View
232
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
2
© 2015 Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal atau dipindahkan dalam sebarng bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin daripada pihak Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
Nombor ISBN
978-967-344-409-0
Reka Bentuk Penerbitan
Noraini binti Ahmad Zaimi
Saheh Said
Susun Atur Bahan Penerbitan
Rosewati binti Mohd Yusuff
Azniza binti Azhar
Diterbitkan Oleh
Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.
Tel : 03-8946 8557 / 7279
Faks : 03-8946 7280
3
PENULIS MODUL
MOHAMMAD SHATAR BIN SABRAN ABDUL RASID BIN JAMIAN
TINIA IDATY BINTI MOHD GHAZI OMRAH BIN HASSAN @ HUSSIN
HUSNIYAH BINTI ABDUL RAHIM @ ABDUL WAHAB ROZIAH BINTI MOHD RASDI
MOHD IBRANI SHAHRIMIN BIN ADAM ASSIM ZAID BIN AHMAD
OTHMAN BIN JAILANI ARBAI’E BIN SUJUD
ZULHAMRI BIN ABDULLAH ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
MANSOR BIN ABU TALIB AHMAD BIN ISMAIL
IZA DURA BINTI ABDUL MANAN FAUZIAH HANIM BINTI AHMAD SHAARI
4
ATUR ACARA
8.30 – 9.00 pagi AKTIVITI RAMAH MESRA
9.00 – 10.30 pagi BAB 1 : SUAI DIRI
10.30 – 11.00 pagi SARAPAN PAGI
11.00 – 12.00 tengah hari BAB 2 : SERONOKNYA BELAJAR!
12.00 – 1.00 petang BAB 3 : ETIKA DAN PENAMPILANPELAJAR 1.00 – 2.30 petang MAKAN TENGAH HARI
2.30 – 4.00 petang BAB 4 : ENGLISH ‘FEAR NO MORE’
4.00 – 5.30 petang BAB 5 : GRADUAN UNGGUL
5.30 petang SESI PENILAIAN KURSUS
5.45 petang BERSURAI
5
KANDUNGAN
MUKA SURAT
MUKADIMAH 9
AKTIVITI RAMAH MESRA 10
BAB 1 : SUAI DIRI 13
BAB 2 : SERONOKNYA BELAJAR! 17
BAB 3 : ETIKA DAN PENAMPILAN PELAJAR 23
BAB 4 : ENGLISH ‘FEAR NO MORE’ 32
BAB 5 : GRADUAN UNGGUL 35
RUJUKAN 41
6
MUKADIMAH Kursus Permulaan Graduan (Starting School) adalah inisiatif awal Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak semester pertama sesi 2007/2008. Kursus ini bertujuan membantu pelajar-pelajar baharu membentuk kecemerlangan dan keyakinan diri supaya boleh menyesuaikan diri dengan baik apabila berada di universiti. Kursus ini dibentuk berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dengan mengambil kira beberapa masalah atau cabaran awal pelajar ketika melanjutkan pengajian di universiti. Dapatan kajian yang dijalankan mendapati bahawa lima sasaran utama perlu diberikan penumpuan iaitu: 1. Penyesuaian diri terhadap persekitaran seperti kejutan budaya, perubahan
sikap, pengurusan masa dan disiplin diri. 2. Aspek pembelajaran seperti strategi, kemahiran dan teknik pembelajaran. 3. Etika dan penampilan selaras dengan peraturan universiti. 4. Kepentingan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. 5. Ekspektasi majikan terhadap kualiti graduan yang bakal memasuki pasaran
pekerjaan. Kursus ‘Starting School’ dilaksanakan melalui pendekatan konsep mesra pelajar oleh fasilitator yang telah mengikuti kursus ‘Training of Trainers’ (T.O.T). Kursus ini menggunakan pendekatan 70% praktikal dan 30% teori. Melalui pendekatan ini, pelajar baharu dapat didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk menyesuaikan diri mereka dengan suasana pembelajaran di universiti. Semua pelajar baharu diharapkan tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti Kursus ‘Starting School’ agar mereka mampu muncul sebagai seorang pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
7
AKTIVITI RAMAH MESRA
Objektif
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar berasa selesa dan mewujudkan keyakinan diri pelajar dalam penyertaan aktiviti kursus yang dijalankan. Hasil Pembelajaran
Pada akhir aktiviti ini, pelajar dapat: 1. mempamerkan perasaan seronok menyertai aktiviti. 2. menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan. 3. meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi.
Kandungan Aktiviti ini merangkum aktiviti lontaran persahabatan yang akan mewujudkan interaksi sesama rakan dan fasilitator. Seterusnya aktiviti ‘Siapa Saya?’ dan ‘Kenalilah Rakan’ adalah untuk mengetahui maklumat latar belakang rakan supaya lebih mengenali antara satu sama lain. Masa 30 minit
Bahan Bantu
Lontaran Persahabatan : Bola kertas (perlu disediakan sebelum kursus
Starting School bermula), muzik atau bunyian yang dimainkan selama 3 minit.
Siapa Saya : Pita pelekat, kertas A4, pen, gunting
Kenalilah Rakan : Pita pelekat, kertas A4, pen, gunting
No Aktiviti Kaedah Masa
(minit) Catatan
1 Lontaran Persahabatan Berkumpulan 5
2 ‘Siapa Saya ?’ dan ‘Kenalilah Rakan’
Individu dan berkumpulan
15
3 Rumusan Perbincangan 10
8
LONTARAN PERSAHABATAN (5 minit)
Persediaan awal:
Fasilitator perlu menyediakan bola kertas yang berisi sesuatu/kosong.
Kandungan boleh berupa gula-gula, syiling dan barangan kecil atau gumpalan
kosong. Untuk kumpulan seramai 35-40 orang adalah disyorkan sebanyak 6-8
biji bola kertas.
Langkah aktiviti:
Pelajar diminta membuat satu bulatan. Muzik atau bunyian diperdengarkan untuk aktiviti lontaran. Beberapa pelajar diberi bola kertas. Pelajar yang mendapat bola kertas dikehendaki melontar ke arah rakan.
Aktiviti ini perlu berterusan sehingga muzik dihentikan. Pelajar terakhir yang memegang bola kertas diminta membuka gumpalan
tersebut dan menunjukkan isi kandungan yang terdapat di dalamnya. ‘SIAPA SAYA?’ DAN ‘KENALILAH RAKAN’ (15 minit)
‘SIAPA SAYA?’ (7 minit)
Langkah aktiviti:
Pelajar diminta menulis nama ringkas masing-masing pada kepingan pita pelekat dan pamerkan.
Pelajar dikehendaki menulis empat gambaran umum berkaitan peribadi (contoh: hobi, makanan kegemaran, program pengajian, asal kediaman) di atas kad kuadran dan ditampal di bahagian belakang masing-masing.
Pelajar dikehendaki mendapatkan sekurang-kurangnya dua maklumat secara rinci berkaitan gambaran peribadi daripada dua rakan mereka. Untuk langkah ini, pelajar diberi masa selama 3 minit sahaja.
LANGKAH AKTIVITI
9
‘KENALILAH RAKAN’ (8 minit)
Langkah aktiviti:
Fasilitator memilih beberapa orang pelajar untuk membentangkan maklumat yang diperoleh daripada rakan mereka.
Pelajar lain diminta mengenal pasti rakan baharu mereka melalui maklumat yang dibentangkan.
Pelajar yang mempunyai latar belakang yang telah dibentangkan dikehendaki tampil mengesahkan maklumat tersebut.
RUMUSAN
Fasilitator boleh mengetengahkan idea-idea penting seperti yang
berikut sebagai rumusan kepada aktiviti yang telah dijalankan.
Perlu ada usaha untuk memulakan perkenalan.
Salam perkenalan perlu disambut dengan hati terbuka dan ikhlas.
Perkenalan perlu dijalin dengan penuh keikhlasan dan tanpa mengharapkan sesuatu. Kadang kala ada ganjaran yang tidak dijangka hasil dari perkenalan dan persahabatan yang terbina.
Perlu mengetahui maklumat latar belakang rakan dalam usaha untuk mengenali rakan.
Perlu ada strategi dalam mengenali dan menjalinkan persahabatan.
10
____________ BAB 1 ____________
SUAI DIRI Objektif Bab ini bertujuan untuk mempertingkat kemahiran suai diri sebagai pelajar universiti yang berketrampilan.
Hasil Pembelajaran Pada akhir aktiviti ini, pelajar dapat: 1. menyesuaikan diri sebagai pelajar universiti. 2. mempamerkan ketrampilan diri. Kandungan Bab ini mengandungi elemen hubungan sosial, kemahiran menyesuaikan diri dan ketrampilan diri dalam kumpulan sama ada di kolej, fakulti atau universiti. Masa 1 jam 30 minit
No Aktiviti Kaedah Masa
(minit) Catatan
1 Permulaan Kerja Kumpulan
10
2 Interaksi dalam kumpulan
Kerja Kumpulan
10
3 Persembahan Simulasi dan Main peranan
60
4 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 1
11
Bahan Bantu
Kertas bersaiz A4, pen/pensil, tag nama, riben.
Nota
Lampiran 1: Panduan Suai Diri
Permulaan
Bahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan.
Setiap kumpulan melantik ketua.
Tentukan peranan ahli kumpulan masing-masing.
Pengurusan pentadbiran sama ada di kolej, fakulti atau di universiti.
Perkongsian rakan sebaya.
Penasihat Akademik (PA)sebagai pembimbing dan memberi khidmat nasihat
akademik peringkat fakulti contohnya pendaftaran, pengguguran dan
pengecualian kursus, sistem pencapaian gred kumulatif (CGPA) dan
sebagainya.
Keterlibatan dalam aktiviti kokurikulum peringkat kolej, fakulti dan universiti.
Pelajar diberikan masa 15 minit untuk membuat persembahan yang menarik
mengikut senario yang diberikan.
2. Interaksi dalam Kumpulan
Pelajar membincangkan peranan masing-masing.
3. Persembahan Kumpulan
Setiap kumpulan mempersembahkan ‘simulasi dan main peranan’.
LANGKAH AKTIVITI
12
RUMUSAN Setiap kumpulan melaporkan pengalaman mereka dalam persembahan simulasi dan main peranan. Fasilitator membincangkan matlamat aktiviti. Persoalan-persoalan berikut boleh dikemukakan dalam perbincangan: Apakah perasaan anda memegang watak dalam simulasi dan main
peranan tadi? Apakah matlamat asas aktiviti ini? Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk cepat menyesuaikan
diri? Sebagai warga kampus? Sebagai pelajar Universiti Penyelidikan? Apakah petua seseorang pelajar berjaya dalam mengatasi cabaran
penyesuaian diri?
13
LAMPIRAN 1 : Panduan Suai Diri Petua untuk kecemerlangan diri di universiti : Interaksi antara individu dengan kumpulan Interaksi dengan pensyarah Interaksi dengan pegawai akademik/bukan akademik Peka dengan persekitaran universiti Budaya santun Proaktif Berfikiran positif Mengamalkan gaya hidup sihat Seimbangkan akademik dengan kokurikulum Memiliki kemahiran insaniah
LAMPIRAN
14
____________ BAB 2 ____________
SERONOKNYA BELAJAR! Objektif Bab ini bertujuan untuk memperkenalkan cara pembelajaran dan mendedahkan faktor-faktor kejayaan pelajar di universiti. Hasil Pembelajaran Pada akhir aktiviti ini, pelajar dapat: 1. mengetahui cara pembelajaran di universiti. 2. mengenal pasti faktor-faktor kejayaan pelajar di universiti. Kandungan Bab ini mengandungi elemen kemahiran belajar, gaya pembelajaran dan faktor-faktor kejayaan sebagai seorang pelajar universiti. Masa 60 minit
No Aktiviti Kaedah Masa
(minit) Catatan
1 Teknik pembelajaran berkesan/faktor kejayaan pelajar di universiti
Perbincangan kumpulan
8 Lampiran 1
2 Teknik pembelajaran berkesan/faktor kejayaan pelajar di universiti
Pembentangan kumpulan
42
3 Rumusan Perbincangan 10
15
Bahan Bantu
Papan putih, kertas mahjong, pen
Nota
Lampiran 1: Teknik Pembelajaran Berkesan
Nota untuk Fasilitator:
1. menggunakan pendekatan pengajaran yang proaktif.
2. menggunakan sebaik-baiknya kemudahan persekitaran yang sedia ada.
3. mengetahui sistem penasihatan akademik.
4. melaksanakan konsep Friendly Mentoring System.
5. mengetahui keluwesan (keanjalan) dalam mendapatkan pengetahuan.
6. memahami sistem universiti, sesi semester, penilaian berterusan dan budaya
akademik universiti.
7. memahami objektif modul kursus yang ingin disampaikan.
8. mengamalkan pengurusan masa yang berkesan.
Pembelajaran di Universiti
Bahagikan pelajar kepada enam kumpulan.
Tiga kumpulan membincangkan teknik pembelajaran berkesan dan tiga kumpulan lagi membincangkan faktor kejayaan pelajar di universiti.
Setiap kumpulan kecil melantik ketua kumpulan.
Pelajar diberikan masa 8 minit untuk berbincang.
LANGKAH AKTIVITI
16
a) Teknik pembelajaran berkesan: (Rujuk Lampiran 1)
Kerja kumpulan
Mengambil nota
Pembacaan berkesan
Kemahiran mendengar
Penggunaan perpustakaan
Penggunaan bahan rujukan
b) Faktor kejayaan pelajar di universiti :
Penguasaan pelajar dari segi JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial)
Disiplin diri
Kerajinan
Bersikap positif
Rajin berbincang dengan pensyarah dan rakan-rakan
Mempunyai teknik belajar yang berkesan
Sentiasa membuat ulang kaji
Menjaga kesihatan
Sentiasa bersemangat
Membuat persediaan awal
Tidak ponteng kuliah
Tidak alpa dengan keseronokan
Membina matlamat yang jelas
Tidak menghormati pensyarah
Sentiasa berdoa
Semangat kerja berkumpulan
Menjaga etika moral
RUMUSAN
Fasilitator membincangkan objektif aktiviti iaitu teknik pembelajaran berkesan yang penting untuk kemajuan akademik. Di samping itu, sikap pelajar adalah faktor utama ke arah kecemerlangan akademik.
17
LAMPIRAN 1 : Teknik Pembelajaran Berkesan
Kemahiran Insaniah (KI)
1. TS : Team Spirit (Kerja Berpasukan)
2. EM : Ethics and Moral (Etika dan Nilai Profesional)
3. LL : Longlife Learning (Pembelajaran Sepanjang Hayat)
4. CTPS : Critical Thinking and Problem Solving (Berfikiran Kritis dan Penyelesaian
Masalah)
5. LS : Leadership (Kepemimpinan)
6. CS : Communication Skill (Kemahiran Komunikasi)
7. KK : Entrepreneurial Skill (Kemahiran Keusahawanan)
Motivasi Pembelajaran Cemerlang
1. Berusaha menjadikan pembelajaran menarik (amali/ kerja lapangan/
teknologi).
2. Menggunakan sepenuhnya persekitaran pembelajaran di universiti seperti
ruang legar, wifi dan sebagainya.
3. Menggunakan perkhidmatan penasihat akademik di fakulti.
4. Pengurusan masa yang berkesan. Contoh: menghadiri kuliah, mengulang kaji
pelajaran, melaksanakan tugasan amali dan laporan yang diarahkan, rehat
secukupnya, beriadah dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
LAMPIRAN
18
5. Fokus dan tetapkan sasaran pencapaian diri.
6. Persediaan ke arah kerjaya masa hadapan.
7. Mengambil berat aspek penampilan diri.
Contoh Sumber Rujukan Ilmiah
a. Kertas kerja (dari seminar, konvensyen, persidangan, simposium, bengkel,
kolokium, perbincangan, kongres dan lain-lain)
b. Fail syarikat
c. Fail peribadi
d. Surat menyurat
e. Diari/memo
f. Buku nota
g. Lukisan
h. Foto
i. Prosiding/konferens
j. Disertasi/tesis
k. Laporan penyelidikan/Jurnal
Contoh Sumber Sekunder
a. Kamus
b. Ensiklopedia
c. Buku panduan (Handbook)
d. Almanak
e. Buku Tahunan
f. Direktori
g. Bibliografi
h. Indeks majalah
i. Biografi
j. Gazetir
k. Peta/Atlas
19
Petua dan Kaedah Peningkatan Kemahiran Pelajar
Pelbagai petua dan kaedah peningkatan kemahiran yang boleh menjadi rujukan
seorang pelajar Universiti. Antaranya :
Kemahiran Membaca:
http://lss.info.yorku.ca/resources/reading-skills-for-university/
Pautan di atas merupakan salah satu kemahiran yang dapat membantu anda menguasai teknik membaca pelbagai bahan dan rujukan di Universiti. Maklumat dari York University. Kemahiran Mengambil Nota:
http://www.worcester.ac.uk/studyskills/documents/Taking_notes_2012.pdf
Pelajar mampu meningkatkan kemahiran mengambil nota dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti mendengar, membuat format/templat tertentu untuk nota, penggunaan kata kunci ‘key words’ dan sebagainya. Petua di atas diambil dari sumber rujukan University of Worcester. Pembentangan Lisan (Oral Presentation):
http://www.worcester.ac.uk/studyskills/documents/
Making_oral_presentations_2012.pdf
Pembentangan secara lisan merupakan salah satu perkara yang penting bagi pelajar universiti sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Petua yang dirujuk daripada University of Worcester ini membantu anda dalam merangka strategi berkesan bagi meningkatkan kemahiran pembentangan lisan dan juga berucap umum. Persediaan Menghadapi Peperiksaan:
http://lss.info.yorku.ca/resources/preparing-for-tests-and-exams/#Ok
Berikut merupakan strategi dalam membantu anda menghadapi ujian dan peperiksaan akhir. Rujukan dari York University. Sumber dari Internet ini boleh dilayari di alamat berikut: http://www.utm.my/undergraduates/teknik-belajar-berkesan/
20
____________ BAB 3 ____________
ETIKA DAN PENAMPILAN PELAJAR Objektif Bab ini bertujuan memberi kesedaran dan menyediakan pelajar untuk memahami dan seterusnya mematuhi segala peraturan dan amalan murni dalam tempoh pengajian mereka di Universiti Putra Malaysia. Hasil Pembelajaran Pada akhir aktiviti ini, pelajar dapat: 1. mengetahui kepentingan etika dan penampilan diri. 2. mengamalkan kehidupan di universiti secara yang beretika. 3. mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh universiti. Kandungan Bab ini mengandungi etika dan penampilan diri yang positif sebagai gaya hidup yang sihat. Ia membantu pelajar untuk lebih cemerlang dalam usaha pembentukan insan yang berilmu dan berbakti. Masa 60 minit
No Aktiviti Kaedah Masa
(minit) Catatan
1 Persediaan Perbincangan 10 Lampiran 1
2 Pembentangan
Persembahan/
Pembentangan
(10 min x 4 kum-pulan = 40 min)
40 Lampiran 2 & 3
3 Rumusan Perbincangan 10 Lampiran 4, 5 & 6
21
Bahan Bantu:
Kertas mahjong, pensel, pen, papan putih.
Nota:
Lampiran 1: Etika Penampilan Pelajar UPM Lampiran 2: Petikan Arahan Tetap Kolej Kediaman Pelajar 1983 Lampiran 3: Petikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Peraturan
Kolej: Peraturan Balik/Keluar Lewat selepas jam 12 tengah malam Lampiran 4: Petikan Peraturan Membawa Kenderaan Pelajar Lampiran 5: Petikan Akta Universiti dan Kolej Universiti Lampiran 6: Petikan Peraturan Akademik 2003
1. Persediaan Pelajar diagihkan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat simulasi sketsa, forum atau ceramah
berkaitan salah satu daripada aktiviti yang berikut: Etika pakaian Peraturan kolej: penghuni tidak berdaftar Peraturan balik/keluar lewat selepas jam 12 tengah malam Peraturan membawa kenderaan Larangan berdemonstrasi Salah laku akademik: plagiat, meniru atau ponteng aktiviti akademik
Perbincangan dan menyediakan skrip. 2. Penyampaian Setiap kumpulan membuat persembahan hasil daripada perbincangan. Pelajar yang lain membuat pemerhatian dan penilaian.
LANGKAH AKTIVITI
RUMUSAN
Fasilitator menegaskan kepentingan AUKU dan segala peraturan UPM mesti dipatuhi. Tujuan AUKU dan segala peraturan dibuat adalah untuk keselesaan dan keharmonian kehidupan di universiti. Fasilitator mengingatkan bahawa kehidupan yang beretika dan penampilan diri yang positif adalah asas untuk berjaya.
23
LAMPIRAN 2
Petikan Arahan Tetap Kolej Kediaman Pelajar 1983 Bahagian IV Peraturan Menduduki Kolej 13. (1) Pilihan untuk menjadi penghuni Kolej adalah ditentukan oleh Pihak
Berkuasa Kolej yang diselaraskan oleh Pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti. Seseorang pelajar tidak boleh pindah dari satu Kolej ke Kolej yang lain tanpa kebenaran Pihak Berkuasa.
(2) Pihak Berkuasa Kolej berhak mengambil tindakan tatatertib ke atas mana
-mana pelajar yang menghuni atau menduduki di sesuatu Kolej tanpa izin Pengetua, dan Pengetua juga berhak mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana pelajar yang masih menetap di Kolejnya pada hal pelajar yang berkenaan tidak lagi bertaraf sebagai penghuni rasmi di Kolejnya. Adalah juga menjadi kesalahan tatatertib bagi mana-mana pelajar menduduki atau menetap di Kolej dalam masa cuti semester tanpa kebenaran Pengetua.
(3) Seseorang pelajar adalah dianggap sebagai menduduki atau menentap di
Kolej jika ia tinggal dan/atau membuat urusan hariannya di Kolej, walaupun ia tinggal dalam masa yang singkat dan membuat hanya sebahagian dari urusan hariannya di Kolej.
Bahagian VI Bilik 19. Penghuni tidak dibenarkan memberi tumpangan kepada tetamu di
mana-mana bilik dalam Kolej. Jika ada tetamu yang menumpang dalam bilik seseorang penghuni maka tanggungjawab ke atas kesalahan ini ialah penghuni bilik berkenaan. Kesalahan dan tanggungjawab ini akan menjadi lebih besar jika tetamu yang menumpang itu melanggar mana-mana dari peraturan tatatertib Kolej.
24
LAMPIRAN 3
Petikan AUKU dan Peraturan Kolej: Peraturan Balik/Keluar Lewat
selepas jam 12 tengah malam
i) Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 (AUKU), Bahagian III – Tatatertib
Asrama
26. Seseorang pelajar menetap, selepas tengah malam, tidak boleh be-
rada di luar Asrama kecuali, dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagi
pihak Pengetua.
ii) Arahan Tetap Kolej Kediaman Pelajar 1983 Bahagian IV – Peraturan
Menduduki Kolej
14(2) Penghuni-penghuni yang ingin keluar dari Kolej Kediaman selama
semalam atau lebih dalam masa semester hendaklah memberitahu Pengu-
rus Kolej Kediaman atau salah seorang daripada Felo Kolej Kediaman
dengan mengisi borong permohonan kebenaran yang tertentu.
14(3) Pelajar-pelajar penghuni hendaklah berada dalam Bangunan Kolej
tidak lewat dari jam 12.00 tengah malam kecuali disebabkan oleh sesuatu
hal yang tidak dapat dielakkan.
25
LAMPIRAN 4
Petikan Peraturan Membawa Kenderaan Bahagian Keselamatan
Pelekat Kenderaan - Kereta :
a. Pelajar Program Master dan Phd; atau
b. Pelajar tahun akhir yang membuat latihan amali/projek. Perlu sertakan surat
pengesahan daripada penyelia dan dimajukan kepada Pengarah Keselamatan
untuk mendapatkan kelulusan; atau
c. Pelajar Luar Kampus; atau
d. Pelajar yang memegang jawatan dalam Majlis perwakilan Pelajar (MPP) dan
Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM). Perlu menghantar senarai nama MPP dan
MTM setiap kolej kepada Pengarah Keselamatan.
Pelekat Kenderaan - Motosikal :
a. Pelajar Program Master dan Phd; atau
b. Pelajar Program Diploma dan Bacelor (tahun kedua dan ke atas sahaja); atau
c. Pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian (semester akhir sahaja).
Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Pelajar
(PEND/BKU/BR01/PELEKAT02). Pemohon dikehendaki mendapat pengesahan
daripada Dekan atau Pegawai Tadbir Fakulti atau Pengetua atau Pengurus Kolej
masing-masing. Semasa membuat permohonan pelekat kenderaan, pemohon
dikehendaki membawa bersama-sama:
a. Kad Matrik asal
b. Lesen memandu asal
c. Salinan geran kenderaan (terkini). Sekiranya penama geran bukan nama
pemohon, perlu surat pengesahan dari penama geran.
26
LAMPIRAN 5
Petikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
“Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
15. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Universiti boleh
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang,
sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.
(2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh—
(a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia;
(b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti
itu; atau
(c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.
(3) Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan
atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut
Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh
semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati
dengan atau bangkangan terhadap—
(a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang
ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
27
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 7
(4) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Universiti tidak boleh
dihalang daripada—
a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhub-
ungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau
penyelidikannya; atau
b) menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan
(a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tid-
ak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, ba-
dan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di
dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan,
badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga di bawah
perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesen-
tosaan pelajar atau Universiti itu.
(5) Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertub-
uhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti di dalam Kampus.”.
28
LAMPIRAN 6
Petikan Peraturan Akademik 2003
39. Seseorang pelajar hendaklah memastikan bahawa kehadiranya bagi kursus
yang didaftarkan tidak kurang daripada 80 peratus jumlah keseluruhan jam
kredit bagi kursus berkenaan
40. Seseorang pelajar yang menghadiri kurang daripada 80 peratus
keseluruhan jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu kursus pengajian yang
didaftarkan hendaklah tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir bagi
kursus pengajian berkenaan dan pelajar tersebut akan diberikan markah sifar
untuk peperiksaan akhir itu.
55. (f) Pelajar dilarang sama sekali meniru semasa menduduki peperiksaan dan
tertakluk pada peruntukan di bawah perenggan ini.
29
____________ BAB 4 ____________
ENGLISH 'FEAR NO MORE ' Objective
This chapter is to provide and create awareness on the importance of English language for success. Learning Outcomes
By the end of this activity, students should be able to: 1. appreciate the importance of English. 2. be motivated to learn English. 3. communicate in English confidently. Key Content
This chapter emphasizes on the importance of English language for communication. Students are given the opportunity to express ideas and opinions in English confidently. Time 1 hour and 30 minutes
Supplies Mahjong paper, marker pen, A4 paper Materials Handout 9 : Design and Sell Handout 10 : Short Poem
No Activities Methods Time
(minutes) Remarks
1 Getting started Group work 20 Handout 1
2 Debate / Short poem
Presentation / Speech 60 Handout 2
3 Debriefing Discussion 10
30
Design and Sell
1. Getting Started
Students are divided into six groups.
Refer handout 9 for further instructions.
Short Poem Refer handout 10 for instructions.
PROCEDURES
DEBRIEFING Each group presents their learning experience. Facilitator discusses the purpose of the activities. The following questions can be used in the discussion: Did everyone in the group participate in the activities? What are the goals of the activities? What is the best experience each of you gained from the activities? Have the activities changed your perception towards English?
31
HANDOUT 1 : DESIGN AND SELL
1. Each group is to design or to make further improvement or advancement of an item based on the Facilitator’s instructions. Task position is given for each group member such as Management, Sales and Promotion, Technical and Design, etc. to incorporate their ideas in designing, promoting and selling the item.
2. Each task representative from every group will speak to present his points
based on the task appointed. 3. The rest of the class will listen to their ideas, in promoting their item and then
be allowed to comment or inquire and vote for the best presentation. 4. Each character gets two minutes to present their role. 5. The class votes (members are not allowed to vote for their own
representative) and discusses their reasons for voting as they did.
HANDOUT 2: SHORT POEM
1. Each student is to prepare a short poem concerning the Starting School programme. The content should include their first impression, the impact and opinion about the whole programme.
2. Exchange the prepared poems among students.
3. Each student gets one minute to deliver the short poem.
4. Facilitator will take note of the points and conclude at the end of the session.
HANDOUT
32
____________ BAB 5 ____________
GRADUAN UNGGUL Objektif Bab ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada ciri-ciri graduan yang diimpikan oleh para majikan. Hasil Pembelajaran
Pada akhir aktiviti ini, pelajar dapat: 1. menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada diri sendiri. 2. mengenal pasti ciri-ciri graduan yang dikehendaki oleh pihak majikan. 3. mewajarkan tindakan yang boleh diambil untuk mempertingkat kualiti diri. Kandungan Bab ini merangkumi penjelasan dan persediaan untuk memenuhi ciri-ciri graduan unggul. Ia juga memberi penekanan tentang kepentingan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum untuk memenuhi pasaran pekerjaan. Masa 1 jam 30 minit
No Aktiviti Kaedah Masa
(minit) Catatan
1 Persediaan Perbincangan kumpulan
10 Lampiran 1 dan 2
2 Pembentangan Pembentangan kumpulan
50
3 Rumusan Perbincangan 30 Lampiran 3 dan 4
33
Bahan Bantu Kertas mahjong, Kertas A4, Pen, Pen marker
Nota Lampiran 1 : Senario Lampiran 2 : Kemahiran dan personaliti diri Lampiran 3 : Ciri-ciri seorang graduan pilihan majikan Lampiran 4 : Cara mempertingkat daya saing
1. Persediaan Bahagikan pelajar kepada enam kumpulan. Tiga kumpulan melakukan aktiviti dalam Lampiran 1 manakala tiga kumpulan
lagi melakukan aktiviti dalam Lampiran 2. Lantik seorang ketua untuk membentangkan hasil perbincangan. Pelajar diberikan masa 7 minit untuk menjayakan aktiviti ini. 2. Pembentangan Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.
LANGKAH AKTIVITI
RUMUSAN
Fasilitator membincangkan tujuan dan hasil yang ingin dicapai melalui aktivi-ti tersebut. Fasilitator mengemukakan soalan-soalan seperti yang berikut:
Adakah terdapat sebarang pertindanan pada ciri-ciri graduan unggul yang
telah dibentangkan oleh semua kumpulan? Pada pendapat anda, mengapakah ciri-ciri tersebut diimpikan oleh para
majikan? Berikan hujah anda mengenai cara yang boleh diambil oleh para pelajar
untuk mempertingkat diri sepanjang tempoh pengajian mereka?
34
LAMPIRAN 1 : SENARIO Setiap kumpulan akan diberikan satu senario seperti yang tersenarai di bawah: Senario 1 Sebuah kilang elektronik terkemuka memerlukan beberapa orang pengurus operasi untuk memastikan segala aktiviti pembuatan barangan eletronik di kilang tersebut berjalan dengan lancar dan produktif. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada calon-calon yang ingin memohon jawatan tersebut. Senario 2 Anda adalah pengurus sebuah bank di bandar yang anda duduki. Anda ingin mengiklankan jawatan kosong sebagai Pegawai Kewangan di cawangan anda. Apakah ciri-ciri Pegawai Kewangan yang perlu anda senaraikan di dalam iklan anda? Senario 3 Syarikat tempat anda bekerja merupakan sebuah syarikat konsultan pembinaan yang terkenal di dalam dan di luar negara. Pihak syarikat memerlukan beberapa orang jurutera. Sebagai seorang jurutera kanan, anda telah diminta menjalankan satu sesi temu duga. Senaraikan sekurang-kurangnya 8 soalan yang akan anda kemukakan dan sebab-sebab anda memilih soalan tersebut. LAMPIRAN 2 : KEMAHIRAN DAN PERSONALITI DIRI Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan perkara di bawah sebelum membuat pembentangan. Tugasan Kumpulan anda dikehendaki memikirkan cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk mempertingkat kemahiran dan personaliti diri sepanjang tempoh pengajian di universiti untuk memenuhi ciri graduan unggul.
LAMPIRAN
35
LAMPIRAN 3: CIRI-CIRI GRADUAN PILIHAN MAJIKAN Berikut adalah antara ciri umum yang diinginkan majikan.
Ketrampilan Keperibadian Etika Kerja Pengetahuan
/ Kemahiran
Pewatakan diri Kemas
Ceria
Cerdik
Bersih
Bertenaga
Aktif Mesra
Anggun
Ciri ketahanan diri Ciri kepemimpinan
Sopan
Yakin
Patuh
Tegas
Ikhlas
Rasional Kesabaran
Kewibawaan
Kebolehpercayaan
Kerahsiaan
Bersih
Nilai tambah
Berdaya saing
Disiplin
Akur
Ketepatan
Ketelitian
Berusaha
Integriti Amanah
Cekap
Cepat
Keselamatan
Kerahsiaan
Adil
Berpengalaman
Berpengetahuan
terkini Innovatif Kreatif Inisiatif Informatif Pengkhususan
Kritis
Pengaplikasian
Pengasimilasian
Pengurusan Keberkesanan Komunikasi Membuat
Keputusan
Mengurus
Perancangan
Pengorganisasian
Pengagihan
Organik
Mengawal Mengawal selia
Mengurus tekanan
Berwawasan
Ketelusan
Simbiosis
Perundingan
Fleksibiliti Dinamik
Provokasi Berdikari Kepemimpinan
Kerelevanan
Agresif Fokus
Meneroka idea baru
Penilaian
Kerja
berkumpulan
Komunikatif Kefasihan
Peka
Motivasi Apresiasi Keakraban
Mendengar
Responsif Ekspresi Lisan / Verbal Bukan verbal Pembentangan
Analisis
Penilaian
Rumusan
Keadilan
Berani menanggung risiko
Rasionalisasi Fleksibiliti Autoriti Berpendirian
teguh
36
LAMPIRAN 4: CARA MEMPERTINGKAT DAYA SAING DIRI Berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan oleh setiap pelajar bermula dari hari pertama pengajian di universiti sehingga tamat pengajian: Akademik 1. Menghantar tugasan kuliah tepat pada tempoh yang ditetapkan sebagai tanda
menghormati dan menghargai waktu. 2. Menjaga kebersihan dan kesihatan diri demi mengekalkan imej pekerja yang
tampak kemas dan bersih. 3. Sentiasa menjaga imej sebagai seorang pelajar bagi mencerminkan
keperibadian seorang pekerja yang sentiasa mementingkan imej syarikat. 4. Rela menawarkan diri untuk melakukan sesuatu tugasan. 5. Merancang projek ilmiah secara aktif dan berkesan. 6. Aktif dalam perbincangan dan berkeyakinan untuk menyuarakan pendapat
yang bernas. 7. Bersedia dan berkeyakinan untuk membentangkan hasil kerja dalam usaha
membentuk inisiatif diri sebagai insan yang berkualiti. 8. Menyimpan hasil tugasan secara sistematik. 9. Menghadiri program akademik universiti untuk menambah pengetahuan dan
peluang berinteraksi.
37
Kokurikulum 1. Membuat pilihan yang tepat dalam memilih aktiviti kokurikulum yang ingin
disertai. 2. Mengambil peluang untuk menerajui sesuatu aktiviti kokurikulum bagi
menampilkan daya kepimpinan. 3. Membina jalinan komunikasi berhemah dengan semua pihak yang berkaitan. 4. Mempraktikkan etika sosial ketika mengelolakan majlis rasmi. 5. Menyemai semangat keusahawanan melalui pendedahan dan penglibatan
dalam sektor keusahawanan. 6. Menghadiri karnival kerjaya anjuran pihak kerajaan dan swasta untuk
mendapatkan pendedahan dan pengetahuan lanjut tentang kriteria-kriteria yang diperlukan oleh setiap pekerjaan.
7. Menghadiri sesi temu duga yang sering dijalankan di dalam kampus. 8. Bergiat cergas dalam aktiviti kebajikan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak
bagi membina sikap bertanggungjawab.
38
1. Malaysia, U.P.M. (1983). Arahan Tetap Kolej Kediaman Pelajar. Serdang: HEP .
2. Malaysia, U.T.M. (n.d.). Teknik Belajar Berkesan. . Retrieved July 5, 2014,
http://ar.utm.my/undergraduates/teknik-belajar-berkesan/
3. Muhammad Zahidi, N. Z. (n.d.). Jenis-jenis Bahan Rujukan. . Retrieved July 5, 2014,
http://www.slideshare.net/diyazalikha/bahan-rujukan
4. UPM, P. K. (2007). Starting School. Serdang: Pusat Kokurikulum UPM.
5. Worcester, U. o. (n.d.). Taking Notes. . Retrieved July 4, 2014,
http://www.worcester.ac.uk/studyskills/documents/Taking_notes_2012.pdf
6. Worcester, U. o. (n.d.). Making Oral Presentation. . Retrieved July 4, 2014,
http://www.worcester.ac.uk/studyskills/documents/Making_oral_presentations_2012.pdf
7. York, U. o. (n.d.). Reading Skills for University. . Retrieved July 2, 2014,
http://lss.info.yorku.ca/resources/reading-skills-for-university/
8. York, U. o. (n.d.). Preparing for Tests and Exams. . Retrieved July 5, 2014,
http://lss.info.yorku.ca/resources/preparing-for-tests-and-exams/#Ok
RUJUKAN
Recommended