31
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2014 HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU MATRICULATION NO. : 690307125125001

assigment

  • Upload
    oum

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2014

HBEF 2303 :

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO. :

690307125125001

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

IDENTITY CARD NO. :

690307125125

TELEPHONE NO. :

0198697851

E-MAIL :

[email protected]

LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1 PENGENALAN 2

1.1 Latar Belakang Android 3

1.1.1 Android versi 1.1 4

1.1.2 Android versi 1.5 (Cupcake) 5

1.1.3 Android versi 1.6 (Donut) 5

1.1.4 Android versi 2.0/2.1 (Eclair) 5

1.1.5 Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt) 6

1.1.6 Android versi 2.3 (Gingerbread) 6

1.1.7 Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb) 6

1.1.8 Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich) 7

2 KAJIAN LITERATUR 9

3 METODOLOGI KAJIAN 12

4 DAPATAN KAJIAN 15

4.1 Analisis bahagian A : Demografi 15

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 1

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

4.2 Analisis Bahagian B : Maklumbalas RespondenTerhadap Isi Kandungan DanTeknikal PPBK

17

4.2.1 Item a : Isi Kandungan 17

4.2.2 Item b : Strategi Pengajaran 18

4.2.3 Item c : Rekabentuk Penyampaian 20

4.2.4 Item d : Rekabentuk Interaksi 21

5 PERBINCANGAN 22

6 PENUTUP DAN CADANGAN 25

BIBLIOGRAFI 27

1.0PENGENALAN

Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia

belajar. Menurut Sharples (2000), proses pembelajaran kini melampaui

ruang fizikal bilik kuliah dan lebih bersifat global dan sepanjang hayat.

Lahirnya kepelbagaian teknologi komunikasi dan maklumat telah

mempengaruhi sistem pendidikan di mana-mana sahaja negara.

Keupayaan teknologi yang mampu berinteraksi dengan pengguna

membolehkan pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja.

Di Malaysia pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi mula

merencam dalam dunia pendidikan, Pada tahun 1990 pengenalan subjek

komputer mula di tawarkan di beberapa Universiti Awam. Sejak dari itu

wujudlah berbagai jenis sekolah yang mengadaptasi teknologi maklumat

sebagai bahan bantu mengajar yang utama seperti sekolah bestari.

Kemuncak kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pendidikan rendah secara besar-besaran bermula apabila Progam

Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada

tahun 2003.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 2

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Sungguhpun begitu, pelbagai dasar Kementerian Pelajaran dilihat

menemui kegagalan apabila input yang diharapkan tidak mendatangkan

kesan yang positif. Salah satu sebab kegagalan ini adalah disebabkan kos

penyediaan insfranstuktur peralatan teknologi maklumat dan bekalan

elektrik amatlah tinggi. Sehingga akhir perlaksanaan PPSMI, kemudahan

teknologi maklumat dan bekalan elekterik masih tidak dapat dinikmati

sesetengah sekolah.

Walaupun begitu impak yang ditinggalkan oleh program PPSMI ini begitu

ketara sekali terutanya dalam hal penyampaian isi pelajaran kerana

progam PPSMI menitikberatkan soal penggunaan perisian kursus sebagai

Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB).

Berbekalkan peralatan sedia ada dan diperkasakan lagi dengan dasar

memperkasakan sekolah aliran perdana, penggunaan BBM dan BBB yang

berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi diutamakan.

Sungguhpun begitu, saat negara terpaksa berjimat cermat kesan

ketidaktentuan ekonomi kemudahan-kemudahan untuk pembelajaran yang

berteraskan ICT tidak dapat disempurnakan. Oleh sebab itu guru sebagai

agen yang sentiasa bersedia untuk apa jua halangan dan rintangan alam

pendidikan perlu berusaha untuk mencari altenatif bagi memastikan

hasrat negara menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat pengguna

dan pengeluar teknologi pada tahun 2020 tercapai. Salah satu inisiatif

tersebut ialah menggunakan aplikasi Android sebagai Perisian

Pembelajaran Berteraskan Komputer (PPBK).

Dewasa ini, penggunaan tablet dan telefon pintar semakin berleluasa

dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berada di bandar mahupun di

luar bandar. Penggunaan peralatan komunikasi ini tidak terbatas dalam

kalangan golongan berpendapatan tinggi dan sederhana sahaja tetapi juga

turut dimiliki golongan berpendapatan rendah. Keadaan ini disebabkan

harga tablet dan telefon pintar berbeza mengikut jenama dan tempat

produk dihasilkan. Tablet dan telefon pintar seperti Lenovo, Samsung

galaksi, Motorola, Sony dan beberapa jenama lain dilengkapi dengan

sitem operasi yang dinamakan sebagai Android. Sistem operasi ini

menawarkan pelbagai aplikasi termasuklan aplikasi pembelajaran dan

aplikasi pendidikan.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 3

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.1 Latar Belakang Android

Android adalah sistem operasi dan fungsi penggunaannya adalah jauh

lebih hebat dan canggih. Ia adalah timbunan teknologi yang dibina

khusus untuk peranti mudah alih yang termasuk sistem operasi,

middleware dan aplikasi utama. Timbunan perisian ini adalah daripada

rangka kerja untuk keping khusus perisian seperti mesin maya yang

memudahkan pengoptimuman sumber ingatan dan perkakasan untuk

teknologi sambungan seperti Bluetooth dan Wi-Fi. Ia sangat membantu

dalam memudahkan segala aktiviti dan pekerjaan manusia.

Android bermula dari seorang yang bernama Rubin yang percaya bahawa

pengguna telefon bimbit hari ini mempunyai keperluan yang berbeza.

Beliau membuat platform mudah alih yang membolehkan mana-mana

pengaturcara untuk menulis sebarang permohonan bagi platform telefon

mudah alih bagi memenuhi permintaan pengguna telefon bimbit. Pada

tahun 2005, beliau menemui Google untuk mencari sokongan.

Rubin tidak mencari pembiayaan sebaliknya mencari suatu jaminan

kelulusan. Beliau telah mengetahui bahawa Google mempunyai coattais“ ”lama untuk sebuah syarikat mudah alih. Apabila Rubin pergi mencari

kelulusan Google, beliau mendapat tawaran yang tidak mampu untuk

menolaknya. Google menawarkan untuk membayar Rubin sekitar AS $50

juta bagi Android dan bersetuju untuk memasukkannya ke dalam projek

Android sebagai pengendali projek. .

Sekitar September 2007 sebuah kajian melaporkan bahawa Google

mengajukan hak cipta aplikasi telefon bimbit (akhirnya Google

memperkenalkan Nexus One, salah satu jenis telefon pintar GSM yang

menggunakan Android dalam sistem operasinya. Telefon bimbit ini

dihasilkan oleh HTC Corporation dan terdapat di pasaran pada 5 Januari,

2010).

Pada 9 Disember 2008, diumumkan ahli baru yang menyertai program

kerjasama Android ARM Holdings, Atheros Communications, dihasilkan

oleh Asustek Computer Inc, Garmin Ltd, Softbank, Sony Ericsson, Toshiba

Corp, dan Vodafone Group Plc. Seiring pembentukan Open Handset

Alliance, OHA mengumumkan produk perdana mereka, Android, peranti

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 4

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

mudah alih (mobile) yang merupakan pengubahsuaian kernel Linux 2.6.

Sejak Android dikeluarkan telah dilakukan pelbagai kemas berupa

pembaikan bug dan penambahan ciri baru.

Telefon pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC

Dream, yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2008. Pada penghujung tahun

2009 dianggarkan di dunia ini sekurang-kurangnya terdapat 18 jenis

telefon bimbit yang menggunakan Android. Di samping itu, pembangunan

Android telah menyaksikan versi sistem operasi ini dipertingkatkan.

1.1.1 Android versi 1.1

Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini

dilengkapi dengan kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice

search (carian suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel.

1.1.2 Android versi 1.5 (Cupcake)

Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit

dengan menggunakan Android dan SDK (Software Development Kit)

dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa kemas kini termasuk juga

penambahan beberapa ciri-ciri dalam telefon bimbit versi ini iaitu

kemampuan merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat

video ke Youtube dan gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan

Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara automatik ke alat

dengar Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh

disesuaikan dengan sistem.

1.1.3 Android versi 1.6 (Donut)

Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September 2009 dengan menampilkan

proses carian yang lebih baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri

penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang

membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan;

kamera, camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x,

VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan;

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 5

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

teknologi text to change speech (tidak terdapat pada semua telefon;

pengadaan resolusi VWGA.

1.1.4 Android versi 2.0/2.1 (Eclair)

Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan versi

2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman

hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar

baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan(phone contacts) yang baru,

sokongan flash untuk kamera 3 , 2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth

2.1.Untuk bergerak cepat dalam persaingan peranti generasi ini, Google

melakukan pelaburan dengan mengadakan pertandingan aplikasi mobile

terbaik (killer apps - aplikasi unggulan). Pertandingan ini berhadiah $

25,000 bagi setiap pemaju aplikasi terpilih. Pertandingan diadakan selama

dua tahap yang tiap tahapnya dipilih 50 aplikasi terbaik.Dengan semakin

berkembangnya dan semakin bertambahnya jumlah telefon Android,

semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi

mereka kepada sistem operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke

dalam sistem operasi Android adalah Shazam, Backgrounds, dan

WeatherBug. Sistem operasi Android dalam laman Internet juga dianggap

penting untuk mencipta aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace

dan Facebook.

1.1.5 Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)

Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-

perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain

sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali

lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google

Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser,

pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah

alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi Android Market.

1.1.6 Android versi 2.3 (Gingerbread)

Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan.

Perubahan-perubahan am yang didapati dari Android versi ini antara lain

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 6

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy

paste, skrin antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format

video VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, equalization, headphone

virtualization, dan bass boost), sokongan kemampuan Near Field

Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera yang lebih daripada

satu.

1.1.7 Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)

Android Honeycomb direka khusus untuk tablet. Android versi ini

menyokong saiz skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb

juga berbeza kerana sudah direka untuk tablet. Honeycomb juga

menyokong multi pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan

(hardware) untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan

Honeycomb adalah Motorola Xoom.

1.1.8 Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)

Diumumkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb

untuk smartphone dan menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci

dengan pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan

kawalan, kenalan rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi, mencari

e-mel secara offline, dan berkongsi maklumat dengan menggunakan

NFC .

Menurut Hamdan et al. (2012), aplikasi Android adalah satu sumber

terbuka bagi sistem operasi telefon bimbit yang disokong oleh Google

Corporation iaitu sebuah syarikat enjin pencarian terkemuka dunia. Justeru

itu pelajar perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai

aplikasi Android percuma yang mudah didapati dan mudah diakses untuk

diaplikasikan di dalam kaedah pembelajaran mereka.

Kesesuaian aplikasi Android untuk pembelajaran adalah disebabkan oleh

kandungan aplikasi serta aspek teknikal yang dihasilkan mempunyai ciri-

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 7

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

ciri yang sama dengan perisian kursus PPBK yang dihasilkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum sebelum ini. Antara aplikasi terebut ialah

Simpulan Bahasa dan Peribahasa Bahasa Melayu.

Gambarajah 1. Paparan muka pilihan aplikasi

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 8

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

4

Gambarajah 2. Contoh aktiviti aplikasi

Sehubungan dengan itu maka kajian ini akan dilakukan untuk melihat

maklumbalas guru terhadap isi kandungan dan kandungan teknikal

terhadap aplikasi android yang dipilih sebagai PPBK.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 9

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Bahagian ini akan membincangkan tentang kajian-kajian terdahulu tentang

kandungan kandungan-kandungan yang perlu ada dalam Perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer dari dalam negara dan luar negara

serta kajian-kajian terdahulu yang berkaitan.

Kajian mengenai kandungan dan teknikal Android masih belum banyak

dilakukan terutamanya di dalam negara kerana aplikasi ini masih baru

dalam arus pendidikan negara. Sungguhpun begitu, kandungan aplikasi

Android telah menjadi sesuatu yang amat popular dalam masyarakat

dunia hari ini terutamanya dalam mengakses pembelajaran. Dalam kajian

yang dilakukan oleh Syafiq Bakri (2012), beliau mendapati pada masa kini

muncul tablet pendidikan sebagai aplikasi terkini. Industri tablet semakin

berkembang dan atas kejayaan ini, kita boleh melihat pelbagai jenis tablet

dikeluarkan serta tablet dengan ciri khusus seakan  menjadi trend hari

ini. Selain bertujuan mengecilkan skop sasaran pembeli, tablet dengan

pengkhususan mendidik telah dibina untuk mencapai matlamat dan

tujuan ciptaannya. Tablet-tablet yang menjadi pilihan ramai adalah seperti

tablet keluaran Samsung, HTC, iphone dan Sonny. Kesemua tablet ini

menggunakan Android sebagai sistem operasinya.

Keberkesanan PPBK bergantung penuh kepada kandugan dan aspek

teknikalnya. Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) dalam kajiannya

terhadap penilaian perisian kursus telah menggariskan empat elemen

utama kesesuaian sesebuah perisian untuk dijadikan sebagai PPBK iaitu;

(i) A spek Bahasa

Kualiti suara latar yang memudahkan murid mengikuti dan memahami

kandungannya. Bagi PK yang menggunakan Bahasa Inggeris, pertuturan

perlulah mengikut konteks tempatan Ayat yang digunakan perlulah mudah

dan tidak terlalu panjang.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 10

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

(ii) A spek Teknikal

PK hendaklah mudah dinavigasi. Grafik dan animasi perlulah ditingkatkan

kualiti. Sebagai contoh, gambar foto perlulah dipertingkatkan

penggunaannya berbanding dengan lakaran. Pergerakan animasinya pula

perlulah lebih lancar dan tidak kaku.

(iii) A spek Keluwesan

Kandungan PK perlulah luwes, iaitu guru boleh memilih bahagian

tertentu dan ubahsuai PK tersebut mengikut gaya pengajaran guru dan

juga kebolehan murid. Reka bentuk PK tidak sepatutnya linear danbermodelkan buku teks serta rancangan mengajar guru. PK perlu

dibangunkan mengikut topik yang berasaskan keabstrakannya supaya

dapat digunakan oleh mana-mana tahun atau tingkatan bagi meliputi

topik yang sama. Contohnya, topik tentang proses abstrak seperti

fotosintesis dan respirasi boleh diajar dengan lebih berkesan

menggunakan PK. Sehubungan itu, PK berkenaan topik sebegini boleh

disediakan untuk P&P dari Tingkatan 4 sehinggalah ke Tingkatan 6 sesuai

dengan konsep integrasi menegak dan mendatar (vertical and horizontal

integration). Dengan itu bilangan PK yang perlu disediakan dapat

dikurangkan dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan (cost- effective).

(iv) A spek Kandungan

Bahan pengajaran dalam PK perlulah melebihi kehendak sukatan

pelajaran bagi membolehkan guru menggunakannya sebagai bahan

pengayaan. Kandungan PK tidak dikekang oleh kurikulum. Bahan PK

perlulah mengandungi aras kemahiran yang berbeza seperti tinggi,

sederhana dan rendah, yang membolehkan guru memilih bahagian yang

sesuai bagi murid mereka. Aktiviti dan soalan latihan perlulah ditambah

dan soalan tersebut perlulah pelbagai aras kesukaran, mencabar dan

mencambah minda murid dan berbentuk penyelesaian masalah. Aktiviti

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 11

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

dalam PK perlu menambahkan pengalaman hands-on supaya murid dapat

memberi jawapan dan respon serta mengetahui kemajuan pembelajaran

mereka. Tambahan pula, kandungan PK perlulah menekankan ciri-ciri

unik setiap mata pelajaran. Contohnya, bagi PK mata pelajaran Sains

perlu menekankan penguasaan kemahiran saintifik seperti membuat

eksperimen, manakala bagi PK mata pelajaran Sejarah perlu menekankan

penggunaan bahan sumber pertama (primary), seperti artifak dan

dokumen.

Dalam masa itu pula, Siti Nor Asmah (2003) dalam kajiannya menjelaskan

tentang empat elemen yang perlu diambil kira dalam kandungan

sesebuah PPBK iaitu persembahan maklumat, kandungan, bahasa dan

paparan antara muka. Elemen-elemen ini menitikberatkan soal keupayaan

menarik minat pengguna, penilaian, penggunaan bahasa yang mudah

difahami, interaktif dan penerokaan.

Salah satu ciri yang perlu ada dalam sesebuah PPBK juga ialah kemapuan

kandungan untuk berinteraksi dengan baik dengan pengguna. Dalam hal

ini, kajian Beattie dan Pearson (1990) mendapati perisian yang mesra

pengguna ialah perisian yang membolehkan pengguna mengawal perisian

secara individu, tanpa bantuan daripada fasilitator. Ciri-ciri mesra

pengguna ini dijelaskan oleh Chua (2002) dalam kajiannya yang mendapati

ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam

bahasa yang mudah difahami oleh pengguna dan arahan-arahan yang

jelas serta ringkas. Perisian mesra pengguna juga mempunyai kedudukan

butang arahan yang tetap, teratur dan piawai bagi memudahkan

pengguna.

Manakala Norhashim et al. (1996) dalam kajiannya pula menyatakan

perisian mesra pengguna tidak akan menyusahkan pengguna dan

membenarkan pengguna membentuk pembelajaran interaktif. Dengan itu,

pembelajaran akan lebih menarik dan bermotivasi. Ciri-ciri mesra

pengguna memberi ruang kepada pengguna berinteraksi dengan komputer

tanpa gangguan teknikal, kekeliruan dan kesilapan arahan. Dengan ini,

pelajar akan lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Sebagai

contoh perisian Microsoft PowerPoint dikatakan mesra pengguna dan

mampu menjana kreativiti secara visual disokong dengan penerangan

pangajar.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 12

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Sesebuah perisian kursus juga seharusnya menyediakan suasana

pembelajaran yang aktif dan efektif. Hal ini dinyatakan dalam kajian

Thompson dan Jogensen (1989). Mereka mendapati perisian pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) menyediakan situasi

pembelajaran secara aktif serta dapat meningkatkan pengetahuan yang

dialami, dibina, dimanipulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar secara

langsung. Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedia bagi

membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi

yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka.

Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh

Jensen (1996). Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan

perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) lebih

baik, daripada pelajar yang tidak menggunakan perisian pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Beliau menggunakan

perisian osmosis untuk membandingkan kelebihan menggunakan perisian

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berbanding

dengan kaedah kovensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang

menggunakan perisian komputer osmosis lebih baik dari pelajar yang

menggunakan kaedah konvensional.

3.0METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini merupakan satu kajian yang pertama kali

penyelidik lakukan berdasarkan kepada rubrik tugasan yang diberikan.

Tajuk berkaitan kajian terhadap aplikasi android sangat kurang ditemukan

dalam rujukan buku, teks, majalah, buku ilmiah mahupun layaran

internet. Keadaan ini disebabkan penggunaan aplikasi android sebagai

bahan bantu belajar adalah sesuatu yang baru di negara ini ataupun di

negara-negara membangun yang lain. Sungguhpun begitu, aplikasi android

merupakan sebahagian dari elemen ICT, oleh itu kajian ini banyak

bersandarkan kepada keistimewaan aplikasi android sebagai satu alat ICT,

Kajian yang dilakukan ini merupakan satu kajian tinjauan yang

menumpukan kepada maklumbalas guru terhadap isi kandungan dan

teknikal terhadap aplikasi android yang dijadikan sebagai PPBK dalam

kelas pembelajaran tahun 1. Secara ringkasnya kajian ini mengandungi 3

peringkat iaitu, pemilihan aplikasi android untuk bahan PPBK matematik

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 13

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

tahun, pengaplikasian PPBK di dalam kelas dan penilaian sumatif untuk

mendapat maklumbalas responden iaitu 5 orang guru tentang isi

kandungan dan teknikal PPBK yang dipilih.

Responden yang dipilih dalam kajian ini merupakan 10 orang guru

Bahasa Melayu di sekolah tempat pengkaji bertugas. Kewajaran

menjadikan guru sebagai responden adalah bertepatan untuk menguji

kesesuaian aplikasi Android yang dipilih untuk dijadikan PPBK.

Responden juga mempunyai latar belakang yang berbeza terutama dari

aspek pengalaman mengajar dan kepakaran dalam bidang pedagogi mata

pelajaran Bahasa Mekayu. Responden akan diminta menjawap ujian

sumatif yang diberikan. Ujian ini mengandung;-

a) Demografi (Latar Belakang)

b) Maklumbalas responden terhadap isi kandungan dan aspek teknikal

PPBK

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAWAU

Panitia Matematik

Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Kids Math

Bahagian A

Arahan : Lengkapkan maklumat di bawah.

I. Jantina : A - Lelaki B - Perempuan           

II. Umur : A - 20 hingga 35 tahun B - 35 hingga 45 tahun

III. Kelayakan Akademik : A - Ijazah Sarjana Muda B - Diploma

C - STPM

IV. Kelayakan Ikhtisas : A - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

B - Diploma Pendidikan

V. Pengalaman Memegang Jawatan : A - Ketua Panitia B -

Jurulatih Daerah / Negeri

V. Pengalaman Mengajar : A - 1 hingga 5 tahun B - 6

hingga 10 tahun

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 14

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

C - 11 hingga 15 tahun D - 16 hingga

20 tahun

Bahagian B

Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.  

SOALAN          CATATANa. Isi Kandungan1.    Isi kandungan sesuai dengan sukatan Pelajaran

Ya Tidak _____________________

2.    Isi kandungan yang disampaikan adalah Tepat

Ya Tidak _____________________

3.    Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar

Ya Tidak _____________________

4.    Isi kandungan disusun denganteratur Ya Tidak ___________________

__5.    Contoh yang diberi adalah realistik Ya Tidak ___________________

__6.    Bahasa penyampaian adalah mudah Ya Tidak ___________________

__b. Strategi Pengajaran1.    Rangka isi kandungan adalah jelas Ya Tidak ___________________

__2.    Objektif pengajaran boleh dicapai Ya Tidak ___________________

__3.    Kaedah mengajar adalah sesuai dengan Tajuk

Ya Tidak _____________________

4.    Penyampaian isi pelajaran teratur dan sesuai serta dan senang diikuti

Ya Tidak _____________________

5.    Penyampaian menarik minat pelajar Ya Tidak ___________________

__6.  Perisian ini menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif

Ya Tidak _____________________

c. Rekabentuk Persembahan1.    Rekabentuk skrin perisian menarik dan Konsisten

Ya Tidak _____________________

2.    Teks jelas dan mudah dibaca Ya Tidak _____________________

3.    Grafik dan imej menarik dan berkesan Ya Tidak ___________________

__

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 15

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

4. Warna yang digunakan sesuaidan Berkesan

Ya Tidak _____________________

5. Audio tidak mengganggu tumpuan Pelajar

Ya Tidak _____________________

6. Animasi membantu pembelajaran Ya Tidak ___________________

__7.   Perisian dilengkapi dengan butang Arahan

Ya Tidak _____________________

8.  Ikon yang digunakan mudah dikenalpasti fungsinya

Ya Tidak _____________________

d. Rekabentuk Interaksi    1.   Kelajuan persembahan isi kandungan perisian boleh dikawal

Ya Tidak _____________________

2.    Persembahan isi pelajaran tidak Berturutan

Ya Tidak _____________________

3.    Perisian ini banyak bercabangke bahagian lain

Ya Tidak _____________________

4.    Perjalanan persembahan isi kandungan mudah diikuti

Ya Tidak _____________________

5.    Maklumat yang diperlukan mudah Dicapai

Ya Tidak _____________________

Gambarajah 3. Borang Ujian Sumatif

Hasil ujian yang dilakukan akan dikumpul dan dianalisis secara manual

menggunakan skala likert yang dibina dan peratusan. Hasil ujian ini amat

penting dalam menentukan kesesuaian aplikasi android yang dipilih

sebagai PPBK.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis bahagian A : Demografi

Bahagian ini terdiri dari 6 item soalan iaitu jantina, umur, kelayakan

akademik, kelayakan ikhtisas, pengalaman memegang jawatan (panitia dan

jawatan jurulatih mata pelajaran) dan pengalaman mengajar.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 16

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Jadual 1 Taburan demografi responden

Item Kategorikekerapan

peratusan

Jantina Lelaki 4 40%Perempuan 6 60%

      0%

Umur 20 35– 7 70%35 45– 3 30%

      0%

Kelayakan akademik Sarjana Muda 6 60%Diploma 3 30%

  STPM 1 10%      0%

Kelayakan IkhtisasIjazah Sarjana Muda Pendidikan 6 60%Diploma Pendidikan 4 40%

      0%Pengalaman memegang

jawatanJurulatih Daerah/Negeri 2 20%Ketua Panita 2 20%

  Tiada 6 60%      0%Pengalaman Mengajar 1 - 5 tahun 4 40%  6 - 10 tahun 3 30%  11 - 15 tahun 1 10%  16 - 20 tahun 2 20%

Lela

kiPe

remp

uan

20 -

35

35 -

45

Sarj

ana

Muda

Dipl

oma

STPM

Ijaz

ah S

arja

na M

uda

Pend

idik

anDi

plom

a Pe

ndid

ikan

Juru

lati

h Da

erah

/Neg

eri

Ketu

a Pa

nita

Tiad

a

1 -

5 ta

hun

6 -

10 t

ahun

11 -

15

tahu

n16

- 2

0 ta

hun

Jantina

Umur Kelayakan

akademik

Kelayakan

Ikhtisas

Pengalaman

memegang jawatan

Pengalaman

Mengajar

02468

kekerapanperatusan

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 17

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Rajah 1. Taburan demografi responden

Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 1, seramai 10 orang guru Bahasa Melayu

terlibat dalam kajian ini. Dari aspek jantina didapati seramai 4 orang

responden adalah lelaki lelaki (40%) dan 6 orang responden adalah

perempuan (60%). Dari aspek umur pula seramai 7 responden atau

mewakili 70% adalah berumur dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun

manakala hanya 3 responden yang mencapai umur 35 hingga 45 tahun

dengan mewakili 30% daripada responden. Dari sudut kelayakan akademik

pula didapati pemegang Ijazah Sarjana Muda mendominasi bilangan

responden iaitu seramai 6 orang responden atau mewakili 60% .

Manakala bilangan yang mencapai kelayakan akademik diploma seramai 3

orang atau 30% responden. Bagi responden yang mempunyai kelulusan

akademik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pula hanya diwakili oleh

seorang atau 10% dari responden. Dari segi kelayakan ikhtisas pula

didapati terdapat seramai 6 orang responden atau 60% daripada

responden mempunyai ikhtisas Sarjana Muda Pendidikan manakala

selebihnya atau 4 orang responden dengan peratusan 60% hanya

mempunyai Diploma Pendidikan.. Dari aspek pengalaman memegang

jawatan ketua panitia atau jurulatih daerah atau negeri pula didapati 2

orang daripada responden atau 20% responden pernah memgang jawatan

jurulatih. Dapatan ini sama dengan bilangan responden yang pernah

memegang jawatan jurulatih daerah manakala 6 orang responden atau

60% responden tidak pernah memegang jawatan tersebut. Dari aspek

pengalaman mengajar pula, didapati 4 orang responden atau 40%

responden mempunyai pengalaman mengajar selama 1 hingga 5 tahun.

Bilangan responden yang mengajar dalam lingkungan 6 hingga 10 tahun

pula adalah seramai 3 orang (30%) manakala bilangan responden yang

mempunyai pengalaman mengajar selama 11 hingga 15 tahun pula adalah

seorang (10%). Bagi responden yang mempunyai pengalaman mengajar

selama 16 hingga 20 tahun, didapati ia dimiliki oleh 2 orang responden

atau mewakili 20% dari bilangan responden.

4.2 Analisis Bahagian B : Maklumbalas Responden Terhadap Isi

Kandungan Dan

Teknikal PPBK

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 18

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Bahagian ini mengandung 4 item penilaian iaitu Isi Kandungan, Strategi

Pengajaran, Rekabentuk Persembahan dan Rekabentuk Interaksi. Setiap

item mengandung soalan-soalan tertentu, Hasil ujian sumatif telah

memperoleh dapatan berikut;

4.2.1 Item a : Isi Kandungan

Item ini mengandung 6 soalan. Pilihan jawapan bagi setiap soalan adalah

Ya dan Tidak.‘ ’

Jadual 2. Taburan Maklumbalas Isi kandungan

Soalan YaTidak

Jumlah

%Ya

%Tidak

1. Isi kandungan sesuai dengan sukatanpelajaran 8 2 10 80 202. Isi kandungan yang disampaikan adalah tepat 9 1 10 90 103. Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar 7 3 10 70 304. Isi kandungan disusun dengan teratur 8 2 10 80 205. Contoh yang diberi adalah realistik 10 0 10 100 06. Bahasa penyampaian adalah mudah 10 0 10 100 0

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 19

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

020406080

100

8 9 7 8 10 102 1 3 2 0 0

8090

70 80100 100

20 1030 20

0 0

YaTidak% Ya% Tidak

Rajah 2. Taburan Maklumbalas Isi Kandungan

Berdasarkan kepada Jadual 2 dan Rajah 2, didapati bagi soalan 1, 8 orang

atau 80% responden mengatakan bahawa PPBK yang dipilih mempunyai

isi kandungan yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran manakala

hanya 2 orang atau 20% responden berpendapat sebaliknya. Hasil dapatan

ini turut dicatatkan pada soalan 4 iaitu isi kandungan disusun dengan

teratur. Bagi soalan 2 pula, 9 orang ataupun 90% responden

bersependapat bahawa isi kandungan yang disampaikan adalah tepat.

Manakala dalam soalan 3 pula iaitu isi kandungan dikaitkan dengan

pengetahuan sedia pelajar didapati, 7 responden (70%) yang mengatakan

Ya dan selebihnya menjawap tidak. Bagi soalan 5 pula iaitu contoh“ ’yang diberi adalah realistik , dapatan menunjukkan. Kesemua responden

(100%) bersetuju dengan soalan. Hasil dapatan ini turut didapati pada

soalan 6 iaitu, bahasa penyampaian adalah mudah.

4.2.2 Item b : Strategi Pengajaran

Item ini juga mengandung 6 soalan. Pilihan jawapan bagi setiap soalan

adalah Ya dan Tidak.‘ ’

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 20

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Jadual 3. Taburan Maklumbalas strategi pengajaran

Soalan YaTidak

Jumlah

%Ya

%Tidak

1. Rangka isi kandungan adalah jelas 9 1 10 90 102. Objektif pengajaran boleh dicapai 8 2 10 80 203. Kaedah mengajar sesuai dengan tajuk 7 3 10 70 304. Penyampaian isi pelajaran teratur dan sesuai serta dan senang diikuti 7 3 10 70 305. Penyampaian menarik minat pelajar 10 0 10 100 06. Perisian ini menggalakkan pelajar berfikir secara KBKK 9 1 10 90 10

0306090

9 8 7 7 10 91 2 3 3 0 1

90 80 70 70100 90

10 20 30 300 10

YaTidak% Ya% Tidak

Rajah 3. Taburan maklumbalas strategi pengajaran

Berdasarkan kepada Rajah 3 dan Jadual 3 didapati, 9 orang atau 90%

responden bersetuju untuk mengatakan Ya pada soalan 1 iaitu rangka‘ ’isi kandungan adalah jelas berbanding 1 orang atau 20% yang

berpendapat sebaliknya. Hasil dapatan ini juga adalah sama dengan

dapatan dari soalan 6 iaitu perisian ini mengalakkan pelajar secara KBKK.

Bagi soalan 3 iaitu, kaedah mengajar sesuai dengan tajuk dan soalan 4

iaitu, penyampaian isi pelajaran teratur dan sesuai serta dan senang

diikuti didapati 7 orang atau 70% responden memilih Ya manakala‘ ’selebihnya memilih jawapan tidak Hasil dapatan soalan 5 iaitu

penyampaian menaikkan minat pelajar menunjukkan kesemua responden

bersetuju dengan soalan yang dikemukakan.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 21

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

4.2.3 Item c : Rekabentuk Penyampaian

Bahagian ini mengandung 8 soalan. Responden dikehendaki memilih

jawapan Ya atau Tidak .‘ ’ ‘ ’

Jadual 4. Taburan maklumbalas rekabentuk persembahan

Soalan YaTidak

Jumlah

%Ya

%Tidak

1. Rekabentuk skrin perisian menarik dan konsisten Ya

Tidak

Jumlah

%Ya

%Tidak

2. Teks jelas dan mudah dibaca 10 0 10 100 03. Grafik dan imej menarik dan berkesan 10 0 10 100 04. Warna yang digunakan sesuai dan berkesan 10 0 10 100 05. Audio tidak mengganggu tumpuan pelajar 10 0 10 100 06. Animasi membantu pembelajaran 10 0 10 100 07. Perisian dilengkapi butang arahan 10 0 10 100 08. Ikon yang digunakan mudah dikenal pasti fungsinya 10 0 10 100 0

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 22

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

0

20

40

60

80

100

10 10 10 10 10 10 10 9

100 100 100 100 100 100 10090

0 0 0 0 0 0 010

YaTidak% Ya% Tidak

Rajah 4. Taburan maklumbalas rekabentuk persembahan

Berdasarkan kepada Jadual 4 dan Rajah 4, didapati dapatan data dari

soalan 1 hingga 7 adalah sama iaitu kesemua atau 100% responden

bersependapat dengan jawapan Ya bagi kesemua soalan tersebut. Pada‘ ’item soalan 8 pula hanya 1 responden atau 10% responden memilih

jawapan Tidak manakala selebihnya 9 orang atau 90% responden memilih

jawapan Ya .‘ ’

4.2.4 Item d : Rekabentuk Interaksi

Bahagian ini mengandung 5 item soalan. Pilihan jawapan bagi setiap

soalan adalah Ya dan Tidak .‘ ’ ‘ ’

Jadual 5. Taburan maklumbalas rekabentuk interaksi

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 23

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Soalan YaTidak

Jumlah

%Ya

%Tidak

1. Kelajuan persembahan isi kandungan perisian boleh dikawal 9 1 10 90 102. Persembahan isi pelajaran berturutan 10 0 10 100 03. Perisian ini banyak bercabang ke bahagian lain 10 0 10 100 04. Perjalanan persembahan isi kandunganmudah diikuti 10 0 10 100 05. Maklumat yang diperlukan mudah dicapai 10 0 10 100 0

020406080100

YaTidak% Ya% Tidak

Rajah 5. Taburan maklumbalas rekabentuk interaksi

Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 5, dapatan data menunjukkan bagi soalan

1 iaitu, Kelajuan persembahan isi kandungan perisian terdapat seramai 9

orang atau 90% responden bersetuju manakala selebihnya tidak bersetuju.

Dapatan bagi soalan 2 hingga 5 pula menunjukkan kesemua responden

bersetuju bahawa persembahan isi pelajaran berturutan, perisian ini

banyak bercabang kebahagian lain, perjalanan persembahan isi kandungan

mudah diikuti dan maklumat yang diperlukan mudah dicapai didapati

kesemua responden memilih jawapan Ya .‘ ’

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 24

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

5.0 PERBINCANGAN

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk menguji maklumbalas guru

terhadap aplikasi Android yang dipilih sebagai bahan Pembelajaran

Pendidikan Berasaskan Komputer (PPBK) dalam kelas pembelajaran

Bahasa Melayu Tahun 4. Pemilihan bahan aplikasi Android dilakukan

memandangkan populariti aplikasi dalam kalangan masyarakat ketika ini

amatlah tinggi. Selain itu juga, aplikasi pembelajaran yang ditawarkan

mempunyai kesamaan dengan Perisian Kursus yang pernah digunakan

dalam Program Pembelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris

(PPSMI).

Berdasarkan kepada data yang telah direkod dan dianalisis didapati

peratusan yang tinggi diperoleh dalam setiap item soalan yang

dikemukakan pada jawapan Ya . Dapatan ini menunjukkan tanggapan‘ ’yang positif dalam kalangan responden terhadap PPBK yang dipilih adalah

tinggi.

Tumpuan awal kajian ini adalah berkisar tentang isi kandungan PPBK

yang dipilih seperti kesesuaian kandungan, penyapaian isi kandungan

yang tepat, perkaitan antara isi kandungan perisian dengan pengetahuan

sedia ada murid, pengaturan isi kandungan yang kemas, kandungan

contoh yang realistik dan aspek pemilihan bahasa yang mudah difahami.

Dapatan kajian mendapati bahan yang dipilih mempunyai ciri-ciri

kandungan yang dikehendaki oleh Huraian Sukatan Pelajaran. Ciri- ciri ini

selari dengan kajian Siti Nor Asmah (2003) yang mendapati adalah

penting seluruh organisasi kandungan disusun dengan teratur dan mudah

diterokai oleh pelajar.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi Android yang

dijadikan PPBK mempunyai cara penyampaian isi kandungan pelajaran

yang sesuai (80%), mempunyai perkaitan dengan pengetahuan sedia ada

(70%), isi kandungan tersusun dengan teratur (80%), contoh yang realistik

(100%) dan bahasa penyampaian yang mudah(100%). Dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi ICT seperti Android disusun

dengan baik berdasarkan konsep pedagogi itu sendiri. Hal ini adalah

selari dengan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 25

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

(2008) yang menyatakan Bahan pengajaran dalam PK perlulah melebihi

kehendak sukatan pelajaran bagi membolehkan guru menggunakannya

sebagai bahan pengayaan. Kandungan PK tidak dikekang oleh kurikulum.

Bahan PK perlulah mengandungi aras kemahiran yang berbeza seperti

tinggi, sederhana dan rendah, yang membolehkan guru memilih bahagian

yang sesuai bagi murid mereka.

Kajian seterusnya menumpukan strategi pengajaran yang dipaparkan oleh

PPBK. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat pendapat yang positif

yang diperoleh dari responden. Dapatan menunjukkan rangka isi

kandungan adalah jelas (90%), objektif pengajaran boleh dicapai (80%),

kaedah mengajar sesuai dengan tajuk (70%), penyampaian isi pelajaran

teratur dan sesuai (70%), penyampaian menarik minat pelajar (100%) dan

perisian menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis (90%).

Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa aplikasi yang dipilih telah

dibangunkan dengan mengambil kira aspek pedagogi. Hasil kajian ini

adalah selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Thompson dan

Jogensen (1989). Dalam kajian mereka mendapati, sesebuah perisian

kursus juga seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang aktif dan

efektif. Mereka juga mendapati perisian pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer (PPBK) menyediakan situasi pembelajaran secara

aktif serta dapat meningkatkan pengetahuan yang dialami, dibina,

dimanipulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar secara langsung.

Kajian ini juga menumpukan kepada maklumbalas terhadap rekabentuk

penyampaian. Dapatan kajian juga menunjukkan respond yang positif dari

responden. Dari aspek rekabentuk skrin, teks, warna, audio,grafik dan

imej, animasi dan butang arahan mendapat jawapan Ya; secara‘keseluruhannya (100%) manakala pengenalan ikon pula mendapat reaksi

negatif sebanyak 10% atau seorang responden. Hasil dapatan ini

menunjukkan aplikasi Android yang dipilih memiliki ciri-ciri yang

diperlukan oleh sesebuah PPBK. Hasil dapatan ini menunjukkan

hubungan signifikan dengan kajian yang dilakukan oleh Siti Nor Asmah

(2003) ysng mendapati elemen-elemen ini menitikberatkan soal keupayaan

menarik minat pengguna, penilaian, penggunaan bahasa yang mudah

difahami, interaktif dan penerokaan.

Kajian seterusnya adalah menumpukan kepada maklumbalas terhadap

rekabentuk interaksi perisian. Hasil kajian juga menunjukkan dapatan

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 26

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

yang positif. Kawalan kelajuan persembahan (90%), persembahan yang

berurutan (100%), hyperlink (100%), penerokaan (100%) dan pelayaran

(100%). Hasil kajian ini menunjukkan tahap interaktif yang tinggi bahan

selaras dengan konsep ICT seperti yang didapati dalam kajian yang

dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) iaitu penggunaan

ICT dalam pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,

terancang dan besesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan pembelajaran. Penggunaan ICT yang begitu meluas dalam

pembelajaran mestilah terkawal dan tersusun seperti yang ditetapkan oleh

pihak pentadbiran pendidikan.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi

Android yang dipilih ini memenuhi ciri-ciri PPBK yang dikehendaki untuk

pembelajaran yang positif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

perisian aplikasi pembelajaran itu seharusnya memenuhi kehendak

pengguna seperti mana yang diperoleh dalam kajian yang dilakukan oleh

Beattie dan Pearson (1990), Chua (2002) dan Norhashim et al. (1996) yang

mendapti bahawa sesuatu perisian itu perlu mesra pengguna agar ianya

memberikan kesan yang efektif dan positif untuk pembelajaran.

6. PENUTUP DAN CADANGAN

Kajian terhadap aplikasi Android untuk pembelajaran masih baru di

Malaysia. Kekangan masalah harga telefon pintar atau 3G adalah masalah

utama untuk merealisasikan cadangan ini. Kegagalan pengaplikasian PPBK

dalam program PPSMI adalah ekoran masalah kekurangan peralatan dan

kemudahan ICT di rumah-rumah di Malaysia. Masalah ini ditambah

dengan masalah bekalan elektrik di luar bandar.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi pembelajaran yang

ditawarkan oleh Android adalah sesuatu yang amat berkesan dan

bersesuaian dengan landskap keperluan pendidikan negara. Melalui

kepelbagaian aplikasi pembelajaran, murid-murid dapat memilih bahan

yang sesuai untuk pembelajaran mereka. Sungguhpun begitu, keperluan

untuk capaian internet masih kurang dan memerlukan kos untuk kredit

panggilan. Sungguhpun begitu kos ini lebih murah berbanding

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 27

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

penggunaan bahan interaktif dalam bentuk cakera keras kerana ia

memerlukan peralatan komputer terutamanya yang mudah untuk dibawa.

Kajian ini hanya menumpukan kepada kesesuaian isi kandungan dan

aspek teknikal aplikasi dengan konsep PPBK Kementerian Pelajaran

Malaysia. Dapatan positif yang diperoleh mungkin tidak sama dengan

ratusan aplikasi lain yang terdapat dalam Android. Selain itu juga, kajian

ini hanya bertumpuh kepada subjek Bahasa Melayu Tahun 4. Implikasinya

tidak sama untuk meta pelajaran yang lain. Aplikasi lain untuk subjek

lain perlu diuji terlebih dahulu. Dalam hal ini, permasalahan pemilihan

bahan akan timbul kerana terdapat ratusan aplikasi yang perlu

dimuatturun dan ada darinya memerlukan pembayaran.

Aplikasi Android pula hanya ditawarkan dalam telefon tertentu. Masaalah

harga adalah sesuatu yang amat signifikan. Mungkin terdapat pelajar yang

mampu memilikinya tetapi melihat kepada bilangan murid yang

memerlukan bantuan Rancangan Makanan Tambahan adalah sesuatu yang

sukar untuk memastikan semua murid berpeluang memilinya. Langkah

cadangan untuk membekalkan tablet kepada pelajar sebagai ganti buku

teks adalah sesuatu yang pasti membolehkan penggunaan aplikasi ini

dalam pembelajaran. Di Singapura, penggunaan tablet sebagai penggantian

buku teks dan bahan bantu belajar telah lama dipraktikkan dan

menunjukkan hasil yang positif. Kini tibalah sama kita menuju ke arah

yang sama.

Melalui hasil kajian yang positif ini, kajian-kajian yang seterusnya perlu

giat dilakukan kerana adalah menjadi kerugian sekiranya kita tidak

memanfaatkan kelebihan teknologi ini apatah lagi tahun 2020 semakin

menghampiri. Teknologi sentiasa berubah di samping kita tapi adakah

kita juga berubah sepertinya.

5317 patah perkataan

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 28

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

BIBLIOGRAFI

Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware.

Review of Education Research 49(3): 70-71

Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi

subjek pendidikan komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Jensen, M.S. 1996. A computer unit on diffusion and osmosis with a

conceptual change design. Journal Of Computer And Mathematic

Science Teaching 12(2): 49-64.

Kementerian Pelajaran Malaysia .2008. Penilaian-penilaian Perisian Kursus

Kementerian Pelajaran Malaysia. Malaysia Super Corridor, Putrajaya.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 29

HBEF2303: TEKNOOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran

berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharples, M. 2000. The Design of Personel Mobile Technologiesfor Lifelong Learning,

Computers and Education, 34, 177-193.

Siti Nor Asmah . 2003. Pembinaan Perisian Pendidikan Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Peribahasa Bahasa

Melayu Dalam Comil Zamrud2. Fakulti Bahasa. Tanjung Malim :

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Syafiq Bakri .2012. Artikel Mobil Majalah PC.  Selangor Darul Ehsan :Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd.

Thompson, J.G., and Jorgensen, S..1989. How interactive is instructional

technology? Alternative Models for Looking at Interactions Between

Learners and Media. Educational Technology, 29(2), 24-26.

Mohamad Nasip bin Abdul Rahman 690307125125 30