Upload
zauhari-hussein
View
85
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER : SEPTEMBER 2013
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A2)
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )
NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN
MOHAMAD SALEH
NO. MATRIKULASI : 731208125515001
NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515
NO. TELEFON : 0138927731
E-MAIL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3-4
2.0 KRITERIA PENILAIAN 4
2.1 Kriteria Murid Yang Dinilai 4
2.2 Kriteria Penilai 4
3.0 INSTRUMEN PENILAIAN 5
3.1 Pentadbiran Instrumen 5
3.2 Bahagian A: Maklumat Murid 6-8
3.3 Bahagian B : Senarai Semak Deria 9-14
3.4 Bahagian C : Senarai Semak Penyataan Item 15-21
Dan Penjelasan
4.0 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID 30
BERKEPERLUAN KHAS
4.1 Carta Alir Ujian Penglihatan 30
4.2 Carta Alir Pelaksanaan Ujian Saringan 31
4.3 Carta Alir Prosedur Pengesahan Murid 32
Berkeperluan Khas
5.0 KESIMPULAN 33-34
6.0 BIBLIOGRAFI 35
7.0 LAMPIRAN
Lampiran 7.1 36
Lampiran 7.2 37
Lampiran 7.3 38
2
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
1.0 PENGENALAN
Umum menyedari bahawa setiap individu perlu memperoleh peluang pendidikan dan
kemahiran agar berupaya mencapai kesejahteraan hidup. Ini bermakna kanak-kanak istimewa
ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, sebaliknya mereka turut diberi pendidikan
sewajarnya selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas yang bertunjangkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Mutakhir ini, keseriusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
membela nasib murid-murid berkeperluan khas ini terbukti dengan wujudnya sekolah
Pendidikan Khas yang mempunyai kurikulum yang telah diubah suai daripada kurikulum
biasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teratur dan dinilai
keberkesanannya secara teliti oleh guru-guru terlatih khas dan dilengkapi dengan keperluan
fizikal atau infrastruktur khas yang sesuai. Oleh hal yang demikian, pengesanan perlu
dijalankan untuk menentukan murid-murid tersebut memiliki ciri-ciri murid berkeperluan
khas sekaligus menempatkan mereka ke dalam opsyen persekolahan yang lebih sesuai.
Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut satu set instrumen penilaian dan proses saringan
bagi mengenal pasti atau mengesan dengan tepat tahap kompetensi murid perlu dibangunkan.
Di samping itu saringan juga perlu dijalankan bertujuan untuk mengesan murid yang
berkebarangkalian mempunyai masalah dalam pembelajaran dan memastikan murid
mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan.
Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS),
NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai
bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Dalam hal
yang berkaitan, murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring
sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran
(IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai
Perubatan dan seterusnya menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat untuk
mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen
ini disasarkan kepada kumpulan murid LINUS Tegar, murid Program Pemulihan Khas dan3
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas.
Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan
membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid. Panduan ini dihasilkan untuk
membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan
murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.
Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya didapati murid
berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama
ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
2.0 KRITERIA PENILAIAN
2.1 Kriteria Murid Yang Dinilai
Murid telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada enam
bulan;
Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan
mengira;
Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata pelajaran akademik;
Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan melalui program pemulihan dalam
kelas atau Program Pemulihan Khas
2.2 Kriteria Penilai
Penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak dinilai sekurang-kurangnya
selama enam bulan.
Contoh guru yang boleh menjadi penilai:
i) guru LINUS;
ii) guru kelas;
iii) guru Pemulihan Khas;
4
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
iv) guru Bahasa Malaysia;
v) guru Matematik.
3.0 INSTRUMEN PENILAIAN
Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian:
1. Bahagian A : Maklumat Murid
2. Bahagian B : Senarai Semak
i. Elemen 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran
ii. Elemen 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan
iii. Elemen 3 : Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu
iv. Elemen 4 : Tahap Penguasaan Mengeja, Membaca dan Menulis
v. Elemen 5 : Tahap Penguasaan Nombor.
3.1 PENTADBIRAN INSTRUMEN
Peralatan yang diperlukan:
Elemen 1 : Tiada
Elemen 2 : Carta Snellen E Penutup mata Kad berbentuk E Pita ukur
Tatacara pengendalian ujian penglihatan
Elemen 3 : Teks bacaan
Binding tape
Contoh aktiviti menyambung titik-titik
Pensel warna
Contoh aktiviti mewarna gambar
Bola (sebesar bolasepak)
Contoh gambar untuk aktiviti bercerita berpandukan gambar
Gunting
Elemen 4 : Contoh perkataan mudah
Elemen 5 : Kad gambar / kiub atau benda-benda yang ada dalam simpanan
guru/sekolah.
5
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
3.2 Bahagian A: Maklumat Murid
Bahagian ini mengandungi item-item tentang maklumat murid dan perlu diisi oleh guru atau
penilai.
Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan.
1. Nama murid :
2. Jantina : 3. Etnik :
LelakiPerempuan
4. Adakah murid ini mempunyai masalah fizikal
YaTidak
Jika ‘Ya’, nyatakan : ________________
5. Tarikh Lahir : _________________ 6. No. KP/Sijil Lahir: ________________
7. Tahun persekolahan semasa: 8. Murid mengikuti program :
Tahun Nama Kelas123456
9. Kategori LINUS Tegar:
LiterasiNumerasi
6
MelayuCinaIndiaBumiputra SabahBumiputra SarawakBumiputra Orang AsliLain-lain
YA TIDAKPrasekolah/TadikaLINUSPemulihan Khas
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Literasi dan Numerasi
10. Kedatangan ke sekolah :
Baik (> 90%)Memuaskan (70-89 %)Sederhana (50-69%)Lemah (0-49%)
11. Keputusan Ujian Akhir Tahun :
A B C D EBahasa MalaysiaBahasa InggerisMatematikSainsKemahiran HidupPend. Islam/MoralP.Jasmani & KesihatanMuzik
12. Pendapatan ibubapa/penjaga Sebulan
>RM5000
RM4000 – RM5000
RM3000 – RM4000RM2000 – RM3000RM1000 – RM2000<RM1000
13. Latar Belakang Pendidikan Ibu Bapa (tandakan / pada petak yang berkaitan):
14. Sejarah Kesihatan Murid :
Penyakit Kronik Ada TidakLelahAsmaMasalah Jantung
7
SijilDiplomaIjazahPhdLain-lain:Nyatakan
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Leukimia
15. Nama Sekolah :
16. Lokasi Sekolah : 17. Negeri : 18. Jenis Sekolah
Bandar Perlis SKLuar Bandar Kedah SJKC
Pulau Pinang SJKTPerak SKM
19. Daerah ______________
Selangor
WP Kuala LumpurNegeri SembilanMelakaJohorPahangTerengganuKelantanSarawakSabahWP LabuanWP Putrajaya
20. Kategori Tegar : 21. Gred Sekolah
Literasi ANumerasi B
C
Nama Penilai :
Tarikh : Tanda Tangan Penilai :
8
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
3.3 Bahagian B : Senarai Semak Deria
Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.
ELEMEN 1 : Tanda-Tanda Masalah Pendengaran Ya Tidak
1.
Murid tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi 1
2.
Murid tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar 2
3.
Murid tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar 3
ELEMEN 2 : Tanda-Tanda Masalah Penglihatan
Ya Tidak
4.
Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca 4
5.
Bacaan Ujian Snellen E 5
i. Mata kiri 6/9 atau lebih
ii. Mata kanan 6/9 atau lebih 6
ELEMEN 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu
Ya Tidak
6. Murid mempunyai masalah dalam bertutur. 7
7. Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam bahasa yang difahami.
8
8. Murid mengalami masalah tingkahlaku 9
9
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
9. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat 10
10.
Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan di atas garisan lurus.
11
11.
Murid menghadapi kesukaran menggunting kertas. 12
12. Murid tidak boleh menyambung titik-titik. 13
13. Murid memerlukan bantuan ketika makan. 14
14. Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar. 15
15. Murid keliru dengan konsep arah.
i. Kanan atau kiri 16
ii. Atas atau bawah 17
iii. Depan atau belakang 18
16. Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan. 19
17. Murid sering gopoh semasa bertindak. 20
18. Murid sering cuai dalam pergerakan. 21
19. Murid sukar menyesuaikan diri dalam pergaulan. 22
20. Murid sukar menyambut bola besar dalam jarak satu meter.
23
10
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
21. Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang disediakan.
24
22. Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran.
25
23. Murid mempunyai masalah rendah diri. 26
24. Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) ketika berkomunikasi.
27
25. Murid sukar mengikut arahan mudah. 28
26. Murid bermasalah menamakan objek. 29
27. Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid tidak setanding dengan rakan sebaya.
30
28. Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan betul
31
Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis
A. Mengeja Ya Tidak
29. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 32
30. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal.
33
31.
Murid kerap melakukan kesalahan;i. Menyusun abjad dalam perkataan
34
ii. Menggabung suku kata secara terbalik 35
11
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
32.
Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata.
36
B. Membaca Ya Tidak
33. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya.
37
34. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah;
i. menggugurkan perkataan; 38
ii. menambah perkataan pada bacaannya 39
iii. melangkau baris 40
iv. menggantikan perkataan 41
C. Menulis Ya Tidak
35.
Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis. 42
36.
Tulisan murid sukar dibaca 43
37.
Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya. 44
38.
Murid menulis secara terbalik;i. abjad-abjad tertentu 45
ii. perkataan. 46
ELEMEN 5 : Tahap Penguasaan Nombor
12
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Ya Tidak
39.
Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan sedikit.
47
40.
Murid tidak boleh membezakan saiz. 48
41.
Murid tidak mengenal angka 0 hingga 9. 49
42.
Murid tidak boleh membilang dalam lingkungan 10 secara lisan.
50
43.
Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9. 51
PEMARKAHANBAHAGIAN B
Lengkapkan skor mengikut Elemen dan buat rumusan di bahagian catatan.
HURAIANSKOR
(Jumlah ‘Ya’)
CATATAN( @ X)
ELEMEN 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran Berkemungkinan ada masalah pendengaranAda masalah pendengaran sekiranya skor ‘Ya’ sekurang-
kurangnya 1.
Jika ditanda ‘ ‘ pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Audiologis @ Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
ELEMEN 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan Berkemungkinan ada masalah penglihatanAda masalah penglihatan sekiranya skor ‘Ya’ sekurang-
kurangnya 1.
Jika ditanda ‘ ‘ pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
13
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
ELEMEN 3 : Tahap penguasaan kemahiran asas perkembangan individu.
Berkemungkinan mempunyai ciri berkeperluan khasBerkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas
sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 21.
ELEMEN 4 : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis
Berkemungkinan mempunyai ciri berkeperluan khasBerkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas
sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 6.
ELEMEN 5 : Tahap penguasaan nomborBerkemungkinan mempunyai ciri berkeperluan khasBerkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas
sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 2.
Jika semua /@ ketiga-tiga elemen 3,4 dan 5 ditanda ‘ ‘, murid perlu dirujuk kepada Pengamal Perubatan untuk pemeriksaan lanjut.
RUMUSAN (Diisi oleh Penilai)
Murid berkemungkinan:
i) tidak mempunyai ciri berkeperluan khas
ii) mempunyai ciri berkeperluan khas.
Tandatangan Penilai :
Nama :
Tarikh :
Disahkan oleh: Cop sekolah :
14
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
……………………………....(GURU BESAR )
3.4 Bahagian C: Senarai Semak Penyataan Item Dan Penjelasan
Bahagian ini terdiri daripada lima elemen dan 52 item.
Elemen 1: Tanda-tanda Masalah Pendengaran
Item Pernyataan Item Penjelasan
1 Murid tidak boleh bertindak
balas terhadap bunyi.
Murid tidak bertindak balas kepada bunyi yang dibuat
dalam jarak satu meter.
Contoh:
- guru mengetuk pintu tanpa dilihat oleh murid.
- murid berpaling apabila nama dipanggil.
2 Murid tidak boleh mengajuk
bunyi yang didengar.
Murid yang mempunyai masalah pendengaran boleh
membaca gerak bibir. Oleh itu, guru perlu mengelakkan
murid daripada melihat gerak bibir semasa membuat
bunyi. Murid mengajuk bunyi yang dibuat oleh guru.
Contoh: bunyi ayam berkokok
3 Murid tidak boleh menunjuk
arah bunyi yang didengar.
Guru memberi soalan secara berbisik dari arah
belakang (kiri dan kanan) murid. Murid memberi
respon kepada soalan.
Elemen 2: Tanda-tanda Masalah Penglihatan
Item Pernyataan Item Penjelasan
4 Murid merapatkan buku ke
muka ketika membaca.
Guru memerhati jarak di antara buku dan muka murid ketika membaca. Jarak membaca yang ideal adalah 33cm (1 kaki).
5 Bacaan Ujian ‘Snellen Eye ‘.15
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
i) Mata kiri 6/9 atau lebih. - rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman
Penglihatan menggunakan Snellen-E.
ii) Mata kanan 6/9 atau
lebih.
- rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman
Penglihatan menggunakan Snellen-E.
Elemen 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu
Item Pernyataan Item Penjelasan
6 Murid mempunyai masalah
dalam bertutur.
Pertuturan murid tidak lancar ketika berbual /
berkomunikasi dengan rakan atau guru.
Contoh: lambat mengeluarkan perkataan / tersekat-
sekat seolah-olah sukar mencari perkataan yang
sesuai.
7 Murid tidak boleh menjawab
secara lisan soalan kefahaman
daripada bahan yang
diperdengarkan dalam bahasa
yang difahami.
Berdasarkan penilaian guru,murid tidak boleh
menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada
bahan yang diperdengarkan. Soalan boleh diberi dalam
Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris / bahasa ibunda
masing-masing. Contoh teks adalah seperti di
Lampiran 2.
8 Murid mengalami masalah
tingkah laku.
Murid didapati gemar melakukan perkara yang negatif
berulang-ulang seperti:
(i) Sering membuat bising yang mengganggu (cth:
mengetuk meja).
(ii) Mengoyak buku tanpa sebab.
(iii) Mengganggu kawan semasa belajar
(iv) Tidak melibatkan diri dalam pembelajaran
9 Murid mempunyai daya
tumpuan yang singkat.
Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam
sesuatu tempoh (tempoh tumpuan pada satu aktiviti
terlalu singkat)
10 Murid tidak boleh
mengimbangi diri apabila
berjalan di atas garisan lurus.
Murid berjalan di atas garisan lurus (binding tape)
sepanjang 5 meter di atas lantai. Guru memerhatikan
cara murid itu berjalan untuk melihat sama ada dia
16
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
boleh mengimbangkan diri dengan baik di atas binding
tape.
11 Murid menghadapi kesukaran
menggunting kertas.
Murid mempunyai masalah dalam penggunaan gunting
ketika menggunting kertas.
12 Murid tidak boleh
menyambung titik-titik.
Murid tidak boleh menyambung titik-titik dengan baik.
Contoh: murid tidak boleh menyambung titik-titik untuk
melengkapkan gambar (Lampiran 3).
13Murid memerlukan bantuan
ketika makan.
Murid memerlukan bantuan orang lain ketika makan –
tidak boleh makan dengan sendiri.
14 Murid tidak boleh bercerita
berpandukan gambar.
Murid tidak boleh bercerita menggunakan perkataan
sendiri berpandukan gambar yang ditunjukkan. Murid
boleh menggunakan bahasa yang mereka fahami
(Lampiran 4).
15 Murid keliru dengan konsep
arah.
Murid tidak dapat menentukan arah yang dinyatakan.
(i) kanan atau kiri Contoh: angkat tangan kanan atau kiri
(ii) atas atau bawah Contoh: guru mengarah murid meletakkan benda di
atas atau di bawah meja.
(iii) depan atau belakang Contoh: murid menyatakan benda yang terdapat di
depan dan dibelakang mereka.
16 Murid menghadapi masalah
dengan konsep turutan.
Murid tidak boleh menyatakan salah satu konsep
turutan di bawah:
(i) Turutan nombor
(ii) Turutan abjad
(iii) Nama hari dalam seminggu
17 Murid sering gopoh semasa
bertindak.
Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa
menjalankan sesuatu aktiviti.
18 Murid sering cuai semasa
bertindak.
Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan
(cemerkap).
Contoh:
(i) Apabila berjalan kerap terlanggar sesuatu di
17
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
persekitiran.
(ii) Kerap menjatuhkan barang.
19 Murid tidak boleh
menyesuaikan diri dalam
pergaulan.
Berdasarkan pemerhatian guru, murid tidak boleh
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Sering
menjauhkan diri dari rakan dan suka bersendiri.
20 Murid tidak boleh menyambut
bola besar dalam jarak satu
meter.
Murid tidak boleh menyambut bola yang dibaling oleh
guru dalam jarak satu meter. Saiz bola adalah sebesar
saiz bola sepak.
21Murid tidak boleh mewarna
dalam ruang yang disediakan.
Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang
disediakan, sama ada bentuk atau gambar rajah
(Lampiran 5).
22 Murid tidak boleh berinteraksi
dengan rakan-rakan mengenai
perkara-perkara semasa di
persekitaran.
Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berkeupayaan
berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai perkara-
perkara semasa yang berlaku di persekitaran mereka.
Contoh: bercerita tentang watak-watak di televisyen
dan buku cerita.
23 Murid mempunyai masalah
rendah diri
Murid malu untuk melakukan sesuatu kerana
menganggap dirinya tidak mampu menandingi rakan
atau merasakan dia tidak akan berjaya melakukannya.
24 Murid tidak mempunyai
hubungan mata (eye contact)
ketika berkomunikasi
Murid tidak memandang mata guru / rakan ketika
berkomunikasi.
25 Murid tidak boleh mengikut
arahan mudah
Murid tidak memberi tindak balas atas arahan yang
diberi.
Contoh: angkat tangan, tutup pintu
26 Murid bermasalah
menamakan objek.
Murid menghadapi masalah menamakan objek di
persekitaran bilik darjah. Contoh: papan tulis,
pembaris
27 Kebolehan lisan dalam bahasa
yang difahami murid tidak
setanding dengan rakan
Berdasarkan pemerhatian guru , murid ketinggalan
dalam berkomunikasi secara lisan jika dibanding
dengan rakan sebaya.
18
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
sebaya.
28 Murid menghadapi kesukaran
memakai kasut dengan betul.
Melalui pemerhatian guru, murid sering memakai kasut
secara terbalik/ tidak boleh mengikat tali kasut /
memakai kasut di hujung tapak kaki sahaja.
Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis.
Item Pernyataan Item Penjelasan
A. Mengeja
29 Murid sukar mengeja perkataan mudah
Contoh perkataan ialah nama sendiri, bola dan ayam (Lampiran 6)
30 Murid sering mengeja
perkataan yang tiada langsung
kaitan makna dengan
perkataan asal.
Sering mengeja perkataan yang tidak ada langsung
kaitan makna dengan perkataan asal.
Contoh perkataan:
31 Murid kerap melakukan
kesalahan
i) menyusun abjad
dalam perkataan
(i) menyusun abjad dalam perkataan.
Contoh perkataan:
ii) menggabungkan suku
kata secara terbalik
(ii) menggabung sukukata secara terbalik.
Contoh perkataan:
32 Murid keliru membezakan
bunyi abjad yang hampir
sama dalam suku kata.
Contoh perkataan:
19
batu butaSama masa
nasi sainDalam dalma
ibu Ubitisu Tusi
dapat padat pat datkakak katak kak tak
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
B. Membaca
33 Murid ketinggalan dalam
kebolehan membaca
berbanding rakan sebaya.
Melalui pemerhatian atau maklumat dari guru lain / ibu
bapa, kebolehan membaca murid jauh ketinggalan jika
dibanding dengan rakan sebaya. Rakan sebaya
bermaksud murid-murid normal yang sama umur.
34 Kesalahan yang kerap
dilakukan oleh murid semasa
membaca ialah
i. Menggugurkan perkataan. Contoh: Saya makan nasi goreng semalam.
Saya makan nasi semalam. (gugur perkataan goreng)
ii. Menambah perkataan
pada bacaannya.
Contoh: Dia ada seekor kucing.
Dia ada seekor kucing jantan.
(Tambah perkataan jantan)
iii. Melangkau baris. Contoh: Saya ada seekor itik jantan. Warnanya putih.
Itik saya suka berenang.
(tertinggal baris kedua semasa membaca).
iv. Menggantikan perkataan. Contoh: Saya perigi ke taman. (pergi perigi)
C. Menulis
35 Murid sukar menyalin
maklumat dari papan tulis.
Melalui pemerhatian guru, murid samada lambat, salah
atau langsung tidak boleh menyalin maklumat yang
ditulis di papan tulis
36 Tulisan murid sukar dibaca. Melalui semakan buku tulis murid, huruf /abjad yang
ditulis tidak jelas bentuknya, bercampur huruf besar
dan kecil, terlalu rapat di antara satu perkataan dengan
perkataan yang lain.
37 Murid menulis lambat
berbanding dengan rakan
sebaya.
Murid lambat menyiapkan kerja bertulis jika dibanding
dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Rakan sebaya
bermaksud rakan yang normal yang sama umur.
38 Murid menulis secara
terbalik.
20
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
i. Abjad-abjad tertentu Contoh:
ii. Perkataan tanam tamanbatu butamasa sama
Contoh:
Elemen 5: Tahap penguasaan nombor
Item Pernyataan Item Penjelasan
39 Murid tidak boleh
membezakan konsep banyak
dan sedikit.
Murid tidak boleh menunjukkan himpunan yang
banyak dan sedikit pada kad gambar / objek sebenar
yang ditunjukkan.
40 Murid tidak boleh
membezakan saiz.
Murid tidak boleh mengasingkan / membandingkan
benda mengikut saiz kecil dan besar / panjang dan
pendek.
41 Murid tidak boleh mengenal
angka 0 hingga 9.
Murid tidak boleh menyebut angka yang ditunjukkan
pada kad (secara rawak).
42 Murid tidak boleh membilang
angka dalam lingkungan 10
secara lisan.
Murid tidak boleh membilang satu-satu angka dalam
lingkungan 10 mengikut turutan.
43 Murid tidak boleh menulis
angka 0 hingga 9.
Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9 yang
disebut oleh guru secara rawak.
PEMARKAHAN
21
p q u nm w b d
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Borang pemarkahan disediakan pada Lampiran 1 dalam Instrumen Pengesanan Murid
Bermasalah Dalam Pembelajaran hendaklah dilengkapkan oleh guru / penilai mengikut
arahan yang diberikan.
UNTUK SOALAN 6
UJIAN PENGLIHATAN UNTUK SARINGAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
PERALATAN BAGI UJIAN SNELLEN ”E”
1. Tempat pemeriksaan yang mempunyai pencahayaan yang terang.
Sekiranya pencahayaan dalam bilik kurang baik, lakukan ujian di luar
bilik darjah.
2. Pita pengukur
3. Carta Snellen ”E”
4. Penutup mata/ occluder (elak menggunakan tangan untuk menutup
mata)
5. Kad bentuk “E”22
5
4
3
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGLIHATAN
1. Tampal carta ‘E’ pada dinding. Pastikan kedudukan Carta Snellen
separas dengan mata murid.
2. Buat garisan di lantai pada jarak 6 meter dari Carta Snellen.
3. Murid berdiri pada garisan tersebut seperti ditunjukkan pada Gambar 1.
Gambar 1
4. Uji mata kanan dahulu,
5. Minta murid tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad
penutup mata dengan tangan kiri.
Gambar 2
23
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
6. Minta murid memegang kad bentuk ‘E” di tangan kanan seperti contoh
ditunjukkan dalam Gambar 2.
7. Guru memberi penerangan cara menggunakan kad “E” semasa ujian
dilaksanakan. Murid perlu memusing kad ‘E” mengikut bentuk ‘E’ yang
terdapat di Carta Snellen “E”.
8. Penilai berdiri di sebelah Carta Snellen ‘E’ seperti pada Gambar 4.
9. Penilai mula menjalankan ujian penglihatan dengan meminta murid
membaca carta pada barisan 9 (barisan dengan nombor 9 di Carta
Snellen ‘E’). Terdapat 6 huruf “E” pada barisan 9. Arah murid
memusingkan kad “E” seperti yang ditunjukkan pada carta.
Gambar 4
10. Perhatikan tindakbalas murid. Murid perlu memusingkan kad “E”
mengikut arah
24
Nota untuk guru:
Beri masa bagi murid.
Guru tidak boleh memberi tunjuk ajar arah kad “E” kepada murid semasa ujian sedang dilaksanakan.
Jangan buat pembetulan sekiranya arah yang ditunjuk oleh murid salah.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
nombor “E” yang yang ditunjukkan oleh guru atas Carta Snellen E.
7. Ulangi langkah bagi setiap huruf “E” yang terdapat di barisan 9.
8. Sekiranya murid tidak boleh mengecam lebih separuh huruf “E” di
barisan 9 ( lebih dari 4), berhenti ujian.
9. Ulangi setiap langkah bagi mata kiri.
KEPUTUSAN UJIAN
1. Sekiranya murid boleh mengecam sekurang-kurangnya 4 huruf ”E” pada barisan 9, bacaan adalah kurang 6/9.
2. Sekiranya murid gagal mengecam lebih 4 atau lebih huruf ”E” pada barisan 9, bacaan adalah lebih 6/9.
3. Keputusan ujian mesti dibuat untuk mata kiri dan kanan.
4. Rujuk murid untuk pemeriksaan lanjut sekiranya bacaan ujian snellen ”E” pada salah satu atau kedua-dua mata melebihi 6/9
Contoh Teks Bacaan Bagi Soalan 7
Lina ada kucing.25
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Nama kucing Lina Tompok.
Tompok suka makan ikan.
Tompok tidur bawah meja.
Soalan :
1. Lina ada apa?2. Apa nama kucing Lina?3. Tompok suka makan apa?4. Tompok tidur di mana?
Contoh Aktiviti Menyambung Titik-Titik Bagi Soalan 12
26
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Contoh Aktiviti Mewarna Gambar Untuk Soalan 14
27
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Contoh Aktiviti Bercerita Berpandukan Gambar Untuk Soalan 21
28
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Contoh Perkataan Mudah Bagi Soalan 29
29
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
ApiBukuBakul
Cermin
4.1 CARTA ALIR UJIAN PENGLIHATAN
30
Pastikan tempat pemeriksaan mempunyai pencahayaan yang terang
Lekat Carta Snellen “E” di dinding
Ukur jarak 6 meter dari carta snellen
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
4.2 CARTA ALIR PELAKSANAAN UJIANSARINGAN
31
MURID LINUS TEGAR
Ya
Pelajar berdiri pada jarak 6 meter dari carta Snellen
i. Uji mata kanan dahulu (tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata
ii. Ulangi langkah di atas pada mata kiri.
Boleh baca lebih dari 4 /semua huruf “E” pada barisan 9
meter
Tidak
Pelajar membaca arah nombor setiap huruf ”E” pada barisan 9 meter
Bacaan lebih 6/9Bacaan kurang 6/9
Rujuk klinik kesihatan untuk pengesahan
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
4.3 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
1. Mula
2. Murid LINUS Tegar menjalani saringan menggunakan Instrume Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD). Guru membuat rumusan berasaskan skor yang dibuat pada instrumen. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, murid akan ke proses (3).
3. Pihak sekolah menghantar data murid yang tidak melepasi saringan ini kepada PPD
32
2
1
TIDAK MELEPASI
MELEPASI
DISAHKAN
TIDAK DISAHKAN
SARINGAN PENGESANAN
PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
PEMERIKSAAN PENGAMAL PERUBATAN
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
4. PPD menghubungi pihak hospital untuk menyerahkan data murid yang telah diselaraskan dan berbincang mengenai tarikh pemeriksaan oleh pegawai perubatan.
5. Klinik Kesihatan Daerah menyelaras tarikh temu janji murid dengan pegawai perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD
6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah.
7. Sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji murid dengan pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan.
8. Ibu bapa/penjaga membawa anak/anak di bawah jagaannya untuk pemeriksaan pada tarikh dan masa di klinik/hospital yang telah ditetapkan dan membawa bersama keputusan IPMBDP, ISD, surat BPKh01 serta BPKh02
9.Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada ibu bapa/penjaga.
10.Ibu bapa/penjaga wajib memanjangkan keputusan pengesahan pegawai perubatan kepada pihak sekolah
11. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan murid sebagai murid pendidikan khas oleh pegawai perubatan kepada PPD untuk dibuat penempatan ke kelas pendidikan khas yang ditentukan oleh PPD. Murid yang bukan pendidkan khas akan dihantar ke Program Pemulihan Khas.
12. Tamat
5.0 KESIMPULAN
Kriteria Penilaian meliputi kriteria murid yang dinilai dan penilai yang terdiri daripada guru
LINUS, guru kelas, guru Pemulihan Khas, guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik.
Tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung sekurang-kurangnya selama enam bulan.
Instrumen ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian maklumat murid dan senarai semak
terhadap lima elemen iaitu tanda-tanda masalah pendengaran, penglihatan, tahap penguasaan 33
12
3
4
5
6
7
8
9
10
11
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
kemahiran asas perkembangan individu, tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis
serta tahap penguasaan nombor. Untuk menjalankan pengesanan yang boleh disahkan dan
bermakna, beberapa peralatan perlu digunakan seperti Carta Snellen E, Penutup mata Kad
berbentuk E, Pita ukur, teks bacaan, kad gambar atau kiub dan sebagainya. Murid LINUS
Tegar menjalani ujian saringan menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) berdasarkan kelima-lima elemen tersebut.
Keputusan yang terhasil berasaskan skor pemarkahan yang dibuat oleh guru akan menempatkan murid ke
opsyen yang sesuai. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak
melepasi, peranan pengamal perubatan pula akan memeriksa murid berkenaan untuk membuat
pengesahan sama ada murid tersebut harus ditempatkan di sekolah pendidikan khas atau tidak. Sekiranya
murid disahkan memiliki ciri-ciri berkeperluan khas maka ia perlu di tempatkan di Sekolah Pendidikan
Khas tetapi jika tidak disahkan maka murid itu hendaklah mengikuti pembelajaran di kelas pemulihan
khas.
Realitinya, Program Pendidikan Khas khususnya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
(PKBP) di negara ini masih berada dalam fasa perkembangan dan pemurnian
perlaksanaannya. Masih terdapat perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Segelintir
manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak - kanak ini adalah pilihan terakhir.
Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP
bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah
lain di Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi
layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas
kedua, kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila
murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam yang mana ia akan menjatuhkan graf
peperiksaan awam sekolah. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah
adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan
khas. Sebagai alternatif untuk menangani isu ini, program pendedahan Pogram Pendidikan
Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran perlu diwujudkan di kalangan
semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini
dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas terutamanya 34
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Guru Besar atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan
penyelaras pendidikan dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog di antara
guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara
berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada
penyampaian maklumat adalah lebih telus dan terkini. Dari aspek sokongan PIBG khususnya
di kalangan ibu bapa, tahap kesedaran mereka semakin meningkat terhadap keperluan kanak-
kanak berkeperluan khas.
Mujur dengan Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) j memperlihatkan
kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan jurang pendidikan
antara pelajar normal dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian dan keperluan
mereka. Antara langkah yang diambil dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha
membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah
Pendengaran dan juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah
Pendidikan Khas terutamnya PKBP, sesuatu yang perlu dipandang positif selain daripada
memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga
memperlihatkan tahap kesedaran ibu bapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap
keperluan pendidikan di kalangan anak mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan
pihak berwajib.
( 4800 patah perkataan )
6.0 BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011). Instrumen
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar)35
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan
Khas.
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu-isu-pendidikan-khas.html
http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan
%20.pdf
http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-
berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.html
http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%
20murid%20OKU%20LINUS.pdf
http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-
PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf
7.0 LAMPIRAN
Lampiran 7.1
CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN PIHAK SEKOLAH KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID BERKEPERLUAN KHAS
No.Rujukan:
Tarikh:
36
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Kepada:
(Nama ibu bapa/penjaga)____
(Alamat)__________________
Tuan,
RUJUKAN MURID UNTUK PEMERIKSAAN LANJUTAN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Berdasarkan skor daripada Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran, dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama ______________________ No. MyKid/Sijil Lahir ___________________ dari kelas __________dicadangkan supaya menjalani pemeriksaan lanjutan oleh Pengamal Perubatan.
3. Bersama ini dilampirkan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran yang telah dilengkapkan oleh guru untuk dibawa bersama semasa merujuk kepada Pengamal Perubatan.
4. Kerjasama pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_______________________
(NAMA GURU BESAR)
(COP JAWATAN DAN SEKOLAH)
Lampiran 7.2
BPKh 01
Nama Ibu bapa / Penjaga:
Alamat:
No. Telefon:37
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
__________________________________________________________________________
Rujukan:Tarikh:
Guru Besar,
Sekolah................................................
Tuan,
KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK
Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas.
2. Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan dari pihak sekolah, saya
dengan rela hati dan secara ikhlas membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan
saya........................................................... No. Sijil Kelahiran.............................
tahun ................menjalani pemeriksaan perubatan.
3. Saya faham dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan
undang-undang terhadap mana-mana pihak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham
bahawa pemeriksaan perubatan ini penting bagi masa depan anak / anak di bawah jagaan
saya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
,.......................................
Nama Ibu bapa/penjaga:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
Lampiran 7.3
BPKh 02
38
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF
Guru Besar
Sekolah …………………………………………
___________________________________________________________________________
Rujukan sekolah :
Tarikh:
Pegawai Perubatan,
Hospital / Klinik.........................................
Tuan,
PEMERIKSAAN PERUBATAN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi
mendapatkan kemudahan untuk menjalani pemeriksaan perubatan ke atas pembawa surat ini
iaitu............................................................... No. Sijil Kelahiran ...............................
Tahun ..........................
3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan dapat
dikembalikan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.............................................
Guru Besar
s.k. PPD.
Ibu bapa/ penjaga
39