gambaran
kehidupan hari ini. Dalam kesibukan mencari
kesenangan material, ramai orang terlupa peri
pentingnya kesihatan.
Peribahasa
Soalan : Kesan-kesan buruk menyertai
kumpulan Samseng.
Sifat ingin tahu yang ada pada remaja
sering mempengaruhi mereka melakukan
perkara-perkara yang salah. Antara perkara
ini adalah penglibatan dalam kumpulan
samseng. Pepatah Melayu ada mengatakan
‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya
jatuh ke tanah juga.’ Pepatah ini
mengingatkan kepada remaja zaman kini
untuk sentiasa berwaspada dan jangan
terjerumus dalam gejala samseng. Ini kerana
pada akhirnya, mereka akan menerima
kerugian apabila ditangkap oleh pihak
berkuasa.
Bagaimana hendak menulis isi
karangan?
2 langkah
1) Buat rangka untuk isi dalam bentuk butiran
2) Gabungkan semuanya menjadi satu perenggan
Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan
Singapura untuk menetap di negara lain.
Huraian : Persekitaran yang bersih penting untuk kesihatan. Pemerintah menitikberatkan hal kebersihan. Terdapat pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memastikan kebersihan negara
Contoh : Denda saman kepada mereka yang membuang sampah sebarangan. Juga, terdapat banyak pokok di persekitaran negara yang dapat menyerikan suasana serta memberi udara yang lebih segar.
KEBERSIHAN
Pengukuhan : Lantas, ini membuat saya ingin terus menetap di Singapura dan bukan negara lain.
Lang
kah 1
Isi + Huraian Isi + Contoh+ PengukuhanPertama, kebersihan
Singapura membuat saya ingin kekal menetap di sini. Singapura dinobatkan sebagai salah satu kota yang paling bersih dalam dunia. Persekitaran yang bersih penting untuk kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Pemerintah amat tegas tentang perihal kebersihan. Misalnya, sesiapa yang ditangkap membuang sampah sebarangan akan disaman sehingga beratus dolar. Taktik ini telah berjaya mengekalkan kebersihan persekitaran di Singapura sehingga kini. Lantas, ini membuat saya ingin terus menetap di Singapura dan bukan negara lain.
CONTO
H
Lang
kah 2
Soalan : Sebab-sebab saya tidak akan meninggalkan
Singapura untuk menetap di negara lain.
Huraian : -Iklim yang stabil dan tidak berubah-ubah- Penempatan geografik yang strategik iatu dengan khatulistiwa (equator) - suhu yang sederhana, tidak terlalu sejuk ataupun panas
Contoh : -Tidak ada ribut taufan, hujan berpanjangan dan kemarau -Tidak mempunyai perbezaan musim
IKLIM STABIL
Pengukuhan : Kondisi iklim yang stabil ini membuat saya ingin terus menetap di Singapura
Lang
kah 1
Oleh Taufik, Sufi, Fahmi & Nazirah 3S1
Isi + Huraian Isi + Contoh+ Pengukuhan
- Seterusnya, iklim di Singapura yang stabil membuat saya ingin terus kekal di sini. Penempatan geografik yang strategik iatu berdekatan dengan khatulistiwa, menyumbang kepada suhu umum Singapura yang sederhana. Ini menyebabkan suhu negara ini menjadi lebih stabil kerana tidak terlalu sejuk ataupun panas. Iklim yang stabil juga bermaksud yang keadaan cuaca itu tidak mudah berubah-ubah. Ini berbeza dengan negara lain. Contohnya, kebanyakan negara yang berjauhan dengan khatulistiwa mempunyai perbezaan musim dan suhu yang boleh berubah dengan drastik. Ini menyebabkan tercetusnya ribut taufan, hujan berpanjangan dan kemarau. Justeru, dengan kondisi iklim di Singapura yang stabil, saya ingin terus menetap di Singapura dan bukan negara lain.
CONTO
H
Lang
kah 2
Oleh Taufik, Sufi, Fahmi & Nazirah 3S1
Penanda WacanaPenanda Akibat
Penanda Contoh
Penanda tambahan
Penanda masa & urutan
dengan demikian
umpamanya, selain itu, pertama sekali,
oleh itu khususnya, tambahan pula,
lazimnya,
akibatnya terutamanya, apatah lagi, selanjutnya
jadi yakni, malahan, berikutnya,
lantas misalnya, bahkan, seterusnya,
justeru contohnya malah, natijahnya,
Perkara yang perlu dielakkan
Jangan kemukakan pendapat anda dalam karangan
Contoh : Saya berpendapat bahawa …..Pada pandangan saya, …..
Jangan menulis dialog
Jangan lupa untuk kaitkan setiap isi dengan soalanContoh :
Justeru, ini adalah salah satu faktor mengapa saya tidak akan meninggalkan Singapura untuk menetap ke negara lain.
Lantas, ini merupakan antara sebab saya akan terus menetap di Singapura.
Penutup• Kesimpulan/Rumusan• Pendirian/Penegasan
Contoh :Natijahnya, sebab-sebab
yang telah saya bentangkan di atas meyakinkan saya untuk terus menetap di Singapura. Tiada negara yang dapat menandingi apa yang Singapura tawarkan.
Saya
boleh!