PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.5 TAHUN … · Norma Kerja Tahunan yang telah ditetapkan...

Preview:

Citation preview

KTPK 18/4/2.01 Jld.4(37)

Ibu Pejabat

Jabatan Ukur dan Pemetaan

Jalan Semarak

50578 Kuala Lumpur

27 Ogos, 1993.

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.5 TAHUN 1993Penetapan Norma Kerja Tahunan Di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri

1. Tujuan

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan Norma Kerja Tahunan bagi setiapjawatan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri selaras dengan kehendak PekelilingPerkhidmatan Bil. 4 Tahun 1992.

2. Latarbelakang

2.1 Sistem Penilaian Prestasi baru yang berdasarkan kepada PekelilingPerkhidmatan Bil. 4 Tahun 1992 bertarikh 4 Disember 1992 telahdikuatkuasakan pada awal tahun 1993. Salah satu ciri penting dalampenyediaan laporan nilaian prestasi tersebut adalah dengan menetapkanSasaran Kerja Tahunan (borang SKT1 dan SKT2) bagi setiap pegawai/kakitangan Jabatan.

2.2 Selaras dengan kehendak pekeliling tersebut dan juga perubahan persekitaran,Jabatan telah membuat kajian semula dan menyediakan satu norma kerja yangstandard untuk digunapakai oleh semua jawatan di Jabatan Ukur danPemetaan Negeri.

2.3 Norma Kerja yang ditetapkan ini akan menjadi panduan kepada PegawaiPenilai dan Pegawai Penilai Semula dalam menetapkan Sasaran KerjaTahunan pegawai/kakitangan dengan harapan satu penilaian prestasi tahunanyang tepat lagi adil akan dapat disediakan.

3. Norma Kerja Tahunan

Norma Kerja Tahunan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan di Jabatan Ukur danPemetaan Negeri adalah seperti di Lampiran 'A'. Semua Pengarah Ukur Negeri

hendaklah mematuhi garis panduan ini dalam menyediakan Sasaran Kerja Tahunanbagi setiap pegawai/ kakitangan masing-masing.

4. Surat Arahan Yang Berkuatkuasa

Dengan ini surat arahan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. KKTKW 18/6/1.46(31) bertarikh 21 November 1987 adalah dibatalkan.

5. Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan Pekeliling ini hendaklah berkuatkuasa mulai dari tarikh ianyadikeluarkan.

Sekian."BERKHIDMAT UNTUK NEGARA""CINTAILAH BAHASA KITA"

(ABDUL MAJID BIN MOHAMED, JSM, SMP)

Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia.

Edaran:Semua Pengarah Ukur Negeri

Salinan kepada :

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Pengarah Ukur Pemetaan

Pengarah Ukur Kadaster

Timbalan Pengarah Ukur Pemetaan

Timbalan Pengarah Ukur Kadaster

Timbalan Pengarah Ukur Kadaster (Unit Khas)Penolong Pengarah Ukur Kadaster (P&L)

Recommended