Upload
wanbk-leo
View
28.796
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
EEB1013 PRINSIP EKONOMI
Oleh: ASNIDA SHAHIDAN
TOPIK 1:PENGENALAN KEPADA EKONOMI DAN KONSEP
APA ITU EKONOMI?
Adakah perkaraberkaitan dengan Wang? Kekayaan? Saham? Berjimat-cermat?
DEFINISI
Ekonomi:Arnold
Sains kekurangan Sains yang mengkaji bagaimana individu dan masyarakat
berhadapan dengan sumber/faktor pengeluaran yang terhad sedangkan keinginan mereka adalah tidak terhad.
Case & Fair Sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia membuat
pilihan.
Bahasa BiasaBagaimana manusia membuat keputusan dalam kehidupan
seharian apabila berhadapan dengan sumber yang terhad sedangkan
keinginan tidak terhad.
SUMBER/FAKTOR PENGELUARAN
Dikelaskan kepada empat jenis, iaitu: Tanah – bersifat semulajadi Buruh – sumbangan manusia kepada proses
pengeluaran Modal – barang akhir yang diguna dalam
proses pengeluaran selanjutnya
Pengusaha – bakat yang seseorang ada dalam menggabungkan ketiga-
tiga sumber tadi bagi menghasilkan
pengeluaran/output.
MENGAPA PERLU MEMPELAJARI EKONOMI?
Kerana wujudnya masalah “kekurangan”.
Kesannya akan berhadapan dengan “pilihan”, “rationing device”, persaingan.
Pilihan yang dibuat akan melibatkan “kos lepas”.
KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS
- Kekurangan barangan dlm ekonomi menyebabkan “pilihan” terpaksa dilakukan- “pilihan” yg dibuat akan melibatkan “kos lepas”
KOS LEPAS
- Adalah kos kepada setiap pilihan dibuat, iaitu dlm btk alternatif lain yg terpaksa dilepaskan.
- Atau pilihan kedua terbaik yg terpaksa dilepaskan kerana melakukan pilihan yg pertama.
- Semakin tinggi kos lepas bagi melakukan pilihan pertama, semakin kurang pilihan untuk melakukan pilihan pertama tersebut.
KONSEP-KONSEP UTAMA DALAM EKONOMI
Analisis/persoalan ekonomi terbahagi kepada empat kategori, iaitu:
Analisis Positif Menjawab persoalan “apa dia” Atau “apa yang akan terjadi” Mempunyai hubungan “sebab dan akibat”
yang boleh diuji Pernyataan yang boleh dibuktikan Berasaskan fakta
Sambungan
Analisis Normatif Cuba menjawab persoalan “apakah yang
seharusnya” Melibatkan penilaian (value judgement)
dan pendapat yang tidak boleh diuji Pernyataan yang tidak boleh dibuktikan
Sambungan
Mikroekonomi Cabang ekonomi yang mengkaji gelagat
dan pilihan manusia dalam membuat keputusan berhubungan unit-unit kecil dalam ekonomi
Contoh: bagaimana individu/pengguna melakukan perbelanjaan isirumah supaya dapat memaksimumkan kepuasannya
Sambungan Makroekonomi
Cabang ekonomi yang mengkaji gelagat dan pilihan manusia dalam membuat keputusan berhubungan keseluruhan ekonomi
Gabungan semua unit-unit kecil Melihat ekonomi secara keseluruhan Contoh: permintaan agregat, penawaran
agregat, pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran dan inflasi.
Ceteris Paribus
Berasal daripada perkataan Latin bermaksud faktor-faktor lain diandaikan tetap atau tidak berubah.
Contoh: kenaikan harga ayam di pasaran menyebabkan permintaan ayam berkurangan, ceteris paribus
TOPIK 2:
KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP),
MASALAH ASAS EKONOMI DAN SISTEM-
SISTEM EKONOMI
ANDAIAN DALAM MEMBENTUK JADUAL DAN KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
Andaian1) Dua barangan sahaja dikeluarkan dalam
ekonomi2) Semua faktor/sumber/input pengeluaran
tetap3) Ekonomi beroperasi pada tingkat guna
tenaga penuh (g/t/p)4) Teknolologi digunakan tetap
Apa itu KKP?
Keluk/rajah yg menunjukkan kombinasi 2 barang yg ekonomi mampu keluarkan dalam tempoh masa tertentu dengan menggunakan sumber & teknologi pada tingkat g/t/p
JADUAL KKP
Cth: Jadual Kemungkinan Pengeluaran bagi komputer & radio.
Titik Kombinasi
Radio Komputer
A B C D E
21 20 17 11 0
0 4 7 9
10
RAJAH KELUK KKP
Radio 21
A B 20 C F 17 G 11 D
E 0 4 7 9 10 Komputer
PENERANGAN RAJAH:
Paksi X – komputer Paksi Y - Radio Titik A, B, C, D, E, F dan G – titik kombinasi
pengeluaran antara komputer dan radio Titik A, B, C, D dan E – titik yg cekap dlm
ekonomi Titik F dan G - tidak cekap
- F – ketidakcukupan sumber - G – pembaziran sumber
KONSEP KOS LEPAS DAN KKP
Titik Komputer Radio Kos Lepas Radio
A 0 21
B 4 20 1
C 7 17 3
D 9 11 6
E 10 0 11
Rajah KKP sebelum ini menunjukkan kos lepas semakin meningkat.
JENIS-JENIS KKP DAN KOS LEPAS
1) KKP Bergaris lurus: Hukum kos lepas malar
Rajah Radio A 15 B 10 0 10 15 Komputer
Sambungan
2) KKP cembung: Hukum kos lepas semakin bertambah
Radio 10 A 9 B 7 C 4 D E 0 5 10 12 Komputer
KONSEP-KONSEP EKONOMI DLM KKP
1. Konsep pilihan
2. Konsep kos lepas
3. Konsep kecekapan/guna tenaga penuh
4. Konsep pembaziran
PERALIHAN KKP Ke kanan atau ke kiri daripada garisan
asal. Ke kanan menunjukkan pertumbuhan dan ke kiri menunjukkan penurunan.
Peralihan ke kanan adalah disebabkan oleh peningkatan dalam modal atau perkembangan dalam teknologi.
Peralihan boleh berlaku dalam salah satu jenis barangan sahaja atau kedua-duanya sekali
CONTOH
Kes 1: pertambahan faktor & kemajuan teknologi dlm pengeluaran kedua2 jenis brg
Radio
Komputer
CONTOH
Kes 2: Pertambahan faktor & kemajuan teknologi dlm salah satu jenis barang.
Radio Komputer
LATIHAN PERALIHAN KKP
Kes 1: Berlaku perkembangan teknologi dalam pengeluaran komputer lebih besar daripada perkembangan teknologi dalam pengeluaran radio.
Kes 2: Berlaku pertambahan modal dalam pengeluaran radio lebih banyak daripada pertambahan modal dalam pengeluaran komputer.
MASALAH EKONOMI
Tiga masalah asas yang dihadapi oleh semua sistem ekonomi ialah: apa barang yang hendak dikeluarkan dan
berapa banyak? Bagaimana hendak dikeluarkan? Untuk siapa hendak dikeluarkan?
Cara di mana masyarakat membuat keputusan utk menjawab persoalan tentang masalah-masalah ekonomi yang dihadapi.
APA ITU SISTEM-SISTEM EKONOMI?
Sambungan
Penyelesaian kepada masalah asas ekonomi diselesaikan melalui sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara, iaitu sama ada ; Sistem ekonom kapitalis/pasaran bebas Sistem Ekonomi Sosialis/perancangan
pusat Sistem Ekonomi Campuran Sistem Ekonomi Islam
SISTEM EKONOMI KAPITALIS
Keputusan ekonomi ditentukan oleh anggota masyarakat sendiri dan tiada campur tangan kerajaan Apa dan berapa banyak – apa (barang yg
menguntungkan penjual), berapa banyak (bergantung kepada mekanisme harga/pasaran)
Bagaimana – menggunakan kaedah yang paling cekap dan meminimumkan kos. Teknologi, buruh atau kombinasi
Untuk siapa – bergantung kepada sesiapa yang sanggup membayar.
SISTEM SOSIALIS/PERANCANGAN
PUSAT Penyelesaian masalah asas ditentukan oleh
pihak kerajaan. Sumber dimiliki hak kerajaan atau hak
bersama. Apa dan berapa banyak – kerajaan yang tentukan
berdasarkan pertimbangan nilai. Bagaimana – bergantung kepada pengeluar dan
pengaruh kerajaan adalah secara tidak langsung. Untuk siapa – kerajaan menggunakan sistem
catuan. Biasanya individu yang bekerja lebih baik akan mendapat pendapatan yang tinggi.
SISTEM EKONOMI CAMPURAN
Diamalkan di kebanyakan negara. Gabungan pihak kerajaan dan pihak
persendirian dalam membuat keputusan Cuma beza antara negara ialah darjah “campurtangan” tersebut. Apa dan berapa banyak - bergantung
kepada mekanisme pasaran Kerajaan campurtangan dalam hal-hal
tertentu seperti penyediaan barang awam.
SISTEM EKONOMI ISLAM Apa dan berapa banyak – hanya yang
mendatangkan faedah. Barang yang haram dilarang pengeluarannya.
Bagaimana – menggunakan apa saja cara yang tidak menjejaskan kepentingan umum.
Untuk siapa – untuk setiap individu dalam masyarakat.