Upload
noratini-mukhtar
View
4.574
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Penulisan Ilmiah tentang isu dalam gaya pengajaran
Citation preview
SME 6044
Contemporary Issues in Mathematics Education
ASSIGNMENT 1
6. Teaching Approaches
MATRIC NUMBERS: M20111000344
M20111000345
M20111000346
NAME : NUR AZURA BT AZUDDIN
NORATINI BT MUKHTAR
DANIEL @ DANIAL B HARUN
1
Pengenalan
Sebagai seorang guru pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi tunjang utama
dalam profession perguruan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, persoalan yang menjadi
keutamaan adalah adakah seseorang guru itu memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar
yang terdiri daripada pelbagai tahap, persekitaran dan sebagainya. Guru disarankan
melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka supaya dapat disesuaikan dengan gaya
pembelajaran pelajar tetapi amalan para guru masih tidak lagi berubah. Guru sering
meluahkan kekecewaan atas sikap pasif pelajar menerima pengajaran mereka seterusnya
menyebabkan pencapaian pelajar kurang memuaskan kerana tidak dapat menguasai
sepenuhnya apa yang diajar di dalam kelas. Memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar
dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan
kekecewaan pelajar tersebut (Raiff, 1992).
Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh
para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru
tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala “chalk and talk”. Kenyataan tersebut
juga disokong oleh Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal
dengan peranan lama mereka sebagai pengajar. Sementara itu, guru-guru masih
membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata (Mohd
Majid Konteng, 1997).
Oleh sebab itu peranan guru penting dalam menentukan pendekatan pengajaran
termasuk gaya pengajaran, teknik dan kaedah. Pengajaran ialah sesuatu proses yang
melibatkan interaksi dua hala di antara pengajar dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
2
pembelajaran Strategi dan teknik pengajaran mengandungi unsur sains dan unsur seni serta
bakat mengajar guru (Mok Soon Sang,2008). Gaya pengajaran boleh didefinisikan sebagai
pendekatan yang diambil oleh guru untuk mengajar dan biasanya mengambarkan pegangan
atau falsafahnya tentang pengajaran tersebut. Di dalam konteks pendidikan, konsep
pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu
mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat guru lebih suka mengamalkan
pendekatan yang menekankan hubungan mesra serta interaksi dua hala dalam pengajaran dan
ada pula yang menekankan aktiviti dan penyiasatan (inkuiri) dalam pengajarannya. Gaya
pengajaran dapat dilihat sebagai satu corak keperluan, kepercayaan dan sikap guru yang
ditunjukkan di dalam kelas (Grasha,1996).
Abd Rahim Abd Rashid (1998), merumuskan kaedah pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti:
(i) guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar
dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan
dan apresiasi sesuatu mata pelajaran dalam kehidupan pelajar.
(ii) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang melibatkan
guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat
bantuan terkini seperti penggunaan komputer, ‘software’ atau internet.
(iii) Pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gaya pembelajaran
dengan pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan itu disusun atau
dianalisis.
(iv) Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajar, gaya
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan
apa yang dipelajari kepada situasi baru adalah amat perlu dilakukan oleh pelajar.
3
(v) Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik
minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kritera ini amat penting menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk
mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan
metodologi pengajaran yang bersifat ‘spoon feed’, induktif dan khutubah yang
hanya mementingkan supaya pelajar menerima apa sahaja apa yang disogok oleh
guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya
belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang
berlaku dalam masyarakat moden.
Oleh yang demikian, gaya pengajaran guru perlu berubah kepada bentuk gaya
pengajaran lain seperti gaya pengajaran inkuiri yang boleh memantapkan gaya pembelajaran
dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik. Cara pengajaran tradisional tidak boleh
membantu pelajar dalam mempraktikan gaya pembelajaran yang berkesan.
Seorang guru yang terlatih sudah mempelajari pelbagai jenis gaya pengajaran
antaranya induktif, deduktif, elektif, intergratif dan sebagainya bergantung kepada mata
pelajaran yang terlibat. Malangnya adakah guru-guru mengaplikasikan gaya pengajaran yang
sesuai supaya selari dengan gaya pembelajaran pelajar.
Isu-isu Gaya Pengajaran dalam Matematik
Matematik selalu dianggap sebagai ‘killer subject’ oleh para pelajar. Kebanyakan ahli
bukan Matematik seperti ahli sosiologi, psikologi, pengurus sekolah dan mahupun guru itu
sendiri menganggap Matematik adalah statik dan terhad kepada pengiraan seperti yang
terkandung dalam kebanyakan buku teks sekolah (Barbeau, 1989). Di sini dapat diandaikan
4
persepsi masyarakat terhadap Matematik merupakan pengiraan semata-mata yang bertujuan
untuk mendapatkan nilai. Pelajar dikatakan mahir Matematik jika pelajar tersebut dapat
mencari jawapan yang betul yang merupakan nilai sahaja.
Tanggungjawab seorang guru adalah untuk memindahkan pengetahuan Matematik
mengikut pedagogi yang efisyen dan mengharapkan pelajar untuk menyerap dengan cara
yang berkesan, guru adalah sebagai agen pemindahan kandungan Matematik (Nik Azis Nik
Pa, 1985;1986). Pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan dalam keadaan statik
(Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2005). Perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia
mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Isi kandungan sebelum tahun 70-an lebih
banyak menekankan kepada pengiraan. Pendekatan pengajaran yang telah digunakan efektif
bagi mengukur keupayaan pelajar dalam menghasilkan algorithm tetapi tidak efektif untuk
menyediakan pelajar ke arah pemikiran secara Matematik. Pada penghujung 70-an,
kurikulum diperkenalkan dengan program Matematik moden dengan lebih menekankan
pendekatan pengajaran yang menjurus memahami konsep dan pada pengiraan juga. Guru-
guru digalakkan untuk menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Seterusnya dalam tahun 80-an, kurikulum Matematik mengalami perubahan dengan
melihat falsafah dan matlamat pendidikan Matematik di sekolah rendah dan menengah yang
akan menyebabkan terhasilnya silibus yang menekankan keseimbangan antara kemahiran dan
kefahaman. Hal ini lebih menjurus kepada konsep penyelesaian masalah yang diguna pakai
dalam kehidupan seharian.
Jika dilihat, kurikulum mengalami perubahan sejajar dengan perubahan di sekeliling
pelajar. Pada zaman teknologi yang canggih ini, pelajar didedahkan tidak hanya terhad
5
dengan penggunaan kemahiran yang dipelajari seperti dalam Matematik tradisional tetapi
terlibat dalam pemikiran aras tinggi (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2005).
Kurikulum mengalami perubahan tetapi adakah guru juga melakukan perubahan
dalam gaya pengajaran mereka selari dengan perubahan semasa? Kaedah ‘chalk and talk’
masih lagi menjadi kaedah utama dalam pengajaran yang disampaikan. Penggunaan kaedah
tersebut tidak menjadi kesalahan yang besar kerana terdapat tajuk-tajuk dalam Matematik
yang memerlukan kaedah tersebut tetapi penggunaannya masih berleluasa sehingga semua
tajuk diajar menggunakan kaedah tersebut. Sebagai contoh dalam menerangkan konsep
mendapatkan punca untuk persamaaan kuadratik, guru sememangnya memerlukan kaedah
‘chalk and talk’ untuk menerangkan dengan lebih berkesan tetapi masihkah relevan
penggunaan kaedah tersebut untuk tajuk yang melibatkan geometri sebagai contoh digunakan
untuk menerangkan kepada para pelajar? Oleh yang demikian, guru-guru dituntut untuk
menjadi lebih kreatif untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran mereka.
Seterusnya isu yang menjadi bualan adalah mengenai penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Impak daripada kepesatan teknologi maklumat (IT),
telah memberikan satu evolusi dalam dunia pendidikan masa kini. Pelbagai kaedah baru diperkenal
dan digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid
menjadi lebih bermakna (Jamalludin & Zaidatun 2003). Penggunaan multimedia dalam pendidikan
merupakan satu alternatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan merangsang
minda pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Vaughan (1998) menyatakan bahawa,
elemen-elemen dalam multimedia juga menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta
mampu merangsang penggunaan pelbagai deria manusia.
6
Kebaikan Teknologi
Kita sedia maklum bahawa kepesatan pembangunan dalam bidang teknologi maklumat
banyak membantu manusia dalam memudahkan aktiviti harian mereka. Ini tidak terkecuali bagi
golongan guru-guru dan pelajar-pelajar bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Robin (2004), penggunaan teknologi dalam kelas matematik mambantu pengajaran guru dan
memahamkan pelajar. Melalui gambarajah atau pun pembentukan graf pelajar akan lebih jelas dan
lebih nampak apa yang dimaksudkan oleh guru. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Nor Azlan
Ahmad Zahari (2003),menurut responden, penggunaan ICT seperti CD Rom dan Courseware mampu
menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Didapati juga pelajar sangat-
sangat memberi perhatian terhadap pengajaran guru.Ini disokong oleh Robin dan rakan-rakan (2004)
dalam petikannya,
“Technology empowers learners with tools to enhance their learning styles and make concepts
understandable and interesting.”
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Christica(1996) terhadap penggunaan mel
elektronik(e-mel) dan penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah mendapati
bahawa,selain daripada semangat belajar secara berkumpulan, para pelajar juga semakin mesra
dengan alat teknologi dan sentiasa berusaha meneroka alam maya.
Nolan dan Mantin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran seperti menggunakan internet di
sekolah telah banyak membawa perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat
kajian dan lebih berfikiran kritikal. Tetapi pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan pelajar
berfikir secara kritikal masih tidak diamalkan dalam sistem pendidikan di negara kita. Kita masih
terlalu terikat dengan system peperiksaaan semata-mata yang sebenarnya banyak membantutkan
pemikiran pelajar-pelajar untuk berfikir secara kreatif dan berimaginasi. Walaupu guru-guru
digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar tetapi terdapat
7
beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan
internet dalam p&p iaitu:
• Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam p&p. Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan
dengan berkesan.
• Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru, sebaliknya guru akan sentiasa berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang ICT.
• Dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid, internet amat bermanfaat kepada guru dan
murid serta ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran ICT dan era globasisasi.
Kita sedia maklum bahawa penggunaan teknologi sebagai salah satu medium yang digunakan
oleh guru-guru dalam pengajaran banyak membantu guru-guru. Walaupun begitu ada ramai juga
guru-guru yang tidak menggunakan pendekatan sebegini dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
kerana:
(a) Guru tidak mahir
• Kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa tahap penggunaan teknologi komputer
di kalangan guru di kebanyakan sekolah adalah rendah.(Cuban,2001).
• Kebanyakan guru didapati tidak mahir mengendalikan LCD dan projektor.
• Kurang cekap atau tidak tahu mengendalikan software seperti Geometer Sketch
Pad,Aotograph dll.
• Menurut laporan Becta dalam Peter D.John dan Steve Wheeler,2008,sekolah perlu
mempunyai staf yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan bidang pengajaran.
(b) Kekangan Masa
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Noor Azlan Ahmad Zanzali dan rakan-rakan didapati
bahawa antara faktor guru-guru pelatih UTM kurang menggemari kaedah pengajaran ICT adalah
disebabkan kekangan masa.Iaitu;8
i. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer,pergerakan pelajar adalah dari
kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa,ini menyebabkan masa pengajaran
berkurang.
ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini
kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.
(c) Kerosakan Peralatan ICT
Dalam kajian ini juga mendapati guru-guru pelatih UTM kurang gemar guna ICT adalah
kerana tiada kemudahan yang disediakan atau kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti
projektor LCD.
(d) Serangan Virus
Masalah lain yang dihadapi oleh responden dalam kajian Noor Azlan Ahmad Zanzali dan
rakan-rakan,adalah masalah program komputer yang diserang virus dan menyebabkan komputer tidak
dapat berfungsi dengan baik. Dapatan ini disokong oleh Cleoborne D.Maddux, D.lamont Johnson dan
erry W.Willis,2003,dalam petikannya:
‘Suddenly the widespread of use of information technology has directly resulted in new
ethical dilemmas…computer viruses (destructive programs that erase or damage data on the
computer of unsuspecting computers users…’
(e) Hanya Sesuai Untuk Sesetengah Tajuk
Penggunaan ICT turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan. Penggunaan ICT hanya
diguna oleh guru untuk tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar contohnya transformation.
Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman
pelajar dalam tajuk yang diajarkan.
9
(f) Sikap negatif terhadap Teknologi
Kajian menunjukkan bahawa sikap negatif terhadap penggunaan teknologi komputer
merupakan faktor utama yang menghalang guru-guru daripada mengintegrasikan penggunaan
teknologi dalam p&p.Antaranya:
i. Kurangnya keyakinan dalam menggunakan teknologi.(Pelgrum,2002)
ii. Pengalaman-pengalaman lampau yang negatif ketika gunakan teknologi komputer.
(Snoeyik&Etmer 2001)
iii. Perasaan malu terhadap rakan sekerja dan para pelajar dan kurang pengetahuan utk selesaikan
masalah-masalah teknikal.(Russel&Bradley,1997)
iv. Persepsi yang menunjukkan bahawa teknologi komputer tidak meningkatkan prestasi
pembelajaran(Yuen&Ma,2002)
v. Persepsi bahawa teknologi komputer dianggap sebagai rumit dan sukar digunakan.
(Cox&Preston,1999
Pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan dua hala iaitu melibatkan interaksi
guru dengan pelajar. Seorang guru mesti mengetahui gaya pembelajaran pelajarnya supaya
dapat disesuaikan dengan gaya pengajaran (Abdullah Mohd Noor, 1998). Pengajaran dan
pembelajaran secara konstruktivisme, behaviourism, masteri, kalobaratif banyak ditekankan
untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana amalan tersebut lebih
menumpukan kepada pemusatan pelajar. Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada
pandangan mengenai cara manusia belajar. Teori konstruktivisme mengatakan bahawa
pelajar membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa
yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka membentuk peraturan me1alui refleksi
mengenai interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek,
idea atau perkaitan yang tidak bennakna kepada mereka: mereka akan sama ada: (1)
10
Menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan sedia ada; atau (2)
Akan menyesuaikan dengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan maklumat baru
tersebut dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993).
Menurut Briner (2005) pelajar membina pengetahuan mereka dengan menguji idea
dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya
kepada situasi barn yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Hashwesh
(1996), telah menyenaraikan beberapa amalan guru yang mengamalkan konstruktivisme
dalam pengajarannya; (1) suka mengesan konsep alternative di kalangan pelajar, (2) pelbagai
strategi dan teknik pengajaran, (3) memilih dan menggunakan strategi pengajaran yang paling
berkesan untuk memperkenalkan sesuatu konsep, (4) sering menjalankan penilaian kendiri
terhadap amalan pengajarannya. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004) merumuskan
beberapa prinsip asas iaitu teori konstruktivisme ialah pembelajaran melibatkan makna.
Makna perlu dibina oleh pelajar daripada apa yang dilihat dan didengar oleh mereka. Tafsiran
yang dibuat oleh pelajar mungkin berbeza daripada tafsiran guru. Pembinaan makna secara
kasarnya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman lalu.
Aplikasi pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan
pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan pelajar lebih faham, lebih yakin, dan
lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat. Oleh itu, pembelajaran konstruktivisme amat
wajar diapraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malangnya hal ini
jarang untuk berlaku. Salah satu faktornya adalah kekangan masa. Amalan konstruktivisme
11
memerlukan jangka masa yang panjang untuk pelajar membina pemahaman sendiri di mana
guru bertindak sebagai fasilitator. Guru-guru terkongkong dengan silibus. Silibus perlu
dihabiskan dalam jangka masa tertentu, maka wujudlah pengajaran ‘chalk and talk’. Pelajar
menerima maklumat dan guru bertindak sebagai pemindah maklumat.
Berikut dinyatakan beberapa situasi dan secara kesimpulannya adalah berpunca
daripada tindakan guru dalam menguruskan pengajaran dan pembelajarannya;
(i) “Pendidikan matematik yang tidak menyeronokkan, sukar difahami dan tidak tahu
tentang penggunaannya dalam kehidupan harian mereka merupakan masalah yang
sering diluahkan oleh kebanyakan pelajar”.
(ii) “Majoriti pelajar menyedari tentang betapa penting mereka mesti menguasai
matapelajaran matematik. Sebaliknya mereka menjadi tidak berminat dan bosan
dengan matapelajaran matematik disebabkan cara matapelajaran itu diajar”.
(iii) “Sebilangan besar guru matematik di sekolah tidak dapat menyesuaikan cara,
pendekatan dan kaedah pengajaran bagi membantu pelajar membina kemahiran
matematik”.
(iv) “Pendekatan pengajaran matematik yang lemah dan tidak profesional menyebabkan
kemahiran asas matematik yang mudah menjadi sukar dikuasai dan sukar diselesaikan
oleh pelajar”.
(v) “Kaedah pengajaran yang lama,tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar,
diburukkan lagi dengan terdapatnya guru-guru yang tidak terlatih ditugaskan
mengajar Matematik”.
(vi) “Satu kelemahan guru matematik ialah kurang memberi perhatian dan bimbingan
kepada individu kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Ini
menyebabkan pelajar bermasalah dalam pembelajaran matematik terus diabaikan”.
12
(vii) “Kurangnya unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan
matapelajaran itu beku dan kaku”.
(viii) “Kurikulum matematik juga kurang dikaitkan dengan kepentingan dan kegunaannya
dalam kehidupan seharian pelajar”.
(Tengku Zawawi, 2006)
Guru yang berkualiti diperlukan untuk mengatasi situasi-situasi tersebut. Guru
berkualiti yang dimaksudkan adalah guru yang dapat menguasai kandungan mata pelajaran
dan pedagogi yang tertentu. Kekuatan profesion keguruan dan kecekapan seseorang guru
adalah bergantung kepada pengetahuan pedagoginya (Abd Razak Said, 2004). Sebaliknya
berlaku dalam amalan pengajaran Matematik di mana masih terdapat guru yang masih
menekankan kaedah hafalan. Pelajar lebih banyak menghafal rumus, ‘petua’ dan hukum-
hukum yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi, 2006).
Laporan Jemaah Nazir (1996), masih terdapat kira-kira 25% daripada guru-guru sekolah
menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang disampaikan
mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Guru lebih suka mengajar secara langsung kerana
ini adalah satu cara yang cepat dan boleh sampaikan maklumat yang banyak. Amalan ini
menjadi perkara biasa bagi kebanyakkan tenaga pengajar. Hal ini mungkin disebabkan
pengalaman guru itu sendiri semas mereka belajar dahulu (Effandi Zakaria, 2007).
Kebelakangan ini, sistem pendidikan Malaysia sedang mengalami transformasi dari
aspek penilaian dan pentaksiran. Salah satu faktor yang menyumbang ke arah transformasi
tersebut disebabkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan
peperiksaan. Hal ini menyebabkan guru-guru mengabaikan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Berdasarkan Utusan Malaysia Online, 24 Jun 2010; Pengurangan peperiksaan juga memberi
peluang guru dan murid member tumpuan kepada meningkatkan kemahiran dan kreativiti.
13
Profession perguruan memerlukan guru bermotivasi, profesionalisme yang radikal dan
drastik bagi menangani pelbagai masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan
agenda-agenda pembangunan penyelidkan menjelang abad ke-21 (Abu Bakar, 2001).
Peranan guru memerlukan kesungguhan yang berterusan dan tidak hanya tertumpu
pada sesetengah aspek sahaja. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru, Robiah (1994),
menyatakan antara tumpuan utama dalam latihan perguruan yang diterapkan kepada pendidik
adalah melahirkan guru yang terlatih dan berkaliber serta bermotivasi tinggi untuk
menampung semua jenis sekolah dengan cara meninggikan kemahiran, keberkesanan dan
pengetahuan dalam hal-hal akademik profesionalisme. Guru yang bermotivasi tinggi dapat
mempengaruhi gaya pengajarannya. Masalah kekurangan motivasi dikalangan guru perlu
dibendung kerana sekiranya guru bermotivasi tinggi, mereka dapat memainkan peranan
sebagai pendorong kepada kemajuan dan kejayaan para pelajar (Abd. Rahim, 1999). Ini
menunjukkan bahawa usaha yang dimainkan oleh guru akan mempengaruhi corak pendidikan
sekaligus menampakan hasil iaitu turun naik pencapaian para pelajar dalam sesuatu bidang.
Beliau juga menyatakan bahawa kegagalan para pelajar dalam peperiksaan akan
mencerminkan kelemahan guru dan kualiti pendidikan yang dicapai oleh sekolah pada
umumnya.
Kesimpulan
Gaya pengajaran merupakan element utama bagi mengukur kredibiliti seseorang guru.
Hal ini kerana, gaya pengajaran akan disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru
perlu kreatif untuk mengenalpasti kaedah, strategi dan teknik yang sesuai bagi
14
menyampaikan isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Dalam Abd Razak et. al. Pengarah
Institut Aminudin baki, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Bajunid berkata bahawa pendidik mesti
menguasai ilmu pendidikan dan maklumat yang berkaitan secara mendalam dan meluas
untuk menjadi pengamal professional. Beliau seterusnya berkata “Guru yang mempunyai
ilmu dan kemahiran tinggi serta kemahuan akan turut melahirkan kumpulan pelajar yang juga
berketerampilan tinggi dengan sebahagian besar potensinya dapat dibanguunkan secara
optimum”.
Peranan guru akan melengkapi pelajar. Peranan utama guru Matematik adalah untuk
menterjemahkan isi kandungan mata pelajaran tersebut supaya dapat difahami oleh
pelajarnya (Fernstermacher, 1986). Manakala tanggungjawab pelajar adalah untuk
mempelajari Matematik. Jika tujuan pembelajaran Matematik adalah untuk menghasilkan
pemikiran Matematik dan bukannya proses menghasilkan pemikiran Matematik, pengajaran
tidak sepatutnya berlaku dalam bentuk ‘”practice and drill”. Selain itu, cara pendekatan
tradisional menunjukkan proses pengajaran berlaku dengan hanya memindahkan maklumat
dan pelajar diminta menerima dan menyimpan apa yang diterima (Noor Azlan Ahmad
Zanzali, 2005). Oleh itu sebagai seorang guru Matematik yang terlatih perlu merefleksi dan
mengetahui apakah matlamat yang ingin dicapai dalam mendidik anak bangsa yang akan
membentuk generasi akan datang.
15
Rujukan
Abd Razak Said, Azmi Salim, Kamisah Ariffin, W.Hanisah W. Ismail (2006). Mengukur Tahap Keberkesanan (Kualiti) Pengajaran dan Implikasinya Terhadap Latihan Pengajaran secara Formal. Penyelidikan yang tidak diterbitkan. UiTM, Pahang.
Abdullah Mohd Noor(1998). Pengajaran dan Pembelajaran: Isu, Strategi dan Pendekatan dalam Pendidikan. Maktab Perguruan Perempuan Melayu, (pp. 1-8).
Abdul Jalil Othman, Bahtiar Omar (2005) . Aplikasi Pembelajaran secara Konstruktivisme dalam Pengajaran Berpandu. Masalah pendidikan 2005, Universiti Malaya.(221-230).
Gagne, R. M. (1965). The learning of concepts. The School Review, 73(3),187-196.
http//www.moe gov.my/lp. Transformasi Pentaksiran..
Juliana Abu Hanapiah (2004). Persepsi Guru-guru sekolah di bandar Temerloh terhadap faktor motivasi guru dalam menjalankan tugas. Kertas projek sarjana. UTM, Johor.
Kamaludin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah: Pengajaran Pemusatan Murid dan berasaskan Konstruktivisme. Laporan Projek. Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sek Men. Dewan Bahasa Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001a). Pembelajaran secara konstruktivisme. KualaLumpur: Pusat Perkembangan Kuriku1um.
Mok Soon Sang. (1993). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Noor Azlan Ahmad Zanzali (2005). Continuing issues in Matehematics education: The Malaysian experience. 23-27.
Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publisher Sdn Bhd.
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal,Aziz Omar (2005). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication Sdn Bhd.
Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004). Konstruktivisme radikal dan temu duga klinikal
16
dalam penyelidikan pendidikan Matematik. DIm. Marohaini Yusof (Ed.), Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Suhaila Salleh, Nonihani Yusof, Dzairin Hazida Hj Mohd Dawang (2003). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar KUTKM: Mengenalpasti Punca Kelemahan Pelajar dalam Matematik. Laporan Projek. KUTKM, Melaka.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Pengisian wawasan pendidikan. Kertas Utama, Persidangan Pendidikan Nasional 8-11 April, 1993, Genting Highland: Institut Aminuddin Baki, Sri Layang.
17