View
851
Download
29
Category
Preview:
DESCRIPTION
mou
Citation preview
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA
DAN
ENERGY ACADEMY SDN. BHD. (275929-A)
BERHUBUNG KERJASAMA DI DALAM BIDANG
KECANTIKAN, SPA THERAPY DAN WELLNESS
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ini dibuat pada 6 Januari 2012
(kemudian daripada ini disebut “Memorandum Persefahaman”)
1 dari 23
antara KERAJAAN MALAYSIA, yang diwakili oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia yang beralamat di Bahagian Pendidikan Teknik
dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 5 & 6, Blok
E14, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya (kemudian daripada ini disebut
“KERAJAAN”) sebagai pihak pertama
DAN
ENERGY ACADEMY SDN. BHD. (No Pendaftaran Syarikat:
275929-A), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965 [Akta 125] yang beralamat di Lot 4, Level 4, Great
Eastern Mall, 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
(kemudian daripada ini disebut “SYARIKAT”) sebagai pihak kedua,
KERAJAAN dan SYARIKAT, di mana bersesuaian dengan
Memorandum ini boleh dirujuk secara perseorangan sebagai ‘Pihak’
dan secara bersama sebagai ‘Pihak-Pihak’,
BAHAWASANYA Pihak-Pihak bersetuju untuk mengadakan
kerjasama di dalam bidang kecantikan, Spa Therapy dan Wellness
(kemudian daripada ini disebut sebagai “Program”).
DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:
PERKARA 1
TAFSIRAN
2 dari 23
Dalam Memorandum Persefahaman ini melainkan jika konteksnya
mengkehendaki makna yang lain-
“KERAJAAN” ertinya Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau pegawai yang
diberi kuasa olehnya;
“SYARIKAT” ertinya ENERGY ACADEMY SDN. BHD.
(275929-A), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang bertauliah dari Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
dan CIBTAC International Awarding Body, the United
Kingdom khususnya dalam bidang kecantikan, Spa Therapy
dan Wellness;
“Sijil” ertinya sijil yang dianugerahkan kepada guru dan murid
apabila tamat menjalani program;
“murid” ertinya seorang murid yang dipilih oleh KERAJAAN
untuk menjalani Program;
“guru” ertinya guru yang dipilih oleh KERAJAAN untuk
menjalani Program;
“Program” ertinya latihan vokasional dan kemahiran untuk
guru dan murid yang disediakan oleh Pihak-Pihak dalam
Memorandum Persefahaman ini.
3 dari 23
PERKARA 2
OBJEKTIF
Pihak-Pihak, tertakluk kepada peruntukan Memorandum
Persefahaman ini dan undang-undang Malaysia, peraturan, kaedah
dan dasar semasa KERAJAAN bersetuju untuk menjalankan
kerjasama di dalam bidang latihan vokasional dan kemahiran yang
bertujuan untuk –
(a) memperluaskan Program di Kolej Vokasional di bawah
kawalan KERAJAAN untuk memberikan pendidikan dan
latihan bertaraf antarabangsa kepada guru dan murid Tahun
Satu (1) kursus Wellness Foundation, Tahun Dua (2) kursus
lanjutan Professional Spa & Wellness;
(b) membantu melahirkan tenaga mahir dalam bidang tersebut;
(c) membolehkan murid meneruskan latihan lanjutan dalam
Program; dan
(d) membolehkan murid meneruskan kerjaya dalam bidang
kecantikan, Spa Therapy dan Wellness.
PERKARA 3
BIDANG KERJASAMA
Pihak-Pihak, tertakluk kepada peruntukan Memorandum
Persefahaman ini dan undang-undang Malaysia, peraturan, kaedah
dan dasar semasa KERAJAAN bersetuju untuk mengadakan
kerjasama dalam bidang yang berikut:
4 dari 23
(a) Latihan dalam bidang kecantikan, Spa Therapy dan Wellness;
dan
(b) Apa-apa bidang kerjasama lain yang akan dipersetujui
bersama oleh Pihak-Pihak.
PERKARA 4
PELAKSANAAN
4.1 Pihak-Pihak bersetuju agar bidang kerjasama yang akan
dilaksanakan seperti yang berikut:
(a) Kemudahan pembelajaran untuk pengajaran teori dan
latihan praktikal akan disediakan oleh SYARIKAT
setelah dipersetujui oleh Pihak-Pihak;
(b) Penempatan murid di industri bagi tujuan “on-the-job
training” dan latihan praktikal;
(c) Peningkatan pengetahuan oleh guru dengan menjalani
penempatan “attachment” di industri tertakluk kepada
keperluan dari semasa ke semasa;
(d) Alat kesihatan dan keselamatan akan disediakan oleh
SYARIKAT bagi tujuan “on-the-job training” dan latihan
praktikal;
(e) Bahan mentah akan disediakan oleh SYARIKAT bagi
tujuan “on-the-job training” dan latihan praktikal; dan
(f) Keberkesanan Program akan dikaji dari semasa ke
semasa sebelum diteruskan dan diperluaskan kepada
sekolah menengah bantuan penuh KERAJAAN yang
lain.
5 dari 23
4.2 Bagi tujuan kerjasama ini KERAJAAN bersetuju untuk –
(a) menyediakan guru yang berkebolehan bagi menjalani
latihan Program “Wellness Foundation”, kursus “Spa
Therapy Level 1” dan Kursus Lanjutan “Professional
Spa & Wellness” yang disediakan oleh SYARIKAT;
(b) menyediakan murid dari Kolej Vokasional untuk
mengikuti latihan praktikal yang disediakan oleh
SYARIKAT;
(c) menyediakan pengangkutan dan kemudahan
penginapan murid sepanjang tempoh mengikuti
Program; dan
(d) memastikan guru dan murid mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh SYARIKAT.
4.3 Bagi tujuan kerjasama ini SYARIKAT bersetuju untuk –
(a) menyediakan tempat latihan Program;
(b) menyediakan latihan kepada guru KERAJAAN dan
murid sehingga mencapai piawaian industri mengikut
tempoh yang dipersetujui Pihak-Pihak;
(c) menyediakan tenaga pengajar berkemahiran mengikut
keperluan piawaian industri mengikut tempoh yang
dipersetujui Pihak-Pihak;
(d) menyediakan kurikulum yang komprehensif termasuk
peluang “on-the-job training” dan nota tenaga pengajar
6 dari 23
sebagai satu program kemahiran baru untuk diamalkan
di Kolej Vokasional di bawah kawalan KERAJAAN yang
terdiri dari kursus yang dinyatakan;
(e) menyediakan modul terperinci Bilik Praktikal untuk
kegunaan latihan praktikal yang akan diamalkan oleh
murid di Kolej Vokasional yang dikenalpasti oleh
KERAJAAN;
(f) membantu KERAJAAN menyediakan incubator spa
untuk membolehkan murid di Kolej Vokasional
melaksanakan “on-the-job training” yang diperlukan;
(g) melatih guru yang berkebolehan sebagai guru
berkelayakan di dalam program “Wellness Foundation”,
kursus “Spa Therapy Level 1” dan kursus lanjutan
“Professional Spa & Wellness” termasuk menyediakan
peluang pengalaman bekerja;
(h) mentadbir sepenuhnya kursus “Wellness Foundation”,
“Spa Therapy Level 1” dan kursus lanjutan “Professional
Spa & Wellness” bagi KERAJAAN merangkumi semua
aspek termasuk penilaian kemahiran guru yang dilatih,
kawalan dan penjagaan premis dan peralatan yang
digunakan dan penilaian prestasi murid yang mengikuti
Program SYARIKAT;
(i) melatih murid untuk mendapat persijilan di dalam kursus
“Wellness Foundation”, “Spa Therapy Level 1” dan
sebagai “Massage Therapist” SKM Tahap 2 JPK;
(j) melatih tenaga pengajar untuk mendapat pentauliahan
sebagai “Massage Therapist” SKM Tahap 2 JPK, di
dalam CIBTAC “Diploma in Body Massage” sebagai
7 dari 23
Junior Spa Therapist SKM Tahap 1 JPK, sebagai
Senior Spa Therapist SKM Tahap 2, JPK, sebagai
“Supervisor” SKM Tahap 3 JPK dan di dalam CIBTAC
“Diploma in Spa Therapy” dan di dalam program “Train
the Trainers”;
(k) menganugerahkan Sijil kepada guru apabila tamat
setiap program; dan
(l) menganugerahkan Sijil kepada murid apabila tamat
setiap program.
PERKARA 5
BUTIRAN DAN PERINCIAN PROGRAM
5.1 Bagi program latihan melibatkan guru di dalam kerjasama ini,
Pihak-Pihak bersetuju untuk –
(a) menyediakan guru yang berkebolehan bagi menjalani
latihan program “Wellness Foundation”, kursus “Spa
Therapy Level 1” dan Kursus Lanjutan “Professional
Spa & Wellness” yang disediakan oleh SYARIKAT;
(b) SYARIKAT akan melatih guru bagi program latihan
mengikut piawaian industri;
(c) SYARIKAT membantu menyediakan tenaga pengajar
mengikut kepakaran yang diperlukan oleh KERAJAAN
bagi Program;
(d) SYARIKAT menyediakan panduan silibus untuk
Program;
(e) SYARIKAT memantau Program sekurang-kurangnya
dua (2) kali dalam tempoh setahun;
8 dari 23
(f) SYARIKAT mengeluarkan Sijil bagi guru yang telah
menamatkan latihan di bawah Program;
(g) SYARIKAT membantu dalam perkongsian sumber
khususnya prasarana dan peralatan bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar;
(h) SYARIKAT melatih guru tentang sistem latihan dan
pentaksiran; dan
(i) SYARIKAT mengambil langkah keselamatan terhadap
guru semasa pelaksanaan program.
5.2 Bagi Program latihan melibatkan murid di dalam kerjasama
ini, Pihak-Pihak bersetuju untuk –
(a) SYARIKAT melatih murid bagi program latihan mengikut
piawaian industri;
(b) SYARIKAT mengeluarkan Sijil bagi murid yang telah
menamatkan latihan di bawah Program;
(c) SYARIKAT akan mengenalpasti dan mengiktiraf tahap
kompetensi murid; dan
(d) SYARIKAT mengambil langkah keselamatan terhadap
murid semasa pelaksanaan Program.
PERKARA 6
IMPLIKASI KEWANGAN
9 dari 23
6.1 Implikasi kewangan yang timbul bagi kerjasama yang
dijalankan oleh Pihak-Pihak mengikut peruntukan
Memorandum Persefahaman ini akan dibincangkan bersama
oleh Pihak-Pihak tertakluk kepada peruntukan kewangan dan
tatacara kewangan yang berkaitan.
6.2 KERAJAAN akan menanggung kos bagi bahan-bahan dan
peralatan yang digunakan oleh guru dan murid dalam
Program ini.
6.3 SYARIKAT akan menanggung kos bagi pengoperasian
Program latihan termasuk kemudahan tempat latihan dan
tenaga pengajar SYARIKAT.
6.4 Apa-apa kos yang terlibat dalam menbiayai bidang kerjasama
dalam Memorandum Persefahaman ini hendaklah dipersetujui
oleh Pihak-Pihak secara bertulis berdasarkan Program,
tempoh latihan, bilangan guru dan murid dan sentiasa
tertakluk kepada tatacara kewangan KERAJAAN yang
sedang berkuatkuasa.
PERKARA 7
JAWATAN KUASA PENGURUSAN
7.1 Bagi tujuan pemantauan dan penilaian pelaksanaan
Memorandum Persefahaman ini, suatu jawatankuasa yang
dinamakan sebagai Jawatankuasa Pengurusan (kemudian
10 dari 23
daripada ini dirujuk sebagai “Jawatankuasa”) ditubuhkan dan
dianggotai oleh ─
(a) Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) atau wakilnya sebagai Pengerusi;
(b) Pengarah Eksekutif SYARIKAT atau wakilnya sebagai
Pengerusi Bersama;
(c) Ketua Penolong Pengarah, Pengurusan Akademik,
BPTV;
(d) Penyelaras Program SYARIKAT;
(e) Penyelaras Program BPTV;
(f) Pegawai Meja Program BPTV;
(g) Pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum; dan
(h) Dua (2) orang wakil daripada SYARIKAT.
7.2 Mesyuarat Jawatankuasa boleh diwakili oleh mana-mana
orang yang dilantik oleh anggota Jawatankuasa tersebut.
Kuorum mesyuarat Jawatankuasa adalah sekurang-
kurangnya lima (5) orang terdiri daripada anggota
Jawatankuasa atau wakil yang dilantik oleh anggota
Jawatankuasa tersebut.
7.3 Terma Rujukan Jawatankuasa tersebut adalah seperti yang
berikut:
(a) Membuat analisa dapatan hasil pemantauan dan
penilaian;
11 dari 23
(b) Membantu menyelesaikan masalah mengenai Program
bersama;
(c) Membantu dalam penempatan murid untuk tujuan “on-
the-job training” dan “traineeship”;
(d) membantu dalam peningkatan pengetahuan pegawai
BPTV dan tenaga pengajar menjalani penempatan
“atachment” dari semasa ke semasa tertakluk kepada
keperluan; dan
(e) membantu dalam penyediaan “Standard Operating
Prodecure” bagi Program.
PERKARA 8
PENGLIBATAN PIHAK KETIGA
Pihak-Pihak bersetuju bahawa tiada penglibatan pihak ketiga
sepanjang kuat kuasa Memorandum Persefahaman ini melainkan
mendapat persetujuan bertulis dari Pihak-Pihak. Sekiranya pihak
ketiga dipersetujui untuk terlibat dalam kerjasama ini, pihak ketiga
tersebut hendaklah mematuhi terma-terma dalam Memorandum
Persefahaman ini.
PERKARA 9
PENGENDALIAN DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT
9.1 Apa-apa maklumat yang terhasil dari aktiviti-aktiviti yang
dinyatakan di dalam Memorandum Persefahaman ini tidak
12 dari 23
boleh didedahkan dengan apa-apa cara kepada mana-mana
Pihak tanpa persetujuan bertulis Pihak-Pihak.
9.2 Pihak-Pihak bertanggungjawab bagi memastikan kerahsiaan
dan kesulitan dokumen, maklumat dan data-data lain yang
diterima atau diberikan kepada Pihak yang satu lagi
sepanjang tempoh pelaksanaan Memorandum Persefahaman
ini atau apa-apa perjanjian yang dibuat susulan daripada
Memorandum Persefahaman ini kecuali diberikan kuasa
secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Pihak yang satu
lagi.
9.3 Pihak-Pihak bersetuju bahawa peruntukan Perkara ini akan
terus berkuat kuasa walaupun selepas tempoh Memorandum
Persefahaman ini tamat atau ditamatkan oleh mana-mana
Pihak.
PERKARA 10
PENGGANTUNGAN
Pihak-Pihak mempunyai hak atas sebab-sebab keselamatan
negara, kepentingan negara, keselamatan awam, kepentingan
KERAJAAN, kepentingan guru dan murid menggantung sementara,
sebahagian atau keseluruhan pelaksanaan Memorandum
Persefahaman ini di mana penggantungan akan berkuatkuasa serta
merta setelah pemberitahuan mengenainya dimaklumkan kepada
Pihak yang satu lagi secara bertulis.
13 dari 23
PERKARA 11
SEMAKAN, UBAHSUAIAN DAN PINDAAN
Mana-mana Pihak boleh memohon secara bertulis supaya dibuat
suatu semakan, ubahsuaian atau pindaan kepada keseluruhan atau
mana-mana bahagian daripada Memorandum Persefahaman ini
pada bila-bila masa tertakluk kepada persetujuan Pihak-Pihak
melalui suatu Memorandum tambahan. Apa-apa semakan,
ubahsuaian atau pindaan yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak
hendaklah menjadi sebahagian daripada Memorandum
Persefahaman ini dan akan mula berkuat kuasa pada suatu tarikh
sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak-Pihak. Apa-apa semakan,
ubahsuaian atau pindaan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak
dan obligasi yang berbangkit daripada atau berdasarkan
Memorandum Persefahaman ini sebelum atau sehingga tarikh
semakan, ubah suaian atau pindaan itu.
PERKARA 12
PERTIKAIAN
Pihak-Pihak bersetuju supaya segala perselisihan atau pertikaian
yang timbul akibat tafsiran dan/atau pelaksanaan mana-mana
peruntukan dalam Memorandum Persefahaman ini hendaklah
diselesaikan secara aman melalui perundingan dan perbincangan di
antara Pihak-Pihak.
PERKARA 13
HAK HARTA INTELEK
14 dari 23
13.1 KERAJAAN mempunyai hak mutlak dan eksklusif terhadap
semua harta intelek dalam bahan-bahan yang disediakan oleh
KERAJAAN bagi maksud bidang kerjasama bagi
Memorandum Persefahaman ini.
13.2 SYARIKAT mempunyai hak mutlak dan eksklusif terhadap
semua harta intelek dalam bahan-bahan yang disediakan oleh
SYARIKAT bagi maksud bidang kerjasama bagi
Memorandum Persefahaman ini.
PERKARA 14
TEMPOH MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
14.1 Memorandum Persefahaman ini akan berkuatkuasa bagi
tempoh lima (5) tahun dari tarikh Memorandum ini
ditandatangani.
14.2 Pihak-Pihak boleh memohon secara bertulis kepada Pihak
yang satu lagi untuk melanjutkan tempoh Memorandum
Persefahaman ini dengan memberi notis bertulis tidak kurang
dari tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat Memorandum
Persefahaman ini.
14.3 Jika permohonan pelanjutan Memorandum Persefahaman
dipersetujui maka Pihak-Pihak akan berunding mengenai
terma-terma dan syarat-syarat pelanjutan tempoh
Memorandum Persefahaman dan jika Pihak-Pihak gagal
15 dari 23
mencapai persetujuan, Memorandum Persefahaman ini
akan tamat pada tarikh Memorandum Persefahaman ini
tamat.
PERKARA 15
PENAMATAN
15.1 KERAJAAN atau SYARIKAT boleh menamatkan
Memorandum Persefahaman ini –
(a) pada bila-bila masa dan tanpa perlu memberikan
apa-apa alasan dengan memberikan notis enam
puluh (60) hari secara bertulis kepada Pihak yang
satu lagi; atau
(b) jika berlaku pelanggaran mana-mana peruntukan
Memorandum Persefahaman ini oleh mana-mana
Pihak, Pihak yang satu lagi boleh memberi notis
secara bertulis untuk membaik pulih pelanggaran
tersebut dalam tempoh tiga puluh (30) hari, atau
lebih, dari tarikh notis bertulis itu dan jika
pelanggaran itu gagal dibaik pulih dalam tempoh
tersebut, maka Pihak yang mengeluarkan notis boleh
16 dari 23
menamatkan Memorandum Persefahaman ini
dengan serta merta.
15.2 Penamatan Memorandum Persefahaman ini tidak akan
menjejaskan sebarang hak, obligasi atau tanggungjawab
Pihak-Pihak yang telah sedia ada di bawah Memorandum
Persefahaman ini atau di bawah mana-mana undang-undang
bertulis sebelum tarikh Memorandum Persefahaman ini
ditamatkan dan berikutan daripada penamatan Memorandum
Persefahaman ini.
PERKARA 16
PENAMATAN ATAS KEPENTINGAN NASIONAL
16.1 Walau apa pun dalam Memorandum Persefahaman ini,
KERAJAAN boleh menamatkan Memorandum Persefahaman
ini dengan memberikan tidak kurang dari tiga puluh (30) hari
notis bertulis kepada SYARIKAT tanpa apa-apa
tanggungjawab untuk memberikan apa-apa sebab jika
KERAJAAN berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah
perlu untuk kepentingan nasional, kepentingan keselamatan
nasional atau bagi maksud polisi KERAJAAN atau polisi
awam.
16.2 Bagi maksud perkara ini, apa yang merupakan sebagai
“kepentingan nasional”, “kepentingan keselamatan nasional”,
“polisi kerajaan”, “polisi awam” hendaklah dibuat dan
ditentukan oleh KERAJAAN dan penentuan tersebut bagi
semua maksud adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.
17 dari 23
PERKARA 17
PENGENEPIAN
Apa-apa pengenepian hak atau kuasa yang diberikan kepada
KERAJAAN atau SYARIKAT di bawah Memorandum
Persefahaman ini adalah tidak sah melainkan dibuat secara
bertulis.
PERKARA 18
FORCE MAJEURE
18.1 KERAJAAN dan SYARIKAT adalah dibebaskan dan tidak
bertanggungjawab bagi sebarang tinggalan atau kegagalan
dalam melaksanakan Memorandum Persefahaman ini jika
ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-
keadaan darurat seperti rusuhan, taufan, peperangan, bahaya
laut atau kerana sebab-sebab atau bahaya yang di luar
kawalan mana-mana Pihak yang menyebabkan pelaksanaan
Memorandum Persefahaman ini menjadi mustahil.
18.2 Jika force majeure berlaku kepada mana-mana Pihak
sehingga menjejaskan pelaksanaan tanggungjawabnya di
bawah Perjanjian ini, Pihak tersebut hendaklah memberi notis
bertulis kepada Pihak yang satu lagi seawal mungkin
mengenai kejadian force majeure itu dan kesannya kepada
pelaksanaan tanggungjawab Pihak tersebut di bawah
Memorandum Persefahaman ini.
18 dari 23
18.3 Jika mana-mana Pihak tidak dapat melaksanakan
tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini akibat daripada
kejadian force majeure selama sembilan puluh (90) hari,
Pihak-Pihak hendaklah membincangkan tindakan yang perlu
diambil bagi membolehkan tujuan Memorandum
Persefahaman ini terus dilaksanakan dan, jika perlu, memberi
kelonggaran atau meminda Memorandum Persefahaman ini.
18.4 Walau apa pun peruntukan Perkara ini, Pihak-Pihak
bertanggungjawab untuk mengambil apa-apa tindakan bagi
mengurangkan kesan force majeure kepada pelaksanaan
tanggungjawab masing-masing di bawah Memorandum
Persefahaman ini.
PERKARA 19
NOTIS
Apa-apa notis yang hendak diberi oleh satu Pihak kepada Pihak
yang satu lagi hendaklah dibuat secara bertulis dan menjadi
penyampaian yang cukup kepada Pihak yang lain jika dihantar
dengan tangan atau dihantar melalui pos berdaftar di alamat seperti
yang tersebut di dalam Memorandum Persefahaman ini dan jika
berlaku pertukaran alamat, Pihak yang bertukar alamat itu
hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Pihak yang satu
lagi:
19 dari 23
Bagi KERAJAAN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
No Tel. : 03 8884 5031
No. Faks : 03 8884 5033
Bagi SYARIKAT
Energy Academy Sdn Bhd
Lot 4, Level 4,
Great Eastern Mall,
303 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
No Tel. : 03 4256 8833
No. Faks : 03 4256 8830
20 dari 23
PERKARA 20
LARANGAN PINDAH MILIK
Mana-mana Pihak tidak dibenarkan memberi milik Memorandum
Persefahaman ini atau mana-mana bahagiannya atau memberi
milik, menggadai janji atau mempertanggungjawabkan apa-apa jua
faedah atau obligasi yang terlibat atau mungkin terbit di bawah
Memorandum Persefahaman ini kepada mana-mana pihak ketiga
yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis
daripada Pihak yang satu lagi.
21 dari 23
PERKARA 21
PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
Memorandum Persefahaman ini hendaklah ditafsirkan mengikut,
dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
BAGI MENYAKSIKAN HAL DI ATAS Pihak-Pihak kepada
Memorandum Persefahaman ini telah menurunkan tandatangan
dan meterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di
atas.
DITANDATANGANI oleh dan
bagi pihak KERAJAAN
MALAYSIA
...................................................
DITANDATANGANI oleh dan
bagi pihak
SYARIKAT
....................................................
...
YBHG. DATO' Dr. ROSLI BIN
MOHAMED
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
DATIN RAMONA BT
SULAIMAN
Founding Director
Energy Academy Sdn. Bhd.
(275929-A)
Disaksikan oleh: Disaksikan oleh:
22 dari 23
Recommended