Upload
il-firaz
View
6.362
Download
24
Embed Size (px)
Citation preview
Cara menjahit kancing
Butang lubang butang dua/empat
- Butang boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk.
- Butang diperbuat daripada plastik, logam, tulang, kayu dan lain-lain lagi.
- Terdapat beberapa jenis butang iaitu butang berlubang dua, butang berlubang empat
dan butang bertangkai
Butang dan lubang butang
- Butang dan lubang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau apabila pakaian
itu siap.
- Dijahit di atas dua lapisan fabrik.
- Kancing ini tegu, kemas dan tahan lasak jika dijahit dengan baik.
- Ia digunakan pada semua jenis pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga.
- Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya boleh diubah-
ubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya.
- Terdapat dua jenis lubang butang iaitu lubang butang berjahit dan lubang butang
berkun
- Lubang butang boleh dijahitkan melintang atau menegak.
Perkara-perkara yang harus diingatkan apabila menjahit lubang butang.
- Lubang butang selalu dijahit pada 2 lapisan fabrik.
- Jika lubang butang mesti dijahit pada selapis kain, kukuhkan sebelah dalamya
dengan
sehelai kain pengukuh, pita atau reben.
- Semua mata jahitan hendaklah sama panjang dan sesuai dengan jenis kain yang
digunakan iaitu mata jahitan yang kecil dan halus pada kain yang nipis.
- Berlatihlah menjahit jahitan lubang butang sebelum menjahit pada pakaian sebenar.
- Selalu menjahit dari bahagian bawah pakaian menghala ke atas.
- Gunting lubang butang satu per satu dan sudahkan satu lubang dahulu sebelum
menebuk lubang yang lain untuk mengelakkan tepinya daripada berbulu.
Langkah-langkah menjahit lubang butang
Langkah 1
- Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti
Langkah 2
- Ukuran lubang butang
- Ukuran garis pusat butang + 3mm (1/8 inci)
- Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang
dengan jelunjur halus pada kedua-dua belah
lubang butang
Langkah 3
- Gunting lubang butang mengikut urat benang
- Lubang butang boleh digunting dengan :
- Sepasang gunting kecil yang tajam.
Langkah 4
- Mulakan menjahit dari hujung segi empat dengan menyusupkan jarum di
antara 2 lapisan kain.
- Masukkan jarum dihujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain
garisan jelunjur halus.
- Jarum hendaklah tegak dan menghala ke arah penjahit.
- Tarikkan kedua-dua benang dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah
jarum
- Tarik benang ke atas sehinggan simpul terjadi.
Langkah 5
- Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat.
- Pada hujung yang bulat, jahitkan 7atau 9 mata jahitan lilit kemas
Langkah 6
- Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak berdekatan
dengan penjahit.
- Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segi empat
Langkah 7
- Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segi empat,
masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang
akhir.
- Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segi empat
Langkah 8
- Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segi empat.
- Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam
baju
Langkah 9
Lubang butang melintang yang telah siap
Contoh-contoh jahitan butang empat lubang
Langkah-langkah menjahit butang berlubang dua
Langkah 1
- Mulakan jahitan dengan jahitan kia
pada butang
- Masukkan jarum elalui satu daripada
lubang butang
Langkah 2
- Letakkan jarum melalui satu daripada
lubang pada butang. Masukkan jarum
pada lubang butang kedua menembusi
belakang fabrik.
- Ulang jahitan/ teruskan sehingga
kukuh.
Langkah 3
- Tanggalkan jarum peniti. Keluarkan
jarum di antara fabrik dan butang.
- Lilitkan benang di keliling tangkai
yang berbentuk
- Keluarkan jarum ke belakang fabrik.
- Matikan jahitan dengan jahitan kia.
- Butang yang mempunyai dua lubang
untuk dijahit pada pakaian
- Diperbuat daripada plastik atau besi
Butang berlubang dua
- Mulakan dengan jahit kia pada tempat
butang
- Terus menjahitkan butag pada fabrik
melalui lubang butang sebanyak 3 atau
4 kali.
- Sudahkan disebelah dalam dengan
jahit ulat-ulat.
- Ukuran lubang butang untuk butang
bertangkai = lebar butang bertangkai +
6mm
Butang bertangkai
Langkah-langkah menjahit cangkuk dan palang
Langkah 1
- Mulakan dengan jahitan kia
- Jahit jahitan lilit kemas/jahitan
lurus 4-5 kali
- Matikan dengan jahitan kia
Langkah 2
- Mulakan jahitan dengan
jahitan kia
- Masukkan jarum pada satu
daripada lubang pada palang.
- Jahit jahitan lilit kemas 4-5
kali.
- Susup jarum ke lubang kedua
pada palang.
- Teruskan proses menjahit
sehingga siap.
- Matikan jahitan dengan jahitan
kia.