Upload
sandra-cilla-rinduh
View
1.340
Download
37
Embed Size (px)
Citation preview
DISEDIAKAN OLEH :
SANDRA CILLA BINTI ENDIRE
HAFIZAH BINTI HASAN
MOHAMMAD HILMI HAFIZ
MOHAMMAD IKMAR BIN EDERUS
•Size up the situation
•Use all your senses
•Remember where you are
•Vanquish fear and panic
•Improvise
•Value living
•Act like the natives
•Learn basic skill
Pengenalan Membantu individu yang berada dalam keadaan dan
tempat yang bahaya.
Penggunaan kemahiran :
Membuat unggun api
Cari dan membina tempat berteduh
Cari air yang bersih untuk diminum
Cari makanan yang selamat dimakan
Dalam keadaan dan tempat yang kering, basah, panas,
sejuk, gurun, pedalaman atau pulau
Objektif1) Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk
ikhtiar hidup semasa di laut, hutan, bukit, gunung-ganang atau sebagainya.
2) Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadiuntuk mencari sumber makanan, tempat perlindungandan punca-punca air.
3) Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkahkeselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.
TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUPa. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
g. Panik
Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan
semangat mereka untuk terus hidup dan keluar dari keadaan
tersebut.
Asas bagi ikhtiar hidup
Terdapat 5 asas untuk meneruskan hidup dalam
pelbagai situasi ini iaitu :
1. Tempat berteduh ( shelter )
2. Air ( water )
3. Makanan ( food)
4. Api ( fire )
5. Perangkap binatang ( trap & snares )
Shelter ( tempat berteduh ) Melindungi diri dari bencana atau kesejukan
Sebagai tempat untuk tidur dan berehat
Dibina sendiri
Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk
membina shelter adalah:
berdekatan dengan punca air
mudah untuk membuat unggun api
Mudah untuk mencari makanan
Pondok pelindung angin
Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung
berbetuk ‘ V’ terbalik
Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang
Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti
daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan sebagainya.
Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit,
kawasan permatang yang sempit , kawasan tanah
lapang dan juga di kawasan tepi pantai.
Pondok Pisang Sesikat
Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat
tiang
Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang
Bumbung dibuat curam kebelakang
Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar)
juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja
dgn bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah
Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan
dilereng bukit.
Pondok satu minggu
Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang,
berlantai serta mempunyai tangga dan berbumbung.
Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh
didirikan dalam apa juga keadaan muka bumi.
Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal
dalam jangka masa satu minggu.
Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan
binatang-binatang buas.
Perlindungan Semulajadi
Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir
pokok , anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat
sesuai dijadikan tempat untuk berteduh.
pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu
dari aspek keselamatan.
Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan
batu-batu yang longgar kedudukannya, kawasan laluan
angin, laluan binatang, sarang serangga dan sebagainya.
Shelter yang biasa seperti gua, ikat tali pada pintumasuk gua untuk memudahkan untuk cari jalankeluar.
Jika memilih gua untuk dijadikan tempat berteduh, buat unggun api di kawasan pintu masuk gua supayadapat menghalang binatang daripada memasuki ataumendekati gua.
Jika memilih untuk membuat lubang dibawah tanahsebagai tempat berteduh, pastikan pintu masuk kelubang itu ditutup dengan kulit kayu dan ranting pokok.
Kita juga boleh membina shelter yang berbentukcondong menggunakan kayu dan ranting-ranting pokok, di atas binaan ranting dan kayu itu kitaletakkan plastik.
Daun-daun kayu untuk menutupi shelter tersebut danmengurangkan kesejukan serta dapat mengelak daripanas dan hujan.
Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tigahari sahaja tanpa air.
Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari dalam suhu yang biasa. Tapi akan lebih bilaberada dalam suhu yang panas dan kawasan yang kering.
Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi, kelesuan, sakit kepala, pitam, pening dan bolehmenyebabkan kematian.
Air
Dalam keadaan kering yang melampau, kita bolehmelakukan beberapa perkara untuk mengurangkankehilangan air dalam badan. Antaranya :
1. Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkanair keluar melalui pernafasan dengan mulut
2. Jangan merokok.
3. Berehat dan tidak melakukan kerja berat.
4. Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalambadan akan digunakan untuk menghadam ; kuantitiakan berkurang.
kelesuan
SUMBER AIR BERSIH
Air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih
dan dalam tumbuhan adalah selamat diminum.
Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air
pasang, sungai perlu dibersihkan terlebih dahulu.
Cara membersihkan air adalah:-
guna iodin ,klorin atau rebuskan.
masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui,
jika air agak sejuk gunakan 10 titik iodin, biarkan selama 30
minit sebelum diminum
atau panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada
paras laut, tambah setiap 1minit untuk setiap penambahan
300 meter melebihi paras laut, 10 minit untuk tempat yang
tidak diketahui pada paras apa.
penting untuk masak makanan, air dan untuk
memanaskan badan bila berada dalam suhu yang sejuk
mengelakkan dari binatang buas
cara untuk membuat nyalaan api
1)pilih satu tempat yang selamat
2)himpunkan bahan bakar
3)longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana
pembakaran akan dibuat
NYALAAN API
4) hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan
diatas longgokan bahan bakar
5) biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai
bahan bakar, tunggu sehingga bahan bakar membara
6)apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi
bahan bakar yang lain dan anginkan sedikit sehinnga ianya
betul-betul mengeluarkan api.letakkan ranting dan daun
kering
7)kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang
berisi air atau cermin
Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah
terbakar amat sukar dicari
Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar
Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya
bahagian dalam yang kering
Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh
meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat ‘
bunga jarau’
Gunakan bahagian dalam yang kering.
Sekiranya kayu basah…..
Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang
dipakai sebagai pengguris
Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk
kayu akibat penggurisan bertubi-tubi ke atas dulang oleh kayu keras.
Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas
akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk
kayu yang terperangkap dalam lubang dulang
Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting
kering yang telah disediakan
Cara lain….
manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa
makanan
untuk mendapatkan makanan :
boleh tangkap ikan
buat perangkap binatang
cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun
serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging
lembu
serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :-
MAKANAN
1. serangga bersengat
2. berbulu dan berwarna terang
3. berbau keras
4. labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk
dan lalat
buang semua sayap atau kaki serangga serta masak
sebelum dimakan lebih –lebih lagi serangga yang
mempunyai cangkerang keras dan parasit
cacing atau ulat tak perlu dimasak, hanya cucikan
sahaja
Boleh di makan
Tidak boleh
dimakan
ikan
burung
haiwan amphibia
haiwan mamalia
Kemahiran memasak tanpa alatMemasak nasi menggunakan buluh
Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi sepertimemasak lemang
Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang mudadigulungkan dan dimasukkan ke dalam ruas buluh
masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut
tutup lubang buluh dengan menggunakan daun
boleh dimasak secara melintang
Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkanpemegang
Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.
Perangkap terbahagi kepada dua:
i. Perangkap berumpan
kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap
yang tidak menggunakan umpan
Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang
hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap
Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak
ditangkap dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.
PERANGKAP BINATANG
ii. Perangkap tidak menggunakan umpan
Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa
umpan bagi menarik perhatian binatang
persediaan memasang perangkap jenis ini adalah
dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat
binatang bermain atau tempat binatang tersebut
mencari makan atau minum
jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang
Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini
seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.
Jerat Bidas
Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan
umpan ataupun tidak
Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang
menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat
Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini
ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.
Menunggu Bantuan
Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan
makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang
itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum
tiba anggota mencari dan menyelamat untuk
menamatkan penderitaan yang dihadapinya.