14
PENGENALAN Anatomi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. Fisiologi Fisiologi ialah mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Organisasi Struktur Manusia Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia. Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan Sistem-sistem Tubuh Manusia Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus : 1. Sistem Integumen(Kulit) 2. Sistem Rangka 3. Sistem Peredaran Darah 4. Sistem Pencernaan 5. Sistem Respiratori 6. Sistem Otot 7. Sistem Endokrin 8. Sistem Reproduktif 9. Sistem Saraf 10.Sistem Limpa 11.Sistem Urinari

Folio sains sukan by leha

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Folio sains sukan by leha

PENGENALAN

Anatomi

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga

dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun

dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada

perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk

melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti

anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh

yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot.

Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.

Fisiologi

Fisiologi ialah mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki

yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan

kita.

Organisasi Struktur Manusia

Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan

berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung

sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan

benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut

nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2

daripada tubuh manusia. Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang

menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia

iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.

Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau

lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal

dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang

berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori.

Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua

aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan

Sistem-sistem Tubuh Manusia

Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus :

1. Sistem Integumen(Kulit) 2. Sistem Rangka 3. Sistem Peredaran Darah

4. Sistem Pencernaan 5. Sistem Respiratori 6. Sistem Otot

7. Sistem Endokrin 8. Sistem Reproduktif 9. Sistem Saraf

10.Sistem Limpa 11.Sistem Urinari

Page 2: Folio sains sukan by leha

Sistem Integumen(Kulit)

Seluruh permukaan tubuh kita terbungkus oleh lapisan tipis yang sering kita

sebut kulit. Kulit merupakan benteng pertahanan tubuh kita yang utama karena

berada di lapisan anggota tubuh yang paling luar dan berhubungan langsung

dengan lingkungan sekitar.

FUNGSI KULIT :

Mengeluarkan peluh

Pelindung kepada tubuh badan

Menyimpan lebihan lemak

Mengatur suhu badan

Tempat pembuatan vitamin D dari pro vitamin dengan bantuan sinar

matahari yang mengandungi ultraviolet.

Page 3: Folio sains sukan by leha

Sistem Rangka

Suatu sistem yang disusun oleh sejumlah tulang (bones/osseous) dan sedikit rawan

(cartilage) yang membentuk tubuh manusia.

Fungsi Tulang :

a. Membentuk rupa dan ketegapan

b. Melindungi organ-organ

c. Sebagai penegak tubuh

d. Sebagai pembentuk tubuh

e. Sebagai tempat melekatnya otot (otot rangka)

e. Sebagai pelindung bagian tubuh yang penting

f. Sebagai tempat pembentukkan sel darah merah

g. Sebagai alat gerak pasif

Page 4: Folio sains sukan by leha

Sistem Peredaran Darah

Terdiri daripada jantung dan salur-salur darah.

Bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan sistem perkumuhan.

Ia adalah sihat jika:

1. jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan

2. saluran darah mudah lentur, anjal dan tidak tersumbat

3. darah tidak melekit atau pekat

Fungsi asasnya adalah:

1. untuk mengedarkan darah yang mengandungi nutrien penting, oksigen dan hormon

2. untuk menyingkirkan sisa daripada tisu

Komplikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah:

1. boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem

pembiakan

2. Menyebabkan penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:

a. penyakit jantung koronari

b. strok

c. hipertensi

d. aterosklerosis- penyakit pada arteri

Page 5: Folio sains sukan by leha

Sistem Pencernaan

Terdiri daripada mulut, esofogus, hati, perut dan usus.

Pencernaan bermula apabila makanan memasuki mulut dan tamat di penghujung usus.

Fungsi asasnya adalah:

1. penguraian makanan secara fizikal dan kimia

2. memproses makanan dan cecair supaya nutrien dapat diserapkan

3. membekukan dan menyingkirkan makanan yang tidak dihadam daripada tubuh sebagai

najis

4. bergantung kepada pemangkin enzim untuk menggalakkan aktiviti enzim pencernaan

untuk pencernaan yang sempurna

Akibat sistem pencernaan yang lemah:

1. pedih hulu hati

2. kembung

3. ketidakhadaman

4. Sindrom Rengsa Usus

Sistem pencernaan yang lemah boleh diburukkan oleh masalah-masalah berikut:

1. sistem saraf yang tidak sihat

2. stres

3. kerisauan

4. diet tidak sihat

5. kualiti makanan

Page 6: Folio sains sukan by leha

Sistem Respiratori

Terdiri daripada kaviti nasal, farinks (tekak), trakea dan paru-paru.

Ia bertindak selari dengan sistem peredaran untuk menghantar oksigen dan gas dari tisu

dan ke tisu tubuh.

Fungsi asasnya adalah:

Untuk membekalkan darah beroksigen melalui paru-paru.

Akibat sistem pernafasan yang tidak sihat:

1. Asma

2. Gannguan pulmonari obstruktif yang kronik (COPD)

3. Bronkitis

4. Pneumonia (Paru-paru berair)

5. Tuberkulosis (TB) atau batuk kering

6. Kanser paru-paru

7. Kekurangan oksigen

Page 7: Folio sains sukan by leha

Sistem Otot

Terdiri daripada sistem otot dan rangka.

Membentuk tisu yang berfungsi dengan sistem rangka.

Fungsi asasnya adalah:

1. untuk mengawal pergerakan badan

2. untuk membentuk, menyokong dan melindungi organ dalaman

3. untuk memberikan kestabilan dan mobiliti kepada tubuh

Akibat sistem otot dan rangka yang lemah:

1. Osteoporosis

2. Osteoartritis (OA)

3. Reumatiod artritis (RA)

4. Kekakuan bahu

5. sakit belakang & bahagian bawah belakang

Page 8: Folio sains sukan by leha

Sistem Endokrin

Terdiri daripada hipotalamus, pituitari (no 2 dalam gambarajah), tiroid (no 3), paratiroid,

adrenal (no 5), pankreas (no 6) dan testis (lelaki-no 8, kiri dalam gambarajah)/ ovari

(wanita-no 7, kanan dalam gambarajah).

Fungsi asasnya adalah:

1. metabolisme

2. pertumbuhan

3. homeostasis (keadaan keseimbangan dalaman)

4. untuk menyokong sistem organ yang lain

Akibat sistem endokrin yang tidak sihat:

1. Tekanan darah tinggi (atau hipertensi)

2. Paras kolestrol tinggi

3. Penyakit kencing manis

Page 9: Folio sains sukan by leha

Sistem Reproduktif

Wanita:

Terdiri daripada kelenjar mamari, tiub fallopio, ovari, vagina dan uterus.

Ia berkait rapat denga sistem endokrin yang mencetuskan haid dan menopous.

Ia adalah sihat apabila:

1. tiada masalah PMS

2. rembesan hormon dan peredaran yang sihat dan seimbang

3. tiada jangkitan kandidiasis

Fungsi asasnya adalah:

1. untuk menghasilkan ovum(telur)

2. untuk mengadakan hubungan seksual

3. untuk menyuburkan ovum yang tersenyawa sehingga ia matang

4. untuk melahirkan anak

Akibat sistem pembiakan wanita yang tidak sihat:

1. kemandulan

2. sindrom prahaid (PMS)

3. masalah berkaitan dengan kehamilan

4. kandidiasis (jangkitan yis)

Page 10: Folio sains sukan by leha

Lelaki:

Terdiri daripada vesikel, kelenjar prostat, uretra, zakar, testis.

Ia berkait rapat dengan sistem endokrin yang menghasilkan sperma dan hormon seks.

Tidak berfungsi sepenuhnya sehingga akil baligh.

Fungsi asasnya adalah:

1. untuk menghasilkan sperma

2. untuk memindahkannya kepada wanita

Akibat sistem pembiakan lelaki yang lemah:

1. mati pucuk atau erektil disfungsi (ED)

ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi

2. prostatik hipertrofi benigna (BPH)

Page 11: Folio sains sukan by leha

Sistem Saraf

Terdiri daripada otak, saraf tunjang dan saraf-saraf yang mengawal seluruh pergerakan

badan.

Fungsi asasnya adalah:

1. untuk mempermudahkan komunikasi dalaman tubuh

2. untuk bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku di luar dan di dalam tubuh

3. untuk berinteraksi secara rapat dengan sistem endokrin bagi mempengaruhi sistem lain

dan fungsi tubuh

Akibat sistem sarah yang tidak sihat:

1. Kemerosotan ingatan berperingkat

2. Kecacatan kognisi (disfungsi proses mental)

3. Penyakit Alzheimer

Page 12: Folio sains sukan by leha

Sistem Limpa

Terdiri daripada nodus limfa, timus, limpa dan saluran limpatik dan ia adalah sistem

pertahanan tubuh kita.

Fungsi asasnya adalah:

1. untuk melawan jangkitan

2. untuk melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteri, bahan pencemar dan

penyakit

3. untuk memperbaharui organ dan tisu yang rosak serta mengembalikan fungsinya

Akibat sistem imun yang tidak seimbang

1. sistem imun terlampau aktif

a. penyakit autoimun (contohnya Lupus)

b. alahan

2. Keimunan tersekat/ rendah

a. mudah jatuh sakit

b. lambat pulih daripada penyakit

Page 13: Folio sains sukan by leha

Sistem Urinari

Terdiri daripada paru-paru, kulit, buah pinggang dan kolon.

Ia merupakan pelindung terhadap racun.

Ia berfungsi rapat dengan sistem pernafasan, sistem peredaran dan endokrin

untuk membebaskan tubuh daripada toksin.

Ia adalah sihat apabila:

1. bebas daripada najis terlonggok (pengumpulan najis di dalam usus)

2. mengekalkan nisbah 80:20 yang ideal bagi bakteria baik berbanding bakteria berbahaya

Fungsi asasnya adalah:

1. untuk mencegah pengumpulan toksin

2. untuk membebaskan tubuh daripada sisa tubuh harian

3. terutamanya terletak di:

a. paru-paru- untuk mengeluarkan karbon dioksida daripada tubuh

b. kolon- untuk membolehkan sisa makanan pepejal melaluinya

c. buah pinggang- untuk menyingkirkan pukal sisa cecair dan nitrogen

d. kulit- untuk menghasilkan peluh dan mengumuh sisa metabolik

Akibat kolon yang tidak sihat:

1. sembelit

2. mempercepat penuaan

3. penyerapan nutrien lemah

4. kanser kolon

Page 14: Folio sains sukan by leha

NAMA : NURZALIHA NADZIRAH BT MADRUS

TINGKATAN : 6 ATAS AMANAH

NAMA GURU : EN. ROSDEH UYUN

SUBJEK : SAINS SUKAN