16
1 KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK TUGASAN 1 KUMPULAN _____N.SMBLN03 (A112PJJ)___ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON SIEW AI FEI D20102044934 012-2219507 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABDUL RAHIM BIN RAZALI____ TARIKH SERAH: ____30 April 2012____________ Tugasan 1: Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut: -Autisme

KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

Embed Size (px)

Citation preview

1

KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK TUGASAN 1

KUMPULAN

_____N.SMBLN03 (A112PJJ)___

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SIEW AI FEI D20102044934 012-2219507

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABDUL RAHIM BIN RAZALI____

TARIKH SERAH: ____30 April 2012____________

Tugasan 1:

Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan

fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu

kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut:

-Autisme

2

ISI KANDUNGAN

Halaman

1. Pendahuluan 3

2. Autisme

(a) Definisi Autisme. 3

(b) Peringkat dan ciri-ciri Kanak-kanak Autisme 4

(c) Etiologi Autisme 7

(d) Punca- punca Autisme. 7

(e) Ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial

kanak-kanak Autisme

8

(f) Langkah-langkah pencegahan Autisme 10

(g) Penutup 15

4. Rujukan 16

3

1.0 Pendahuluan

Di Malaysia, pendidikan diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar

belakang sosial dan perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Bagi murid

berkeperluan khas yang berada dalam program pendidikan khas terdiri daripada (a)

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) iaitu mereka yang terdiri daripada

pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif,

Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak

Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Pendidikan

Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi

keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.

Tidak dapat dinafikan setiap kecacatan ini mempunyai punca-punca yang

berlakunya. Di sini, saya akan membincangkan salah satu kategori daripada kanak-kanak

bermasalah pembelajaran(KKBP) iaitu Autisme. Saya juga akan memperhalusi dan

menghuraikan tentang Autisme ini dengan lebih mendalam.

Kanak-kanak Autisme

2.0 Definisi Autisme

Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada

perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Autisme merupakan

ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap,

emosi, sosial, dan sentuhan.

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak.

Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurogi dan bukan kecacatan prakiatis

mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk dengan perhubungan sosial , komunikasi emosi,

dan juga pola biasa berkaitan dengan perhubungan dan perangai. Biasanya autisme

4

kelihatan pada usia awal tiga tahun. Autisme lebih kerap di kalangan lelaki yang berkulit

putih.

Autisme terbahagi kepada Sindrom Asperger dan Sindrome Kanner. Austisme

Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukan sentiasa bena.

Perbezaan antara Sindrome Kanner dan Sindrome Asperger ialah Asperger tidak

mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau

lebih.Dalam Autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam prtuturan dan biasa

mempunyai kecergasan rendah daripada kebiasaan. Autisme Kanner dengan IQ<80

dirujuk sebagai “fungsi rendah autisme” sementara Sindrom Asperger dengan IQ>80

dikenali sebagai “autisme fungsi tinggi”. Antara contohnya tokoh-tokoh yang menghidapi

Sindrome Asperger islah Satoshi Tajiri (pencipta dan design kartun Pokemon) dan Albert

Einstein.

Satoshi Tajiri Albert Einstein

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Diagnosis dan

latihan awal amat penting bagi perkembangan kanak-kanak.

3.0 Peringkat dan Ciri-ciri kanak-kanak Autisme

3.1 Peringkat kanak-kanak Autisme

Terdapat 3 peringkat autisme iaitu autisme ringan, autisme sedang dan autisme berat.

a) Autisme ringan

Pada peringkat ini, kanak-kanak yang mengalami autisme masih menunjukkan adanya

kontak mata dengan orang lain walaupun tidak berlangsung lama. Kanak-kanak

autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggil namanya, menunjukkan

ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun masih biasa dilakukan secara

5

dua arah meskipun terjadinya hanya sesekali. Tindakan-tindakan yang dilakukan,

seperti memukulkan kepalanya sendiri, mengigit kuku, gerakan tangan yang sterotipik

dan sebagainya, ia masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.

b) Autisme sedang

Pada tahap ini, kanak-kanak autisme masih menunjukkan sedikit kontak mata, namun

ia tidak memberikan respon ketika namanya dipanggil. Terdapat tindakan yang agresif

atau hiperaktif, mencederakan diri sendiri, acuh, dan gangguan motorik

yang stereotipik cenderung, ia agak sulit untuk dikendalikan tetapi masih boleh

dikendalikan.

c) Autisme berat

Pada tahap ini, kanak-kanak autisme menunjukkan tindakan-tindakan yang

sangat tidak terkendali. Biasanya kanak-kanak autisme memukul-mukulkan kepalanya

ke tembok secara berulang-ulang dan terus-menerus tanpa henti. Ketika orang tua

berusaha untuk mencegah, namun kanak-kanak autisme tidak memberikan respon

dan tetap melakukannya, bahkan dalam Keadaan berada dipelukan orang tuanya,

kanak-kanak autisme tetap memukul-mukulkan kepalanya. Ia berhenti setelah merasa

keletihan dan kemudian langsung tertidur.

3.2 Ciri-ciri Kanak-kanak Autisme

Bagaimanakah kita hendak mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami autisme?

Sebenarnya, kanak-kanak Autisme akan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a) Tidak mampu bersosial

Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan

mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat

berbeza daripada normal. Mereka tidak menghiraukan orang lain. Selain itu, mereka

kelihatan tidak sensitif kepada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain. Selain itu,

mereka tidak mehu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

dengan orang. Di samping itu, mereka juga tidak suka sentuhan contohnya tidak mahu

dipeluk atau dipegang. Kanak-kanak autisme tiak sesuai dalam aktiviti kumpulan kerana

6

mereka tidak berkerjasam, berkongsi atau menunggu giliran. Mereka suka bermain sendiri

tetapi mereka tidak bermain dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b) Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

Kesukaran berinteraksi merupakan tanda utama dalam autisme. Seawal bayi lagi,

anak-anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada

sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme

adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam

komunikasi sosial.

Kanak-kanak Autisme mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

lain. Selain itu, mereka bertutur dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam

robot. Mereka mungkin mengulang perkataan sama tetapi tidak faham maksudnya. Bagi

kanak-kanak autisme dengan Sindrome Asperger, mereka menggunakan bahasa rasmi

dan pertuturan mereka kedengaran orang dewasa.

c) Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

Kanak-kanak autisme suka melakukan perbuatan yang berulang -ulang

seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih

merbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala. Mereka tidak mahu menerima

perubahan. Mereka mudah diganggu sekiranya disuruh melakukan perubahan.

Kanak-kanak Autisme menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan

elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.

d) Masalah tingkah laku

Kanak-kanka Autisme suka mengasingkan diri. Mereka akan menunjukkan tindak

balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif atau perlakuan yang

merosakkan(mencederakan diri) apabila rasa kecewa. Mereka bersikap pasif dan

tidak dapat membezakan keadaan baik dan buruk.Oleh itu, mereka biasanya terbabit

dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Kanak-kanak autisme yang aktif tetapi

berperangai pelik suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek

atau dibuli oleh kanak-kanak lain.

7

4.0 Etiologi Autisme

Happé,pada tahun 2008, mengatakan bahawa penyebab autieme belum diketahui secara

pasti, walaupun ia telah diduga sejak lama. Penyebab umum autieme berkaitan dengan

genetik, kognitif, dan tingkat saraf.

Menurut Beaudet pada tahun 2007 pula menunjukkan bahawa penyebab utama autisme

adalah kelainan kromosom.

Mengikut Dr. Ron Leaf semasa melakukan seminar di Singapura pada tanggal 26 – 27

Maret 2004, beliau mengatakan beberapa faktor penyebab autisme, iaitu:

(1).Genetic susceptibility – different genes may be responsible in different families

(2).Chromosome 7 – speech / language chromosome

(3).Variety of problems in pregnancy at birth or even after birth.

5.0 Punca-punca Autisme

Beberapa punca yang menyebabkan autisme telah di rumuskan di sini.

a). Genetik

Menurut Proquest, (2004) faktor genetik sebagai penyebab utama dari gangguan

autisme.Namun identitas dan jumlah gen yang tidak stabil dapat menganggu

perkembangan otak yang akhirnya menghasilkan gangguan autisme. Dalam satu keluarga,

jika anak pertama mengalami autisme maka kemungkinan anak kedua juga mengalami

autisme sekitar 10-20 %.

Penyelidikan pada anak kembar menemui, jika salah satu anak autis, kemungkinan

besar kembarnya juga menghadapi gangguan yang sama.

Secara umum, para ahli penyelidik mengidentifikasi 20 gen yang menyebabkan

gangguan spektrum autisme. Gen tersebut berperanan penting dalam perkembangan otak,

pertumbuhan otak, dan cara sel-sel otak berkomunikasi.

b). Kelainan Otak

Walaupun gangguan autisme belum dikemukakan dengan pasti, namun setelah

pemeriksaan terhadap otak kanak-kanak autisme, menunjukkan adanya perbezaan

bentuk, struktur, dan fungsi otak pada anak autisme.

8

c). Persekitaran

Selama proses kehamilan dan kelahiran bayi, faktor persekitaran seperti jangkitan

virus danterkena bahan kimia dapat menjadi penyebab gangguan autisme pada bayi.

Pendarahanyang terjadi antara usia kehamilan empat sampai lapan bulan juga dapat

menyebabkan bayiterlahir autisme (Bettelheim, 1963).

d). Ubat-ubatan

Menurut Autism-Society (2004), Autisme terjadi pada individu disebabkan

pengambilan ubat oleh ibu semasa hamil seperti Fragile-X Syndrome, Tuberus

Sclerosis,Congenital Rubella Syndrome, dan Phenylketonuria.

Bayi yang terdedah dengan ubat-ubatan tertentu ketika dalam kandungan memiliki

risiko lebih besar untuk mengalami autisme. Ubat-ubatan tersebut termasuk valproic dan

thalidomide. Thalidomide adalah ubat generasi lama yang dipakai untuk mengatasi gejala

loya dan muntah semasa kehamilan, kecemasan, serta insomnia.

Di Amerika, Ubat thalidomide ini sudah dilarang untuk dijual kerana terdapat banyak

laporan bayi yang lahir cacat. Namun, ubat ini kini diperuntukkan untuk mengatasi

gangguan kulit dan terapi kancer. Selain itu, valproic acid pula adalah ubat yang dipakai

bagi pesakit gangguan mood dan bipolar disorder.

6.0 Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak Autisme

a) Dari segi Fizikal

Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif

terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme

mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah

barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi

kuat. Contohnya bunyi letupan,bunyi guruh dan bunyi gaduh ibu bapa. Semasa kanak-

kanak autisme ingin dimandikan, mereka akan menangis apabila rambut mereka

dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian

9

yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka

amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau

melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

b) Dari segi Kognitif

Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi

kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean

Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak

autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep

pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.

c) Dari segi interaksi sosial

Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai masalah interaksi sosial.

Mereka selalu berasa kesepian, kurang bersosial dengan orang lain.Walaupun bersama

ibu bapa, mereka layan seperti orang yang tidak dikenali. Tetapi apabila bersama orang

yang tidak dikenali, mereka tidak berasa menyentak. Biasanya kanak-kanak autisme ini

masih tidak mempunyai kawan apabila mereka berumur 5 tahun, mereka sukar untuk

bermain bersama kawan lain.

Mengikut Dr. Widowo, beliau menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya

mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut

apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil

mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini

dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan

sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan

mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka

tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk

mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada

orang tersebut.

10

d) Dari segi Komunikasi dan Bahasa

Kanak-kanak autisme biasanya senyap. Mereka tidak tahu menggunakan isyarat

tangan untuk menunjukkan “selamat tinggal”. Tidak tahu menggunakan ekspresi muka,

pergerakan,postur dan nada mereka. Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya

mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada

sesetengahnya gagal untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya

bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Biasanya, mereka

hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Selain itu, mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, seperti burung nuri

liar meniru bahasa orang lain, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata

tersebut.

e) Dari segi Emosi

Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah

emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah

seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran

yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka

inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

f) Dari segi perangai dan sikap

Kehidupan Kanak-kanak autisme tidak mempunyai perubahan dan mereka juga

tiada imaginasi. Mereka selalu berulang-ulang bermain permainan mereka, mengulangi

cara hidup yang sama. Mereka juga selalu bermain denga jari kaki mereka. Jika terdapat

perubahan pada cara kehidupan mereka, mereka akan menjerit dan menagis.

Mengikut Dr. Widowo, kadang-kala kanak-kanak autisme ini akan berubah sikap

menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan

suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti

burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah

mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih

kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka

seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan

bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong.

11

7.0 Langkah-langkah Pencegahan Autisme

Tindakan pencegahan penting supaya risiko terjadinya penyakit atau gangguan

autisme dapat dikurangkan. Demikian pula dengan kelainan autisme, meskipun teori

penyebabnya masih belum jelas terungkap namun beberapa upaya pencegahan dapat

dilakukan. Berdasarkan teori penyebab, pencegahan ini dapat dilakukan oleh ibu bapa diri

sendiri sejak merencanakan kehamilan, saat kehamilan, persalinan dan mulai anak

berusia.

a) Pencegahan sejak kehamilan

Untuk mencegah gangguan perkembangan sejak kehamilan, kita harus melihat dan

mengamati penyebab dan faktor risiko terjadinya gangguan perkembangan sejak dalam

kehamilan. Demi mengaurangi atau menghindari risiko yang biasanya akan timbul dalam

kehamilan, kita perlu melalui beberapa cara berikut.

Cara untuk mencegah terjadinya gangguan pertumbuhan sejak dalam kehamilan , kita

perlu periksa dan konsultasi ke doktor spesialis kebidanan dan kandungan dengan lebih

awal. Kalau boleh, berkonsultasilah sejak merencanakan kehamilan. Pemeriksaan yang

boleh dilakukan ialah pemeriksaan skrening secara lengkap terutamanya infeksi virus

TORCH (Toxoplasma, Rubela, Citomegalovirus, herpes atau hepatitis).

Selain itu, periksa dan konsultasi ke doktor spesialis kebidanan dan kandungan secara

rutin dan berkala dan sentiasa mengikut nasihat serta petunjuk doktor dengan baik. Jika

berlaku pendarahan semasa kehamilan, segera periksa kandungan anda dengan doktor.

Pendarahan semasa kehamilan kebanyakannya disebabkan kelainan plasenta. Keadaan

tersebut akan mengakibatkan gangguan transportasi oksigen dan nutrisi disalurkan

kepada bayi yang akan mengakibatkan gangguan pada otak janin.

Pendarahan pada awal kehamilan boleh menyebabkan kelahiran prematur dan berat

bayi dilahir rendah. Prematur dan berat bayi dilahirkan rendah juga merupakan risiko yang

tinggi terjadinya autism dan gangguan bahasa. Selain itu, berhati-hatilah semasa minum

ubat semasa kehamilan, apabila perlu, kita harus konsultasi ke doktor terlebih dahulu

sebelum mengambil ubat tersebut. Terutamanya pada trimester perma kehamilan.

Penyelidik di Swedia melaporkan pemberian ubat Thaliodomide pada awal kehamilan

12

boleh mengganggu sistem susunan saraf yang akan mengakibatkan autisme dan

gangguan perkembangan lain.

Ibu yang mengandung perlu menjaga kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.

Makan makanan yang berzat dengan jumlah yang cukup. Pengambilan vitamin dan

mineral yang cukup dengan adanya nasihat doktor.

Ibu mengandung perlu mengelakkan diri dari asap rokok atau jauhkan diri dengan

ruangan yang dipenuhi asap rokok. Ibu mengandung juga perlu berehat dengan cukup

dan elakkan degan keadaan stress.

b) Pencegahan saat persalinan

Peringkat persalinan adalah peringkat yang paling penting untuk menentukan

kehidupan bayi selanjutnya. Apabila terjadi gangguan semasa persalinan, maka adalah

bahaya jika hambatan aliran darah dan oksigen ke seluruh bahgian organ tubuh bayi

termasuklah otak.

Organ otak adalah organ yang paling sensitif dan peka terhadap gangguan ini, kalau

otak terganggu maka sangat mempengaruhi kualiti hidup anak pada masa kelak, baik

dalam perkembangan dan perilaku anak nanti.

Gangguan persalinan yang dapat meningkatkan risiko terjadinya autisme adalah

pemotongan tali pusat pada bayi terlalu cepat.

c) Peringkat bayi berusia

Dalam kehidupan awal bayi, beberapa gangguan yang terjadi akan mengakibatkan

gangguan pada otak yang akhirnya terjadinya autisme.

Keadaan atau gangguan yang berisiko untuk terjadinya autisme adalah seperti

berikut : Prematuritas Alergi makanan, kegagalan kenaikan berat badan, kelainan jantung

bawaan, kelainan genetik dan kelainan metabolik. Gangguan pencernaan yang sering

muntah, kolik, sulit buang air besar atau sering buang air besar .Gangguan

neurologI/saraf : trauma kepala, kejang, otot atipikal dan kelemahan otot.

Suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang diperlukan apabila ibu sedang

mengandung. Elakkan suasana keluarga yang penuh dengan permusuhan, bertentangan,

13

emosi dan kekerasan. Apabila terdapat factor seperti di atas pada peringkat kehamilan

atau persalinan, kita perlulah berhati-hati. Menurut beberapa penyelidik, risiko tersebut

kemungkinan akan menyebabkan terjadinya autism pada anak yang dilahirkan. Selain itu,

kita harus meneliti dengan cermat tanda dan gejala autism sejak bayi berusia 0 bulan lagi.

Apabila mendapati terdapat gejala autisme, kita perlu mengambil tindakan untuk

mencegah atau memberi ubat yang sesuai kepada anak.Ini sekurang-kurangnya dapat

meminimakan keluhan yang akan timbul kelak nanti.

7.1 Cara-cara untuk mendidik Kanak-kanak Autisme

Asas untuk kita berkomunikasi dengan semua kanak-kanak yang normal, ayat yang

pendek serta mudah akan digunaan. Bukan itu sahaja, perkataan yang disebut perlulah

satu persatu dengan jelas , ini juga penting semasa berinteraksi dengan kanak-kanak

yang bermasalah autism. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering

dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Semasa berhubung dengan kanak-kanak autism, kita tidak boleh melabel kepada

mereka sebelum kuta kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan “pelik”,

kerana telah mereka dilahirkan begitu.

Kanak-kanak autism sebenarnya bukan pembawa masalah kepada guru-guru, sebaliknya

kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir

lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.

Memang kita perlu mengakui bahawa tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak

autisme kerana mereka bukan sahaja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran

berkomunikasi yang terhad dan lebih suka bermain seorang diri, malah tidak

menghiraukan orang lain dan seolah-olah berada di dalam dunia sendiri.

Secara fizikalnya, kanak-kanak autisme ini sama seperti kanak-kanak normal

tetapi hanya berbeza daripada segi kelakuan kerana mereka suka melakukan sesuatu

berulang kali, tidak suka dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu

bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dengan orang lain dan tidak

sabar menunggu giliran.

14

Kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti,

walaupun sesetengah kanak-kanak autisme ini kurang bertutur, tetapi mereka masih boleh

berkomunikasi melalui renungan mata, gerak balas badan, ekspresi muka dan

penggunaan gambar yang sesuai.

Mendidik anak autisme adalah tugas yang mencabar dan menuntut banyak

kesabaran serta kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan

tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa

perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.

Kita boleh menggunakan cara-cara seperti yang berikut apabila berhadapan dengan

Kanak-kanak Autisme:

• Terapi bermain

Kajian membuktikan bermain dapat merangsang minda dan kebolehan berfikir

kanak-kanak. Manfaat bermain ini dirasai semua orang, termasuk kanak-kanak

yang tidak boleh bercakap dan melihat. Bahkan, kesannya turut dirasai orang

dewasa. Secara umumnya terapi bermain membolehkan kanak-kanak mengawal

emosi dan kehidupan.

Kanak-kanak yang pandai bermain juga sebenarnya ada daya kognitif (kebolehan

berfikir) yang baik.

Di samping itu, bermain dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berkawan,

berinteraksi dan saling mendapat serta memberi sokongan sesama mereka. Terapi

bermain membantu kanak-kanak mengadaptasi dengan persekitaran baru dengan

cepat. Ia juga memberi kanak-kanak kepuasan dan keyakinan diri apabila bermain

dapat dilaksanakan dengan baik.

• Pendekatan Interaktif

Kita haruslah mengelakkan mengajuk cakap seperti keanak-anakkan

Selain itu, kita haruslah menggunakan gaya yang sesuai dengan ekspresi muka.

Kita harus enerima usaha kanak-kanak yang ingin berkomunikasi.Di sambing itu,

kita perlu cuba mentafsir maksud komunikasi anak dan cuba galakkan anak terus

berusaha untuk berkomunikasi.Kita perlu sentiasa menceritakan apa yang berlaku

dan menamakan benda-benda dengan menggunakan ayat yang ringkas, pendek

15

dan jelas.Kita harus mendengar permintaan anak-anak dengan sabar. Kita juga

boleh membaca buku untuk mereka dengar.

• Mempelbagaikan aktiviti

Kita harus mengadakan pelbagai aktiviti kepada pelbagai yang dapat menarik

budak Autisme supaya dia dapat bergaul dan dapat berbahasa dengan kawan-

kawan yang lain.Apabila berkata-kata dengan mereka, Kita haruslah menggunakan

bahasa yang jelas. Kita boleh menggunakan Alat Bantu Mengajar untuk mengajar

mereka.

Kita juga boleh menggunakan permainan bahasa supaya mereka lebih minat

berbahasa.

8. Penutup

Pada 2 April setiap tahun merupakan hari Autisme sedunia.Kanak-kanak autisme semakin

meningkat dalam masyarakat kita. Oleh itu, semakin banyak orang mementingkan

penyakit kecatatan rohani dan mental ini. Ia akan memberi kesan sepanjang hidup dan

terlalu sukar untuk dipulihkan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak

terutamanya guru-guru dalam mengenal pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak autisme ini

supaya dapat berhadapan dengan mereka dengan bijak dan menggunakan segala

kemahiran yang ada dalam membentuk mereka menjadikan seperti kanak-kanak yang lain.

Kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak autisme ini

kerana tanpa kesabaran dan ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan

terus cacat seumur hidup mereka. Sebagai anggota masyarakat, kita seharusnya memberi

perhatian untuk kanak-kanak Autisme.

KLCC menganjurkan Hari Ungu untuk mengumpul dana

untuk Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia

(National Autism Society of Malaysia) atau Nasom

16

Rujukan

1. Modul KBK 3073 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

2. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme

4. http://www.scribd.com/doc/58552079/Autisme

5. http://libpkskdwi.blogspot.com/2010_10_01_archive.html

6. http://www.nural.com.my/BM/autism.html

7. http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/mengenali-kanak-kanak-autisme.html

8. http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=589.0;wap2

9. http://annaalthafunnisa.blogspot.com/2011/10/v-behaviorurldefaultvml-o.html

10. http://www.traitdunionoutaouais.com/centredoc/index-e.php

11. http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_0

2.htm