View
268
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
JKA 101Pengantar Antropologi Sosiologi
Puan Soijah Likin (159)
SOSIALISASI (SOCIALIZATION)
13 December, 2014
13 December, 2014
Sosialisasi (Socialization)
Peter Berger (1978) menyatakan terdapat perbezaan tingkah laku manusia dengan makhluk lain
13 December, 2014
13 December, 2014
Apa perbezaan tingkah laku manusia dan bukan manusia
Seluruh tingkah laku makhluk bukan manusia diatur oleh naluri yang diperolehi sejak awal hidupnya. Haiwan tidak perlu menentukan apa yang harus dimakan kerana hal itu di atur naluri.
13 December, 2014
Di saat lahir, manusia merupakan makhluk tak berdaya kerana naluri yang tidak lengkap. Manusia harus memutuskan sendiri apa yang harus dimakannya – menurut kehendak yang ditetapkan masyarakatnya
13 December, 2014
Melalui sosialisasi masyarakat dimasukkan ke dalam manusia – society in man
Keseluruhan kebiasaan yang dimiliki manusia harus dipelajari oleh setiap anggota baru masyarakat melalui satu proses yang dinamakan sosialisasi (socialization)
Berger mendefinisikan sosialisasi sebagai “a process by which a child learns to be a participant member of society – proses seseorang anak belajar menjadi anggota yang berpartisipasi dalam masyarakat (Berger, 1978:116)
13 December, 2014
Apa itu sosialisasi
Manusia perlu belajar daripada manusia lain untuk menjadi manusia yang sempurna Sosiologi – proses mempelajari dan memperolehi nilai-nilai sosial
Antropologi – proses pembudayaan (enculturation)
13 December, 2014
Definisi SosialisasiSosialisasi ialah proses – manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan nilai, norma, peranan sosial Seseorang belum disosialisasikan – sukar berinteraksi dengan orang lain – anak manusia yang dibela binatang Kanak-kanak mempelajari apa yang boleh dibuat, dilarang, memegang pensel, patut agresif
13 December, 2014
Apa yang dipelajari seseorang dalam proses sosialisasi
Peranan – peranan (Roles) Menghayati norma dan nilai masyarakat sehingga kepada satu tahap di mana nilai dan norma masyarakat tersebut menjadi norma dan nilainya sendiri Sosialisasi - cara nilai, norma masyarakat dikekalkan walaupun ahli-ahlinya silih berganti
13 December, 2014
Pemikiran MeadSalah satu teori yang dikaitkan dengan sosialisasi ialah George Herbert Mead – dalam bukunya Mind, Self and Society (1972)
Menurut Mead setiap ahli baru masyarakat harus mempelajari peranan-peranan yang ada dalam masyarakat Individu harus tahu peranan yang perlu dilakukannya dan peranan yang harus dilakukan orang lain – role taking - seseorang dapat berinteraksi dengan orang lain Menurut Mead manusia yang baru lahir belum mempunyai diri (self). Diri manusia berkembang secara bertahap melalui interaksi dengan ahli masyarakat yang lain
13 December, 2014
Diri manusia berkembang melalui beberapa tahap – meniru, play stage, game stage (generalized other)
Diri manusia berkembang melalui beberapa tahap – meniru, play stage, game stage (generalized other) 1. Peringkat peniruan – meniru tingkahlaku orang dewasa tanpa memahami apa yang mereka lakukan
13 December, 2014
2. Peringkat bermain (play stage) – seorang kanak-kanak mula bermain peranan orang dewasa /belajar mengambil peranan orang yang berada disekelilingnya – menirukan peranan yang dilakukan orangtuanya atau peranan orang dewasa lain yang sering berinteraksi dengannya – nenek, datuk, pembantu, kakak Pada tahap ini kanak-kanak belum memahami sepenuhnya makna-makna peranan – cth meniru orang tua pergi kerja tapi kanak-kanak tidak tahu alasan ibu dan ayah pergi kerja
13 December, 2014
3.Peringkat permainan (game stage) – mula belajar memegang beberapa peranan secara serentak. Contoh – perlawanan bola sepak - matlamat sebagai pasukan, pemain
perlawanan bola sepak – penjaga gol, kawan-kawan sepasukan, pengadil, penjaga garisan
Pada tahap ketiga seseorang dianggap telah mampu memahami peranan-peranan yang dilakukan orang lain dan peranan dirinya dalam masyarakat – anak dan ibubapa, pelajar dan guru ,perlawanan bola sepak – penjaga gol, kawan-kawan sepasukan, pengadil, penjaga garisan
13 December, 2014
Pemikiran Charles Horton Cooley(1864 – 1929)Menekankan peranan interaksi dalam proses sosialisasi
Menurut Charles H. Cooley konsep diri (self-concept)- seseorang berkembang melalui interaksinya dengan orang lain – looking glass self – analogi tingkah laku orang yang bercermin, cermin akan membalikkan/memantulkan apa yang terdapat didepannya maka menurut Cooley diri seseorang pun memantulkan apa yang dirasakan sebagai anggapan masyarakat terhadapnya
13 December, 2014
Looking glass self terbentuk melalui tiga tahap –
Tahap pertama seseorang mempunyai persepsi mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya
Pada tahap kedua seseorang mempunyai persepsi mengenai penilaian orang lain terhadap keperibadiannya
Pada tahap ketiga seseorang mempunyai perasaan terhadap apa yang dirasakannya sebagai penilaian orang lain terhadapnya
13 December, 2014
Cth: seorang pelajar yang selalu dapat nombor terakhir dalam peperiksaan – merasakan bahawa guru menganggapnya bodoh, kerana dia dianggap bodoh maka dia merasa tidak dihargai atau dipedulikan oleh gurunya. Disebabkan tidak dipedulikan atau kurang dihargai maka ia menjadi murung, kecewa, pasif
13 December, 2014
Apa yang terjadi bila seorang anak tidak mengalami sosialisasi?
Apa yang terjadi bila seorang anak tidak mengalami sosilisasi?Kemampuan seseorang untuk mempunyai diri (self) bergantung pada sosialisasi maka seseorang yang tidak mengalami sosialisasi tidak akan dapat berinteraksi dengan orang lain. Cth: Kanak-kanak terbiar/terlantar (feral children) – Giddens (1990) – menulis tentang kanak-kanak yang tidak disosialisasi (unsocialized children) – kanak-kanak lelaki di Saint-Serin Perancis ( the wild boy of Avyron) dan gadis 13 tahun di California, AS – dikurung oleh ayah dan ibu mereka sejak kecil – tidak bertingkah laku seperti manusia – tidak pandai berpakaian, buang air secara tertib, bercakap, makan sendiri, mengunyah, tertawa atau menangis, berkomunikasi
13 December, 2014
13 December, 2014
Siapa yang melaksanakan proses sosialisasi
Agen-agen Sosialisasi1. KeluargaPada awal kehidupan manusia – agen sosialisasi – nuclear family (ayah, ibu, adaik beradik) dan extended family (datuk, nenek, pakcik, makcik)- significant others Bayi belajar berkomunikasi secara verbal atau non verbal – bukan sahaja melalui pendengaran, penglihatan tapi juga sentuhan Kemampuan berbahasa diajarkan pada tahap ini Mula mempunyai diri – play stage – mula mengidentifikasikan – anak laki-laki atau perempuan
Keluarga – peranan penting – memegang peranan sosial yang wajar dalam masyarakat – kerjasama, persaingan, kasih sayang
13 December, 2014
2.Teman bermain – jiran, saudara mara, kawan sekolah
Mempelajari berbagai kemahiran baru
Jika di rumah interaksi yang dipelajari melibatkan hubungan yang tidak sederajat – anak – bapa, cucu-datuk
Pada tahap ini anak-anak mula memasuki game stage – mempelajari peraturan-peraturan yang mengatur peranan orang-orang yang kedudukannnya setaraf- kanak-kanak perlu belajar keadilan
13 December, 2014
3. Sekolah – sosialisasi disengajakan
Seseorang mempelajari hal-hal baru yang belum dipelajarinya dalam keluarga ataupun kawan bermain Pendidikan formal memberikan peranan-peranan baru untuk kehidupan di masa hadapan apabila seseorang tidak lagi bergantung pada orang lain
13 December, 2014
Robert Dreeben (1968)- apa yang dipelajari oleh kanak-kanak di sekolah selain membaca, menulis dan mengira ialah:
Berdikari (independence) orang tua
Melakukan tugas-tugas yang diberikan oleh guru tanpa bantuan orang tua Prestasi (achievement)Individu yang menonjol di sekolah berdasarkan prestasi Di rumah – jantina (laki-laki, perempuan, adik – kakak. Universalism (universalisme)Di rumah mendapat perhatian khusus kerana hubungan anak – ibubapa, anak orang lain tidak dilayan sama seperti anak sendiriDisekolah semua pelajar dilayan sama tidak dikhususkan SpecifisityPenilaian terhadap tingkah laku pelajar didibataskan secara spesifik. Cth; penilaian guru matematik tidak mempengaruhi penilaian guru bahasa Inggeris Di rumah penilaian tidak spesifik - balik lambat, ponteng, bergaduh, tak buah kerja sekolah – penilaian sama – nakal, rotan
13 December, 2014
4.Media massa – model-model, idola, mengajar tingkah laku yang betul, meluaskan pandangan kanak-kanak
13 December, 2014
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia menghabiskan purata empat jam 36 minit menonton telvisyen, tahun lepas (2011), meningkat 37 peratus berbanding tiga jam 21 minit pada 1995.
Ia berkata dalam pada masa menonton TV terus mencatat peningkatan setiap tahun, secara realitinya peningkatan tahun ke tahun tidaklah konsisten dan selancar itu.
Purata pertumbuhan setiap tahun masa menoton TV ialah 2.5 peratus.
Ia berkata kutipan di pawagam dan bilangan penonton juga bertambah.
Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kutipan oleh pawagam di Malaysia pada 2008 berjumlah RM380.7 juta, meningkat 32 peratus tahun ke tahun.
Filem berbahasa Inggeris paling popular di kalangan rakyat Malaysia, menyumbang 70 peratus daripada bahagian kutipan pawagam.
Tahun lepas, angka itu meningkat 31 peratus kepada RM265.08 juta.
Jumlah itu meningkat ketara berbanding 60 peratus pada 2006.
Ia bekata filem Melayu mencatat peningkatan 46 peratus dalam kutipan di pawagam kepada RM43.93 juta tahun lepas manakala filem Cina menyaksikan peningkatan 33 peratus kepada RM37.86 juta, manakala filem Tamil meningkat 20 peratus kepada RM17.14 juta dan lain-lain filem tumbuh sebanyak 12 peratus kepada RM16.71 juta.
Sementara itu jumlah pengunjung pawagam juga meningkat sebanyak 31 peratus kepada 43.85 juta tahun lepas berbanding 33.55 juta pada 2007.
Laporan itu menyebut, penonton filem Inggeris meningkat 29 peratus kepada 30.12 juta, filem Melayu 42 peratus kepada 5.29 juta, filem Cina 32 peratus kepada 4.34 juta, filem Tamil meningkat 36 peratus kepada 2.13 juta dan lain-lain meningkat 17 peratus kepada 1.97 juta.
-- BERNAMA
13 December, 2014
Sosialisasi Utama (primary) dan kedua (secondary)(Light et al. 1989) Sosialisasi utama – sosialisasi pertama yang dilalui
individu semasa kecil Sosialisasi sekunder – proses individu yang telah
disosialisasi untuk disosialisasikan semula dengan nilai, peranan baru
Desocialization – pencabutan diri – penjara, hospital sakit jiwa, latihan ketenteraan
Resocialization – orang sakit jiwa, banduan – dididik untuk menerima norma, peraturan baru
Brainwash – perang – tawanan perang –fizik dan psikologi – menanggalkan kesetiaan mereka pada negara
Anticipatory socialization – mempersiapkan seseorang untuk peranan baru – kenaikan pangkat, tahap pendidikan
13 December, 2014
Participatory socialization – anak diberi imbalan jika berkelakuan baik, hukuman dan imbalan bersifat simbolik, kebebasan, penekanan pada interaksi, komunikasi bersifat lisan, keluarga
Pola Pola Sosialisasi
13 December, 2014
Repressive socialization – menekankan penggunaan hukuman, imbalan - benda, penekanan kepada kepatuhan anak, komunikasi satu arah, non verbal, perintah, penekanan sosialisasi pada keinginan orang tua, keluarga – significant other
13 December, 2014
13 December, 2014
Sekian. Terima Kasih
Recommended