Upload
gcsasterastpm
View
6.258
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Karya DharmawijayaBuku Permata
Citation preview
DHARMAWIJAYA
Maksud Rangkap 1:Semangat sambutan hari kemerekaan mulai dirasakan oleh setiap warganegara yang cintakan tanahair. Kemerdekaan yang diperolehi ini adalah hasil perjuangan yang ikhlas para pejuang terdahulu untuk membebaskan Negara, hingga kini semua warganegara berada dalam situasi yang menyenangkan
Rangkap 1telah datang angin kemerdekaanmelambai tanah air berlagu sentosatelah gemilang sumpah kerelaanmembelai bangsa sepanjang usia.
Maksud Rangkap 2:Apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan , semangatnya mula dirasai oleh setiap warganegara. Kemerdekaan yang dicapai telah memmbolehkan setiap warganegara hidup dalam keadaan yang selesa. Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para pejuang menentang penjajah.
Rangkap 2setiap menjelang kemerdekaan inibergemalah di hati anak pribumisejhtera bangsa neggenggam kemenangankeramat bangsa menentang keagungan.
Rangkap 3:Kebebasan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti kesetiaan dan ketaatan kepada Negara tercinta tanpa berbelah bagi.Walaupun sering diancam dengan perselisihan fahamyang boleh mengugat keamanan Negara. Semangat nasionalisme tidak pernah luntur.
Rangkap 3kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijakdi sini langit jernihmu dijunjungcinta kasih tiadakan retakmeski debar sengketa melanda jantung.
Maksud Rangkap 4:Negara kita menuntut setiap warganegaranya mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada Negara. Ini kerana generasi hari ini adalah pewaris kebebasan yang diraih, seharusnya generasi muda hari ini perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa menabur jasa demi untuk menjamin maruah Negara yang tercinta.
Rangkap 4tanah air tercinta hamparan setiakamilah kini pewaris kemerdekaanseluhur suara seteguh citamenjunjung bakti mahkota kedaulatan.
TEMASemangat nasionalisme
Kecintaan terhadap negara tercinta apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan, semangat cintakan negara semakin membara. Peri pentingnya semangat kecintaan terhadap negara dengan terus memberi sumbangan demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.
PERSOALAN
1. Perjuangan para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan
2. Berjuang menentang penjajah
3. Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai
4. Mempertahankan kedaulatan dan maruah negara
Penyajak mengharapkan agar generasi hari ini mengingati pejuang-pejuang negara yang telah berjuang untuk mendapat kemerdekaan.
Penyajak mengharapkan agar generasi hari ini menghargai pengorbanan dan jasa para pejuang berjuang menuntut kemerdekaan menentang penjajah.
Penyajak mengharapkan agar penduduk negara ini mengekalkan perpaduan demi negara tercinta.
Penyajak mengharapkan agar generasi hari terus menumpahkan taat setia pada negara yang tercinta.
Penyajak mengharapkan agar generasi hari ini menjunjung maruah dan kedaulatan negara
Penyajak mengharapkan agar generasi hari ini terus menabur bakti dan memberi sumbangan kepada negara tercinta.
Nada: Nada patriotik
GAYA BAHASA
UMUM PERULANGAN
ASONANSI
ALITERASI
METAFORA PERULANGAN KATA DI TENGAH BARIS
PESONIFIKASI PERULANGAN RIMA
HIPERBOLA PERULANGAN KATA
IMEJAN PERULANGAN FRASA / RANGKAIKATA
FAKTA Asonansi
HURAIAN Perulangan bunyi huruf-huruf vokal dalam sebaris sajak
CONTOH telah datang angin kemerdekaan
ULASAN berdasarkan contoh di atas, unsur asonansi dapat dikesan pada perulangan bunyi vokal a
KESAN Penggunaan unsur asonansi dapat meninggalkankesan kemerduan dan kelembutan pada bunyi.
FAKTA Aliterasi
HURAIAN Perulangan bunyi huruf-huruf konsonan dalam sebaris sajak
CONTOH seluhur suara seteguh cita
ULASAN berdasarkan contoh di atas, unsur aletarsi dapat dikesan pada perulangan bunyi konsonan s
KESAN Penggunaan unsur aliterasi dapat meninggalkan kesan kelantangan bunyi pada sajak.
FAKTA Metafora
HURAIAN Perbandingan dua kata yang bersifat abstrak dan konkrit yang membawa maksud di luar kelaziman.
CONTOH telah datang angin kemerdekaan
ULASAN berdasarkan contoh di atas, unsur metafora dapat dikesan pada perbandingan dua kata antara angin yang bersifat konkrit dengan kemerdekaan yang bersifat abstrak.
KESAN Penggunaan unsur metafora dapat memberikan gambaran yang lebih jelas.