View
306
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
MANUAL MPK BIL : 09 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
TEMPAHAN DEWAN SERBAGUNA DAN
KEMUDAHAN SUKAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 9-21
8.0 CARTA ALIR 21
9.0 PENUTUP 22
10.0 LAMPIRAN 23
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka
menjadi tugas kita bersama sebagai warga kerja
MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan
agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu
tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Buku manual ini diterbitkan adalah untuk melaporkan serta
memaklumkan segala proses dan prosedur yang dilaksanakan di
Majlis kepada warga Majlis serta warga Klang. Di dalam manual ini
juga menerangkan semua prosedur mengenai tatacara tempahan
dewan serbaguna dan kemudahan sukan (gelanggang/padang) bagi
meningkatkan imej Majlis Perbandaran Klang. Pentadbiran. Fokus
utama manual ini adalah berkaitan dengan asas cara permohonan
serta syarat-syarat prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis
dapat dilaksanakan dengan cukup sempurna dan memuaskan hati
orang awam yang menjadi pelanggan MPK.
Majlis juga menekankan tahap pencapaian penambahbaikan dalam
mutu perkhidmatan kepada warga Klang dari segi ”value for money”
dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan
secara berterusan.
Marilah kita seluruh warga kerja MPK sama-sama mendokong moto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dan mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Bin Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Alhamdulliah, dipanjangkan himpunan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, taufik dan
hidayahNya serta selawat dan salam kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W telah mengizinkan untuk
menerbitkan manual ini sepertimana yang telah
dirancang.
Majlis Perbandaran Klang dalam mengorak langkah pembangunan serta
membudayakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan melalui
beberapa agenda yang telah dirancang oleh pihak pengurusan tertinggi
Majlis.
Buku manual ini diterbitkan adalah dapat membantu warga Klang. Majlis
dalam usaha untuk membuat satu perubahan melalui perkhidmatan yang
diberikan kepada warga Klang bagi mencapai matlamat dan misi Majlis iaitu
„Ke Arah Mewujudkan Bandaraya Terbilang Di Malaysia Menjelang 2015’.
Akhir bicara, semoga Majlis dalam mencapai kecemerlangan yang
diusahakan, kegemilangan yang bakal digenggam dan keterbilangan bangsa
yang akan dikagumi selaras dengan polisi serta dasar kerajaan Persekutuan
dan Negeri bagi memperhebatkan lagi daya produktiviti serta sanggahan
kerja yang diamanahkan untuk pelaksanakan yang tepat, kemas dan
mencapai matlamat Majlis.
Sekian. Terima Kasih. Wassalam.
(Zaireezal bin Ahmad Zainuddin) Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Menyelaras dan menyeragamkan pengendalian pengurusan tatacara permohonan penggunaan dewan dan padang oleh orang awam dan kakitangan di Majlis Perbandaran Klang.
1.4 Manual ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pentadbiran Majlis demi membina imej yang lebih cemerlang dan dinamik.
2.0 LATAR BELAKANG
Buku manual ini disediakan adalah untuk menentukan
peraturan/syarat-syarat dan tatacara permohonan bagi penyewaan
dewan serbaguna, rekreasi, riadah dan tempat-tempat kemudahan
sukan (padang/gelanggang) mengikut proses dan prosedur yang telah
ditetapkan oleh Majlis bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan imej
Majlis Perbandaran Klang.
Majlis mempunyai 22 buah dewan dan 6 buah padang Majlis di sekitar
kawasan pentadbirannya di mana tempahan pengurusan adalah di
bawah Jabatan Khidmat Pengurusan (bahagian pentadbiran am)
manakala pengurusan penyelenggaraan adalah di bawah Jabatan
Kejuruteraan. Penggunaan dewan ini adalah untuk penyewaan yang
bertujuan bagi majlis perkahwinan, jamuan makan (hari jadi),
pertunjukan pentas, konsert tadika seminar/ bengkel, ceramah /
mesyuarat, pertandingan sukan dan sukaneka. Manakala penggunaan
padang Majlis adalah untuk kemudahan sukan seperti acara sukan
sekolah (awam, swasta),acara pertandingan sukan badminton, tenis,
squash dan sebagainya.
Dengan itu, buku manual ini hendaklah dijadikan sebagai panduan yang memperjelas dan menerangkan tatacara proses permohonan dan prosedur kerja.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 6
3.0 DEFINISI
Tatacara tempahan dewan serbaguna dan kemudahan sukan
(gelanggang/padang) bagi meningkatkan imej Majlis Perbandaran
Klang. Pentadbiran. asas cara permohonan serta syarat-syarat
prosedur penggunaan dewan dan padang Majlis dapat dilaksanakan
dengan cukup sempurna dan memuaskan hati orang awam yang
menjadi pelanggan MPK.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 7
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
Pegawai Tadbir (N41)
Jabatan Khidmat Pengurusan
Pen.Pegawai Tadbir ( N 27 ) Jabatan Khidmat Pengurusan
Penghantar Notis (N1)
Pemb.Am Rendah (N 1)
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan
(N52)
Pemb.Tadbir
(N17)
Pemb.Tadbir
(N17)
Pemb.Tadbir
(N17)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 8
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:
i Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 1994-2002
(Jilid II)
ii Perintah-Perintah Am Dan Arahan Pentadbiran
iii Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
iv Dasar-dasar Majlis Perbandaran Klang
6.0 SKOP KERJA
Skop kerja tempahan dewan serbaguna dan tempat-tempat
kemudahan sukan (padang/gelanggang) ini mengandungi :-
i. Prosedur permohonan
ii. Bayaran perlu dijelaskan
iii. Pembatalan
iv. Syarat-syarat penggunaan dewan serbaguna dan tempat-tempat
kemudahan sukan (padang/ gelanggang)
v. Penggunaan sistem E-Tempahan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 9
7.0 PROSES KERJA 7.1. PENYEWAAN DEWAN SERBAGUNA REKREASI DAN RIADAH
MAJLIS PERBANDARAN KLANG SECARA MANUAL
A. PROSEDUR PERMOHONAN
i. Pemohon perlu menghadirkan diri ke Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menyemak tarikh yang dikehendaki samada masih terdapat kekosongan atau ditempah.
ii. Yang Dipertua atau wakilnya berhak menolak mana-mana
permohonan yang bercanggah dengan peraturan dan syarat Majlis.
iii. Permohonan hanya disahkan sekiranya pihak Majlis menerima
bayaran cagaran sewaan dewan 7 hari dari tarikh tempahan yang dibuat di Kaunter Tempahan Dewan dan Riadah Majlis. Sekiranya pemohon gagal untuk menjelaskan bayaran cagaran tersebut dalam tempoh berkenaan, pihak Majlis berhak untuk membatalkan permohonan tempahan tersebut.
iv. Sekiranya permohonan tempahan dewan yang kurang dari 30
hari (sebulan) dari tarikh penggunaan maka pemohon hendaklah menjelaskan bayaran penuh sewaan dewan dan wang cagaran dewan sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis.
7.1.2 BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN
1. Majlis menetapkan bayaran cagaran sewaan dewan adalah 50% daripada jumlah bayaran sewaan dewan yang telah ditetapkan.
2. Majlis menetapkan bayaran sewa dewan adalah mengikut tujuan penggunaan dewan dan masa yang digunakan oleh pemohon mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3. Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan dalam tempoh masa 45 hari sebelum tarikh penggunaan (jika ianya jatuh pada hari Ahad hendaklah dijelaskan sebelum jam 10 pagi pada hari Sabtu). Bayaran boleh dibuat secara tunai/cek/wang pos atas nama YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KLANG.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 10
7.1.3 PEMBATALAN
1. Sekiranya tempahan dibatalkan oleh pemohon sebelum 14 hari dari tarikh penggunaan, bayaran penggunaan dikembalikan sepenuhnya.
2. Jika tempahan dibatalkan oleh pemohon dalam 14 hari dan tidak kurang dari 7 hari dari tarikh penggunaan, wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja.
3. Sekiranya pembatalan oleh pemohon dibuat dalam tempoh kurang dari 7 hari dari tarikh penggunaan, cagaran tidak akan dikembalikan.
4. Pihak Majlis Perbandaran Klang BERHAK membatalkan tempahan dengan serta-merta (tempoh 24 jam)
sekiranya terdapat Program / Anjuran Kerajaan Negeri / Majlis dan kepentingan awam yang mengejut. Segala bayaran yang telah dibuat akan dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang faedah atau gantirugi dengan syarat pengguna mengemukakan resit asal.
5. Pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga berhak membatalkan tempahan sekiranya pemohon tidak membuat bayaran penuh dalam tempoh yang telah ditetapkan.
7.1.4 SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN DEWAN
1. Pemohon hendaklah mengemukakan resit asal kepada pegawai/kakitangan Majlis semasa hendak menggunakan dewan.
2. Pemohon/pengguna hendaklah bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) semasa dan selepas penggunaan akan ditanggung oleh pengguna dan diminta membayar ganti rugi kepada Majlis sekiranya berlaku kerosakan.
3. Pengguna DILARANG KERAS membawa masuk
sebarang makanan dan minuman haram di sisi Agama Islam atau apa-apa yang boleh merosakkan atau apa-apa yang boleh merosakkan serta mengotorkan dewan Majlis sebagai menghormati budaya dan patang larang masyrakat majmuk.
4. Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan/kecederaan/kehilangan barang-barang semasa penggunaan dewan.
5. Pengguna dikehendaki memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan acara dan jenis-jenis permukaan gelanggang yang digunakan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 11
6. Pengguna DILARANG untuk mempamerkan gambar,
kain rentang atau iklan di dinding di dalam dewan atau di luar dewan. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK).
7. Pengguna hendaklah mengosongkan dewan termasuk orang-orang, perkakasan dan sebagainya tidak melebihi 1 jam selepas tamat masa sewaan, jika gagal membuat sedemikian wang cagaran sewaan tidak akan dikembalikan.
8. Sekiranya didapati bahawa pemohon telah melakukan pelanggaran syarat dan dewan didapati tidak berada seperti di dalam keadaan bersih, wang cagaran juga tidak akan dikembalikan.
9. Sebarang syarat yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MPK.
7.1.5 PERINGATAN
1. Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan/kecederaan/kehilangan barang-barang semasa penggunaan dewan.
2. Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) adalah kawasan larangan merokok.
7.1.B PENYEWAAN TEMPAT-TEMPAT KEMUDAHAN SUKAN (PADANG/GELANGGANG) MAJLIS PERBANDARAN KLANG SECARA MANUAL
7.1.1.B PROSEDUR PERMOHONAN
1. Pemohon perlu menghadirkan diri ke Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menyemak tarikh yang dikehendaki samada masih terdapat kekosongan atau ditempah.
2. Yang Dipertua atau wakilnya berhak menolak mana-mana permohonan yang bercanggah dengan peraturan dan syarat Majlis.
3. Permohonan hanya disahkan sekiranya pihak Majlis menerima bayaran cagaran sewaan padang 7 hari dari tarikh tempahan yang dibuat di Kaunter Tempahan Dewan dan Riadah Majlis. Sekiranya pemohon gagal untuk menjelaskan bayaran cagaran tersebut dalam tempoh berkenaan, pihak Majlis berhak untuk membatalkan permohonan tempahan tersebut.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 12
4. Sekiranya permohonan tempahan gelanggang/padang yang kurang dari 30 hari (sebulan) dari tarikh penggunaan maka pemohon hendaklah menjelaskan bayaran penuh sewaan padang dan wang cagaran padang sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis.
5. Pemohon boleh membuat permohonan dengan cara seperti berikut:-
i Sewaan Bulanan Badminton/ Tenis/ Squash
Pemohon hendaklah membuat permohonan
tempahan seperti jadual di bawah:-
7.1.2.B BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN
1. Majlis menetapkan bayaran sewa padang/gelanggang adalah mengikut tujuan penggunaan padang/gelanggang dan masa yang digunakan oleh pemohon mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2. Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan dalam tempoh masa 45 hari sebelum tarikh penggunaan (jika ianya jatuh pada hari Ahad hendaklah dijelaskan sebelum jam 10 pagi pada hari Sabtu). Bayaran boleh dibuat secara tunai/cek/wang pos atas nama YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KLANG.
7.1.3.B PEMBATALAN
1. Sekiranya tempahan dibatalkan oleh pemohon sebelum 14 hari dari tarikh penggunaan, bayaran
penggunaan dikembalikan sepenuhnya. 2. Jika tempahan dibatalkan oleh pemohon dalam 14 hari
dan tidak kurang dari 7 hari dari tarikh penggunaan, wang cagaran akan dikembalikan separuh sahaja.
3. Sekiranya pembatalan oleh pemohon dibuat dalam tempoh kurang dari 7 hari dari tarikh penggunaan, cagaran tidak akan dikembalikan.
4. Pihak Majlis Perbandaran Klang BERHAK membatalkan tempahan dengan serta-merta (tempoh 24 jam) sekiranya terdapat Program / Anjuran Kerajaan Negeri /
Bil Tarikh Tempahan Sesi Permainan (bulan)
1. Disember minggu ke-2 Januari hingga Mac
2. Mac minggu ke-2 April hingga Jun
3. Jun minggu ke-2 Julai hingga September
4. September minggu ke- 2
Oktober hingga Disember
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 13
Majlis dan kepentingan awam yang mengejut. Segala bayaran yang telah dibuat akan dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang faedah atau gantirugi dengan syarat pengguna mengemukakan resit asal.
5. Pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga BERHAK membatalkan tempahan sekiranya pemohon tidak membuat bayaran penuh dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
7.1.4.B SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN PADANG/ GELANGGANG
1. Pemohon hendaklah mengemukakan resit asal kepada pegawai/kakitangan Majlis semasa hendak menggunakan padang/gelanggang.
2. Pemohon/penggunahendaklah BERTANGGUNGJAWAB
ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar padang/gelanggang Majlis Perbandaran Klang (MPK) semasa dan selepas penggunaan akan ditanggung oleh pengguna dan diminta membayar ganti rugi kepada Majlis sekiranya berlaku kerosakan.
3. Pengguna adalah DILARANG mendirikan khemah di
dalam kawasan padang dan diatas trek.
4. Pemohon/pengguna mestilah BERTANGGUNGJAWAB keatas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di padang/gelanggang Majlis Perbandaran Klang semasa dan selepas penggunaan. Segala kerosakkan keatas harta Majlis semasa penggunaan akan ditanggung oleh pengguna dan diminta membayar gantirugi kepada Majlis sekiranya berlaku kerosakan.
5. Pengguna dikehendaki memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian dengan acara dan jenis-jenis permukaan gelanggang/padang yang digunakan.
6. Pengguna adalah DILARANG mengecat/menconteng trek, papan tanda dan tidak membuang sampah, tanah pasir, bahan-bahan cecair seperti minyak merata-rata.
7. Pengguna adalah DILARANG membawa/meletakkan kenderaan melalui trek atau padang dan menggunakan bekalan elektrik/generator sendiri tanpa kebenaran Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 14
8. Permohonan daripada pelajar sekolah hendaklah membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah untuk mendapatkan bayaran konsesi pelajar sekolah.
9. Sekiranya didapati bahawa pemohon telah melakukan pelanggaran syarat dan padang/gelanggang didapati tidak berada seperti di dalam keadaan bersih, wang cagaran juga tidak akan dikembalikan.
10. Sebarang syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MPK.
7.1.5. B PERINGATAN
1. Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan/kecederaan/kehilangan barang-barangsemasa penggunaan padang/gelanggang.
7.2 PENGGUNAAN SISTEM E-TEMPAHAN SECARA SISTEM
Jabatan Khidmat Pengurusan telah menggunapakai satu Sistem
Tempahan Dewan adalah secara atas talian (online) iaitu
sistem E-tempahan yang bertujuan untuk mengemaskinikan
maklumat/ data dan memasukkan data tempahan yang dibuat
oleh orang awam. Sistem ini menggunakan Spesifikasi Window
Server 2003 , Xampp dan My SQL 2000. Antara faedah yang
dapat diperoleh daripada Sistem E-tempahan adalah:
1. Dapat dicapai oleh semua kakitangan kaunter tempahan dengan mudah.
2. Kerenah birokrasi dapat dikurangkan proses penyampaian (delivery system) lebih cepat.
3. Maklumat diterima dalam tempoh masa sebenar (real time).
4. Bilangan tempahan dewan lebih banyak dapat dicapai.
5. Dapat dicapai di mana sahaja tempat yang ada rangkaian internet.
6. Masa berurusan di kaunter dapat singkatkan.
7. Pergerakan pegawai dapat dikurangkan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 15
8. Kos pengurusan dapat dijimatkan.
9. Hasil Majlis dapat ditingkatkan.
10. Laporan bulanan penggunaan dewan dapat diperolehi dengan mudah.
11. Tempahan dewan tidak bertindih.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 16
TATACARA PELAKSANAAN E-TEMPAHAN
a. Akses program e-TEMPAHAN di Laman Web e-TEMPAHAN.
b. http://172.16.0.35/e-tempahan/index.php
c. Klik butang Aplikasi e-TEMPAHAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 17
d) Masukkan Username & Password.
e) Pilih Menu Tempahan Baru
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 18
`````````````` f) Masukkan Maklumat Penempah .
g) Masukkan Butir Tempahan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 19
h) Klik Butang Hantar.
i) Klik butang kemaskini.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 20
j) Klik Butang Butir Bil Sewa Dan Cetak Bil.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 21
K) Klik Butang „Cetak Surat Tempahan
8.0 CARTA ALIR
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 22
9.0 PENUTUP
Buku manual ini disediakan adalah sebagai rujukan dan
panduan kepada semua owang awam dan kakitangan yang
memperjelas dan memperkukuhkan proses dan prosedur kerja
bagi tempahan dewan dan padang Majlis. Dengan adanya
manual ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dikaunter
tempahan dan pentadbiran Majlis demi membina imej yang lebih
cemerlang dan dinamik.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 23
10.0
LAMPIR
AN Bil. Gambar Tapak Lokasi
1.
Alamat: Dewan Hamzah, Jalan Perbandaran, 41675 Klang Kegunaan: Acara-acara rasmi Majlis dan acara rasmi jabata kerajaan
2.
Alamat: Dewan Ahmad Razali, Jalan Haji Sirat, Batu 4, 42100 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 24
3.
Alamat: Dewan Kompleks Sukan, Jalan Raja Lumu, 42000 Pel Klang Kegunaan: Aktiviti sukan, seminar dan mesyuarat
4.
Alamat: Dewan kg. Pendamar, Jalan damar 14, Kg. Pendamar, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat
5.
Alamat: Dewan kg. Idaman, Jalan Idaman 12, Kg. Idaman, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 25
6.
Alamat: Dewan Pandamaran Jaya, Jalan Pandamaran jaya 7, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat
7.
Alamat: Dewan Kg Raja Uda, Lorong Melikai 4, kampong Raja Uda, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan mesyuarat
8.
Alamat: Dewan Sri Andalas, Jalan Tun Abdul Razak, 41200 Taman Sri Andalas, Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan seminar, dan sukan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 26
9.
Alamat: Dewan Pelabuhan Klang, Jalan Pekeliling, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
10.
Alamat: Dewan Kg. Kuantan, Jalan Bukit Kuda, 41000 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
11.
Alamat: Dewan Telok Gong, Kg. Hamid Tuah, 42000 Pel Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan Keluasan: NIL Tahun Dibina: NIL Nama Pengurus: Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 27
12.
Alamat: Dewan Taman Eng Ann, Jln Serindit 10, Tmn Bukit Raja, 41150 klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
13.
Alamat: Dewan Taman Sentosa, Off Jalan Sg. Jati, Taman sentosa, 41200 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
14.
Alamat: Dewan Bandar Sultan Suleiman, Lebuh Sultan Abd Samad, Bandar Sultan Sulaiman, 42000 Pel. Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 28
15.
Alamat: Dewan Klang jaya, Jalan Selampit 26, Taman Klang Jaya, 41200 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
16.
Alamat: Dewan Sungai Pinang, Jalan Labis 100, Sg. Pinang, 41400 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
17.
Alamat: Dewan Meru, Jalan Bkt Kapar, 42200 Meru Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 29
18.
Alamat: Dewan Bukit Kerayong, Jalan Kerayong 7, Tmn sri Kerayong, 42200 kapar Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
19.
Alamat: Dewan Teluk Pulai, Jalan Serampang 3, Tmn Sinaran, 41100 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
20.
Alamat: Dewan Berkeley, Lebuh rajawali, Tmn Berkeley, 41000 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 09 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tempahan Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan MPK 30
21.
Alamat: Dewan Bukit Tinggi 2, Lorong batu Nilam 17D, Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
22.
Alamat: Dewan Kg. Pendamar Indah 2, Lebuh damar Merah, Taman pendamar Indah 2, 42000 Pelabuhan Klang Kegunaan: Dibuka kepada orang ramai bagi tujuan perkahwinan, seminar, sukan dan sukan
Recommended