26
PENGENALPASTIAN JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SKUDAI, JOHOR LAW SEET CHAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

PENGENALPASTIAN JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR.

SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SKUDAI,

JOHOR

LAW SEET CHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH
Page 3: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

“Saya/Kami* akui bahawa saya/kami* telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuanliti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (FIZIK)”.

* Potong yang tidak berkenaan.

Page 4: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

PENGENALPASTIAN JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR.

SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SKUDAI,

JOHOR.

LAW SEET CHAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2006

Page 5: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Page 6: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

iii

DEDIKASI

Dedikasi untuk ibu tersayang yang memahami dan bertoleransi

Khas untuk Bonda yang disayangi,

Terima kasih di atas pengorbanan dan kasih sayang.

Dorongan dan galakkan yang diberi tidak akan dilupakan.

Buat Adik-Beradikku,

Kita boleh berjaya anda ada usaha.

Dorongan dan galakan sangat ku hargai.

Buat sahabat yang disayangi,

Jasa kalian amatku hargai dan terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang

diberikan.

Page 7: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

iv

PENGHARGAAN

Setelah bertungkus-lumus menjalankan projek ini, akhirnya kajian penulisan

bagi Projek Sarjana Muda telah berjaya disiapkan. Pengkaji amat bersyukur dengan

segala pujian dipanjatkan kepada Tuhan di atas limpahan kurnianya.

Pengkaji ingin merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada penyelia projek

ini, Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa kerana membimbing dan mendorong serta

memandu pengkaji sepanjang tempoh kajian ini dilaksanakan. Beliau juga telah

memberikan pelbagai tunjuk ajar dan penjelasan kepada pengkaji agar projek ini

dapat disiapkan dengan lebih lancar serta lebih berkualiti.

Ucapan terima kasih kepada Pengetua, Penolong Kanan, rakan-rakan

seperjuangan yang ikhlas, kakitangan dan penghuni Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Universiti 2, Skudai, Jahor yang memberikan sokongan dan bantuan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Pihak

yang berkenaan adalah ibu bapa pengkaji yang setia memberi dorongan dan galakan,

sama ada dari segi moral atau kewangan walaupun berada jauh dari mata pengkaji.

Sesungguhpun jauh terpisah, hasrat ibu bapa telah menjadi dorongan kepada

pengkaji untuk menghasilkan projek yang cemerlang. Ucapan terima kasih juga

diketarakan kepada rakan-rakan pengkaji yang sanggup memberi kerjasama dan

sumbangan idea bagi menjayakan projek ini.

Page 8: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

v

ABSTRAK Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti masalah pelajar

berdasarkan 11 kategori yang telah ditentukan oleh senarai semak masalah Mooney

(Mooney Problem Check List). Kajian ini juga menganalisa pandangan pelajar

dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Seramai 80 orang responden dipilih secara

rawak daripada 99 orang pelajar tingkatan empat di salah sebuah Sekolah Menengah

Taman Universiti, Skudai, Johor. Pelajar diminta menandakan masalah mereka

berdasarkan senarai semak masalah Mooney (MPCL). Data yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan SPSS/PC+ (Statistical

Package for Social Science 11.5). Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .91.

Hasil kajian ini mendapati bahawa kategori masalah utama yang dihadapi oleh

pelajar ialah masalah keluarga dan rumahtangga, kesihatan dan fizikal dan akademik

serta kerjaya. Beberapa kategori masalah lain didapati mengganggui pelajar, iaitu

masalah kewangan dan kehidupan, sosial dan hiburan, hubungan sosial psikologikal,

penyesuaian kerja, perkahwinan dan seks, psikologikal, moral dan agama serta

kurikulum dan kaedah pengajaran. Pengkaji juga telah membuat soal selidik yang

mengkaji tentang pandangan pelajar terhadap penyelesaian masalah mereka. Hasil

kajian telah mencadangkan beberapa langkah untuk membantu pelajar mengatasi

masalah yang dihadapi.

Page 9: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

vi

ABSTRACT The objective of the research was to identify the problems encountered by

students according to The Mooney Problem Check List (MPCL). The research was

also aimed at analyzing the opinion of student about the solution for solving the main

problems. 80 respondents consisting of secondary school form four students in a

Sekolah Menengah Taman Universiti, Skudai, Johor was involved. The respondents

have been asked to respond to The Mooney Problem Check List (MPCL). Data

obtained from the research was analysed by using descriptive statistics and

SPSS/PC+ (Statistical Package for Social Science 11.5). Reliability of MPCL is

α = .91. The result of this research has shown that three main problems encountered

by student were household and families, health and physical development and

educational and career problems. Apart from the problems mentioned, there were

also other problems which however actually affect students, there was included

financial needs dan lifestyle, social and entertainment activities, psychological

personal relationship, adaptation to school work, socializing, sex and marriage, moral

dan religions and curriculum and teaching method. Researcher also done a

questionnaire which related to the opinion of students to help for overcome their

problems. The result of this research was made the recommendations to overcome

the problems encountered by students.

Page 10: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xvii

xviii

1

BAHAGIAN SATU

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1

1

2

4

5

5

6

8

Page 11: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

viii

1.7.1 Pelajar

1.7.2 Guru-Guru

1.7.3 Ibubapa

1.7.4 Masyarakat

1.8 Batasan Kajian

1.9 Takrifan Operasi

1.9.1 Masalah

1.9.2 Pelajar Sekolah Menengah

1.9.3 Definisi MPCL

8

9

10

11

11

12

12

12

13

2

BAHAGIAN DUA

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Masalah-Masalah Perkembangan Remaja

2.2 Jenis-Jenis Masalah

2.2.1 Masalah Sosial

2.2.2 Masalah Keluarga

2.2.3 Masalah Disiplin

2.2.4 Masalah Akademik Dan Kerjaya

2.2.5 Masalah Akhlak Dan Agama

2.2.6 Masalah Kewangan

2.3 Kajian-Kajian Lepas MPCL

2.3.1 Kajian Luar Negara

2.3.2 Kajian Di Malaysia

2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Mengatasi

Masalah

2.4.1 Peranan Kaunselor

2.4.2 Peranan Program Kaunseling :

Pembimbing Rakan Sebaya

14

14

15

15

15

16

16

17

18

18

19

21

22

22

23

Page 12: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

ix

2.4.3 Peranan Sekolah

2.4.4 Peranan Ibubapa

2.5 Rumusan

24

25

25

3

BAHAGIAN TIGA

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Subjek Kajian

3.3.1 Cara Persampelan

3.4 Tempat Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Alatukur Bahagian A (Kategori Masalah)

3.5.2 Alatukur Bahagian B

(Cara Mengatasi Masalah)

3.5.3 Kesahan Alat Kajian

3.5.4 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

3.5.5 Tatacara Kajian

3.6 Pengelolaan Kajian

3.6.1 Pemprosesan Data

3.7 Penganalisisan Data

26

26

27

28

28

29

29

30

30

31

32

33

34

34

34

Page 13: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

x

4

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4

DAPATAN DAN PENGANALISISAN DATA

KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Keputusan Kajian

4.3 Laporan Keputusan Deskriptif Biodata

4.4 Keputusan Kategori Masalah

4.5 Persoalan 1

4.5.1 Keputusan Kategori Masalah

4.6 Persoalan 2

4.7 Persoalan 3

4.8 Persoalan 4

4.8.1 Apakah pandangan pelajar terhadap cara

mengatasi masalah keluarga dan fizikal ?

4.8.2 Apakah pandangan pelajar terhadap cara

mengatasi masalah kesihatan dan fizikal ?

4.8.3 Apakah pendangan pelajar terhadap cara

mengatasi masalah akademik dan

kerjaya ?

4.9 Perbincangan

35

35

36

37

38

53

53

54

71

74

74

78

81

83

Page 14: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

xi

5

BAHAGIAN LIMA

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Jenis-Jenis Masalah-Masalah Yang Kerap

Dihadapi Oleh Pelajar

5.2.2 Perbezaan Kategori Masalah Dari Segi

Demografi Jantina Dan Aliran

5.2.3 Punca-Punca Masalah Utama Yang

Dihadapi Oleh Pelajar

5.2.4 Pandangan Pelajar Terhadap Cara Mengatasi

Tiga Masalah Yang Utama Yang Dihadapi

Oleh Pelajar

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan

5.5 Penutup

86

86

86

86

88

91

92

94

95

96

BAHAGIAN ENAM

BAB 6

RUJUKAN

BAHAGIAN TUJUH

BAB 7

LAMPIRAN A - F

97-98

99-115

Page 15: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Jumlah Keseluruhan Pelajar Mengikut

Pengkhususan

28

3.2 Nilai ‘Alpha’ Bagi Kategori Masalah

33

4.3

Jadual Dan Laporan Keputusan

Deskriptif Biodata

4.3.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Jantina

37

4.3.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Kelas

37

4.3.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Responden Mengikut Aliran

37

4.4 Keputusan Kategori Masalah

4.4.1 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Kesihatan Dan Fizikal

Mengikut Nilai Tertinggi

38

4.4.2 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Kewangan Dan Kehidupan

Mengikut Nilai Tertinggi

39

4.4.3

Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Sosial Dan Hiburan

Mengikut Nilai Tertinggi

41

Page 16: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

xiii

4.4.4 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Perkahwinan Dan Seks

Mengikut Nilai Tertinggi

42

4.4.5 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Perhubungan Sosial Dan

Psikologikal Mengikut Nilai Tertinggi

44

4.4.6 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Psikologikal Mengikut

Nilai Tertinggi

45

4.4.7 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Moral Dan Agama

Mengikut Nilai Tertinggi

46

4.4.8 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Keluarga Dan

Rumahtangga Mengikut Nilai Tertinggi

47

4.4.9 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Akademik Dan Kerjaya

Mengikut Nilai Tertinggi

49

4.4.10 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Penyesuaian Kerja

Mengikut Nilai Tertinggi

50

4.4.11 Peratusan Responden Yang Bermasalah

Bagi Setiap Item Kurikulum Dan Kaedah

Pengajaran Mengikut Nilai Tertinggi

52

4.5.1 Peratusan Kategori Yang Bermasalah

Mengikut Nilai Yang Tertinggi

53

4.6 Analisis Inferensi – Perbezaan

4.6.1 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Kesihatan Dan Fizikal Dari Segi Jantina

55

Page 17: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

xiv

4.6.2 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Kewangan Dan Kehidupan Dari Segi

Jantina

55

4.6.3 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Sosial Dan Hiburan Dari Segi Jantina

56

4.6.4 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Perkahwinan Dan Seks Dari Segi Jantina

57

4.6.5 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Perhubungan Sosial Dan Psikologikal Dari

Segi Jantina

57

4.6.6 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Psikologikal Dari Segi Jantina

58

4.6.7 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Moral Dan Agama Dari Segi Jantina

59

4.6.8 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Keluarga Dan Rumahtangga Dari Segi

Jantina

59

4.6.9 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Akademik Dan Kerjaya Dari Segi Jantina

60

4.6.10 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Penyesuaian Kerja Dari Segi Jantina

61

4.6.11 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Dari

Segi Jantina

61

4.6.12 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Keseluruhan Dari Segi Jantina

62

4.6.13 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Kesihatan Dan Fizikal Dari Segi Aliran

63

4.6.14 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Kewangan Dan Kehidupan Dari Segi Aliran

63

4.6.15 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Sosial Dan Hiburan Dari Segi Aliran

64

Page 18: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

xv

4.6.16 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Perkahwinan Dan Seks Dari Segi Aliran

65

4.6.17 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Perhubungan Sosial Dan Psikologikal Dari

Segi Aliran

65

4.6.18

Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Psikologikal Dari Segi Aliran

66

4.6.19 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Moral Dan Agama Dari Segi Aliran

67

4.6.20 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Keluarga Dan Rumahtangga Dari Segi

Aliran

67

4.6.21 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Akademik Dan Kerjaya Dari Segi Aliran

68

4.6.22 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Penyesuaian Kerja Dari Segi Aliran

69

4.6.23 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Dari

Segi Aliran

69

4.6.24 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah

Keseluruhan Dari Segi Aliran

70

4.7.1 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap

Item-item Dalam Sub Skala Masalah

Keluarga dan Rumahtangga (141-160)

71

4.7.2 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap

Item-item Dalam Sub Skala Masalah

Kesihatan dan Fizikal (1-20)

72

4.7.3 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap

Item-item Dalam Sub Skala Masalah

Akademik dan Kerjaya (161-180)

73

Page 19: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

xvi

4.8.1.1 Taburan dan Peratusan Bagi Cara Mengatasi

Kategori Masalah Keluarga dan

Rumahtangga : S1-S20

76

4.8.2.1 Taburan dan Peratusan Bagi Cara Mengatasi

Kategori Masalah Kesihatan dan Fizikal :

S21-S40

79

4.8.3.1 Taburan dan Peratusan Bagi Cara Mengatasi

Kategori Masalah Akademik dan Kerjaya:

S41-S60

82

4.9.1 Rumusan Keputusan Analisis Ujian-t

Perbandingan Setiap Kategori Masalah Dari

Segi Jantina

84

4.9.2 Rumusan Keputusan Analisis Ujian-t

Perbandingan Setiap Kategori Masalah Dari

Segi Aliran

85

Page 20: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

xvii

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN

Simbol

% - peratus

& - dan

Singkatan

Bil. - Bilangan

Dk - Darjah kekerapan

F, f - Frekuensi

MPCL - Mooney Problem Check List

Min - Purata

N, n - Jumlah bilangan

P, p - Nilai ‘alpha’

S, s - Signifikan

Ts, ts - Tidak Signifikan

SL - Sisihan Lazim

T - Tidak

Y, √ - Ya

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PSM - Projek Sarjana Muda

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A Jadual Penentuan Saiz Sampel

Berdasarkan Populasi Krejcie, R.V. dan

Morgan, D. W.

99

B Soal Selidik

100

C Borang Pendaftaran Dan Pemilihan

Tajuk Projek Sarjana Muda

(SPU 5904)

112

D Surat Pengesahan Universiti Teknologi

Malaysia

113

E Surat Kebenaran Dari Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan Kementerian Pelajaran

114

F Surat Kebenaran Dari Jabatan

Pendidikan Negeri Johor

115

Page 22: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Bab ini terdiri daripada sembilan sub judul yang didahului dengan

pendahuluan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan

kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan diakhiri dengan

takrifan bagi istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini.

Sasaran kajian ini adalah terhadap pelajar-pelajar yang mempunyai masalah-

masalah dalam perkembangan remaja. Terdapat 11 profil masalah pelajar iaitu

masalah kesihatan dan fizikal, masalah kewangan dan kehidupan, masalah aktiviti

sosial dan hiburan, masalah perkahwinan dan seks, masalah perhubungan sosial-

psikologikal, masalah moral dan agama, masalah keluarga dan rumahtangga, masalah

akademik dan kerjaya, masalah penyesuaian terhadap kerja, masalah kurikulum dan

kaedah pengajaran. Kesemua-semua masalah yang dinyatakan di atas adalah

terkandung dalam Senarai semak masalah Mooney (Mooney Problem Check List)

(MPCL). MPCL adalah senarai yang direka oleh Ross L. Mooney pada tahun 1942

bagi mengesan jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sebelum

dimulakan dengan terapi. Senarai semak masalah Mooney telah banyak digunakan

dalam kajian di Malaysia (Hasan 1977, Musa 1977, Rohana 1976, Khoo 1982). Alat

ini amat berguna untuk mengesan pelajar-pelajar ysng mempunyai masalah-masalah

Page 23: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

2

dalam bidang-bidang tertentu. Menurut kajian Steward dan Deiker (1976) ke atas

remaja yang menghadapi gangguan emosi, remaja nakal dan remaja biasa telah

menunjukkan satu faktor umum dapat menjelaskan 20% daripada jumlah varians.

Faktor-faktor lain adalah terlalu kecil berdasarkan peratus varians yang dapat

dijelaskan. Kesahihan alat ini amat bergantung kepada sejauh mana pelajar dapat

memberi jawapan dengan terus terang, maklumat yang didapati ini boleh menolong

guru bimbingan untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara

lebih berkesan lagi.

Senarai Semakan Masalah Mooney yang digunakan dalam kajian adalah

inventori psikologi bersumberkan Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi

Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah Pada zaman yang moden ini, terdapat pelbagai masalah yang berlaku di

kalangan pelajar dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Antara masalah yang sering dihadapi ialah masalah dalam pelajaran. Menurut Ishak

Haron (2001) dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Prestasi Pelajar Melayu dan

Bumiputra di Peringkat Sekolah Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM, STPM) dan

Institusi Pengajian Tinggi (IPT)”, mengupas secara terperinci mengenai kemunduran

prestasi pelajar Melayu. Jika dilihat dari sudut demografi masalah ini berkaitan

dengan latar belakang pelajar.

Berdasarkan Statistik Jenayah Indeks Polis Diraja Malaysia (PDRM),

sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun 2004, sebanyak 13353 kes jenayah

keganasan, kes jenayah harta benda sebanyak 89484 kes, kes kecurian motorsikal

33984 kes, kes ragut (8489 kes) dan kes kecurian lain sebanyak 22184 kes. Demi

menangani kes jenayah ini, tindakan jangka panjang yang diambil oleh pihak kerajaan

adalah dengan memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Page 24: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

3

Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh

negara secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2005.

Menurut Utusan Malaysia, Selasa, 2 Disember 2003 yang bertajuk “Gejala

Sosial Remaja Membimbangkan.” yang membahaskan gejala sosial remaja yang gagal

ditangani dengan sempurna telah membawa mereka jauh menyimpang dari laluan yang

sepatutnya. Akhirnya mereka telah terjerumus dalam gejala sosial termasuk pergaulan

bebas, perlacuran dan penagihan dadah dan arak. Ini menunjukkan remaja kini bukan

sahaja mengalami masalah moral dan agama tetapi juga masalah pergaulan muda-mudi

dan seks.

Berdasarkan kepada situasi-situasi tersebut, pengkaji juga ingin cuba

mengenalpasti apakah kategori-kategori masalah yang sering dihadapi oleh golongan

pelajar. Maka, alat ujian atau inventori yang digunakan oleh pengkaji untuk

mendiagnosis dan mengenalpasti masalah klien adalah Mooney Problem Check List

(MPCL). Alat ukuran Mooney Problem Check List (MPCL) sangat popular di

Malaysia kerana ia sangat mudah ditadbirkan dan tidak memerlukan pengetahuan yang

mendalam untuk membolehkan seseorang kaunselor menggunakannya. Alat ukuran

MPCL selalu digunakan untuk mengenalpasti masalah klien sebelum sesuatu sesi

kaunseling dijalankan. Alat ukuran ini terdiri daripada dua borang iaitu borang Junior

mengandungi 220 item, sementara borang Senior pula mengandungi 330 item. Kedua-

dua borang MPCL ini mengukur 11 kategori masalah yang sering dialami oleh

individu.

Menurut Levinton(1977) mengenai masalah-masalah peribadi, 54 peratus

pelajar menyatakan akan menghubungi kawan-kawan atau adik-beradik, 29 peratus

akan berjumpa dengan ibu bapa, sementara 4 peratus sahaja yang akan menemui

kaunselor atau psikologis ( Amla Salleh dan Puteh Mohamad, 1992). Para ibu bapa

atau penjaga harus mengaku akan kesalahan mereka yang boleh mengakibatkan

masalah pelajar. Dari segi langkah untuk mengatasi masalah pelajar, para pelajar

berpendapat para ibu bapa atau penjaga dan guru bimbingan perlu memainkan peranan

yang lebih serius dan lebih bertanggungjawab.

Page 25: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

4

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis jenis-jenis masalah pelajar Tingkatan

Empat, mengaitkan masalah dari segi demografi (Jantina dan Aliran) dan cara

menyelesaikan tiga masalah utama mereka.

1.3 Pernyataan Masalah Pada peringkat remaja ini boleh dikatakan akan mengalami tahap

perkembangan yang normal baik dari segi intelek mahupun fizikal. Bagaimanapun,

terdapat juga kanak-kanak yang terbawa-bawa dengan sifat-sifat atau tabiat buruk

seperti kenakalan dan juga perbuatan salah laku yang pernah diamalkan di rumah yang

mana boleh menjejaskan perkembangan sosial dan intelek mereka.

Pelajar yang bermasalah adalah secara tidak langsung dipengaruhi oleh faktor-

faktor masalah pelajar iaitu masalah kesihatan dan perkembangan jasmani, masalah

kewangan, kehidupan dan pekerjaan, masalah aktiviti hiburan dan sosial, masalah

pergaulan muda-mudi, jantina dan perkahwinan, masalah hubungan sosial-

psikologikal, masalah hubungan personal-psikologikal, masalah akhlak dan agama,

masalah rumahtangga dan keluarga, masalah masa hadapan dari segi vokasional dan

pendidikan, masalah penyesuaian terhadap kerja-kerja kuliah serta masalah kurikulum

dan kaedah pengajaran. Maka, senarai semak masalah Mooney (Mooney Problem

Check List) yang mengandungi 11 kategori masalah tersebut adalah amat sesuai

digunakan.

Memandangkan kebimbangan dari segi tingkah laku pelajar, maka pengkaji

menjalankan kajian bertajuk : “Pengenalpastian Jenis-jenis Masalah Di Kalangan

Pelajar Tingkatan Empat Dan Cara Mengatasi Masalah. Satu Kajian Kes Di Sekolah

Menengah Kebangsaan, Skudai, Johor”.

Page 26: LAW SEET CHAN - Faculty of Education | Universiti ... JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH

5

1.4 Objektif Kajian Berikut merupakan objektif kajian yang dijadikan garis panduan oleh pengkaji: 1. Mengenalpasti jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Empat.

2. Mengetahui perbezaan kategori masalah dari segi demografi jantina dan aliran.

3. Mengetahui punca-punca masalah utama pelajar Tingkatan Empat

4. Mengetahui cara mengatasi tiga masalah utama daripada pandangan pelajar

Tingkatan Empat.

1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti berikut :

1. Apakah jenis masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh pelajar dalam tempoh

perkembangan?

2. Apakah perbezaan kategori masalah dari segi demografi jantina dan aliran ?

3. Apakah punca-punca masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ?

4.. Apakah pandangan pelajar terhadap cara mengatasi bagi tiga masalah yang utama

yang dihadapi oleh pelajar ?