Peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu bahasaku

  • View
    162

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of Peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu bahasaku

  1. 1. MAKSUD Rangkap 1 : Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam. Rangkap 2 : Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita. Rangkap 3 : Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi. TEMA Kekecewaan dalam hidup. PERSOALAN Persoalan menyembunyikan hati yang terluka Persoalan menerima suratan takdir Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. BENTUK Mempunyai 3 rangkap Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata. Rima abcabc Bentuk pantun terikat. GAYA BAHASA Unsur bunyi : Asonansi hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) pengulangan vokal a Aliterasi : kail tersangkut di tepi batang pengulangan konsonan t Peribahasa : Ibarat kaca jatuh ke lantai Ibarat melukut di tepi gantang Sinkope : Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5) Repitisi : Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5) Unsur alam Haiwan ikan cencaru, ikan gelama Tumbuhan kelapa, kedondong, buluh NILAI 2. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir. 3. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah pandai menyimpan perasaan sedih dan kecewa agar tidak terperangkap dalam kedukaan. 2. Kita hendaklah menerima ketentuan Yang Maha Esa supaya kita sentiasa redha dengan apa yang berlaku. 1. Kita mestilah menghargai sesuatu yang baharu demi melupakan peristiwa hitam pada silam. Pantun Empat Kerat
  2. 2. MAKSUD Rangkap 1-Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. n bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan. Rangkap 2-Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Rangkap 3-Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. diabaikan. TEMA Keagamaan PERSOALAN 1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. 2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. 3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . BENTUK 1. Mempunyai 3 rangkap. 2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap. 3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan. 4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata. 5. Rima akhir abcdabcd 6. Bentuk pantun terikat. GAYA BAHASA 1. Unsur bunyi - Asonansi : kerana lalai rosak binasa Aliterasi : bumi kandungan nenek moyangku 2. Sinkof - Bumi kandungan nenek moyangku 3. Kata ganda - Anak ketam disangka lelabi 4. Unsur alam - Tumbuhan : kubis, papaya Haiwan : ikan , ketam, lelabi Alam : hutan, langit, bumi NILAI 1. Nilai kesabaran. 2. Nilai kesyukuran 3. Nilai keimanan PENGAJARAN 1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan. 2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin. 3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu. Pantun Lapan Kerat
  3. 3. MAKSUD Rangkap 1: Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk Rangkap 2:Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri. Rangkap 3:Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Rangkap 4:Kadang-kadang riaknya dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Rangkap 5:Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah fikirannya logik. Rangkap 6:Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Rangkap 7:Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Rangkap 8:Riak boleh mendatangkan bala. TEMA Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak. PERSOALAN Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk- nunjuk tentang kelebihan diri. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan amalan tidak diterima oleh Allah. BENTUK Rima akhir aaaa. Syair ini mengandungi lapan rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris. GAYA BAHASA Diksi (Bahasa Arab) Simile Asonansi Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal a) Aliterasi Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan t) Inversi NILAI DAN PENGAJARAN Nilai kesyukuran Nilai kesederhanaan Kita janganlah bersifat riak. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik. Syair Makna Riak
  4. 4. MAKSUD Rangkap 1:L aksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani untuk pergi mendapatkan panji- panji atau perintah daripada Raja Senggora Rangkap 2: Mereka harus menerima hukuman. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan Rangkap 3: Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara. Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda. Rangkap 5: Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara. TEMA Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja. PERSOALAN 1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin. 2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah. 3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat. 4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita. BENTUK 1. Rima akhir aaaa 2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap. 3. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris. 5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris. Rangkap 6: Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah. Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban. Rangkap 8: Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya. Rangkap 9: Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata. Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji- panji/perintah Raja Senggora. GAYA BAHASA 1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik) Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya. 2. Asonansi Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal a) 3. Aliterasi Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan n) 4. Kata ganda Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera. NILAI 1. Nilai kesetiaan 2. Nilai amanah 3. Nilai cinta akan negara PENGAJARAN 1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan. 2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin 3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara 4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara. 5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Syair Pemberontakan Patani
  5. 5. Gurindam Tonggak Dua Belas MAKSUD Rangkap 1 Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa. Rangkap 2 Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih. Rangkap 3 Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira. Rangkap 4 Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana. Rangkap 5 Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan . Rangkap 6 Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan. Rangkap 7 Pemimpin yang baik menjadi ikutan. Rangkap 8 Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Rangkap 9 Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Rangkap 10 Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi. Rangkap 11 Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi. Rangkap 12 Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif. TEMA Nilai-nilai murni dalam kehidupan Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang. PERSOALAN 1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1) 2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2) 3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7) 4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10) 5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12) BENTUK 1. Mempunyai 12 rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris Contohnya : Hendak pandai menghargai masa Jangan dinanti esok lusa 3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif: 4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata 5. Rima akhir aa Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif. GAYA BAHASA 1. Simpulan bahasa baik hati (rangkap 6 baris 1) 2. Unsur Bunyi Asonansi pengulangan vokal a Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1) Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1) 3. Aliterasi pengulangan bunyi konsonan n Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2) NILAI 1. Nilai kegigihan, 2. Nilai kebijaksanaan 3. Nilai kesederhanaan 4. Nilai kesabaran PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana 2. Kita hendaklah menghargai masa 3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik 4. Kita janganlah suka membazir. 5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan
  6. 6. Seloka Si Luncai MAKSUD Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak ber