Upload
rohani-salam
View
744
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
SIMPANLAH DI INGATANMU
Kenalkah kau suara air menitis pada keras batumengukir wajah tekun pada alur dan kerikil tajamsepi di gua menafsir lembut zikir syahdunyamelarik runcing tanah dan batu melentur silau panas mentari gua hidup menghampar dalam gelapmuketabahan dan ketekunan jitumanusia bergelar guru.
Masih ingatkan kau pada gelita malamtatkala manusia nanar dalam pencarianmencari jejak yang retakmeneka takdir mimpidengan lembut dia berdiri menabur baktimemberimu cahaya dari sinar tuhannyabiarpun sedikit demi sedikittitis demi titis luruh terbakar dan kehilangan diri,kehilangannya tak pernah berganti.
Lupakah kau pada pengukir itutekun berdiri mengukir mimpimelarik cinta hari dewasaberapa banyak debu pahitberjelaga di dalam hatiberkumpul di pangkal jantung, sekalipunarca hidupnya retak seribumimpimu juga ditenung diukirmenjadi gambar abadi.
Dialah lembut suara air di tengah gua batuguru yang faham erti kepayahanmenyulam perkerti dalam manis budi.
Dialah dian kerdil memberi suluh pencarianpendidik yang menerima kepayahandemi kesenangan anak didik di hari muka.
Dialahpenekun tabah mengukir waktupengajar bermandi keringat
dalam debu dan batu-batu.
Dialah Manusia kecil yang sering memberiapa yang kita tidak tahumenafsir rahsia ilmuyang tertulis dengan bahasa kalbu.
Simpanlah di ingatanmudiksi kata pujangga;Guru laksana ombaktak jemu-jemu mendambai pantai
Guru seumpama dianmembakar diri menerangi cahaya
Guru ibarat pengukirmenitip jejak perjalanan hari muka
Guru bagaikan suara air di gua tekun titis lembut membelah batu.
a halim aliFBK, UPSI12 Mei 2011
http://anjungpuisi.blogspot.com/
Abdul Halim Ali atau nama pena a halim ali berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D)
dilahirkan di Merchang Terengganu. Mula berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris`
sejak tahun 2000. Sekarang bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Selain itu, Abdul Halim juga terlibat
dalam bidang penulisan kreatif khusus puisi dan esei kritikan, khususnya dalam bidang teori
kesusasteraan, budaya dan isu-isu semasa. Abdul Halim juga aktif dalam pelbagai kegiatan
pembentangan kertas kerja di dalam dan luar negara. Pernah bertugas sebagai guru selama
10 tahun di Sarawak, Terengganu dan Pahang. Telah menghasilkan dua buah kumpulan
puisi persendirian berjudul `Permintaan Alam (2000) dan Permintaan Alam (2005). Selain itu
beliau juga menyeleggarakan beberapa buah antologi puisi seperti `Balada Suluh Budiman`
(2002), `Meraut air Limpah` (2006) dan `Wahai api jadilah embun jadilah dingin` (2009).
Buku-buku akademik tentang puisi yang dihasilkan ialah `Di Sekitar Puisi Melayu Moden`
(2004,2007) dan `Mendekati Puisi Melayu Tradisional` (2006). Beliau juga ialah Ketua 1,
Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN).
DALAM REDUP WAJAH IBU
Seraut wajah ibuAdalah laut kasih tak bertepiMenghempas ombak rasa ke batu lautMenyimpan resah masa depan anakDi celah gelombang dan karangAkulah yang bermain di gigi airMenyusun angan dalam kuning pasirSambil memintal buih harapan.
Dingin bayu dari pulau bertiup Membawa pesan dukaAyah sengsara di laut dalamDikepung keringat mentariSambil menyimpan lelahnyaDalam pukat carik dan kolek retak seribudialah yang menunggu di birai pantaiseraut resah di wajah ibu Dengan tangan terbukaSambil mengasah doa di langit.
Aku dan dan ayahlaut dan pantaiAdalah bunga hidup yang tumbuh renikDalam redup wajah ibu.
Tanjong Malim.25.3.2011
Dicatat oleh ABDUL HALIM ALI di 8:57 AM