41
MSG 3014 ASAS GRAFIIK PUAN MILA SALIMA BINTI HALIMI

ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

MSG 3014 ASAS GRAFIIKPUAN MILA SALIMA BINTI HALIMI

Page 2: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Munirah8690

Safwan8678

Azri8680

Aslan8679

MSG3012 Asas Grafik (Group E)

Page 3: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

FOTOGRAFI

ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

PRINSIPdf

komposisikeseimbangan

kontra

dominanharmoni

kesatuanpengulangan

ELEMENdf

ELEMEN BAHAN ELEMEN SENI FOTOGRAFI

bentukjalinan

rupa

patterngarisan

kamerafilem

Kad memori

cahayasubjek

Page 4: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

ELEMENdf

ELEMEN BAHAN ELEMEN SENI FOTOGRAFI

bentukjalinan

rupa

patterngarisan

kamerafilem

Kad memori

cahayasubjek

Page 5: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

ELEMEN BAHANKamera

Kamera adalah merupakan elemen utama dalam bidang fotografi. Tanpa kamera, sesuatu gambar foto tidak mungkin dapat dihasilkan.

Ia berupa kotak kedap ringan yang dilengkapi lensa dan beberapa komponen utama yang lain.

Terdiri dari pelbagai bentuk, saiz, jenis dan jenama, dari yang murah hinggalah ke ribuan ringgit.

Antara jenama yang terdapat di pasaran adalah seperti CANON, NIKON,

KODAK, SAMSUNG, OLYMPUS dan banyak lagi. Pemilihan setiap jenis kamera adalah bergantung kepada

kemampuanPengguna terhadap tujuan utama penggunaannya. Tiada siapa yang pasti bilakah jenis kamera yang pertama

ditemui. Tetapi ia telah popular di kalangan pelukis-pelukis Renaissance yang menggunakan kamera obscura untuk mengesan imej yang dipantulkan oleh sinaran cahaya melalui satu lubang kecil. Walaubagaimanapun, kamera yang mudah telah digunakan oleh George Eastman pada tahun 1988.

1.

Page 6: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 7: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

2.

Filem adalah merupakan elemen untuk merakam dan menyimpan sesuatu imej sebelum dihasilkan dalam bentuk cetakan. Ia penting untuk menambahkan kesan dalam sesuatu suasana.

Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu; a) Filem Negatif – untuk penghasilan gambar/imej

bercetak b) Filem Positif – untuk kegunaan gambar slaid (imej

dirakam terus ke atas filem) Ia mempunyai berbagai jenis kelajuan yang merujuk

kepada kadar kepekaan terhadap cahaya, dan terdiri dari pelbagai jenama seperti Kodak, Fuji, Agfa, Konica dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, dengan arus perkembangan teknologi semasa, penggunaan filem ini telah semakin berkurangan. Pengguna dewasa ini lebih gemar menggunakan kamera digital yang menggunakan kad memori sebagai elemen untuk merakam dan menyimpan gambar.

FILEM

Page 8: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

3.

KAD MEMORI

Kad memori merupakan satu kepingan plastik yang nipis dan kecil. Ia mempunyai saiz memori dari 2Gb, 4Gb sehingga 16Gb dan boleh mencecah kepada nilai yang lebih besar lagi bergantung kepada tujuan penggunaannya. Saiz ini merujuk kepada keupayaannya merakam dan menyimpan gambar.

Setiap subjek akan dirakam terus kedalam format digital dan boleh dipaparkan secara elektronik menggunakan komputer. Imej/subjek boleh disimpan di dalam komputer menggunakan format penyimpanan seperti *.jpg, *.gif,.*tif dan *.bmp.

Untuk tujuan penstoran, boleh menggunakan teknologi seperti flash card, compact card, flopp disk dan internal memory.

Page 9: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

4.

SUBJEK Untuk tujuan pengajaran, subjek perlulah menarik dan

imaginatif. Elemen gambar perlulah berkaitan dengan objektif pengajaran dan perlu dipersembahkan dengan berhati-berhati supaya menjadi gambar yang boleh menepati objektif pengajaran tersebut.

Subjek boleh terdiri samada subjek pegun yang tidak boleh digerakkan (bangunan, jalan raya), subjek pegun yang boleh digerakkan (perabot, perkakas elektrik, dan lain-lain), subjek yang boleh bergerak (manusia, binatang, kenderaan) dan keadaan semulajadi (panorama dan lanskap).

Semua subjek ini perlu disusun atur dengan teliti agar dapat menghasilkan satu gambar yang bersesuaian dengan objektif yang ingin disampaikan.

Page 10: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 11: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

5.

Cahaya mungkin boleh diperolehi dari sumber semulajadi seperti dari cahaya matahari, ataupun dari sumber buatan seperti cahaya dari lampu atau flash kamera. Bahan medium perakam mestilah didedahkan kepada jumlah cahaya

yang berpadanan. Terlalu sedikit pendedahan (exposure) akan menghasilkan gambar yang gelap, manakala terlalu banyak pendedahan akan menghasilkan gambar yang terlalu terang.

Jurugambar perlu mengetahui cara-cara untuk mengawal cahaya yang masuk bagi menghasilkan gambar yang bermutu. Pendedahan ini boleh dikawal dengan shutter dan appature.

CAHAYA

Page 12: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 13: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Elemen Seni Dalam Fotografi

Garisan Jurugambar yang baik kerap menggunakan garis

pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pemerhati pada subjek utama.

Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar.

Ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar menjadi menarik perhatian.

Tidak penting sama ada garis itu lurus, melingkar atau melengkung, membawa mata keluar dari gambar. Yang penting garis-garis itu menjadi dinamik.

1

Page 14: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 15: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Selain 'rule of thirds', kaedah 'diagonal rule' juga boleh digunapakai untuk mendapatkan kesan yang baik dalam penghasilan satu-satu foto.

Penggunaannya tidak terhad kepada kedudukan subjek utama (main subject) sahaja, tetapi juga boleh digunakan kepadasubjek kedua atau subjek sokongan (secondary subject).

Foto bawah: Subjek utama (jurufoto) diletakkan pada kedudukan menyerong (diagonal) dari kiriatas kekananbawah.

Foto atas : Subjek sokongan (celahan batu & ranting) diletakkan pada kedudukan menyerong (diagonal) dari kanan atas ke kiri bawah.

Page 16: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Garisan (line) merupakan unsur penting dalam setiap penghasilan imej fotografi. Dengan menggunakan garisan anda mampu menunjukkan keluasan, jarak dan

perspektif pada satu-satu gambar. Garisan juga mampu memandu pandangan audien.

Terdapat berbagai jenis garisan di persekitaran kita, namun yang paling ketara adalah garisan melintang (horizontal), menegak (vertical) dan menyerong (diagonal).

Jenis-jenis garisan lain termasuklah bengkang-bengkok, serabut, bulat, berpintal, beralun, bergerigi, 'zigzag' dan sebagainya.

Page 17: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Rupa Salah satu formula yang paling mudah yang boleh membuat sebuah

gambar menarik perhatian adalah dengan memberi keutamaan kepada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya.

Kita umumnya menganggap shape sebagai outline yang tercipta kerana sebuah shape terbentuk, pada intinya, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak.

Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu ramai. Untuk membuat kontras kuat antara shape dan persekitaran yang membentuk shape tersebut.

Kontras ini boleh terjadi sebagai akibat dari perbezaan gelap terang atau perbezaan warna.

Sebuah shape tentu saja tidak berdiri sendiri. Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang mengandungi dua

atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar.

Kita boleh ambil contoh gambar yang mengandungi unsur shape adalah gambar shilouette, foto tersebut membandingkan objek yang dalam keadaan terang dan gelap di mana objek yang gelap atau tidak terkena cahaya atau objek di depan cahaya itu akan membentuk shape.

2

Page 18: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 19: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 20: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Form/bentuk Ketika shape sendiri dapat mengindentifikasikan objek, masih diperlukan form untuk memberi kesan padat dan 3D. Hal ini merupakan faktor penting untuk mencipta kesan kedalaman dan realiti. Kualiti ini tercipta dari pembentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek. Faktor penting yang menentukan bagaimana form terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek tersebut.

3

Page 21: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 22: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Tekstur Sebuah gambar dengan gambar tekstur yang menonjol dapat merupakan

sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika mencukupi, tekstur akan memberikan realisme pada gambar, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subjek anda.

Tekstur dapat dilihat jelas pada dua sisi yang berbeza. Ada tekstur yang dapat dijumpai bila kita mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya bila kita ingin mengambil gambar tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula saat di mana kita harus ke belakang kerana subjek yang

kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam area tertentu. Mengambil gambar tekstur dianggap berjaya bila pemotret dapat

menyampaikan sedemikian rupa sehingga pemerhati foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut apabila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur yang baik dipaparkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar batas gambar.

4

Page 23: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 24: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 25: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Corak

corak yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lain yang boleh menjadi unsur penarik perhatian utama.

pengulangan itu menimbulkan kesan ritmik dan harmoni dalam gambar. Tapi, terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan.

Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati.

CORAK biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut bidikan kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.

5

Page 26: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 27: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

PRINSIPdf

komposisikeseimbangan

kontra

dominanharmoni

kesatuanpengulangan

Page 28: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

PRINSIP DALAM FOTOGRAFI

Komposisi adalah susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar. Komposisi adalah cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar. Komposisi adalah suatu Organisasi Visual.

1kom

posisi

Page 29: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 30: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

KeseimbanganKeseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. Keseimbangan lah yang akan mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan ataupun ketenangan.

2

Page 31: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 32: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

KontrasKontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain.

3

Ada dua jenis kontras iaitu kontras tona dan kontras warna. Kontras tona merujuk pada perbedaan tona dari yang paling terang ke yang paling

gelap, dengan kata lain, perbedaan tona dari putih ke abu-abu ke hitam. Kontras warna merujuk pada bagaimana warna berinteraksi satu sama lain.

Tona biasanya dikategorikan sebagai tona tinggi, normal, atau rendah. ambar atau foto dengan tona tinggi utamanya terdiri dari hitam dan putih dengan

sedikit atau tanpa tona abu-abu. Gambar tona normal memiliki elemen putih, beberapa hitam dan banyak tona tengah

abu-abu. Gambar tona rendah ialah gambar yang hampir tidak ada bagian yang sangat terang

atau gelap, semua tona hampir mirip satu sama lain. Gambar tona tinggi sifatnya kasar sedangkan gambar dengan kontras rendah sifatnya

lembut.

Page 33: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 34: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

HarmoniHarmoni bermaksud elemen-elemen di dalam suatu gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan. Harmoni boleh menyebabkan beberapa elemen nampak seperti satu entiti. Contohnya bunga-bunga seperti gambar di bawah membentuk satu kumpulan bunga.

4

Page 35: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 36: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Dominan adalah titik fokus utama dalam sesuatu gambar. Dominan dan

Keseimbangan boleh mewujudkan kesatuan dalam sesuatu gambar.

5

Dominan

Page 37: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 38: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Kesatuan (unity)Kesatuan wujud apabila beberapa

elemen bercantum menjadiseperti satu entiti.

6

Page 39: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
Page 40: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI

Pengulangan Pengulangan terbentuk apabila terdapat beberapa

elemen-elemen yang sama/hampir sama dalam suatu gambar.

7

Page 41: ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI