39
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGLUN, 06010 CHANGLUN, KEDAH. KERJA KURSUS GEOGRAFI STPM 2015 AKTIVITI PENCERAPAN SUHU DI BANDAR JITRA, DAERAH KUBANG PASU, KEDAH. ISI KANDUNGAN 9

kerja kursus goe sesi 2015

  • Upload
    pahcys

  • View
    2.131

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kerja kursus goe sesi 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGLUN,

06010 CHANGLUN, KEDAH.

KERJA KURSUS GEOGRAFI STPM 2015

AKTIVITI PENCERAPAN SUHU DI BANDAR JITRA, DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

9

Page 2: kerja kursus goe sesi 2015

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT

Isi kandungan i

Penghargaan ii

1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Objektif kajian 3

3.0 Lokasi kawasan kajian 4- 6

4.0 Kaedah Kajian 7 - 8

5.0 Hasil kajian dan perbincangan 9 - 27

6.0 Kesimpulan 28

Rujukan

Lampiran

10

Page 3: kerja kursus goe sesi 2015

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya

dapat menyiapkan kertas projek ini dengan sempurna.

Ribuan terima kasih kepada pengetua Smk Changlun, Puan Hajah Sopiah bt Ibrahim

kerana telah memberi kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kajian ini dengan

baik. Ucapan penghargaan juga untuk guru Geografi saya iaitu Puan Hajah Sharipah binti

Mat Isa dan Puan Hajah Jalilah binti Jusoh yang tidak pernah jemu untuk memberikan

tunjuk ajar dan bimbingan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Paling istimewa ucapan penghargaan buat kedua ibu bapa saya Che Yang Sapari bin

Thani dan Rosmawati bt Abdullah kerana sentiasa memberi dorongan serta bantuan

kewangan bagi saya menjalankan kajian ini.

Di samping itu juga tidak lupa ucapan penghargaan buat ahli kumpulan saya yang telah

banyak membantu untuk menjayakan kajian ini dan rakan-rakan yang membantu dalam

menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali terima kasih sekalung budi. Kejayaan semua usaha ini sebenarnya

bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua pihak.

AFIFAH BT CHE YANG SAPARI

6 ATAS 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGLUN.

11

Page 4: kerja kursus goe sesi 2015

1.0 PENGENALAN

Cuaca ialah fenomena harian yang melibatkan suhu, hujan, kelembapan

udara, angin dan lain-lain.Suhu ialah darjah kepanasan udara di sesuatu tempat

yang disebabkan oleh pancaran bahangan matahari yang memiliki tenaga haba.

Apabila udara menjadi panas, tenaga haba bertambah dan indeks suhu akan

meningkat. Indeks suhu diukur dalam unit celcius dan menggunakan alat

temometer six’s. Alat ini digunakan untuk mendapatkan bacaan minimum dan

maximum suhu pada setiap hari. (Haji Rusly Bin Musa dan Hajah Nurashikin

Abdullah, 2011)

Pengkaji telah melakukan kajian tentang pola suhu di tiga stesen pada

waktu yang berbeza iaitu pada waktu pagi, petang dan lewat petang. Pengkaji

mengukur suhu di pusat Bandar iaitu di kawasan C-Mart Jitra , di pertengahan

Bandar iaitu di taman permainan yang berhadapan dengan Perpustakaan Awam

Jitra dan kawasan kajian yang terakhir ialah di kawasan pinggir bandar ialah

kawasan Ladang Getah Paya Kemunting bersebelahan dengan Sekolah Menengah

Paya Kemunting.

Berdasarkan pencerapan suhu yang telah dijalankan oleh pengkaji terdapat

beberapa faktor yang mempengaruhi suhu di kawasan kajian. Faktor-faktor ini

menyebabkan suhu yang dicatat oleh pengkaji berbeza. Antara faktor yang

mempengaruhi kajian ialah tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.

Kawasan di pinggir Bandar mempunyai tumbuhan yang lebih banyak berbanding

dengan kawasan di pusat Bandar dan pertengahan Bandar. Hal ini menyebabkan

suhu di kawasan pusat dan pertengahan bandar lebih tinggi berbanding dengan

suhu di pinggir Bandar.Oleh itu, peningkatan suhu mikro yang jelas di kawasan

kajian adalah faltor ketiadaan tumbuhan

Selain itu,bilangan bangunan juga menyumbang kepada perubahahan

suhu. Pemerhatian di lapangan yang menunjukkan kawasan kajian mempunyai

banyak bangunan khususnya Stesen 1. Suhu di kawasan tersebut adalah lebih

tinggi. Hal ini menyumbang kepada peningkatan suhu di kawasan tersebut kerana

12

Page 5: kerja kursus goe sesi 2015

bangunan dapat menyimpan haba pendam pada tempoh yang lama dan sukar

untuk membebaskannya ke atmosfera.

Pemerhatian juga menunjukan persekitaran kawasan Bandar khususnya di

Stesen 1 tidak mempunyai badan air. Badan badan air dapat menyederhanakan

suhu melalui proses sejatan kerana melaui proses ini air akan ditukar menjadi wap

air dan seterusnya disejat naik ke atmosfera hingga mencapai takat tepu dan turun

sebagai hujan. Ini bermakna semakin banyak badan air maka suhu di kawasan

tersebut akan semakin rendah. Kekurangan badan air khususnya di pusat bandar

jitra juga memrupakan penyebab kepada peningkatan suhu mikro setempat.

13

Page 6: kerja kursus goe sesi 2015

2.0 OBJEKTIF KAJIANKajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut iaitu:-

1. Menganalisis pola suhu mengikut stesen di kawasan kajian iaitu di sekitar

Pekan Jitra.

2. Mengkaji faktor fizikal yang mempengaruhi pola suhu di setiap stesen di

sekitar Pekan Jitra

3. Mengenal pasti aktiviti manusia yang memberi kesanterhadap pola suhu di

kawasan kajian iaitu di Pekan Jitra

4. Mencadangkan langkah untuk menyederhanakan atau mengekalkan suhu di

Pekan Jitra iaitu kawasan kajian

14

Page 7: kerja kursus goe sesi 2015

3.0 LOKASI KAJIAN

Jitra merupakan bandar yang terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Jitra berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand,iaitu kira-kira 35 km dari sempadan. Ramai daripada penduduknya boleh bertutur bahasa Siam, malahan ada yang berketurunan Siam, terutama yang tinggal berdekatan dengan sempadan. Bandar ini kini sedang pesat membangun dengan kemunculan banyak taman perumahan baru.Bandar Jitra hampir dengan Lebuh raya Utara Selatan ke Bukit Kayu Hitam dan ke selatan iaitu Kuala Lumpur. Dalam peta, kedudukan Jitra ialah 6.3° Utara dan 100.4° Timur.Jitra terletak di utara bagi Alor Setar, selatan bagi Changlun, Jitra adalah bandar pentadbiran bagi daerah Kubang Pasu iaitu terletaknya bandar Changlun dan Ayer Hitam.

Salah satu ciri fizikal yang terdapat di lokasi cerapan Jitra ialah bentuk muka bumi .Berdasarkan kajian yang dilakukan, Jitra mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah yang berada di stesen dua dan satu manakala stesen tiga pula memiliki ciri jenis tanah beralun. Tanah beralun sesuai untuk tanaman getah, kelapa sawit atau lain-lain tumbuhan.Tetapi sebagai kawasan pusat tumpuan bandar kawasan bandar Jitra kurang mempunyai tumbuhan yang banyak. Sepanjang pencerapan suhu dilakukan dapat dilihat kawasan Jitra hanya mempunyai tumbuhan lindung bumi sahaja atau pokok hiasan.Terutamanya di stesen pertama pencerapan suhu dilakukan. Kawasan jitra juga tidak mempunyai badan air yang banyak hanya stesen dua dan stesen tiga sahaja yang berdekatan dengan badan air. Sungai yang pertama ialah sungai korok dan sungai kedua merupakan sungai utama. Hal ini menyebabkan suhu di stesen satu lebih tinggi berbanding dengan stesen dua.

Berdasarkan pemerhatian saya, salah satu ciri budaya yang terdapat di Bandar

Jitra ialah kompleks C-Mart, Perpustakaan dan Sekolah Menangah Paya

Kemunting. Kompleks tersebut terdiri daripada pelbagai jenis kedai yang menjual

pelbagai jenis barangan yang dikumpulkan di bawah satu kompleks. Terdapat

perpustakan, balai bomba,balai polis dan lain-lain di hadapan dengan lokasi

cerapan kedua yang terletak di jalan sebelah lebuh raya utama.Aktiviti komersial

di setiap lokasi cerapan mempunyai perbeza. Antaranya, lokasi pertama tertumpu

15

Page 8: kerja kursus goe sesi 2015

kepada aliran perniagaan, lokasi kedua pula sebagai pusatt pendidikan dan lokasi

ketiga sebagai pusat pertanain. Pola petempatan yang terdapat di Bandar Jitra

ialah pola berpusat kerana penduduk tinggal di tengah bandar.

4.0 KAEDAH KAJIAN

DATA PRIMER

A) PEMERHATIAN

Kumpulan kami telah membuat pemerhatian di kawasan kajian iaitu di sekitar Bandar Jitra. Bandar Jitra merupakan pusat tumpuan pernigaan kepada kawasan sekitarnya. Di stesen satu dapat dilihat premis-premis perniagaan yang banyak dan premis ini menawarkan pelbagai jenis perkhimatan kepada pengunjung. Akibat pembangunan premis yang banyak menyebabakan tumbuhan yang terdapat di stesen satu berkurang dan hanya mempunyai pokok hiasan sahaja. Hal ini berbeza dengan stesen dua dan tiga yang masih mempunyai banyak tumbuhan yang besar dan tinggi. Kerana ini stesen satu mencatatkan suhu tertinggi antara setiap stesen. Selain itu stesen satu juga tidak terletak berdekatan dengan badan-badan air. Terdapat dua sungai di sepanjang kawasan cerapan dilakukan iaitu sungai korok yang berdekatan dengan stesen dua dan stesen tiga yang berdekatan dengan sungai utama.

B) PENCERAPAN SUHU

Kaedah ini dijalankan di tiga stesen yang berbeza dan pada waktu yang berbeza. Pencerapan suhu telah dijalankan di tiga stesen yang berbeza iaitu bandar (Pasaraya C-Mart), pertengahan (taman permainan) dan pinggir bandar (ladang kelapa sawit). Pencerapan suhu tersebut dilakukan pada tiga waktu yang berbeza iaitu 8.00 pagi, 2.00 petang dan 6.15 lewat petang.. Pencerapan suhu ini telah menggunakan alat Termometer Six’s jenis bebuli kaca. Purata bacaan suhu di stesen pertama ialah 29 (pagi), 31.5 (petang) dan 33 pada lewat petang. Pada waktu pagi suhu mencatat bacaan suhu sebanyak 28.5 di stesen kedua dan 23.5 di stesen ketiga. Waktu petang di stesen dua mencatakan suhu 31.5 dan 31 pada lewat petang. Stesen ketiga tidak mempunyai banyak perbezaan suhu iaitu suhu pada waktu petang ialah 31 dan lewat petang mencatatkan suhu 30. stesen satu mencatatkan suhu tertinggi untuk setiap cerapan dan suhu stesen ketiga adalah terrendah untuk setiap cerapan dilakukan.

16

Page 9: kerja kursus goe sesi 2015

Foto 1 : Alat termometer six’s yang digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan suhu di kawasan kajian

DATA SEKUNDER

A) Melayari internet

Kaedah melayari internet digunakan untuk mendapatkan tentang lokasi kajian di Bandar Jitra serts maklumat yang berkaitan dengan kajian. Pengkaji telah melayari internet untuk mengetahui tentang punca mengapakah berlakunya peningkatan suhu dan bagaimanakah langkah untuk mengatasinya. Selain itu pengkaji juga mendapatkan peta utama kawasan Jitra melalui google map dan mendapatkan gambar stelit tentang kawasan jitra.

B) Rujukan Perpustakaan

17

Page 10: kerja kursus goe sesi 2015

Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan di perpustakaan untuk

mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji telah mendapatkan data dan maklumat

melalui bacaan surat khabar,

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 HASIL KAJIAN

5.1.1 LAKARAN PETA

18

Page 11: kerja kursus goe sesi 2015

Peta 3 : Peta lakar mengikut stesen

5.1.2 TEKNIK PENGUKURAN

Pengkaji menggunakan teknik pencerapan bagi mengukur suhu di kawasan kajian iaitu Jitra. Kawasan kajian terbahagi kepada tiga stesen iaitu di Bandar, pertengahan dan pinggir Bandar.

19

Page 12: kerja kursus goe sesi 2015

5.1.3 PROSES PENGUKURANPengkaji menjalankan kajian seperti langkah yang dicatatkan di bawah :

I. Pengkaji menyesuaikan jangka suhu dengan suhu persekitaran sebelum mengukur suhu di kawasan kajian.

II. Bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat, pengkaji telah menggunakan dua alat suhu.

III. Pada permulaannya, pengkaji memegang di bahagian atas alat thermometer tersebut bagi mengelakkan bacaan suhu terpengaruh dengan suhu tangan pengkaji.

IV. Seterusnya, pengkaji membaca suhu yang ditujukkan oleh thermometer six tersebut

V. Purata suhu dikira untuk mendapatkan bacaan yang tepatVI. Akhir sekali, pengkaji mencatat suhu yang diambil di dalam

jadual.

5.1.4 BUKTI PROSES PENGUKURAN DILAKUKAN OLEH PENGKAJI

20

Page 13: kerja kursus goe sesi 2015

FOTO 1: Gambar di atas menunjuk pengkaji mengambil bacaan cerapan suhu di lokasi kajian iaitu di stesen tiga ( Ladang Kelapa Sawit Paya Kemunting)

Foto di atas diambil semasa pengkaji mengambil bacaan suhu di Ladang Kelapa Sawit Paya Kemunting. Alat yang dipegang oleh pengkaji adalah alat mengukur suhu iaitu Termometer Six’s yang digunakan bagi mengambil bacaan suhu minimum dan maximum di sesuatu kawasan.

5.1.5 HASIL PENGUKURAN

21

Page 14: kerja kursus goe sesi 2015

DATA CERAPAN SUHU DI STESEN 1( C-MART JITRA )

WAKTU

PERKARA

PAGI

( 8.00 a.m )

PETANG

( 2.00 p.m )

LEWAT PETANG

( 6.15 p.m )

SUHU 1 30 32 34

SUHU 2 28 31 32

PURATA SUHU 29 31.5 33

DATA CERAPAN SUHU DI STESEN 2 ( TAMAN PERMAINAN AWAM JITRA )

WAKTU

PERKARA

PAGI

( 8.30 a.m )

PETANG

( 2.00 p.m )

LEWAT PETANG

( 6.15 p.m )

SUHU 1 28 33 31

SUHU 2 29 30 31

PURATA SUHU 28.5 31.5 31

DATA CERAPAN SUHU DI STESEN 3

( LADANG KELAPA SAWIT PAYA KEMUNTING)

WAKTU

PERKARA

PAGI

( 8.30 a.m )

PETANG

( 2.00 p.m )

LEWAT PETANG

( 6.15 p.m )

SUHU 1 24 32 30

SUHU 2 23 30 30

PURATA SUHU 23.5 31 30

JADUAL PURATA SUHU DI SETIAP STESEN

22

Page 15: kerja kursus goe sesi 2015

WAKTU

PERKARA

PAGI

( 8.00 A.M )

PETANG

(2.00 P.M)

LEWAT PETANG

(6.15 P.M)

STESEN 1 29 31.5 33

STESEN 2 28.5 31.5 31

STESEN 3 23.5 31 30

Jadual menunjukkan purata suhu bagi setiap stesen. Setiap stesen diambil bacaan suhu bagi tiga waktu iaitu pagi, petang dan lewat malam. Setiap stesen menunjukkan peningkatan bagi setiap waktu cerapan

Pagi Petang Lewat Petang0

5

10

15

20

25

30

35

2931.5 33

28.531.5 31

23.5

31 30

GRAF GARIS PENCERAPAN SUHU

Stesen 1Stesen 2Stesen 3

Axis Title

suhu

Rajah 1

Graf garis di atas menunjukkan nilai purata suhu yang dicerap oleh pengkaji di setiap stesen iaitu di stesen satu( C-Mart Jitra), stesen dua ( Taman Permainan Awam Jitra), dan stesen tiga (Ladang Kelapa Sawit Paya Kemunting)

5.1.7 Penjelasan pola suhu mengikut stesen dan masa

23

PETUNJUK

Page 16: kerja kursus goe sesi 2015

Pengkaji telah memperolehi data melalui pencerapan suhu di di tiga stesen a pada waktu yang berbeza. Lokasi pencerapan suhu pengkaji ialah di Jitra. Stesen pertama ialah di kawasan Bandar iaitu Pasaraya C-Mart Jitra, pertengahan Bandar iaitu stesen kedua merupakan Taman Permainan Awam Jitra dan lokasi cerapan suhu pengkaji yang terakhir ialah di pinggir Bandar iaitu Ladang Kelapa Sawit Paya Kemunting

Setelah selesai cerapan suhu di setiap stesen pengkaji mendapati terdapat perbeza suhu di setiap lokasi.Cerapan suhu di stesen satu mencatatkan suhu tertingi pada setiap waktu cerapan dilakukan iaitu pada waktu pagi, petang dan lewat petang. Pada waktu pagi purata suhu yang dicatatkan di stesen satu ialah 29 celcius berbanding dengan stesen dua 28.5 celcius. Stesen tiga pula mencatatkan suhu terendah iaitu 23.5 celcius.

Hal ini kerana stesen tiga mempunyai pengaruh tumbuhan yang tinggi. Tumbuhan dapat mempengaruhi suhu persekitaran sesuatu kawasan. Kawasan yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak,maka suhu persekitaranya lebih rendah berbanding kawasan lapang atau kawasan yang mempunyai banyak bangunan. Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas-gas rumah hijau di udara sesuatu kawasan melalui proses fotosintesis. Melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang dapat menyederhanakan suhu.

Pada waktu petang iaitu ketika cerapan kali kedua dilakukan berlaku perubahan suhu yang tidak ketara. Stesen dua dan stesen satu mencatatkan cerapan purata suhu yang sama iaitu 31.5 celcius dan stesen tiga juga tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan stesen satu dan dua iaitu purata suhu sebanyak 31 celcius.

Ketiga-tiga stesen mencatatkan cerapan suhu yang berbeza ketika cerapan dilakukan pada waktu lewat petang iaitu pada pukul 6.15 petang. Stesen satu merekod suhu tertinggi iaitu 33 celcius dan diikuti stesen dua sebanyak 32 celcius. Manakala stesen tiga mencatatkan purata suhu terendah antara ketiga-tiga stesen iaitu sebanyak 31.5 celcius dan stesen satu masih mencatatkan suhu tertinggi.

Stesen satu mempunyai tempat perhentian teksi dan bas. Ia juga merupakan pusat tumpuan kepada masyarakat setempat untuk membeli barangan keperluan harian. Ini menyebabkan penggunaan kenderaan bermotor di kawasan tersebut tinggi. Penggunaan kenderaan bermotor juga menyumbang secara langsung kepada peningkatan penggunaan bahan api fosil. Peningkatan penggunanan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu dapat menghasilkan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan sebagainya. Gas-gas ini dapat menyerap suhu dan menyimpan dalam jangka masa yang panjang. Hal ini memyumbang kepada suhu yang tinggi di stesen satu.

5.2 Faktor Fizikal yang mempengaruhi pola suhu persekitaran

24

Page 17: kerja kursus goe sesi 2015

5.2.1 Litupan TumbuhanTumbuhan dapat mempengaruhi suhu persekitaran seuatu kawasan. Kawasan yang banyak tumbuhan semula jadi yang banyak, suhu persekitaran lebih rendah berbanding kawasn lapang. Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas rumah hijau di udara sesuatu kawasan melalui proses fotosinntesis. Melalui proses fotosintesis tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang dapat menyederhanakan suhu.persekitaran. Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang tersendiri.

Semasa melakukan kajian pengkaji telah mendapati terdapat perbezaan ketara antara kawasan Bandar, pertengahan Bandar dan pinggir Bandar. Kawasan Bandar tidak banyak kawasan yang mempunyai kawasan litupan tumbuhan manakala kawasan pertengahan Bandar pula kurang mempunyai tumbuhan tetapi masih agar banyak berbanding kawasan Bandar. Pinggir Bandar pula masih mempunyai banyak kawasan litupan tumbuhan malah pengkaji melakukan kajian di Ladang Kelapa Sawit Paya Kemunting.

Kawasan Bandar merupakan lokasi kajian pengkaji yang pertama,. Lokasi ini mencatatkan suhu yang paling tinggi semasa kajian dilakukan. Stesen kedua terletak di kawasan pertengahan Bandar iaitu Taman Permainan Awam Jitra yang berhadapan dengan Perpustakaan Awam Jitra. Kawasan ini tidak mencatatkan suhu yang tinggi tidak juga rendah. Hal ini mungkin kerana kawasan ini tidak mempunyai banyak tumduhan dan tidak juga kurang tmbuhan.

Lokasi yang terakhir pengkaji adalah Ladang Kelapa Sawit Paya Kemunting kawasan ini mencatatkan suhu terendah antara ketiga-tiga stesen cerapan. Kajian ini membuktikan bahawa litupan tumbuhan sangat mempengaruhi suhu di persekitaran kerana cerapan di stesen ke tiga mempunyai banyak tumbuhan

25

Page 18: kerja kursus goe sesi 2015

Foto 2 : Stesen satu di kawasan tempat letak kereta yang mempunyai kurang kawasan litupan tumbuhan

Foto 3 : Jalan di sepanjang kajian pencerapan dilakukan yang menunjukkan kurang litupan tumbuhan

26

Page 19: kerja kursus goe sesi 2015

5.2.2 ELEMEN CUACA

Pengkaji telah merasai perbezaan elemen cuaca di kawasan Bandar, pertengahan Bandar, dan pinggir Bandar dari segi bahangan suria dan juga awan. Kawasan Bandar mempunyai bahangan suria yang sangat tinggi dan kurang mempunyai lindungan awan.

Stesen kedua pula mempunyai lindungan awan yang agak banyak dan bahangan surianya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan stesen satu. Stesen ketiga pula mempunyai lindungan awan yang agak tebal berbanding dengan ketiga-tiga stesen malah bahangan surianya juga agak rendah berbanding dengan stesen satu dan stesen tiga.

i) Bahangan Suria

Bahangan suria merujuk kepada sinaran yang dipancarkan oleh matahari ke permukaan dalam bentuk tenaga sinaran pada waktu siang. Bahangan suria yang dipancarkan oleh matahari akan diserap dan disimpan sebagai haba pendam. Semakin tinggi bahangan suria maka semakin besar nilai haba pendam yang disimpan oleh bangunan yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Stesen pertama menerima bahangan suria yang tinggi jika hendak dibandingkan dengan stesen dua dan tiga. Hal ini dibuktikan dengan bacaan cerapan suhu yang telah dilakukan oleh pengkaji apabila bacaan suhu di stesen satu adalah yang paling tinggi bacaannya jika dibandingkan dengan stesen dua dan stesen tiga

ii) Litupan awan

Awam pula merupakan titisan air yang sangat halus yang diameter 0.02 mm sehingga 0.06mm serta terapung-apung di udara. Awan terbentuk akibat penyejukan usara di bawah takat beku yang menyebabkan air terpeluwap di atmosfera

Semasa kajian dijalankan pengkaji mendapati terdapat perbezaan ketebalan litupan awan pada waktu pagi, petang dan malam. Pada waktu pagi litupan awan sangat tebal berbanding dengan pada waktu petang dan malam. Ini dibuktikan apabila suhu yang dicerap di setiap stesen pada waktu pagi menunjukkan suhu yang terendah berbanding dengan waktu petang dan malam.

27

Page 20: kerja kursus goe sesi 2015

Foto 4 : Litupan awam yang tebal semasa waktu pagi di stesen satu

Foto 5 : Bahangan suria di Stesen satu semasa waktu pencerapan kali kedua dilakukan iaitu pada waktu petang

28

Page 21: kerja kursus goe sesi 2015

5.3 Aktiviti Manusia yang memberi kesan terhadap pola suhu persekitaran

5.3.1 Pembinaan

Berdasar pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji di kawasan kajian iaitu Jitra, pengkaji mendapati stesen pertama iaitu Pasar Raya C-Mart Jitra mempunyai banyak bangunan yang dibina secara rapat-rapat dan menggunakan bahan binaan yang terdiri daripada kaca.

Pembinaan bangunanan secara rapat-rapat akan mencetuskan fenomena pulau haba. kawasan kajian yang ditinjau oleh pengkaji iaitu pasar Raya C-Mart Jitra, Terdapat banyak bangunan konkrit bersimen yang di bina disebabkan itu, haba tidak dapat diserap sebaliknya akan berlakunya pemantulan semula haba yang boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku di kawasan kajian iaitu di stesen satu, semua pembinaan bangunan adalah berasaskan simen. Hal ini kerana, simen adalah satu bahan pembinaan yang kukuh, tapak di kawasan bandar juga kini banyak di tutupi oleh simen. Secara tidak langsung, struktur yang berasaskan simen ini akan menyebabkan haba terperap dan boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku di kawasan kajian.

Selain itu, kawasan kajian juga mempunyai banyak berlakunya pembinaan yang berasakan bangunan berkaca. Kaca juga tidak dapat menyerap bahangan haba yang ada.contohnya seperti public bank ysng berada kedudukannya bertentangan dengan Pusat Kereta Sewa dan Perhentian Bas., Public Bank di bina dengan berstrukturkan kaca,maka dengan itu kejadian pulau haba amat tinggi di lokasi kajian pengkaji iaitu di Pasar Raya C-Mart Jitra iaitu stesen satu.

Pembinaan bangunan yang tinggi juga boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku.di kawasan kajian. Terdapat banyak bangunan tinggi yang di bina maka haba akan lebih mudah terkumpul di sekitar kawasan bandar tersebut kerana ketinggian bangunan akan menyukarkan pembebasan haba di lakukan di kawasan bandar.

Pembinaan bangunana secara pesat dan tinggi boleh menyumbang kepada peningkatan suhu setempat di kawasan kajian.hal ini dibuktikan lagi melalai penyelidikan yang dilakukanoleh pengkaji di kawasan kajian berdasarkan pembacaan di lawan sesawang. (http://adha-westprog.edu.com/ 2012/10/ goegrafi-faktor-yang-mempengaruhi.html).

29

Page 22: kerja kursus goe sesi 2015

Hal ini dibuktikan lagi dengan hasil pencerapan dilakukan apabila suhu di stesen satu menunjukkan suhu tertinggi berbanding dengan tiga stesen yang lain. Pada pukul 8.00a.m suhu yang dicerap ialah 29’c dan pada pukul 2.00 p.m pula 31.5’c manakala 33’c pada lewat petang.

Foto 6 : Penebangan kawasa hutan untuk aktiviti pembinaan di stesen 3

30

Page 23: kerja kursus goe sesi 2015

5.3.2 Pengangkutan

Pengangkutan mempengaruhi hampir seluruh aktiviti manusia kerana pengangkutan yang sistematik merupakan jalinan perhubungan yang penting bagi melincinkan kehidupan harian (Dewan Kosmik Majalah Sains Dan Teknologi,1993).

Namun pengangkutan juga membawa kesan buruk kepada manusia.Penggunaan bahan api fosil dalam kenderaan seperti petroleum dan gas asli tela menghasilkan gas-gas rumha hijau seperti karbon dioksida, metana dan sebagainya. Karbon dioksida adaalh gas atmosfera yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua atom oksigen . Karbon dioksida adalah gas yang penting untuk menyerap bahangan gelombang panang dari pemukaan bumi dan proses fotosintesis.( Haji Rusly bin Musa,Hajah Nurashikin Abdullah, 2014 )

Gas-gas lain seperti metana, nitris oksida, dan lain-lain berupaya untuk memerangkap bahangan yang dibebaskan olehbumi daripad adilesapkan ke angkasa. klorofluorokarbon atau lebih dikenali sebagai gas CFC sangat berbahaya kerana gas ini berupaya untuk menghakis lapisan ozon. Molekul CFC naik ke atmosfera dengan kadar perlahan dan bergerak kea rah kutub seterusnya terlerai terlerai melalui proses foto kimia menjadi atom klorin. Atom klorin berupaya memutuskan ikatan kovalen oksigen dalam ozan yang berfungsi sebagai menyerap,menyerak, menapis dan memantul sinaran ultra lembayung (UV) daripada menembusi lapisan troposfera secara berlebihan

Gas-gas tersebut perlu berada dalam atmosfera bumi dalam kualiti yang tertentu. Sekiranya berlebihan maka akan menyebabkan ketidak seimbangan kepada proses yang berlaku di atas muka bumi seperti peningkatan suhu. Kebanyakana gas yang terhasil adalah daripada penggunaan kenderaan yang tidak menggunakan bahan api mesra alam dan penggunaan penghawa dingin dalam kenderaan . Berdasarkan penyataan itu pengkaji telah menninjau tentang penggunaan kenderaan di satiap stesen yang dikaji dan mencari bukti tentang fakta yang dicari oleh pengkaji melalui kaedah rujukan di perpustakaan dan internet.

Stesen pertama mempunyai pusat menyewa kenderaan dan tempat penghentian bas. Hal ini membuktikan penyataan di atas apabila stesen satu mencatatkan purata suhu tertinggi untuk setiap kali cerapan dilakukan. Pencerapan yang dilakukan pada waktu pagi mencatatkan sebanyak 29’c, waktu petang 31.5’c dan lewat petang merekodkan catatan suhu sebanyak 33’c.

31

Page 24: kerja kursus goe sesi 2015

Untuk lebih menyakinkan kajian tentang faktor ini pengkaji telah memilih lagi dua lagi kawasan kajian iaitu di pertengahan Bandar, dan pinggir Bandar.kadar pengunaan bagi ketiga stesen adalah berbeza. Hal ini menyebabakan suhu di setiap stesen juga berbeza.

Stesen tiga mempunyai kadar penggunaan kenderaan yang terendah jika dibandingkan dengan stesen satu dan stesen dua berdasarkan pemerhatian pengkaji. Hal ini membuktikan fakta yang dikumplkan oleh pengkaji apabila suhu di pinggir Bandar lebih rendah untuk setiap kali pencerapan dilakukan. Pada waktu pagi suhu direkodkan sebanyak 23.5’c, waktu petang pula sebanyak 31’c manakala lewat petang mencatatkan suhu 30’c.

32

Page 25: kerja kursus goe sesi 2015

Foto 7 : Penggunaan kenderaan yang tinggi di kawasan kajian pertama

Foto 8 : Pusat perhentian teksi dan penyewaan kereta di stesen 1

33

Page 26: kerja kursus goe sesi 2015

5.3 Cadangan untuk mengurangkan suhu di Jitra

5.3..1 Menggunakan tanah secara optimum umtuk menanam tumbuhan

Tinjauan yang dilakukan oleh pengkajii ke atas kawasan kajian iaitu Jitra mendapati bahawa kawasan tersebut kurang mempunyai tumbuhan dan banyak kawasan yang masih tidak digunakan secara optimum. Contohnya adalah di atas bangunan kedai yang terdapat banyak di stesen satu, kawasan kuarters polis yang ditinggalkan dan kawasan kosong antara Lebuhraya Utara-Selatan dengan Jalan Kemunting.

Bangunan yang dibina adalah menggunakan simen dan batu yang tidak dapat menyerap haba sebaliknya memantulkan semula haba. Hal ini boleh menyebabkan pulau haba terjadi maka suhu persekitaran akan meningkat.

Tumbuhan menggunakan gas-gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida di udara untuk proses pembuatan makanan atau fotosintesis. Penanaman tumbuhan khususnya tumbuhan berdaun lebar akan menyebabkan kepekatan gas-gas rumah hijau akan berkurang di atmosfera bumi. Kesannya bahang bumi dapat keluar ke atmosfera atau angkasa dengan lebih mudah. Secara langsung ini akan menurunkan suhu di lokasi kajian.

Dengan menjadikan kawasan kosong dan kawasan yang ditinggalkan sebagai tempat untuk menanam tumbuhan maka suhu persekitaran dapat dikurangkan. Tumbuhan juga mengurangkan suhu persekiaran dengan melalui proses pepeluhan dan proses fotosintesis.

Melalui proses fotosintesis tumbuhan akan menghasilkan makanannya tersendiri. Semasa proses ini tumbuhan akan menukarkan karbon dioksida kepada oksigan manakala definisi pepeluhan ialah satu proses kehilangan air dari tumbuhan dengan cara matahari merangsang pembukaan liang-liang stoma daun. Melalui proses ini tumbuhan dapat membekalkan wap-wap air ke atmosfera.

Hal ini akan membantu mengurangkan suhu di stesen satu yang mencatatkan suhu tertinggi walaupun waktu pagi iaitu 29’c dan 31.5’c pada waktu petang manakala pada lewt petang suhu dicatatkan ialaah 33’c. ini kerana di stesen satu mempunyai banyak ruang yang tidak digunakan seperti di kawasan bumbung yang boleh dilakukan penanaman tumbuhan melalui kaedah hidroponik.

34

Page 27: kerja kursus goe sesi 2015

Foto 9 : kuarters polis yang tidak digunakan di stesen 2

Foto 10 : kawasan lapang yang tidak digunakan di stesen 2

35

Page 28: kerja kursus goe sesi 2015

5.4.2 Memperbanyakkan dan memperbesarkan badan-badan air

Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji tentang suhu di tiga stesen di Jitra telah merumuskan tentang faktor badan-badan air mepengaruhi suhu persekitaran. Berdasarkan pemerhatian pengkaji mendapati tidak banyak badan-badan air di lokasi kajian sebaliknya hanya dua anak sungai yang didapati sepanjang pencerapam dilakukan iaitu sungai utama dan sungai korok.

Hal ini dapat dibuktikan apabila suhu di stesen dua dan tiga menunjukkan suhu antara yang terendah berbanding dengan stesen satu. Stesen dua mencatatkan suhu sebanyak 28.5’c ( 8.00 a.m), 31.5’c ( 2.00 p.m) dan pada lewat petang pula 31’c iaitu 6.15 p.m. stesen tiga pula mencatakan suhu 23.5 waktu pagi 31’c pada 2.00 p.m manakala pada waktu lewat petang pula 30’c.

Ini kerana terdapat Sungai korok berada berdekatan stsen dua dan sungai utama di stesen tiga. Berbanding dengan stesen satu yang terletak jauh dari sunber air dan hal ini telah meningkatkan lagi suhu di stesen satu apabila suhu dicatatkan sebanyak 29’c pada 8.00 a.m 31.5 pada 2.00 a.m dan pada lewat petang pula ialah 30’c.

Perkara ini disebabkan fungsi badan-badan air dalam menyederhanakan suhu. Badan-badan air membantu proses sejatan. Sekiranya banyak badan air maka semakin cepat proses sejatan berlaku.

Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk pepejal atau cecair kepada bentuk wap air. Lazimnya sejatan berlaku terhadap permukaan air seperti laut, sungai, tasik, kolam dan paya.

Sejatan bermula apabila tenaga haba memanaskan permukaan air. Air yang mengandungi molekul H20 akan menjadi panas dan molekul ini akan bergerak dan tenaga haba bertukar kepada tenaga kinetik.

Molekul yang bergerak akan berlanggar antara sama lain dan apabila halaju pergerakan menjadi tinggi akibat peningkatan suhu maka peluang bagi molekul air untuk bebas ke atmosfera adalah cepat. Molekul yang terbebas tersebut wujud dalam bentuk wap air dan berada di atmosfera sehingga mencapai takat tepu sebelum turun sebagai hujan.

Semakin luas permukaan air maka semakin tinggi kadar sejatan. Misalnya permukaan tasik lebih banyak mengalami kada sejatan berbanding dengan permukan alur-alur sungai. Kadar sejatan juga lebih tinggi di permukaan air yang terdedah berbanding dengan permukaan air yang terlindung.

36

Page 29: kerja kursus goe sesi 2015

Wap-wap air yang wujud di atmosfera dapat menyederhanakan suhu persekitaran dan hujan juga turut menyederhanakan suhu. (Hj Rusly Musa dan Hjh Nurashikin Abdullah(2014). Maka kerajan seharusnya menjadi bulatan kawasan roundboard yang dijadikan kawasan hiasan ditukar digantikan menjadi air terjun buatan sebagai langkah untuk mengurangkan lagi suhu di kawasan tersebut.

Foto 11 : kawasan roundbourd yang dicadangkan oleh pengkaji untuk diwujudkan badan air

37

Page 30: kerja kursus goe sesi 2015

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan bersama rakan kumpulan saya

dapat merumuskan bahawa Stesen cerapan pertama iaitu Pasarraya C-Mart Jitra

merupakan kawasan yang paling tinggi bacaan suhunya berbanding dengan stesen

kedua dan stesen ketiga. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di stesen

satu antaranya ialah perniagaan runcit, pusat siber dan lain-lain, perkhidmatan

pula ialah pusat menyewa kenderaan, perhentian bas, dan lain-lain. Manakala

stesen dua dan stesen tiga tidak mempunyai kemudahan yang banyak seperti di

stesen satu.

Selain itu pengkaji juga telah mengenalpasti tentang faktor yang

menyebabkan berlakunya perubahan suhu di lokasi kajian. Antara faktor yang

oleh dirumuskan oleh pengkaji adalah ketiadaaan litupan tumbuhan dan badan-

badan air. Tetapi faktor yang paling mendominasi perubahan suhu di kawasan

kajian ialah aktivitis manusia seperti aktivitis pengangkutan dan pembinaan.

Pengkaji telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil dalam

usaha mengurangkan peningkataan suhu di lokasi kajian seperti

memperbanyakkan badan air dan menanam lebih banyak tumbuhan. Tetapi

langkah tersebut tidak terhad kepada kerajaan, segenap lapisan masyarakat

perlulah bersatu untuk mengurangkan masalah peningkatan suhu di stesen.

Seperti yang telah dilakukan oleh Pusat Pakaian Hari-Hari. Mereka Telah

memberikan 10 anak pokok untuk ditanam di 10 buah sekolah. Malah mereka

menawarkan hadiah yang menarik sekiranya sekolah terbabit dapat menjaga

pokok tersebut dengan baik. Hal ini dapat mndidik murid-murid agar untuk

menjaga alam sekitar dengan lebih baik.( Sinar Harian, 2012)

Kajian ini telah menimbulkan kesedaran dalam diri pengkaji untuk

menjaga alam sekitar dan mengelakkan perbuatan yang akan meningkatkan suhu

mikro setempat. Selain itu kita perlulah memelihara alam sekitar untuk

38

Page 31: kerja kursus goe sesi 2015

kepentingan generasi akan datang tetapi dapat memenuhi keperluan generasi

sekarang

7.0 RUJUKAN

Haji Rusly Bin Musa,Hajah Nurashikin Abdullah, 2011,Teks Pra-U STPM

Geografi,terbitan Person,Longman

Majlis Daerah Kubang Pasu, 2015, Pelan Daerah Kubang Pasu

Adha,2012,PUlau Haba, Faktor Terjadinya Pulau Haba(http:/adha-

westprog .edu.com /2012/10/goegrafi-faktor-yangmempengaruhi.Html)

(22/7/2015

2012 Kempen pendidikan alam sekitar, Sinar Harian 9 Jun : 20

Baharuddin Zainal September 1993, atasi kesesakan hidup dengan pelan induk

pengangkutan Dewan Kosmik Majalah Sains DanTeknologi 9/7/2015

39