9
Bacakan petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah membaca. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kita digalakkan agar rajin membaca. Membaca adalah pintu kepada penerokaan ilmu pengetahuan. Untuk melahirkan bangsa yang berjaya, rakyatnya perlu banyak membaca. Bangsa yang membaca ialah bangsa yang sentiasa cintakan ilmu. Maka dengan ilmu hasil daripada membaca akan mewujudkan sebuah tamadun bangsa yang cemerlang. Antara bahan bacaan yang paling mudah, murah dan senang didapati ialah majalah. Maka lambakan di pasaran adalah satu petanda yang sihat. Bagi masyarakat yang sering kali dikaitkan dengan kurangnya membaca, kehadiran sesebuah majalah mungkin dapat membantu menghasilkan gelombang membaca. Kemungkinan salah satu sebab utama untuk tidak membaca ialah kerana kesuntukan masa yang sering kali dikaitkan dengan kerja dan kesibukan kehidupan di kota. Buku-buku tebal yang kurang nampak menarik juga menjadi antara faktor malas membaca. Jadi seharusnya disediakan satu bentuk alternatif. Majalah yang ditulis ringkas, padat dan menarik adalah antara pilihan yang terbaik. Majalah bukan sahaja nipis, malah bentuk tulisan dan foto-foto berwarna-warni akan menarik seseorang pembaca untuk terus menyelak dan membaca. Sudah tentu, majalah boleh dibawa kemana-mana. Isu-isu yang menjadi fokus setiap bulan juga perlu lebih bijak ditulis. Hal ini bermakna membaca merupakan aktiviti yang dapat mengisi masa terluang. Ada juga majalah yang menjadikan isu-isu semasa di dalam masyarakat sebagai fokus utama mereka. Hal ini akan menjadikan membaca sebagai salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah yang menimpa masyarakat. Membaca majalah ini merupakan hobi yang boleh meransang minda untuk berfikir. Malahan kemahiran seseorang dalam bidang tertentu boleh ditingkatkan dengan membaca, selain mampu meningkatkan penguasaan dalam sesuatu bahasa. Untuk memastikan sesebuah masyarakat membaca, pelbagai kaedah yang kreatif, mudah dan murah perlu sentiasa diperkenalkan. Tentunya majalah boleh menjadi jenteranya. Apabila sesuatu tulisan itu dapat menarik pembacanya, tidak mustahil bagi pembaca-pembaca yang inginkan lebih maklumat mengenai

Ringkasan ting 2m

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ringkasan ting 2m

Bacakan petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang

faedah-faedah membaca. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita digalakkan agar rajin membaca. Membaca adalah pintu kepada penerokaan ilmu pengetahuan.

Untuk melahirkan bangsa yang berjaya, rakyatnya perlu banyak membaca. Bangsa yang membaca ialah

bangsa yang sentiasa cintakan ilmu. Maka dengan ilmu hasil daripada membaca akan mewujudkan

sebuah tamadun bangsa yang cemerlang. Antara bahan bacaan yang paling mudah, murah dan senang

didapati ialah majalah. Maka lambakan di pasaran adalah satu petanda yang sihat.

Bagi masyarakat yang sering kali dikaitkan dengan kurangnya membaca, kehadiran sesebuah

majalah mungkin dapat membantu menghasilkan gelombang membaca. Kemungkinan salah satu sebab

utama untuk tidak membaca ialah kerana kesuntukan masa yang sering kali dikaitkan dengan kerja dan

kesibukan kehidupan di kota. Buku-buku tebal yang kurang nampak menarik juga menjadi antara faktor

malas membaca. Jadi seharusnya disediakan satu bentuk alternatif. Majalah yang ditulis ringkas, padat

dan menarik adalah antara pilihan yang terbaik. Majalah bukan sahaja nipis, malah bentuk tulisan dan

foto-foto berwarna-warni akan menarik seseorang pembaca untuk terus menyelak dan membaca. Sudah

tentu, majalah boleh dibawa kemana-mana. Isu-isu yang menjadi fokus setiap bulan juga perlu lebih bijak

ditulis. Hal ini bermakna membaca merupakan aktiviti yang dapat mengisi masa terluang.

Ada juga majalah yang menjadikan isu-isu semasa di dalam masyarakat sebagai fokus utama

mereka. Hal ini akan menjadikan membaca sebagai salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah

yang menimpa masyarakat. Membaca majalah ini merupakan hobi yang boleh meransang minda untuk

berfikir. Malahan kemahiran seseorang dalam bidang tertentu boleh ditingkatkan dengan membaca,

selain mampu meningkatkan penguasaan dalam sesuatu bahasa.

Untuk memastikan sesebuah masyarakat membaca, pelbagai kaedah yang kreatif, mudah dan

murah perlu sentiasa diperkenalkan. Tentunya majalah boleh menjadi jenteranya. Apabila sesuatu tulisan

itu dapat menarik pembacanya, tidak mustahil bagi pembaca-pembaca yang inginkan lebih maklumat

mengenai sesuatu perkara yang telah dibincangkan di dalam majalah tersebut akan mencari punca-

punca kepada idea-idea penulisan itu.

Berdasarkan petikan ringkasan, jawab soalan-soalan yang berikt dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata satu petanda yang sihat. (2 markah)2. Apakah yang menjadi penghalang seseorang daripada membaca? (4 markah)3. Selain membaca buku berkaitan dengan pelajaran, pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya pelajar Malaysia tidak suka membaca? (4 markah)

Page 2: Ringkasan ting 2m

Bacakan petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha mewujudkan patriotisme dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejak akhir-akhir ini semangat patriotisme dalam kalangan remaja dikatakan semakin luntur. Masalah ini sering dikaitkan dengan kenejatan social dan budaya hedonisme. Untuk mengatasi masalah ini, langkah dominan yang dapat dilakukan ialah dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini dilaksanakan sejak tiga tahun lalu sememangnya mempunyai pelbagai faedah yang amat berguna untuk kehidupan seharian. Selain itu, setiap remaja perlu menyertai aktiviti Bulan Kemerdekaan yang biasanya diadakan pada bulan Ogos. Aktiviti ini menjadi medium yang sangat berkesan untuk menyemai rasa cinta akan negara dalam sanubari para remaja.

Selain itu, para remaja perlu didedahkan mengenai tokoh yang banyak berjasa terhadap negara. Tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tuk Janggut, Mat Kilau dan Abdul Rahman Limbang dapat menjadi inspirasi dan idola para remaja. Malahan mata pelajaran Sejarah juga mampu memupuk semangat cinta akan tanah air. Pada waktu yang sama, sekolah perlu memperbanyak ceramah yang berkaitan dengan sejarah untuk melahirkan semangat kecintaan ini.

Rakyat Malaysia mempunyai kehebatan yang tiada tolok bandingnya. Oleh itu, kerajaan berterusan menanam semangat juang yang tinggi dalam kalangan remaja untuk mengambil bahagian di peringkat antarabangsa. Jika dihalusi, usaha ini sebenarnya kearah melahirkan semangat remaja yang cinta akan tanah air. Sebab itulah slogan “Malysia Boleh” terus dilaungkan apabila rakyat Malaysia mampu mendaki Gunung Everest.

Setiap remaja perlu mempunyai kebanggan menjadi rakyat Malaysia. Rasa bangga ini perlu berterusan dipupuk. Apabila kita mempunyai rasa bangga, kita akan cinta negara kita sendiri. Seterusnya, novel-novel yang berkaitan dengan patriotisme perlu menjadi pilihan remaja untuk dibaca. Masalahnya, remaja kita tidak mempunyai jati diri yang kukuh, memyebabkan mudah terpengaruh dengan budaya negatif daripada budaya Barat. Ada pula remaja yang tidak mempunyai pegangan hidup memyebabkan kesukaran untuk menanam semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Masalah yang dinyatakan hanyalah sebahagian contoh untuk melahirkan semangat patriotisme dan kita harus berusaha untuk mengatasinya.

Soalan 1Tuliskan semula dalam bentuk ringkasan dan ringkasan anda jangan melebihi 80 patah perkataan.Soalan 2Berdasarkan petikan ringkasan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.1. Berikan maksud rangkai kata dikait dengan kebejatan sosial.2. Apakah yang menjadi halangan untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja?3. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme terhadap negara sendiri?

Hedonisme ialah kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan seperti membeli barangan berjenama,minum arak, berjudi dan berhibur di kelab

Bacakan petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah berpesatuan dalam kalangan belia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak

Page 3: Ringkasan ting 2m

melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pelbagai mekanisme boleh dilakukan dalam usaha mengisi erti kemerdekaan negara. Belia memainkan peranan penting dalam memastikan kemerdekaan terpelihara dan pembangunan negara menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Antara kaedah belia dapat memastikan kelangsungan pembangunan negara berjalan rancak dan meningkatkan makna kemerdekaan ialah menerusi kegiatan berpersatuan. Berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan sukarela dan kebajikan.

Di samping itu, kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia selaras usaha mewujudkan masyarakat prihatin. Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan memberitahu hanya 2.5 juta daripada belia negara ini berdaftar sebagai ahli dalam pelbagai persatuan belia. Jumlah itu menunjukkan belia di negara ini tidak gemar menyertai persatuan. Oleh itu, Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa berusaha menggerakkan pelbagai program bagi memupuk minat belia untuk berpersatuan.

Pihak kerajaan juga tidak pernah meminggirkan peranan dimainkan pihak belia dalam pembangunan negara, sebaliknya segala perancangan dan dasar yang dibuat kerajaan, belia turut diberi perhatian. Dalam mengimarahkan lagi pembabitan golongan muda dalam persatuan, pertubuhan belia perlu mengorak langkah lebih aktif menarik golongan belia untuk berpersatuan. Dalam diri belia perlu ditanam bahawa kegiatan berpersatuan sebagai sebahagian ibadat. Berpersatuan dapat melahirkan masyarakat hidup dalam suasana yang harmoni.

Pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat meningkatkan keyakinan apabila menempuh di alam pekerjaan mahupun kehidupan. Kesan kepada berpersatuan membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih berwibawa. Malah berpersatuan dapat meluaskan pengetahuan dan menambah pelbagai kemahiran diri. Namun, mahasiswa yang aktif dalam persatuan mesti diiringi pencapaian akademik yang cemerlang. Seterusnya, peranan belia sentiasa penting sama ada ketika menuntut kemerdekaaan atau dalam pembangunan negara masa kini. Persatuan belia sejak dahulu memainkan peranan penting membantu pemimpin masyarakat menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan.

Soalan 1Tuliskan semula dalam bentuk ringkasan dan ringkasan anda jangan melebihi 80 patah perkataan.Soalan 2Berdasarkan petikan ringkasan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.1. Apakah maksud rangkai kata meningkatkan makna?2. Apakah usaha yang dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menyertai kegiatan belia?3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan kalangan pelajar supaya aktif dalam kegiatan persatuan?

Page 4: Ringkasan ting 2m

Bacakan petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang

aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Panjang ringkasan anda

hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa

mengubah maksud asal petikan.

Setiap insan inginkan keluarga yang bahagia. Peranan ibu bapa penting dalam memberi

kebahagiaan kepada ahli keluarganya. Kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga dapat dilihat

daripada hubungan yang erat antara ibu, bapa, dan anak-anak. Ibu bapalah yang berperanan untuk

mengeratkan hubungan dalam sesebuah keluarga.

Justeru, beberapa aktiviti harus dijalankan dalam usaha mengeratkan hubungan ahli keluarga.

Waktu makan seisi keluarga merupakan waktu istimewa untuk berkumpul bersama-sama ahli keluarga.

Semasa makan bersama-sama ahli keluarga, ibu bapa dapat mengambil tahu tentang perkara yang

dilakukan oleh anak-anak mereka pada hari tersebut. Makanan istimewa yang disediakan pula dapat

menggembirakan anak-anak. Seboleh-bolehnya elakkan daripada makan sambil menonton televisyen

kerana cara tersebut dapat mengganggu situasi makan berkeluarga.

Selepas makan, ajaklah ahli keluarga berehat sambil berbual-bual tentang pelbagai perkara. Jika

anak-anak ingin bercerita tentang masalah mereka, dengarlah dengan sebaik-baiknya. Anak-anak yang

lain juga mungkin dapat menyuarakan pendapat berhubung masalah tersebut. Timbulkan suasana jenaka

agar anak-anak gembira berada di samping keluarga.

Pada waktu lapang, ajaklah ahli keluarga melakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti berjogging

atau berbasikal. Anak-anak tentu seronok menikmati udara segar di luar rumah serta beriadah bersama-

sama keluarga. Aktiviti seumpama ini dapat menjadikan hubungan anak-anak dengan ibu bapa lebih erat.

Selain itu, aktiviti fizikal lain yang dapat dilakukan bersama-sama adalah seperti lawatan ke zoo

atau muzium. Aktiviti seperti ini dapat merehatkan minda dan menyihatkan tubuh badan di samping

memperoleh pelbagai maklumat berkaitan zoo atau muzium. Anak-anak pasti berasa gembira dapat

melihat pelbagai binatang atau artifak yant terdapat di zoo atau muzium.

Sekali sekala ajaklah anak-anak makan di luar seperti menikmati makanan segera di restoran.

Anak-anak tentu akan berasa seronok. Sesekali juga bawalah anak-anak menonton wayang gambar di

pawagam-pawagam. Menonton bersama-sama keluarga dapat mewujudkan suasana mesra di samping

dapat mengawal tingkah laku anak-anak.

Sememangnya aktiviti yang dijalankan bersama-sama ahli keluarga bukan sahaja dapat

membentuk peribadi mulia anak-anak bahkan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Konflik atau

perbalahan dapat dihindarkan kerana wujud semangat persefahaman dan kemesraan antara ahli

keluarga.

Berdasarkan petikan ringkasan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.1. Apakah maksud rangkai kata peribadi mulia? (2 markah)2. Apakah faedah yang diperoleh daripada menjalankan aktiviti bersama keluarga? (4 markah)3. Pada pendapat anda, nyatakan secara ringkas dua peranan ibu bapa dalam mengeratkan hubungan ahli keluarga? (4markah)

Page 5: Ringkasan ting 2m

Bacakan petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara mengatasi kemalangan di jalan raya. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kempen-kempen keselamatan jalan raya yang hebat dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya bukan sahaja dalam media massa, bahkan terpampang jelas di papan-papan iklan di tepi jalan raya. Semasa mengikuti kelas dan ujian memandu, semua pelatih telah dijelaskan berkenaan undang-undang dan peraturan lalu lintas. Bahkan konsep dalam sukatan pelajaran dan ujian yang dilaksanakan bersifat komprehensif yang menggabungkan unsur teori dan praktikal untuk memastikan pemandu berhemah ketika memandu. Walaupun usaha ini tidak menjamin 100 peratus tidak berlakunya kemalangan, namun sekurang-kurangnya mampu membendung kemalangan dari terus berlaku.

Semacam wujud satu budaya yang menggerunkan apbila kebanyakan daripada masyarakat yang tinggi nilai sopan santun dan tatasusilanya akan berubah sifatnya menjadi tidak waras apabila tangan sudah memengang stereng kenderaan. Mereka tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar, memotong di garisan berkembar, memandu lebih had laju dan berlumba-lumba, memandu dalam keadaan mabuk, dan bawa penumpang lebih had muatan adalah antara kesalahan biasa yang dilakukan dan boleh mengundang musibah.

Sesungguhnya, kesedaran tentang menjaga keselamatan ketika di jalan raya perlu dipupuk setiap hari. Sikap suka menunjuk-nunjuk menyebabkab ramai yang mengubah suai spesifikasi enjin. Ubah suai enjin ini dilakukan oleh pengusaha motosikal yang hanya mementingkan keuntungan. Manakala, pengusaha kenderaan awam pula tidak mengendahkan kewajipan memasang kotak hitam pada kenderaan mereka.

Kerajaan juga bercadang untuk mewajibkan semua penumpang kereta memakai tali pinggang keledar yang bukan bertujuan untuk menyusahkan, tetapi demi menyelamatkan nyawa semua pihak yang sangat berharga. Sebagai pengguna, perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan sepanjang masa. Seterusnya, sebelum memandu perlu pastikan kenderaan dalam keadaan sempurna. Pada waktu yang sama kita mengharapkan pihak berkuasa lebih kerap memantau jalan raya yang sering berlakunya kemalangan.

Soalan 1Tuliskan semula dalam bentuk ringkasan dan ringkasan anda jangan melebihi 80 patah perkataan.Soalan 2Berdasarkan petikan ringkasan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.1. Apakah maksud rangkai kata boleh mengundang musibah?2. Nyatakan sikap negatif yang menambahkan peningkatan kemalangan di jalan raya?3. Pada pendapat anda, mengapakah anak muda suka menyertai perlumbaan haram di jalan raya?

Page 6: Ringkasan ting 2m

Bacakan petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca berlakunya buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sama ada di sekolah biasa, mahupun di sekolah asrama, gejala buli bukan sesuatu yang pelik lagi. Gejala ini seolah-olah suatu kelaziman dan pasti dihadapi oleh semua yang pernah menempuh zaman persekolahan. Kerap kali, pelajar lelaki lebih ramai terlibat dalam kes-kes membuli. Dewasa ini, kes membuli semakin berleluasa dan ini amat membimbangkan pelbagai pihak, termasuk ibu bapa. Pelbagai punca perbuatan ini berlaku. Antaranya, ibu bapa tidak menjalankan peranan mereka dengan sempurna.

Belakangan ini, ibu bapa mementingkan kekayaan material dan keselesaan hidup. Mereka bekerja bersungguh-sungguh dari pagi hingga malam sehingga kurang berkomunikasi dengan anak. Mereka beranggapan, apabila mempunyai wang, masalah keluarga akan selesai. Bagi pelajar pula, masalah buli ini berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Sekiranya seseorang remaja menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap rakan, mereka sanggup menjalankan sesuatu kegiatan buruk seperti membuli, walaupun mengetahui perbuatan itu adalah salah. Kurangya pendidikan moral dan sivik di sekolah juga merupakan punca masalah ini. Keadaan diburukkan lagi dengan media massa sering menyiarkan kandungan yang tidak baik untuk tatapan remaja yang telah meracuni fikiran remaja secara tidak langsung.

Selain itu, sesetengah pembuli menganggap perbuatan mengganggu orang lain sebagai hobi, di samping punca lain iaitu dendam terhadap individu atas sebab-sebab tertentu. Gejala buli di sekolah semakin membimbangkan dengan kes terbaharu pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis, Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, dikatakan menjadi mangsa buli hingga terpaksa menerima rawatan intensif di hospital.

Dari segi perasaan pula, kebanyakan pembuli berasa hebat setelah membuli kanak-kanak lain. Keadaan diburukkan lagi dengan sikap mahu menjadi jaguh dalam kalangan rakan sebaya supaya mudah untuk meminta apa-apa yang diingini. Oleh sebab masalah ini terlalu serius, tindakan tegas Kementerian Pelajaran terhadap mereka yang suka membuli merupakan satu langkah yang tepat. Pada waktu yang sama, kita mengharapkan ibu bapa memantau sikap-sikap anak-anak mereka di luar rumah untuk memastikan tiada orang lain yang menjadi mangsa.

Soalan 1Tuliskan semula dalam bentuk ringkasan dan ringkasan anda jangan melebihi 80 patah perkataan.Soalan 2Berdasarkan petikan ringkasan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.1. Apakah maksud rangkai kata telah meracuni fikiran?2. Apakah usaha yang dilakukan untuk membendung gejala buli?3. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang sering membuli patut dibuang sekolah?