Upload
meniti-waktu
View
973
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Mata Pelajaran : SASTERA (cerpen)
Tahun 9P
Hari Khamis (21/10/2010)
Cikgu Rudyman Hj AbdManaf
SINOPSIS
1. Titian dirobohkan yang menghala ke rumah Liau Bakar.
2. Liau Tangah merasa tersingung oleh senyuman Budin itu,
seolah-olah memperli kerendahan budi dan akhlaknya
meroboh titian.
3. Aku merasa serba salah menyaksikan telatah jiran-jiran
seperti Saman, Samsu, Bahar dan Cikgu Ahmad melalui
tanah becak di kawasan titian roboh.
4. Kesalan aku begitu mendalam memikirkan peristiwa yang
berlaku beberapa hari yang lalu meroboh titian. Ia telah
melakukan suatu penganiayaan bukan sahaja terhadap orang
lain tetapi juga pada dirinya sendiri.
7. Mahri balik dari kedai runcit Haji Damit. Budak itu turun
mengharung air pasang dikawasan titian roboh dan tiba-tiba
Mahri menjerit dan mengadu ia telah disengat oleh tuka-tuka.
8. Liau Tangah cemas kerana bekas sengatan di tapak kaki itu
sudah banyak mengeluarkan darah mencapai tahap yang
membimbngkan.
9. Liau Tangah menyuruh Piah meminta tolong kepada jiran-jiran.
Piah memanggil Liau Bakar dan menyebut-nyebut nama orang-
orang yang tidak disenanginya iaitu Saman, Samsu, Bahar dan
Cikgu Ahmad
10.Sebentar kemudian kedengaran motor sangkut penambang dari
arah rumah Liau Bakar iaitu rumah yang selama ini
dianggapnya berpenghunikan jembalang dan kini datang
menolong mereka.
1. MasyarakatIanya boleh dilihat dalam keluarga Liau Tangah. Ia digambarkan sebagai keluarga yang individualistik, egostik dan tidak ada sifat toleransi. Jika sifat ini diamalkan maka ia boleh mencetuskan gejala ketegangan hubungan dan sebagai batu penghalang ke arah penghidupan yang rukun damai dan harmoni.
2. Hubungan semasa jiran tetanggaSeorang yang hidup bermasyarakat hendaklah tolong menolong. Misalnya menolong orang yang dalam kesusahan adalah merupakan amalan dasar hidup yang rasional yang mana ia boleh memperluaskan dan memperkembangkan lagi hubungan silaturahim antara jiran dan bersatu padu kearah hidup yang harmoni dan sentiasa bekerjasama dalam masyarakat.
3. Rumah tangga
Sebagai seorang isteri yang memiliki sifat kasar, suka memerintah
suami, banyak cakap dan suka menengking, ia akan membawa lebih
banyak keburukkan dari kebaikan. Misalnya seorang suami akan
terjejas kewibawaannya jika masyarakat mengetahui perkara tersebut.
4. Bermusuhan
Kita seharusnya memiliki sikap suka berkawan kerana barangsiapa
yang suka bermusuhan maka seseorang itu akan disisihkan oleh
masyarakat. Ini terbukti bahawa dalam cerpen titian, keluarga Liau
Tangah telah disisihkan dan ia dapat dilihat ketika Piah meminta tolong
kepada jiran-jirannya tiada sesiapapun yang datang menolong kecuali
jiran yang dimusuhinya iaitu Liau Bakar.
5. Ketegangan
Ketegangan berlaku akibat dari anak Liau Bakar telah menolak anak
Liau Tangah iaitu Mahri sehingga mengakibatkan Mahri patah tangan
dan hubungan sesama jiran menjadi tegang dan mengakibatkan
permusuhan berlaku diantara dua keluarga tersebut.
AKTIVITI BERKUMPULAN