4
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ) 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan 1/2 cawan susu pekat manis 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek 1 sudu baking powder 1 sudu soda bikarbonat 4 biji telur 1 sudu esen vanilla Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata . Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat .

Kek coklat angah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kek coklat angah

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan

1/2 cawan susu pekat manis

1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek

1 sudu baking powder

1 sudu soda bikarbonat

4 biji telur

1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus

Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus

1 cawan susu pekat manis

1 sudu makan serbuk koko

Page 2: Kek coklat angah

2 sudu mentega

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat

kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan

220 ml susu cair

(kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler)

Sangat benar apabila ada pepatah menyebut, kejayaan itu harus dimulai dengan langkah yang pertama. Siapa sangka, daripada niat asal belajar membuat kek coklat kerana ingin penuhi permintaan anak-anak, kini saya sudah mulai yakin membuat kek coklat sendiri sehingga dapat menjamu tetamu yang berrtandang dengan kek coklat air tangan sendiri.

Sangat berbaloi rasanya apabila melihat anak-anak menjilat jari dan mengulang makan kek coklat kukus buatan saya.Anda bagaimana? Penggemar kek coklat kukus tapi tidak tahu

membuatnya? Cubalah resepi yang saya kongsikan ini):..

Maaf. saya tak ingat asal usul dari mana saya dapat resepi ini.Sebab masa tu saya salin ke dalam buku masakan saya. Jadi, saya minta halal kepada tuan punya resepi dan terima kasih

kerana resepinya saya berjaya membuat kek coklat kukus sendiri-):..

Yang ini pula resepi kek coklat Moist sukatan cawan yang pernah saya minta daripada seorang Blogger Doctor dan hebat juga dalam membuat kek):

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )

1 cawan Serbuk Koko*

Page 3: Kek coklat angah

1 tin Susu Isian Cair*

1 cawan Minyak Masak Sayuran*

1 cawan Susu Pekat*

4 biji Telur - pukul sehingga berbuih.

1 caw gula kastor*

11/4 cawan tepung Gandum

1 st Bic Soda

1st Baking Powder