19
KRAF TRADISIONAL ANYAMAN KelabuAsapArt.bl ogspot.com

Anyaman

  • Upload
    nike

  • View
    11.307

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Anyaman

KRAF TRADISIONAL ANYAMAN

KelabuAsapArt.blogspot.com

Page 2: Anyaman

PENGENALAN

KelabuAsapArt.blogspot.comSeni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan

digemari sehingga hari ini.

Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi,

Page 3: Anyaman

Definisi anyamanKelabuAsapArt.blogspot.com

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Page 4: Anyaman

Sejarah & PERkembanganKelabuAsapArt.blogspot.com

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan.

Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Page 5: Anyaman

tokoh anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.comAnyaman Pandan dan Mengkuang

Puan Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Page 6: Anyaman

tokoh anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

Cik Siah bt Jumaat

berasal dari negeri

Terengganu mencipta

kelarai Sambas

Hajah Asiah bt. Salleh

dari negeri Terengganu mencipta

kelarai Tapak harimau

Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta

kelarai Mak Mek

Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik

Kelah.

Dayang Aisah bt.

Awang Husin dari negeri

Sabah mencipta

kelarai bunga

Page 7: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

Jenis-jenis anyamanAnyaman Mengkuang - Daun mengkuangTikar, tudung salji, bekas

pakaian dan lain-lain

Anyaman pandan – Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan

dinding,

Anyaman Buluh – Jenis-jenis buluh yang sesuai Bakul, bekas pakaian,

nyiru, beg dan lain-lain

Anyaman Rotan – Rotan yang telah diproses Bakul, bekas pakaian, tempat

buaian anak dan lain-lain

Anyaman Lidi – Lidi kelapaLekar, bekas buah,

bekas telor.

Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.Tempat tembakau, bekas sirih

terbus, bakul, bekas serbaguna dan lain-lain

Page 8: Anyaman

Anyaman buluh

KelabuAsapArt.blogspot.comBuluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti

lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika.

Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang.

Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya.

Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.

Page 9: Anyaman

Anyaman buluh

KelabuAsapArt.blogspot.comMemproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :

1. Merendam 

Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian

direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu.

Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu

direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan

mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh,

supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa

pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih

cantik dan menarik walaupun berbau masam.

Page 10: Anyaman

Anyaman buluh

KelabuAsapArt.blogspot.com

 2. Menyalai

Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap

hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan

kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan

isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam

anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar

dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah

bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil

kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit

dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.

Page 11: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

Corak anyaman tikar

Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan

warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-

warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin

secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri

asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam

bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan.

Terdapat 11 corak yang dianyam.

Page 12: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

Corak anyaman tikar

1. Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap

2. Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

3.Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.

4. Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.

Page 13: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

Corak anyaman tikar

7. Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.

8. Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.

5. Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.

6. Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru.

Page 14: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

Corak anyaman tikar

9. Corak Serong – corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.

 10. Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.

11. Corak Malaysia – corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru 

Page 15: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

Bahan anyamanROTAN

Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur.

Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk.

Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan.

KelabuAsapArt.blogspot.com

Page 16: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

ANYAMAN MENGKUANG DAN

PANDAN

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas.

Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya.

Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya.

Page 17: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

ANYAMAN MENGKUANG DAN

PANDAN

MEMPROSES BAHAN

Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru.

Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang.

Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

Kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain.

Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.

Page 18: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

ANYAMAN MENGKUANG DAN

PANDAN

(Sambungan) MEMPROSES BAHAN

Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari.

Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih.

Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit.

Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

Page 19: Anyaman

KelabuAsapArt.blogspot.com

ANYAMAN MENGKUANG DAN

PANDAN

Menganyam

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih.

Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon.

Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji