Upload
syaza-yasmin
View
118.826
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
KONSEP MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN
TUTORIAL 5
MAKANAN DAN PEMAKANAN
• Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan
• Makanan juga ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan
• Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan
• Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup
• Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian
TUJUAN PENEKANAN KONSEP PEMAKANAN DALAM PAKK
• Meningkatkan kesihatan kanak-kanak• Membina kelaziman kanak-kanak
supaya makan makanan yang berkhasiat
• Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif
• Memelihara adab sopan dan peraturan makan
• Berpeluang memperolehi bimbingan ilmu pengetahuan tentang pemakanan
• Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani
JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK
JENIS FUNGSI SUMBER
Karbohidrat Membekalkan tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan
Nasi, roti, ubi, kayu, keledek, kentang
Lemak Membekalkan tenaga
Minyak sayur-sayuran, mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan
Protein Membina otot-otot tubuh badan, membina tisu baru dan menggantikan tisu yang mati atau rosak
Ikan bilis, telur, susu, daging, ikan
JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK
(sambungan)JENIS FUNGSI SUMBER
Vitamin A Penting untuk kesihatan mata dan dapat mengelakkan penyakit rabun ayam
Tomato, lobak, minyak limpa ikan, sayur-sayuran berdaun hijau
Vitamin B Untuk membina sel-sel darah supaya kulit sentiasa segar dan cantik
Susu, telur, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Vitamin C Untuk kesihatan kulit. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarah
Jambu batu, betik, limau, oren, sayur-sayuran berdaun hijau
JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK
(sambungan)JENIS FUNGSI SUMBERVitamin D Membantu
pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan tulang menjadi lemah
Ikan, minyak limpa, susu, telur, mentega
Vitamin E Otot-otot berfungsi dengan berkesan selain menjadikan bulu dan rambut menjadi hitam dan berseri
Gandum, kekacang, sayuran berdaun, bijirin, hati haiwan
Vitamin K Mempercepatkan darah membeku apabila mendapat luka atau kemalangan
Sayuran berdaun hijau, telur, kacang soya, minyak soya, minyak limpa, ikan, bunga kubis
JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK
(sambungan)JENIS FUNGSI SUMBER
Garam mineral
Untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
Kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan gigi supaya kuat
Fosforus
Kalium membolehkan otot kanak-kanak berfungsi di samping membantu perkembangan saraf
Natrium membantu pengawalan imbangan cecair di dalam badan
Besi penting untuk pembentukan hemoglobin yang memproses oksigen di dalam darah
Susu, ikan bilis, ketam, kulit udang
Kismis, telur, ikan, kuaci, daging
Buah belimbing, pisang, oren, sayuran berdaun
Kicap, makanan berjeruk semulajadi, garam
Telur, kismis, daging ayam, hati, ikan, kacang tanah
ELAKKAN DARIPADA KANAK-KANAK
Makanan berikut harus dielakkan daripada kanak-kanak;
• Makanan ringan disebabkan pewarna tiruan, perasa atau gula yang berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan
• Makanan yang masin – garam yang berlebihan akan menyebabkan penyakit lain apabila dewasa
• Makanan yang manis• Makanan dalam tin• Buah-buahan jeruk• Makanan yang berminyak dan
berlemak
PANDUAN PIRAMID MAKANAN
Roti, bijirin, nasi & kumpulan pasta
Kumpulan sayur-sayuran & buah-buahan
Kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang
Kumpulan susu, dadih dan keju
Lemak, minyak dan manisan
LANGKAH-LANGKAH YANG DISYORKAN MENGIKUT PIRAMID
MAKANAN
• Makan pelbagai makanan• Makan sekurang-kurangnya lima
hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari
• Kurangkan makanan yang diproses• Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan yang dibasuh dengan bersih
• Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil
• Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas sehari
GIZI SEIMBANG
• Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan
KESAN GIZI YANG TIDAK SEIMBANG
KESAN HURAIAN
Malnutrisi • Kekurangan nutrien tertentu dalam makanan• Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket
Kwasyiorkor • disebabkan kekurangan protein• gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera makan, badan lemah
Skurvi • disebabkan oleh kekurangan vitamin C• lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas• gusi membengkak dan mudah berdarah
Tekanan darah tinggi
• pembawa kepada serangan sakit jantung dan strok• kerana pengambilan garam yang berlebihan yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi
Kegendutan • sebab: makan terlalu banyak• berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya• akan menyebabkan diabetis melitus, darah tinggi, kanser kolon
KESAN GIZI YANG TIDAK SEIMBANG (sambungan)
KESAN HURAIANDiabetis melitus (kencing manis)
• berlaku apabila ara glukosa yang berlebihan daripada julat normal terdapat dalam darah
Osteoporosis • berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi• kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan mudah patah
Sakit jantung dan strok
• tahap kolesterol dalam darah tinggi• kolesterol berlebihan terenap pada dinding arteri dan menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk mengepam darah
Penyakit kanser
• gizi yang mengandungi lemak haiwan yang banyak•Serabut yang sedikit
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
• Dapat memberi tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil bermain
• Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta sembuh daripada luka ataupun penyakit
• Ia penting bagi pembinaan badan dan juga pembesaran yang baik
• Otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas
CARA MEWUJUDKAN WAKTU MAKAN YANG MENYERONOKKAN
• Elakkan memarahi kanak-kanak semasa makan
• Jangan ugut kanak-kanak untuk makan• Galakkan kanak-kanak makan sendiri• Memperkenalkan sesuatu jenis makanan
baru secara langsung dan tidak langsung• Makanlah bersama-sama• Elakkan melakukan aktiviti lain semasa
makan (menonton televisyen)• Elakkan menghidangkan makanan yang
terlalu banyak• Sediakan makanan ringan yang kurang
lemak dan berkhasiat (buah-buahan, sayur-sayuran dan dadih)
PANDUAN MEMILIH BAHAN-BAHAN MENTAH SEGAR
DAN BERSIHBAHAN MENTAH KEADAAN BAHAN MENTAH
Sayur-sayuran • segar• berkeadaan elok• cantik bentuknya• pilih sayur-sayuran yang berdaun hijau
Ikan • badannya berkilat dan bercahaya• badannya tidak diselaputi lendir yang tebal• matanya bercahaya dan tidak terbenam• insangnya segar dan berwarna merah terang segar• teksturnya keras dan anjal
Daging • dagingnya segar• teksturnya keras dan anjal
Ayam • isinya segar• berisi pada bahagian dadanya
Udang • kepalanya tidak tertanggal• tidak berbau busuk• badannya tidak bertompok-tompok hitam
Telur • segar dan tidak disimpan terlalu lama• kulitnya tidak retak• bersih dan tidak diselaputi kekotoran atau najis
Bijirin • bersih dan tidak bercampur dengan bahan lain• kering dan tidak berketul-ketul• berbau harum dan segar• tidak ada bubuk atau ulat• tidak berkulat
KESAN PEMAKANAN YANG TIDAK BERSIH DAN TIDAK BERKHASIAT
TERHADAP KANAK-KANAK
• KERACUNAN MAKANANkanak-kanak akan mengalami keracunan makanan kerana makanan yang dimakan tidak dijaga kebersihannya
• MUDAH MENDAPAT PENYAKITantibodi kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa, oleh itu mereka mudah mendapat sesuatu jangkitan
PANDUAN MENGHIDANGKAN MAKANAN UNTUK
KANAK-KANAK
Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
Hiaskan makanan sebelum dihidang
Gunakan peralatan yang pelbagai warna dan bentuk
ETIKA MAKAN BAGI KANAK-KANAK
• Cara hendak mula makan• Cara makan dengan tangan• Cara makan dengan sudu, garpu,
pisau• Cara makan di meja makan• Cara minum pagi• Cara makan tengah hari• Cara minum petang• Cara makan malam
RUJUKAN
Asiah Ismail, Ivan Filmer Jr. & Tan Sun Seng (2001). Biologi Tingkatan 4. Selangor: Mutiara Cemerlang Sdn. Bhd.
Joe Schwarcz & Fran Berkoff (2004). Foods that Harm Foods that Heal. New York: The Reader’s Digest Association
Kasnani Ab Karim,Norbe Md Nor & Nazimah Abdullah (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah untuk Kursus Persediaan dan KPLI (Pendidikan Awal Kanak-kanak) Bahagian 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohamad bin Aman & Kasim bin Abd Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Saayah Abu, Surayah Zaidon & Siti Saleha Samsuri (2006). Panduan untuk Pengusaha Tadika. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Zainun Ishak (2006). Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
http://nutriweb.org.myhttp://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsphttp://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/makanan_berkhasiat.htm