View
41
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
bahasa melayu kertas 2
Citation preview
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
1
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2015 1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
OGOS
2 jam Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas ini mengandungi empat Soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas tambahan
daripada pengawas peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
_________________ ____________ __________________ (Abdul Ghalib Yunus) (Pn.Intan Zurainee Mokhtar) (Pn.Nor Fatimah Muhammad Nor )
Ketua Panitia BM Ketua Bidang Bahasa
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
2
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tulis satu rumusan tentang usaha-usaha untuk
memerangi kes jenayah dan kesan-kesan peningkatan kes tersebut kepada negara.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kadar indeks jenayah antara Januari hingga September tahun ini di negara kita
mencatatkan penurunan sebanyak 9.8 peratus daripada 132,355 kes antara Januari hingga
September 2014 berbanding 119,376 kes dalam tempoh sama tahun ini. Kadar jenayah
jalanan pula mencatatkan penurunan sebanyak 40.6 peratus, dengan 29,596 kes jenayah
jalanan dicatatkan antara Januari hingga September 2014 berbanding 17,591 kes dalam
tempoh sama tahun ini. Kejadian jenayah dapat dikurangkan dengan cara meningkatkan
kehadiran polis di kawasan-kawasan 'panas'. Kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menunjukkan bahawa kebimbangan orang ramai
terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus, iaitu daripada 33 peratus pada tahun
lalu kepada 21 peratus pada tahun ini.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula telah meningkatkan penyertaan anggota dan
pegawai polis dalam setiap aktiviti rondaan. Kaji selidik Indeks Kebimbangan Jenayah
(Fear of Crime Index) melaporkan berlakunya penurunan sebanyak 9.6 peratus dari segi
perasaan takut terhadap jenayah, daripada 58.5 peratus pada Disember 2013 kepada 48.9
peratus pada Mei tahun ini. Peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli Rela dan anggota
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai Sukarelawan Simpanan Polis (SSP)
untuk membantu pihak polis di kawasan panas juga telah berjaya mengurangkan jenayah.
Selain itu, bilangan balai polis bergerak dan motosikal polis di kawasan panas turut
ditambah dari masa ke masa. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan
panas juga diperbanyak supaya penjenayah dapat dikenal pasti. Kempen untuk
memperhebat penyertaan dan pelibatan anggota masyarakat dalam aktiviti mencegah
jenayah melalui Rakan Cop perlu dijalankan. Pihak Berkuasa Tempatan pula hendaklah
menjalankan Program Bandar Selamat dan juga Kepolisan Komuniti. Bagi penduduk
kampung atau taman pula, mereka hendaklah menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS),
Langkah ini juga bukan hanya melibatkan usaha pencegahan dan penguatkuasaan semata-
mata malahan merangkumi usaha memperkukuh sistem keadilan dan kehakiman. Hal ini
termasuk penambahbaikan yang melibatkan elemen pendakwaan seperti mewujudkan
mahkamah malam dan Kod J untuk jenayah jalanan. Selain itu, hukuman pada peringkat
mahkamah dijalankan dengan pantasnya serta usaha menjayakan inisiatif pemulihan di
dalam penjara. Dengan segala pendekatan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam
Negeri (KDN) dan pihak-pihak yang berkenaan ini, diharapkan usaha untuk
mengurangkan jenayah mampu mencapai sasaran penurunan indeks jenayah sehingga
lima peratus dan jenayah jalanan sehingga 20 peratus menjelang penghujung tahun ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Petunjuk usaha perangi jenayah Oleh NURUL ANUAR
KARI, 7 Mac 2015, Utusan Malaysia)
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
3
Soalan 2(a) Pemahaman
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata kawasan panas?
[ 2 markah]
(ii) Bagaimanakah usaha memperkukuh sistem keadilan dan kehakiman dapat
mengurangkan kes jenayah di negara kita?
[ 4 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan kejadian
jenayah semakin meningkat di negara kita?
[4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
"Mas, engkau tahu orang kapal itu gagah berani," kata Kapten Mamat agak
bersemangat. "Bila-bila masa saja mereka mandi angin, mandi embun, dan mandi peluh. Laut satu-satunya lapangan hidup yang luas dan memperkaya negeri."
"Abang Mat lupa. Laut sudah mengambil nyawa suami saya...." "Mati pasti ada di mana-mana Mas. Di laut, di darat, di dalam pondok, atau di
dalam istana. Kalau sudah sampai waktunya, 1000 orang doktor tidak sanggup menyelamatkan seorang kapten seperti saya."
"Kalau begitu sampailah hajat suami saya. Dia ingin mati di laut. Tiada kasihnya kepada anak dan isterinya." Masnah menangis.
"Begini Mas," dia memandang Masnah mengesat air mata. "Bukankah itu suatu pengorbanan suamimu untuk dirimu? Bukankah itu satu kecintaan suamimu berkhidmat kepada bangsa dan negaranya?"
"Sayang, Abang Mat," bantah Masnah dengan sedu-sedan. "Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi, saya berasakan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berlanjutan kepada anaknya."
"Engkau dan anak-anak akan dibayar pampasan." "Pampasan itu saya harap bukanlah harga nyawa abah budak-budak ini, tetapi Abang
Mat menyatakan kegagalan kepada janda orang yang meninggal. Saya ingin sekali menyatakan perasaan yang tersembunyi di dalam hati saya."
"Katakanlah Mas." "Saya janda sekarang, tetapi dua orang anak-anak ini akan jadi apa? Jadi kelasi atau
kapten? Tentu saya bantah. Jika mereka jadi orang kapal, mereka akan dibunuh."
(Dipetik daripada cerpen Penanggungan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa
dan Pustaka)
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
4
(i) Apakah maksud rangkai kata Mati pasti ada di mana-mana?
(2 markah)
(ii) Pada pendapat anda, selain pampasan, apakah bentuk bantuan yang perlu diberikan kepada keluarga pekerja yang meninggal dunia semasa bertugas?
(3 markah)
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain yang dapat diambil daripada keseluruhan cerpen di atas.
(4 markah)
S o a l a n 2 ( c ) P e t i k a n P r o s a T r a d i s i o n a l
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Geliung panjang kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah
lautan dalam bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus talinya. Oleh sebab terlalu
lajunya, seluruh isi geliung itu habis muntah-muntah dan mabuk. Hanya tiga orang saja
yang tidak mabuk, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menjadi jurumudi, Si
Kembang Cinanya dan Awang Sulung Merah Muda yang masih comot dan hitam itu.
Hai Kembang Cina, pergilah kaupanggilkan budak hitam itu suruh gantikan tempat beta ini, beta sudah tersangat letih! Si Kembang Cina pergilah mendapatkan Awang Sulung.
Eh, gilakah Kakak Kembang ini, minta orang bayar hutang di tengah lautan! Apabila sampai ke daratan bolehlah hamba menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau
menjadi penyapu rumah. Si Kembang Cina berlari-lari mendapatkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
menyampaikan cakap Awang Sulung itu.
Pergilah kaupujuk dia sekali lagi. Gunakan bahasa yang lembut sedikit! Baiklah, Tuan Puteri. Si Kembang Cina pun bersuara kepada Awang Sulung dengan lemah lembutnya.
Wahai orang muda, Pak Bongsuku, tolonglah ambil tempat Tuan Puteri menjaga kemudi itu, kerana Tuan Puteri terlalu letih!
(Dipetik daripada prosa tradisional Pelayaran Yang Penuh Peristiwa,
dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)
(i) Berikan maksud rangkai kata menyampaikan cakap berdasarkan petikan di atas.
[2 markah]
(ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung ataupun budak hitam itu?
[ 3 markah]
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
5
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika meminta pertolongan daripada orang lain?
[ 3 markah]
S o a l a n 2 ( d ) - P e t i k a n P u i s i
Baca puisi di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Di Bawah Langit yang Sama
Lim Swee Tin
Di bawah langit yang sama
Kita hirupi udara
Tanpa mengira Beirutmu
Ataupun Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara
Di bawah langit yang sama.
Aku suka gerimis di Kota London
Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna
tiada bezanya.
Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana di bawah langit ini
Kita sama.
Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan
Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi siang miliki malam
Anyam cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita - warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.
Peta-peta itu yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza
gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama. (Dipetik daripada Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
6
(i) Berikan maksud baris yang berikut:
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam (Rangkap 5, baris 7)
(2 markah)
(ii) Jika anda seorang pelancong, anda tidak bebas memasuki sesebuah negara tanpa memiliki pasport dan visa. Pada pandangan anda apakah kesannya jika
syarat itu dihapuskan?
(3 markah)
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam puisi di atas.
(4 markah)
Soalan 3 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
(i) berkenan
(ii) berangkat
(iii)bertitah
(iv) bersiram
(v) bersemayam
(vi) beradu
[6 markah]
(b) Ayat-ayat majmuk di bawah ini terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Anda
dikehendaki memisahkan ayat-ayat tersebut kepada ayat-ayat tunggal dengan
menggunakan ayat yang gramatis
(i) Pak Ali dan Mak Minah akan menghadiri majlis perkahwinan cucunya pada bulan hadapan.
(ii) Berita yang menggemparkan itu telah tersebar ke seluruh dunia melalui Internet. (iii) Anda mestilah melakukan usaha yang luar biasa untuk mencapai kejayaan.
[6 markah]
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
7
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Ibu membelikan beberapa kilogram daging di pasar itu untuk dibuat serunding
bersempena dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
(ii) Generasi muda perlu bermain peranan untuk menggembeling tenaga bagi memajukan negara.
(iii)Apabila berlaku bencana alam yang memusnahkan harta-benda dan nyawa,
barulah mereka hendak mengambil tindakkan penguatkuasaan.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa supaya bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat di minggu hadapan.
(ii) Ikan yang telah disembelih oleh ibu itu akan kakak goreng sebentar lagi.
(iii) Patik dengan segala hormat dan ta'zimnya memohon izin daripada Seri Paduka Baginda Tuanku untuk menyampaikan ucapan kepada para-para
hadirin dalam majlis ini, kata Perdana Menteri. [6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini.
(i) Orang yang suka menipu akhirnya akan menerima akibatnya pada suatu hari nanti.
(ii) Peperangan atau pergaduhan akan mendatangkan kerugian kepada semua pihak sama ada pihak yang menang atau pihak yang kalah.
(iii)Satu keadaan atau kerosakan yang tidak boleh dibaiki lagi.
[ 6 markah ]
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
8
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut:
(i) Kembara Amira karya Amer Hamzah L.Kader
(ii) Konserto Terakhir karya SN Abdullah Hussain
(iii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(iv) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(v) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(vi) Papa (Akhirnya Kau Tewas Jua) karya Deana Yusuf
(vii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(viii)Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
4(a) Huraikan satu latar tempat dalam setiap novel yang telah anda kaji.
[7 markah]
4(b) Dengan berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan perwatakan
bagi setiap watak utama novel tersebut.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
1
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2015 1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
OGOS
Skema Jawapan:
Soalan 1: Rumusan
Pengenalan:
Petikan menyatakan langkah-langkah untuk memerangi kes jenayah di negara kita.
[2m]
Isi tersurat:
SU1-meningkatkan kehadiran polis di kawasan-kawasan 'panas'. [2m]
SU2-Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula meningkatkan penyertaan anggota dan
pegawai polis dalam setiap aktiviti rondaan. [2m]
SU3-Ahli-ahli Rela dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membantu
pihak polis mengawasi kawasan panas. [2m]
SU4- bilangan balai polis bergerak dan motosikal polis di kawasan panas turut ditambah
dari masa ke masa. [2m]
SU5-Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan panas juga diperbanyak [2m]
SU6-Kempen untuk memperhebat penyertaan dan pelibatan anggota masyarakat dalam
aktiviti mencegah jenayah melalui Rakan Cop perlu dijalankan. [2m]
SU7-Pihak Berkuasa Tempatan pula hendaklah menjalankan Program Bandar Selamat
dan juga Kepolisan Komuniti. [2m]
SU8-Penduduk kampung atau taman pula hendaklah mennyertai Skim Rondaan Sukarela
(SRS),[2m]
SU9-Pihak kerajaan pula memperkukuh sistem keadilan dan kehakiman. [2m]
Isi Tersirat:

Kesan kes jenayah kepada negara:
SI1- kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan polis akan dipertikaikan. [2m]
SI2- Aktiviti perniagaan akan terjejas. [2m]
SI3-Nama baik negara sebagai destinasi pelancongan akan terjejas.[2m]
S4-Kemasukan pelaburan asing akan berkurangan [2m]
S5-Peruntukan kewangan kerajaan untuk mengurangkan kes jenayah akan meningkat
[2m]
Kesimpulan:
Kes jenayah di negara kita hendaklah ditangani semoga keselamatan rakyat terjamin.
[2m]
Rakyat hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan kes jenayah supaya ketenteraman
sentiasa terpelihara. [2m]
Pelbagai pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk menangani kes
jenayah agar keamanan negara tidak terjejas. [2m]
Soalan 2(a) Pemahaman:
(i)Maksud rangkai kata kawasan panas ialah tempat yang selalu [1m] berlakunya
jenayah. [1m]
(Markah maksimum 2 markah) [ 2 markah]
(ii)Usaha memperkukuh sistem keadilan dan kehakiman dapat mengurangkan kes
jenayah di negara kita apabila:
- elemen pendakwaan dibuat penambahbaikan seperti mewujudkan mahkamah malam
dan Kod J untuk jenayah jalanan. [1m]
-hukuman di peringkat mahkamah dijalankan dengan pantas [1m]
-usaha menjayakan inisiatif pemulihan di dalam penjara dilaksanakan. [1m]
(Markah maksimum 3 markah)
[ 3 markah]
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
3
(iii)Punca-punca yang menyebabkan kejadian jenayah semakin meningkat di negara kita
ialah :
-kebanjiran warga asing yang semakin bertambah di negara kita. [1m]
-gejala penagihan dadah yang masih belum dapat dihapuskan atau dikurangkan. [1m]
- golongan yang ingin hidup mewah dengan cara yang salah. [1m]
-masalah kemelesetan ekonomi [1m]
-golongan yang mengalami masalah kewangan atau kesempitan hidup. [1m]
-kos hidup yang semakin meningkat di negara kita [1m]
(Jawapan yang difikirkan sesuai-terima)
(Markah maksimum 4 markah)
[4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden
(i) ajal maut ketentuan Tuhan/boleh berlaku tidak kira tempat. Markah: ajal maut (1m) + ketentuan Tuhan /berlaku tidak kira tempat (1m)= 2M
(ii)
Selain pampasan, bantuan yang perlu diberikan ialah:
-Khidmat kaunseling bagi mengatasi masalah emosi keluarga yang terjejas.
- biasiswa untuk anak-anak meneruskan pelajaran sampai ke peringkat paling
tinggi patut disediakan oleh majikan.
-menyediakan rumah yang lengkap dan selesa juga wajar diberi oleh majikan
sebagai penghargaan terhadap khidmat pekerja yang telah meninggal dunia semasa
menjalankan tugas.
(Pendapat lain yang sesuai terima)
Markah: 1 isi = 1M x 3 isi = 3 markah)
(iii)Pengajaran daripada petikan cerpen ini ialah :
-Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga
sahabat handai. Contoh: Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-
anaknya setelah kematian Baharum, salah seorang kelasi kapalnya.
-Pengajaran yang kedua pula ialah kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.
Seorang isteri hendaklah tetap mengasihi suaminya walaupun sudah meninggal dunia
dengan terus menguruskan anak-anak yang ditinggalkan.
Pengajaran daripada keseluruhan cerpen:

-kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama untuk menghadapi
keadaan genting. Contoh: Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama
ketika laut bergelora.
-Sebagai majikan, kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan keluarga
pekerja kita.Contoh: Kapten Mamat masih meneruskan tanggungjawab menjaga
kebajikan keluarga Baharum, kelasi kapalnya walaupun Baharum sudah meninggal
dunia.
(Pengajaran lain yang sesuai terima)
(Markah: Pengajaran (1M) + Contoh (1M) = 2 markah + 2 markah = 4 markah
S o a l a n 2 ( c ) P e t i k a n P r o s a T r a d i s i o n a l
(i)Maksud rangkai kata menyampaikan cakap ialah memberitahukan / memaklumkan
(1m) pesanan/ arahan/ perintah (1m)
(ii)Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memanggil Awang
Sulung ataupun budak hitam itu kerana:
- menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menjaga kemudi kapal . (1 markah)
-Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sudah terlalu letih. (1 markah)
(iii)Pada pendapat saya, kita perlu menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika
meminta pertolongan daripada orang lain supaya :
-orang bersimpati/ berasa kasihan kepada kita.
-tingkah laku ini mencerminkan sikap dan peribadi mulia dan juga berbudi bahasa kita.
-Penggunaan bahasa yang baik akan memudahkan kita mendapatkan kerjasama dengan
orang lain.
(Jawapan lain yang sesuai-diterima)
(1 isi 1 markah x 3 = 3 markah)
S o a l a n 2 ( d ) - P e t i k a n P u i s i
(i)Maksud baris berkenaan:
-melupakan peristiwa pahit yang pernah berlaku (1M) lalu mewujudkan perasaan kasih
sayang. (1M) = 2 markah
(ii)Pada pandangan saya, jika syarat memiliki pasport dan visa itu dihapuskan:
-Hal ini akan memudahkan pergerakan pelancong dari sebuah negara ke negara
yang lain.
-Pengedar dadah/pengganas akan mengambil kesempatan untuk menyamar
sebagai pelancong.
-Pihak berkuasa sukar mengawal keselamatan sesebuah negara akibat
pergerakan bebas keluar masuk rakyat negaranya dan negara lain.
(Jawapan lain yang sesuai- terima)
(I isi = 1 markah x 3 = 3 markah)

(iii)Dua persoalan:
-Keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Contoh/huraian: Setiap tempat
mempunyai keindahan alam semula jadi yang tersendiri.
-Harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
Contoh/huraian: Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk mendapat kehidupan
yang aman dan harmoni.
-Garis sempadan seringkali memisahkan dan membezakan manusia. Contoh/huraian:
Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.
-Kepentingan nilai hormat-menghormati antara manusia. Contoh/huraian: Nilai ini
penting dalam kehidupan.
(Persoalan lain yang sesuai terima) Markah: Persoalan (1M) contoh/huraian (1m) = 2 x 2 = 4 markah
Soalan 3 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ]
Soalan 3(a)
(i)Perkataan: berkenan
Maksud: bersetuju
Ayat: Baginda telah berkenan untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang
akan diadakan di Kompleks Budiman esok.
(ii)Perkataan: berangkat
Maksud: pergi
Ayat: Sultan negeri itu akan berangkat ke Tanah Suci esok.
(iii)Perkataan: bertitah
Maksud: berkata
Ayat: Dalam majlis itu, baginda bertitah bahawa semua pihak harus saling-menghormati
supaya perpaduan terus terpelihara.
(iv)Perkataan: bersiram
Maksud: mandi
Ayat: Tuan Puteri sedang bersiram dengan inang pengasuh di taman.
(v)Perkataan: bersemayam
Maksud: tinggal
Ayat: Baginda akan bersemayam di Istana Kayangan mulai 1 Februari 2010.
(vi)Perkataan: beradu
Maksud: tidur
Ayat: Beta ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam, titah Sultan kepada pegawai istana baginda.
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
6
[6 markah]
Soalan 3(b) Memisahkan ayat
(i)Pak Ali akan menghadiri majlis perkahwinan cucunya pada bulan hadapan (1m). Mak
Minah akan menghadiri majlis perkahwinan cucunya pada bulan hadapan. (1m)
(ii)Berita itu menggemparkan (1m). Berita itu telah tersebar ke seluruh dunia melalui
Internet. (1m)
(iii)Anda mestilah melakukan usaha (1/2 m). Usaha anda luar biasa (1/2 m). Anda
mencapai kejayaan. (1m)
Soalan 3(c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
Ejaan Imbuhan
Salah Betul Salah Betul;
(i) serunding serondeng membelikan membeli
(ii) menggembeling menggembleng bermain memainkan
(iii) harta-benda harta benda tindakkan tindakan
Markah: setiap ejaan dan imbuhan yang salah disenaraikan markah Setiap ejaan dan imbuhan yang dibetulkan markah
[6 markah]
Soalan 3(d) Kesalahan kata atau istilah dan Kesalahan Bahasa
Kata atau istilah Kesalahan bahasa
Salah Betul Salah Betul;
(i) di pada Sehubungan itu Sehubungan dengan
itu
(ii) disembelih disiang kakak goreng digoreng oleh kakak
(iii) izin perkenan para-para hadirin para hadirin
Markah: Setiap kata atau istilah dan bahasa yang salah disenaraikan markah Setiap kata atau istilah dan bahasa yang dibetulkan markah
Soalan 3(e) Peribahasa
i. Jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat./Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal (terjatuh) juga. (2m)
ii. Kalah jadi abu, menang jadi arang. (2m) iii. Nasi sudah menjadi bubur. (2m)
Soalan 4: Novel
SULIT
[Lihat halaman sebelah
1103/2@ 2015 Hak Cipta Abdul Ghalib Yunus SULIT
7
[15 markah]
Jawapan:
Novel Papa...Akhirnya Kau Tewas jua
4(a)
1.Di rumah Jeffri di Kelana Jaya. Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik
Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.
2. Di Sekolah Menengah Seri Gading. Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana
menjadi guru Matematik.
3. Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam
keadaan koma.
4. Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah
menengah.
5.Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley. Tempat Julia dan Rasylan kunjungi
untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dengan papa Julia minum
bersama-sama dengan Aishah sebanyak
Novel Konserto Terakhir
1. Di rumah Datuk Johari, iaitu di Kuala Lumpur. Di situlah Hilmi yang baru sampai dari kampung tinggal sementara waktu sebelum mendapat kerja. Namun begitu,
Hilmi menetap di situ selama dia menjadi tukang kebun Datuk Johari.
2. Di rumah Datuk Johari jugalah, Hilmi berkenalan dan bersahabat baik dengan Hayati. 3. Di rumah jugalah, Datin Salmah selalu memarahi dan menghina Hilmi yang miskin
dan tidak berpelajaran.
4. Di rumah Datuk Johari, Hayati bermain piano. 5. Di situ jugalah, berlakunya peristiwa tidak sengaja bahawa Hilmi telah merosakkan
piano Hayati. Akibatnya, Datuk Johari memberikan cadangan agar Hilmi tidak
dihalau keluar rumah sebagaimana hasrat Datin Salmah tetapi gajinya dipotong
sebagai hukuman yang dikenakan kepadanya.
6. Di rumah Datuk Johari, terdapat suatu sudut untuk meminum arak dan Datin Salmah sendiri meminum arak sampai mabuk.
7. Di rumah, Datuk Johari yang baru sampai dari hospital mendapat berita kematian Hilmi melalui panggilan telefon.
8. Di rumah itu juga Datuk Johari meninggal dunia setelah mendapat berita kematian anaknya. 9. Di rumah Encik Bakar, Hilmi telah mendalami ilmu muziknya daripada Encik
Bakar.
10. Di situ juga, dia telah berkenalan dengan Azizah yang kemudian menjadi isterinya. 11. Di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya merupakan tempat Pertunjukan
Orkes Perdana yang sepatutnya Hilmi menjadi pemimpin persembahan tersebut.
12. Tempat Hayati menawarkan diri untuk menggantikan tugas Hilmi sebagai pemimpin Pertunjukan Orkes Perdana dengan gubahan Hilmi Potpouri.
13. Di situ jugalah, Pengarah RTM kelam-kabut mencari pengganti yang sesuai sebagai pemimpin Pertunjukan kerana Hilmi masih tidak muncul sedangkan persembahan
akan bermula tidak lama lagi.

14. Di wad Hospital Kuala Lumpur, Hilmi menerima rawatan kerana sakit tenat setelah terjatuh di luar rumah sebelum sempat ke lokasi Pertunjukan Orkes Perdana yang bakal dipimpinnya.
15. Di hospital juga, Pak Karim, iaitu abang sepupu Datuk Johari menyatakan bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari daripada isteri pertama yang ditinggalkannya pada malam pernikahan.
4(b)
Perwatakan Intan Julia
1. Seorang yang taat akan ibu bapa. Julia patuh kepada kata-kata mama dan papanya. Dia juga sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapanya
dengan belajar bersungguh-sungguh.
2. Seorang yang penyayang. Julia sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Makcik Noraini. Julia juga amat menyayangi papa dan mamanya.
3. Seorang yang taat kepada tuntutan agama. Sebagai umat Islam, Julia taat kepada perintah Allah. Dia rajin bersolat dan bertudung.
4. Seorang yang suka berdikari. Walaupun tempat pengajiannya di Pusat Matrikulasi UIA berdekatan dengan rumahnya, namun Julia memilih untuk
tinggal di asrama (kolej kediaman).
5. Seorang yang sensitif. Ini dibuktikan apabila Julia tidak membenarkan papanya berkahwin lagi. Dia benar-benar terasa bahawa papanya tidak menyayangi
mamanya lagi.
Perwaakan Hilmi
1. Seorang yang rajin bekerja. Sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari, Hilmi telah menanam pelbagai jenis sayur, menternak ayam itik, serta menggubah taman di
pekarangan rumah itu sehingga taman tersebut menjadi cantik. Hal ini turut menjadi
perhatian jiran dan rakan-rakan Datin Salmah yang memuji-muji kemahiran
artistiknya.
2. Seorang yang tabah dan gigih menghadapi cabaran hidup. Hilmi tetap tabah semasa dihina oleh Datin Salmah.
3. Seorang gigih dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan impiannya sebagai ahli muzik. Dia bersungguh-sungguh belajar muzik daripada Encik Bakar
sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal tanah air.
4. Seorang yang penyabar. Contohnya, Hilmi sentiasa sabar dan tidak menjawab atau membentak setiap kali Datin Salmah menghinanya.
5. Seorang yang sentiasa menghormati orang tua. Hilmi sememangnya sentiasa menghormati Datuk Johari dan Datin Salmah sebagai majikannya walaupun dia tahu
Datuk Johari ialah bapa saudaranya.
6. Seorang yang tidak suka memburukkan orang lain. Dia tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada
Pak Karim semasa dia bertemu Pak Karim.
7. Seorang yang bercita-cita tinggi. Hal ini terbukti kerana Hilmi sanggup merantau ke Kuala Lumpur sebagai bukti dia berusaha untuk mencapai impiannya menjadi
manusia yang berjaya khususnya dalam bidang muzik.
8. Seorang yang kuat pegangan agamanya. Buktinya, Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang yang beragama Islam walau di mana sekalipun dia berada.

9
9. Seorang yang memiliki keistimewaan dan berkebolehan semula jadi. Sebagai contohnya, Hilmi dapat memainkan semula lagu yang dimainkan oleh Hayati dengan
pianonya, walaupun hanya melalui pendengarannya sahaja.
10. Seorang penggubah lagu yang prolifik. Hilmi sememangnya banyak berkarya dan berupaya menggubah dan menyusun lagu, khususnya gubahan Hilmi Potpouri untuk Pertunjukan Orkes Perdana.

bmk2ghalibset1BM-Kertas2-set-1-soalanBM-Kertas2-set-1-Jawapan
BM-Kertas2-set-1-Jawapan
Recommended