Upload
nurul-jannah-arajle
View
303
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
NURUL JANNAH BINTI ARAJLEA151918
AMALAN TERBAIK Amalan ialah sesuatu yang dilakukan
(dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan; perbuatan baik atau kebajikan.
Baik ialah memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca dan sebagainya)
Amalan terbaik ialah sesuatu perkara yang dilakukan dengan memberikan faedah kepada diri sendiri dan orang lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
BANDAR YANG DIPILIH
Pulau Jawa, Indonesia
Kuala Selangor, Selangor
AMALAN TERBAIK YANG DILAKUKAN
Pulau Jawa, Indonesia Penanaman berteres.
Kuala Selangor, Selangor Tapak Pelupusan Sanitari, Jeram.
PULAU JAWA, INDONESIA Amalan terbaik yang dilakukan di Pulau Jawa,
Indonesia ialah penanaman berteres. Pertanian merupakan salah satu kegiatan
ekonomi yang utama di Indonesia. Pulau Jawa terkenal dengan memiliki kekayaan
tanih lava. Tanih lava mampu menyuburkan tanih hasil
daripada letusan gunung berapi di cerun-cerun bukit.
Cerun-cerun bukit menjadi tumpuan penanaman disebabkan kepadatan penduduk dan kekurangan tanah pamah.
Cerun-cerun dipotong untuk membentuk teres bagi penanaman padi sawah.
Penanaman berteres membantu dalam mengelakkan hakisan tanah.
Jenis tanaman yang ditanam menggunakan kaedah penanaman berteres selain padi sawah ialah kopi dan tanaman hortikultur.
KUALA SELANGOR, SELANGOR Amalan terbaik yang dilakukan di bandar
tempat tinggal saya ialah kewujudan tapak pelupusan sanitari Jeram, Kuala Selangor.
Tapak pelupusan sanitari Jeram merupakan tapak pelupusan sampah dan bahan buangan domestik.
Tapak pelupusan sanitari ini telah diurus dan dikendali syarikat Worldwide Landfills Sdn. Bhd. Yang merupakan anak syarikat Worldwide Holdings Berhad.
Sampah dan bahan buangan domestik akan dibawa dan dimasukkan ke sel pembuangan.
Sampah tersebut akan diratakan dan dimampatkan dengan bantuan jentolak, jengkaut dan lori tanah.
Tapak pelupusan sanitari Jeram juga menjalankan pendekatan kitar semula.
Bahan terbuang seperti tin, kertas, plastik dan lain-lain akan dikitar semula dan diberikan kepada pihak pengurusan landfill.
KESIMPULAN Setiap negara mempunyai amalan terbaik yang
dilakukan untuk mengekalkan keharmonian negara.
Amalan terbaik juga membantu dalam membina negara mapan.
Amalan terbaik harus dititikberatkan oleh setiap kawasan sama ada bandar mahupun luar bandar kerana amalan tersebut memberikan faedah kepada setiap anggota yang terlibat.
Amalan terbaik bertujuan untuk membangunkan negara dengan mapan.
SEKIAN, TERIMA KASIH