Upload
nor-halina-razak
View
395
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
MARI KITA MENYANYI(rentak Lagu:
“WAU BULAN”
Eh wau bulanEh wau bulanEh wau bulan teraju tigaEh wau bulanEh wau bulanEh wau bulan teraju tiga
Kayu diikat dibuat busur,Busur diletak di dalam guni;Hidup berpakat bertolak ansur Tentu kita hidup harmoni
Eh wau bulanEh wau bulanEh wau bulan teraju tigaEh wau bulanEh wau bulanEh wau bulan teraju tiga
Cantik bergugus buah anggur,Masak dipetik satu per satu;Walau berlainan bahasa ditutur,Kerana muhibah hidup bersatu.
.
Amalan Muafakat
LAKONKAN DIALOG
PENCERITA
Pada suatu hari, anai-anai berkumpuldi bawah pohonsaga.
“Kawan-kawan, marilah kita membuat sarang di sini. Tempat ini sesuai untuk kita tinggal”, kata anai-anai yang pertama.
“Marilah kita buat sarang yang lebih besar”, kata anai-anai yang kedua.
“Saya rasa sarang itu tidak perlu besar
sangat. Haiwan lain pun hendak tinggal di sini”, kata anai-anai
yang ketiga pula.
PENCERITA
Tidak lama kemudian,semut merah dansemut hitam pundatang
“Wahai anai-anai, kami hendak
membuat rumah di sini”, kata semut
merah.
“Kami pun hendak membuat rumah di sini”, kata semut
hitam pula.
“Wahai sahabatku, kamu boleh membina rumah di
sini! Namun, kami berharap agar kamu mengamalkan sikap bertolak ansur agar
hidup kita harmoni”, nasihat anai-anai kepada semut hitam dan semut merah
PENCERITAMereka pun bersetuju lalu
mengorek lubang dan
menimbunkan tanah sehingga
menjadikan busut semut merah
lebih besar
“Wah, besar sungguh kediaman kamu! Sarang kami kecil sahaja, sedangkan rakyat kami paling banyak. Kami tidak dapat mengorek lebih dalam kerana ada batu besar di dalam tanah”, kata semut hitam dengan nada tidak puas hati.
PENCERITAPertengkaran mula berlaku. Tidak
lama kemudian, anai-anai pun
datang untk meleraikan
pertengkaran itu.
“Wahai sahabatku, janganlah kalian
bergaduh. Apa kata, semut merah
memberikan sedikit kawasan sarangnya
kepada semut hitam”, cadang anai-
anai..
PENCERITASemut merah pun berfikir sekejap
sambil berjalan mundar-mandir.
Akhirnya, …….
“Baiklah, anai-anai, saya setuju dengan cadangan itu ”kata
semut merah,
PENCERITAAkhirnya mereka bermaafan,
berjabat tangan dan berpelukan.
Kini, mereka sedar bahawa
‘Amalan Muafakat’ dan semangat
bekerjasama perlu diamalkan.
CONTOH LATIHAN KUMPULAN A
ARAHAN :
MELENGKAPKAN AYAT MENGGUNAKAN FRASA YANG DIBERIKAN.
CONTOH : GUNA BORANG PENGURUSAN GRAFIK
Mula-mula, sekumpulan anai-anai – berkumpul – berbincang - sarang
Kemudian, - semut merah – semut hitam – ingin – membuat sarang -
Selepas itu, - berselisih faham -
Seterusnya, _______________________________
CONTOH LATIHAN KUMPULAN B
ARAHAN : LENGKAPKAN AYAT DENGAN PERKATAAN YANG DIBERIKAN.
___________ mula berlaku. Masing-masing ingin membina _________ yang lebih besar. Anai-anai meredakan ____________dengan meminta ____________memberikan sedikit kawasan sarangnya kepada semut hitam.
Pertengkaranbusut
pergaduhansemut merah
CONTOH LATIHAN KUMPULAN C
ARAHAN : GARISKAN KATA ADJEKTIF YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
Marilah kita membuat sarang yang lebih besar. Tidak lama kemudian, semut merah dan semut hitam pun datang. Sarang semut hitam kecil, sedangkan rakyat mereka yang paling banyak berbanding anai-anai dan semut merah. Anai-anai meminta semut hitam saling membantu membina sarang yang kukuh.
MARI KITA MENYANYI(rentak Lagu:
“Rasa Sayang Hei”
Rasa sayang hei,Rasa sayang sayang hei,Hei lihat nona jauh, Rasa sayang, sayang hei.
Rasa sayang hei,Rasa sayang sayang hei,Hei lihat nona jauh, Rasa sayang, sayang hei.
Kayu diikat dibuat busur,Busur diletak di dalam guni;Hidup berpakat bertolak ansur Tentu kita hidup harmoni
Rasa sayang hei,Rasa sayang sayang hei,Hei lihat nona jauh, Rasa sayang, sayang hei.
Cantik bergugus buah anggur,Masak dipetik satu per satu;Walau berlainan bahasa ditutur,Kerana muhibah hidup bersatu.
Rasa sayang hei,Rasa sayang sayang hei,Hei lihat nona jauh, Rasa sayang, sayang hei.