Upload
fatimah-al-dayana
View
8.844
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tarian ngajat , sumazau, rampaian, daling2 n so on...
Citation preview
BORNEO CULTURAL NIGHT
TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang iban di Sarawak. Ngajat bagi oranag-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu, tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang
TARIAN NGAJAT TERDIRI DARIPADA BEBERAPA JENIS IAITU :
Ngajat Induk Ngajat Bebunoh
TARIAN NGAJAT TERDIRI DARIPADA BEBERAPA JENIS IAITU :
Ngajat Lesong Ngajat Semain
TARIAN NGAJAT TERDIRI DARIPADA BEBERAPA JENIS IAITU :
Ngajat Berayah Ngajat “Ngemai Antu Pala”
TARIAN NGAJAT
Penari lelaki atau digelar ‘keling’ akan memakai pakaian tradisi seperti ‘sirat’, ‘gagung’ atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung.
TARIAN NGAJAT
Penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai pakaian tradisi seperti yang ditunjukkan di gambar kiri.
TARIAN NGAJAT
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya.
TARIAN NGAJAT
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dengan alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
PERAYAAN GAWAI
Tarian Ngajat juga dimainkan sempena Perayaan Gawai. Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.
PERAYAAN GAWAI
Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak ‘arak beras’, dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
Sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.
Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
TARIAN SUMAZAU
Pesta Kaamatan atau nama lain isitu Tadau Kaamatan atau di dalam bahasa Kadazan “Magavau” merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi.
Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan-Dusun sejak zaman-berzaman
Perayaan Keaamatan
TARIAN SUMAZAU
Perayaan “Magavau” ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Perayaan Keaamatan
TARIAN SUMAZAU
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
TARIAN SUMAZAU
Mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi Menolak bala
Menyemah semangat
Mengubati penyakit
FUNGSI TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.
Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.
TARIAN SUMAZAU
• Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut.
TARIAN SUMAZAU
• Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. • Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
TARIAN SUMAZAU
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas.
TARIAN SUMAZAU
Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars).
TARIAN SUMAZAU
Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
TARIAN RAMPAIAN
Tarian Rampaian didefinisikan sebagai campuran berbagai-bagai macam tarian dari pelbagai kaum
untuk mewujudkan Satu Malaysia.
TARIAN RAMPAIAN
TARIAN RAMPAIAN
TARIAN RAMPAIAN
TARIAN RAMPAIAN
TARIAN RAMPAIAN
Tarian Melayu Asli Sarawak
Tarian melayu asli Sarawak merupakan suatu simbolik peradaban masyarakat melayu Sarawak yang halus budi pekertinya melalui adaptasi dalam tarian. Kelembutan setiap langkah gerak tari menggambarkan betapa masyarakat melayu Sarawak khasnya golongan wanita sangat menyanjungi sifat kesederhanaan dan kesopanan sebagai suatu nilai yang saling melengkapi di dalam kehidupan.
TARIAN MELAYU ASLI SARAWAK
penari perempuan menggunakan sarung sebagai peralatan untuk menari.
TARIAN MELAYU ASLI SARAWAK
TARIAN DALING-DALING
Tarian daling-daling merupakan tarian tradisional bagi suku kaum Bajau dan Suluk yang amat terkenal. Tarian Daling-Daling ini biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan “gabbang”. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus pemari-penarinya memperlihatkan keunikan tairna Daling-Daling ini.
Tarian Daling-daling
Tarian Daling-daling
Tarian Daling-daling