Upload
azizan-jae
View
8.406
Download
157
Embed Size (px)
Citation preview
0
1
Tatacara Perjumpaan
TATACARA PERJUMPAAN
LANGKAH 1
1.1 Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan melakukan latihan Kawad Kaki Asas
BARIS,SENANG DIRI
BARIS,BARIS SEDIA
KE KANAN LURUS
PANDANG DEPAN, DARI BELAKANG NOMBOR
1.2 Ketua Puteri memberi arahan :-
KEKUATAN PASUKAN / KUMPULAN, LAPOR
1.3 Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan melapor
PASUKAN ( Nama Pasukan ) 45 CUKUP
PASUKAN ( Nama Pasukan ) 39 daripada 43
1.4 Ketua Puteri ( Pusing pandang menghadap tiang bendera.Pasukan sudah
bersedia )
1.5 Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin / Guru Pemimpin..
Ucapkan Salam sambil bersalaman dan mohon :
IZINKAN SAYA MEMULAKAN TATACARA
PERJUMPAAN
1.6 Guru menjawab –
SILAKAN
1.7 Ketua Puteri membalas –
TERIMA KASIH PUAN
2
LANGKAH 2
2.1 Ketua Puteri balik ke hadapan barisan untuk menjalankan Tatacara
Perjumpaan.
BACAAN DOA
2.2 Ketua Puteri memanggil
PEMBACA DOA,SEDIA
2.3 Pembaca Doa keluar,berdiri di sebelah Ketua Puteri dan memberi
arahan :
i) UP
ii) AL-FATIHAH
(Surah Al fatihah dibaca serentak oleh semua
dengan kuat)
iii) Membaca Doa Perjumpaan dan diaminkan oleh semua.
iv) Memberi arahan :
UP ( bawa tangan ke muka,baru turun tangan ke sisi )
v) Bacaan Asmaul Husna bersama-sama
NAS ALUKA YA ………………….
vi) Pembaca Doa beredar balik ke dalam barisan
MENAIKKAN BENDERA
2.4 Ketua Puteri memanggil
PENAIK BENDERA, SEDIA
( Tiga orang penaik bendera keluar berdiri di tiang
bendera dan bersedia untuk acara menaikkan
bendera)
Kedudukan bendera; PPIM (kiri), Malaysia (tengah),
Sabah* (Kanan).
* bendera negeri
3
2.5 Ketua Puteri ( menghadap bendera ) memberi arahan :
NEGARAKU – MULA
Ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak dengan
perlahan. Bendera Malaysia lebih tinggi sedikit
kedudukannya daripada bendera PPIM dan bendera
Sabah*.
2.6 Penaik bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri ditengah memberi
Arahan :
SIAP - undur selangkah ke belakang
2.7 Ketua Puteri memberi arahan :
LAGU PUTERI MULA
2.8 Penaik Bendera ( Puteri di tengah) memberi arahan :
KE KANAN PUSING…………….
(ketiga-tiga berkawat balik ke dalam barisan.Puteri
yang terakhir sampai akan sebut –
SIAP
LAFAZ IKRAR PUTERI
2.9 Ketua Puteri memberi arahan :
UP ( Semua Puteri serentak mengangkat tangan untuk
bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Puteri )
BAHAWA KAMI
AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA BERIKRAR AKAN
Taat kepada Allah, Rasul ,Pemerintah ,Guru dan Ibubapa
Mempekukuhkan Iman dan memperbaiki akhlak
Membangunkan diri dengan sempurna
Mengukuhkan silaturahim sesama puteri
Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan Negara
2.10 Ketua Puteri memberi arahan :
UP ( Turun tangan ke sisi )
4
PEMIMPIN MEMBERI TAKLIMAT ATAU TUGASAN
2.11 Pemimpin datang ke hadapan Puteri
2.12 Ketua Puteri melaporkan :
KAMI , PASUKAN ( nama pasukan – disebut beramai-
ramai serentak )
SERAMAI …………SIAP SEDIA UNTUK
MENERIMA ARAHAN PUAN
BARIS , SENANG DIRI
2.13 Guru Pemimpin memberi salam – dijawab serentak oleh semua PUTERI
Guru Pemimpin menyampaikan taklimat atau aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang hari berkenaan.
2.14 Ketua Puteri memberi arahan :
BARIS, BARIS.., SEDIA
TERIMA KASIH PUAN
Ketua Puteri pusing menghadap barisan dan memberi arahan :
KELUAR BARIS
2.16 Puteri mengambil peralatan / bag untuk pergi ke tempat aktiviti
5
TATACARA PENUTUPAN
LANGKAH 1
1.1 Puteri-puteri berbaris dalam 3 barisan
Setiap Pasukan mengandungi 30 – 45 orang
Setiap Kumpulan mengandungi 10 – 15 orang
(sama seperti dalam barisan tatacara perjumpaan tadi)
1.2 latihan Kawad Kaki Asas
Ketua Puteri memberi arahan :
Sedia – BARIS, SENANG DIRI
BARIS, BARIS SEDIA
KE KANAN LURUS, PANDANG DEPAN
1.3 Melapor Kekuatan Pasukan / Kumpulan
Ketua Puteri memberi arahan :
KEKUATAN PASUKAN / KUMPULAN LAPOR
1.4 Ketuan Pasukan / Kumpulan melapor :
PASUKAN ( nama Pasukan ) 45 CUKUP
PASUKAN ( nama Pasukan ) 39 daripada 43
1.5 Ketua Puteri pusing panndang menghadap tiang bendera. ( Pasukan sudah
Bersedia )
1.6 Guru berjalan ke hadapan Ketua Puteri .Beri ucapan Salam. Semua menjawab
Salam serentak.
LANGKAH 2 - AMANAT PEMIMPIN
2.1 Selepas salam dijawab,Ketua Puteri melapor :
Pasukan ( nama Pasukan) seramai ( sebut bilangan ) orang
sedia mendengar amanat puan.
BARIS , SENANG DIRI
2.2 Guru Pemimpin membuat ulasan mengenai aktiviti hari berkenaan
2.3 Setiausaha atau Bendahari membuat pengumuman atau sebarang bentuk pesanan
Aktiviti akan datang.
6
2.3 Ketua Puteri memberi arahan :
BARIS,BARIS SEDIA
TERIMA KASIH PUAN
IZINKAN SAYA MEMULAKAN TATACARA PENUTUPAN
2.4 Guru menjawab :
SILAKAN
LANGKAH 3 - LAGU PUTERI
3.1 Semua dalam keadaan menghadap bendera
3.2 Ketua Puteri memberi arahan :
LAGU PUTERI MULA
LANGKAH 4 – ACARA TURUN BENDERA
4.1 Ketua Puteri memberi arahan :
PENURUN BENDERA SEDIA
4.2 Tiga orang Penaik Bendera ( semasa Tatacara Perjumpaan ) diikuti oleh 3 orang
Lagi ( berjumlah 6 orang semuanya berkawad menuju ke hadapan tiang bendera)
4.3 Orang Pertama ( Penaik) berdiri di hadapan,orang Kedua berdiri di belakang
Ke kanan sedikit. Kedua-dua buka ikatan / simpulan bendera.
4.4 Bendera diregangkan di kawasan lapang di hadapan tiang, di hadapan K.Puteri.
Orang Pertama pegang ( pegang bahagian kepala bendera ) Orang Kedua (pegang
ekor bendera)
4.5 Lipat Bendera mengikut Kiraan Ketua Puteri
“ SATU” - Lipat Dua,kemudian regang semula
“ DUA “ - Lipat dua lagi,kemudian regang semula
“ TIGA” - Ekor bendera dicantumkan ke Kepala Bendera
“ EMPAT” – Bahagian ekor dicantumkan lagi ke kepala
bendera
“LIMA” - Lipat Kepas ( 3 kali)
Setelah selesai , orang pertama pegang bendera di tangan
kanan,letak /bawa ke sisi )
7
LANGKAH 5 -ACARA SERAH BENDERA
5.1 Keenam-enam Penurun Bendera berdiri menghadap Ketua Puteri
5.2 Pembawa Bendera Malaysia melangkah ke hadapan serahkan bendera kepada
Ketua Puteri ( Berundur semula)
5.3 Pembawa Bendera Negeri berjalan ke hadapan serahkan bendera kepada Ketua
Puteri ( Balik semula ke tempat dirian asal)
5.4 Pembawa Bendera Puteri berjalan ke hadapan serahkan bendera kepada Ketua
Puteri ( Balik semula ke tempat dirian asal)
5.5 Keenam-enam Penurun Bendera PUSING KANAN lalu berkawat masuk ke
Barisan asal masing-masing.Orang yg akhir sampai sebut “ SIAP”
5.6 Ketua Puteri menyerahkan kesemua bendera kepada Ketua Guru Pemimpin.
LANGKAH 6 – BACAAN DOA PENUTUP
6.1 Ketua Puteri memanggil :
PEMBACA DOA SEDIA
6.2 Pembaca Doa keluar ke hadapan, Ketua Puteri dan Pembaca Doa pandang
Menghadap perbarisan / pasukan.
6.2 Pembaca Doa mengarahkan
“ UP” Baca Doa Penutup.Teruskan dengan bacaan
Tasbih Kifarah di akhiri dengan Surah Al Asry.
“ UP “ ( Tangan dibawa ke muka baru dijatuhkan tangan ke sisi )
6.3 Pembaca Doa balik ke tempat
6.4 Ketua Puteri mengarahkan
“ KELUAR BARIS “ ( Baris gerak Keluar baris
TETAPI beratur semula dalam barisan untuk bersalaman)
8
LANGKAH 7 – BERSALAM-SALAMAN
CARA PERTAMA ( MEMBENTUK BULATAN)
7.1 Guru Pemimpin lain memulakan bersalam berdiri disebelah Ketua Pemimpin
diikuti oleh Ketua Puteri berdiri bersebelahan
7.2 Ketua Pasukan diikuti oleh semua Puteri Pasukan Satu dan seterusnya Pasukan
yang lain.
7.3 Pemimpin memberi pesanan contoh : jalan berhati-hati,sampaikan salam kepada
Ibubapa.
CARA PERTAMA ( MEMBENTUK BULATAN)
7.4 Bersalam mulai dari barisan belakang,salam dengan rakan hadapan seorang demi
seorang hingga sampai kepada Ketua Kumpuulan / Ketua Pasukan terus kepada
Guru Pemimpin akhir sekali Ketua Guru Pemimpin
BERSALAM-SALAMAN SAMBIL BERSELAWAT
9
Tatacara Majlis Rasmi
TATACARA PERMULAAN MAJLIS LANGKAH 1
1.1 Para Pemimpin dan ahli mengambil tempat sebelum ketibaan VIP
1.2 Sewaktu ketibaan VIP semua yang berada di dewan berdiri sambil berselawat
Hingga VIP sampai ke tempat duduk.
1.3 Hadirin termasuk peserta duduk selepas VIP duduk ditempat yang dikhaskan.
LANGKAH 2
2.1 Pengacara memulakan majlis :
MAJLIS DIMULAKAN DENGAN TATACARA PERJUMPAAN
* ASMAUL HUSNA DAN LAGU PUTERI
Semua yang hadir diminta berdiri untuk menyempurnakan Tatacara Majlis.
Apabila selesai,tetamu khas duduk diikuti dengan semua hadirin.
2.2 Pengacara meneruskan majlis dengan menjemput Pembaca Doa.
TATACARA PENUTUPAN MAJLIS
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
3.1 Pengacara merakamkan terima kasih dan seterusnya menutup majlis dengan
Bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asry ( hadirin membaca dalam keadaan
Duduk)
3.2 Pengacara mempersilakan tetamu ke Jamuan / Pameran atau sebagainya
3.3 Sebelum bersurai hadirin bersalam-salaman
10
سورة الفاتحة
تسبيح كفارة
سورة العصر
11
صلوات نبي