48
PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR ISU-ISU MORAL DALAM KALANGAN PELAJAR MENGIKUT KAUM

Masalah moral dalam kalangan pelajar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Masalah moral dalam kalangan pelajar

PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN

PELAJARISU-ISU MORAL DALAM KALANGAN

PELAJAR MENGIKUT KAUM

Page 2: Masalah moral dalam kalangan pelajar

ISU-ISU MORAL DALAM

KALANGAN PELAJAR

MENGIKUT KAUM

Page 3: Masalah moral dalam kalangan pelajar

OBJEKTIF

1. Menghuraikan isu – isu moral dalam kalangan pelajar.

3. Mengenal pasti langkah – langkah yang dapat diambil untuk menangani masalah moral dalam kalangan pelajar

2. Membincangkan faktor – faktor berlakunya masalah moral dalam kalangan pelajar.

Page 4: Masalah moral dalam kalangan pelajar

PENGENALAN

Page 5: Masalah moral dalam kalangan pelajar

PENGENALAN

Pada peringkat ini juga, terdapat pelajar yang mudah terpengaruh dengan masalah-masalah moral yang berlaku dewasa ini. Masalah dapat diertikan sebagai suatu

keadaan yang menimbulkan kesukaran, manakala moral pula adalah kesusilaan,

adab dan tradisi yang menentukan piawai atau norma kelompok.

Para pelajar mula mencari dan membina identiti, mencari haluan dan keyakinan diri agar apa yang diingini tercapai apabila mereka berada di alam persekolahan.

Salah satu komponen penting dalam pembangunan insan yang seimbang ialah tahap perkembangan kemoralan seseorang individu tersebut (Chang Lee Hoon, 1992).

Masalah moral adalah sesuatu keadaan dimana seseorang bertingkah laku yang akan menyebabkan timbulnya sesuatu kesukaran seperti membuli, merokok dan berjudi (Abdul Rahman Md. Arof, 1999).

Melalui perkembangan moral tersebut, seseorang akan memperoleh keupayaan untuk membezakan antara nilai dan kepercayaan yang perlu untuk interaksi sosial dan sivik yang bermakna.

Sebagai pelajar, tingkah laku mereka juga akan berubah apabila mereka mula bersosialisasi contohnya apabila mereka berada di luar seperti di sekolah.

Setiap individu akan melalui peringkat kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa, maka tingkah laku yang diamalkan secara semula jadi akan berubah kepada tingkah laku reflektif.

Page 6: Masalah moral dalam kalangan pelajar

MASALAH MORAL DALAM

KALANGAN PELAJAR MELAYU

Page 7: Masalah moral dalam kalangan pelajar

MASALAH MORAL DALAM KALANGAN PELAJAR

MELAYU

PEMBUANGAN BAYI

PERGAULAN BEBAS

PENYALAHGUNAAN DADAH

MEREMPIT

MEROKOK

Page 8: Masalah moral dalam kalangan pelajar

PENYALAHGUNAAN DADAH

Dadah merupakan sejenis bahan kimia samada asli atau tiruan dan apabila ia dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organism dari segi fizikal atau mental.

Antara jenis dadah yang seringkali diambil oleh golongan remaja adalah pil kuda,

ectacy, heroin, candu, morfin dan narkotik (Hussain Habil & Mustafa Ali Mohd,

2003).

Penagihan dadah merupakan masalah yang semakin meruncing pada hari ini dan ianya melibatkan golongan remaja yang masih bersekolah. Remaja cenderung untuk menagih dadah pada usia belasan tahun.

Pengambilan dadah secara berlebihan oleh golongan remaja akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dalam pelajaran dan lebih teruk lagi boleh mengakibatkan jangkitan virus HIV.

Page 9: Masalah moral dalam kalangan pelajar

PERGAULAN BEBAS

Pergaulan bebas membawa maksud satu bentuk perilaku menyimpang yang mana “bebas” yang dimaksudkan adalah melewati batas-batas norma ketimuran yang ada.

Walaupun berlatar belakangkan keluarga yang mempunyai ilmu agama, tetapi arus kemodenan kini menjadikan pergaulan bebas sebagai satu trend baru bagi anak muda.

Remaja adalah individu labil emosinya kerana tidak terkawal oleh pengendalian diri yang benar.

Mereka melakukan perbuatan yang menyimpang daripada nilai-nilai budaya dan agama ini tanpa memikirkan kesan kesudahan daripada perbuatan mereka tersebut.

Page 10: Masalah moral dalam kalangan pelajar

PEMBUANGAN BAYI

Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan bagi negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama.

Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia. pasangan-pasangan yang telah terlanjur ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka.

Page 11: Masalah moral dalam kalangan pelajar

MEREMPIT

Merempit ialah aktiviti pelumbaan motosikal haram yang dilakukan oleh individu yang lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ manakala Minah Rempit pula merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.

Tujuan pelajar terlibat dengan aktiviti merempit adalah untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup dan tekanan pembelajaran.

Page 12: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Jenis – jenis Aksi Rempit

Jenis – jenis Aksi Huraian

Wheelie menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.

Wikang menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.

Scorpion menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.

Superman menunggang laju sambil terbaring seperti aksi super Superman .

Pereng bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.

Page 13: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang baru termasuklah merokok.

Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung untuk terus merokok sehingga dewasa, berbanding dengan remaja yang tidak mencuba. Ini kerana, nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama dengan ketagihan heroin dan kokain.

Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku merokok.

Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku yang tidak asing sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa. Risiko seseorang remaja untuk kekal menjadi perokok bermula dengan percubaan pertamanya.

MEROKOK

Page 14: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Faktor-faktornya lain termasuklah tahap pendidikan yang rendah, terdapat perokok di kalangan ahli keluarga, sama ada ibu bapa atau adik-beradik dan terdapat perokok di kalangan rakan sebaya.

Terdapat tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan remaja. Peringkat-peringkat tersebut

Permulaan penggunaan bermasalah (problem use) pergantungan (depenency)

Hal ini kerana pada usia ini, mereka lebih suka untuk melakukan apa sahaja kerana didorong oleh perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan dan kongkongan daripada mana-mana pihak seperti ibu bapa dan pihak sekolah.

Pada peringkat permulaan, remaja yang merokok mahu dilihat sebagai seorang yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai. Para remaja dalam konteks pelajar sekolah lebih mudah melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar etika dan peraturan.

Peringkat yang pertama iaitu permulaan, merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong remaja untuk merokok.

Page 15: Masalah moral dalam kalangan pelajar

MASALAH MORAL DALAM

KALANGAN PELAJAR INDIA

Page 16: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Lari Dari Rumah

Gangsterisme

Ponteng Sekolah

MelepakMencuri

MASALAH MORAL DALAM

KALANGAN PELAJAR INDIA

Page 17: Masalah moral dalam kalangan pelajar

LARI DARI RUMAH

Setiap agama melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama akan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah.

Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah.

Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya malah mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.

Salah satu masalah moral yang berlaku dalam kalangan pelajar India ialah lari dari rumah. Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini.

Masalah akan timbul apabila hubungan tidak direstui oleh ibu bapa. Untuk menghadapi masalah ini, mereka mengambil jalan mudah, iaitu lari dari rumah. Di samping itu, ada juga gadis lari dari rumah kerana terpengaruh dengan janji manis pasangan yang sebenarnya ingin memperdayakan mereka.

Terdapat juga golongan remaja yang melarikan diri lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Dunia remaja penuh dengan emosi dan ramai antara remaja kini terlalu mengikut perasaan.

Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati ajaran agama. Apabila berlaku krisis dalam keluarga, anak-anak akan mengambil keputusan untuk

melarikan diri dari rumah.

Page 18: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Gangsterisme

Terdapat slogan-slogan retorik yang membakar semangat kejantanan mereka seperti “anak jantan pantang dicabar!!” dan ‘persatuan’ tentang salah laku ini memperlihatkan ketidakmatangan segelintir pelajar atau golongan muda yang terlibat dengan budaya gangsterisme.

Pelajar-pelajar ini akan melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti sosial. Mereka yang terlibat dengan budaya ini sering bergaduh dan menyebabkan kekecohan berlaku. Selain itu, budaya ini semakin berleluasa di sekolah tanpa mengira masa dan tempat.

Kegiatan memeras ugut dan melakukan konfrontasi secara fizikal dan mental dengan pihak-pihak yang lemah juga merupakan kegiatan gangsterisme.

Gangsterisme merupakan tingkah laku yang melanggar norma-norma sosial dan undang-undang dalam masyarakat seharian. Secara amnya, pelajar akan menubuhkan kumpulan masing-masing yang akan diketuai oleh seorang ketua yang boleh diharapkan.

Kegiatan ini sudah tentu tidak akan dilakukan secara berseorangan, ianya dilakukan secara berkumpulan, kerana setiap kali mereka berada dalam satu kumpulan maka mereka akan merasakan mereka begitu gagah dihadapan orang lain.

Page 19: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Ponteng Sekolah

Selain itu, mereka yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah mempunyai hubungan yang tidak baik dengan guru dan rakan-rakan yang lain.

Abdullah Sani Yahaya (2005) menjelaskan gejala ponteng ini adalah merujuk kepada tindakan seorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Mereka akan berkumpul sebelum waktu persekolahan atau kelas bermula dan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam kawasan sekolah sebaliknya menghabiskan masa di cyber cafe atau pusat membeli belah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ponteng didefinisikan sebagai suatu tingkah laku lari dari tanggungjawab dan kebenaran yang telah ditetapkan.

Mereka sering disisihkan dan dipulaukan oleh rakan-rakan yang kaya dan bijak.

Selain itu, mereka juga mudah terpengaruh oleh jiran tertangga, rakan sebaya dan lain-lain yang berada di sekeliling mereka

Masalah ini sering berlaku kerana pelajar-pelajar berasa bosan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Page 20: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Melepak

Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.

Usia remaja merupakan medan pelajar untuk memberontak dan melakukan perkara yang di larang kerana mereka berasa bahawa perkara yang dilarang di anggap satu cabaran yang perlu disahut.

Kadang-kadang setiap perbuatan disebabkan pengaruh dengan rakan-rakan dan sehingga mendorong remaja menyertai bersama dengan ‘geng lepak’.

Ini amat ketara apabila kita melihat di kawasan sekitar sekolah yang mempunyai kemudahan yang cukup lengkap seperti pusat membeli-belah, siber kafe, dan sebagainya.

Suasana yang bosan serta kurang efektif di sekolah menyebabkan ramaja atau pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan gejala ponteng seterusnya lepak di kawasan-kawasan yang tidak sesuai dan boleh menyebabkan masalah sosial lain pula timbul contohnya dadah, merokok, mencuri dan sebagainya.

Masa terluang juga tidak digunakan dengan perkara yang berfaedah.

Biasanya mereka melepak kerana kurang mendapat perhatian daripada pihak sekolah serta mereka berasa tersisih dalam keluarga. Pengaruh sekolah penting dalam pembentukan akhlak remaja.

Page 21: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Mencuri

Masalah ini juga merupakan masalah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah tanpa mengira kaum kerana kegiatan ini mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Mencuri juga merupakan masalah moral yang melibatkan pelajar india.

Kegiatan ini bukan sahaja menjejaskan pelakunya tetapi turut menyusahkan orang lain terutamanya terhadap rakan-rakan dan guru-guru.

Kegiatan memcuri merupakan salah laku moral yang dimaksudkan dengan mengambil hak dan barang orang lain tanpa pengetahuan dan izin secara sengaja.

Page 22: Masalah moral dalam kalangan pelajar

MASALAH MORAL DALAM

KALANGAN PELAJAR CINA

Page 23: Masalah moral dalam kalangan pelajar

MASALAH MORAL DALAM

KALANGAN

PELAJAR CINA

Buli

JudiVandalisma

Arak

Page 24: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Buli

Ciri-ciri fizikal yang terdapat pada pembuli ialah bertubuh besar, tegap dan tinggi. Kes buli ini melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.

Selain itu, ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.

Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.

Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Buli ini bertujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing dengan mengasari orang yang lemah.

Membuli ini sebenarnya adalah satu cara untuk menghilangkan rasa bosan di sekolah. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Manakala, pelajar yang sering menjadi mangsa buli ialah kebiasaannya bertubuh kecil, pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran dan juga pelajar baru di sekolah Memang tidak

boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-menjadi terutama dalam kalangan pelajar Cina.

Page 25: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Vandalisme

Sebagai contoh, kejadian mencuri klip besi bagi mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga selatan. Hal ini amat merunsingkan pengguna perkhidmatan ini kerana sejak dahulu lagi mereka telah memanfaatkan kereta api sebagai salah satu pengangkutan awam yang selamat.

Vandalisme juga merujuk kepada penambahan, penghapusan, atau pengubahan dengan sengaja.

Pada lazimnya, vandalisme dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh segolongan remaja yang tidak merasa berpuas hati terhadap keadaan masyarakat.

Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah iaitu 'vandal' yang telah membinasakan kota Rome pada kurun ke-5. Vandalisme seringkali dirujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti kerusi, telefon dan tandas awam.

Vandalisme biasanya merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda, telefon awam, kerusi, dinding dan juga tandas awam.

Page 26: Masalah moral dalam kalangan pelajar

STATISTIK KES VANDALISME ANTARA TAHUN 2001 – 2007 DI MALAYSIA

Page 27: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Arak

Perlakuan ingin mencuba ini perlu dibendung agar ianya tidak membawa kepada penagihan. Paling ditakuti adalah pengambilan alcohol murah dan fenomena ini sesuatu yang perlu dipandang serius daripada semua pihak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat negara ini membelanjakan

RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya, demikian laporan Harakahdaily.net dan akhbar The Star 23 Mei 2011.

Ketagih arak juga merupakan salah satu masalah moral yang sering berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar Cina.

Kenyataan bahawa pelajar Cina banyak terlibat dalam pengambilan arak ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang telah dibuat bahawa satu pertiga yang ketagih arak ialah 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu.

Page 28: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Judi

Hal ini berkemungkinan bahawa judi ini sememangnya satu cara yang amat mudah bagi mereka untuk memperolehi wang.

Selain perjudian di kasino dalam talian, terdapat juga penjudi muda serendah usia 13 yang bertaruh keputusan perlawanan bola sepak di sekolah.

Presiden Pusat Pemulihan Penjudi Malaysia, David Chiang berkata golongan muda yang berjudi menunjukkan 'trend' membimbangkan, dengan sebahagian daripadanya sudah menjadikannya sebagai tabiat ketika berumur 15.

Masalah judi ini sering kali diperkatakan oleh masyarakat kerana saban hari makin serius masalahnya. Golongan yang berjudi kini terdiri daripada golongan yang lebih muda dengan jumlah mereka yang mencuba nasib berjudi di internet semakin meningkat.

Sebab yang lain ialah sesiapa yang dapat berjudi di kasino dalam talian kerana mereka boleh meminjam kredit daripada broker dalam talian, yang menawarkan perkhidmatan mereka di laman web.

Jika penjudi remaja kehilangan kredit, broker akan membayar dahulu kepada kasino dalam talian dengan kad kredit. Remaja itu perlu membayar balik kepada broker dalam bentuk wang tunai.

Beliau juga mendedahkan bahawa kira-kira 80 peratus kes-kes perjudian melibatkan kaum Cina, dengan baki 20 peratus bagi kaum-kaum lain.

Page 29: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Faktor yang Mempengaruhi Masalah

Moral Pelajar

Page 30: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Faktor yang Mempengaruhi Masalah Moral

Pelajar

Faktor Masyarakat

Faktor diri Sendiri

Faktor Pengaruh Media Massa dan

Persekitaran

Faktor Sekolah Faktor Kekurangan Didikan Agama

Faktor Pengaruh Rakan

Faktor Keluarga

Page 31: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Faktor diri sendiri merupakan salah satu faktor yang mendorong masalah moral berlaku. Para pelajar tidak mempunyai perkembangan yang baik dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Perasaan ingin mencuba yang ada dalam diri pelajar menyebabkan mereka terlibat dengan masalah moral.

Apabila mereka berjaya melakukan perkara tersebut, mereka akan berasa bangga. Mereka akan dilihat sebagai lebih matangdan dewasa daripada rakan

yang lain.

Teknik pengajaran yang tidak menarik menyebabkan pelajar cepat berasa bosan. Mereka akan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke kelas. Bagi mereka tiada gunanya mereka meneruskan pelajaran sedangkan mereka tidak faham tentang apa yang disampaikan oleh guru.

FAKTOR DIRI SENDIRI

Masalah moral juga terjadi apabila terdapat pelajar yang mempunyai tekanan dalam hidupnya. Mereka yang mempunyai masalah dengan keluarga dan pihak sekolah akan mengambil keputusan untuk lari dari rumah untuk melepaskan tekanan.

Page 32: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Pelajar yang terlibat dengan salah laku moral juga pada kebiasaannya mempunyai masa lapang yang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah.

Kekurangan nilai-nilai murni dalam diri menyebabkan pelajar mudah terjebak dengan masalah moral. Namun, jika pengetahuan ini

tidak diambil dan diiterapkan dalam diri masing-masing, maka berlakulah masalah salah laku dalam kalangan pelajar tanpa mengira agama dan bangsa.

Pelajar ini juga tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah seperti aktiviti kokurikulum pada waktu petang.

Page 33: Masalah moral dalam kalangan pelajar

FAKTOR KELUARGA

Keluarga yang mempunyai masalah seperti penceraian ibu bapa juga mendorong kepada berlakunya masalah moral terhadap anak-anak.

Apabila seseorang mempunyai masalah dengan keluarga maka tumpuan terhadap pembelajaran mereka akan terjejas. Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa menyebabkan remaja berasa diri mereka telah diabaikan.

bu bapa pada masa kini sering mengabaikan tanggungjawab mereka dan melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah sahaja. Mereka hanya sibuk dengan tugas kerja dan ingin mengejar kemewahan semata-mata.

Keluarga merupakan satu institusi yang terbentuk kerana adanya ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai pertalian darah.

Ibu bapa yang sering bertengkar di hadapan anak-anak juga menyebabkan anak-anak tertekan dan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah. Kekecewaan terhadap keluarga atau persekitaran menyumbang kepada tingkah laku yang tidak baik bagi mencapai maksud luahan hati mereka.

Pelajar juga mudah terlibat dengan masalah moral kerana disebabkan oleh faktor status ekonomi keluarga. Bagi keluarga yang berpendapat rendah, ibu bapa tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan daripada anak-anak.

Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang perlakuan dan tingkah laku menyebabkan anak-anak terlibat dengan masalah moral. Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga disalah ertikan.

Page 34: Masalah moral dalam kalangan pelajar

FAKTOR PENGARUH RAKAN

Terdapat ramai pelajar atau remaja yang mengatakan bahawa mereka tidak suka untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa terutama sekali masalah yang berkaitan dengan masalah peribadi. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa komunikasi antara mereka dan ibu bapa lebih bersifal formal.

Pelajar juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kasih sayang kerana takut diri mereka ditinggalkan

Peringkat remaja merupakan peringkat dimana pelajar lebih bersosial dan berkawan. Masa mereka lebih banyak digunakan di luar seperti di sekolah. Hal ini demikian menyebabkan mereka lebih menghabiskan masa dengan rakan-rakan di sekolah.

Mereka lebih percayakan rakan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Rakan yang juga mempunyai masalah moral akan menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh dengan pelbagai masalah.

Perkembangan sosial individu perlu mendapat perhatian dan sokongan daripada pihak tertentu. Apabila mereka pandai memilih rakan yang baik, maka perkembangan sosial juga akan menjadi baik.

Jika mereka tidak melakukan perkara yang disuruh rakan, mereka akan dipulaukan. Di samping itu, pelajar juga menggunakan rakan untuk mengisi rasa kasih sayang yang kurang diberikan oleh ibu bapa kepada mereka.

Rakan merupakan seseorang yang paling rapat dengan seseorang. Seperti yang dapat kita lihat pada hari ini, masalah moral pelajar berlaku apabila terdapat rakan mereka juga melakukan perkara yang sama seperti merokok dan ponteng sekolah.

Page 35: Masalah moral dalam kalangan pelajar

FAKTOR KEKURANGAN

DIDIKAN AGAMA

Kekurangan didikan agama juga merupakan punca berlakunya masalah moral dalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum.

Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memberikan ilmu agama kepada anak-anak. Menurut Haron Din (2007), ajaran agama yang kuat dapat menjadi benting pertahanan dalam diri anak-anak supaya mereka tidak mudah terjebak dengan masalah moral apabila mereka berada di sekolah atau di luar kawasan rumah.

Hal ini kerana, didikan agama hanya diberikan dengan kaedah pelajar menghafal bukan untuk memahami ilmu tersebut. Para pelajar mungkin akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, namun mereka langsung tidak memahami maksud ajaran tersebut dan tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, mereka akan mudah terlibat dengan masalah moral seperti pergaulan bebas ataupun penagihan dadah.

Page 36: Masalah moral dalam kalangan pelajar

FAKTOR SEKOLAH

Hubungan antara ibu bapa dan guru sepatutnya dipupuk menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Apabila terdapat pelajar yang terlibat dengan masalah moral seperti merokok dan ponteng sekolah, guru seharuslah memberitahu ibu bapa tentang masalah tersebut.

Tingkah laku moral juga berlaku apabila guru tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka seolah-olah tidak nampak masalah yang berlaku dan hanya membiarkan sahaja masalah itu terjadi.

Sekolah merupakan tempat di mana pelajar akan memperoleh pendidikan formal daripada guru.

Masalah moral sering berlaku kerana terdapat sesetengah guru yang tidak berbincang secara terperinci tentang masalah pelajar di sekolah bersama ibu bapa mereka.

Matlamat sekolah adalah untuk mendidik generasi muda ke arah pembangunan bangsa yang lebih maju dan berhemah tinggi dan menyediakan suasana alam persekitaran yang sihat.

Di samping itu, sekolah yang tidak menekankan mutu pembelajaran yang berkualiti akan menyebabkan remaja yang tamat persekolahan mudah terjebak dengan tingkah laku yang tidak sihat (Suppiah Nachiappan et al., 2012).

Guru merupakan contoh teladan yang baik kepada pelajar. Jika guru mempunyai sikap yang tidak baik, maka pelajar akan mencontohi guru tersebut. Apabila pelajar melihat guru merokok, pelajar juga akan terlibat dengan masalah rokok.

Page 37: Masalah moral dalam kalangan pelajar

FAKTOR PENGARUH

MEDIA MASSA DAN

PERSEKITARAN

Apabila hal ini berlaku, maka akan timbul masalah moral seperti gengsterisme, vandalisme dan merokok dalam kalangan pelajar. Menurut Abdul Rahman Md. Arof (1999), masalah moral dan tingkah laku juga terjadi akibat daripada pesekitaran mereka.

Lantaran itu, mereka sering membuang masa dengan melepak di pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya masalah pergaulan bebas.

Pada era globalisasi hari ini, kemudahan teknologi iaitu internet telah banyak mendatangkan masalah kepada para pelajar (Utusan Malaysia, Isnin, 23 Ogos, 2004). Hal ini demikian kerana, maklumat mudah diperoleh tanpa mengira masa dan tempat. Terdapat sesetengah pelajar yang menyalahgunakan kemudahan teknologi yang sedia ada.

Pengaruh media massa sentiasa menjadi pilihan para pelajar apabila mereka mempunyai masa lapang. Perilaku mereka juga mudah terbentuk kerana mereka yang masih mentah mudah terikut-ikut dengan perilaku yang dilihat.

Mereka sering melayari laman sesawang untuk menonton video, gambar lucah, filem yang memaparkan aksi-aksi ganas dan perlakuan yang tidak bermoral.

Page 38: Masalah moral dalam kalangan pelajar

FAKTOR MASYARAKAT

Masyarakat pada hari ini tidak mengambil peduli terhadap masalah moral yang berlaku disekeliling mereka. Tambahan pula apabila masalah ini berlaku dalam kalangan kaum yang berlainan

Di samping itu, masyarakat yang tidak mahu menerima pelajar atau remaja yang pernah terlibat dengan masalah moral seperti dadah dan pembuangan bayi akan menyebabkan remaja berasa tidak dihargai.

Sebagai contoh, apabila mereka melihat masalah dadah berleluasa yang melibatkan kaum melayu, kaum cina dan india akan membiarkan sahaja. Mereka tidak mahu digelar sebagai masyarakat yang sibuk mengambil tahu hal orang lain.

Justeru, mereka akan mengulangi masalah tersebut kerana tidak mendapat sokongan daripada semua pihak. Mereka juga sering dihina dan dipulaukan oleh masyarakat kerana terlibat dengan masalah tingkah laku ini.

Page 39: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Langkah-Langkah yang Dapat

Diambil untuk Mengatasi

Masalah Moral Pelajar

Page 40: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Langkah-Langkah yang Dapat Diambil untuk Mengatasi Masalah

Moral Pelajar

Peranan Keluarga

Pendidikan Iman sebagai Asas

Akhlak

Peranan Sekolah

Penapisan Media Massa

Peranan Masyarakat

Page 41: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Peranan Keluarga

hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu membendung serangan penagihan dadah dari terus masuk ke dalam keluarga (Hussain Habil & Mustafa Ali Mohd, 2003).

ibu bapa perlu memantau serta member perhatian yang sepenuhnya terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat-sahabat anak-anak

ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.

Keprihatinan ibubapa tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak disekolah dapat menyekat mereka daripada terlibat dengan melakukan kegiatan yang tidak bermoral yang mana sering berlaku dalam kalangan anak-anak remaja sekarang dan mereka leka dalam menumpukan perhatian kepada pelajaran. Oleh itu, kerjasama yang erat daripada ibubapa juga amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah di tempat anak-anak belajar.

Di samping, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seseorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil.

latar belakang rakan anak-anak juga perlu diselidik dengan teliti. Jalinan hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawab yang ikhlas untuk saling memantau gerak-geri anak-anak masing-masing. Seterusnya, dapat menyelamatkan anak-anak daripada fenomena negatif ini menular dalam kehidupan keluarga.

Page 42: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Peranan Sekolah

Menurut Chang Lee Hoon (1992), pelajar-pelajar boleh dididik untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam mementingkan akademik mereka dan menolak kegiatan yang tidak bermoral berlaku di sekolah seperti vandalisme amnya supaya mereka bersyukur serta menghargai kemudahan-kemudahan awam yang disediakan.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh menganjur serta mengadakan ceramah kesedaran kepada pelajar-pelajar yang kurang cakna dalam penghajatan hidup dan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral ini.

Selain itu, melalui ibu bapa juga adalah satu inisiatif terbaik dalam membendung masalah disiplin pelajar. Ini kerana dengan mengadakan mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para ibu bapa membantu dalam mengukuhkan nilai-nilai yang diajar kepada anak-anak mereka di sekolah.

Selain mengadakan ceramah, guru dan pihak sekolah juga boleh menganjurkan perkhemahan seperti “KEM JATI DIRI” yang mana ia boleh membawa manfaat serta kebaikan kepada pelajar-pelajar untuk mereka rasa lebih berdisiplin dan seterusnya boleh membendung mereka dalam melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

Page 43: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak

Di samping itu, dalam ajaran agama lain seperti Hindu, Buddha dan Kristian, mereka juga menitikberatkan tentang nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat mereka. Sebagai contoh, menurut kepercayaan agama Hindu, setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia didalam kehidupannya di atas muka bumi ini akan menerima pembalasan sama ada yang baik ataupun jahat.

Justeru, akhlak Islam mampu menangani setiap permasalahan dan membimbing pelajar ke arah jalan benar dan membawa kebahagiaan serta keselamatan hidup jika dipraktikkan dengan betul dan sebenarnya.

Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam (Haron Din, 2007).

Di samping itu, dalam ajaran agama lain seperti Hindu, Buddha dan Kristian, mereka juga menitikberatkan tentang nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat mereka. Sebagai contoh, menurut kepercayaan agama Hindu, setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia didalam kehidupannya di atas muka bumi ini akan menerima pembalasan sama ada yang baik ataupun jahat.

Selain itu, dengan menyuburkan amalan keagamaan dalam kalangan pelajar, mereka dapat membentuk tingkah laku serta memelihara peribadi yang mulia (Noraini Ahmad, 1994).

Ini kerana akhlak Islam mengaitkan teori dengan amalan. Ruang lingkup akhlak dalam Islam yang meliputi setiap aspek kehidupan manusia bertujuan memelihara keselamatan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Dalam akhlak Islam khususnya iaitu yang bertunjangkan akidah merupakan asas kukuh dalam melahirkan para pelajar yang benar-benar beriman, berilmu dan beramal mengikut apa yang digariskan oleh syariat.

Page 44: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Penapisan Media Massa

Sehubungan dengan itu, pihak media perlulah cakna dan prihatin dalam menayangkan rancangan-rancangan seperti rancangan yang dapat memberikan input-input yang berguna kepada masyarakat serta memberi impak yang berkesan kepada anak-anak remaja pada hari ini daripada mengutamakan keuntungan dan kepentingan syarikat masing-masing dengan menayangkan cerita-cerita yang berunsur ganas, lucah, licik

Pada era globalisasi hari ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya internet yang dikenali sebagai lebuhraya maklumat dan dunia tanpa sempadan merupakan penyumbang kepada salah laku pelajar.

Hal ini demikian setiap tingkah laku yang ditunjukkan dalam media massa seperti media elektronik ini menyebabkan mereka anak-anak pelajar akan berfikir bahawa setiap apa yang dilihat itu adalah satu perbuatan yang seharusnya dilakukan dan menganggap ia sebagai lumrah bagi kehidupan.

para pelajar akan meniru tingkahlaku tersebut dan mereka merasakan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Sekiranya kawalan dan tapisan ini tidak dilaksanakan dengan baik maka segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk menangani masalah ini menjadi sia-sia.

Pusat Penapisan Filem Negara haruslah lebih memberi penekanan kepada penapisan cerita-cerita yang mengandungi unsur keganasan seperti filem KL drift, rempit, bohsia dan sebagainya.

Page 45: Masalah moral dalam kalangan pelajar

Peranan Masyarakat

Selain itu, masyarakat juga perlu memberi nasihat dan menegur sikap seseorang yang tidak bermoral khususnya dalam kalangan pelajar mengikut kaum-kaum di Malaysia, andai mereka melakukan kegiatan yang tidak bermoral di hadapan khalayak ramai seperti mencuri atau gengsterisme di tempat-tempat awam.

Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan para pelajar sekolah dan para belia agar masa terluang mereka dapat diisi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat.

Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berat antara satu sama lain dan bertegur sapa agar gejala ini boleh berkurangan sedikit demi sedikit.

Hal ini membolehkan mereka menjauhi gejala yang tidak sihat dan boleh memberikan kesan buruk kepada diri mereka sendiri.

Beban menyedarkan rakyat tentang bahayanya melakukan gejala sosial atau perbuatan yang tidak bermoral sewajarnya tidak hanya digalas oleh pihak kerajaan semata-mata.

Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan para pelajar sekolah dan para belia agar masa terluang mereka dapat diisi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat.

Page 46: Masalah moral dalam kalangan pelajar

KESIMPULAN

Page 47: Masalah moral dalam kalangan pelajar

KESIMPULAN

Keruntuhan akhlak remaja pada masa ini akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat mahupun dalam pembinaan Negara bangsa.

Selain itu, punca pengaruh rakan, kekurangan didikan agama, pengaruh media massa, pandangan masyarakat juga diketengahkan dalam mengenalpasti penglibatan pelajar dalam masalah moral hari ini.

Ternyata masalah moral tidak hanya berlaku terhadap kaum tertentu sahaja. Masalah ini boleh terjadi kepada pelajar yang terdiri daripada kaum melayu, india dan cina.

Hal demikian kerana, remaja merupakan aset utama dalam pembangunan Negara. Apabila semua pihak bekerjasama dalam menangani masalah ini, akan lahirlah remaja yang mempunyai akhlak mulia.

Masalah moral yang berlaku pada masa kini adalah masalah secara nasional. Justeru, semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu untuk menangani masalah ini daripada terus berleluasa.

Kita dapati bahawa salah satu punca pelajar terlibat dengan masalah moral adalah berpunca daripada keluarga yang mempunyai masalah atau berkrisis. Oleh itu, pembinaan keluarga yang harmoni dapat membantu menangani masalah ini.

Kita dapati bahawa salah satu punca pelajar terlibat dengan masalah moral adalah berpunca daripada keluarga yang mempunyai masalah atau berkrisis. Oleh itu, pembinaan keluarga yang harmoni dapat membantu menangani masalah ini.

Page 48: Masalah moral dalam kalangan pelajar

-TAMAT-

Lambaian Malar Hijau