437
STAGNASI DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI HASIL SAMPINGAN PADI DI MALAYSIA: KES JERAMI PADI DI WILAYAH MADA ROSMIZA BINTI MOHD ZAINOL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KES JERAMI PADI DI WILAYAH MADA ROSMIZA BINTI

Embed Size (px)

Citation preview

STAGNASI DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI

HASIL SAMPINGAN PADI DI MALAYSIA: KES

JERAMI PADI DI WILAYAH MADA

ROSMIZA BINTI MOHD ZAINOL

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

STAGNASI DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI HASIL SAMPINGAN PADI

DI MALAYSIA: KES JERAMI PADI DI WILAYAH MADA

ROSMIZA BINTI MOHD ZAINOL

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH

DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2012

ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

13 Mei 2012 ROSMIZA BINTI MOHD ZAINOL

P 41794

iii

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan rahmatNya, segala usaha

telah membuahkan hasil dengan terbentuknya tesis ini.

Jutaan terima kasih dan penuh rasa terhutang budi buat penyelia, Prof. Dr.

Amriah Buang yang tidak jemu mendidik serta memberi kritikan membina sehingga

kajian ini dapat dihasilkan sebaik mungkin. Sekalung penghargaan juga ditujukan

kepada rakan pensyarah yang telah memberi pandangan yang sangat bernas dan

berguna untuk digunakan sepanjang perjalanan kerjaya serta kehidupan ini. Segala

ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Insyaallah.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang

tidak jemu dan ringan tulang menghulurkan bantuan dari segi idea dan kepakaran bagi

menyiapkan penyelidikan ini. Penghargaan yang tidak terhingga terutamanya kepada

agensi MADA, Jabatan Pertanian Negeri Kedah, MARDI, Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Negeri Kedah, NCIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Jabatan

Veterinar Negeri Kedah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan PLUS.

Begitu juga dengan orang perseorangan terutamanya pengusaha enterprais dan petani

yang tidak jemu memberikan maklumat dan pandangan yang sangat berharga bagi

menyempurnakan tesis ini.

Salam kasih sayang yang mendalam dan tiada penghujungnya buat suami

tercinta, Wan Mukhtar Bin Wan Muda; anak-anak comel yang sentiasa memahami

dan bersabar dengan situasi kesibukan ini, Wan Nur Ameera Sofea dan Wan

Muhammad Darwish; ayahanda Hj. Mohd Zainol dan bonda Hajjah Latifah serta adik-

beradik yang lain. Buat yang sentiasa di hati, si kecil Arissa dan Adam, kehadiran

kalian buat seketika memberiku kekuatan dan semangat untuk terus berjuang

menyiapkan tesis ini. Tanpa semuanya, kajian yang dilakukan ini tidaklah dapat

dijayakan sesempurna ini.

iv

ABSTRAK

Malaysia kini telah beralih dari era kemalapan kepada era rejuvenasi dalam sektor

pertanian. Bagaimanapun, tidak semua komponen dalam sektor pertanian di negara ini

mendapat sentuhan rejuvenasi yang sama. Industri jerami padi merupakan salah satu

komponen yang seperti tercicir dalam proses rejuvenasi ini. Penyelidikan ini

dilakukan untuk menjawab persoalan mengapa masih berlaku stagnasi dalam

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA sedangkan ia merupakan wilayah

terunggul pengeluaran padi dan jerami negara. Kaedah kajian adalah berfokus kepada

kepada empat dimensi utama iaitu kajian enterprais (n = 19), kajian komuniti petani (n

= 160) yang terlibat dalam projek penawaran jerami , kajian institusi (n = 15) dan

kajian dasar. Analisis data adalah menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif. Data

diinterpretasi dengan menggunakan analisis SWOT dan pendekatan pemikiran kritikal

untuk mengaitkan hubungan ideologi pembangunan dengan persoalan stagnasi dalam

industri jerami di Wilayah MADA. Dapatan kajian menunjukkan: (i) terdapat 11 skor

faktor kekuatan bagi menyokong rejuvenasi industri jerami antaranya kedudukan padi

sebagai tanaman strategik negara, kedapatan jerami yang banyak dan berterusan,

kelebihan jerami dalam penghasilan produk, dan keterbukaan petani terhadap inovasi;

(ii) terdapat enam skor faktor peluang bagi menyokong rejuvenasi industri jerami

antaranya penekanan dasar ke arah pengurusan sumber secara mesra alam,

penyerlahan identiti Negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Negara dan beberapa

insentif kewangan; (iii) terdapat 11 skor faktor kelemahan yang perlu diatasi bagi

menyokong rejuvenasi industri jerami antaranya ketiadaan dasar rasmi yang menjurus

kepada pembangunan industri jerami, kurangnya promosi menyebabkan kelebihan

jerami tidak menonjol, dan kurangnya penyertaan pihak swasta berskala besar dan

teknologi pemungutan jerami yang tidak cekap; dan (iv) terdapat 12 skor faktor

ancaman yang perlu dibasmi bagi menyokong rejuvenasi industri jerami, antaranya

pemberian subsidi baja kimia yang menghalang penggunaan meluas baja kompos, dan

pertukaran kepimpinan institusi pelaksana kepada yang kurang mesra jerami.

Merujuk kepada hakikat betapa ketiadaan pendekatan agropolitan dalam projek

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bererti terlepasnya peluang terkini untuk

merejuvenasi industri jerami di Wilayah MADA, kajian merumuskan bahawa faktor

dasarlah yang paling menyebabkan stagnasi dalam industri jerami di Wilayah MADA.

Kesimpulannya, stagnasi industri jerami padi di Wilayah MADA hanya akan berakhir

jika dan bila berlaku perubahan dasar daripada meminggir kepada menujah seutuhnya

pembangunan industri jerami padi.

v

STAGNATION IN THE MALAYSIAN RICE BY-PRODUCT INDUSTRY: THE

CASE OF THE RICE STRAW IN THE MADA REGION

ABSTRACT

Malaysia has now shifted from the `sunset’ to a rejuvenation era of its agricultural

sector. Not all components in the agricultural sector, however, get the same touch of

rejuvenation. The rice straw industry is one of the components that have been

overlooked in this rejuvenation process. This research was conducted to find answers

as to why stagnation persists in the MADA rice straw industry even though this is the

premier region of rice and straw production in the country. The research methodology

focussed on four key dimensions, namely, the enterprise study (n = 19), the farming

community study (n = 160), the institutional study (n = 15) and the policy research.

Data were analysed using quantitative and qualitative techniques and were further

interpreted by using SWOT analyses and critical thinking techniques to link the

stagnation issue with the prevailing development ideology . The findings showed that:

(i) there were 11 scores of the ‘strength’ factors to support the rejuvenation of the

straw industry including the position of rice as the country’s strategic crop, the

availability and continuous bulk supply of straw, the advantages of straw in product

development, and the farmers' openness to innovation; (ii) there were six scores of the

‘opportunity’ factors to support the rejuvenation of the straw industry including

policies emphasizing environmental friendly management of resources, the

highlighting of the identity of the Kedah State as the National Rice Bowl, and the

availability of several financial incentives; (iii) there were 11 scores of the ‘weakness’

factors which need to be overcome to support the straw industry rejuvenation

including of the lack of official policies to drive the development of the straw

industry, lack of promotional exercises campaigning the advantages of straw, lack of

private sector participations, and the inefficiency of existing straw collection

technologies; and (iv) there were 12 scores of the ‘threat’ factors which need to be

eradicated to support the rejuvenation of the straw industry, including subsidies for

chemical fertilizers which hinder the extensive use of straw compost, and the

leadership shift of the implementing institutions towards less straw utilization. With

reference to the fact that the absence of an agropolitan approach in the Northern

Corridor Economic Region (NCER) does indeed mean a missed opportunity to

rejuvenate the straw industry in the MADA region, the study points out that the policy

factor is the overriding cause of stagnation in the MADA region’s straw industry. In

conclusion, the persistent stagnation of the rice straw industry in the MADA region

will only end if and when there are real policy changes from the least to the most

straw-friendly.

vi

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xv

SENARAI ILUSTRASI xix

SENARAI SIMBOL xxii

SENARAI SINGKATAN xxiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan: Pembangunan Industri Asas Tani 1

1.2 Senario Pengeluaran Padi Dunia dan Hasil Sampingannya 2

1.3 Hasil Sampingan Pertanian 6

1.4 Potensi Jerami Dalam Pembangunan Industri 8

1.5 Pembangunan Jerami Di Wilayah Pertanian Padi Utama Dunia 13

1.5.1 Wilayah California, Amerika Syarikat 14

1.5.2 Negara Jepun 16

1.5.3 Negara Thailand 17

1.6 Isu dan Permasalahan Kajian 19

1.7 Matlamat dan Objektif Kajian 21

1.8 Kerangka Kajian 22

1.9 Skop Kajian 22

1.10 Kepentingan Kajian 24

1.11 Kesimpulan 25

vii

BAB II LANDASAN TEORI DAN SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 27

2.2 Landasan Teori 27

2.3 Kajian Lepas 43

2.3.1 Faktor-faktor dan proses-proses yang mempengaruhi 43

perkembangan pembangunan industri hiliran berasaskan

hasil sampingan pertanian

2.3.2 Perubahan ekonomi global menuntut penggunaan sumber 53

tenaga alternatif daripada hasil sampingan pertanian

2.3.3 Kesan pembangunan jerami ke atas ekologi dan alam 57

sekitar

2.3.4 Kesan pembangunan jerami ke atas pembangunan 59

wilayah dan sosio-ekonomi penduduk

2.4 Kesimpulan 62

BAB III METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

3.1 Pengenalan 64

3.2 Pengumpulan Data Primer 64

3.2.1 Kajian enterprais 66

3.2.2 Kajian komuniti 68

3.2.3 Kajian institusi 70

3.2.4 Kajian dasar 71

3.3 Pengumpulan Data Sekunder 73

3.4 Penganalisaan Data 72

3.5 Kedah Sebagai Wilayah Pertanian Padi 74

3.6 Wilayah MADA Sebagai Hub-Agropolitan dan Agen Penggerak 76

Sektor Tanaman Padi di Kedah

3.6.1 Persekitaran fizikal 82

3.6.2 Persekitaran manusia 86

3.7 Sorotan Pembangunan Industri Jerami di Wilayah MADA 90

3.8 Kesimpulan 100

viii

BAB IV KAJIAN ENTERPRAIS: KEUPAYAAN ENTERPRAIS

DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI

WILAYAH MADA

4.1 Pengenalan 101

4.2 Profil Pengusaha dan Enterprais 101

4.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengusaha Memilih 104

Jerami Sebagai Bahan Asas Dalam Pembangunan Enterprais

4.3.1 Bahan mentah jerami sangat mudah diperolehi dan 104

jerami

4.3.2 Kepelbagaian potensi dan kelebihan jerami sebagai 105

bahan mentah

4.3.3 Penonjolan identiti Negeri Kedah 106

4.3.4 Dasar dan galakan kerajaan terhadap industri jerami 106

4.4 Faktor-faktor Yang Menjejaskan Pengusaha Enterprais Untuk 107

Memajukan Industri Jerami

4.4.1 Peranan institusi yang kurang kukuh dalam memajukan 108

enterprais jerami

4.4.2 Kurangnya sokongan masyarakat terhadap penggunaan 115

produk jerami

4.4.3 Kurangnya penyelidikan dan pembangunan terhadap 116

potensi dan teknologi pembangunan jerami

4.4.4 Tahap kemahiran dan pengetahuan berkaitan aspek 123

perusahaan jerami di kalangan pengusaha enterprais

yang kurang mantap

4.4.5 Sikap usahawan yang kurang aktif dalam 126

mengembangkan enterprais

4.4.6 Skop pasaran yang terbatas 127

4.4.7 Stok bekalan bahan mentah yang berterusan 128

4.4.8 Tenaga kerja sambilan yang kurang mahir 129

4.4.9 Pengusaha kekurangan sumber modal untuk 131

membangunkan enterprais

4.5 Analisis SWOT: Kajian Enterprais 136

4.5.1 Kekuatan 137

4.5.2 Peluang 139

4.5.3 Kelemahan 141

4.5.4 Ancaman 145

4.6 Kesimpulan 144

ix

BAB V KAJIAN KOMUNITI: KEUPAYAAN KOMUNITI DALAM

PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

5.1 Pengenalan 147

5.2 Profil Petani dan Keterlibatannya Dalam Pembangunan 148

Industri Jerami di Wilayah MADA

5.3 Petani dan Pembangunan Jerami Padi di Wilayah MADA 156

5.3.1 Tujuan petani melakukan pembakaran terbuka jerami 156

5.3.2 Tahap pengetahuan petani terhadap syarat-syarat 157

pembakaran jerami di ladang

5.3.3 Kesampaian petani terhadap khidmat nasihat daripada 159

pihak institusi berhubung teknik pembakaran terbuka

jerami

5.3.4 Faktor penarik petani untuk membangunkan industri 160

jerami

5.3.5 Tahap pengetahuan petani berkaitan potensi jerami padi 163

5.4 Faktor-faktor Yang Menjejaskan Usaha Pihak Petani Untuk 165

Membangunkan Industri Jerami di Wilayah MADA

5.4.1 Perubahan cuaca (hujan) menghalang proses 166

pengumpulan jerami di ladang

5.4.2 Insentif yang diberikan kepada petani kurang menarik 167

5.4.3 Teknologi pemungutan jerami yang kurang efisien 169

5.4.4 Serangan penyakit dan perosak tanaman menyebabkan 171

jerami terpaksa dibakar

5.4.5 Penyediaan kemudahan logistik yang kurang mencukupi 171

5.4.6 Tahap kemahiran dan pengetahuan petani yang rendah 176

berkaitan pengurusan jerami di ladang

5.4.7 Jangkamasa yang terhad untuk pengurusan tanaman 178

berikutnya menyebabkan pembakaran jerami terpaksa

dilakukan

5.4.8 Ketidakcekapan pengurusan jerami oleh pihak institusi 179

5.4.9 Petani kekurangan modal untuk membangunkan projek 181

jerami

5.5 Kesan Pembangunan Industri Jerami ke Atas Persekitaran Tani 182

dan Sosio-Ekonomi Petani

5.5.1 Peningkatan kualiti udara di persekitaran tani 183

5.5.2 Pengurangan kesan penyerakan abu pembakaran jerami 184

di persekitaran tani

5.5.3 Pengurangan gangguan asap tebal ke atas penduduk 186

sekitar

5.5.4 Peningkatan tahap kesihatan penduduk di persekitaran 188

x

ladang

5.5.5 Pengurusan tanah untuk tanaman berikutnya semakin 189

mudah

5.5.6 Peningkatan pendapatan petani 190

5.5.7 Kesan penggunaan jerami ke atas aktiviti pertanian 191

yang dijalankan oleh petani

5.6 Analisis SWOT: Kajian Komuniti 195

5.6.1 Kekuatan 196

5.6.2 Peluang 199

5.6.3 Kelemahan 200

5.6.4 Ancaman 202

5.7 Kesimpulan 204

BAB VI KAJIAN INSTITUSI: PERANAN INSTITUSI DALAM

MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI

DI WILAYAH MADA

6.1 Pengenalan 206

6.2 Status Pembangunan Industri Jerami di Wilayah MADA 208

6.2.1 Tujuan pembangunan jerami 209

6.2.2 Pembangunan jerami sebagai satu sumber ekonomi 207

6.3 Faktor-faktor Yang Menjejaskan Usaha Pihak Institusi 212

Dalam Membangunkan Industri Jerami di Wilayah MADA

6.3.1 Penyediaan kemudahan logistik yang kurang berkesan 212

6.3.2 Kurangnya penyertaan pihak swasta 216

6.3.3 Dasar dan polisi kerajaan yang kurang jelas dan kurang 218

menyokong terhadap pembangunan industri jerami

6.3.4 Penggunaan teknologi yang tidak bersesuaian dengan 220

keadaan tempatan

6.3.5 Kurangnya penyelidikan dan pembangunan yang 221

dijalankan ke atas potensi jerami dan teknologi

pembangunan jerami

6.3.6 Kurangnya promosi terhadap potensi dan produk 223

hasilan jerami

6.3.7 Sikap dan tahap pengetahuan petani selaku pengeluar 226

bahan mentah

6.3.8 Kurangnya galakan kerajaan terhadap penggunaan 229

jerami

6.3.9 Sikap dan motivasi yang rendah di kalangan usahawan 230

6.3.10 Tahap ilmu dan motivasi di kalangan pegawai institusi 232

pertanian yang rendah

xi

6.3.11 Bekalan bahan mentah jerami 233

6.3.12 Peruntukan modal yang terbatas 238

6.3.13 Kekurangan tenaga kerja untuk memungut jerami 239

secara manual di ladang

6.3.14 Pengaruh status milikan tanah dan saiz tanah yang kecil 240

6.3.15 Kekangan masa bagi pengurusan tanah untuk musim 241

tanaman berikutnya

6.3.16 Persaingan yang wujud dengan produk lain 242

6.3.17 Karenah birokrasi yang wujud di peringkat pengurusan 243

6.4 Analisis SWOT: Kajian Institusi 244

6.4.1 Kekuatan 246

6.4.2 Peluang 248

6.4.3 Kelemahan 249

6.4.4 Ancaman 255

6.5 Kesimpulan 258

BAB VII KAJIAN DASAR: PERANAN DASAR DALAM

MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI

DI WILAYAH MADA

7.1 Pengenalan 260

7.2 Tahap-tahap Pembangunan Sektor Pertanian dan Tanaman 261

Padi di Malaysia

7.2.1 Fasa pembangunan pertanian sekitar tahun 1960an 261

dan 1970an

7.2.2 Fasa Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1970-1990) 269

7.2.3 Fasa Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (1991-2000) 273

7.2.4 Fasa Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (2001-2010) 275

7.3 Analisis SWOT: Kajian Dasar 280

7.3.1 Kekuatan 281

7.3.2 Peluang 282

7.3.3 Kelemahan 286

7.3.4 Ancaman 287

7.4 Kesimpulan 288

xii

BAB VIII STAGNASI DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI:

SUATU REALITI

8.1 Pengenalan 289

8.2 Terbiarnya Faktor dan Elemen ‘Kekuatan’ Yang Sedia Ada 289

Dalam Menjana Pembangunan Industri Jerami

8.2.1 Kelebihan semulajadi Wilayah MADA 291

8.2.2 Padi sebagai tanaman strategik negara 291

8.2.3 Penekanan dan pernyataan dasar terhadap pembangunan 292

industri hasil sampingan pertanian dan pengurusannya

secara mesra alam

8.2.4 Kedapatan bekalan bahan mentah jerami yang banyak 293

dan berterusan

8.2.5 Pembaikan infrastruktur ladang melancarkan proses 294

pembangunan jerami

8.2.6 Kelebihan dan potensi jerami dalam penghasilan produk 294

8.2.7 Keterbukaan sikap petani terhadap inovasi pertanian 295

8.2.8 Penjimatan kos pengurusan ladang oleh petani 295

8.2.9 Harga bahan mentah jerami yang murah dan boleh 295

diperolehi secara percuma

8.2.10 Pewujudan peluang pekerjaan 296

8.2.11 Harga produk jerami yang kompetitif di pasaran 296

8.3 Kegagalan Memanfaatkan Faktor dan Elemen `Peluang’ Yang 297

Wujud Dalam Membangunkan Industri Jerami di Wilayah

MADA

8.3.1 Memanfaatkan pelbagai galakan dan insentif 297

8.3.2 Pengeksploitasian sumber sedia ada (jerami) di 298

persekitaran tani

8.3.3 Peningkatan harga import makanan ternakan menuntut 299

penggunaan jerami sebagai sumber makanan alternatif

8.3.4 Peningkatan sektor pelancongan tani melalui penyerlahan 299

identiti Negeri Kedah sebagai jelapang padi negara

8.3.5 Peningkatan kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan 302

alam sekitar

8.3.6 Keperluan kepada pembangunan sumber tenaga alternatif 302

8.4 Pengabaian Dalam Menangani Sepenuhnya Faktor dan Elemen 303

‘Kelemahan’ Sedia Ada Dalam Merencanakan Pembangunan

Industri Jerami di Wilayah MADA

8.4.1 Ketiadaan dasar yang menjurus kepada pembangunan 304

jerami

8.4.2 Kurangnya sokongan pihak institusi 305

8.4.3 Penumpuan aktiviti nilai ditambah hanya kepada tanaman 306

xiii

komoditi industri

8.4.4 Teknologi pemungutan jerami yang kurang cekap 306

8.4.5 Kurangnya penyelidikan dan pembangunan terhadap 307

kepelbagaian potensi jerami

8.4.6 Kekurangan modal di kalangan usahawan dan petani 307

membataskan penglibatan dalam industri jerami

8.4.7 Hasil penyelidikan tidak dipraktikkan di ladang 308

8.4.8 Tahap kemahiran dan pengetahuan petani yang rendah 308

terhadap pengurusan jerami secara mesra alam

8.4.9 Program pembentukan sumber tenaga kurang berkesan 309

8.4.10 Tiada penyelarasan dalam peranan dan program antara 309

institusi kerajaan

8.4.11 Skop pasaran terbatas 310

8.5 Kegagalan Menangani Faktor dan Elemen ‘Ancaman’ Sedia 310

Ada Yang Menggugat Pembangunan Industri Jerami di

Wilayah MADA

8.5.1 Terhadnya penyertaan pihak swasta dan petani 311

8.5.2 Pemberian subsidi baja kimia kepada petani menghalang 312

penggunaan baja kompos jerami secara berleluasa

8.5.3 Tahap penyelidikan dan pembangunan masih rendah 312

8.5.4 Kekangan logistik 313

8.5.5 Tuntutan terhadap kebajikan sosial penduduk 313

pihak institusi memajukan bisnes jerami

8.5.6 Status pemilikan dan saiz ladang yang kecil 313

8.5.7 Jangka masa yang singkat untuk pengurusan ladang 314

8.5.8 Pengaruh cuaca yang tidak menentu 314

8.5.9 Sikap petani yang sukar menerima perubahan 315

8.5.10 Perubahan pucuk kepimpinan dan pertukaran pegawai 315

berpengalaman

8.5.11 Kedapatan pelbagai produk alternatif di pasaran 315

8.5.12 Kewangan petani yang tidak terlalu terdesak untuk 316

mewujudkan sumber pendapatan baru

8.6 Pengukuhan Dasar: Asas Strategik Bagi Pembangunan Industri 316

Jerami Yang Berdaya Maju

8.7 Kesimpulan 324

BAB IX RUMUSAN DAN CADANGAN

9.1 Senario Stagnasi Dalam Industri Jerami 325

9.2 Faktor-faktor Pendorong Utama Kepada Stagnasi Dalam 327

Industri Jerami di Wilayah MADA

9.2.1 Tiadanya dasar khusus terhadap pembangunan jerami 327

xiv

9.2.2 Terhadnya penyertaan pihak swasta dan petani dalam 328

usaha membangunkan industri jerami

9.2.3 Penawaran kemudahan infrastruktur dan teknologi yang 329

kurang efisien

9.3 Cabaran Terhadap Pembangunan Industri Jerami Yang Berdaya 329

Saing di Wilayah MADA

9.3.1 Keperluan pembuatan dan pengukuhan dasar yang lebih 330

terarah kepada industri jerami

9.3.2 Keperluan kepada pembangunan utuh pihak swasta dan 331

usahawan enterprais

9.3.3 Keperluan kepada pembangunan utuh komuniti petani 331

9.3.4 Pengukuhan pengurusan oleh pihak institusi 332

9.4 Implikasi Kajian Terhadap Pembuatan Dasar dan Pembangunan 333

Wilayah Pertanian

9.5 Kesimpulan 334

RUJUKAN 336

LAMPIRAN 330

A Borang kaji selidik kajian enterprais 346

B Borang kaji selidik kajian komuniti 351

C Borang kaji selidik kajian institusi 358

D Senarai pengusaha enterprais 364

E Senarai komuniti petani 365

F Senarai pegawai institusi 366

xv

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

1.1 Jumlah pengeluaran padi dan jerami di negara-negara 3

pengeksport padi dunia (juta tan metrik)

1.2 Pengeluaran hasil sampingan oleh tanaman padi dan lain-lain 4

tanaman yang ditanam secara bergilir dengan tanaman padi di

Wilayah Tropika (juta tan metrik)

1.3 Anggaran kuantiti jumlah pengeluaran jerami bagi tanaman 5

bijirin di negara-negara Asia (juta tan metrik)

1.4 Potensi jerami dalam mewujudkan rantaian industri (huluan dan 9

hiliran) antara sektor pertanian dengan pelbagai sektor ekonomi

lain

1.5 Penggunaan jerami padi di beberapa negara Asia 12

1.6 Pengurangan kawasan pembakaran jerami padi, keluasan 15

kawasan pembakaran yang dibenarkan dan kawasan sebenar

pembakaran di Lembah Sacramento, Amerika Syarikat.

2.1 Petunjuk asas pembangunan pertanian mapan 42

3.1 Jenis enterprais berasaskan jerami padi dan bilangan usahawan 67

yang terlibat di Wilayah MADA

3.2 Senarai unit dan jumlah responden yang terlibat dalam projek 70

pemungutan jerami di Wilayah MADA

3.3 Institusi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pembangunan 71

dan pengurusan jerami padi di Wilayah MADA

3.4 Keluasan kawasan tanaman padi di Kedah 75

3.5 Keluasan kawasan tanaman padi di kawasan luar MADA 76

3.6 Keluasan kawasan dan jumlah petani mengikut lokaliti wilayah 82

pengurusan MADA bagi tahun 2008

3.7 Taburan hujan di Wilayah MADA 84

3.8 Inventori infrastruktur fizikal di Wilayah MADA 85

3.9 Kategori gunatanah di Wilayah MADA 86

xvi

3.10 Kelas umur petani dalam Wilayah MADA 87

3.11 Status pemilikan ladang oleh petani di Wilayah MADA 88

3.12 Taburan saiz ladang, bilangan pengusaha dan luas kawasan 89

yang diusahakan di Wilayah MADA

3.13 Prestasi pendapatan setahun dan kadar kemiskinan di Wilayah 89

MADA

3.14 Pengumpulan Jerami Padi Di Wilayah MADA 91

3.15 Keluasan bertanam, pengeluaran padi dan jerami di Wilayah 93

MADA

3.16 Prestasi hasil Projek 10 tan MADA (musim II/2001-II/2005) 94

3.17 Lokasi projek integrasi jerami padi, ternakan lembu fidlot dan 96

kompos jerami di Wilayah MADA sehingga Disember 2008

3.18 Prestasi dan sasaran pengeluaran jerami di Wilayah MADA 98

3.19 Prestasi pengeluaran kompos tahun 2008 99

4.1 Bilangan pengusaha mengikut jantina dan kaum 102

4.2 Taburan silang antara tempoh mengusahakan enterprais dengan 103

tempoh menggunakan jerami sebagai asas kepada perusahaan

4.3 Jenis enterprais yang menggunakan jerami sebagai bahan 103

mentah

4.4 Faktor-faktor yang menjejaskan usaha pembangunan enterprais 108

berasaskan jerami padi

4.5 Masalah di peringkat institusi yang membawa kepada stagnasi 109

pembangunan enterprais jerami

4.6 Tahap keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak 126

institusi ke atas pengusaha enterprais

5.1 Profil petani dan hubungan minatnya terhadap pembangunan 149

industri jerami di Wilayah MADA

5.2 Taburan silang antara jangkamasa petani mengusahakan 152

tanaman padi dengan minat petani terhadap projek pemungutan

jerami

xvii

5.3 Taburan silang menunjukkan kaitan antara pendapatan purata 154

petani dengan minat petani terhadap pembangunan jerami

5.4 Kaedah penanaman padi yang diusahakan oleh petani 155

5.5 Penglibatan petani dalam projek pembangunan jerami mengikut 155

musim penanaman padi

5.6 Tujuan petani melakukan pembakaran jerami di ladang 156

5.7 Tahap pengetahuan petani terhadap syarat-syarat pembakaran 159

jerami mengikut Akta 127 (A)

5.8 Pihak institusi yang terbabit dalam memberi khidmat nasihat 160

berkaitan syarat-syarat pembakaran terbuka jerami

5.9 Faktor penarik petani untuk membangunkan jerami 161

5.10 Bentuk insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada 162

petani

5.11 Pihak yang memungut jerami di ladang 163

5.12 Tahap pengetahuan petani terhadap potensi jerami 164

5.13 Kaedah perolehan maklumat berkaitan potensi jerami 165

5.14 Faktor-faktor yang menjejaskan usaha pihak petani untuk 166

membangunkan industri jerami di Wilayah MADA

5.15 Bilangan petani yang mempunyai tempat penyimpanan jerami 174

5.16 Bentuk perkhidmatan yang diperlukan oleh petani untuk 178

meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kemahiran bagi

menjayakan industri jeramidi Wilayah MADA

5.17 Jumlah petani yang pernah mendapatkan perkhidmatan yang 181

ditawarkan oleh pihak MADA

5.18 Kesan ke atas persekitaran tani dan sosio-ekonomi petani 185

sebelum dan selepas pembangunan jerami dilaksanakan di

Wilayah MADA

5.19 Penggunaan jerami oleh petani dalam menjalankan aktiviti 191

pertaniannya

5.20 Perbezaan yang wujud kesan penggunaan jerami dalam aktiviti 194

tani

xviii

6.1 Institusi yang terlibat dalam projek pembangunan jerami di 207

Wilayah MADA

6.2 Faktor-faktor yang menjejaskan usaha pihak institusi dalam 213

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA

7.1 Perkembangan dasar terhadap pembangunan sektor tanaman 263

padi dan jerami di Malaysia

8.1 Faktor dan elemen `kekuatan΄ sedia ada dalam mempengaruhi 290

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA

8.2 Faktor dan elemen `peluang΄ yang wujud dalam industri jerami 297

di Wilayah MADA

8.3 Faktor dan elemen `kelemahan΄ sedia ada dalam menjejaskan 303

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA

8.4 Faktor dan elemen `ancaman΄ sedia ada yang menggugat 311

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA

8.5 Pewajaran pendekatan Agropolitan diterapkan di Wilayah MADA 321

xix

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

1.1 Kaedah pengurusan hasil sampingan pertanian 7

1.2 Kerangka kajian 23

2.1 Model pembangunan mapan 40

3.1 Kedudukan Wilayah MADA dalam Negeri Kedah 80

3.2 Kedudukan lokaliti pentadbiran Wilayah MADA bagi 81

melicinkan pengurusanpentadbiran dan pelaksanaan aktiviti

pertanian Wilayah MADA

4.1 Status pemilikan enterprais 102

4.2 Faktor-faktor pemilihan jerami sebagai bahan asas bagi 104

pembangunan perusahaan

4.3 Sumber pengusaha enterprais jerami memperolehi kemahiran 124

dan pengetahuan

4.4 Bentuk perkhidmatan dan bilangan pengusaha yang pernah 124

mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi

kerajaan

4.5 Kaedah pengusaha memperolehi bekalan jerami 129

4.6 Status pekerjaan berdasarkan tahap umur 130

4.7 Analisis SWOT bagi kajian enterprais 137

5.1 Analisis SWOT bagi kajian komuniti 196

6.1 Tahap kesukaran yang dihadapi oleh pihak institusi untuk 229

menggerakkan petani mengusahakan jerami

6.2 Tahap pengetahuan pegawai institusi berkaitan potensi jerami 233

yang boleh dibangunkan

6.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran bekalan jerami 234

di ladang

6.4 Analisis SWOT terhadap kajian institusi 246

7.1 Analisis SWOT bagi kajian dasar 280

xx

8.1 Pembangunan industri jerami yang strategik 323

No. Gambar

4.1 Pemprosesan kompos yang mengambil masa panjang dan 117

perlu dialihkan setiap minggu selama tiga bulan memerlukan

teknologi yang mampu menjimatkan masa dan tenaga

4.2 Mesin pengisar jerami (blender) yang kecil tidak mampu untuk 118

mengisar jerami dalam kapasiti yang banyak malah terpaksa

dikongsi dengan pengusaha lain

4.3 Kaedah menangguk tradisional melambatkan proses 119

penghasilan kertas jerami dalam kuantiti yang banyak bagi

memenuhi permintaan

4.4 Ketiadaan teknologi pengeringan menyebabkan proses 120

pengeringan kertas secara semulajadi mengambil masa

yang panjang sekiranya cuaca lembab

4.5 Mesin pemampat kertas yang kurang canggih tidak mampu 120

mengeringkan kertas jerami dengan cepat

4.6 Tahap teknolgi yang rendah dan kurangnya penyelidikan 121

menyebabkan beg kertas jerami mudah kembang dan koyak

apabila terkena air

4.7 Nilai nutrien jerami yang rendah sebagai makanan ternakan 122

perlu ditingkatkan melalui penyelidikan dan teknologi moden

4.8 Penggunaan plastik biasa sebagai pembungkusan kerana 132

kekurangan modal menjadikan kertas jerami batik canting

kurang menarik

4.9 Kekurangan modal menyebabkan batik canting tidak dapat 133

dihasilkan dengan baik (menggunakan bingkai murah dan

warna yang sedikit)

4.10 Kekurangan modal menyebabkan permintaan yang tinggi dari 133

luar negara terhadap kotak jerami terpaksa ditolak

(kotak yang terletak di bahagian belakang gambar)

4.11 Kekurangan modal menyebabkan pengusaha tidak mampu 135

menyediakan tempat penyimpanan jerami yang sempurna

4.12 Pengusaha memerlukan modal yang agak besar untuk membina 136

bangsal bagi memproses kompos jerami

xxi

5.1 Faktor cuaca (hujan) menyebabkan jerami rosak akibat basah 167

dan ditenggelami air

5.2 Teknologi pemungutan jerami (mesin baler) yang digunapakai 170

tidak bersesuaian dengan keadaan tempatan menghalangnya

beroperasi di kawasan yang berair

5.3 Keadaan sawah yang berair menghalang penggunaan mesin 170

baler untuk proses pengumpulan jerami

5.4 Kekurangan tempat penyimpanan jerami menyebabkan jerami 172

rosak kerana dilonggokan secara terbuka

5.5 Keadaan tempat penyimpanan jerami yang dimiliki oleh petani 175

untuk kegunaan ternakannya selain menjualnya kepada pembeli

lain

5.6 Kualiti udara yang tercemar kesan pembakaran terbuka jerami 184

padi yang dilakukan oleh petani selepas musim penuaian

5.7 Pembakaran jerami yang dilakukan di pinggir jalanraya boleh 187

mengakibatkan kemalangan kenderaan kerana asap tebal yang

menyelubungi jalanraya akan menghadkan jarak penglihatan

pemandu

5.8 Pertumbuhan anak padi yang cepat dan kualiti anak benih yang 194

sihat dengan menggunakan jerami sebagai medium semaian

tikar

6.1 Kekurangan tempat penyimpanan jerami berbumbung yang 215

dimiliki oleh pihak MADA menyebabkan jerami mudah rosak

akibat terdedah kepada cuaca lembab

xxii

SENARAI SIMBOL

cm sentimeter

g gram

ha hektar

kg kilogram

km kilometer

m² meter padu

mm millimeter

% peratus

xxiii

SENARAI SINGKATAN

DJBM Dasar Jaminan Bekalan Makanan

JAS Jabatan Alam Sekitar

MADA Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

NCER Wilayah Ekonomi Koridor Utara

NCIA Badan Bertindak Koridor Utara

PIP Pelan Induk Perindustrian

PLUS Plus Expressways Berhad

UPEN Unit Perancangan Ekonomi Negeri

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN: PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI

Agro-industri merupakan pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi kawasan

luar bandar. Terangkum di dalamnya ialah industri asas tani yang terdiri daripada

industri tani peringkat huluan dan hiliran. Pembangunan industri asas tani di sesebuah

wilayah akan mewujudkan kepelbagaian aktiviti dalam ekonomi pertanian dan

pengkomersilan aktiviti pertanian. Ia lebih menjurus kepada industri baru yang

mencetuskan rantaian nilai ke hadapan dan belakang (forward & backward linkages).

Rantaian ke hadapan akan melibatkan lebih banyak bahan mentah pertanian

mengalami pemprosesan, pembungkusan dan piawaian (Chamhuri & Mohd Fauzi

1996).

Pembangunan industri asas tani merupakan strategi baru kepada

perkembangan sektor pertanian yang akan melibatkan perubahan pendapatan ladang;

mewujudkan pekerjaan baru dari sumber sedia ada terutamanya di peringkat

pengeluaran dan pemasaran; meningkatkan kemampuan sumber manusia; penjanaan

industri baru dan pengembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); kewujudan

kelebihan bandingan produk; pengurangan kebocoran dalam proses ekonomi;

berpotensi kukuh sebagai pengganti barangan eksport dan import serta bertindak

sebagai pelindung kepada alam sekitar (Pazim 1997).

Industri hiliran merupakan satu aktiviti yang memberi nilai tambah kepada

bahan mentah pertanian melalui proses lanjutan dari aktiviti peringkat ladang,

pemprosesan lepas tuai, penggredan hingga kepada memenuhi permintaan di pasaran.

2

Nilai ditambah ini merujuk kepada pertambahan nilai sesuatu barang setelah melalui

tahap pemprosesan akibat daripada kegiatan ekonomi yang diwujudkan oleh sesebuah

firma atau sektor ekonomi lain untuk dijadikan barang perantaraan atau barang siap.

Industri ini termasuklah pemprosesan dan pembuatan bagi keluaran pertanian yang

terdiri daripada keluaran makanan dan bukan makanan (Pazim 1997).

Proses lanjutan ini menjadikan bahan mentah tersebut boleh dipasar, diguna,

dimakan dan wujud penjanaan pendapatan di sepanjang proses rantaian nilai tersebut.

Walau bagaimanapun, tahap pemprosesan bahan mentah tersebut sangat bergantung

kepada peruntukan pelaburan modal, teknologi dan sistem pengurusan. Proses

rantaian nilai ini melibatkan pihak pengeluar seperti petani dan penternak; logistik

seperti pengangkutan dan pusat penyimpanan; pengilang; enterprais; syarikat

pembekal barangan pertanian; serta penyediaan keperluan perkhidmatan oleh pihak

kerajaan dan swasta. Nilai rantaian ini seterusnya akan menghasilkan kelebihan

bandingan bagi produk tersebut di sesebuah wilayah pertanian (Bryceson 2006).

Justeru bagi meningkatkan daya saing sektor pertanian, sistem rantaian yang lebih

berkesan boleh diwujudkan dengan meningkatkan aktiviti hiliran melalui

pengeksploitasian sepenuhnya hasil sampingan pertanian tersebut. Kegagalan

mengeksploitasi sumber tersebut amat merugikan sesebuah negara kerana nilai

ditambah yang boleh diwujudkan daripadanya amatlah tinggi.

1.2 SENARIO PENGELUARAN PADI DUNIA DAN HASIL

SAMPINGANNYA

Padi merupakan tanaman bijirin terpenting di Asia dan hampir 90% daripada wilayah

ini diusahakan dengan tanaman padi. Ia menyumbang tiga perempat daripada

pengeluaran beras dunia. Pada tahun 2005, China sebagai pengeksport terbesar beras

dunia menghasilkan padi sebanyak 182.1 juta tan metrik manakala Indonesia dan

Bangladesh masing-masing menghasilkan padi sebanyak 54.5 juta tan metrik dan 39.8

juta tan metrik. Pengeluaran beras dunia pada tahun 2006 sebanyak 611.7 juta tan

metrik yang dihasilkan oleh negara-negara sedang membangun iaitu China (183.3 juta

tan metrik), India (139.1 juta tan metrik) dan Indonesia (54.5 juta tan metrik). Negara

Jepun dan Amerika Syarikat masing-masing menghasilkan sebanyak 10.7 juta tan

3

metrik dan 8.8 juta tan metrik beras. Kedua-dua negara ini merupakan pengeluar

terbesar beras dunia bagi negara-negara maju.

Berdasarkan jadual 1.1, jumlah jerami yang diperolehi adalah lebih banyak

jika dibandingkan dengan hasil padi. Pada tahun 2005, sebanyak 225.1 juta tan metrik

dan 168.3 juta tan metrik jerami terhasil di China dan India. Jumlah ini meningkat

kepada 229.1 juta tan metrik (China) dan 176.7 juta tan metrik (India) pada tahun

2007. Jumlah yang besar ini merupakan satu pembaziran dan sering mendatangkan

masalah kepada alam sekitar jika jerami tidak diuruskan secara efisien (FAO 2005).

Jadual 1.1 Jumlah pengeluaran padi dan jerami di negara-negara pengeksport padi

dunia (juta tan metrik)

Negara 2005 2006 2007

Hasil Padi Jerami Hasil Padi Jerami Hasil Padi Jerami

China 182.06 225.12 183.28 224.00 187.40 229.04

India 137.69 168.29 139.14 170.06 144.57 176.70

Indonesia 54.15 66.18 54.45 66.56 57.16 69.86

Bangladesh 39.80 48.64 40.77 49.83 43.06 52.63

Vietnam 35.83 43.80 35.85 43.82 35.94 48.33

Thailand 30.29 37.02 30.92 37.80 32.10 39.23

Myanmar 27.68 33.84 29.64 36.23 31.45 38.44

Filipina 14.60 17.85 15.34 18.73 16.24 19.85

Brazil 13.19 16.12 11.57 14.09 11.06 13.52

Jepun 11.34 13.86 10.70 13.07 10.90 13.31

Amerika

Syarikat

8.01 97.93 8.83 10.79 9.0 11.0

Sumber: Food and Agricultural Organization 2005

Penghasilan beras dunia pada tahun 2007/08 kian merosot iaitu hanya 430.2

juta tan metrik yang disumbangkan sebahagiannya oleh negara China (129.8 juta tan

metrik), India (96.4 juta tan metrik), Indonesia (35.5 juta tan metrik) dan Amerika

Syarikat (6.3 juta tan metrik). Kemerosotan hasil padi ini berikutan keadaan cuaca

yang semakin tidak menentu terutamanya kesan pemanasan global. Kajian mendapati

pembakaran terbuka jerami padi adalah antara penyumbang sebahagian kecil kepada

pemanasan global (Suzuki & Miyazaki 2008).

4

Benua Asia merupakan pengeluar terbesar padi dan tanaman bijirin lain

berbanding Benua Afrika dan Amerika Selatan. Ini sekaligus menjadikan Benua Asia

sebagai pengeluar terbesar hasil sampingan pertanian iaitu kira-kira 52% daripada

pengeluaran dunia. Hasil sampingan ini antaranya diperolehi daripada tanaman padi,

gandum dan jagung. Ketiga-tiga tanaman ini menghasilkan 84% hasil sampingan

pertanian di Asia. Berdasarkan jadual 1.2, pengeluaran jerami padi di peringkat global

adalah sebanyak 844 782 juta tan metrik. Negara-negara di Asia menghasilkan

sebanyak 771 804 juta tan metrik jerami padi berbanding Afrika dan Amerika Selatan

yang hanya masing-masing menghasilkan 25 968 dan 24 153 juta tan metrik

(Yadvinder et al. 2005).

Jadual 1.2 Pengeluaran hasil sampingan oleh tanaman padi dan lain-lain

tanaman yang ditanam secara bergilir dengan tanaman padi di

Wilayah Tropika (juta tan metrik)

Hasil

Sampingan

Asia Afrika Amerika

Selatan

Global

Jerami Padi

Sekam Padi

Gandum

Jagung

Tebu

Barli

Kapas

Oat

771 804

154 361

379 788

166 205

53 855

34 097

6378

2424

25 968

5194

27 395

38 729

8561

6753

315

342

24 153

4831

25 539

54 626

41 880

2141

69

1604

844 782

168 956

946 734

604 013

125 227

208 229

6801

51 604

Sumber: Yadvinder et al. 2005

Kedapatan jumlah jerami padi yang tinggi di Benua Asia disebabkan faktor

semulajadi iklim dan jenis tanahnya yang sangat sesuai untuk tanaman padi. Kawasan

tanah rendah yang mendapat jumlah hujan mencukupi dan disaliri oleh sistem

pengairan yang baik membolehkan sistem penanaman berganda iaitu dua atau tiga kali

setahun dapat dijalankan. Keadaan ini menghasilkan jumlah jerami yang sangat

banyak selepas musim penuaian padi. Bagi kawasan yang terletak agak tinggi,

tanaman padi hanya boleh dijalankan sebanyak sekali setahun dan digilirkan dengan

tanaman lain. Ini menghasilkan pelbagai jenis hasil sampingan pertanian antaranya

jerami gandum, barli dan oat serta sisa jagung, tebu dan kapas.

5

Beralih kepada hasil sampingan pertanian di negara-negara Asia sahaja,

jumlah keseluruhan jerami padi ialah 461.8 juta tan metrik dengan sumbangan

sebanyak 51.9 peratus daripada keseluruhan jerami bagi tanaman bijirin. China

menghasilkan kuantiti jerami bijirin tertinggi iaitu 440.0 juta tan metrik yang meliputi

pelbagai tanaman antaranya padi (179.4 juta tan metrik), jagung (151.7 juta tan

metrik), gandum (91.0 juta tan metrik), sorghum (12.2 juta tan metrik) dan sekoi (5.7

juta tan metrik) (Jadual 1.3).

Bagi negara pengeksport beras utama ke Malaysia, masing-masing

menghasilkan jumlah jerami padi yang tinggi iaitu Thailand (21.3 juta tan metrik) dan

Vietnam (18.1 juta tan metrik). Malaysia pula menyumbang sebanyak 1.8 juta tan

metrik jerami bagi tanaman bijirin yang disumbangkan oleh tanaman padi (1.7 juta tan

metrik) dan tanaman jagung (0.1 juta tan metrik) (Jadual 1.3).

Jadual 1.3 Anggaran kuantiti jumlah pengeluaran jerami bagi tanaman bijirin di

negara-negara Asia (juta tan metrik)

Negara Jerami Bijirin (juta tan metrik) Sumbangan

(%) Padi Jagung Gandum Sorghum Sekoi

China 179.4 151.7 91.0 12.2 5.7 49.5

India 107.5 15.6 54.0 23.0 10.0 23.6

Indonesia 43.6 12.6 - - - 6.3

Bangladesh 26.6 - 0.9 - - 3.1

Thailand 21.3 8.9 - 0.4 - 3.4

Vietnam 18.1 1.8 - 0.1 - 2.3

Myanmar 13.6 0.5 0.2 - 0.2 1.6

Jepun 12.9 - 1.0 - - 1.6

Filipina 9.5 9.0 - - - 2.1

Republik

Korea

8.2 0.2 - - - 0.5

Korea DPR 6.4 6.0 0.9 0.4 - 1.5

Pakistan 4.8 2.2 14.4 0.4 0.4 2.5

Nepal 2.9 1.8 0.8 - 0.2 0.7

Kemboja 2.1 0.2 - - - 0.3

Sri Lanka 1.9 0.1 - - - 0.2

Malaysia 1.7 0.1 - - - 0.2

Laos 1.2 0.1 - - - 0.1

Bhutan 0.1 0.2 - - - 0.1

Peratus

sumbangan

51.9 23.7 18.4 4.1 1.9 -

Sumber: Devendra 1989

6

1.3 HASIL SAMPINGAN PERTANIAN

Aktiviti pertanian terdiri daripada aktiviti penanaman, perladangan dan penternakan.

Terdapat dua kategori produk pertanian yang dihasilkan iaitu komoditi makanan dan

industri. Komoditi makanan termasuklah tanaman bijirin (padi, gandum, jagung, barli,

oat, sorghum dan sekoi), buah-buahan, sayuran, kelapa, perikanan dan penternakan.

Manakala komoditi industri pula terdiri daripada tanaman kelapa sawit, getah, koko,

lada hitam, tembakau, bunga-bungaan dan nanas. Apabila hasil pertanian dituai,

dianggarkan separuh daripada proses tersebut berakhir dengan terbentuknya hasil

sampingan atau lebih dikenali sebagai sisa buangan pertanian. Ia merupakan bahagian

tumbuhan yang ditinggalkan di ladang selepas proses penuaian tanaman (Chamhuri

2005). Hasil sampingan bagi tanaman bijirin ialah jerami dan sekam manakala daun,

batang pokok, kulit dan fiber bagi tanaman berkayu atau berbatang. Tinja (najis) pula

merupakan hasil sampingan bagi ternakan.

Hasil sampingan ini merupakan produk sekunder yang diperolehi daripada

proses penuaian tanaman. Keistimewaannya sebagai sumber semulajadi yang boleh

diperbaharui sangat berpotensi sebagai sumber alternatif bagi menggantikan sumber

bahan api fosil yang semakin berkurangan (Gadde et al. 2009; Kopetz 2007; Shyam

2002). Tambahan pula, kandungan nutrien yang terdapat di dalam hasil sampingan

bagi tanaman bijirin juga tinggi antaranya mengandungi kira-kira 25% nitrogen (N)

dan fosforus (P), 50% sulfur (S) dan 75% potassium (K). Memandangkan nilai

nutriennya yang sangat tinggi dan ekonomik, adalah satu kerugian besar sekiranya sisa

buangan pertanian ini tidak dieksploitasi dan dimanfaatkan penggunaannya ke tahap

optimum. Justeru itu, sumber ini perlu dibangunkan berdasarkan aliran kehendak

semasa agar dapat berkembang seiring dengan perkembangan pasaran ekonomi

terkini.

Selain itu, hasil sampingan pertanian juga merupakan sumber terpenting dalam

menstabilkan ekosistem tanah pertanian. Dalam keadaan semulajadi, secara langsung

atau tidak langsung, ia akan menjadi makanan bagi setiap spesies hidupan

terutamanya di dalam tanih melalui proses pereputan. Proses ini menukar hasil

sampingan pertanian kepada bahan organik yang merupakan sumber terbaik bagi

7

tanaman hortikultur. Namun begitu, wujud cabaran besar dalam pengunaannya secara

efektif sebagai satu sumber yang bernilai ekonomik. Ia memerlukan pembangunan

teknologi dan penyelidikan yang tinggi untuk mengeksploitasi potensinya

memandangkan sumber ini biasanya dianggap tidak bernilai.

Secara tradisinya, hasil sampingan pertanian diurus secara pembakaran in-situ

(on-farming burning), ditanam, ditimbun di kawasan tertentu, dibiarkan di ladang dan

diguna pakai oleh isi rumah. Undang-undang memperuntukan bahawa hasil

sampingan ini perlu diurus secara mesra alam kerana sering mendatangkan masalah ke

atas alam sekitar seperti jerebu dan masalah kesihatan kepada penduduk sekitar

terutamanya kanak-kanak dan pesakit asma apabila pembakaran terbuka jerami

dilakukan. Selain itu, ia turut menyekat sistem pengairan seperti parit dan taliair

sekiranya dibuang berhampiran sistem pengairan (Sariam 1996).

Bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka hasil sampingan pertanian,

beberapa pendekatan bersifat mesra alam telah diperkenalkan antaranya pengurusan

pembuangan sifar (zero waste) dan pembakaran sifar (zero burning). Pendekatan ini

menekankan kepada meminimumkan pembuangan; penggunaan semula dan kitar

semula hasil ladang; pengomposan; penggunaannya sebagai sumber tenaga;

insinerator dan penggunaan semula ke tanah untuk tujuan landskap dan sebagainya

(Rajah 1.1) (Chamhuri 2005).

Meminimumkan pembuangan (reduce)

Menggunakan semula (reuse)

Mengitar semula seperti kompos (recycle)

Penggunaan sebagai sumber tenaga

Insinerator

Penggunaan semula ke tanah

Rajah 1.1 Kaedah pengurusan hasil sampingan pertanian

Sumber: Diubahsuai daripada Chamhuri Siwar 2005

Penggunaan semula hasil sampingan pertanian ini sebenarnya membuka

peluang kepada peningkatan pendapatan petani, penjanaan pelaburan dengan

terbentuknya aktiviti huluan dan hiliran melalui peningkatan nilai ditambah hasil

Kaedah

Tradisi

Kaedah

pengurusan

secara

mesra alam

8

sampingan tersebut dan peningkatan kualiti alam sekitar. Ini kerana dengan adanya

teknologi moden dan tingkat pengurusan hasil sampingan yang efisien, ia akan

menjadi sumber yang sangat bernilai. Penggunaan hasil sampingan ini bukanlah untuk

tujuan komersil semata-mata tetapi untuk pembangunan pertanian yang lestari

(sustainable agriculture) atau pertanian mapan (Chamhuri 2005).

1.4 POTENSI JERAMI DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI

Jerami merupakan batang dan daun pokok padi yang ditinggalkan di ladang (sawah)

selepas proses penuaian. Asasnya, jerami padi dibahagikan kepada empat bahagian

iaitu batang atau jerami tanpa daun, daun, sisa daripada tangkai jerami dan batang

jerami yang telah dibanting (beaten straw). Sebelum padi dituai, kandungan nutrien

pada pokok padi sebanyak 40% adalah nitrogen, 30-35% fosforus, 80-85% potassium,

40-50% adalah sulfur serta terdapat juga sumber mikronutrien lain yang penting

seperti zink dan silikon. Kandungan ini semakin berkurangan setelah padi dituai

kerana telah diserap oleh beras dalam proses kematangannya (Suzuki & Miyazaki

2008).

Jerami merupakan sumber yang boleh diperbaharui dan sangat berpotensi

untuk dieksploitasi bagi meningkatkan nilai ditambah hasil pertanian. Dalam keadaan

sektor ekonomi yang menuntut kepada penghasilan produk berdaya saing tinggi dan

perkembangan bioteknologi yang semakin aktif, potensi jerami dilihat dapat memacu

ekonomi ke arah mewujudkan rantaian industri yang kukuh antara sektor pertanian

dengan pelbagai sektor ekonomi lain (Jadual 1.4).

Lazimnya, maklumat hasil padi akan dijadikan anggaran bagi jumlah jerami

padi yang bakal diperolehi. Di California, berdasarkan kepada operasi pemungutan

jerami dalam bentuk bandela, petani menganggarkan nisbah hasil padi dengan jerami

adalah 0.5:0.3 tanpa mengambil kira sisa jerami yang ditinggalkan di ladang iaitu pada

kadar purata 10%. Namun begitu, biasanya ukuran nisbah antara hasil padi dengan

jerami yang sering digunapakai bagi varieti padi terkini dengan ketinggian sederhana

adalah 1:1 (jumlah beras kasar kepada jerami dalam keadaan kedua-duanya kering)

(Summers et al. 2003). Di Malaysia, kadar nisbah padi dengan jerami adalah yang

9

digunapakai adalah 0.45:0.55. Memandangkan kadar nisbah hasil padi dengan jerami

adalah hampir sama, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) juga

menggunakan pengiraan 1:1 bagi menganggarkan jumlah jerami yang bakal diperolehi

(MADA 2004).

Jadual 1.4 Potensi jerami dalam mewujudkan rantaian industri (huluan dan

hiliran) antara sektor pertanian dengan pelbagai sektor ekonomi lain

Pertanian Pembuatan Pembinaan SumberTenaga

Baja Kompos

Vermikompos

Medium semaian

tikar

Media

pertumbuhan

cendawan

Makanan ternakan

Bahan sungkupan

Tempat

pembiakan

(sarang)

Hasilan kertas

Bahan

pembungkus

makanan

Bahan karbon

teraktif

Asid piroligneous

Bahan binaan

Penebat haba

Penahan hakisan

tanah

Medium tanaman

rumput

Tebusguna tanah

Bahan bakar

kenderaan

(ethanol)

Tenaga

elektrik

Biogas

(bahan bakar

domestik)

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2004

Pengurusan jerami di ladang melibatkan beberapa cara iaitu dialihkan dari

sawah atau ladang ke tempat pembuangan lain, dibakar di ladang, dibiarkan di ladang,

digaulkan semula ke tanah sawah dan digunakan sebagai bahan sungkupan untuk

untuk tanaman berikutnya. Kesemua cara pengurusan ini mempunyai kesan tersendiri

terhadap kandungan nutrien dan mempengaruhi tahap kesuburan tanah dalam jangka

masa yang panjang. Sebagai contoh, dalam tempoh masa yang singkat, penggaulan

semula jerami ke dalam tanah hanya memberi impak yang kecil terhadap hasil padi.

Sebaliknya dalam jangka masa yang panjang, ia akan memberi keuntungan dan hasil

yang berlipat ganda. Oleh itu, ketersampaian petani terhadap cara pengurusan jerami

yang efisien penting terutamanya untuk mengekalkan tahap kesuburan tanah dan

kepentingan alam sekitar.

Peningkatan kesuburan tanah melalui penggaulan jirim organik ke dalam tanah

seperti jerami merupakan cara yang paling murah dan mudah bagi mengekal dan

10

memperbaiki kesuburan tanah. Di Filipina, jerami dibiarkan reput di sawah antara

tiga hingga empat minggu dengan bantuan sejenis kulat. Amalan ini dapat

meiningkatkan hasil antara 10-15% dan berjaya mengurangkan penggunaan baja

kimia sehingga 50% (Cuevas 1991). Kajian oleh Institut Penyelidikan Padi

Antarabangsa pula mendapati sebanyak 0.021% kandungan natrium telah meningkat

dengan penggaulan jerami pada kadar enam hingga tujuh tan sehektar selama tiga

tahun (Ponnamperuma 1984).

Pembakaran jerami padi dilakukan bukan hanya sebagai satu amalan tradisi

masyarakat petani yang cepat dan murah untuk membersihkan sawah tetapi

merupakan satu aktiviti perladangan yang penting dalam amalan tanaman padi dua

musim setahun. Pembakaran dilakukan untuk (i) menghapuskan sumber serangga

perosak, serangan tikus, penyakit padi dan tujuan pengawalan padi angin. Ini

disebabkan padi sentiasa berada berterusan di sawah. Oleh itu, pusingan hidup

serangga dan penyakit tidak dapat diputuskan dan (ii) memudahkan pembajakan tanah

dan meratakan tanah untuk musim tanaman berikutnya (Gadde et al.; MADA 2004;

2009; Sariam 1996).

Antara kaedah pemungutan jerami di ladang ialah (i) dalam bentuk bandela

dengan pelbagai bentuk antaranya bulat, empat segi dan segitiga dengan

menggunakan mesin baler. Bentuk bulat merupakan bentuk yang paling ekonomik;

(ii) jerami ditimbun dalam longgokan yang besar antara 1-2 tan dan (iii) dipungut oleh

kontraktor atau petani. Setelah dipungut, keperluan penyediaan ruang untuk timbunan

dan penyimpanan jerami untuk jangka masa panjang perlu disediakan bagi

mengekalkan kualiti jerami dan penawaran yang berterusan.

Pembakaran jerami akan menyebabkan hampir kehilangan semua kandungan

mineral penting seperti nitrogen iaitu melebihi 80%, kehilangan 25% kandungan

fosforus, 20-21% kandungan potassium, 4.0-60% kandungan sulfur dengan

menghasilkan sebanyak 13 tan per hektar karbon dioksida yang menyebabkan

pencemaran udara. Kehilangan jumlah kandungan nutrien ini bergantung kepada cara

pembakaran jerami tersebut. Di kawasan yang menggunakan jentera semasa proses

penuaian seperti seperti negara Thailand, China dan utara India, sisa jerami di bakar

11

secara in-situ. Oleh itu, kehilangan kandungan nutriennya adalah kecil dan abu

pembakaran tersebut masih berada di ladang. Secara tidak langsung, ia dapat dijadikan

baja kepada tanaman berikutnya. Berbeza dengan negara Indonesia dan Filipina yang

mengalihkan jerami ke satu tempat pembuangan dan membakarnya. Abu pembakaran

jerami tidak berada di ladang menyebabkan kehilangan kandungan mineral di ladang

adalah lebih tinggi (Dobermann & Fairhurst 2002; Mandal et al. 2004). Pembakaran

jerami hanya akan menyebabkan pencemaran udara manakala jerami yang dibiarkan

di ladang pula akan menghasilkan gas metana yang merupakan antara gas terbesar

dalam penghasilan kesan rumah hijau.

Justeru itu, beberapa buah negara telah berupaya membangunkan jerami

sebagai sebuah industri. Jadual 1.5 menunjukkan trend penggunaan jerami padi di

beberapa buah negara di Asia. Hampir keseluruhan negara di Asia menggunakan

jerami sebagai makanan ternakan seperti di Korea (15.0%), Thailand (13.0%), Jepun

(11.6%) dan beberapa negara lain seperti Filipina, India dan Bangladesh. Ini kerana

kebanyakan petani di Asia terlibat dengan perladangan campur iaitu pertanian bijirin

seperti tanaman padi, gandum atau jagung digabungkan dengan ternakan. Ini dapat

menjimatkan kos memandangkan jerami berpotensi dijadikan sebagai makanan

ternakan. Penggunaan jerami sebagai baja kompos banyak dibangunkan di Taiwan

(56.9%) dan Korea (46.0%). Malaysia hanya berupaya membangunkan 1% daripada

keseluruhan jerami padi sebagai aktiviti hiliran dengan tumpuan kepada penghasilan

makanan ternakan, baja kompos, kraf dan bahan penahan hakisan manakala

selebihnya jerami dibakar secara terbuka.

Potensi jerami sebagai sumber tenaga elektrik dan biogas sangat giat

dieksploitasi dan dibangunkan terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai

kepadatan penduduk luar bandar yang tinggi dan kadar kemiskinan juga tinggi seperti

di China, India dan Bangladesh. Ini dapat dilihat pada penggunaan jerami sebagai

sumber tenaga elektrik di China sebanyak 53.6% dan biogas di India sebanyak 28.0%.

Kini, beberapa buah negara seperti Jepun, China dan Korea mula membangunkan

jerami sebagai sumber tenaga alternatif bagi menjana sumber tenaga elektrik dan

biogas serta bahan bakar kenderaan iaitu etanol bagi mengurangkan penggunaan

petrol yang harganya semakin meningkat dan sumbernya semakin berkurangan.

12

Jadual 1.5 Penggunaan jerami padi di beberapa negara Asia

Negara Jenis Aktiviti Pembangunan Jerami Padi Penggunaan (%)

Bangladesh Makanan ternakan, baja kompos, biogas 74.4

Korea Baja kompos

Bahan bakar kenderaan

Makanan ternakan

46.0

20.0

15.0

Thailand Makanan ternakan

Baja kompos

Jualan mentah

Bahan bakar kenderaan

Aktiviti lain

13.0

5.0

1.5

0.2

0.3

China Sumber tenaga luar bandar (tenaga elektrik)

Makanan ternakan

Hasilan kertas

Digunakan semula di ladang dan dipungut untuk

kegunaan lain

53.6

28.0

2.1

16.2

Jepun Makanan ternakan

Baja kompos

Bahan penahan hakisan

Insinerator

Diproses

Aktiviti lain

11.6

6.9

4.2

3.1

1.1

76.1

India Biogas

Aktiviti lain (makanan ternakan kering dan atap)

28.0

49.0

Taiwan

Baja kompos

Makanan ternakan

Bahan bakar

Aktiviti lain

56.9

11.0

5.1

22.1

Filipina Makanan ternakan, bahan sungkupan, media

pertumbuhan cendawan

5.0

Malaysia Makanan ternakan, baja kompos, bahan penahan

hakisan, media pertumbuhan cendawan, hasilan

kertas

1.0

Sumber: Devendra 1989; Gadde et al. 2009; MADA 2010; Matsumura et al.

2005; Su 2009

13

Penggunaan jerami sebagai makanan ternakan sangat tinggi memandangkan

jerami boleh diberikan terus kepada ternakan tanpa dirawat terlebih dahulu. Ini

memudahkan penternak kerana haiwan ternakan akan dilepaskan di sawah selepas

musim penuaian. Walau bagaimanapun, jerami tanpa perlakuan (rawatan) mempunyai

kualiti pemakanan yang rendah untuk dijadikan sebagai makanan ternakan tetapi

mengandungi unsur fiber yang tinggi dengan nilai penghadaman bahan keringnya

sebanyak 45%. Ia mampu mengenyangkan ternakan namun tidak memberi kesan

ketara terhadap pertumbuhan, kesuburan dan kesihatan ternakan (Jabatan Veterinar

2003). Nilai pemakanan yang rendah ini disebabkan oleh kandungan lignen dan

sumber karbohidrat berstruktur yang tinggi di dalan jerami. Sumber karbohidrat ini

berpotensi untuk dileraikan sebagai sumber tenaga oleh mikro organisme di dalam

rumen. Justeru itu, jerami turut dirawat dari segi fizikal, biologi dan kimia untuk

menambahkan kandungan nutrien dan zat pemakanan sebelum diberikan kepada

ternakan. Ini dapat menggalakkan pertumbuhan fizikal ternakan ruminan (Devendra

1989; Shamsudin et al. 1994).

1.5 PEMBANGUNAN JERAMI DI WILAYAH PERTANIAN PADI UTAMA

DUNIA

Kebimbangan terhadap masalah alam sekitar dalam sub-sektor tanaman padi wujud

apabila jerami diurus secara pembakaran terbuka. Bagi negara maju seperti Amerika

Syarikat, China dan Jepun serta beberapa negara sedang membangun seperti Thailand

dan Filipina, mempunyai kaedah dan teknologi canggih serta kempen pro-aktif bagi

pengurusan jerami secara berkesan. Hasilan jerami diaplikasikan kepada bidang

hortikultur, bahan mentah untuk menghasilkan bahan kimia, sumber tenaga alternatif

serta penggunaan dalam sektor industri dan pembinaan. Negara-negara ini didapati

berjaya mewujudkan petani berdaya maju dan berkesedaran tinggi terhadap

pemeliharaan alam sekitar serta mampu menguruskan jerami di ladang secara mesra

alam. Malah, melahirkan usahawan yang berjaya membangunkan industri hiliran

berasaskan jerami padi. Terdapat beberapa contoh memperlihatkan bagaimana

wilayah pertanian padi utama dunia menguruskan jerami secara mesra alam dengan

berkesan.

14

1.5.1 Wilayah California, Amerika Syarikat

California merupakan kawasan terbesar penghasilan padi di Amerika Syarikat.

Wilayah ini menghasilkan hampir 25% daripada tanaman padi di Amerika Syarikat

dan menyumbang sebanyak 0.4% kepada pasaran dunia. Keluasan tanaman pada

tahun 1977 ialah 300 000 ekar kepada 608 000 pada tahun 1981. Penanaman padi di

California dijalankan di Lembah Sacramento melibatkan beberapa kawasan utama

iaitu Colusa, Butte, Sutter dan Glenn. Kawasan ini memperuntukan 600 000 ekar

untuk tanaman padi. Namun hanya 500 000 ekar sahaja telah diusahakan (California

Air Resources Board 2003).

Rice Straw Diversion Plan telah mensasarkan sebanyak 562 500 tan jerami

iaitu 50% daripada jumlah jerami padi akan diperolehi di kawasan tanaman padi

seluas 500 000 ekar. Apabila padi dituai hanya 2.25 tan jerami boleh dialihkan dari

setiap ekar manakala selebihnya iaitu 3.0 tan jerami akan dibakar. Walau

bagaimanapun, jerami perlu dibersihkan untuk tanaman berikutnya sama ada

digaulkan semula ke dalam tanah ataupun dibakar. Penggaulan semula jerami ke tanah

memakan masa, melibatkan kos yang agak tinggi dan menggalakkan penularan

penyakit tanaman. Manakala pembakaran jerami merupakan amalan mudah dan biasa

untuk membersihkan jerami dari ladang. Memandangkan kepentingan alam sekitar,

jumlah keluasan pembakaran telah dikurangkan iaitu sekitar 25% sahaja.

California Air Resources Board telah merangka beberapa program bagi

mengurangkan pembakaran jerami dengan mencari alternatif lain. Akta Pengurangan

Pembakaran (Phase Down Act ) telah diwujudkan pada tahun 1992 hingga 2000.

Bermula September 2001, pembakaran jerami padi hanya dibenarkan untuk

pengawalan penyakit sahaja. Hanya 25% daripada kawasan tanaman berstatus

persendirian dibenarkan membakar jerami tetapi tidak boleh melebihi 125 000 ekar

keluasan lembah itu. Akta tersebut berjaya mengurangkan pembakaran terbuka jerami

padi di Lembah Sacramento.

Jadual 1.6 menunjukkan penurunan jumlah kawasan pembakaran dari 303 103

ekar pada tahun 1992 iaitu pada tahun pertama akta tersebut diperkenalkan kepada 71

15

890 ekar pada tahun 2002. Peratus keluasan sebenar pembakaran jelas berkurangan

dari 75% (1992) kepada 29% (1998) dan semakin mengecil kepada 13% sahaja

(2002). Ini berikutan pengenalan pelbagai program dan insentif untuk mengurangkan

pembakaran jerami antaranya Program Pengurusan Asap (Smoke Management

Program) yang memantau asap kesan pembakaran aktiviti pertanian dan perhutanan;

mencari alternatif lain kepada pembakaran serta memberi pendidikan dan pemahaman

kepada petani terhadap kesan pembakaran terbuka. Elemen yang diambilkira dalam

program ini ialah membenarkan pembakaran yang didaftarkan seperti hasil sampingan

pertanian, menentukan kawasan mana yang boleh dibakar tetapi bergantung kepada

keadaan semasa seperti bacaan kualiti udara dan metereologi pada hari tersebut. Selain

itu, program ini

Jadual 1.6 Pengurangan kawasan pembakaran jerami padi, keluasan pembakaran

yang dibenarkan dan kawasan sebenar pembakaran di Lembah

Sacramento, Amerika Syarikat.

Tahun

(1 Sept-

31 Ogos)

Keluasan

Kawasan

Tanaman

(ekar)

Keluasan

Kawasan

Pembakaran

Phase-down Act:

Kawasan

Pembakaran Yang

Dibenarkan (%)

Keluasan

Sebenar

Pembakaran

(%)

Aduan

Berkaitan

Gangguan

Asap*

1992 401 807 303 103 90.0 75.0 59

1993 450 253 305 636 80.0 68.0 101

1994 514 045 293 210 70.0 57.0 335

1995 500 705 268 216 60.0 54.0 133

1996 514 720 211 322 50.0 41.0 141

1997 517 233 133 640 38.0 26.0 80

1998 490 625 140 627 25.0 29.0 42

1999 535 949 137 930 25.0 26.0 15

2000 521 000 143 030 25.0 27.0 38

2001 501 648 76 797 24.9 15.0 22

2002 542 225 71 890 23.0 13.0 13

*Aduan hanya untuk pembakaran musim luruh sahaja.

Sumber: California Air Resources Board 2003

Antara insentif lain ialah program pemberian kredit cukai, pemberian bantuan

kewangan, membantu usahawan membangunkan produk, pinjaman dengan kadar

faedah yang rendah, menubuhkan agensi untuk mempromosikan produk hasilan

jerami serta mengadakan ekspo seperti Ekspo Jerami Padi 2002 (Rice Straw Expo).

Usahawan turut diberi latihan dan kursus yang berkaitan terutamanya dari segi

16

pemasaran produk, analisis pasaran dan peluang pelaburan. Hasilnya, pembuangan

dan pembakaran jerami berjaya dikurangkan serta wujudnya peningkatan usahawan

yang menceburi bidang industri jerami.

Kawasan perindustrian Colusa, California merupakan antara zon perindustrian

yang berjaya membangunkan industri hiliran jerami. Ia menempatkan beberapa buah

enterprais yang berjaya antaranya Syarikat Anderson Hay and Grain sehingga

pasarannya merentasi sempadan antarabangsa. Syarikat ini berjaya mengeksport

jerami padi ke Asia seperti Jepun untuk dijadikan makanan ternakan dan produk

seperti bahan penahan hakisan, kertas dan papan (particle board). Sebanyak 7500 tan

bahan penahan hakisan mampu dihasilkan dalam setahun dan permintaan biasanya

antara 8-16 ribu tan metrik setahun.

1.5.2 Negara Jepun

Walaupun Jepun dikenali sebagai negara yang giat dengan sektor industri tetapi

pembangunannya diseimbangkan dengan sektor pertanian. Sektor pertanian masih

dianggap sebagai sektor pemimpin yang mampu mendorong sektor ekonomi sekunder

dan tertiari. Peranan terpenting sektor pertanian di Jepun ialah mengekalkan

kewujudan masyarakat luar bandar, melindungi dan menjaga tanah serta alam

semulajadi di samping membekalkan makanan yang stabil. Justeru itu, kerajaan

membantu menyebarkan pengetahuan teknologi dan memberi kepercayaan kepada

kebolehan petani menjadikan institusi petani lebih kukuh dan berkuasa melalui

Koperasi Pertanian (Azizan & Ishida 1998).

Sebelum perang dunia, jerami padi menyumbang kepada sumber pendapatan,

peluang pekerjaan dan membentuk struktur budaya bagi petani dan masyarakat Jepun.

Jerami dijadikan bahan kraf, alat upacara keagamaan dan baja. Perubahan ekonomi ke

arah industrialisasi dan gaya hidup petani selepas perang dunia serta proses globalisasi

menjadikan bidang pertanian semakin dipinggirkan. Kajian oleh Makmal Miyazaki,

Universiti Chiba ke atas perkampungan Inagaki pada tahun 1993 mendapati dalam

tempoh 15 tahun, perubahan drastik berlaku ke atas sistem sosial di wilayah tersebut.

Globalisasi dan liberalisasi menimbulkan tekanan ke atas petani terutamanya dari segi

17

tarif import beras menyebabkan petani beralih ke sektor ekonomi lain. Penggunaan

semula jerami semakin diabaikan dan ia dibakar seterusnya menyebabkan pembaziran

sumber dalam jumlah yang banyak setiap tahun (Suzuki & Miyazaki 2008).

Sekitar tahun-tahun 80an, jerami mula diangkat semula sebagai penggerak

ekonomi dan sosial di kawasan luar bandar. Daerah Inagaki telah dijadikan sebagai

kawasan perintis bagi membangunkan aktiviti hiliran jerami padi. Ini mengukuhkan

aktiviti sosio-ekonomi melalui penggunaan jerami secara efektif melalui hubungannya

dengan budaya. Kejayaan penggunaan hasil sampingan ini dikembangkan ke wilayah

tanaman padi lain di sekitar Jepun.

Terdapat beberapa badan ditubuhkan bagi membangunkan projek ini. The

Social Welfare Council of Tsugaru ditubuhkan pada tahun 1986 dengan menyediakan

pelbagai kemudahan kebajikan sosial. Antaranya menyediakan peluang pekerjaan

kepada penduduk Inagaki melalui tanaman rumah hijau hortikultur dan hasilan kraf

daripada jerami padi. Bagi meningkatkan sektor pelancongan tani, warisan

kebudayaan Inagaki (Inaho-Ikoi-no-Sato) dimajukan. Ia memaparkan hasil kekayaan

dan sumber warisan kebudayaan Inagaki iaitu jerami padi melalui muzium serta

pelbagai aktiviti sosial dan kebudayaan. Selain itu, Wara-no-kai pula ditubuhkan pada

April 2004 merupakan lanjutan kepada penghasilan jerami sebagai kraf. Ia bukan

sahaja sebagai sumber pendapatan penduduk tetapi mewujudkan semangat cintakan

terhadap budaya penggunaan kraf jerami. Kemahiran ini seterusnya akan diterapkan

kepada satu generasi ke satu generasi (Suzuki & Miyazaki 2008).

1.5.3 Negara Thailand

Pertanian merupakan sektor ekonomi terbesar dan terpenting di Thailand sementara

padi merupakan tanaman utama. Ia ditanam di kawasan seluas 514 000 kilometer

persegi (10 juta hektar) menjadikannya pengeksport terbesar barangan pertanian di

dunia terutamanya beras. Kira-kira 5-6 juta tan beras dieksport setiap tahun.

Dianggarkan 52% daripada penduduk Thailand terlibat dalam bidang pertanian dan

majoriti petani adalah penanam padi. Sebagai sebuah negara pertanian, ia

menyumbang kepada jumlah hasil sampingan pertanian yang banyak antaranya jerami

18

dan sekam daripada tanaman padi, hampas tebu, hampas kelapa sawit dan buangan

kayu. Dianggarkan sejumlah 60 juta tan hasil sampingan pertanian dihasilkan setiap

tahun di Thailand. Sekiranya hasil sampingan ini tidak diuruskan dengan efisien, ia

akan mendatangkan masalah kepada keadaan ekonomi dan sosial negara.

Sebagai contoh, pada tahun 2007, kerajaan Thailand secara mendadak

mengisytiharkan wilayah utara Chiang Mai, Chiang Rai dan Mae Hong Son sebagai

zon kawalan pencemaran. Wilayah tersebut diliputi jerebu yang sangat tebal kesan

pembakaran jerami padi dan kebakaran hutan selain masalah keradangan pada sistem

pernafasan dan mata. Lantaran itu, kerajaan telah mengharamkan pembakaran terbuka

memandangkan tahap kualiti udara meningkat kepada 240-290 ppm melebihi tahap

selamat iaitu kurang 120 ppm dan ke bawah. Malah, sektor pelancongan turut terjejas

kerana beberapa penerbangan antarabangsa terpaksa dibatalkan.

Bagi mengekalkan agro-ekosistem yang seimbang dan sihat, kerajaan cuba

untuk menyakinkan petani dengan memberi maklumat, pendidikan serta galakan

terhadap kaedah pengurusan berkesan dan aktiviti hiliran yang boleh diwujudkan

daripada jerami dan sekam padi. Bagi ladang yang terletak berhampiran bandar atau

kawasan perindustrian, petani digalakkan menjual jerami sebagai bahan mentah untuk

menghasilkan kertas dan bahan bakar. Manakala bagi ladang yang terletak di luar

bandar pula, jerami akan digunakan semula diladang sebagai bahan organik dan

sumber tenaga. Secara keseluruhannya, satu perlima daripada hasil sampingan

pertanian ini digunakan sebagai sumber tenaga iaitu kira-kira 40 juta tan metrik

setahun dan satu juta tan metrik jerami digunakan oleh penduduk luar bandar untuk

kegunaan domestik seperti memasak dan pemanasan. Sebanyak 17 juta tan sekam padi

dan hampas tebu mula digunakan oleh sektor perindustrian sebagai bahan bakar dan

sumber tenaga (Wathanyu & Chuenchom 2002). Melalui aktiviti ini, kerajaan

berharap selain dapat mengatasi masalah alam sekitar dan ekonomi serta kesihatan

penduduk yang terjejas, pendapatan petani turut meningkat seiring dengan

peningkatan nilai ditambah hasil sampingan pertanian tersebut.

Kerajaan Thailand juga telah memperkenalkan sistem pertanian padi secara

organik pada tahun 1991. Ia meliputi kawasan seluas 1000 hektar merangkumi lima

19

buah kampung di Chiangrai dan daerah Phayao di utara Thailand. Melalui sistem

pertanian ini, jerami tidak dibakar sebaliknya digaulkan semula ke dalam tanah bagi

meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah selain mengurangkan kesan

ketoksidan tanah akibat penggunaan baja kimia. Sebanyak 200 orang petani terlibat

dalam pertanian padi organik ini (Tawee 2003).

1.6 ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Industri padi merupakan sebuah industri yang stategik bagi kebanyakan negara di

dunia kerana ia merupakan makanan ruji dan sumber ekonomi utama bagi penduduk

di luar bandar. Seiring dengan kemajuan dalam industri padi, jumlah jerami juga akan

turut meningkat. Selama ini, jerami yang dianggap sebagai bahan buangan dan

penyebab utama pencemaran persekitaran tani semasa musim penuaian melalui

pembakaran terbuka jerami tetapi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Kepelbagaian potensinya dalam mewujudkan sumber pendapatan baru mampu

menjadi salah satu tonggak kepada pertumbuhan wilayah seperti Wilayah Colusa di

California. Malah, kelebihannya sebagai sumber yang boleh diperbaharui dan

kandungan nutriennya yang tinggi mampu menyokong pembangunan industri

pertanian dan mewujudkan rantaiannya dengan industri lain.

Ini dibuktikan sejak tahun 1970an lagi, pembangunan jerami telah berjaya

menjadi salah satu pemangkin ekonomi beberapa buah negara dan menganjak

perubahan pembangunan sosio-ekonomi penduduk di wilayah luar bandarnya. Sebagai

contoh, negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Australia telah memajukan

tisu tumbuhan (cellulosic) jerami. Potensinya yang tinggi sebagai sumber tenaga,

bahan binaan dan penghasilan input di peringkat huluan sektor pertanian seperti baja

kompos dan makanan ternakan berjaya mengatasi masalah ketidakcukupan bekalan

sumber tenaga elektrik, bahan binaan dan input pertanian di negara berpenduduk

tinggi seperti India, China, Pakistan, Bangladesh, Amerika Selatan dan Amerika

Tengah (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah 1978).

Keadaan ini berbeza dengan trend pembangunan jerami di Malaysia yang

begitu kecil iaitu hanya satu peratus sahaja. Persoalannya di sini ialah mengapakah

20

sub-sektor yang telah lama membangun dengan kelebihan letakannya dalam wilayah

semulajadi (natural region) yang sangat sesuai untuk tanaman padi tidak

diterjemahkan dalam satu projek yang strategik melalui pembangunan industri padi

dan industri asas taninya melalui pembangunan industri jerami. Sebagai wilayah

pertanian padi terunggul dan utuh di Malaysia, semestinya telah tersedia pelbagai

kemudahan infrastruktur fizikal dan kepakaran yang tinggi dan terlatih untuk

kemajuan industri padi. Adalah tidak ekonomik sekiranya hasil utama (padi) sahaja

dimajukan manakala hasil sampingannya iaitu jerami yang merupakan sumber sedia

ada dengan penghasilan yang tinggi dan penawaran yang berterusan serta pada kadar

yang boleh diindustrikan dibaziri secara sengaja.

Jelas di sini bahawa industri jerami dilihat masih tidak diberikan ruang dan

peranan yang sewajarnya serta ditonjolkan keupayaannya sedangkan telah terbukti

potensinya sebagai salah satu tonggak kepada pertumbuhan wilayah di negara-negara

lain. Kelembapan pembangunan jerami sebagai satu industri hanya mencelakan sub-

sektor padi itu sendiri kerana sering dianggap sebagai penyumbang utama kepada

pencemaran alam sekitar melalui penggunaan input kimia dan bahan api fosil yang

tinggi melalui penggunaan mekanisasi ladang serta pembakaran terbuka jerami

selepas musim penuaian. Situasi ini menyebabkan kerugian besar dalam sumbangan

potensinya kepada ekonomi negara.

Berdasarkan fenomena yang ditonjolkan di atas, beberapa persoalan kajian

cuba untuk dirungkaikan:

i. Adakah stagnasi dalam pembangunan industri jerami disebabkan oleh pelaku-

pelaku utamanya yang gagal menggerakkan industri tersebut iaitu usahawan

enterprais, petani dan pihak institusi.

ii. Adakah stagnasi dalam pembangunan industri jerami disebabkan oleh kelemahan

dalam peruntukan dasar-dasar negara terhadap pembangunan sektor pertanian dan

industri asas tani negara.

21

iii. Bagaimanakah stagnasi dalam pembangunan industri jerami ini berupaya untuk

dijayakan.

Justeru itu, MADA dilihat berperanan tinggi kerana institusi ini merupakan

penggerak utama sektor padi di Kedah. Keupayaan Wilayah MADA dalam

penghasilan beras untuk negara tidak dapat disangkalkan lagi memandangkan

pelbagai usaha sedang giat dijalankan untuk meningkatkan lagi produktiviti hasil

pengeluaran padi. Tumpuan kini perlu jelas terhadap penggunaan jerami secara

optimum.

1.7 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Matlamat utama kajian ini ialah untuk memahami caturan faktor-faktor dan elemen-

elemen yang telah membawa kepada stagnasi dalam pembangunan industri berasaskan

jerami padi di Wilayah MADA. Ini bersandarkan kepada kemungkinan

membangunkan industri jerami secara holistik dan bersepadu ke arah mencerdaskan

semula sektor pertanian. Untuk mencapai matlamat ini, objektif-objektif berikut

direalisasikan:

a. Mengenalpasti dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi dan

menjejaskan usaha pihak-pihak berikut untuk membangunkan industri jerami:

i. Pengusaha enterprais jerami padi (Kajian enterprais)

ii. Komuniti petani (Kajian komuniti)

iii. Pihak institusi awam dan swasta (Kajian institusi)

iv. Pembuatan dasar (Kajian dasar)

b. Menilai kemungkinan mengatasi masalah dan kepincangan yang menyebabkan

berlakunya stagnasi dalam pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

c. Merumus prospek pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

22

1.8 KERANGKA KAJIAN

Kerangka kajian (Rajah 1.2) memperlihatkan faktor-faktor dan elemen-elemen yang

mempengaruhi pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Penawaran dan

permintaan bahan mentah jerami serta penghasilan produk berasaskan jerami sangat

bergantung kepada empat elemem utama yang mampu mencorakkan serta

menggerakkan industri jerami ke tahap berdaya saing. Elemen-elemen tersebut ialah

enterprais, komuniti petani, pihak institusi dan pembuatan dasar yang merupakan

pelaku utama dan elemen terpenting dalam menggerakkan pembangunan industri

jerami padi secara berterusan.

Berdasarkan pengamatan terhadap kajian literatur didapati stagnasi dalam

pembangunan jerami dicetusnya kesan daripada terbiarnya faktor dan elemen

`kekuatan΄ sedia ada dan kegagalan memanfaatkan faktor dan elemen `peluang΄ yang

wujud dalam industri padi dan jerami itu sendiri. Manakala pengabaian dalam

menangani sepenuhnya faktor dan elemen `kelemahan΄ serta `ancaman΄ yang sedia

wujud dalam industri jerami telah menidakkan keupayaan jerami untuk ditonjolkan

sebagai sebuah industri yang berdaya saing tinggi.

1.9 SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya akan memfokuskan kepada faktor-faktor dan proses-proses yang

menyebabkan kepada berlakunya stagnasi terhadap pembangunan dan perkembangan

industri jerami di Wilayah MADA. Stagnasi pembangunan industri jerami di Wilayah

MADA bukanlah merujuk kepada kebekuan pembangunannya secara langsung tetapi

mencerminkan perkembangan industri jerami yang sangat perlahan berbanding

kemajuan yang dicapai dalam pengeluaran hasil utamanya. Ini disandarkan daripada

pembakaran terbuka jerami masih berleluasa dan kadar penyertaan komuniti petani

dalam projek pemungutan jerami serta pengusaha enterprais yang mengusahakan

industri berasaskan jerami yang terhad. Kajian didasarkan kepada empat elemen

utama yang menggerakkan pembangunan industri jerami di Wilayah MADA iaitu

pengusaha enterprais, komuniti petani, pihak institusi dan dasar kerajaan.

Rajah 1.2 Kerangka kajian

Terbiarnya faktor dan elemen `KEKUATAN’ sedia ada

dan kegagalan memanfaatkan faktor dan elemen

`PELUANG’ yang wujud dalam industri jerami

Pengabaian dalam menangani sepenuhnya faktor dan

elemen `KELEMAHAN’ serta `ANCAMAN’ yang

sedia ada dalam menggerakkan pembangunan industri

jerami

STAGNASI PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

Komuniti Petani

Enterprais

- Fokus dasar terhadap

industri jerami

- Galakan sumber

pertumbuhan baru

- Galakan pelaburan

- Pembiayaan

kewangan

- Kemudahan logistik

- Penyertaan swasta

- P&P

- Pengembangan teknologi

- Khidmat nasihat

- Kursus dan latihan

- Tahap kemahiran dan

pengetahuan pegawai

- Penyelarasan agensi

- Kerenah birokrasi

- Faktor biologi

- Insentif kerajaan

- Logistik

- Pengembangan teknologi

- Tahap kemahiran dan ilmu

- Jangka masa penanaman

- Sikap petani

- Kecukupan modal

- Status milikan dan saiz tanah

- Stok bahan mentah jerami

- Insentif kerajaan

- Bantuan modal

- Inovasi pasaran

- Promosi

- Bantuan khidmat

nasihat

- Sokongan agensi,

petani dan masyarakat

- Skop pasaran

- Sumber tenaga kerja

Institusi

Dasar

Faktor dan Elemen Yang Mempengaruhi Pembangunan Industri Jerami Di Wilayah MADA

24

Rasional pemilihan Wilayah MADA sebagai kawasan kajian kerana ia

merupakan kawasan bertanam padi terbesar di Malaysia dan menyumbang kira-kira

40% bekalan beras negara. Tambahan pula, tanaman padi di Wilayah MADA

diusahakan sebanyak dua musim setahun berbanding dengan Wilayah Luar MADA.

Justeru itu, masalah pembangunan dan pengurusan jerami di Wilayah MADA adalah

lebih besar berbanding wilayah tanaman padi lain. Malah, terdapat kawasan luar

MADA yang menjalankan tanaman padi hanya satu musim sahaja manakala satu

musim lagi ditanami dengan tanaman lain seperti sayur-sayuran dan jagung. Oleh itu,

keupayaan penghasilan jerami di kawasan luar MADA adalah terbatas.

Kajian akan merujuk kepada kelebihan sedia ada dan peluang yang wujud di

Wilayah MADA dalam membuka ruang seluasnya kepada pembangunan industri

jerami yang berdaya maju. Manakala, kelemahan sedia ada dan ancaman yang

menghalang kepada perluasan usaha pembangunan industri jerami akan cuba

ditonjolkan. Ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengapa industri jerami

masih tidak berganjak dan seringkali dinafikan peluangnya dalam pembangunan

ekonomi negara terutamanya sebagai pemangkin dalam sektor pertanian selain

mewujudkan rantaian dengan sektor ekonomi lain seperti perindustrian, pembinaan

serta alternatif kepada pembangunan sumber tenaga baru. Lanjutan daripada itu,

kajian akan mengupas secara terperinci mengapa berlakunya stagnasi dalam

pembangunan industri jerami.

1.10 KEPENTINGAN KAJIAN

Walaupun banyak bukti menunjukkan jerami berjaya dibangunkan di beberapa buah

negara dan banyak kajian telah membuktikan potensinya dalam pembangunan

ekonomi negara, namun tiada usaha sepenuhnya digembleng daripada pihak

pengurusan, pengusaha industri dan petani di Kedah untuk membangunkan aktiviti

hiliran jerami ini ke tahap yang lebih komersil. Justeru itu, kajian diharap dapat:

i. Memberi saranan yang sesuai kepada pihak kerajaan untuk menilai kemungkinan

menggubal dasar atau polisi yang menyeluruh bagi pembangunan industri jerami.

Selain itu, strategi pengurusan jerami yang efektif perlu dipraktikkan untuk

25

menaiktaraf industri jerami terutamanya dari segi pelaksanaannya berdasarkan

persekitaran petani, komuniti setempat, alam sekitar dan kehendak pasaran. Ini

akan mengubah corak penawaran dan permintaan ke atas bahan mentah jerami.

ii. Kajian diharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara agensi pertanian dan

agensi sokongan lain. Kerjasama antara agensi dilihat mampu mengukuhkan

perkembangan industri jerami di samping dapat membantu petani dan usahawan

untuk membangunkan seterusnya menguasai industri jerami.

iii. Kajian diharap dapat menggerakkan dan mencerdaskan semula pembangunan

sistem pendidikan pertanian negara melalui perkembangan institusi latihan dan

kemahiran serta khidmat nasihat berkaitan tanaman padi terutamanya hasil

sampingan padi. Ini akan melahirkan idea dan kemahiran baru bagi

mengkomersialisasikan potensi hasil sampingan padi dalam usaha mewujudkan

sumber pertumbuhan baru ekonomi negara.

iv. Mengetengahkan kehendak dan masalah petani selaku pengeluar bahan mentah

dan komuniti setempat agar pihak kerajaan dapat selaraskan dasar dan polisi yang

efektif serta menguntungkan kedua-dua pihak. Ini diharap dapat melahirkan

masyarakat petani yang progresif, berupaya membuat keputusan yang rasional

serta mempunyai daya pemikiran yang komersil.

1.11 KESIMPULAN

Pembangunan hasil utama pertanian tanpa melibatkan pembangunan hasil

sampingannya membawa kerugian yang besar dalam proses pembangunan sesebuah

negara apatah lagi bagi pembangunan industri pertanian itu secara menyeluruh. Ini

kerana hasil sampingan pertanian telah terbukti mampu menjadi tonggak pertumbuhan

wilayah dan meningkatkan taraf hidup penduduk terutamanya komuniti tani. Jelas,

peminggiran hasil sampingan pertanian mengundang masalah persekitaran yang tinggi

dalam sektor pertanian. Sumber alternatif ini perlu dicerdaskan bagi memperkasakan

lagi sektor pertanian padi supaya setanding dengan komoditi industri lain dan lebih

banyak rantaian dapat diwujudkan dengan sektor ekonomi lain. Oleh itu, sektor

26

pertanian harus mengubah paradigmanya agar selari dengan perubahan ekonomi

global dan nasional bagi memastikan masa depannya lebih terjamin.

27

- Fokus dasar terhadap

industri jerami

- Galakan sumber

pertumbuhan baru

- Galakan pelaburan

- Pembiayaan

kewangan

Dasar

29

27

BAB II

LANDASAN TEORI DAN SOROTAN KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini akan meneliti beberapa teori asas dan konsep yang berkaitan dengan

pembangunan pertanian dan pembangunan wilayah. Di peringkat awal, perbincangan

akan ditumpukan kepada konsep wilayah dan pembangunan wilayah memandangkan

pembangunan pertanian akan melibatkan pembangunan sesebuah kawasan.

Seterusnya, pengkajian akan mengupas secara terperinci pendekatan Agropolitan yang

merupakan pendekatan bagi pembangunan sebuah wilayah pertanian yang unggul.

Pencapaian terbaik bagi sebuah wilayah pertanian unggul ialah mengadaptasikan

konsep pembangunan pertanian mapan dalam memajukan aktiviti pertaniannya.

Justeru itu, beberapa konsep akan mendasari kepada pengkajian ini. Sorotan literatur

turut digalurkan bagi memperlihatkan keupayaan pembangunan industri jerami di

beberapa buah wilayah pertanian dunia.

2.2 LANDASAN TEORI

Dalam membicarakan tentang pembangunan sesebuah ruang, konsep wilayah (region)

akan mendasarinya bagi memperlihatkan ciri dan fungsi yang dijalankan dalam ruang

tersebut. Secara umumnya, wilayah merujuk kepada sebuah kawasan di permukaan

bumi dengan keluasan dalam skala yang sederhana. Ia merupakan suatu sistem atau

penyatuan satu kawasan yang mempunyai sempadan yang sekata bagi menjelaskan

tujuan tertentu dan membentuk satu fungsi (Hartshorne 1939). Wilayah dilihat sebagai

suatu entiti yang unik kerana mempunyai satu atau lebih sifat dan sifat itu paling

menonjol berbanding dengan kawasan lain yang akan membentuk identitinya yang

28

tersendiri. Sifat ini ditentukan berdasarkan kepada ciri fizikal dan budaya sesebuah

wilayah serta fungsi yang dijalankannya. Ciri fizikal termasuklah bentuk muka bumi,

iklim, tanih dan tumbuh-tumbuhan. Ciri budaya pula seperti aktiviti ekonomi, budaya

penduduk dan warisan sejarah. Manakala aspek fungsian pula dilihat dari sudut

ekonomi, politik, pengangkutan dan sebagainya (Gregory 2000).

Sempadan wilayah berdasarkan had keperluan lingkungan aktiviti manusia

dari segi ekonomi, politik dan sosial yang melibatkan pelbagai pengedaran barangan

keperluan dan corak aktiviti manusia dalam lingkungan tersebut. Ini memperlihatkan

wilayah sebagai satu kawasan alam sekitar fizikal yang mempunyai persamaan rupa

bentuk serta berlaku proses pembangunan fizikal yang berkaitan dengan kehidupan

manusia. Ia kemudiannya akan membentuk satu keseragaman ekonomi dan struktur

sosial dalam wilayah tersebut (Blij 1971; Getis et al. 1981; Minshull 1967).

Terdapat dua jenis wilayah yang utama iaitu wilayah seragam atau formal dan

wilayah fungsian atau nodal. Pengelasan konsep wilayah ini wujud kesan daripada

perkembangan ekonomi iaitu daripada sistem ekonomi pertanian yang ringkas hingga

kepada sistem ekonomi industri yang kompleks. Wilayah seragam merujuk kepada

sebuah kawasan yang mempunyai satu atau lebih sifat yang sama atau homogen. Ia

digunakan untuk menggambarkan sifat fizikal secara semulajadi seperti iklim,

topografi, tumbuhan dan tanih. Selain itu, ia juga menghuraikan ciri budaya atau sifat

manusia dari segi bahasa, agama, adat resam masyarakat; politik (berpegang kepada

satu ideologi politik); aktiviti ekonomi penduduk seperti jenis pertanian dan industri;

tahap pembangunan dan purata pendapatan (Blij 1971; Getis et al. 1981).

Bagaimanapun, apabila sesebuah wilayah itu semakin membangun dan

berkembang, ia mempamerkan keseragaman dalam unit kawasan yang lebih luas dan

wujudnya pelbagai corak interaksi dalam ruang atau organisasi tersebut. Justeru itu,

wilayah fungsian digunapakai bagi memperlihatkan sebuah wilayah yang mempunyai

unit atau kawasan yang berbeza (heterogen) tetapi berkait rapat antara satu sama lain

melalui hubungan interaksi, keperluan dan fungsi ekonomi. Ini bermakna sesetengah

cirinya boleh berubah tetapi masih mempunyai kaitan berdasarkan organisasi, struktur

dan kedinamikan fungsinya dari segi ekonomi, politik dan sosial organisasi tersebut.

29

Wilayah fungsian terdiri daripada dua kawasan iaitu kawasan pusat atau nod

dan kawasan pinggir. Kawasan pusat akan menonjolkan keupayaannya dari aspek

pembangunan aktiviti ekonomi, sosial dan politik dan kawasan pinggir yang

bergantung kepada kawasan pusat (Marston et al. 2002). Ini menggambarkan kepada

satu ruang interaksi yang wujud antara pusat tumpuan dengan kawasan sekitarnya.

Peranannya akan merebak keluar dan intensitinya akan semakin berkurangan.

Keadaan ini akan menentukan sempadan sesebuah wilayah fungsian tersebut. Ini

menunjukkan penduduk dan segala aktiviti akan tertarik kepada nod dan informasi

akan mengalir dari nod ke kawasan sekitarnya. Ia dihubungkan dengan sesebuah

ruang melalui jaringan pengangkutan, sistem komunikasi, perdagangan dan

sebagainya. Infrastruktur diperlukan dengan kos pengurusan yang murah untuk

meningkatkan keupayaan berinteraksi, meluaskan saiz pasaran dan mencapai kadar

kesampaian yang tinggi terhadap pasaran. Kesannya, pengeluar mempunyai

kesampaian yang tinggi kepada pembekal terutamanya dalam membekalkan input dan

sumber tenaga manusia manakala pembekal mempunyai kadar kesampaian yang

tinggi terhadap pelanggan.

Walau bagaimanapun, sesuatu wilayah itu tidak semestinya mempunyai

keseragaman bagi setiap ciri-ciri dalamannya tetapi boleh juga mempunyai satu

aktiviti bersepadu yang menghubungkannya dengan beberapa tempat. Kebanyakan

hubungan boleh dinilai bukan hanya dari ciri atau sifat manusia tetapi hubungan

antara manusia dengan ciri fizikal dan budaya di wilayah tersebut. Hubungan ini akan

menentukan sifat sesebuah wilayah tersebut sama ada ia sebuah wilayah pertanian,

industri, pelancongan, kebudayaan dan lain-lain. Ini kerana manusialah yang akan

membuat keputusan serta menggerakkan atau menjalankan aktiviti mengikut

kesesuaian ciri fizikal dan budaya di wilayah itu. Sebagai contoh, bagi menjalankan

aktiviti pertanian perkara yang perlu diambil kira ialah ciri kecerunan, kualiti tanih,

regim iklim, pertumbuhan tanaman. Manakala faktor lain yang turut dilihat ialah

kesesuaian penggunaan teknologi pertanian, tenaga buruh, perkhidmatan

pengangkutan, pasaran serta pelbagai sistem input dan output (Blij 1971).

Merujuk kepada wilayah pertanian, ia merupakan satu cara mengklasifikasikan

ruang dengan mengambilkira fenomena-fenomena tertentu dalam membentuk

30

penumpuan ruang dan corak keruangan aktiviti pertanian. Sesebuah wilayah dikatakan

sebagai wilayah pertanian ialah apabila wujudnya perkara-perkara yang berkaitan

dengan aktiviti pertanian di sesebuah tempat seperti tanaman, ternakan dan

perusahaan atau diukur berdasarkan proses perladangan atau organisasi ladang

(Buchanan 1959; Symons 1967). Keadaan persekitaran yang sesuai amat penting

untuk sesebuah wilayah dibangunkan dengan aktiviti pertanian. Beberapa ciri yang

diambilkira ialah landskap tani, corak dan intensiti gunatanah, sistem ladang, kaedah

dan tahap penggunaan mekanisasi ladang, jenis bangunan seperti tempat penyimpanan

hasil tani, corak petempatan dan beberapa fenomena lain yang berkaitan dengan

pertanian.

Sesebuah wilayah pertanian akan dilihat sebagai sebuah wilayah formal

apabila ia hanya mempamerkan ciri keseragaman terutamanya berdasarkan landskap

tani dan corak gunatanah. Apabila berlakunya pembangunan aktiviti pertanian dan

perkembangan ekonomi ke atas wilayah tersebut, ia akan melibatkan perkembangan

kepelbagaian corak tanaman dan struktur ladang yang diusahakan serta peningkatan

atau pengurangan dalam saiz penggunaan tanah. Ini akan merubah fungsi ekonominya

dari segi bertambahnya struktur perniagaan tani, perusahaan ladang dan sistem ladang

serta interaksi antara ruang semakin meningkat dengan bertambahnya jaringan

pengangkutan dan permintaan pasaran yang meluas. Ini dapat dilihat dengan

wujudnya kilang-kilang pemprosesan hasil pertanian; beberapa kumpulan enterprais

(perusahaan) serta tahap penguasaan perusahaan semakin bertambah; pasaran yang

meluas dan kadangkala hubungan tersebut mampu merentasi sempadan tempatan dan

antarabangsa terutamanya dari sudut pemasaran hasil pertanian.

Kesannya, melalui aktiviti pertanian akan berlaku penyebaran maklumat,

wujudnya hubungan sosial yang tinggi serta terbentuknya sistem pengangkutan dan

pemasaran yang cekap bagi hasil pertanian (Morgan 1978; Morgan & Munton 1971;

Simpson 1957; Whittlesey 1936). Fenomena ini akan memperlihatkan wilayah

pertanian yang asalnya sebuah wilayah formal yang seragam aktivitinya, kini

bertindak sebagai sebuah wilayah fungsian pertanian. Walau bagaimanapun, sesebuah

wilayah pertanian boleh juga dilihat sebagai gabungan antara wilayah formal dan

31

fungsian apabila melihat wilayah tersebut dari dua sudut iaitu melalui ciri ekonominya

atau fungsinya sahaja.

Kesimpulannya, konsep wilayah sebenarnya bukanlah merupakan suatu

matlamat tetapi suatu cara untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Sesebuah

wilayah itu boleh bertindak sebagai formal atau fungsian bergantung kepada sifat dan

peranannya. Kekuatan dan keupayaannya sebagai wilayah fungsian perlu dinilai

berdasarkan ciri-ciri landskap, corak dan intensiti gunatanah, sistem ladang yang

diusahakan, aktiviti perusahaan yang dijalankan dan juga pemasaran hasil kegiatan

perusahaannya. Berdasarkan ciri-ciri ini, aspek kefungsian yang dijalankannya telah

memberi kesan tebaran kepada kawasan pinggirnya sama ada dari aspek

ketersampaian sistem pengangkutan, perniagaan, perusahaan, maklumat dan

pendidikan, teknologi serta inovasi.

Bagi membicarakan tentang pembangunan dan perkembangan industri jerami

padi, beberapa teori dan konsep yang berkaitan pembangunan wilayah akan disoroti.

Dalam disiplin geografi manusia, teori mengenai letakan firma atau industri yang

boleh dirujuk ialah Teori Letakan Industri yang dikemukakan oleh Alfred Weber pada

tahun 1909. Asasnya, teori ini melihat faktor letakan lokasi industri sama ada

berhampiran bahan mentah atau pasaran. Kedudukan lokasi yang tepat adalah faktor

yang amat mempengaruhi perkembangan firma atau industri yang dapat

memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan kos pengangkutan. Pengaruh

letakan bergantung kepada keuntungan bersih dalam menyediakan input faktor dan

skala operasi yang melibatkan kos iaitu kos pengangkutan yang kurang, tenaga buruh

yang murah dan kelebihan pengelompokan industri. Malah, terdapat juga faktor-faktor

lain yang mempengaruhi letakan industri iaitu sistem politik dan ekonomi; kos tanah,

bangunan dan peralatan; kadar faedah, budaya dan kemudahan pengangkutan (Hugget

& Meyer 1981).

Dalam kes industri jerami padi di Malaysia, firma atau industri seharusnya

cenderung berada di kawasan pengeluaran bahan mentah iaitu di kawasan luar bandar.

Ini kerana pasaran bagi produk yang sering mendapat permintaan antaranya makanan

ternakan, kompos dan media semaian sememangnya terletak di kawasan luar bandar.

32

Sebagai contoh, baja kompos akan digunakan semula kepada tanaman padi. Walau

bagaimanapun, terdapat juga produk jerami yang berorientasikan pasaran pengguna di

bandar antaranya hasilan kraf, bahan pembungkus makanan dan bahan binaan.

Memandangkan jerami merupakan bahan mentah yang bersifat pukal, ini akan

menyebabkan kos pengangkutan akan meningkat. Tambahan pula, jerami memerlukan

ruang mengangkut yang besar. Oleh itu, letakan industri jerami sangat sesuai

dikekalkan di kawasan luar bandar dan bukannya berhampiran pasaran atau bandar.

Nyata sekali bahawa industri jerami merupakan industri yang seharusnya

terletak di kawasan luar bandar. Ini bererti bahawa pembangunan industri asas tani

seperti industri jerami ini harus dilihat dalam konteks pembangunan wilayah atau luar

bandar. Dalam hubungan ini, pendekatan lazim yang digunakan bagi membicarakan

pembangunan industri desa sebagai pemangkin kepada pembangunan sesebuah

wilayah atau kawasan luar bandar ialah teori yang berkaitan dengan pembangunan

ruang.

Idea teori berkaitan pembangunan ruang yang paling berpengaruh ialah Teori

Kutub Pertumbuhan yang dikemukakan Francois Perroux pada tahun 1955. Ia

memaparkan satu set atau kelompok industri yang berupaya mempengaruhi

perkembangan aktiviti ekonomi kawasan sekitarnya dan mempunyai pertalian rapat

antara satu sama lain melalui rantaian industri. Pembangunan industri tidak berlaku di

sebarang tempat tetapi hanya di titik-titik tertentu bergantung kepada kekuatan asas

ekonominya. Ia kemudiannya berkembang dan berinteraksi dengan sektor ekonomi

lain. Aktiviti ekonomi yang paling berinovasi tinggi berpeluang tinggi untuk

menguasai persekitaran industri dan keupayaan penguasaannya bergantung kepada

saiz, kekuatan dan ciri operasinya (Friedmann & Weaver 1979).

Idea Kutub Pertumbuhan telah dikembangkan oleh Boudeville pada tahun

1966 yang dikenali sebagai Pusat Pertumbuhan. Ia merupakan satu ruang yang

diperbandarkan berasaskan ekonomi perindustrian dan sangat berpengaruh terhadap

kawasan sekitarnya. Wilayah ini mungkin mempunyai lebih dari satu pusat yang turut

menawarkan aktiviti sosial, budaya, pentabdiran dan perkhidmatan untuk penduduk

bandar dan kawasan sekitarnya (Katiman 2001). Berdasarkan teori di atas, polisi

33

pembangunan luar bandar di Malaysia telah direncanakan dengan menjalankan

Rancangan Pembangunan Wilayah seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara

(DARA), Lembaga Kemajuan Jengka (JENGKA), Lembaga Kemajuan Terengganu

Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Ulu Kelantan (KESEDAR), Lembaga

Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Keutamaan diberikan terhadap pembangunan

tanaman komoditi industri. Justeru itu, fungsi wilayah di kawasan luar bandar semakin

meningkat akibat proses penumpuan ruang dan corak keruangan aktiviti pertanian.

Pembangunan ekonomi Malaysia terus berkembang dengan memberi tumpuan

kepada pembangunan industri dengan meminggirkan sektor pertanian dalam

perkembangan ekonomi negara. Proses pembangunan wilayah berdasarkan Teras-

Pinggir yang lebih berpihak kepada industri bandar (urban bias) berterusan sehingga

tahun 2003. Model Teras-Pinggir diperkenalkan oleh Friedmann pada tahun 1966

dengan melihat kawasan teras (bandar) berkeupayaan tinggi untuk menjana dan

menyerap perubahan dari segi inovasi yang akan mengubah corak sosio-budaya; corak

perhubungan kuasa; corak petempatan dan pelaburan yang tentukan corak ruang

aktiviti ekonomi. Kawasan pinggir (luar bandar) pula menyediakan sumber (buruh,

modal, bahan mentah, bahan perantaraaan dan lain-lain).

Paradigma pembangunan oleh pemerintah pada dekad-dekad lalu lebih

menitikberatkan pembangunan fizikal tanpa diikuti oleh pembangunan ekonomi,

sosial dan lingkungannya secara bersepadu. Hal ini menimbulkan masalah dalam

aspek pengurusannya kerana masyarakat belum berkemampuan untuk menguruskan

pelaburan dalam skala yang besar. Pelaburan kurang memberikan kesan penitisan ke

kawasan sekitarnya. Justeru pendekatan pembangunan wilayah luar bandar harus

dilakukan bukan dari aspek fizikal sahaja tetapi kepada aktiviti ekonomi berdasarkan

kepada potensi unggulan di wilayah itu. Pengembangan sesebuah wilayah seharusnya

melihat kepada potensi pertumbuhan yang akan membantu meningkatkan

pertumbuhan ekonomi secara berterusan, melahirkan masyarakat yang berdaya saing,

meningkatkan peluang pekerjaan dan peningkatan produktiviti.

Justeru itu, pendekatan Model Teras Pinggir ini juga gagal memberi kesan ke

atas kawasan luar bandar kerana aktiviti industri yang dijalankan tidak mempunyai

34

hubungan dengan pengeluaran asas sektor ekonomi di kawasan luar bandar. Malah,

penerapan model pusat-pusat pertumbuhan di negara-negara sedang membangun

seperti Malaysia melalui strategi industrialisasi dan agro-industri yang cenderung

hanya kepada tanaman industri nyata menyebabkan kepincangan yang besar antara

kawasan luar bandar yang menjalankan pertanian asas dengan kawasan agro industri

berasaskan komoditi industri. Asasnya, dasar pembangunan wilayah mengharapkan

berlakunya kesan penitisan ke bawah (trickle down effect), kesan penyebaran (spread

effect) dari bandar ke luar bandar dan kesan pengganda (multiple effect) pada sektor

ekonomi lain.

Krisis ekonomi dan kekurangan bekalan beras menuntut kepada pengangkatan

semula sektor pertanian sebagai sektor pertumbuhan ekonomi dengan slogan

‘Pertanian Adalah Perniagaan’. Ini mencerminkan orientasi semula pembangunan

ekonomi ke desa. Kawsan luar bandar perlu meningkatkan keupayaan kelangsungan

ekonominya dan mengurangkan pergantungan terhadap perkembangan ekonomi

bandar dengan memaksimumkan potensi yang ada. Industri asas tani wajar dilihat

sebagai pemangkin kepada pembangunan industri di kawasan luar bandar. Justeru itu,

koridor pembangunan diperkenalkan dalam pendekatan pembangunan wilayah yang

baru dengan menggunakan pendekatan agropolitan yang benar-benar memanfaatkan

sumber desa.

Pendekatan Agropolitan diperkenalkan oleh Friedmann dan Douglass pada

tahun 1975 Agropolitan merupakan pengembangan kawasan luar bandar dengan

mewujudkan sebuah bandar di kawasan ladang (city in the field) berasaskan ekonomi

pertanian. Ia digunakan sebagai satu cara untuk membangunkan kawasan mundur,

terpencil dan terbiar kepada sebuah bandar pertanian secara bersepadu dengan

mengukuhkan hubungan luar bandar dengan bandar. Persempadanan wilayah

agropolitan tidak ditentukan berdasarkan bidang kuasa pentadbiran sebaliknya

ditentukan berdasarkan skala dan skop ekonomi yang dijalankan di wilayah tersebut

(Friedmann & Douglass 1975).

Idea asal pembangunan yang membawa kepada wujudnya agropolitan adalah

reaksi kepada kegagalan pengembangan industri yang membawa kepada

35

penyimpangan pembangunan wilayah yang hanya bertumpu kepada kawasan bandar,

kepesatan urbanisasi, tingkat pengangguran yang tinggi dan ketidakseimbangan

pendapatan. Keadaan ini membawa kepada wujudnya kemiskinan, kekurangan bahan

makanan, penurunan tingkat kesejahteraan komuniti petani dan pergantungan yang

tinggi kepada dunia luar. Ini kerana fokus pembangunan hanya diberikan kepada

percepatan pertumbuhan sektor industri. Justeru itu, pembangunan agropolitan

diperlukan bagi mewujudkan keterkaitan fungsi hubungan antara kawasan luar bandar

dengan bandar dalam pelbagai aspek terutamanya pertanian.

Untuk mencapainya, beberapa komponen melibatkan pembangunan ekonomi,

fizikal dan modal insan perlu diambilkira. Agropolitan ini akan berkembang seiring

dengan pertumbuhan agribisnesnya sekaligus mampu mendorong, menarik dan

mengelola aktiviti agribisnes sehingga ke kawasan pinggirnya. Ia tidak terbatas

kepada pengeluaran hasil primer sahaja tetapi pembangunan meluas meliputi

agribisnes peringkat huluan yang menghasilkan produk bagi hasil pertanian primer

dan hiliran iaitu industri yang akan mengolah hasil pertanian primer menjadi produk

serta diperdagangkan. Rangkaian industri akan semakin berkembang sehingga

mewujudkan suatu sistem agribisnes yang berdaya saing. Sistem tersebut mestilah

berteraskan sumber tenaga manusia yang melibatkan penduduk tempatan dengan

sokongan daripada pihak kerajaan, berpusat serta menjaga kepentingan alam sekitar.

Terdapat beberapa pandangan (Dardak 2007; Ertur 1984) yang meletakkan

kriteria tertentu bagi mewujudkan sebuah wilayah agropolitan yang ideal antaranya:

i. Telah mempunyai komoditi pertanian yang telah membangun dan mengekalkan

nilai ekonomi serta wujud identiti ekonomi di wilayah tersebut.

ii. Wilayah tersebut berkuasa autonomi dalam menjalankan sistem pengurusan

strategi terancang bagi menjayakan aktiviti masyarakat dalam ruang wilayah

berdasarkan budaya penduduk setempat dan ekonomi semasa.

iii. Berkeupayaan mengembangkan agribisnes yang membawa kepada perkembangan

sektor sekunder dan tertiari.

36

iv. Mempunyai institusi ekonomi yang kukuh di kalangan komuniti tempatan yang

mampu mencipta persekitaran yang kondusif, meningkatkan produktiviti

komoditi pertanian dan hasil sampingannya untuk pembangunan ekonomi mapan.

v. Kesampaian penduduk tempatan terhadap sumber ekonomi dan kemudahan yang

ditawarkan di wilayah tersebut.

Pendekatan Agropolitan ini merupakan pendekatan pembangunan dari bawah

sepenuhnya yang memperuntukkan kepada (i) memaksimumkan pergerakan sumber

semulajadi dan kemahiran sumber manusia yang merupakan penentu kepada

keseimbangan terhadap penawaran keperluan asas di semua peringkat; (ii)

memperolehi faedah yang seimbang dalam perniagaan dan perdagangan; (iii)

pengkhususan kepada organisasi sosial dan ekonomi serta (iv) menukarkan konsep

pembangunan yang pelbagai dengan matlamat kemasyarakatan yang lebih luas,

kerjasama di pelbagai peringkat dan mendapat sokongan dari dalam. Ini akan

mencipta pengkhususan dalam pengeluaran dengan membuat pelaburan bagi

mempelbagaikan aktiviti ekonomi di wilayah itu. Justeru itu, ia memerlukan perluasan

keupayaan bagi setiap individu dan komuniti tempatan malah menguruskannya sendiri

dalam skala kecil dan sederhana untuk faedah sosial, ekonomi dan politik di wilayah

itu (Stohr 1981).

Asasnya, pendekatan pembangunan dari bawah digunakan untuk mewujudkan

dorongan yang dinamik melalui perubahan faktor dari dalam yang melibatkan sistem

pengeluaran pertanian atau on-farm dan masyarakat setempat. Proses perencanaan dan

pengambilan keputusan adalah berdasarkan kepada penyertaan dan tindakan koperatif

pada peringkat tempatan. Selain itu, pendekatan pembangunan dari bawah juga

menyebabkan berlakunya peningkatan interaksi antara ruang (off-farm). Ini dapat

dilihat apabila berlakunya transformasi struktur ekonomi dan kenaikan peranan sektor

pembuatan yang berasaskan on-farm. Kesannya, di wilayah tersebut akan wujud

golongan usahawan yang mampu menguruskan perniagaan, proses pengolahan hasil

dan mutu komoditi selain terdapatnya infrastruktur dan prasarana yang lebih baik.

Kewujudan wilayah agropolitan ini akan menstimulasikan kawasan pinggir atau pusat

pertumbuhan sedia ada dengan arus teknologi dan maklumat, komoditi serta

perkhidmatan pertanian. Perkembangan ini akan mengalir dengan lebih dinamik dan

37

akan diimbangi oleh aliran kesejahteraan penduduk terutamanya kepada masyarakat

tani (Irwan 2005).

Sebagai contoh, bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang mantap dan

seimbang antara wilayah di Jawa Timur, konsep Agropolitan telah diperkenalkan.

Melalui konsep ini, seluruh potensi wilayah di Jawa Timur akan diimbangi oleh aliran

kesejahteraan melalui pergerakan atau aliran penduduk, informasi, barangan dan

perkhidmatan, keuntungan serta kerugian. Manakala bagi menyeimbangkan

pertumbuhan antara sektor ekonomi pula, sektor pertanian, pembuatan dan

perkhidmatan akan dibangunkan secara seiring. Memandangkan sektor pertanian

melibatkan faktor bukan ekonomi iaitu budaya dan masyarakat setempat, tumpuan

perlu diberikan terhadap rantaian industri yang boleh diwujudkan antara sektor

pertanian dan pembuatan dalam aspek keruangan. Ini kerana pengalaman lalu

membuktikan penyimpangan pertumbuhan antara dua sektor ini telah menghasilkan

alih fungsi sawah kepada sektor industri (Irwan 2005).

Menurut Deddy (2003), ciri-ciri sebuah wilayah agropolitan yang telah

berkembang ialah (i) aktiviti berteraskan pertanian mendominasi aktiviti ekonomi di

wilayah tersebut; (ii) sebahagian besar masyarakat di kawasan tersebut memperolehi

pendapatan dari aktiviti pertanian dan agribisnes dan (iii) hubungan antara kawasan

bandar dan kawasan sekitarnya bersifat timbal balik dan saling memerlukan. Kawasan

pertanian mengeluarkan hasil ladang dan luar ladang manakala kawasan bandar

menyediakan kemudahan untuk berkembangnya usaha agribisnes tersebut seperti

pasaran, modal, teknologi serta pelbagai maklumat berkaitan pengeluaran hasil dan

pemasaran.

Perkembangan wilayah agropolitan akan menjadikannya sebagai sebuah

wilayah fungsian pertanian iaitu wujud hubungan interaksi antara keperluan dan

fungsi ekonomi serta antara pusat tumpuan dengan kawasan sekitarnya melalui

pembangunan infrastruktur, sistem pengangkutan, sistem komunikasi dan maklumat,

pengedaran barangan dan perdagangan. Ciri yang membentuk hubungan fungsian

terdiri daripada wujudnya beberapa enterprais, kilang pemprosesan hasil tani dan

pasaran atau agribisnes yang meluas merentasi sempadan. Dalam perkembangan

38

fungsinya untuk membangunkan sesebuah wilayah pertanian yang berdaya saing,

aspek pembangunan mapan tidak dapat dielakkan untuk memenuhi kesejahteraan

penduduk.

Menurut Laporan Brundtland 1987, pembangunan mapan ialah pembangunan

yang dapat memenuhi keperluan pada masa kini tanpa menjejaskan kepentingan

generasi akan datang. Asasnya, perkataan mapan (sustain) berasal daripada bahasa

Latin iaitu `sustinere’ yang bermaksud mengekalkan kewujudan atau memelihara dan

menyokong penggunaannya untuk jangka masa panjang atau berkekalan. (World

Commission on Environment and Development 1987). Konsep mapan atau dikenali

juga sebagai lestari berkait secara langsung dengan kualiti kehidupan yang diasaskan

kepada lima prinsip iaitu masa depan, keadilan, tanggungjawab antarabangsa, keadilan

sosial dan kepelbagaian biologi (Nik Fuad & Noraien 2007).

Ia telah diperkenalkan oleh kongres Amerika Syarikat pada tahun 1990 melalui

draf undang-undang ladang yang disarankan di bawah ‘Food, Agriculture,

Conservation and Trade Act of 1990’. Di bawah undang-undang ini, pertanian mapan

dilihat sebagai sebuah integrasi sistem bagi amalan pengeluaran tanaman dan haiwan

ternakan dalam jangka masa panjang yang meliputi (i) keperluan penduduk terhadap

makanan dan serat; (ii) peningkatan kualiti persekitaran dan sumber semulajadi

bergantung kepada ekonomi pertanian; (iii) penggunaan yang efisien terhadap sumber

yang tidak boleh diperbaharui dan sumber ladang serta menyesuaikan sumber tersebut

dengan kawalan serta kitar semulajadi biologi; (iv) pengekalan operasi ladang secara

ekonomik dan (v) peningkatan kualiti hidup petani dan masyarakat secara

keseluruhannya.

Oleh itu, pembangunan mapan merupakan satu konsep pembangunan yang

menekankan kesepaduan dan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan

keperluan sosial dan alam sekitar bagi memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan

keupayaannya pada masa depan. Ia dilihat dalam konteks hubungannya dengan ruang

dan masa. Penekanan diberikan kepada penggunaan sumber sedia ada dengan bijak

terutamanya yang berkaitan dengan perancangan, komitmen dan penglibatan pihak

pengurusan serta pihak lain yang berkepentingan (Fatimah & Fauziah 2007).

39

Blowers (1993) mengklasifikasikan matlamat pembangunan mapan melalui:

i. Pemuliharaan sumber dengan memastikan penerusan penawaran sumber

semulajadi melalui penggunaan sumber dan tanah secara efektif dan optimum.

ii. Pembangunan fizikal dengan memastikan hubungan pembangunan dan manusia

bersinergi antara satu sama lain yang dapat mewujudkan peluang kepada

komuniti tersebut serta meminimumkan pembaziran sumber.

iii. Kualiti alam sekitar dengan mengelakkan pembangunan yang menggugat kualiti

alam dan kehidupan dengan melindungi kapasiti dan keupayaan ekosistem.

iv. Kesaksamaan sosial dengan mengelakkan pembangunan yang akan

menambahkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin serta

menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial.

v. Penyertaan politik dengan menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat

keputusan pembangunan dalam semua aspek terutamanya yang berkaitan

ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Saling hubungan antara komponen utama pembangunan mapan iaitu integriti

ekologi atau alam sekitar, pembangunan ekonomi dan vitaliti sosial dapat dilihat

dalam rajah 2.1. Alam sekitar merujuk kepada hubungan manusia dengan alam

semulajadi dan persekitarannya serta bagaimana manusia berkeupayaan mengawal

dan menguruskan sumber itu untuk kepentingannya. Pembangunan ekonomi pula

perlu menggunakan sumber dan ruang secara cekap, mampu menyediakan peluang

pekerjaan, menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan serta membawa

keuntungan kepada semua pihak. Bagaimanapun, aktiviti ekonomi perlu

mengutamakan keperluan masyarakat dan kekangan alam sekitar.

Aspek vitaliti sosial pula melibatkan kesampaian penduduk secara adil dan

saksama terhadap sumber yang mampu menyokong dan menyediakan tahap

kehidupan yang baik serta penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Selain itu,

aspek vitaliti sosial juga melibatkan pembangunan institusi yang menyediakan

peluang pendidikan kepada penduduk. Ini dapat meningkatkan tahap intelektual dan

membentuk identiti kebudayaan penduduk. Apa yang penting, semasa proses

pembangunan ekonomi dan sosial perkara yang perlu diambil kira ialah alam sekitar

40

MAPAN

INTEGRITI EKOLOGI/

ALAM SEKITAR

PEMBANGUNAN

EKONOMI

VITALITI SOSIAL

-Biodiversiti

-Pengekalan kepelbagaian

ekologi

-Kualiti alam sekitar

-Pemeliharaan khazanah

semulajadi

- Peningkatan kualiti hidup

- Kesamarataan dalam peluang.

- Berkeupayaan dalam membuat

keputusan

- Keadilan sosial

-Pertumbuhan ekonomi

berskala

-Kecekapan pengeluaran

-Aglomerasi ekonomi

Penggunaan

sumber

secara

efisien

Kesamaan

ekonomi

dan sosial

Keselamatan

dan kesihatan

persekitaran

(Buttimer 2001; VanLoon 2005). Justeru itu, untuk mencapai pembangunan mapan,

interaksi antara ketiga-tiga elemen utama itu perlulah mencapai pada tahap yang

paling optimum.

Rajah 2.1 Model Pembangunan Mapan

Sumber: Diubahsuai daripada Blowers 1993; Buttimer 2001; VanLoon et al.

2005

Menurut Sham Sani et al. (1993), alam sekitar dan pembangunan saling

berkaitan dalam membentuk konsep pembangunan mapan. Proses pembangunan

ekonomi melibatkan aspek alam sekitar dan alam sekitar yang terganggu akan

merosakkan sebahagian ekosistem kehidupan manusia. Lantaran itu, manusia perlu

memelihara, memastikan, mempertingkatkan dan memperkukuhkan hubungannya

dengan persekitaran. Manusia perlu memastikan bahawa dalam proses pertumbuhan

pembangunan sesebuah wilayah, sumber sekitaran perlu dipelihara dan

41

dipertingkatkan serta mengukuhkan hubungannya dari aspek sosial yang melibatkan

kualiti hidup dan kesihatan penduduk. Hubungan antara elemen alam sekitar, ekonomi

dan sosial penting supaya pembangunan berada dalam keadaan seimbang, mesra,

harmoni dan serasi yang dapat memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang.

Justeru itu, dalam konteks mewujudkan pertanian mapan, ia cuba untuk

menghuraikan tentang keupayaan sistem pengurusan ladang untuk mengekalkan

produktiviti dan penggunaannya kepada masyarakat keseluruhannya. Ia memberi

tumpuan kepada persoalan bagaimana aktiviti pertanian itu perlu diurus berkekalan.

Sistem tersebut meliputi pengeluaran makanan, pemeliharaan sumber, sokongan

sosial, persaingan secara komersil, kesejahteraan pengusaha dan persekitaran

(Duesterhaus 1990; Nik Fuad & Noraien 2007). Lewandowski et al. (1999) pula

mendefinisikan pertanian mapan sebagai pengurusan dan penggunaan ekosistem

pertanian dengan cara mengekalkan diversiti biologi, pengeluaran, pembangunan

semula kapasiti dan daya hidup. Malah, ia mampu memenuhi fungsinya pada masa

kini dan akan datang terhadap ekologi, ekonomi dan sosial serta tidak merosakkan

ekosistem lain di peringkat negara mahupun antarabangsa. Manakala menurut

VanLoon et al. (2005) pula ia melibatkan aktiviti penghasilan makanan dan serat

secara efisien dan ekonomik, amalan pertanian yang mengekalkan dan meningkatkan

lagi kualiti persekitaran pertanian dan tempatan serta mencakupi kualiti hidup dan

kesihatan petani dan keluarganya serta masyarakat secara keseluruhannya.

Berdasarkan kepada tiga matlamat utama pembangunan mapan (integriti

ekologi, pembangunan ekonomi dan vitaliti sosial) enam petunjuk asas dapat dibentuk

dengan menzahirkan pertanian mapan di sesebuah wilayah pertanian. Ia melibatkan

produktiviti, kestabilan, keefisienan, ketahanan, kesesuaian dan kesaksamaan (Jadual

2.1).

Di China, pendekatan pertanian mapan memberi penekanan terhadap

kepentingan penjagaan ekologi dan mengawasi kesan negatif ke atas alam sekitar.

Tumpuan diberikan kepada aspek kecekapan pengeluaran dengan memaksimumkan

output melalui penggunaan input secara optimum. Bagi mencapai tujuan tersebut,

beberapa pendekatan telah digunapakai iaitu (i) mewujudkan pilihan alternatif dalam

42

penggunaan sumber mengikut keadaan semulajadi; ekonomi dan institusi; (ii)

penekanan kepada kepelbagaian dimensi ruang dan masa dalam pengeluaran

pertanian; (iii) mengamalkan sistem pengeluaran bersepadu dengan penggunaan

semula di peringkat tempatan sebagai sumber makanan dan pengeluaran sumber

tenaga; (iv) kawalan biologi dalam pengeluaran tanaman seperti penggunaan baja asli

dan penekanan kepada pengurusan alam sekitar dan (v) penerokaan potensi hasil

pertanian untuk kegunaan ladang dan luar ladang (Xu et al. 1992).

Jadual 2.1 Petunjuk asas pembangunan pertanian mapan

Petunjuk asas Perincian Ukuran Bidang

Petunjuk

Produktiviti Memenuhi keperluan makanan penduduk dunia

dengan mengeluarkan hasil yang tinggi.

Ekonomi

Kestabilan Pengeluaran hasil tani adalah tinggi sepanjang masa

serta efisien. Proses pengeluaran memberi

penekanan terhadap pemeliharaan sumber tanih, air,

tenaga dan biologi.

Ekonomi dan

ekologi

Keefisienan Sumber yang berkaitan dengan pertanian perlu

diurus secara berkesan tanpa adanya pembaziran

dengan memaksimumkan penggunaannya,

mengutamakan penggunaan kaedah semulajadi

serta mengurangkan penggunaan sumber luar

ladang.

Ekologi

Ketahanan Kemampuan untuk menangani pelbagai tekanan

atau masalah semasa proses pengeluaran seperti

masalah bekalan air, serangga dan perosak. Ia

melibatkan kemampuannya menangani masalah

dalam tempoh singkat atau pada suatu musim

penanaman.

Ekonomi dan

ekologi

Kesesuaian Amalan pertanian perlu diselaraskan dengan

keadaan penduduk, sosial dan alam semulajadi di

sesuatu kawasan selain mengekalkan dan

meningkatkan kualiti persekitaran tersebut.

Ekologi dan

sosial

Kesaksamaan Memenuhi tingkat kualiti hidup yang tinggi di

kalangan petani serta keluarganya. Amalan

pertanian lebih mengutamakan tahap pengetahuan

di peringkat tempatan dengan memberi sepenuh

kepercayaan kepada petani dan penduduk luar

bandar untuk menguruskannya.

Sosial

Sumber: Pretty 1996; VanLoon et al. 2005

43

Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa bagi mewujudkan sebuah wilayah

pertanian yang unggul, sektor pertanian perlu diurus secara efisien. Ia bukan sahaja

melibatkan pembangunan wilayah luar bandar sahaja tetapi melibatkan pengeluaran

hasil pertanian yang mendominasi aktiviti di wilayah tersebut meliputi keupayaan

pengeluaran dalam jangka panjang, keadilan agihan terhadap masyarakat dan

kesannya terhadap alam sekitar.

2.3 KAJIAN LEPAS

2.3.1 Faktor-faktor Dan Proses-proses Yang Mempengaruhi Perkembangan

Pembangunan Industri Hiliran Berasaskan Hasil Sampingan Pertanian

Bridhikitti dan Kanokkanjana (2009) telah menjalankan kajian di Bang Bua Thong,

Thailand mendapati pengurusan jerami merupakan masalah besar kepada petani

selepas musim penuaian. Ini kerana kekurangan masa untuk pengurusan jerami bagi

tanaman berikutnya memaksa petani terus memilih tindakan membakar jerami di

ladang. Tambahan pula, pengumpulan jerami adalah sukar kerana kuantiti jerami yang

sangat banyak dan meluas di serata kawasan penanaman padi memerlukan tenaga

buruh yang ramai dan jangka masa yang panjang. Selain itu, jumlah jerami yang

banyak juga menjadi masalah bagi menyediakan pengangkutan dan tempat

penyimpanan jerami.

Kajiannya turut mendapati kaedah terbaik untuk meningkatkan pembangunan

jerami ialah mewujudkan polisi untuk mengawal dan mengurangkan pembakaran

jerami dan penyertaan komuniti tempatan. Komuniti tempatan ditingkatkan dengan

pelbagai maklumat melalui bengkel, latihan, lawatan ke ladang yang berjaya

membangunkan jerami, perbincangan terbuka, perkongsian maklumat antaranya

berkenaan kesan pembakaran terbuka jerami serta menyeru keseluruhan petani

mengubah kaedah pengurusan jerami di ladang daripada bersifat tradisional kepada

pengurusan secara optimum yang lebih mesra alam.

Kesan projek pembangunan jerami di wilayah ini mendapati petani semakin

berminat untuk meneruskan projek ini dan penyertaan penduduk semakin bertambah.

Ini kerana ketersampaian maklumat yang diberikan kepada petani dan penduduk

44

tempatan menyebabkan mereka menyedari bahawa pembakaran jerami hanya

mendatangkan masalah ke atas kerosakan tanah dan struktur tanah menjadi semakin

keras serta hasil padi juga semakin berkurangan. Pengurusan jerami secara mesra alam

menjadikan kualiti udara semakin baik, pengurangan penyakit berkaitan pernafasan

dan jarak penglihatan pengguna lebuhraya semakin baik kerana kurangnya

pembakaran terbuka jerami. Malah, petani dan suri rumah berpuas hati kerana telah

berjaya meningkatkan pendapatan sampingan hasil jualan jerami dan perusahaan

tanaman cendawan dengan menggunakan jerami sebagai media pertumbuhan.

Untuk kejayaan berterusan pembangunan jerami, sokongan padu daripada

pihak pengurusan kerajaan tempatan dan pegawai institusi sangat diperlukan. Ia

melibatkan penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas, perubahan polisi sedia ada

dan mewujudkan polisi baru yang lebih fokus ke arah industri jerami, promosi,

penyampaian yang lebih jelas, sistematik dan berterusan kepada petani, usahawan

enterprais dan masyarakat untuk mendapatkan penyertaan bersama (Bridhikitti &

Kanokkanjana 2009).

Analisis permintaan dan penawaran telah dijalankan oleh Spiertz (2009) di

Oregon, Amerika Syarikat. Jumlah bahan mentah jerami yang banyak dan kos

pengangkutan yang tinggi menjadikannya kurang mampu untuk bersaing dengan

sumber bahan mentah lain. Malah, keupayaan penawaran jerami yang berkualiti dalam

jangka masa panjang sebagai suatu bahan mentah yang berpotensi turut menimbulkan

keraguan memandangkan ia bergantung kepada keadaan cuaca yang semakin tidak

menentu. Kajian mendapati penyesuaian antara tanaman, petani dan enterprais perlu

diwujudkan agar penawaran jerami konsisten dari segi kuantiti dan kualiti. Dari sudut

penyesuaian tanaman, petani perlu mengubahsuai amalan penanaman dan

menggunakan varieti yang bersesuaian dengan keadaan pasaran. Petani dan enterprais

pula perlu mengorientasikan semula penggunaan teknologi baru dan saling

melengkapi antara satu sama lain.

Kajian analisis faktor telah dijalankan oleh Roy dan Rangnekar (2006)

menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus ke atas pegawai pertubuhan

koperasi tenusu, input promoter (17 orang responden) dan penternak lembu tenusu

45

berkenaan persepsi mereka terhadap faktor-faktor yang menentukan kejayaan

penggunaan jerami terawat sebagai makanan ternakan lembu tenusu. Seramai 12

hingga 14 orang penternak lembu tenusu diambil daripada tiga buah kampung di

Mithila, India. Input promoter dipilih daripada komuniti petani di kampung tersebut

yang mempunyai kredibiliti tinggi dan cekap dalam menguruskan ladang. Mereka

dilatih oleh pegawai berkaitan dan berperanan sebagai model kepada petani lain.

Mereka menjadi penghubung antara petani lain dengan promosi dan perkhidmatan

yang disediakan. Input promoter akan menjalankan demonstrasi di ladang dan

memberi tunjuk ajar kepada petani lain secara berkala.

Hasil kajian mereka mendapati antara faktor utama yang menentukan kejayaan

penggunaan jerami bijian sebagai makanan ternakan ialah sokongan padu daripada

organisasi pelaksana program tersebut. Agensi pelaksana perlu memperkenalkan

teknologi yang mampu meninggikan status nutrisi jerami sebagai makanan berkhasiat;

mengadakan demonstrasi di ladang oleh pegawai dan penyelia supaya petani

mempelajari dengan teliti dan memberi insentif kepada petani yang membenarkan

pegawai menjalankan demonstrasi di ladang mereka. Insentif boleh diberikan dalam

bentuk wang tunai atau bahan-bahan untuk menjalankan rawatan ke atas jerami. Ini

akan menggalakkan petani untuk mengusahakan jerami sebagai makanan ternakan.

Kejayaan dan faedah yang diperolehi daripada penggunaan jerami di ladang yang

ditonjolkan oleh input promoter turut menarik petani lain untuk mengusahakan

pembangunan jerami. Malah, apabila petani-petani itu mendapati hasil tani mereka

meningkat kesan penggunaan semula jerami, mereka menyebarkan pula kebaikan dan

teknologi itu kepada petani lain. Secara tidak langsung, aktiviti jerami semakin

meluas.

Kajian oleh Drake et al. (t.th.) mendapati penggunaan jerami sebagai makanan

ternakan dapat mengurangkan kos pengeluaran selain menyumbang kepada

pengurangan pembakaran jerami di California Utara. Cabaran utama untuk

membangunkan jerami sebagai makanan ternakan ialah rasanya. Keenakan jerami

sebagai makanan ternakan sangat bergantung kepada jangka masa yang singkat antara

waktu tuaian dengan pemungutan. Antara cabaran lain membangunkan jerami ialah

tahap pencernaannya yang rendah kerana kandungan silikanya yang tinggi; kurang

46

kandungan protein dengan hanya mengandungi protein kasar (crude protein) antara 2-

7%sahaja; tinggi kandungan oxales yang akan mengurangkan penyerapan kalsium dan

bulu-bulu halus yang terdapat pada jerami menyebabkan ternakan mengambil masa

untuk penyesuaian. Keadaan ini disebabkan oleh jangka masa antara proses penuaian

dan pemungutan jerami; pengurusan input nitrogen terhadap tanaman padi dan faktor

letakan kawasan penanaman wilayah pertanian tersebut. Buktinya ladang ternak

Holzapfel di Willow, California telah berjaya membangunkan jerami sebagai makanan

ternakan sejak tahun 1943. Kunci utama kepada kejayaan yang berterusan ini kerana

penternak memungut jerami antara sehari hingga tiga hari selepas penuaian jerami

dilakukan bagi mengekalkan keenakkannya (bau, rasa dan warna) serta kualiti

nutrisinya.

Kajian dijalankan oleh Blackett dan Heron (2008) dengan melihat kepada

amalan pengurusan sisa buangan di ladang secara mesra alam di New Zealand.

Amalan pengurusan sisa buangan ini wujud daripada kualiti air yang semakin

merosot, kesedaran penduduk terhadap kepentingan kebersihan air kepada penduduk

luar bandar, habitat haiwan dan persekitaran serta mewujudkan imej industri pertanian

yang bersih. Hasil kajian mendapati pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang

secara berperingkat iaitu memberi amaran diikuti dengan denda dan pendakwaan perlu

bagi mengurangkan tekanan ke atas alam sekitar pertanian. Pengurusan persekitaran di

ladang dapat digalakkan melalui informasi, insentif kewangan dan tindakan bersama

oleh komuniti tersebut terutamanya petani.

Lantaran itu, kajian mereka menyarankan informasi yang mendalam perlu bagi

mengubah amalan petani dan membuat keputusan yang rasional terhadap pengurusan

persekitaran ladang. Pihak kerajaan perlu menyediakan brosur, buku panduan dan

pakej maklumat terperinci mengenai kos dan faedah bagi mempromosikan beberapa

aktiviti hiliran yang boleh dijayakan. Insentif kewangan dan subsidi disediakan bagi

menggalakkan peladang berskala besar terlibat dalam pengurusan ladang secara mesra

alam. Manakala pendekatan tindakan perlu dilakukan secara demokratik dan

melibatkan penyertaan bersama. Fasilitator disediakan oleh kerajaan sebagai

motivator dan penyampai maklumat tetapi petanilah yang akan mengerakkan

tindakan. Agensi-agensi sokongan lain juga perlu terlibat dalam memberi khidmat

47

nasihat dan bantuan teknikal bagi memantapkan lagi pengurusan sisa buangan

pertanian.

Di California, kajian dilakukan pada tahun 1999 hingga 2000 oleh Summers et

al. (2003) ke atas lapan orang petani padi mendapati perubahan dalam kuantiti dan

kualiti jerami bergantung kepada perubahan kawasan tanaman dan musim penanaman.

Faktor ini akan memberi kesan ketara ke atas industri hasil sampingan padi dalam

jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati penawaran jerami sangat bergantung

kepada lokasi penanaman, varieti padi, cuaca, musim penanaman, baja yang

digunakan, penyakit dan serangan perosak, kaedah potongan dan ketinggian tunggul

yang ditinggalkan dan peralatan yang digunakan untuk memungut jerami. Varieti

moden menghasilkan jerami dan padi pada kadar 1:1 berbanding varieti tradisional

yang berupaya menghasilkan lebih banyak jerami iaitu lebih daripada dua.

Pengetahuan terhadap potensi hasil jerami yang bakal diperolehi juga penting bagi

merancang peralatan dan masa yang sesuai untuk dituai. Kajian juga mendapati untuk

membangunkan industri jerami padi ke tahap maju, operasi pemungutan jerami dalam

bentuk bandela perlu dilaksanakan secara komersil.

Saono dan Sastrapradja (1983) mengkaji tentang potensi Indonesia dalam

mengunakan semula hasil sampingan daripada tanaman padi, jagung, ubi kayu,

kacang soya, kacang tanah, kelapa, kelapa sawit, tebu dan lain-lain. Kajian mendapati

hasil sampingan banyak digunakan sebagai makanan ternakan dan hanya dalam

kuantiti kecil sebagai media pertumbuhan cendawan dan fermentasi makanan.

Keadaan ini disebabkan kurangnya insentif ekonomi yang diberikan, tiadanya jaminan

pasaran, kekurangan modal dan inisiatif pengurusan yang kurang mantap. Kajiannya

mendapati, penyelidikan juga penting bagi mewujudkan teknologi yang bersesuaian

dengan keadaan tempatan seperti cuaca dan kaedah pengedaran. Pelaksanaan bagi

sesuatu projek yang direncanakan perlu dilakukan melalui pengkhususan komoditi di

kawasan tersebut yang mempunyai kelebihan bandingan supaya dapat meningkatkan

persaingan di pasaran dan mengukuhkan pembangunan agribisnes yang dapat

memberi faedah kepada petani dan pembangunan ekonomi wilayah.

48

Kajian yang dijalankan oleh Thompson et al. (1998) ke atas industri rami

(hemp) di Kentucky, Amerika Syarikat mendapati faktor paling utama yang

menentukan permintaan ke atas jerami rami ialah (i) peningkatan keprihatinan

pengguna terhadap alam sekitar dengan membeli produk yang diperbuat daripada fiber

semulajadi; (ii) hasil sampingan rami merupakan sumber bahan mentah terbaik dan

berkualiti tinggi bagi penghasilan beberapa produk dan (iii) penemuan pelbagai

potensi baru seperti bahan komposit untuk industri automobil dan pengganti kepada

gentian kaca (fiberglass). Tambahan pula, pengguna sanggup membayar dengan harga

yang tinggi bagi mendapatkan produk berasaskan rami yang bermutu tinggi di

samping memelihara alam sekitar. Namun sebagai bahan semulajadi, kualitinya

kurang konsisten dan penghasilannya sangat terhad. Kajian ini mencadangkan industri

rami perlu meningkatkan kualitinya untuk bersaing dengan produk sedia ada di

pasaran dan mempelbagaikan produk melalui pembangunan teknologi.

Kajian ini juga menyarankan mengapa industri sampingan rami perlu

ditingkatkan keupayaan penghasilannya di Kentucky kerana (i) kualiti dan permintaan

di pasaran yang tinggi sebagai pelapik lantai untuk kuda (horse bedding)

menyebabkan beberapa inisiatif telah diberikan kepada pengusaha ladang dan industri;

(ii) mempunyai kelebihan dari segi cuaca, tanah dan musim penanaman yang

merupakan lokasi terbaik bagi pertumbuhan pokok rami serta (iii) kawasan terbesar

dan terunggul yang mengusahakan tanaman pokok rami. Oleh itu kestabilannya

berjaya menawan minat pelabur untuk menyertai industri hasil sampingan rami ini.

Keadaan ini telah meningkatkan tahap kepakaran penduduk tempatan dalam

pengendalian ladang dan pemprosesan yang mewujudkan kelebihan bandingan

tempatan berbanding dengan kawasan lain. Malah industri sampingan rami ini telah

berjaya mewujudkan sebanyak 303 pekerjaan tetap dan dijangka menawarkan 700

peluang pekerjaan lagi.

Negara China mempunyai hasil sampingan pertanian yang banyak terdiri

daripada tanaman padi, gandum, barli, tebu, jagung, bijan dan lain-lain. Wilayah

terbanyak menghasilkan buangan pertanian ialah Wilayah Shandong (44 070 tan)

diikuti oleh Wilayah Henan (30 637 tan). Sumber tenaga biomass ini digunakan pada

kadar yang rendah iaitu untuk memasak dan pemanasan. Cuiping et al. (2004) dalam

49

kajiannya terhadap penggunaan jerami di China mendapati cara terbaik untuk menilai

kualiti hasil sampingan padi adalah berdasarkan wilayah, varieti padi dan keupayaan

potensi jerami dieksploitasi di wilayah tersebut. Penawaran jerami amat bergantung

kepada cuaca, jenis tanih, lokasi dan kaedah penanaman, kaedah penuaian dan

pengangkutan. Pihak kerajaan kini memberi perhatian penuh kepada pembangunan

dan penggunaan biomass sebagai sumber tenaga untuk jangka masa panjang.

Pembangunan ini didorong oleh aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) bagi

meningkatkan pengetahuan terhadap pengeluarannya dan mengeksploitasi potensinya.

Penggunaannya kini diperluaskan kepada penjanaan sumber tenaga elektrik bagi

penduduk di kawasan luar bandar yang meliputi 70 peratus daripada jumlah penduduk

China.

Kajian yang dilakukan ke atas petani di Oklahoma, Amerika Syarikat

mendapati wujud perkaitan antara saiz ladang dengan keupayaan mengadaptasi

teknologi yang diperkenalkan. Saiz ladang yang kecil tidak dapat menggunakan

teknologi secara efisien. Walaupun teknologi tersebut dapat diaplikasikan ke atas

ladang yang bersaiz kecil namun saiz ladang yang besar akan terlebih dahulu

menerimanya dan mendapat kelebihan yang lebih tinggi berbanding saiz ladang yang

kecil (Congress Of The United States 1991).

Menurut Hrynchuk (1998), terdapat lima faktor yang memberi kesan terhadap

pengeluaran jerami iaitu keadaan cuaca, varieti padi, hasil bijirin serta kaedah yang

digunakan semasa menanam padi, menuai hasil dan memungut jerami. Keadaan cuaca

merupakan faktor terpenting dalam menentukan jumlah penawaran jerami yang bakal

diperolehi dan kualitinya. Ini kerana sekiranya jerami lambat dipungut setelah dituai

dan basah akibat pengaruh cuaca, jerami akan rosak dan berkulat. Oleh itu, keadaan

jerami mestilah kering semasa proses pemungutan. Keadaan ladang juga perlu kering

bagi memudahkan proses pemungutan jerami. Ini kerana mesin baler hanya boleh

beroperasi di kawasan sawah yang kering. Kajiannya juga mendapati penawaran

jerami untuk kegunaan luar ladang akan berkurangan antara 45-55% apabila wujud

beberapa faktor iaitu:

50

i. Petani terpaksa membakar jerami (pembakaran terbuka) di ladang sebagai salah

satu cara pengurusan penyakit tanaman dan serangga perosak.

ii. Petani lebih berminat untuk membiarkan sahaja jerami di ladang kerana selain

menjimatkan kos pengurusan jerami untuk memulakan tanaman berikutnya, ia

juga dapat mengamalkan pertanian organik.

iii. Aktiviti memburu binatang

Di California misalnya, kebanyakan petani akan membiarkan jerami berada di

ladang semasa musim sejuk. Ia merupakan tarikan kepada beberapa spesis haiwan

seperti itik dan burung akuatik untuk singgah. Ketika itu, petani akan melakukan

aktiviti memburu. Apabila tibanya musim bunga, jerami akan digaulkan semula

ke dalam tanah.

iv. Keadaan jerami yang kurang memuaskan akibat pengaruh cuaca.

Menurut Schiere dan Ibrahim (1985) dalam kajiannya di Sri Lanka mendapati

pelbagai faktor yang mempengaruhi jumlah pengeluaran dan kualiti jerami antaranya

masalah cuaca seperti hujan dan banjir; varieti padi; amalan penanaman seperti

penggunaan baja, regim air dan penggunaan bahan kimia lain; ketinggian

pemotongan; kaedah penuaian; penyimpanan dan amalan lepas tuai. Petani didapati

sukar untuk mengubah amalan penanaman seperti penggunaan bahan kimia dan

pemilihan varieti bagi meningkatkan hasil padi. Namun, kajian mendapati penyediaan

pusat penyimpanan perlu dititikberatkan bagi perkembangan industri jerami secara

berterusan memandangkan ketika musim hujan, penawaran jerami adalah terhad.

Memandangkan jerami sangat sensitif kepada keadaan cuaca, petani perlu digalakkan

untuk memungut jerami dengan efektif ketika musim kering dan diletakkan di pusat

penyimpanan.

Kajian yang dijalankan oleh Naga dan Shazly (1982) mendapati penggunaan

hasil sampingan pertanian adalah terhad di Mesir disebabkan ketidakcekapan

penggunaan sumber tersebut dan kurangnya pengetahuan terhadap potensinya.

Terdapat kira-kira 6.0 juta tan hasil sampingan pertanian yang terdiri daripada batang

jagung, jerami padi, buangan sayur-sayuran dan batang kapas serta 2.0 juta tan

hampas tebu. Hanya satu pertiga daripada jerami padi digunakan untuk pengilangan

kertas; keseluruhan batang sorghum digunakan sebagai bahan bakar untuk membakar

51

batu-bata; batang jagung dan kapas digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak;

satu pertiga daripada hampas tebu digunakan sebagai bahan bakar untuk pengilangan

gula dan selebihnya digunakan sebagai makanan ternakan. Hasil kajian mendapati

untuk meluaskan penggunaan hasil sampingan pertanian, teknologi baru perlu

diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti jerami terutamanya sebagai makanan

ternakan; menyebarkan maklumat tentang potensi hasil sampingan pertanian kepada

petani dan usahawan; galakan kerajaan dengan pemberian insentif kepada pengusaha

produk berasaskan hasil sampingan pertanian dan kawalan harga dengan memberi

keuntungan kepada pengeluar.

Kajian ke atas jerami sebagai makanan ternakan oleh Nguyen (1998)

mendapati kesan daripada pertambahan penduduk dan permintaan terhadap bahan

makanan semakin tinggi menjadikan sektor pertanian semakin penting. Tekanan ini

membawa kepada wujudnya permintaan terhadap pembentukan pembangunan

pertanian mapan di Vietnam. Kebiasaannya, trend pembangunan pertanian mapan

memberi penekanan terhadap pemeliharaan alam sekitar akibat penggunaan bahan

kimia dalam bidang pertanian tetapi Vietnam menekankan kepada penggunaan bahan

buangan pertanian. Kos penghasilan bahan makanan haiwan yang tinggi disebabkan

kesukaran mendapatkan bahan tersebut, kekurangan tanah ragutan dan penanaman

rumput ditambah pula dengan penggunaan yang lebih mesra alam dan ekonomik

mendorong kepada penggunaan bahan buangan pertanian iaitu jerami padi sebagai

makanan ternakan. Dianggarkan kira-kira 3.0 juta kerbau, 3.8 juta lembu ternakan dan

0.5 juta kambing diternak di Vietnam. Hasil kajiannya mendapati terdapat beberapa

sebab penggunaan jerami padi di Vietnam masih belum berkembang luas antaranya:

i. Petani tidak diberikan tunjuk ajar dan latihan yang sewajarnya berkenaan teknik

pemprosesan jerami bernutrien tinggi terutamanya sebagai makanan ternakan. Ini

kerana wujudnya jurang antara pihak pengajar dalam bidang pertanian dengan

penyelidik, pekerja dalam bidang berkaitan serta petani.

ii. Keengganan menanggung risiko untuk menerima teknologi baru memandangkan

bidang ternakan semakin dipinggirkan. Keutamaan telah beralih kepada sektor

tanaman terutamanya dari segi penggunaan buruh dan pelaburan tunai.

52

iii. Teknologi yang digunakan tidak praktikal dan ekonomik untuk disesuaikan

dengan keadaan tempatan. Malah, petani tidak berupaya untuk

mengaplikasikannya dalam aktiviti tani kerana sektor pertanian didominasi oleh

petani kecil yang mundur.

iv. Kos perawatan jerami padi yang tinggi menyebabkan petani hilang minat untuk

mengusahakannya menyebabkan teknologi tersebut berterusan stagnasi.

v. Harga produk ternakan alternatif yang meluas di pasaran masih rendah

menyebabkan usaha untuk merawat jerami sebagai makanan ternakan turut

terjejas.

Peningkatan penggunaan jerami padi sebagai makanan ternakan akan memberi

galakan kepada petani untuk meningkat jumlah dan produktiviti hasil ternakan di

samping meningkatkan pengeluaran tanaman. Justeru itu, kajiannya menyarankan

pengurusan dan proses peningkatan nilai ditambah bagi jerami padi perlulah ringkas,

pengenalan dan pengendalian mesin yang mudah dan murah; input percuma serta

potensi penggunaan jerami sesuai dengan rutin harian petani dan keadaan tempatan.

Siulapwa dan Simukoko (2000) menjalankan kajian terhadap hasil sampingan

pertanian sebagai makanan ternakan di Zambia. Hasil kajian mendapati tahap

pengetahuan yang tinggi terhadap pengeluaran; kesampaian terhadap bahan mentah;

infrastruktur seperti pusat penyimpanan dan jalan perhubungan; perawatan fizikal dan

kimia terhadap jerami perlu diberi perhatian bagi memaksimumkan penggunaan hasil

sampingan pertanian dan perkembangan industri hiliran pertanian.

Battershill (1997) mendapati untuk mengubah struktur amalan ladang petani

memerlukan perubahan polisi dan amalan pertanian yang boleh membawa keuntungan

kepada petani. Kajian dilakukan ke atas 122 orang petani untuk melihat faktor-faktor

yang membawa kepada perubahan amalan perladangan daripada bersifat tradisional

kepada yang lebih mesra alam. Hasil kajian mendapati antara faktor yang

menyumbang kepada perubahan tersebut ialah (i) pengaruh fizikal ladang meliputi

pengurusan ladang secara semulajadi, kualiti tanih yang rendah dan ladang yang

bersifat tardisional; (ii) sikap dan pendekatan perladangan iaitu hanya mengerjakan

ladang untuk kepuasan diri dan bukannya bersifat bisnes serta hanya berminat kepada

53

keuntungan tetapi tidak melibatkan kos; (iii) umur petani di mana petani yang lanjut

usia lebih berminat meneruskan amalan tradisi manakala petani muda pula tidak

berminat untuk menjalankan perniagaan; (iv) saiz ladang yang kecil; (v) sikap petani

yang tetap tidak mahu melakukan perubahan sedangkan mereka tahu kesan

penggunaan bahan kimia ke atas persekitaran dan kesihatan manusia.

White (1983) dalam kajiannya di Bolgatanga, Ghana ke atas lima buah agro

industri yang sedang berkembang. Kajian mendapati polisi dan program yang

direncanakan perlu menitikberatkan penyertaan petani tempatan. Penyertaan ini perlu

didorong oleh keperluan dan potensi petani tradisional berskala kecil serta sikap dan

kerjasama di kalangan mereka. Kewujudan situasi ini seterusnya akan mendorong

petani untuk mengkomersilkan bahan mentah pertanian ke arah meningkatkan nilai

ditambah bahan tersebut.

2.3.2 Perubahan Ekonomi Global Menuntut Penggunaan Sumber Tenaga

Alternatif Daripada Hasil Sampingan Pertanian

Gheewala (2009) menjalankan kajian ke atas ketidakupayaan jerami untuk

dibangunkan sebagai sumber tenaga alternatif di Thailand. Biasanya, jerami dibakar

sebagai langkah pembersihan ladang disebabkan jangka masa pengurusan ladang

untuk tanaman berikutnya adalah singkat. Begitu juga dengan insentif yang diberikan

oleh kerajaan adalah rendah untuk menanggung kos pelaburan yang tinggi bagi

pengurusan jerami. Situasi ini tidak menggalakkan petani untuk mengambil inisiatif

sendiri untuk mengusahakan pemungutan jerami kerana kosnya sangat tinggi. Ini

sangat merugikan bagi pembangunan pertanian di Wilayah Tengah kerana wilayah

tersebut sangat berpotensi tinggi untuk memajukan industri jerami memandangkan

jerami ditanam sebanyak 2-3 kali setahun dan telahpun mempunyai teknologi

pemungutan jerami (mesin baler).

Hasil kajian mendapati cabaran utama yang menjejaskan pembangunan jerami

sebagai sumber tenaga ialah (i) polisi yang melibatkan kekerapan perubahan polisi

dan pelaksanaan polisi yang kurang efektif; (ii) masalah bahan mentah (kuantiti yang

banyak di serata kawasan, pukal, bermusim dan penawarannya bergantung kepada

keadaan cuaca dan persaingan dengan hasil sampingan pertanian lain); (iii) kekangan

54

institusi (kurangnya kerjasama antara agensi dan konflik polisi berlainan agensi); (iv)

promosi yang kurang efektif; (v) inovasi teknologi yang lemah; (vi) kurangnya

penyebaran maklumat; (vii) salah faham masyarakat terhadap tahap keselamatan

janakuasa elektrik biomass dan (viii) masalah teknikal yang melibatkan logistik.

Kajian di India oleh Shyam (2002) melihat kepada kesan perubahan ekonomi

global memungkinkan kepada peningkatan penggunaan sumber tenaga alternatif

daripada jerami padi. Peningkatan taraf hidup penduduk di India menyebabkan

permintaan dan penggunaan sumber tenaga semakin tinggi untuk memenuhi keperluan

sumber tenaga harian dan pengangkutan. Ini memerlukan kepada pengenalan sumber

tenaga baru memandangkan India menghadapi bekalan tenaga elektrik yang kurang.

Ditambah pula dengan krisis harga minyak yang kian meruncing dan masalah

penawaran bahan api fosil yang semakin menyusut menuntut kepada pengenalan

sumber tenaga alternatif. Hasil kajian mendapati pengenalan sumber tenaga biogas,

bahan bakar ethanol untuk kenderaan dan tenaga elektrik daripada jerami padi

mewujudkan penggunaan tenaga secara efisien, mengurangkan kesan gas rumah hijau,

mengurangkan kos penghasilan tenaga elektrik dan petroleum, meningkatkan kualiti

hidup penduduk luar bandar; kewujudan aktiviti ekonomi baru serta buka peluang

pekerjaan berskala besar kepada belia,wanita dan surirumah.

Chen et al. (2009) mendapati ketidakupayaan kerajaan membekalkan sumber

tenaga konvensional yang mencukupi kepada penduduk luar bandar di China telah

membuka peluang kepada penggunaan secara meluas sumber tenaga alternatif

daripada jerami padi. Ini ditambah pula dengan masalah cuaca iaitu pemanasan global

dan hujan asid yang menuntut kepada penggunaan sumber tenaga yang boleh

diperbaharui. Pembangunan biogas ini merupakan satu cara penyesuaian struktur

pertanian ke arah pertanian mapan di kawasan luar bandar melalui peningkatan kualiti

hidup, pengukuhan ekologi dan peningkatan pendapatan penduduk.

Kajiannya turut mendapati pihak kerajaan telah menggalakkan penggunaan

sumber tenaga biogas dari hasil sampingan pertanian dengan menawarkan teknologi

berkaitan, pemberian subsidi dan mewujudkan undang-undang terhadap penggunaan

sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Namun, terdapat beberapa kekangan yang

55

menghalang kepada pembangunan hasil sampingan sebagai sumber tenaga iaitu

teknologi fermentasi yang rendah, pengurusan yang lemah dan kurangnya penyeliaan

membantutkan perkembangan industri hiliran hasil sampingan pertanian ini.

Keperluan menyediakan kajian yang terperinci terhadap teknologi fermentasi dan

latihan kepada pengendali perlu dititikberatkan bagi meningkatkan penggunaan

jerami.

Usaha untuk merealisasikan pembangunan hasil sampingan antaranya jerami

padi yang merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui turut dikaji oleh Kopetz

(2007). Antara faktor yang menghalang kepada pembangunan sumber tersebut ialah

persaingan yang kuat daripada bahan api fosil dan tenaga elektrik menyebabkan

sumber tenaga alternatif ini sukar untuk menembusi pasaran. Kajian juga mendapati

pembangunan sumber ini memerlukan teknologi baru dan modal yang tinggi selain

insentif ekonomi yang lemah diberikan terhadap pembangunan hasil sampingan

pertanian sebagai sumber tenaga. Kajiannya mencadangkan agar polisi kerajaan perlu

diberi tumpuan terhadap pemaksimuman penggunaan sumber tenaga biomass kepada

pengguna dengan kos yang murah. Selain itu, kerajaan perlu memastikan pengeluaran

bahan mentah bagi sumber tenaga pada tahap maksimum dan menghasilkan sumber

tenaga biomass pada tahap kos yang rendah.

Kaya et al. (2008) mendapati secara umumnya Turki mempunyai dua undang-

undang dan peraturan mengenai penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

iaitu Melesenkan Peraturan Pasaran Tenaga Elektrik (Electricity Market Licensing

Regulation) dan Penggunaan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Utilization of

Renewable Energy Resources) untuk menjanakuasa tenaga elektrik. Perencanaan

undang-undang ini ditubuhkan untuk pembangunan sektor bekalan elektrik. Dalam

kedua-dua peraturan ini, hasil sampingan pertanian hanya dapat difahami melalui

sumber tenaga yang boleh diperbaharui tetapi ia tidak wujud secara berasingan.

Keadaan ini menyebabkan hasil sampingan pertanian di Turki digunakan dalam skala

yang kecil sahaja iaitu hanya 16.5%. Hasil sampingan pertanian kurang mendapat

perhatian berbanding sumber tenaga lain seperti petroleum, arang batu dan gas asli

yang diimport dengan penggunaan sebanyak 67.0% dan sumber tenaga tempatan yang

boleh diperbaharui iaitu tenaga angin, solar dan hidro sebanyak 27.0%.

56

Kishore et al. (2004) telah menjalankan kajian berkaitan pembangunan

teknologi sumber tenaga biomass untuk pembekalan sumber tenaga luar bandar di

India. Hasil kajian mendapati (i) kekurangan pembiayaan kewangan untuk

pembangunan teknologi dan pasaran menyebabkan penutupan operasi enterprais dan

(ii) faktor pemungutan, pemprosesan, tahap kematangan teknologi yang rendah untuk

pembangunan sumber tenaga biomass, masalah pengurusan organisasi, kurangnya

P&P daripada pihak institusi telah membawa kepincangan terhadap pembangunan

sumber tenaga biomass.

Bhattacharya (2002) mendapati terdapat dua halangan asas penggunaan hasil

sampingan pertanian untuk penghasilan tenaga biomass di Asia iaitu halangan teknikal

dan institusi. Halangan teknikal melibatkan kekurangan aspek P&P, pakar tempatan,

perkhidmatan penyelenggaraan dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Halangan

institusi pula melibatkan kurangnya penyelarasan antara institusi yang terlibat dalam

pembangunan dan pengkomersialan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Koh dan Hoi (2003) telah menjalankan kajian berkaitan potensi pengeluaran

sumber tenaga biomass di Malaysia. Kajian mendapati wujud beberapa kekangan

utama yang menghalang kepada pewujudan sumber tenaga biomass antaranya

masalah teknikal, kewangan dan polisi serta institusi. Masalah teknikal melibatkan

ketiadaan pengeluar peralatan di peringkat tempatan yang menghasilkan teknologi

yang efisien untuk penukaran biomass kepada sumber tenaga. Dari sudut kewangan,

ketiadaan insentif, subsidi dan pinjaman kredit menghadkan penglibatan sektor swasta

untuk membangunkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini. Ini memandangkan

kos pengeluaran bagi penghasilan tenaga dan harganya yang agak tinggi

memandangkan kos penggunaan teknologi baru adalah tinggi. Kelemahan ini

ditambah pula dengan tiadanya peruntukan polisi dan keutamaan diberikan kepada

penghasilan sumber tenaga biomass; kekurangan kepakaran; kesampaian yang rendah

terhadap maklumat, ketiadaan penyelarasan antara agensi awam yang berbeza dan

kurangnya peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan untuk membangunkan

program pembangunan sumber tenaga biomass menghalang kepada usaha memajukan

sumber tersebut.

57

Kajiannya turut mencadangkan pemansuhan subsidi ke atas bahan api fosil dan

tenaga elektrik, pengenalan cukai dan pembiayaan kewangan yang menarik;

pembinaan kapasiti institusi melalui pendidikan di pelbagai peringkat, latihan kepada

pengusaha; P&P yang turut melibatkan pihak swasta dan awam selain kajian strategik

perlu dilakukan untuk memajukan potensi sumber tenaga biomass ini. Memandangkan

kos pengeluarannya yang tinggi, teknologi penghasilan yang lebih murah, efisien dan

mesra alam perlu diperkenalkan.

2.3.3 Kesan Pembangunan Jerami Ke Atas Ekologi Dan Alam Sekitar

Kajian yang dijalankan oleh Henderick dan Williams (2000) di Tengzhai dalam

Wilayah Shandong, China mendapati pembakaran biomass secara langsung akan

menyebabkan pencemaran udara dan partikel ini mudah menyerang paru-paru yang

mengakibatkan penyakit saluran pernafasan. Tambahan pula, pembakaran yang tidak

sempurna menghasilkan karsinogenik hidrokarbon yang boleh menyebabkan kanser

dan karbon monoksida di udara. Di China, penyakit berkaitan pernafasan mencatatkan

peratusan pengidap tertinggi di kawasan yang sering terdedah kepada pembakaran

biomass dan arang batu. Malah, lapangan terbang sering ditutup ketika musim

penuaian akibat pembakaran terbuka jerami padi.

Kajian telah dijalankan oleh Tuyen dan Tan (2001) untuk melihat kesan

penggunaan jerami padi ke atas kesuburan tanah yang akan mempengaruhi amalan

penanaman dan hasil tani. Kajian telah dilakukan di Institut Penyelidikan Padi Delta

Cuu Long, Wilayah Cantho di Vietnam dengan menggunakan varieti biasa iaitu IR64.

Penyelidikan dikendalikan selama enam musim penanaman berturut-turut bermula

pada musim basah tahun 1998 dan berakhir pada musim kering tahun 2000. Terdapat

dua kaedah dijalankan iaitu tanpa penanaman dan penanaman dengan putaran tanah

terlebih dahulu. Pengurusan jerami dilakukan ke atas empat plot iaitu jerami

ditinggalkan di ladang, dibakar, dialihkan dari ladang dan penggunaan jerami padi

selepas penanaman cendawan. Hasil kajian mendapati dalam jangka masa panjang,

penggaulan semula jerami ke dalam tanah dapat meningkatkan hasil padi dan mampu

membaiki struktur fizikal serta kandungan kimia dalam tanah. Namun pengalihan

jerami dari ladang akan memberi kesan negatif ke atas hasil padi. Ini berikutan

58

penemuan kajian yang menunjukkan bahawa selain digaulkan jerami ke dalam tanah,

walaupun jerami dibakar dan digunakan selepas penanaman cendawan, ia mampu

meningkatkan hasil padi.

Sariam (1996) telah menjalankan kajian di Bertam, Pulau Pinang. Hasil kajian

mendapati penggaulan dan pembakaran jerami selama 13 musim berturut-turut di

ladang dapat meningkatkan kandungan potassium (K) melebihi 30 bsj dan karbon (C)

melebihi 0.5%. Di peringkat awal kajian, prestasi hasil padi kesan penggaulan jerami

ke dalam tanah ladang adalah setara dengan kaedah pembakaran. Perbezaan hasil

ketara meningkat selepas 13 musim penggaulan jerami tetapi menurun semula setelah

jerami dibakar kembali di ladang. Kesimpulan kajiannya mendapati penggaulan

jerami padi dalam jangka masa panjang adalah lebih berkesan dalam memperbaiki

kesuburan tanah, meningkatkan kandungan nutrien dan hasil padi.

Kajian yang dijalankan oleh Gupta et al. (2004) mendapati penggunaan jentuai

dalam sistem penanaman padi dan gandum di India menghasilkan kuantiti jerami yang

banyak di ladang. Kekangan dalam sistem penggiliran tanaman padi-gandum ialah

kesuntukan masa antara penuaian padi dan penyediaan tanah untuk tanaman gandum.

Penyediaan tanah juga melibatkan pemindahan dan penggunaan jerami di ladang.

Jentuai padi yang digunakan meninggalkan jerami yang banyak di ladang

menyebabkan petani menghadapi kesukaran dan kesuntukan masa untuk

membersihkan ladang. Oleh itu, petani membakar hasil sampingan tersebut secara

terbuka di ladang. Dalam kajiannya pada tahun 2000, lebih kurang 78.0 juta tan jerami

padi dan 85.0 juta tan jerami gandum dihasilkan. Malangnya, sebanyak 17.0 dan 19.0

juta tan jerami tersebut berakhir dengan pembakaran terbuka. Situasi ini menghasilkan

gas metana (110 Gg), karbon monoksida (2306 Gg), nitrus oksida (2 Gg) dan nitrogen

oksida (84 Gg). Pembakaran bagi satu tan jerami akan menghasilkan 3 kg bahan

partikel, 60 kg karbon monoksida, 1460 kg karbon dioksida , 199 kg habuk dan 2 kg

sulfur dioksida. Gas-gas ini berperanan penting dalam memberi kesan ke atas

atmosfera dan persekitaran kawasan yang akan membawa kepada perubahan iklim

global.

59

Dalam kajiannya juga mendapati pembakaran jerami di ladang memberi kesan

haba ke atas tanah sehingga kedalaman melebihi 1 cm dengan suhu setinggi 33.8-

42.2ºC. Malah, pembakaran juga menyebabkan jerami kehilangan berat antara 32-

76% dan kandungan nitrogen sehingga 27-73%. Populasi bakteria dan kulat juga

berkurangan serta merta tetapi hanya pada 2.5 cm lapisan atas tanah sahaja. Manakala

pembakaran jerami secara berulang kali dalam jangka masa panjang akan

menyebabkan populasi bakteria menyusut sehingga lebih 50% namun pembiakan

kulat semakin meningkat, kemerosotan sistem respirasi tanah dan pengurangan jumlah

kandungan mineral iaitu nitrogen dan bahan organik pada lapisan atas tanah antara 0-

15 cm. Kajian menyarankan penggunaan input dikurangkan dan memaksimumkan

penggunaan hasil sampingan secara mesra alam. Ini menuntut supaya operasi ladang

dan luar ladang seperti pengumpulan, penyimpanan, pengedaran, pengangkutan dan

proses pembuatan makanan ternakan diurus secara berkesan. Ini melibatkan

pengukuhan dan peningkatan teknologi terhadap potensi hasil sampingan, kejenteraan

ladang dan penyelidikan.

2.3.4 Kesan Pembangunan Jerami Ke Atas Pembangunan Wilayah Dan Sosio

Ekonomi Penduduk

Kajian oleh Henderick dan Williams (2000) di Tengzhai, China mendapati kualiti

hidup penduduk di kawasan luar bandar dapat ditingkatkan dengan penggunaan

sumber tenaga biomass. Ia didapati lebih moden dan bersih untuk kegunaan memasak;

pemanasan; sumber tenaga elektrik serta menjimatkan masa memasak antara 1.5

hingga 3 jam sehari. Tambahan pula, 97.5 peratus responden bersetuju teknologi ini

lebih baik berbanding arang dan gas asli dari segi harga, kesan ke atas persekitaran,

keupayaan penawaran, keselesaan dan intensiti bekerja bagi surirumah. Kajian

menyarankan institusi kerajaan dan swasta perlu kukuh dalam menyediakan

kemudahan pelaburan bagi pembangunan infrastruktur dan teknologi ke arah

penggunaan sumber tenaga biomass.

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Hasil Hutan Filipina (1989) telah

menjalankan kajian dengan menggalakkan penghasilan kertas menggunakan jerami

padi sekitar tahun 1980an. Ia merupakan sebahagian daripada projek menambahkan

pendapatan melalui hasil padi. Projek ini sesuai untuk perusahaan berskala kecil dan

60

sederhana. Antara pengusaha yang berjaya ialah di Los Banos, Laguna yang

diusahakan oleh Fe Frialde. Ketika permulaan perusahaan pada tahun 1986, hanya

terdapat lima orang pekerja yang beroperasi di dalam sebuah bilik. Kini, beliau

mempunyai 70 orang pekerja separuh masa yang terdiri daripada pelajar dan suri

rumah sekitar kawasan operasi tersebut. Syarikatnya menghasilkan kad, alat tulis,

kertas tebal yang digunakan untuk membuat kotak, anak patung dan kertas lukisan

daripada jerami padi. Produk hasilannya kini dieksport ke Amerika Syarikat,

Australia, Eropah dan Jepun. Kini terdapat lebih 100 orang pengusaha kertas buatan

tangan (handmade paper) di Filipina. Hasil kajian menunjukkan bahawa perusahaan

ini bukan sahaja menghasilkan nilai tambahan kepada bahan buangan tersebut malah

menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

Kajian yang dilakukan oleh Muhammad (2003), terdapat tiga kaedah utama

pengurusan tanah di ladang antaranya ialah ragutan ternakan ke atas sisa buangan

pertanian, pengomposan dan menggaulkan semula sisa buangan tersebut ke dalam

tanah. Hasil kajian mendapati proses ragutan dapat menjimatkan kos menyediakan

makanan untuk ternakan manakala penggaulan semula sisa buangan pertanian ke

dalam tanah dapat meningkatkan penggunaan baja organik secara terus ke ladang dan

menjimatkan kos penggunaan baja kimia. Selain itu, jerami dan tunggul akar akan

mengekalkan tahap kelembapan tanah, menjimatkan kos penyediaan pengairan dan

menambahkan bahan organik ke dalam tanah sekiranya sisa buangan pertanian

dikomposkan.

Rusastra et al. (2004) dalam kajiannya cuba memahami hubungan luar bandar-

bandar di bawah program agropolitan di tiga buah wilayah yang menjalankan

komoditi berbeza. Wilayah tersebut ialah Cianjur di Jawa Barat (hortikultur); Agam di

Sumatera Barat (lembu daging) dan Barru di Sulawesi Selatan (jagung dan lembu

daging). Kajian melibatkan seramai 258 orang responden. Hasil kajian mendapati

pembangunan Agropolitan yang diperkenalkan telah membawa perubahan dalam

struktur ekonomi luar bandar antaranya peningkatan regim pengeluaran, alam sekitar

yang semakin terpelihara serta pembangunan infrastruktur dan persekitaran fizikal

yang semakin baik. Selain itu, peranan dan fungsi bandar semakin meningkat dalam

61

membekalkan input pasaran, barangan pengguna dan perkhidmatan lain kepada

kawasan luar bandar.

Korea Rural Economic Institute (2005) menjalankan kajian ke atas industri

hiliran anggur di Wilayah California. Industri hiliran anggur ini berjaya mewujudkan

sebanyak 680 buah industri komersil lain yang berkaitan wain daripada beberapa ribu

penanam anggur wain. Industri kluster ini seterusnya dapat menyokong pengusaha

wain dan penanam anggur; mewujudkan industri pembekalan peralatan pengairan,

penuaian dan perkakasan; menggalakkan perkembangan industri pelancongan dan

restoren. Malah, industri hiliran ini juga mampu mengembangkan bidang-bidang

penyelidikan daripada institusi tempatan bagi meningkatkan lagi daya saing produk

tersebut.

Berdasarkan sorotan kajian literatur yang diutarakan, hasil sampingan

pertanian khususnya jerami padi yang selama ini dibuang dan dibakar tetapi telah

dibuktikan ia mempunyai nilai komersil yang tinggi. Selain mempunyai rantaian

berkesan dengan sektor industri, pembinaan dan pembekalan sumber tenaga alternatif,

ia juga mampu mewujudkan sumber pendapatan baru dan sampingan serta peluang

pekerjaan kepada penduduk. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa antara faktor-faktor

utama yang menghalang kepada pembangunan industri jerami yang berterusan

antaranya ialah tiadanya penekanan terhadap dasar, kurangnya penglibatan petani dan

masyarakat setempat, tahap pemahaman yang rendah berkaitan pembangunan jerami,

penyediaan kemudahan logistik yang kurang efisien dan promosi yang belum cukup

mantap.

Berpandukan penelitian terhadap penulisan akademik di peringkat luar dan

tempatan berkaitan jerami padi rata-ratanya hanya mengkaji potensi jerami dari sudut

alternatif bagi menggantikan baja kimia, makanan ternakan dan sumber tenaga serta

potensinya dalam sektor pembuatan dan perindustrian. Kajian juga banyak

menumpukan kesan pembakaran dan penggunaan semula jerami terutamanya ke atas

alam sekitar, ladang yang diusahakan serta sosio-ekonomi petani. Kajian yang

dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji ini hanya menyentuh sebahagian kecil sahaja

berkaitan faktor-faktor yang menjejaskan pembangunan jerami di wilayah-wilayah

62

pertanian tersebut di sebalik kajian yang lebih mengkhususkan kepada potensi jerami

dan hasil sampingan pertanian lain serta kesan pembakaran jerami.

Namun di peringkat tempatan, belum ada kajian khusus yang melihat jerami

dari sudut stagnasi pembangunannya dan meninjau kesan pembangunan aktiviti jerami

ke atas petani dan usahawan. Justeru itu, kajian diharap dapat mengisi kelompangan

dan menjawab persoalan mengapa industri jerami tempatan masih tidak berjaya

dibangunkan berbanding negara lain yang telah jauh membangunkan industri jerami

walaupun negara tersebut agak kurang membangun dari segi teknologi pertaniannya

berbanding Malaysia seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh dan India.

Kajian akan lebih menjurus kepada pelaku-pelaku utama iaitu pengusaha

enterprais, komuniti petani, pihak institusi dan pembuatan dasar yang

bertanggungjawab untuk menggerakkan pembangunan industri jerami. Berdasarkan

kajian lepas, elemen-elemen ini hanya muncul secara tidak langsung dan terpisah

dalam pengkajian yang lebih menumpukan kepada potensi jerami sahaja. Mengambil

manfaat daripada sorotan kajian lepas dan disiplin kajian geografi, pendekatan

komprehensif telah digunapakai dengan menggabungkan ke kempat-empat elemen

utama yang menggerakkan pembangunan industri jerami iaitu enterprais, komuniti

petani, institusi dan dasar.

2.4 KESIMPULAN

Perubahan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan wilayah telah banyak memberi

kesan kepada pembangunan sektor pertanian negara. Pembangunan sektor pertanian

menjadi semakin rumit dan kompleks. Ini menunjukkan peralihan yang besar daripada

pengerjaan pertanian berskala kecil, satu tanaman dan berteknologi rendah kepada

pengeluaran berskala besar, bersepadu dan berteknologi tinggi. Justeru iut, sektor

pertanian perlu berani mengubah paradigmanya dengan meluaskan pengeluaran

kepada pembangunan industri asas taninya dengan membangunkan hasil

sampingannya yang selama ini diabaikan. Pengkomersilan sumber alternatif ini

memberi peluang untuk sektor pertanian negara bertindak lebih cergas dengan

wujudnya lebih banyak rantaian nilai di sepanjang proses pengeluarannya. Ini

63

berdasarkan banyak negara luar berjaya membangunkan hasil sampingan pertanian

dengan menjadikannya sebagai salah satu tonggak kepada pertumbuhan wilayah

selain meningkatkan taraf hidup pendukduk luar bandar.

64

65

64

BAB III

METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini bertujuan menjelaskan kaedah penyelidikan yang digunakan bagi menjelaskan

mengapa berlakunya stagnasi dalam pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

Tumpuan kajian dengan mengenalpasti faktor-faktor dan proses-proses yang

membawa kepada keupayaan penawaran dan permintaan terhadap bahan mentah

jerami. Rekabentuk kajian kuantitatif digunakan untuk menganalisis data secara

deskriptif dan inferensi. Manakala kajian kualitatif pula menggunakan pendekatan

pemikiran kritikal dan analisis SWOT untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian di

lapangan. Gabungan rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif ini diharap dapat

memberi pemahaman yang lebih mendalam, holistik dan mampu menghuraikan

fenomena sebenar berkaitan persoalan stagnasi dalam pembangunan industri jerami di

Wilayah MADA. Selain itu, bab ini juga memberikan penjelasan berkaitan latar

belakang dan pembangunan industri jerami secara menyeluruh di kawasan kajian iaitu

Wilayah MADA.

3.2 PENGUMPULAN DATA PRIMER

Maklumat primer didapati melalui kajian secara langsung dengan individu (pelaku)

terbabit di lapangan iaitu petani, pengusaha enterprais, pegawai di institusi pertanian

dan pihak swasta. Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data primer ialah

temubual, kaji selidik dan pemerhatian. Penggunaan teknik triangulasi (temubual, kaji

selidik dan pemerhatian) ini mampu menyokong dan menambahkan bukti yang

65

diperolehi dari pelbagai sumber dan mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada

temubual dan pemerhatian.

a. Kaedah Temubual

Temubual semi-struktur dijalankan ke atas individu yang terlibat secara langsung

untuk menggerakkan pembangunan industri jerami di Wilayah MADA iaitu petani

yang mengusahakan tanaman padi, pengusaha enterprais berasaskan jerami dan

pegawai di institusi kerajaan dan swasta. Antara institusi kerajaan yang terlibat ialah

MADA, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Institut Penyelidikan dan

Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta agensi

lain. Manakala institusi swasta pula ialah PLUS Expressways Berhad (PEB).

Kaedah ini dilakukan untuk meneroka dan menjelaskan serta mengoperasikan

faktor-faktor yang menyebabkan stagnasi dalam pembangunan industri jerami di

wilayah MADA. Ini akan memprolehi maklumat yang lebih jelas, tepat dan terperinci

terutamanya yang tidak terdapat di dalam bahan penulisan. Persoalan berkaitan dasar

semasa dan pelaksanaan serta pengurusan jerami padi yang dipraktikkan kini akan

ditekankan. Kaedah ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai keterlibatan

agensi, keberkesanan program dan projek serta isu dan cabaran yang dihadapi. Selain

itu, keberkesanan program dan projek serta sikap petani dan pengusaha enterprais

terhadap rancangan-rancangan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak

kerajaan dan swasta bagi membangunkan industri jerami akan terpapar dengan lebih

jelas.

Temubual dijalankan ke atas individu secara bersemuka dan tidak bersemuka

melalui panggilan telefon sekiranya maklumat yang diperolehi kurang jelas.

Maklumat yang diperolehi didokumenkan berdasarkan catatan dan pita rakaman

semasa temubual berlangsung.

66

b. Kaedah Kaji Selidik

Kaji selidik dijalankan ke atas petani, pengusaha enterprais dan pegawai institusi

menggunakan borang soal selidik yang bersifat semi-struktur. Ia merangkumi soalan-

soalan berkaitan latar belakang pelaku utama, keterlibatan pelaku terhadap

pembangunan jerami dan pandangan mereka untuk perkembangan industri secara

holistik. Pra-uji kaji selidik dilakukan ke atas 30 orang petani untuk menyaring dan

mengubahsuai soalan-soalan supaya ia mampu mencapai objektif yang disasarkan.

c. Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila ianya digunakan untuk

mencapai tujuan kajian; dirancang dengan rapi; direkod secara sistematik; dan

diperiksa serta dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya (Othman 2007). Dalam

kajian ini, kaedah pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks

dalam latar sosial yang sebenar. Beberapa gambar foto telah diambil untuk

mengesahkan lagi fenomena yang berlaku. Pemerhatian dilakukan untuk meninjau

kemudahan logistik atau infrastruktur yang disediakan seperti pusat penyimpanan,

kemudahan mekanisasi dan kemudahan pengangkutan yang disediakan. Ini penting

bagi menilai kemungkinan faktor logistik atau wujudnya faktor-faktor lain yang

menyebabkan berlakunya stagnasi dalam membangunkan industri hiliran jerami.

Selain itu, pemerhatian juga dilakukan ketika musim pembakaran jerami bagi melihat

kesannya ke atas persekitaran tani dan penduduk sekitar.

3.2.1 Kajian Enterprais

Kajian enterprais dilakukan untuk menilai keupayaan jerami sebagai salah satu enjin

penggerak baru kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan kajian. Kemampuannya

untuk memenuhi permintaan dan kehendak pasaran, masalah serta cabaran akan

ditonjolkan berdasarkan kaji selidik ke atas usahawan agro-industri atau pengurus

syarikat produk berasaskan jerami padi. Pemilihan mereka sebagai responden adalah

bertepatan memandangkan mereka mengetahui selok-belok isu serta masalah

berkaitan pembangunan jerami sebagai satu produk.

67

Kaji selidik enterprais dijalankan ke atas pengusaha enterprais yang

menjadikan jerami sebagai asas kepada aktiviti perusahaannya. Pengusaha enterprais

merupakan subjek yang akan menentukan permintaan terhadap bekalan jerami dan

berupaya untuk meningkatkan penghasilan produk yang berdaya saing. Isu-isu

berkaitan keupayaan pengusaha, masalah yang dihadapi untuk memperolehi bahan

mentah jerami, penggunaan, penghasilan dan pemasaran produk hasilan akan dinilai.

Kaji selidik enterprais dijalankan dengan membuat penyenaraian dengan

mengenalpasti bilangan dan jenis perniagaan berkaitan jerami yang dijalankan serta

lokasinya. Maklumat ini diperolehi melalui pegawai MADA yang menguruskan

pengambilan jerami oleh usahawan tersebut. Namun batasan kajian wujud apabila

pihak MADA tidak mempunyai rekod terperinci bilangan usahawan yang

menjalankan urusan pembelian jerami dengan mereka.

Justeru itu, kaedah persampelan bola salji (snow ball sampling) digunakan.

Responden kajian yang diperolehi diminta untuk mencadangkan subjek lain yang turut

mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh kajian. Ini kerana maklumat subjek dalam

populasi tidak diperolehi. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga

kesemua sampel yang dikehendaki mencukupi (Piaw 2006; Babbie 2007). Setelah

mendapat beberapa nombor telefon pengusaha. Usulan diajukan kepada mereka sama

ada mengenali usahawan lain yang terlibat dalam industri hiliran jerami. Seterusnya,

temubual dilakukan terhadap usahawan tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar

tentang perkembangan dan cabaran yang dihadapi dalam menggerakkan enterprais

berteraskan jerami padi (Jadual 3.1).

Jadual 3.1 Jenis enterprais berasaskan jerami padi dan bilangan

usahawan yang terlibat di Wilayah MADA

Jenis Enterprais Bilangan Usahawan

(orang)

Makanan ternakan

Baja kompos

Makanan ternakan dan baja kompos

Hasilan kraf

Tenaga elektrik

Media pertumbuhan cendawan

8

3

2

4

1

1

Sumber: Kerja Lapangan 2010

68

Borang kaji selidik dibentuk dengan memberi penekanan kepada empat

bahagian utama iaitu latar belakang usahawan, latar belakang dan perkembangan

perniagaan yang dijalankan, masalah serta cabaran yang dihadapi oleh pengusaha

dalam menguasai pasaran tempatan dan luar negara. Pandangan usahawan juga

diajukan untuk meninjau strategi yang diperlukan bagi memantapkan industri jerami

padi ke tahap daya saing tinggi (Lampiran A). Kaji selidik ini penting kerana data

yang diperolehi merupakan asas untuk menjawab persoalan terhadap keupayaan dan

perkembangan sesebuah enterprais dalam mempengaruhi permintaan bahan mentah

jerami dan penawaran produk hasilan jerami padi. Tambahan pula, maklumat mikro

yang akan diperolehi diharap dapat menunjukkan kewujudan nilai ditambah jerami,

peningkatan usahawan dan diversifikasi aktiviti agro-industri.

3.2.2 Kajian Komuniti

Komuniti petani dipilih sebagai subjek kajian kerana mereka merupakan pelaku utama

(pengeluar bahan mentah jerami) yang akan menentukan keupayaan penawaran jerami

secara berterusan dan memastikan pengurusan jerami secara mesra alam. Kaedah

persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan dengan menentukan subjek

kajian berdasarkan ciri-ciri tertentu sahaja yang akan dipilih sebagai responden kajian

(Piaw 2006). Responden melibatkan:

i. Petani yang tidak membakar jerami dengan tujuan mengumpulkan semula jerami

atau membenarkan pihak tertentu mengumpul jerami di ladang mereka untuk

dijual atau dibawa ke pusat penyimpanan.

ii. Petani yang menggunakan semula jerami sebagai satu aktiviti hiliran.

Kajian komuniti ini hanya merujuk kepada petani yang membenarkan pihak

MADA memungut dan seterusnya menjual jerami kepada MADA. Kaedah bola salji

digunakan untuk mendapatkan saiz sampel kerana pihak MADA tidak mempunyai

rekod petani yang terlibat dalam projek pemungutan jerami di ladang. Pengkaji telah

dibawa oleh pegawai MADA untuk bertemu dengan kontraktor yang dilantik oleh

pihak MADA untuk menjalankan urusan pemungutan jerami. Bertitik-tolak dari situ,

pengkaji mendapatkan kawasan yang sering dibenarkan oleh petani untuk memungut

69

jerami. Kemudian pengkaji akan menemubual responden dan mereka diminta untuk

mencadangkan subjek lain yang turut memiliki ciri-ciri yang sama. Kaedah ini akan

dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperolehi kesemua jumlah responden yang

dikehendaki (Piaw 2006).

Jumlah petani dan unit (kampung) yang terlibat dalam projek pemungutan

jerami oleh pihak MADA sentiasa berubah setiap musim mengikut keadaan semasa. Ia

bergantung kepada keadaan cuaca, kekangan masa dan faktor logistik (mesin baler,

lori pengangkut) serta minat petani untuk menyertai projek pemungutan jerami.

Justeru itu, bagi menentukan lokasi dan saiz sampel, petani yang terlibat dalam projek

pemungutan jerami pada musim II/2009 diambilkira iaitu jerami yang dipungut pada

bulan Mac 2010. Keseluruhan populasi yang terlibat dalam projek tersebut seramai

267 orang petani. Penentuan saiz sampel dikira berdasarkan rumus oleh Israel (2002)

pada aras keyakinan 95% dan ralat persampelan 5% iaitu:

n = N di mana: n ialah saiz sampel

1 + N (e)² N ialah saiz populasi

n = 267 = 160 petani

1 + 267 (.05)²

Berdasarkan kajian lapangan yang dilakukan pada Jun 2010, seramai 160

orang responden telah ditemubual melibatkan 19 buah kampung meliputi empat

wilayah pengurusan MADA. Wilayah II mempunyai bilangan petani terbanyak

mengusahakan projek pemungutan jerami melibatkan tujuh buah kampung dengan

saiz sampel sebanyak 82 orang. Peladang di Kampung Tok Kepak paling ramai

menyertai projek ini iaitu seramai 24 orang. Ini diikuti oleh Wilayah IV iaitu seramai

48 orang peserta, Wilayah I (28 orang) dan Wilayah III (16 orang) (Jadual 3.2).

Sejumlah 16 orang responden telah ditemubual secara mendalam (in-depth interview)

yang diwakili oleh empat orang responden bagi setiap wilayah.

Kaji selidik dilakukan dengan menggunakan borang kaji selidik semi-struktur.

Soalan meliputi latar belakang petani; tahap pengetahuan terhadap potensi dan

penggunaan jerami serta kaedah pengurusannya; sikap petani terhadap pengurusan

jerami secara mesra alam; kesan pembangunan aktiviti hiliran jerami ke atas sosio-

70

ekonomi petani dan persekitaran tani; masalah dan cabaran; serta pandangan petani

terhadap isu yang diketengahkan (Lampiran B). Ini penting untuk melihat tahap

pengetahuan, sikap, kekangan, cabaran serta pandangan petani terhadap aktiviti

pembangunan jerami yang akan mempengaruhi sosio-ekonomi mereka serta

persekitaran tani.

Jadual 3.2 Senarai unit dan jumlah responden yang terlibat dalam

projek pemungutan jerami di Wilayah MADA

Wilayah/ Unit Lokaliti Unit (kampung) Jumlah

Sampel

Wilayah I

(Perlis)

A5 Pida 1 5

D1 Kg. Che Ok 5

D1 Kg. Muar 4

Wilayah II

(Kubang Pasu)

B2 Kg. Tok Kepak 24

B2 Manggol Bongor 14

C2 Kg. Kerpan 11

C2

B2

B2

Kg. Sanglang

Pida 7 Sanglang

Bt. 4 Pering

10

8

8

B2 Pida 2 7

Wilayah III

(Kobah)

F3 Kg. Jelai 16

Wilayah IV

(Kota Sarang Semut)

F4 Kg. Kubang Pasu Dalam 19

F4 Kg. Sungai Kering 18

F4 Pulau Tembun 5

F4 Kuala Sungai Limau 2

F4 Kabu 10 Bawah 1

F4 Kg. Sungai Bujur 1

F4 Kg. Sungai Lintang 1

E4 Kg. Hj Mahat 1

Sumber: Kerja Lapangan 2010

3.2.3 Kajian Institusi

Kajian terhadap institusi dilakukan kerana pihak-pihak ini merupakan agen penggerak

kepada dasar dan keberkesanan program dan projek yang direncanakan untuk

pembangunan industri jerami dan industri asas tani, petani, pengusaha enterprais dan

masyarakat secara menyeluruh. Kaji selidik dilakukan ke atas pegawai-pegawai di

institusi kerajaan dan swasta yang boleh dihubungkait dengan perkembangan

71

pembangunan industri jerami antaranya MADA, MARDI dan Badan Bertindak

Koridor Utara (NCIA) (Lampiran C).

Seramai lapan orang responden yang terdiri daripada pegawai MADA

ditemubual. Mereka benar-benar terlibat secara langsung dalam pembangunan industri

jerami di Wilayah MADA. Manakala bagi institusi pertanian lain dan institusi swasta

hanya seorang sahaja pegawai yang berkaitan dengan pengurusan jerami ditemubual

bagi setiap institusi (n=7) bagi mendapatkan pandangan dan keterlibatan institusi

tersebut (Jadual 3.3). Kajian institusi ini penting bagi menilai pelaksanaan dan

pengurusan jerami, keterlibatan institusi, keberkesanan program dan projek, potensi,

cabaran serta kekangan yang dihadapi oleh institusi terbabit dalam membangunkan

industri jerami.

Jadual 3.3 Institusi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pembangunan dan

pengurusan jerami padi di Wilayah MADA

Institusi Kerajaan Institusi Swasta

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

Institut Pembangunan dan Penyelidikan

Pertanian Malaysia

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Kedah

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

Kedah

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah

Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani

Badan Bertindak Koridor Utara (NCIA)

PLUS Expressways Berhad

Sumber: Kerja Lapangan 2010

3.2.4 Kajian Dasar

Kajian terhadap dasar dan polisi awam berkaitan pembangunan pertanian terutamanya

yang menjurus terhadap industri padi dan hasil sampingan pertanian sangat penting

untuk disoroti dan diperincikan. Ini dilakukan bagi menilai mengapa berlakunya

stagnasi di dalam industri jerami di negara ini. Kajian akan memperincikan dasar yang

berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan wilayah, pembangunan pertanian

terutamanya industri padi, industri asas tani dan industri hasil sampingan pertanian

serta pengurusannya.

72

Turut ditinjau ialah polisi berkaitan pembangunan industri dengan melihat

sama ada polisi tersebut menggalakkan penggunaan hasil sampingan pertanian sebagai

bahan mentah atau bahan sampingan dalam menghasilkan produk. Kajian juga

dihalakan kepada perkembangan dasar terhadap pembangunan sumber tenaga yang

boleh diperbaharui memandangkan jerami sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai

sumber tenaga alternatif. Ini bagi menilai kepada keupayaan dasar yang direncanakan

dalam mempengaruhi pembangunan industri jerami.

3.3 PENGUMPULAN DATA SEKUNDER

Penggunaan data sekunder di dalam penyelidikan ini digunakan untuk mengukuhkan

lagi kerja lapangan dan sokongan kepada kajian ini. Data sekunder diperolehi daripada

beberapa kajian sebelumnya yang dijalankan oleh pelbagai organisasi kerajaan, swasta

mahupun individu. Data sekunder meliputi rujukan buku; bahan penerbitan akademik

seperti jurnal dan prosiding, laporan tahunan, kertas seminar penyelidikan; internet

dan akhbar. Data juga diperolehi di pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti

MADA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, NCIA, PEB, MARDI, Jabatan

Alam Sekitar dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah. Beberapa buah

perpustakaan juga turut dikunjungi seperti Perpustakaan Tun Seri Lanang di Universiti

Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan Perbadanan

Perpustakaan Negeri Kedah.

3.4 PENGANALISAAN DATA

Data akan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan

pemikiran kritikal akan digunakan dalam menganalisis dan menginterpretasi hasil

kajian. Kajian akan mengaitkan hubungan ideologi pembangunan dengan persoalan

stagnasi dalam industri hiliran jerami. Pendekatan ini cuba mendedahkan mengapa

berlakunya stagnasi dan ketidakseimbangan dalam pembangunan industri hiliran

jerami serta cuba melihatnya melalui tindakan politik melalui dasar dan program yang

direncanakan oleh pihak kerajaan. Selain itu, tindakan politik juga dilihat melalui

peranan yang dimainkan oleh pihak institusi awam serta keterlibatannya dalam usaha

untuk menjayakan projek pembangunan industri jerami. Kesedaran individu dalam

73

kelompok itu sendiri juga turut dianalisis bagi menilai tahap kesedaran terhadap

jerami untuk dibangunkan sebagai sebuah industri. Ini dilakukan bagi menilai

kemungkinan jerami mampu digerakkan secara komprehensif bagi mencerdaskan

industri asas tani negara.

Kaedah kualitatif juga menggunakan analisis SWOT bagi menganalisis hasil

temubual ke atas usahawan enterprais, petani dan pegawai institusi dan analisis

perencanaan terhadap dasar pertanian dan dasar-dasar lain yang berkaitan dengan

pembangunan pertanian dan industri asas tani negara. Analisis SWOT terdiri daripada

empat kuadran. Survei internal menilai kepada kekuatan (strength = S) dan kelemahan

(weakness = W) yang wujud di persekitaran dalaman industri atau organisasi. Survei

eksternal pula digunakan untuk melihat kepada peluang (opportunities = O) dan

ancaman (threats = T) yang wujud di persekitaran luaran industri jerami itu sendiri

yang dihadapi oleh pelaku-pelaku utama dalam membangunkan jerami sebagai sebuah

industri yang berdaya saing (David 1989; Ku Amir t.th.)

Input berkaitan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman cuba

dimaksimumkan sebanyak mungkin dan analisis keutamaan dilakukan. Analisis ini

penting dalam menilai faktor-faktor yang sangat memberi kesan ke atas

perkembangan stagnasi dalam industri jerami di Wilayah MADA. Ini akan membantu

kepada penggubalan strategi dengan menggunakan kekuatan dan mengatasi

kelemahan untuk mengeksploitasi peluang dan seterusnya menghindari ancaman

dalam menjayakan pembangunan industri jerami yang berdaya saing (Ku Amir t.th.).

Teknik analisis deskriptif digunakan yang melibatkan paparan bagi set data

dalam bentuk bilangan dan peratus. Teknik statistik inferensi digunakan untuk

merumuskan hasil sampel yang dipilih daripada populasi tersebut. Teknik ini lebih

khusus dalam mentafsirkan data yang telah dikutip berbanding dengan kaedah

deskriptif. Bagi melihat perbezaan, ujian Wilcoxon T digunakan bagi menganalisis

data kajian dalam bentuk pengukuran berulangan. Perbezaan akan dilihat dalam

konteks sebelum dan selepas projek pembangunan jerami dijalankan di Wilayah

MADA. Ia melibatkan aspek kualiti udara, cara pengurusan jerami padi, pendapatan

74

dan tahap kesihatan yang akan mempengaruhi petani untuk turut serta membangunkan

industri jerami.

Ujian korelasi Spearman juga digunakan bagi mengenalpasti perhubungan

antara profil petani (jantina, umur, status pendidikan, keluasan tanah, pendapatan,

jangka masa mengusahakan tanaman padi dan status pemilikan tanah) dengan minat

mereka untuk membangunkan industri jerami. Ia merupakan ujian bukan parametrik

yang menguji kekuatan darjah perhubungan antara data kajian yang tidak bertaburan

normal (Abdul Rahim 2009). Selain itu, analisis deskriptif turut digunakan yang

melibatkan paparan bagi set data dalam bentuk bilangan dan peratus. Data-data

mentah yang telah diperolehi akan dipaparkan dalam pelbagai bentuk seperti jadual,

rajah, carta aliran dan graf. Paparan seperti ini dilakukan supaya gambaran tentang

fenomena tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas.

3.5 KEDAH SEBAGAI WILAYAH PERTANIAN PADI

Negeri Kedah mempunyai keluasan bertanam padi terbesar dan penyumbang

terbanyak untuk memenuhi Tahap Sara Diri (Self Sufficiency Level atau SSL) yang

telah ditetapkan. Kemampuan menghasilkan beras untuk negara menjadikannya

sebagai ‘Jelapang Padi Malaysia’. Kedah terletak di bahagian utara Semenanjung

Malaysia iaitu bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah timur, Perak di

selatan, Pulau Pinang di barat dan Perlis di utara. Letakannya adalah di antara garis

bujur 100˚ barat hingga 101˚ 15' barat dan garis lintang 15˚ 10' utara hingga 6˚ 20'

utara. Kedah terdiri daripada 11 buah daerah pentadbiran dengan keluasan 9426 km

iaitu 2.8 peratus daripada keluasan Malaysia yang luasnya kira-kira 329 758 km.

Daerah-daerah yang membentuk Negeri Kedah ialah Daerah Kota Setar

dengan keluasan 665 km yang merupakan pusat pentadbiran negeri. Daerah Sik

merupakan daerah yang terbesar dengan keluasan 1635 km diikuti oleh daerah Baling

(1529 km) dan daerah Padang Terap (1357 km). Manakala daerah-daerah lain ialah

Bandar Bharu dengan keluasan (2.85%), Kuala Muda (9.79%), Kubang Pasu

(10.06%), Kulim (8.12%), Pulau Langkawi (4.95%), Yan (2.57%) dan Pendang

(6.65%) daripada keluasan Negeri Kedah keseluruhannya (Unit Perancangan Ekonomi

Negeri 2010).

75

Sebagai jelapang padi negara dan sektor pertanian merupakan penyumbang

utama kepada ekonomi Kedah, pergantungan kepada pertanian kelihatan di setiap

daerah dan kira-kira separuh daripada kawasan negeri ini diusahakan dengan aktiviti

pertanian. Pengurusan padi di Kedah dibahagikan kepada dua kawasan pengurusan

iaitu Wilayah MADA (kawasan utama penanaman padi) dengan keluasan 77 882

hektar. Bagi kawasan luar MADA pula diselenggarakan di bawah skim Jabatan

Pengairan dan Saliran (JPS) dengan keluasan bertanam padi seluas 38 978 hektar yang

merangkumi 11 buah daerah di Kedah (Jadual 3.4) (Jabatan Pertanian Negeri Kedah

2009).

Jadual 3.4 Keluasan kawasan tanaman padi di Kedah

Daerah Keluasan (hektar)

Bandar Baharu

Baling

Kota Setar

Kuala Muda

Kubang Pasu

Kulim

Langkawi

Padang Terap

Pendang

Sik

Yan

Wilayah II MADA

Wilayah III MADA

Wilayah IV MADA

1590

5789

3520

8113

4093

1170

3040

3597

5181

2701

1152

31 616

21 376

24 890

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Kedah 2009

Kawasan tanaman padi luar MADA pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu

di dalam skim JPS yang menanam padi dua kali setahun dengan keluasan 14 840

hektar dan luar skim JPS seluas 24 138 hektar yang hanya dapat ditanami padi setahun

sekali sahaja. Daerah Kuala Muda mempunyai keluasan tanaman padi dua kali

setahun terbesar iaitu meliputi 4958 hektar manakala Daerah Baling bagi kawasan

tanaman padi sekali setahun terbesar iaitu seluas 4437 hektar. Kawasan di dalam skim

JPS dapat ditanami dengan padi sebanyak dua kali setahun kerana mendapat bekalan

air yang mencukupi menerusi sistem saliran manakala kawasan luar skim hanya

76

bergantung sepenuhnya kepada turunan hujan (Jadual 3.5) (Jabatan Pertanian Negeri

Kedah 2009).

Jadual 3.5 Keluasan kawasan tanaman padi di kawasan luar MADA

Daerah Skim JPS (hektar) Luar Skim JPS (hektar)

Kuala Muda

Kubang Pasu

Langkawi

Baling

Pendang

Bandar Bharu

Kulim

Yan

Sik

Kota Setar

Padang Terap

4958

1971

1416

1205

1081

974

951

794

593

554

343

3155

2137

1624

4437

4100

-

-

357

2108

2966

3254

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Kedah 2009

3.6 WILAYAH MADA SEBAGAI HUB-AGROPOLITAN DAN AGEN

PENGGERAK SEKTOR TANAMAN PADI DI KEDAH

Bagi membicarakan tentang kajian ini, Wilayah MADA yang terletak di Dataran

Kedah-Perlis ini dapat dikelaskan sebagai sebuah wilayah formal berdasarkan kepada

landskap taninya yang seragam iaitu menjalankan aktiviti pertanian primer iaitu padi

sawah. Wilayah pertanian ini mempunyai keadaan fizikal yang sangat sesuai untuk

pertumbuhan padi sawah antaranya letakannya di dataran lanar yang sangat subur, ciri

tanih alluvium, iklim panas dan lembab sepanjang tahun dan hujan melebihi 1500 mm

setahun. Turunan hujan yang tinggi membantu membekalkan air yang mencukupi

kerana padi sawah memerlukan air yang banyak pada peringkat awal penanaman.

Memandangkan aktiviti pertanian merupakan sektor ekonomi utama bagi

penduduk di wilayah ini, pihak kerajaan memberi perhatian penuh terhadap

pembangunan sektor tersebut. MADA sebagai sebuah agensi pertanian ditubuhkan

dan berperanan penting dalam membangunkan sektor pertanian terutamanya tanaman

padi di Wilayah Dataran Kedah-Perlis. Sebagai sebuah kawasan yang menjalankan

ekonomi pertanian, Wilayah MADA disediakan dengan pelbagai kemudahan asas

untuk dijalankan dengan aktiviti pertanian seperti sistem pengairan, jaringan

77

pengangkutan dan liputan komunikasi. Kemudahan ini dapat menghubungkannya

dengan kawasan pinggir serta memudahkan pemasaran hasil taninya kepada pasaran

dalaman dan luaran.

Menurut Afifuddin (1986), keupayaan pengeluaran padi yang tinggi

menjadikannya sebagai pembekal beras utama bagi dunia Melayu dan kawasan

Sumatera, Indonesia suatu ketika dahulu. Pola penggunaan tanah yang semakin

meluas ini menjadikan Wilayah MADA sebagai pusat tumpuan dari sudut ekonomi

dan perkembangan struktur politik, sosial serta kebudayaan bagi daerah-daerah kecil

yang lain. Keadaan ini berbeza daripada sebelumnya iaitu kawasan pedalaman yang

mundur dan relatifnya kurang berpenduduk. Aktiviti pertanian padi semakin

berkembang sehingga saling hubungan dan kebergantungan terhadap industri

sokongan, peluang pekerjaan, penjanaan pelaburan, pembangunan infrastruktur,

perkembangan potensi pasaran dan sebagainya.

Jika dilihat kepada perkembangan keperluan dan fungsi ekonomi pertanian

yang ditawarkan serta kewujudan integrasi antara kawasan sekitarnya yang telah

dibicarakan di atas, Dataran Kedah-Perlis dapat dilihat dalam konteks wilayah

fungsian. Manakala Wilayah MADA bertindak sebagai hub-agropolitan atau pusat

tumpuan (nod) bagi aktiviti ekonomi pertanian bagi Wilayah Dataran Kedah-Perlis.

Kini, kerajaan lebih memberi tumpuan kepada Pembangunan Wilayah Ekonomi

Koridor Utara (NCER) yang mensasarkan wilayah utara iaitu Kedah, Perlis, Pulau

Pinang dan Utara Perak sebagai zon makanan moden bagi Malaysia. Sebagai wilayah

pertanian dan jelapang padi utama negara, Wilayah MADA perlu berupaya

meningkatkan hasil tani dan memberi penambahan nilai kepada hasil padi serta

membangunkan hasil sampingannya iaitu jerami, sekam, dedak dan temukut.

Justeru itu, MADA perlu menyediakan aktiviti yang lebih berpotensi dan

berdaya saing serta mampu mewujudkan ruang interaksi yang lebih kukuh antara

kawasan pusat dengan kawasan pinggir. Lantaran itu, aktiviti pertanian di Wilayah

MADA semakin berkembang bukan hanya mampu mengeluarkan hasil padi tetapi ke

arah agro-industri seperti industri asas tani dengan membangunkan industri hiliran

antaranya industri hasil sampingan padi serta industri pemprosesan dan pengeluaran

78

makanan. Sebagai contoh, bagi meningkatkan tahap keusahawanan penduduk

terutamanya petani dan meningkatkan rantaian nilai, MADA membangunkan industri

kraftangan, penghasilan baja kompos untuk tanaman dan makanan ternakan daripada

jerami padi serta pembuatan kuih-kuih tradisional berasaskan beras. Situasi ini

menarik minat pelabur tempatan dan luar dalam membangunkan industri sokongan

dengan melihat potensi pasaran yang mampu diwujudkan. Perkembangan ini akan

membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik penduduk untuk bertumpu di

kawasan tersebut bagi mengusahakannya. Secara tidak langsung, hub-agropolitan ini

akan berkembang dengan lebih pesat dan memberi kesan tebaran kepada kawasan

pinggirnya.

Pembentukan MADA peringkat awalnya hanya dipandang sebagai faktor

politik-ekonomi. Ini kerana kaum tani dipinggir kawasan telah disatukan di bawah

satu sistem politik. Namun, MADA mempunyai matlamat tersendiri iaitu

mengagihkan sumber kekayaan kawasan tersebut dengan membangunkan sektor

pertanian. Keutamaan kepada aspek-aspek kemanusiaan dan komoditi melalui

peningkatkan kesejahteraan hidup sebilangan penduduk luar bandar dan menghasilkan

pengeluaran padi bagi memenuhi keperluan negara. Kemudahan intensifikasi

pertanian dibangunkan dan pelbagai penyelidikan dilakukan seperti kajian mengenai

aliran air, kesuburan tanah, kesesuaian benih padi kacukan baru, input pertanian,

jentera dan perluasan kredit.

Rancangan Pertanian Muda yang telah diwartakan pada 30 Jun 1970

merupakan program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan di bawah

Rancangan Malaysia Pertama. Rancangan ini menyediakan sistem pengairan dan

saliran di sebahagian kawasan daratan barat Kedah dan Perlis bagi membolehkan

tanaman padi dijalankan dua kali setahun terbesar negara. Keluasan kawasan terkini

ialah 126 155 hektar iaitu 25.0 peratus daripada keluasan sawah di Malaysia. Kira-kira

105 851 hektar terletak di Kedah dan 20 304 hektar di Perlis. Hanya 96 558 hektar

tanah diusahakan dengan tanaman padi manakala selebihnya ditanami dengan

tanaman lain seperti buahan dan sayuran.

79

Berdasarkan konsep pembangunan kawasan, Wilayah MADA telah

dibahagikan kepada empat daerah pengurusan iaitu Wilayah I Perlis terletak dalam

Negeri Perlis manakala Wilayah II Kubang Pasu di Daerah Kubang Pasu, Wilayah III

Pendang di Daerah Pendang dan Wilayah IV Kota Sarang Semut dalam Daerah Yan

yang masing-masing terletak dalam Negeri Kedah (Rajah 3.1). Bagi melicinkan

pengurusan pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai aktiviti, wilayah-wilayah MADA

ini dibahagikan pula kepada 27 lokaliti (unit-unit kecil pentadbiran) (Rajah 3.2).

Setiap lokaliti mempunyai kompleks geraktani yang menjadi pusat gerakan

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Wilayah IV mempunyai keluasan tanaman padi

terbesar iaitu 24 890 hektar. Jumlah petani di Wilayah MADA keseluruhannya

sebanyak 58 676 orang yang melibatkan 10 204 orang di Wilayah 1 Perlis manakala

48 472 orang petani di Wilayah MADA dalam Negeri Kedah (Jadual 3.6).

80

Rajah 3.1 Kedudukan Wilayah MADA dalam Negeri Kedah

81

Rajah 3.2 Kedudukan lokaliti pentadbiran Wilayah MADA bagi

melicinkan pengurusan pentadbiran dan pelaksanaan

aktiviti pertanian di Wilayah MADA

Petunjuk

Wilayah I

Wilayah II

Wilayah III

Wilayah IV

82

Jadual 3.6 Keluasan kawasan dan jumlah petani mengikut lokaliti wilayah

pengurusan MADA bagi tahun 2008

Wilayah Lokaliti Keluasan

(hektar)

Jumlah

Peladang

Wilayah I

(Perlis)

A-I Arau

B-I Kayang

C-I Guar Sanji

D-I Tambun Tulang

E-I Simpang Empat

3847

3496

1689

3972

5672

1617

2216

1570

1871

2930

Wilayah II

(Kubang Pasu)

A-II Kodiang

B-II Sanglang

C-II Kerpan

D-II Tunjang

E-II Kubang Sepat

F-II Jerlun

G-II Jitra

H-II Kepala Batas

I-II Kuala Sungai

2866

3779

3855

4021

3878

3523

2940

2647

4107

2245

2664

2186

2440

2171

2048

1561

2176

2639

Wilayah III

(Pendang)

A-III Hutan Kampung

B-III Alor Senibong

C-III Tajar

D-III Titi Haji Idris

E-III Kobah

F-III Pendang

4356

3297

3615

4428

3148

2532

2452

2207

2794

2532

1627

1942

Wilayah IV

(Kota Sarang

Semut)

A- IV Batas Paip

B- IV Pengkalan Kundur

C- IV Kangkong

D- IV Permatang Buluh

E- IV Bukit Besar

F- IV Sungai Limau

Dalam

G-IV Guar Chempedak

3432

2339

3702

3759

4493

3597

3568

2059

1501

2090

2042

2631

2298

2173

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2009

3.6.1 Persekitaran Fizikal

a. Topografi

Wilayah MADA terletak di kawasan dataran lanar Kedah-Perlis yang meliputi lembah

hulu Sungai Perlis, Sungai Kedah dan Sungai Yan. Sungai-sungai ini merentasi

dataran tersebut mengalir masuk ke Selat Melaka. Ketinggian dataran tersebut antara

83

1.5-2.0 meter dari aras laut. Sempadan Wilayah MADA di utara ialah Kangar di Perlis

dan di selatan ialah Guar Chempedak di Kedah. Panjang keseluruhan Wilayah MADA

kira-kira 80 km sementara purata kelebaran kawasan ialah 25 km.

Jika ditinjau dari sudut ekonomi, faktor pengeluaran terpenting ialah tanah.

Tanah subur yang gembur, mempunyai tahap kedalaman yang tertentu, tetal (ukuran

nisbah komposisi butir-butir tanih iaitu pasir, tanah liat dan peroi), kurang terluluhawa

dan mempunyai nilai nutrien yang tinggi akan mempengaruhi pembangunan pertanian

di sesebuah wilayah. Di samping itu, peningkatan nitrogen oleh rumpai biru,

pereputan tumbuhan dan haiwan, penindasan rumpai dan gerakan air atas tanah telah

menyumbang terhadap pengekalan daya pengeluaran sawah. Manakala di kawasan

tanah yang kurang subur memerlukan pengurusan yang teliti dari segi pembaikan

sistem saliran dan pengudaraan, pengapuran, pembajaan dan pengurangan hakisan.

Struktur tanih yang sangat sesuai untuk pertumbuhan pokok padi ialah tanah yang

mengandungi banyak tanah liat dan agak berasid seperti delta sungai dengan ketebalan

tanah pada lapisan atasnya antara 18-22 cm serta pH tanih antara 4.0 hingga 7.0

(Donald 1979; Tisdale & Nelson 1981).

Lebih kurang 60 peratus daripada dataran Wilayah MADA diliputi oleh tanah

lanar laut yang subur dan padat. Pada ketinggian yang kurang daripada dua meter dari

aras laut membolehkannya menakung air dan membekalkan air yang mencukupi bagi

tanaman padi di wilayah tersebut. Di kawasan lembah hulunya pula diliputi oleh tanah

lanar bertekstur sederhana dan kurang subur (Afifuddin 1986).

b. Pengaruh Iklim Dan Cuaca

Kelembapan tanih sangat mempengaruhi tumbesaran tanaman padi terutamanya pada

masa-masa tertentu tanaman memerlukan air yang banyak. Sawah yang dibekalkan air

turunan hujan sepanjang tahun boleh mengekalkan hasil yang stabil sepanjang masa.

Purata taburan hujan di Kedah adalah tinggi iaitu 2500 mm. Taburan hujan berbentuk

bimodal iaitu maksimum pada bulan September dan minimum pada bulan Julai. Pada

bulan Disember hingga Mac pula, taburan hujan jarang melebihi 100 mm setiap bulan

kerana mengalami musim kering yang ketara. Bulan Januari dan Februari merupakan

84

bulan kering yang nyata dengan jumlah curahan hujan kurang daripada 50mm.

Taburan hujan di Wilayah MADA direkodkan di empat buah stesen utama iaitu Muda,

Pedu, Ahning dan Kepala Batas. Secara keseluruhannya, taburan hujan di semua

stesen meningkat setiap tahun dengan purata dari tahun 1992 hingga 2008 ialah

2486.3 mm di stesen Muda dan 2373.8 mm di stesen Pedu (Jadual 3.7) (MADA

2009).

Jadual 3.7 Taburan hujan di Wilayah MADA

Tahun Taburan hujan mengikut stesen (mm)

Muda Pedu Ahning Kepala Batas

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2505.9

2618.0

2390.9

2137.7

2228.1

2577.3

2419.9

2482.5

3127.5

2760.8

2322.7

2593.4

2853.8

2031.7

2035.2

1966.2

2213.0

2038.8

2952.1

2664.3

2384.0

2600.4

2430.5

1813.0

1799.3

1727.3

2726.0

1992.0

2629.5

2522.5

1946.5

2009.0

1673.4

2193.6

2441.0

2365.9

2132.6

2029.7

2134.9

2273.2

Purata tahun

1992-2008

2486.3 2373.8 2111.8 2025.9

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2009

c. Prasarana Pengairan Dan Jalan Ladang

Tanaman padi sangat memerlukan bekalan air yang mencukupi dan pokoknya perlu

ditenggelami air sehingga kedalaman 15-20 cm. Keperluan air di peringkat

pertumbuhan dan separa matang ialah 30.8 mm manakala di peringkat matang

sehingga penuaian ialah 26.6 mm. Sepanjang proses pengeluaran padi, jumlah air

minima yang diperlukan ialah 145 mm dengan kadar purata 36.6 mm sebulan.

Kekurangan bekalan air terutamnya pada musim kemarau akan menyebabkan sistem

pengakarannya menjadi cetek di permukaan tanah. Kesannya, pokok padi tidak dapat

tumbuh dengan sempurna sekiranya tanpa bantuan pengairan yang mencukupi

(Jabatan Pertanian 1997).

85

Justeru itu, infrastruktur fizikal saliran seperti empangan dan taliair dibina

untuk memastikan penggunaan air yang lebih cekap. Sumber air untuk penanaman

padi di Wilayah MADA diperolehi daripada punca taburan hujan sebanyak 52.0 %.

Sumber air daripada kolam takungan antaranya Empangan Muda (160 juta m² air) dan

Pedu (1050 m² air) membekalkan air sebanyak 30.0% terutamanya semasa musim

penanaman. Penyerahan Empangan Ahning kepada pentadbiran MADA

menambahkan lagi sumber pengairan di samping empangan lain seperti Empangan

Jajar. Fungsi utama Empangan Jajar ialah mengawal kesan pasang surut air Sungai

Kedah dan kemasukan air masin yang boleh merosakkan kawasan pertanian. Aliran

air tidak terkawal atau anak-anak sungai dan air guna semula pula masing-masing

menyumbangkan sebanyak 10.0 % dan 6.0% bekalan air. Punca-punca air ini

diintegrasikan ke dalam satu sistem bagi memenuhi keperluan tanaman untuk dua

musim (MADA 2010).

Projek Pengairan Muda I yang berakhir sekitar tahun 1975 lebih menekankan

kepada pembinaan sistem pengairan dan saliran dengan keluasan projek meliputi 126

155 hektar. Pembinaan rangkaian terusan dan taliair bertujuan menebusguna tanah

berpaya untuk dijadikan kawasan tanaman padi. Terusan utama dan sekunder masing-

masing mempunyai kepanjangan sehingga 146 km dan 930 km manakala kepadatan

taliair ialah 11.2 m/ha dan kepadatan parit pula ialah 11.7 m/ha. Sistem rangkaian

jalan ladang dibina sepanjang 802 km bagi jalan ladang sekunder dan 844.36 km bagi

jalan tersier. Projek ini ditingkatkan melalui Projek Pengairan Muda II dengan

keluasan projek 27 162 hektar. Kepadatan taliair tersier dan parit tersier pula

ditingkatkan kepada 20.7 m/ha dan 18.6 m/ha. Kerja-kerja perlindungan pantai juga

giat dilaksanakan bagi mengelak kemasukan air masin ke kawasan tanaman padi

(Jadual 3.8) (MADA 2010).

Jadual 3.8 Inventori infrastruktur fizikal di Wilayah MADA

Butiran Bilangan

Sistem Pengairan

Empangan dan kolam

Terusan utama

Taliair sekunder

Taliair tersier

3 buah

146 km

930 km

735.8 km

bersambung…

86

Sistem Saliran

Saliran utama

Parit sekunder

Parit tersier

240 km

883 km

576.63 km

Sistem Rangkaian Jalan Ladang

Jalan ladang sekunder

Jalan ladang tersier

802 km

844.36 km

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2010

3.6.2 Persekitaran Manusia

a. Gunatanah Dan Aktiviti Pertanian

Kesesuaian struktur tanah dan kedapatan sistem pengairan yang sempurna

membolehkan gunatanah padi mendominasi aktiviti pertanian di Wilayah MADA

dengan keluasan 96 558 hektar (76.54%). Selain itu, terdapat juga aktiviti pertanian

lain yang dijalankan iaitu perkebunan campur yang meliputi kawasan seluas 9544

hektar (7.57%), getah 1976 hektar (1.57%), pelbagai tanaman kekal 779 hektar

(0.62%) dan pelbagai tanaman jangka pendek dan kekal seluas 198 hektar (0.16%).

Terdapat juga kolam ternakan dan lombong galian untuk diusahakan dengan masing-

masing meliputi kawasan seluas 0.35% dan 0.22% (Jadual 3.9) (MADA 2010).

Jadual 3.9 Kategori gunatanah di Wilayah MADA

Kategori Keluasan (Hektar) Peratus (%)

Padi

Perkebunan campur

Sungai, parit, taliair dan jalan

Bandaran dan pelbagai pembangunan

Kawasan semak, paya dan tanah yang

tidak diusahakan

Getah

Pelbagai tanaman kekal

Kolam ternakan

Kawasan lombong dan galian

Pelbagai tanaman jangka pendek dan kontan

Lain-lain

96 558

9544

8572

3953

3641

1976

779

446

276

198

212

76.54

7.57

6.79

3.13

2.89

1.57

0.62

0.35

0.22

0.16

0.17

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2009

…sambungan

87

b. Pengelasan Kaum dan Umur

Umum telah mengetahui bahawa kaum Melayu mendominasi aktiviti pekerjaan

sebagai petani padi. di Wilayah MADA. Secara puratanya 96.0% adalah petani

Melayu iaitu 52 260 orang berbanding jumlah keseluruhan petani yang mengusahakan

sawah seramai 55 130 orang. Ini diikuti oleh kaum Cina (2350 orang), Siam (507

orang) dan India (13 orang). Secara keseluruhannya, purata umur petani ialah 60

tahun. Rata-ratanya petani terdiri daripada golongan tua yang berumur dalam

lingkungan 55 tahun dan ke atas iaitu 56.0% daripada jumlah keseluruhan petani.

Manakala hanya 1.9% petani terdiri daripada golongan muda berumur kurang

daripada 35 tahun (Jadual 3.10) (MADA 2010).

Jadual 3.10 Kelas umur petani dalam Wilayah MADA

Kelas Umur Peratus (%)

< 35 tahun

35.1 – 45 tahun

45.1 – 55 tahun

55.1 – 65 tahun

> 65 tahun

1.9

7.3

24.8

38.2

27.8

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2010

c. Taraf Hidup

Petani sawah merupakan golongan berpendapatan rendah disebabkan oleh saiz

pemilikan purata tanah ladang yang kecil bagi setiap petani iaitu hanya 2.12 hektar

sahaja. Namun, keadaan ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya 1.63 hektar

pada tahun 1997. Secara purata, peningkatan status pemilikan ladang oleh petani di

Wilayah MADA semakin baik iaitu 38.0% daripada pemegangan tanah ladang

pengusaha adalah berstatus pemilik pada tahun 2010 berbanding hanya 31.0% (1997),

34.3% sebagai pemilik dan penyewa, 25.1% adalah penyewa dan 2.6% berstatus lain-

lain (Jadual 3.11) (MADA 2010; Rancangan Struktur Daerah Kota Setar 1997).

88

Jadual 3.11 Status pemilikan ladang oleh petani di Wilayah MADA

Status pemilikan ladang Tahun

1997 2010 Pemilik (Milik Sendiri)

Penyewa

Pemilik/ Penyewa

Lain-lain

31.0%

34.0%

30.0%

5.0%

38.0%

25.1%

34.3%

2.6%

Purata saiz ladang 1.63 hektar 2.12 hektar

Sumber: MADA 2010; Rancangan Struktur Daerah Kota Setar 1997

Petani pemilik merupakan petani yang memiliki ladang sendiri dan tidak

menyewa di samping mengerjakan ladang daripada tuan tanah yang lain. Kategori

petani pemilik dan penyewa pula merupakan petani yang mempunyai ladang sendiri

tetapi keluasannya tidak mencukupi dan terpaksa menyewa sebahagian ladang untuk

diusahakan daripada tanah orang lain. Manakala status petani penyewa pula

merupakan golongan petani yang langsung tidak mempunyai ladang untuk diusahakan

dan terpaksa menyewanya daripada tuan tanah lain (Rajmah 1978).

Dari segi taburan saiz ladang pula, kebanyakan petani iaitu seramai 23 801

orang mengusahakan tanah seluas antara 1.5 hingga 3.0 hektar diikuti oleh 22 533

orang petani mengusahakan ladang dengan keluasan antara 0.5 hingga 1.5 hektar. Ini

membuktikan hampir keseluruhan petani mengusahakan ladang bersaiz kecil sahaja

manakala hanya 749 orang petani memiliki ladang yang luasnya melebihi 6.0 hektar

iaitu 15.89 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhannya (Jadual 3.12) (MADA

2010).

Matlamat utama dasar pembangunan luar bandar ialah meningkatkan

pendapatan penduduk terutamanya bagi mereka yang bekerja di sektor pertanian.

Salah satu ukuran taraf hidup ialah aras penggunaan yang dibelanjakan oleh isi rumah.

Purata pendapatan bagi isi rumah di Wilayah MADA bagi aktiviti pertanian

menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan iaitu dari RM892 pada tahun

1966 kepada RM14 238 (2005) dan melonjak kepada RM25 574 (2010) bagi setahun.

Ini membuktikan bahawa program pembangunan yang telah dianjurkan oleh pihak

MADA telah berjaya meningkatkan taraf hidup petani iaitu hanya dengan pendapatan

RM74 sebulan pada tahun 1966 kepada RM1186 (2005) seterusnya RM2131 sebulan

89

pada tahun 2009. Justeru itu, kadar kemiskinan berjaya dikurangkan daripada 72.0%

(1966) kepada 1.4% (kadar miskin) dan 1.0% (kadar miskin tegar) pada tahun 2008.

Pada tahun 2009, tiada lagi petani di Wilayah MADA yang hidup dalam kemiskinan

tegar dan hanya 1.0% sahaja masih berada dalan lingkungan miskin (Jadual 3.13)

(MADA 2010).

Jadual 3.12 Taburan saiz ladang, bilangan pengusaha dan luas kawasan yang

diusahakan di Wilayah MADA

Saiz Ladang

(Hektar) Keluasan Ladang

(%)

Bilangan

Peladang

Jumlah Kawasan

(%)

Kurang daripada 0.5

> 0.5 – 1.5

> 1.5 – 3.0

>3.0 – 4.5

> 4.5 – 6.0

Lebih daripada 6.0

5.5

40.7

37.2

9.3

3.7

3.6

3200

22 533

23 801

3623

1224

749

0.94

20.04

37.85

16.03

9.25

15.89

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2010

Jadual 3.13 Prestasi pendapatan setahun dan kadar kemiskinan di Wilayah MADA

Tahun Pendapatan bersih seisi

keluarga (RM)

Kadar

miskin

Kadar miskin

tegar

Aktiviti

pertanian

Bukan

pertanian

(%) (%)

1966

1972

1982

1992

2000

2005

2006

2007

2008

2009

892

1833

3162

7121

14 679

14 238

16 032

14 420

15 017

25 574

200

262

405

2099

1965

1966

1324

971

1625

1897

72

42

35

18

n.a

4.3

4.3

4.3

1.4

1.0

n.a

n.a

n.a

5.0

n.a

2.0

2.0

2.0

1.0

-

*Nota

n.a (non available)/ tidak diperolehi

Takrif garis kemiskinan

1982 = RM300/ bulan

1990-1994 = RM350/ bulan

1994-1996 = RM425/ bulan

1997-2000 = RM460/ bulan

2001-2005 = RM529/ bulan

bersambung…

90

Miskin Miskin Tegar

2006 Kedah RM676/ bulan RM416/ bulan

Perlis RM589/ bulan RM371/ bulan

2007 RM660/ bulan RM400/ bulan

2008 RM720/ bulan RM430/ bulan

2009 RM720/ bulan RM430/ bulan

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2010

3.7 SOROTAN PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH

MADA

Pengeluaran padi di Wilayah MADA menyumbang sebanyak 40.0 peratus daripada

jumlah pengeluaran beras negara. Wilayah MADA menjalankan tanaman padi

sebanyak dua musim iaitu:

i. Musim I (Luar musim)

Tanaman padi bermula sekitar pertengahan Mac dan berakhir pada pertengahan Ogos.

Ketika musim ini, bekalan air diperolehi melalui sistem pengairan yang diperolehi

daripada Empangan Pedu dan Muda. Pada pertengahan musim iaitu pada bulan April

hingga September, petani mendapat bekalan air daripada turunan hujan kerana faktor

perubahan tiupan angin monsun barat daya yang membawa hujan lebat ke wilayah ini.

ii. Musim II (Musim utama)

Sebaik sahaja proses penuaian padi musim I diselesaikan, tanaman padi musim II

terus dijalankan iaitu bermula pada pertengahan September sehingga pertengahan

Januari. Ketika musim ini tanaman padi hanya bergantung kepada turunan air hujan.

Tuaian hasil dilakukan pada musim kering iaitu pada penghujung Disember hingga

penghujung Februari (Md. Zuki & Zulkifli 2010).

Berpandukan nisbah padi dengan jerami iaitu 0.45:0.55 dengan anggaran hasil

padi per hektar sebanyak 5.0 tan metrik, Wilayah MADA dijangka mampu

menghasilkan sebanyak 482 790 tan metrik jerami setahun. Jumlah ini adalah jerami

yang dipungut di bahagian atas sahaja disebabkan hanya bahagian atas pokok padi

sahaja yang dipotong. Berdasarkan kepada pengalaman MADA, tujuh ketul bandela

boleh diperolehi bagi satu hektar di kawasan hasil rendah manakala di kawasan hasil

…sambungan

91

tinggi mencecah sehingga sepuluh ketul bandela. Hasil kutipan jerami bagi satu relung

(0.288 hektar) boleh menghasilkan dua ketul bandela bagi kawasan yang berhasil

rendah manakala tiga ketul bandela bagi kawasan berhasil tinggi.

Proses mengumpul jerami menggunakan mesin baler di Wilayah MADA

dengan keupayaan mengumpul sebanyak 27 tan metrik atau 60 bandela jerami padi

dalam sehari. Saiz bandela yang dihasilkan ialah 1.5 m tinggi dan bergaris pusat 1.5 m

dengan anggaran berat sebanyak 450 kg bagi setiap bandela. Di kawasan hasil tinggi

sebanyak 10.5 ketul bandela dapat dipungut bagi setiap hektar iaitu seberat 4.72 tan.

Manakala di kawasan hasil rendah pula hanya memperolehi 7 ketul bandela per hektar

dengan jumlah keseluruhan Wilayah MADA sebanyak 670 542 ketul bandela (Jadual

3.14) (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2007; Md. Zuki & Zulkifli 2010)

Jadual 3.14 Pengumpulan jerami padi di Wilayah MADA

Pengumpulan Jerami Padi

(per hektar) Kuantiti Jerami Yang Dikutip

Bandela Berat * (tan)

Di Kawasan Hasil Tinggi

Di Kawasan Hasil Rendah

10

7

4.72

3.15

Seluruh Wilayah MADA 670 542 301 744

* Berat setiap bandela ialah 450 kg

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2007; Md. Zuki & Zulkifli 2010

Justeru itu, Wilayah MADA mampu menghasilkan sebanyak 301 744 tan

metrik jerami setahun. Walau bagaimanapun, disebabkan faktor cuaca iaitu musim

hujan ketika tanaman musim I dan masa pengurusan tanaman untuk musim II yang

singkat hanya separuh daripada jumlah tersebut mampu diperolehi iaitu 150 872 tan

metrik jerami. Malah, pada ketika musim hujan mesin baler tidak dapat memasuki

sawah kerana keadaan tanah yang terlalu berair dan lembut sehingga menyukarkan

operasi pengumpulan jerami di ladang (Md. Zuki & Zulkifli 2010).

Trend jumlah perolehan jerami bergantung kepada trend pengeluaran hasil

padi di Wilayah MADA. Trend ini menunjukkan peningkatan walaupun kadangkala

mengalami sedikit kejatuhan disebabkan oleh masalah banjir, serangan perosak,

penyakit serta pengurangan kawasan bertanam. Keluasan bertanam pada tahun 2001

92

seluas 192 581 hektar dengan purata hasil sehektar ialah 4072 kg. Jumlah jerami yang

diperolehi sebanyak 958 450 tan metrik. Purata hasil meningkat kepada 4563 kg

sehektar pada tahun 2005 dan menurun kepada 3921 kg sehektar pada tahun 2006.

Jumlah perolehan jerami semakin meningkat sehingga tahun 2005 iaitu 1 076 008 tan

metrik dan jatuh kepada 890 575 tan metrik pada tahun 2006. Keadaan ini disebabkan

oleh masalah banjir yang merosakkan tanaman padi. Pada tahun 2009, sebanyak 976

192 tan metrik dihasilkan dengan purata hasil semakin meningkat iaitu 5055 kg

berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya 4598 kg (Jadual 3.15) (MADA 2007).

Atas faktor kebergantungan kepada bekalan makanan utama dari luar berisiko

tinggi kepada keselamatan politik negara dan sektor ini penyumbang utama kepada

pendapatan penduduk luar bandar menyebabkan penggunaan tanah semakin

dipergiatkan melalui peningkatan intensiti tanaman. Pihak MADA telah berusaha

untuk meningkatkan pengeluaran hasil per hektar melalui pelbagai program antaranya

Program Pengembangan Pertanian, Program Pembangunan Komoditi serta Program

Pembangunan Insan dan Sosial. Matlamat pengeluaran hasil per hektar telah

ditingkatkan dari 5.0 tan/ha pada tahun 1990 kepada 6.0 tan/ha pada tahun 2000 dan

kini ditingkatkan kepada 10.0 tan/ha. Pelbagai program dilaksanakan yang

menjadikan sektor pertanian satu industri perniagaan yang dapat meningkatkan

pendapatan keluarga tani dengan sasaran RM24 000 setahun.

Projek tanaman padi 10 tan sehektar mensasarkan 50 000 hektar (52%)

daripada keluasan kawasan tanaman padi di Wilayah MADA dengan sasaran hasil

7.75 tan/ha menjelang tahun 2010 berbanding hanya 5.0 tan/ ha pada tahun 2001.

Nilai pengeluaran padi setahun juga akan ditingkatkan daripada RM531.4 juta (2001)

kepada RM741.2 juta menjelang 2010. Pelaksanaannya dijalankan di kawasan projek

Pengurusan Sawah Separa Perladangan (PSSP), Projek Separa Perladangan (PSP) dan

Projek Kelompok di Wilayah MADA II. Projek ini mula dijalankan pada musim

II/2001 melibatkan 16 buah projek PSP dengan keluasan 740 hektar dan 551 orang

peladang. Keluasan tanaman ditingkatkan kepada 12 256 hektar yang melibatkan 8515

orang peladang dengan pencapaian purata hasil 6.9 tan/ha. Pencapaian ini adalah

memuaskan kerana melepasi sasaran 6.5 tan/ha yang telah ditetapkan.

94

Jadual 3.15 Keluasan bertanam, pengeluaran padi dan jerami di Wilayah MADA

Tahun Semua Musim

Musim Utama Luar Musim

Keluasan

Bertanam

(hektar)

Purata

Hasil

Sehektar

(kg)

Pengeluaran

(tan metrik)

Jumlah

Jerami

(tan metrik)

Keluasan

Bertanam

(hektar)

Purata

Hasil

Sehektar

(kg)

Pengeluaran

(tan metrik)

Keluasan

Bertanam

(hektar)

Purata

Hasil

Sehektar

(kg)

Pengeluaran

(tan metrik)

2000 192 450 3954 760 928 930 023 96 159 3916 376 559 96 291 3992 384 369

2001 192 581 4072 784 186 958 450 96 299 3862 371 907 96 282 4282 412 280

2002 192 494 4261 820 295 1 002 583 96 144 3886 373 616 96 350 4636 446 679

2003 192 724 4404 848 664 1 037 232 96 338 4318 415 987 96 386 4489 432 677

2004 192 599 4246 817 715 1 028 935 96 260 4022 387 170 96 339 4469 430 545

2005 192 787 4563 879 599 1 076 008 96 377 4307 415 096 96 410 4818 464 503

2006 185 561 3921 727 669 890 575 89 151 2993 266 829 96 410 4780 460 840

2007 192 968 4532 874 550 1 068 894 96 410 4403 424 493 96 558 4661 450 057

2008 193 105 4598 887 992 1 085 324 96 558 4462 430 842 96 547 4735 457 150

2009 193 095 5055 976 192 1 128 765 96 547 5073 489 783 96 548 5038 486 409

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2010

94

Peratus peladang yang mendapat purata hasil kurang dari 3.99 tan/ha telah

berkurangan dengan jelas iaitu dari 11.28% (musim I/2002), 4.32% (musim I/2003),

3.4% (musim I/2004) dan 1.6% (musim I/2005), 5.6% (musim II/2006) dan 6.6%

(musim II/2007). Manakala bilangan peladang yang mendapat hasil melebihi 6.0

tan/ha pula meningkat daripada 47.2% (musim I/2002), 58.0% (musim I/2004), 79.7%

(musim I/2005) dan 54.0% (musim II/2007) (Jadual 3.16). Pencapaian ini berkait rapat

dengan perubahan sikap peladang yang telah menerima pendekatan `rice check ′ atau

pengurusan tanaman yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Ia melibatkan proses

pada peringkat awal penyediaan tanah, pembajaan dan pengawalan perosak

sehinggalah tibanya masa tuaian. Pengurusan tanaman yang baik membolehkan

pencapaian target mencecah kepada 10 tan sehektar yang akan menyebabkan hasil

padi turut meningkat.

Jadual 3.16 Prestasi hasil Projek 10 tan MADA (musim II/2001-II/2005)

Musim

Penanaman

Bil. Projek Bil. Petani

(orang) Keluasan

(hektar) Purata Hasil

(tan/ha)

Musim II/2001 16 551 740 5.4 Musim I/2002 67 2195 3011 5.8 Musim II/2002 70 2261 3181 5.6 Musim I/2003 123 4147 5558 6.2 Musim II/2003 121 4060 5483 5.7 Musim I/2004 243 7398 10 270 6.3 Musim II/2004 243 7490 10 463 6.19 Musim I/2005 282 8515 12 256 6.9 Musim II/2005 311 8789 12553 4.28*

* Pengurangan hasil akibat kesan banjir

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2010

Atas alasan pemeliharaan alam sekitar daripada pembakaran terbuka jerami

dan peningkatan kos pengurusan sawah yang semakin meningkat. Pihak MADA telah

berusaha untuk membangunkan jerami melalui konsep pengurusan pembaziran sifar

iaitu mentransformasikan bahan buangan kepada bahan berfaedah. Sebelum ini,

Wilayah MADA lebih menumpukan kepada pemasaran hasil padi sahaja. Pada tahun

2007, peranannya semakin meningkat dengan sasaran memajukan industri hiliran

jerami padi. Justeru itu, aspek fungsian Wilayah MADA sebagai hub agropolitan

semakin meningkat dalam mengedarkan produk hasil tani peringkat huluan dan hiliran

95

serta menentukan harga supaya setanding dengan produk. Ini akan menentukan

keupayaan Wilayah MADA untuk bersaing di pasaran tempatan mahupun

antarabangsa.

Pembangunan jerami ini telah mendatangkan faedah dan keuntungan yang

besar bukan sahaja kepada PPK tetapi petani setempat yang bertindak sebagai

pembekal bahan mentah iaitu jerami padi. Malah, ia membuka lebih banyak peluang

pekerjaan kepada penduduk setempat. Justeru itu, MADA berusaha mempelbagaikan

produk hilirannya dan membangunkan pelbagai kursus kepada peladang supaya

mereka dapat mengaplikasikan teknologi dan maklumat dalam mempelbagaikan

aktiviti pertanian.

Sebagai contoh, bagi meningkatkan tahap keusahawanan penduduk

terutamanya petani dan meningkatkan rantaian nilai, pihak MADA telah

membangunkan projek Integrasi sebagai satu alternatif untuk mengembangkan dan

memantapkan lagi pengurusan dan penggunaan jerami padi secara optimum sebagai

suatu sumber penjanaan ekonoomi baru di Wilayah MADA. Ia merupakan strategi

dalam mempelbagaikan aktiviti ekonomi melalui penambhan nilai bagi meningkatkan

pengeluaran hasil pertanian dan pendapatan peladang. Komponen yang terlibat dalam

projek integrasi ini ialah projek pengumpulan jerami padi, makanan ternakan lembu

fidlot dan kompos jerami padi. Melalui projek ini, jerami akan dijadikan makanan

ternakan dan kompos. Perkembangan ini akan membuka lebih banyak peluang

pekerjaan terutamanya kepada penduduk sekitar dan menarik pengusaha untuk

bertumpu di kawasan tersebut bagi mengusahakannya. Perkembangan perusahaan

ladang akan memberi kesan tebaran kepada kawasan pinggirnya.

Projek integrasi ini dijalankan melalui beberapa peringkat. Pengumpulan

jerami padi dilakukan oleh mesin baler dalam bentuk bandela (bale). Malah, terdapat

juga segelintir petani yang memungutnya secara manual. Jerami padi yang dipungut

akan diberikan kepada ternakan lembu sebagai makanan dalam bentuk jerami segar

dan jerami yang telah dirawat probiotik sebagai makanan. Pada masa yang sama,

jerami juga diletakkan di kandang sebagai lapisan (bedding). Lapisan ini akan dipijak-

pijak oleh lembu sehingga hampir hancur dan ia akan bergaul terus dengan tinja

96

(najis) lembu. Secara tidak langsung, kompos akan terhasil dengan sendirinya.

Kompos ini merupakan baja organik yang mampu menyuburkan tanaman dan sangat

sesuai untuk tanaman padi dan hortikultur.

Projek pengumpulan jerami mula dilaksanakan di Wilayah MADApada tahun

musim 2/1997 di PPK B-II Sanglang diikuti oleh PPK E-III Kobah musim 2/2006 dan

bulan Januari tahun 2007 di PPK F-IV Sungai Limau Dalam. Berdasarkan jadual 3.17,

PPK F-IV Sungai Limau Dalam menjalankan sepenuhnya projek integrasi ini.

Manakala di Wilayah II (PPK Sanglang dan PPK Kerpan) dan Wilayah III (PPK Titi

Hj. Idris dan PPK Kobah) pula, projek integrasi ini dijalankan bersama

memandangkan lokasinya berdekatan. PPK B-II Sanglang dan PPK E-III Kobah

dijadikan pusat pengumpulan jerami manakala PPK C-II Kerpan dan PPK D-III Titi

Hj. Idris menjalankan ternakan lembu fidlot dan kompos jerami padi. Sumber jerami

sebagai makanan ternakan dan kompos diperolehi dari PPK Sanglang dan PPK

Kobah. Projek memproses kompos pada awalnya hanya dilaksanakan di kawasan PPK

B-2 Sanglang pada tahun 2002. Kini ia turut dijalankan di PPK Sungai Limau Dalam,

PPK Kerpan dan PPK Titi Hj Idris (MADA 2009).

Jadual 3.17 Lokasi projek integrasi jerami padi, ternakan lembu fidlot dan

kompos jerami di Wilayah MADA sehingga Disember 2008

Komponen Projek Pertubuhan Peladang Kawasan

B-II

Sanglang

C-II

Kerpan

D-III

Titi

Hj.

Idris

E-III

Kobah

F-IV

Sungai

Limau

Dalam

Pengumpulan Jerami Padi X X X

Ternakan Lembu Fidlot X X X

Kompos Jerami Padi X X X X

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2009

Pengeluaran lembu tempatan hanya mampu menyumbang 20 peratus daripada

keperluan daging negara. Pasaran bekalan daging lembu tempatan yang terhad telah

memaksa kerajaan mengimportnya dari negara luar. Melihat kepada perkembangan

itu, pihak MADA bertindak menjalankan projek perintis ternakan lembu fidlot.

Ternakan fidlot bermaksud ternakan diternak secara banyak dan padat serta

97

digemukkan sebelum disembelih. Peningkatan bilangan ternakan akan diberi

keutamaan sekaligus meningkatkan penggunaan jerami padi sebagai makanan

ternakan.

Projek ini digerakkan oleh golongan peladang termiskin di bawah Program

Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Ia dilaksanakan di Kampung Manggol

Bongor pada tahun 1998 dan diuruskan oleh PPK C-II Kerpan. Manakala PPK lain

yang melaksanakan projek ternakan lembu fidlot ini ialah PPK D-III Titi Hj Idris di

Tobiar dan PPK F-IV Sungai Limau Dalam berhampiran kaki Gunung Jerai. Makanan

ternakan terdiri daripada jerami segar dan jerami terawat probiotik di samping

makanan tambahan lain seperti rumput napier dan dedak. Kandungan protein dalam

jerami padi ditingkatkan dari 4.0 peratus kepada 10.0 peratus melalui kaedah merawat

probiotik.

Bagi mengurangkan kos pembelian input dan permintaan yang semakin

meningkat terhadap penggunaan kompos di kalangan peladang, MADA telah berusaha

meningkatkan pengeluaran baja kompos daripada jerami padi. Malah, peladang juga

tertarik dengan keupayaan kompos dalam memperbaiki kandungan nutrien di dalam

tanah, memelihara alam sekitar dan menjaga kesihatan pengguna dan peladang

daripada kesan penggunaan input baja kimia dan racun perosak tanaman.

Pengahasilan kompos jerami juga memberi pendapatan sampingan kepada peladang

yang mengusahakan projek baja kompos kerana penghasilannya tidak memerlukan

tenaga buruh mahir.

Kini, projek industri jerami padi ini semakin berkembang dengan nilai jualan

sebanyak RM210 ribu. Pada tahun 2008 sebanyak 3772 ketul bandela jerami telah

dipungut di Wilayah MADA. PPK B-II Sanglang mencatat pungutan jerami tertinggi

iaitu sebanyak 1722 ketul berbanding PPK E-III Kobah yang hanya mampu

memungut 892 ketul bandela pada tahun 2008. Ini berikutan masalah cuaca yang

menyebabkan keadaan jerami lembab dan basah menjadikannya tidak sesuai untuk

dipungut. Sejumlah 8000 ketul bandela disasarkan untuk dipungut pada tahun 2009

dengan anggaran 3285 tan dan 3420 tan pada tahun 2010 (Jadual 3.18).

98

Jadual 3.18 Prestasi dan sasaran pengeluaran jerami di Wilayah MADA

Wilayah Tahun 2008

Sebenar

(Bandela)

Nilai Jualan

(RM)

Tahun 2009

Sasaran

(Bandela)

Wilayah II (PPK B-II Sanglang)

Wilayah III ( PPK E-III Kobah)

Wilayah IV (PPK F-IV Sg. Limau Dalam)

1722

892

1158

87 512.00

53 520.00

69 930.00

3500

2000

2500

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2009

Di PPK F-IV Sungai Limau Dalam, hanya 30 peratus jerami dapat dipungut di

kawasan kendaliannya dan 80 peratus daripada jerami dijual kepada penternak lembu

manakala masing-masing 10 peratus dijual kepada penternak cacing dan cendawan

dari serata kawasan. Jerami juga dijual kepada usahawan di luar Wilayah MADA

antaranya dari negeri Kelantan, Perak, Selangor dan Johor Bharu untuk digunakan

sebagai media tanaman cendawan, ternakan cacing dan makanan ternakan seperti

lembu dan kuda serta bahan sungkupan untuk tanaman tembakau.

Bagi projek integrasi lembu fidlot pula, lembu-lembu ini mendapat permintaan

yang tinggi terutamanya pada musim perayaan dan keraian iaitu sepanjang bulan

Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, musim cuti persekolahan dan majlis

kenduri kahwin. Bagi memperolehi pendapatan yang optima dan keuntungan yang

memuaskan, perbezaan antara harga belian dan jualan diutamakan. Oleh itu, lembu-

lembu yang diimport akan digemukkan selama tiga hingga empat bulan dengan kadar

pertumbuhan 800g hingga 1000g sehari sebelum ianya boleh dipasarkan. Tumpuan

pasaran kini di seluruh negeri Kedah terutamanya di sekitar Bandaraya Alor Setar,

Daerah Kubang Pasu, Daerah Padang Terap dan Daerah Pendang serta Negeri Perlis

yang melibatkan sasaran ke atas 50.0% pemborong, 20.0 % peruncit dan 30.0%

pengguna. Strategi pemasaran dikembangkan dengan memberi kemudahan jualan

secara kredit selama dua minggu bagi pelanggan tetap yang sering berurus niaga di

PPK C-II Kerpan. Selain itu, perkhidmatan penghantaran percuma juga turut

disediakan.

Pada tahun 2008, sebanyak 387 tan kompos telah berjaya dihasilkan dengan

bilangan jualan sebanyak 9446 kg. PPK D-III Titi Hj. Idris menghasilkan 12 tan

99

kompos dengan jualan tertinggi iaitu sebanyak 6704 kg (RM6638.00). Kompos jerami

semakin mendapat permintaan dari peladang hortikultur di luar Wilayah MADA

dengan harga jualan RM2.50 sekilo manakala vermikompos RM3.80 sekilo. Nilai

jualan kompos bagi keseluruhan Wilayah MADA pada tahun 2008 ialah RM14 094

(Jadual 3.19).

Jadual 3.19 Prestasi pengeluaran kompos tahun 2008

Wilayah Jumlah

Sebenar

(tan)

Bil.

Jualan

(kg)

Nilai

Jualan

(RM)

Wilayah II (PPK B-II Sanglang , C-II Kerpan)

Wilayah III (PPK D-III Titi Hj. Idris)

Wilayah IV (PPK F-IV Sg. Limau Dalam)

350

12

25

1321

6704

1421

4614.00

6638.00

2842.00

Sumber: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 2009

Selain daripada projek Integrasi tersebut, pihak MADA juga membangunkan

produk kraf jerami. Projek tersebut dikomersilkan oleh PPK C-III Tajar dan

merupakan yang terulung di Malaysia. Pihak MADA dan Perbadanan Kraftangan

Kedah kini bekerjasama melatih beberapa bakal pengusaha kraf jerami padi di Pusat

Inkubator Kepala Batas, Kedah. Antara produk jerami yang telah berjaya dihasilkan

ialah kertas, terendak lampu, buku nota, barangan cenderahati dan pelbagai produk

kraf berasaskan jerami padi. Pihak MADA juga telah mempunyai teknologi

pembuatan kertas dan dijangka mampu menghasilkan 2500 unit kertas bersaiz A1

sebulan. Malah, sebuah kilang pemprosesan kertas kraftangan akan dibina di PPK C-

III Tajar dengan mensasarkan pengeluaran kertas pelbagai saiz sebanyak 200 ribu unit

setahun dan pelbagai produk kraf berasaskan kertas jerami sebanyak 60 ribu unit

setahun.

Sebagai promosi barangan kraf daripada jerami, MADA telah menetapkan

setiap majlis atau upacara yang memerlukan pemberian cenderahati, pihak penganjur

iaitu MADA wajib menggunakan produk kraf jerami sebagai tanda penghargaan.

Keupayaan penghasilan yang rendah menyebabkan penawarannya turut terjejas.

Pengusaha produk kraf jerami tidak mampu memenuhi permintaan tempatan apatah

100

lagi permintaan dari negara luar. Setakat ini produk kraf jerami hanya dieksport ke

Amerika Syarikat dan Belanda dalam jumlah yang sangat kecil.

Justeru itu, Wilayah MADA dilihat telah melalui evolusi dengan memainkan

peranan baru sebagai hub agropolitan. Fungsinya sebagai sebuah wilayah formal yang

hanya menjalankan aktiviti ekonomi primer kini, diperluaskan dan diperdalami dari

aspek fungsinya dengan menjalankan aktiviti ekonomi sekunder dan tertier. Namun

begitu, kedudukan industri jerami dilihat masih lagi stagnasi memandangkan

pembangunannya tidak meluas serta melibatkan sebilangan kecil petani dan

pengusaha sahaja. Selebihnya, jerami hanya dibaziri.

3.8 KESIMPULAN

Kajian dilakukan untuk memahami caturan faktor-faktor dan elemen-elemen yang

membawa kepada wujudnya persoalan stagnasi dalam pembangunan industri jerami di

Wilayah MADA. Rekabentuk penyelidikan kuantitatif dan disokong oleh rekabentuk

kajian kualitatif digunakan untuk mengumpulkan data–data yang bersifar primer dan

sekunder. Data primer diperolehi melaui kaedah temubual, kaji selidik dan

pemerhatian. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk menentukan subjek

kajian dan kaedah persampelan bola salji pula digunakan untuk mendapatkan saiz

sampel bagi tujuan kajian ini. Responden bagi kajian enterprais sebanyak 19 orang

pengusaha, komuniti petani sebanyak 160 orang sementara 16 orang petani

ditemubual secara mendalam. Manakala 15 orang responden lagi mewakili pegawai di

institusi sektor pertanian dan bukan pertanian. Data yang diperolehi akan dianalisis

agar paparan data lebih jelas menonjolkan caturan faktor yang membawa kepada

berlakunya stagnasi dalam pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

101

94

94

88

BAB IV

KAJIAN ENTERPRAIS: KEUPAYAAN ENTERPRAIS DALAM

PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

4.1 PENGENALAN

Pembangunan yang berterusan bagi sesebuah enterprais sangat bergantung kepada

hubungan antara kualiti pengurusan firmanya, kepekaan dan pengurusan terhadap

persekitaran dan teknik pengkhususan yang fleksibel. Hubungan ini penting bagi

mencapai matlamat sesebuah firma iaitu untuk memperolehi keuntungan, bersifat

mesra alam, mampu untuk bersaing dalam jangka masa panjang dan menawarkan

produk serta perkhidmatan yang berkualiti (Welford & Gouldson 1993). Justeru itu,

kajian enterprais akan menelah keupayaan pengusaha enterprais untuk

membangunkan dan mengembangkan industri berasaskan jerami padi dengan melihat

kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan menjejaskan usaha usahawan untuk

membangunkan jerami. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh pengusaha enterprais

dalam meluaskan pasaran produk hasilan jerami akan turut dikaji.

4.2 PROFIL PENGUSAHA DAN ENTERPRAIS

Kaji selidik telah dijalankan ke atas 19 orang pengusaha enterprais (responden kajian)

yang menggunakan jerami sebagai bahan asas bagi menjalankan aktiviti perusahaan

(Lampiran D). Ia melibatkan 17 orang (89.5%) pengusaha lelaki dan dua (10.6%)

orang pengusaha perempuan. Kebanyakan pengusaha terdiri daripada kaum Melayu

iaitu seramai 17 orang (89.5%) yang terdiri daripada 16 orang pengusaha lelaki dan

seorang pengusaha perempuan. Terdapat juga pengusaha berbangsa lain iaitu seorang

pengusaha perempuan berbangsa Cina yang mengusahakan jerami sebagai media

102

pertumbuhan cendawan dan seorang lelaki berbangsa India yang mengusahakan

kompos jerami (Jadual 4.1).

Jadual 4.1 Bilangan pengusaha mengikut jantina dan kaum

Kaum Lelaki Perempuan

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Melayu

Cina

India

16

-

1

84.2

-

5.3

1

1

-

5.3

5.3

-

Hampir keseluruhan pengusaha melibatkan 16 orang (84.2%) menjalankan

perniagaan berstatus persendirian. Manakala dua orang (10.5%) berstatus syarikat.

Hanya terdapat seorang pengusaha (5.3%) menjalankan enterprais berstatus

perkongsian (Rajah 4.1). Perusahaan dengan hak milik persendirian (tunggal)

selalunya beroperasi secara kecil-kecilan dan tidak berupaya mengupah pekerja yang

lebih mahir.

Rajah 4.1 Status pemilikan enterprais

Berdasarkan hasil kajian (Jadual 4.2), hanya empat orang (21.0%) pengusaha

yang mempunyai pengalaman yang begitu lama dalam urusan perniagaan iaitu

masing-masing dua orang (10.5%) yang terlibat dalam tempoh 16 hingga 20 tahun dan

lebih 20 tahun. Mereka merupakan petani (penanam padi) dan menjalankan

perusahaan penternakan lembu serta menggunakan jerami sebagai makanan ternakan

Status

pemilikan

enterprais

103

sejak memulakan bisnes tersebut lebih 20 tahun yang lalu. Bagi tempoh 6-10 tahun

melibatkan enam orang (31.6%) pengusaha. Seramai lima orang (26.3%) pengusaha

masih baru melibatkan diri dalam perniagaan. Walau bagimanapun, seramai lapan

orang (42.1%) masih terlalu baharu menggunakan jerami sebagai asas dalam

perniagaan iaitu dalam lingkungan kurang daripada lima tahun manakala tujuh orang

(36.8%) bagi jangka masa 6-10 tahun.

Jadual 4.2 Taburan silang antara tempoh mengusahakan enterprais dengan tempoh

menggunakan jerami sebagai asas kepada perusahaan

Tahun Tempoh mengusahakan

enterprais

Jerami sebagai bahan asas

kepada aktiviti perusahaan

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Kurang 5 tahun

6 – 10 tahun

11 – 15 tahun

16 – 20 tahun

Lebih 20 tahun

5

6

4

2

2

26.3

31.6

21.1

10.5

10.5

8

7

1

1

2

42.1

36.8

5.3

5.3

10.5

Kajian melibatkan lima jenis enterprais yang menggunakan jerami sebagai

bahan asas kepada perusahaan. Seramai lapan orang (42.1%) pengusaha menggunakan

jerami sebagai makanan lembu, kraf jerami seramai empat orang (21.1%), tiga orang

pengusaha (15.8%) mengusahakan kompos jerami, makanan ternakan dan kompos

seramai dua orang (10.5%). Manakala masing-masing seorang pengusaha (5.3%)

menjadikan jerami sebagai sebagai media pertumbuhan cendawan dan janakuasa

tenaga elektrik (Jadual 4.3).

Jadual 4.3 Jenis enterprais yang menggunakan jerami sebagai bahan mentah

Jenis enterprais Bilangan Peratus

Makanan ternakan 8 42.1

Kraf

Kompos

Makanan ternakan dan kompos

Media pertumbuhan cendawan

Janakuasa tenaga elektrik

4

3

2

1

1

21.0

15.8

10.5

5.3

5.3

104

4.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA

MEMILIH JERAMI SEBAGAI BAHAN ASAS DALAM

PEMBANGUNAN ENTERPRAIS

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengusaha memilih jerami sebagai asas

kepada perusahaan mereka antaranya bahan mentah tersebut mudah diperolehi dan

harganya murah, berpotensi untuk dimajukan, terdapatnya dasar dan galakan kerajaan

serta dapat menonjolkan identiti negeri (Rajah 4.2).

68%

16%

11%5% Mudah diperolehi

dan murah

Berpotensi

Penonjolan identiti

negeri

Dasar dan galakan

kerajaan

Rajah 4.2 Faktor-faktor pemilihan jerami sebagai bahan

asas bagi pembangunan perusahaan

4.3.1 Bahan Mentah Jerami Sangat Mudah Diperolehi Dan Murah

Lebih separuh daripada pengusaha iaitu 13 orang (74.0%) menyatakan bahawa jerami

sangat mudah diperolehi dan terdapat secara meluas di serata Negeri Kedah (Rajah

4.2). Malah, bahan mentah tersebut boleh diperolehi dengan harga yang murah dan ini

menjimatkan kos pengeluaran. Hasil analisis temubual mendapati kedapatan jerami

secara meluas dan boleh diperolehi dengan harga yang murah mendorong pengusaha

menjadikannya sebagai bahan mentah utama kepada enterprais mereka.

“…Jerami boleh didapati di sekeliling kawasan ternakan ni. Jadi

senang nak ambil dan bagi ternakan makan” (P5).

“...Jerami sangat banyak dan daripada terbuang saja, jerami boleh

dijadikan makanan lembu macam rumput juga la” (P9).

105

Memandangkan jerami dianggap sebagai bahan buangan oleh petani,

pengusaha tidak menghadapi sebarang kesulitan sekiranya ingin memungut sendiri

jerami di ladang secara kecil-kecilan terutamanya bagi pengusaha kraf. Petani

biasanya hanya membiarkan pengusaha memungut sendiri tanpa dikenakan sebarang

bayaran. Walau bagaimanapun, terdapat juga petani yang mengenakan bayaran namun

dengan kadar yang murah sahaja antaranya 50 sen hingga RM2.00 seguni.

“…Nak dapat jerami mudah sangat. Lalu tepi jalan bendang, buka

bonet kereta, isi jerami penuh-penuh. Petani tengok pun, dia tak kisah

sebab dia nak bakar saja pun jerami tu. Dapat free ja” (P1).

“…Saya pilih jerami untuk bisnes ni sebab jerami sangat banyak di

serata Kedah dan terbuang saja. Masa mula-mula buat bisnes jerami

dapat free ja sebab guna pun sikit. La ni kapasiti yang saya ambil agak

banyak jadi saya beli daripada petani. Seguni harga dia dua ringgit saja.

Masih murah la” (P4).

4.3.2 Kepelbagaian Potensi Dan Kelebihan Jerami Sebagai Bahan

Mentah

Hasil analisis temubual mendapati pengusaha memilih jerami sebagai bahan asas

kepada pembangunan enterprais kerana menyedari kepelbagaian potensi jerami.

Antaranya kelebihan kompos jerami berbanding baja kimia terutamanya dalam

peningkatan hasil tanaman, agen penyuburan tanah serta penggunaannya yang mesra

alam. Ini memberikan kelebihan kepada kepada pengusaha untuk memasarkan baja

kompos jerami. Selain itu, ia juga boleh diusahakan sebagai makanan ternakan.

Seramai tiga orang pengusaha (16.0%) mengakui potensi jerami menjadi alasan utama

kepada pemilihan jerami sebagai asas bahan mentah kepada perusahaan mereka

(Rajah 4.2).

“…Saya lihat kepada potensi jerami yang sangat tinggi untuk

dikomersilkan” (P13).

“…Jerami sebagai makanan ternakan sangat berpotensi. Lagipun harga

makanan import dah semakin meningkat. Jadi, saya kurangkan

pengambilan makanan import dan gantikan dengan jerami” (P12).

Tambahan pula, sifat jerami yang pendek, rapuh dan berserat lebih halus

berbanding batang pisang dan kantan dengan serat yang kasar dan panjang memberi

106

kelebihan kepada penghasilan produk kraf jerami. Oleh itu, penghasilan kertas jerami

akan lebih mudah dan hasilnya lebih halus dan sangat menarik berbanding

penggunaan bahan mentah lain.

“…Kertas jerami ni boleh dapat dalam tiga jenis iaitu bertekstur kasar

dan lebih halus serta warnanya yang lebih asli (natural). Malah, setiap

helaian akan menghasilkan tekstur yang berbeza dan sangat menarik

berbanding kertas daripada bahan mentah lain yang bertekstur kasar

dan panjang seperti batang kantan, batang pisang, kulit kenaf, batang

lengkuas dan batang pokok mengkerai” (P1).

“…Jerami padi ni lebih pendek dan rapuh berbanding dengan bahan

mentah lain seperti batang pisang. Jadi kualiti kertas jerami lebih halus

jika dibandingkan dengan produk kertas lain” (P2).

4.3.3 Penonjolan Identiti Negeri Kedah

Terdapat dua orang pengusaha (11.0%) menyatakan penonjolan identiti Kedah sebagai

negeri jelapang padi negara menjadi faktor penarik untuk mereka mengusahakan

jerami (Rajah 4.2). Mereka terdiri daripada pengusaha kraf jerami. Hasil temubual

mendapati mereka tertarik untuk membangunkan jerami kerana setakat ini Kedah

belum mempunyai produk yang mampu menonjolkan identitinya selain daripada

penghasilan padi. Justeru itu, potensinya yang tinggi sebagai barangan kraf perlu

diserlahkan.

“…Kedah tidak ada satu produk yang melambangkan identitinya

seperti Kelantan dan Terengganu dengan batik. Jadi timbul idea buat

kraf dengan jerami sebab Kedah terkenal dengan Negeri Jelapang Padi.

Jadi saya cuba mengkomersilkannya” (P1).

“…Jerami dapat tonjolkan identiti Kedah sebagai jelapang padi negara”

(P3).

4.3.4 Dasar Dan Galakan Kerajaan Terhadap Industri Jerami

Galakan kerajaan dan dasar yang kini lebih cenderung kepada penggunaan produk

yang mesra alam mejadi alasan kepada seorang pengusaha untuk membangunkan

jerami (Rajah 4.2). Situasi ini akan memberi peluang kepada usahawan enterprais

untuk meluaskan operasi industri dan seterusnya mewujudkan rantaian industri.

107

“…Adanya galakan kerajaan terhadap penggunaan semula bahan

buangan. Sebelum ni, saya ada majukan projek janakuasa elektrik

menggunakan buangan kelapa sawit di Lukut. Kat Kedah ni timbul

masalah pembakaran jerami terutamanya ke atas alam sekitar dan

pengguna lebuhraya. Jadi timbul inisiatif nak gunakan semula jerami

untuk hasilkan tenaga elektrik. Bila projek ni dah berjalan nanti, semua

jerami di seluruh Kedah akan make use la” (P18).

4.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENJEJASKAN PENGUSAHA

ENTERPRAIS UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI JERAMI

Hasil kaji selidik mendapati masalah utama yang menjejaskan pengusaha enterprais

untuk membangunkan industri jerami ialah peranan pihak institusi yang kurang kukuh

dalam merangsang pertumbuhan industri tersebut. Seramai 18 orang (94.7%)

pengusaha menyatakan bahawa pihak institusi kurang memberikan sokongan

terutamanya dalam bentuk promosi. Selain itu, hasil kajian juga mendapati seramai 17

orang (89.5%) pengusaha menyatakan bahawa tahap penerimaan dan sokongan

masyarakat yang rendah terhadap produk jerami turut menjejaskan pembangunan

enterprais mereka (Jadual 4.4).

Kekurangan kajian yang dijalankan ke atas potensi jerami secara terarah

(78.9%) turut menyebabkan pengusaha tidak dapat mengeksploitasi dan

mengoptimumkan potensi supaya dapat memenuhi kehendak pasaran. Selain itu,

faktor kurangnya tahap kemahiran dan pengetahuan di kalangan pengusaha (73.7%)

dan kekurangan modal di kalangan pengusaha (63.2%) turut menyumbang kepada

stagnasi dalam pembangunan jerami. Ini ditambah dengan sikap pengusaha yang

kurang pro-aktif (26.3%) turut menjejaskan perkembangan industri jerami.

Skop pasaran produk jerami yang terbatas dan tenaga kerja sambilan yang

kurang mahir masing-masing hanya empat orang pengusaha (21.1%) menyatakan ia

sedikit sebanyak turut mencalarkan pembangunan enterprais jerami. Hanya tiga orang

pengusaha (15.8%) yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan bahan

mentah manakala selebihnya 16 orang pengusaha (84.2%) tidak menghadapi masalah

untuk mendapatkan bekalan jerami atas alas an jerami masih dianggap bahan terbuang

oleh petani (Jadual 4.4 ).

108

Jadual 4.4 Faktor-faktor yang menjejaskan usaha pembangunan enterprais

berasaskan jerami padi

Faktor yang menjejaskan usaha

pembangunan enterprais

berasaskan jerami padi

Ya Tidak

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Peranan institusi yang kurang kukuh

dalam membantu memajukan

enterprais jerami

Tahap penerimaan dan sokongan

masyarakat yang lemah terhadap

produk berasaskan jerami

P&P yang kurang terarah kepada

potensi dan teknik pemprosesan

jerami yang lebih efektif

Tahap kemahiran dan pengetahuan

berkaitan aspek perusahaan jerami di

kalangan pengusaha enterprais yang

kurang mantap

Pengusaha kekurangan modal untuk

mengembangkan enterprais

Sikap usahawan yang tidak pro-aktif

dalam mengembangkan enterprais

Skop pasaran produk jerami yang

terbatas

Tenaga kerja sambilan yang kurang

mahir terutamanya bagi penghasilan

produk kraf

Stok bekalan bahan mentah jerami

18

17

15

14

12

5

4

4

3

94.7

89.5

78.9

73.7

63.2

26.3

21.1

21.1

15.8

1

2

4

5

7

14

15

15

16

5.3

10.5

21.1

26.3

36.8

73.7

78.9

78.9

84.2

4.4.1 Peranan Institusi Yang Kurang Kukuh Dalam Memajukan Enterprais

Jerami

Hasil kajian mendapati peranan institusi sangat penting dalam mengukuhkan aspek

peningkatan permintaan dan penawaran bagi pembangunan produk jerami.

Keseluruhan pengusaha iaitu seramai 19 orang (100.0%) menyatakan pihak institusi

kurang menjalankan promosi terhadap kepentingan penggunaan produk berasaskan

jerami. Seramai 15 orang pengusaha (78.9%) menyatakan bahawa tiada sokongan dan

109

kerjasama antara agensi terutamanya agensi pertanian sendiri untuk turut serta

menggunakan produk jerami dalam meningkatkan hasil ladang. Terdapat juga 14

orang pengusaha (73.7%) yang menekankan aspek kurangnya penekanan polisi

terhadap penggunaan produk jerami menyebabkan industri ini kurang berkembang.

Selain itu, sembilan orang pengusaha (47.4%) menyatakan pegawai di institusi

terbabit kurang kemahiran dan pengetahuan dalam membantu meningkatkan kualiti

produk. Malah, ketidakcekapan di peringkat pengurusan institusi turut menggugat

pembangunan enterprais jerami. Ini diakui oleh sebilangan kecil pengusaha enterprais

iaitu sebanyak enam orang sahaja (31.6%) (Jadual 4.5).

Jadual 4.5 Masalah di peringkat institusi yang membawa kepada stagnasi

pembangunan enterprais jerami

Masalah yang wujud di peringkat

institusi

Ya Tidak

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Institusi kurang menjalankan promosi

terhadap kepentingan penggunaan

produk berasaskan jerami

Tiada sokongan dan kerjasama antara

agensi untuk turut menggunakan

produk jerami dalam aktiviti jerami

Polisi yang kurang menekankan kepada

penggunaan produk jerami

Pegawai di institusi kurang

pengetahuan dan kemahiran dalam

membantu pengusaha mengembangkan

produk jerami

Ketidakcekapan di peringkat

pengurusan institusi

19

15

14

9

6

100.0

78.9

73.7

47.4

31.6

-

4

5

10

13

-

21.1

26.3

52.6

68.4

a. Institusi kurang menjalankan promosi terhadap kepentingan penggunaan

produk berasaskan jerami

Peranan institusi sangat penting dalam mempromosikan sesuatu produk. Ini kerana

institusi mempunyai pengaruh yang kuat dalam mengembangkan produk di pasaran

antaranya melalui penggunaan produk biasanya jerami dalam projek yang

110

dijalankannya seperti penggunaan baja kompos dalam aktiviti ladang selain pengaruh

media elektronik dan media cetak. Promosi berperanan penting supaya masyarakat

memperolehi maklumat berkaitan kepentingan dan kelebihan penggunaan produk

jerami terhadap alam sekitar, tanaman dan hasil pertanian serta keunikannya sebagai

produk kraf. Promosi yang lemah menyebabkan masyarakat tidak mendapat maklumat

sebenar dan kurang peka berkenaan kepelbagaian kegunaan jerami dan kelebihannya

berbanding produk lain di pasaran.

Dalam meningkatkan pasaran jerami sebagai baja kompos, pengusaha

menghadapi kesukaran untuk mendapat tempat di pasaran. Ini kerana masyarakat

tidak mempunyai maklumat berkenaan kepentingan dan kelebihan penggunaan baja

kompos di samping keperluan tanaman kepada input organik terutamanya tanaman

padi, sayuran dan hortikultur. Ini menjadikan pasaran bagi kompos jerami adalah

terhad kerana tiadanya permintaan yang meluas daripada masyarakat.

“…Pasaran sangat terhad sebab kerajaan kurang buat promosi.

Sepatutnya buat promosi besar-besaran dalam tv, surat khabar dan

radio, barulah masyarakat mula nampak kelebihan produk ni. Kalau

nak harap kami pengusaha kecil ni memang tak mampu nak buat. Perlu

modal yang besar. Kami hanya cakap dari seorang ke seorang. Jadi

macamana promosi nak meluas” (P11).

“…Promosi sangat kurang. Masyarakat dah biasa dengan produk baja

kimia. Jadi susah kita nak yakinkan orang ramai guna baja organik ni”

(P14).

“…Kita buat kompos banyak tapi tak tau nak pasarkan kat mana. Jenuh

kita nak cakap kat orang ramai bahawa kompos ni elok untuk pokok

bunga di kawasan rumah. Tapi biasanya masyarakat kita tak berapa tau

kelebihan kompos atau baja organik ni. Biasanya kita jual kat

pengusaha nurseri pokok bunga ja” (P15).

b. Tiada Sokongan Dan Kerjasama Antara Agensi Terhadap Penggunaan

Produk Jerami

Sokongan kerajaan sangat penting dalam mempengaruhi pembangunan industri hiliran

jerami dengan hampir keseluruhan pengusaha (94.7%) menyatakan tiadanya sokongan

padu daripada institusi dalam menyokong penggunaan jerami turut menjejaskan

enterprais mereka. Hasil analisis temubual mendapati pihak agensi pertanian sendiri

111

seperti MADA, Jabatan Pertanian serta pihak berkuasa tempatan seperti Majlis

Perbandaran tidak menggunakan baja kompos jerami dalam menjalankan aktiviti

tanaman ladang mereka seperti tanaman padi, perkebunan sayur, tanaman buah-

buahan dan tanaman pokok bunga. Ini menyebabkan penggunaan baja kompos tidak

meluas di kalangan pengusaha ladang tanaman.

Berdasarkan pengalaman pengusaha enterprais, mereka digalakkan oleh pihak

institusi untuk menghasilkan baja kompos namun kegagalan pihak institusi untuk turut

serta menggunakan produk ini menyebabkan permintaan tidak meluas. Justeru itu,

ramai pengusaha telah gagal dalam industri ini.

“…Saya pernah pi jual baja kompos jerami pada satu agensi pertanian

ni tapi depa tak berminat pun nak tengok sebab dia kata kami dok guna

baja kimia dah, tak dak masalah pun kenapa tukar kepada organik

pula” (P11).

“…Projek tanaman makanan kerajaan punya sangat luas contohnya

tanaman padi, buahan dan sayuran. Kalau agensi-agensi berkaitan

pakat guna baja kompos dalam aktiviti pertanian mereka, dah tentu

permintaan terhadap kompos jerami semakin meluas dan industri ni

juga akan turut berkembang” (P13).

“…Dah ramai pengusaha kompos jerami gulung tikar sebab kerajaan

tak mau support. Depa (kerajaan) galakkan kita (pengusaha) buat

projek ni dan buat promosi kata kompos jerami bagus tapi depa

(kerajaan) sendiri tak beli dan pakai untuk aktiviti ladang mereka

seperti tanaman padi, hortikultur, buahan dan sayuran” (P15).

“…Sepatutnya pihak MADA dan Jabatan Pertanian sendiri guna baja

kompos untuk tanaman padi yang sangat luas di Kedah ni. Kerjasama

macam ni la baru kompos jerami akan dapat tempat di pasaran. Setakat

jual sikit-sikit kat nurseri pokok bunga mana boleh jalan” (P12).

c. Polisi Yang Kurang Menekankan Kepada Penggunaan Produk Jerami

Hasil analisis temubual dengan pengusaha enterprais mendapati polisi kerajaan yang

kurang fokus kepada penggunaan produk jerami menyebabkan permintaan terhadap

produk jerami kurang memberangsangkan. Polisi kerajaan yang memberikan subsidi

baja kimia kepada pengeluar tanaman industri dan tanaman makanan menyukarkan

lagi pengusaha untuk menembusi pasaran. Ini kerana petani dan peladang tidak mahu

112

menggunakan baja kompos kerana mereka telah dibekalkan dengan subsidi baja kimia

yang diperolehi dengan percuma berbanding kompos walaupun dijual dengan harga

yang murah.

“…Kadang kita bawa pi jual pada petani pun depa (petani) tak mau

sebab baja kimia bersubsidi dah ada. Jadi untuk apa petani beli

walaupun harga murah sebab depa (petani) dah dapat free” (P12).

“…Kalau kerajaan tukar bagi subsidi dari baja kimia kepada baja

kompos, mesti boleh meluas lagi pasaran kompos jerami ni” (P13).

“…Petani padi tak mau guna kompos jerami sebab depa dah dapat

subsidi baja kimia. Macamana nak ada pasaran” (P15).

Hasil analisis temubual dengan pengusaha kraf jerami mendapati bagi

meningkatkan permintaan terhadap produk jerami, polisi kerajaan terutamanya

kerajaan negeri dan agensi yang berkaitan dengan pembangunan jerami seperti

MADA, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri Kedah dan agensi kerajaan di

peringkat Negeri Kedah sewajarnya mewujudkan polisi dengan mewajibkan

pemberian cenderamata produk jerami dalam setiap program yang dianjurkan. Secara

tidak langsung, ia dapat meningkatkan permintaan terhadap kraf jerami selain mampu

menonjolkan identiti Negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Negara.

“…Macam MADA tengah buat la ni, apa-apa event di MADA semua

kena bagi produk kraf jerami sebagai cenderamata. Depa mula tertarik

dan contact kita untuk dapatkan cenderamata bagi event depa di tempat

lain pula. Jadi masyarakat mula kenal produk ni dan baru la kita

(pengusaha) boleh maju” (P2).

“…Kita ambil contoh batik. Bila kerajaan wajibkan pakai batik pada

hari Khamis, industri batik naik. Kalau kerajaan negeri dan agensi

berkaitan pertanian pun buat macam tu pada dengan mewajibkan

semua majlis rasmi bagi cenderamata produk jerami untuk tonjolkan

identiti negeri Kedah, baru la produk jerami dapat permintaan yang

baik di pasaran” (P1).

d. Pegawai Institusi Kurang Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Memberi

Khidmat Nasihat Kepada Pengusaha Enterprais Jerami

Pihak pegawai di institusi yang terbabit sepatutnya mempunyai maklumat dan

kemahiran yang tinggi dalam memberi rangsangan dan menerapkan kemahiran kepada

113

pengusaha enterprais jerami. Hasil analisis temubual mendapati pegawai institusi tidak

begitu mendalami maklumat berkaitan potensi dan penggunaan jerami, memberi idea

serta kurang membantu pengusaha dalam meningkatkan teknik pemprosesan jerami.

Bagi pengusaha kraf jerami, seramai tiga orang menyatakan bahawa pihak institusi

kurang membantu dari segi idea, tunjuk ajar, khidmat nasihat serta promosi.

“…Kita (pengusaha) ni perlukan idea-idea terkini daripada designer

(pereka). Kalau kita tak minta, depa (pereka) tak turun padang untuk tanya

kehendak usahawan atau bantu bagi idea. Usahawan perlu fikir sendiri

untuk pelbagaikan produk di samping belajar teknik-teknik lain melalui

kawan-kawan, pembacaan, tengok-tengok (pemerhatian) dan transfer

(salurkan) pada produk. Setakat ni, banyak usahawan asyik buat benda

(produk) yang sama dengan usahawan lain. Tak dak kelainan” (P1).

“…Sokongan dari pihak institusi ada tapi pegawai di bahagian promosi

kurang membantu. Mereka nampak kertas buatan tangan tak dak masa

depan dan tak setanding dengan Thailand dan Filipina. Dah kalau pegawai

sendiri tak bagi sokongan dan tak yakin, kat mana lagi pengusaha nak

bergantung. Pegawai berkaitan sepatutnya bantu kita tingkatkan keyakinan

pasaran” (P4).

Hasil temubual dengan empat orang pengusaha produk kraf, tiga daripadanya

menyatakan mereka pernah menjadi tenaga pengajar dalam beberapa seminar dan

kursus yang dikhususkan kepada pegawai di institusi berkaitan dan beberapa badan

lain. Ini menunjukkan bahawa pegawai institusi kurang berpengetahuan berkaitan

pembangunan produk berbanding pengusaha sendiri.

“… Setakat ni institusi pertanian tak pernah beri tunjuk ajar tapi saya

pula yang diminta untuk beri tunjuk ajar kepada depa (pegawai)

berdasarkan pengalaman saya. Saya pernah diminta buat kursus pada

tahun 2009 pada pegawai-pegawai pertanian di Putrajaya, beberapa

kali juga kepada Malaysia Prihatin dan yang terbaru tahun ni (2010)

kepada pegawai Jabatan Pertanian yang akan diadakan di Serdang”

(P4).

“…Pegawai institusi kurang pengetahuan berkaitan produk jerami ni.

Depa selalu mai jumpa kita tanya itu ini. Bila kita pi masuk kursus atau

seminar yang dianjurkan terutamanya untuk pengusaha-pengusaha

baru, pegawai tu yang bagi taklimat dan depa guna balik idea dan ilmu

yang kita sampaikan kat depa sebelum ni. Kadang-kadang tu tak betul

pun teknik-teknik pemprosesan yang disampaikan. Tapi itu la

hakikatnya, pegawai kita kurang mahir dari segi praktikal mahupun

teori sebab mereka kurang pendedahan dan projek pembangunan

114

industri jerami masih baru di Malaysia dan di peringkat percubaan

lagi” (P3).

e. Ketidakcekapan Pengurusan Di Peringkat Institusi Melambatkan Proses

Pengeluaran Produk

Ketidakcekapan pengurusan di peringkat institusi dalam membantu pengusaha

mendapatkan maklumat berkaitan amalan penanaman menyulitkan lagi perkembangan

industri jerami secara meluas. Berdasarkan pengalaman pengusaha cendawan, beliau

menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat berkaitan penggunaan input

baja yang digunakan oleh penanam padi di Kedah. Ini kerana tanaman padi di Kedah

diuruskan oleh dua agensi pertanian yang berlainan. Bagi projek media pertumbuhan

cendawan, jerami perlu dinilai tahap kandungan kimia yang terdapat didalamnya bagi

mendapatkan cendawan yang bermutu tinggi. Masalahnya satu pihak mengambil masa

yang terlalu lama untuk menyenaraikan jenis baja dan racun yang digunakan oleh

peladang di dalam wilayahnya manakala satu pihak lagi tidak mempunyai rekod

penggunaan baja kimia dan racun serangga yang digunakan oleh peladang di dalam

kawasan kendaliannya.

Situasi ini menyulitkan pengusaha yang terpaksa menunggu dalam jangka

masa lama bagi menggunakan jerami sebagai media pertumbuhan cendawannya.

Kekangan ini memaksanya mendapatkan sendiri penyelidik untuk menjalankan kajian

berkenaan paras kimia yang terkandung di dalam jerami yang dihasilkan di Kedah.

Maklumat ini sangat penting kerana cendawan merupakan tanaman yang akan

menyerap semua kandungan kimia yang digunakan sebagai media pertumbuhannya.

Ini kerana bagi menembusi pasaran luar (eksport), permintaan yang tinggi hanya

terhadap cendawan organik yang tidak terdapat sebarang bahan kimia di dalamnya.

“…Pengurusan di peringkat institusi sangat lambat. Saya hadapi

masalah untuk dapatkan maklumat berkaitan baja dan racun yang

peladang gunakan untuk tanaman padi di Kedah. Agensi yang satu lagi

pula tak dak maklumat tu. Saya pula kena cari penyelidik sendiri sebab

maklumat ni penting untuk eksport cendawan. Permintaan tinggi pada

cendawan yang betul-betul organik saja. Keadaan ini mengganggu

proses pengeluaran cendawan” (P19).

115

4.4.2 Kurangnya Sokongan Masyarakat Terhadap Penggunaan Produk Jerami

Sokongan masyarakat sangat penting dalam menyokong permintaan terhadap produk

jerami yang berterusan. Berdasarkan penjelasan yang diberikan ketika temubual

berlangsung dengan pengusaha kompos, kesemua pengusaha (lima orang) menyatakan

faktor utama kompos jerami kurang mendapat permintaan di pasaran kerana

masyarakat tidak tahu tentang kelebihan baja kompos ini. Selain itu, masyarakat telah

biasa dengan penggunaan baja kimia yang mudah didapati di pasaran dan

kelebihannya telahpun terbukti sedangkan baja kompos jerami sangat sukar untuk

diperolehi. Malah, masyarakat kita juga kurang kesedaran dan kepekaan terhadap

kepentingan penjagaan alam sekitar.

“…Masyarakat kita kurang didedahkan dengan kelebihan penggunaan

bahan organik seperti baja kompos dalam bidang pertanian. Jadi

mereka tak nampak kepentingannya kepada tanaman dalam jangka

panjang, alam sekitar dan yang paling penting kepada kesihatan diri.

Kalau tak dak permintaan dari pengguna, bisnes ni pun kurang

majulah” (P11).

“…Susah juga selagi masyarakat kita tak sedar pentingnya penggunaan

baja kompos terhadap alam sekitar. Bila masyarakat tak faham, produk

kompos tak boleh jual di pasaran” (P12).

“…Masyarakat kita kurang terdedah kepada penggunaan bahan-bahan

organik berbanding masyarakat luar negara. Mereka lebih menghargai

alam sekitar. Jadi penggunaan bahan-bahan organik kurang mendapat

tempat di Malaysia” (P14).

Bagi produk kraf jerami pula, kesemua pengusaha kraf jerami iaitu seramai

empat orang menyatakan bahawa penerimaan masyarakat tempatan terhadap produk

kraf jerami kurang memberangsangkan terutamanya bagi golongan luar bandar. Walau

bagaimanapun, terdapat perbezaan tahap penerimaan masyarakat bagi produk kraf

jerami padi ini di peringkat tempatan. Berdasarkan kepada pengalaman pengusaha

kraf jerami, masyarakat tempatan yang tinggal di kawasan bandar lebih menghargai

produk kraf jerami berbanding dengan masyarakat luar bandar. Malangnya, pasaran

kraf jerami langsung tidak mendapat perhatian di kalangan masyarakat luar bandar

terutamanya penduduk di sekitar kawasan penanaman padi. Ini kerana mereka

menganggap produk jerami tiada keunikan dan tidak bernilai kerana ia merupakan

116

bahan buangan bagi tanaman padi yang terdapat di sekeliling kawasan kediaman

mereka.

Hasil analisis temubual memperlihatkan pasaran produk kraf jerami di

peringkat tempatan hanya mendapat perhatian yang agak menggalakkan di kalangan

masyarakat bandar sahaja terutamanya golongan berada. Malah, mendapat perhatian

bagi industri perhotelan dan pusat membeli belah. Ini berbeza dengan pasaran kraf

jerami yang sangat memberangsangkan di luar negara. Ini kerana masyarakat luar

lebih peka dan menghargai produk kitar semula dan mesra alam. Justeru itu, tidak

hairanlah produk jerami yang merupakan bahan buangan pertanian ini mendapat

tempat yang sangat menggalakkan di pasaran luar negara.

“…Pasaran kraf di peringkat tempatan sangat kurang sebab masyarakat

anggap ni kertas bahan buangan. Jadi nilai dia (kertas) sangat rendah.

Tapi pasaran luar negara sangat tinggi sebab orang luar negara begitu

menghargai barang buangan dan jiwa depa (mereka) sangat mesra

alam. Orang tempatan kita asyik kagum dengan produk luar” (P4).

“…Macam saya dok ikut promosi kraf. Sambutan masyarakat bandar

ok (baik), sebab kraf jerami lain dari yang lain. Orang ramai dah biasa

dan tahu dengan produk batik, rotan, mengkuang dan kayu. Orang

tengok dan lalu saja. Kalau pelanggan berkenan dia akan beli tapi

jerami ni lain sikit. Jadi perhatian la. Biasanya pelanggan terkejut dan

tertarik serta ingin tahu macam mana jerami padi boleh menghasilkan

produk macam ni.Dalam sepuluh orang yang tanya biasanya empat

orang akan beli” (P1).

“…Saya ada terima tempahan dari pusat membeli-belah terkenal di KL

untuk buat tanglung sebanyak 300 biji sempena Tahun Baru Cina”

(P3).

4.4.3 Kurangnya Penyelidikan Dan Pembangunan Terhadap Potensi Dan

Teknologi Pembangunan Jerami

Teknologi sangat berhubung kait dengan proses pengeluaran serta kesampaian

terhadap maklumat dan komunikasi. Ia melibatkan mesin atau jentera dan rekabentuk.

Hasil analisis temubual mendapati antara masalah utama yang dihadapi oleh

pengusaha dalam memajukan enterprais jerami ialah tiadanya teknologi yang berkesan

untuk memproses jerami bagi menghasilkan produk yang berkualiti dalam jangka

masa yang singkat. Bagi pengusaha kompos, kesemua pengusaha (lima orang)

117

menyatakan tiadanya teknologi dijalankan bagi memproses kompos dalam jangka

masa singkat. Ini kerana masa yang diambil untuk menghasilkan kompos adalah lama

sekurang-kurangnya tiga bulan untuk proses pereputan (Gambar 4.1).

Gambar 4.1 Pemprosesan kompos yang mengambil masa

panjang dan perlu dialihkan setiap minggu

selama tiga bulan memerlukan teknologi yang

mampu menjimatkan masa dan tenaga

“…Jerami ambil masa lama sangat untuk proses reput iaitu tiga bulan.

Teknologi tak dak jadi kita buat secara manual. Jerami tu kena balik-

balikkan selalu baru benar-benar jadi kompos. Berat juga kerja ni”

(P12).

“…Untuk proses kompos ambil masa yang sangat lama sekurang-

kurangnya tiga bulan. Semuanya kena buat secara manual dan perlu

dibalik-balikkan supaya berkualiti. Masa proses balik-balikkan tu

sangat panas kerana berlaku proses pembakaran urea sehingga suhu

mencecah 70˚C. Sepatutnya ada teknologi bagi proses jerami dalam

jangka masa singkat dan mudah dengan menggunakan mesin” (P15).

Begitu juga dengan pengusaha kraf, tiga daripada empat responden yang

ditemubual mengatakan teknologi yang rendah menyebabkan mereka mengambil

masa yang panjang bagi menghasilkan kertas buatan tangan jerami padi. Proses ini

terpaksa dilakukan secara manual dengan sedikit bantuan teknologi. Bagi pengusaha

jerami di Pusat Inkubator Kraftangan Negeri Kedah, walaupun mesin pengisar

(blender) disediakan namun mesin itu terlalu kecil dan perlu dilakukan berulang kali

118

untuk memproses kapasiti jerami yang banyak. Malah, mesin terpaksa dikongsi

dengan pengusaha lain. Keadaan ini memakan masa yang panjang dan menjejaskan

proses pengeluaran (Gambar 4.2).

Gambar 4.2 Mesin pengisar jerami (blender)

yang kecil tidak mampu untuk

mengisar jerami dalam kapasiti

yang banyak malah terpaksa

dikongsi dengan pengusaha lain

“…Pihak Kraftangan Negeri hanya sediakan satu mesin blender

(pengisar) dan dikongsi bersama. Dah la kecil jadi tak muat. Kita kena

buat berulang kali untuk hancurkan semua jerami yang nak guna tu.

Kalau pengusaha lain dok blender lama sangat kadang-kadang 2-3 jam,

kita pun terpaksa tunggu dia. Lepas tu kena tangguk pula satu persatu

secara manual untuk buat helaian kertas. Kalau nak cepat, perlu ada

bingkai silk skrin yang banyak. Kos semua tu. Dah tu pula kertas

lambat kering sebab cuaca hujan dan lembab. Jadi terpaksa tunggu

sampai kertas betul-betul kering. Kalau kerajaan boleh buat mesin

untuk memudahkan proses tanggukan dan pengeringan itu lebih baik”

(P1).

“…Proses penghasilan kertas jerami ni lambat. Mesin ada tapi perlu

buat satu persatu tak macam di Thailand. Pengusaha sana boleh

hasilkan kertas jerami banyak dalam satu-satu masa” ( P2)

119

Bagi mendapatkan helaian kertas jerami, proses menangguk dilakukan secara

manual memandangkan kekurangan teknologi bagi memusdahkan kaedah menangguk.

Proses menangguk dilakukan untuk membentuk helaian kertas dan ia terpaksa

dilakukan satu persatu. Untuk mendapatkan kertas yang banyak dalam satu-satu masa,

pengusaha juga terpaksa menyediakan bingkai yang banyak bagi mempercepatkan

proses penghasilan kertas. Ini memakan masa yang panjang namun ia boleh

disingkatkan sekiranya menggunakan teknologi yang digunapakai oleh pengusaha di

Negara Thailand (Gambar 4.3). Mesin pemampat kertas yang disediakan terpaksa

dikongsi bersama dengan pengusaha lain dan ia tidak mampu mengeringkan kertas

secara serta merta (Gambar 4.4). Kertas jerami yang telah terbentuk perlu dikeringkan

secara semulajadi dengan membiarkannya kepada suhu bilik dalam tempoh masa

tertentu. Teknologi mesin pengeringan juga perlu ditingkatkan kerana cuaca yang

hujan dan lembab akan mengganggu proses pengeringan kertas buatan tangan ini dan

akan menjejaskan proses pengeluaran (Gambar 4.5).

Gambar 4.3 Kaedah menangguk tradisional melambatkan

proses penghasilan kertas jerami dalam

kuantiti yang banyak

120

Gambar 4.4 Ketiadaan teknologi pengeringan menyebabkan

proses pengeringan kertas secara semulajadi

mengambil masa panjang sekiranya cuaca lembab

Gambar 4.5 Mesin pemampat kertas yang kurang

canggih tidak mampu mengeringkan

kertas jerami dengan cepat

121

Jerami juga didapati tidak tahan sekiranya basah akibat terkena air. Keadaan

ini menjadikannya kembang dan mudah koyak terutamanya bagi produk beg dan

rantai kunci (Gambar 4.6). Kualiti barangan yang rendah akan menyebabkan

permintaan terhadap barangan tersebut semakin berkurangan. Justeru itu, penyelidikan

perlu bagi meningkatkan mutu ketahanan produk jerami.

“…Sifat jerami kertas ni alah dengan air. Kalau kena air akan kembang

dan mudah koyak kalau disentuh. Jadi kena ada inisiatif dari pihak

MADA, Kraftangan dan agensi lain buat penyelidikan supaya jerami

tak kembang dan kukuh bila kena air. Tak perlu laminate lagi kalau

buat key chain (rantai kunci)” (P1).

“…Kalau buat beg kertas, jerami ni mudah koyak kalau kena air. Jadi

pengguna akan beralih kepada produk lain yang lebih kukuh” (P4)

Gambar 4.6 Tahap teknolgi yang rendah dan kurangnya

penyelidikan menyebabkan beg kertas jerami

mudah kembang dan koyak apabila terkena air

Manakala, kesemua pengusaha ternakan (10 orang) yang ditemubual

menyatakan jerami mempunyai nilai nutrien yang sangat rendah dan kandungan serat

yang tinggi. Lembu terpaksa diberi makanan tambahan yang lain untuk meningkatkan

berat badan dan kesuburannya seperti rumput napier dan dedak kacang soya serta

jagung. Serat yang ada pada jerami hanya mampu untuk mengenyangkan lembu

sahaja (Gambar 4.7).

122

“…Nilai pemakanan jerami sangat rendah hanya untuk kenyang saja.

Biasanya jerami saya bagi lembu makan pagi dan petang saja. Waktu

lain makan dedak baru dapat protein untuk lebih gemuk” (P9).

“…Bagi makan jerami saja tak cukup sebab lembu perlukan makanan

tambahan seperti protein untuk gemuk. Jerami hanya bagi lembu

kenyang saja sebab banyak serat” (P7).

Gambar 4.7 Nilai nutrien jerami yang rendah sebagai makanan

ternakan perlu ditingkatkan melalui penyelidikan

dan teknologi moden

Seorang pengusaha cendawan pula menuntut agar teknologi penyelidikan perlu

ditingkatkan dalam menilai kandungan jerami di Wilayah MADA. Jerami sangat

berpotensi untuk dijadikan sebagai media pertumbuhan cendawan. Berdasarkan

pengalamannya, penggunaan jerami yang diimport dari Thailand sebagai media

pertumbuhan cendawan yang diusahakannya menghasilkan cendawan yang berkualiti

berbanding dengan menggunakan jerami yang diperolehi di Wilayah MADA.

Penggunaan jerami yang dihasilkan oleh peladang di Wilayah MADA menyebabkan

cendawan tidak tumbuh membiak. Ini akan meningkatkan kos pengimportan jerami

sedangkan ia boleh didapati dengan mudah di sekitar Wilayah MADA. Ia memerlukan

teknologi penyelidikan berkaitan kualiti jerami yang dihasilkan oleh peladang sekitar

Kedah. Menceritakan pengalamannya:

123

“…Kita dalam proses untuk mencari penyelidik yang boleh buat kajian

tentang kualiti jerami yang dihasilkan oleh peladang MADA. Dana

penyelidikan akan saya sediakan. Saya hairan kenapa jerami yang

diimport dari Thailand menghasilkan cendawan yang berkualiti tapi

bila kita guna jerami yang diambil dari kawasan MADA sebagai media

pertumbuhan, cendawan tak mau tumbuh. Mungkin sebab peladang

MADA guna terlalu banyak baja kimia masa peringkat penanaman

padi jadi kandungan kimia pada jerami juga tinggi. Mungkin kalau

peladang banyak guna baja kompos pada pokok padi seperti yang

dilakukan oleh Thailand, jerami kita juga akan berkualiti seperti

mereka” (P19).

4.4.4 Tahap Kemahiran Dan Pengetahuan Berkaitan Aspek Perusahaan

Jerami Di Kalangan Pengusaha Enterprais Yang Kurang Mantap

Hasil kajian menunjukkan pada peringkat awal menjalankan perusahaan ini,

pengusaha mendapatkan kemahiran dan pengetahuan berdasarkan tiga kaedah iaitu

berpandukan tunjur ajar dari pihak institusi, pembelajaran tidak formal dan

pengetahuan sedia ada. Seramai lapan orang (42.0%) pengusaha mendapat bimbingan

khidmat nasihat dan tunjuk ajar berkenaan potensi jerami daripada institusi kerajaan

seperti MADA, Perbadanan Kraftangan Negeri Kedah bagi pengusaha kraf jerami dan

Jabatan Veterinar Negeri bagi makanan ternakan.

Seramai enam orang (32.0%) pengusaha belajar dan menguasai kemahiran

secara tidak formal melalui pengalaman dan kawan-kawan. Manakala lima orang

(26.0%) memperolehi pengetahuan berdasarkan pengetahuan sedia ada (Rajah 4.3).

Bagi penternak lembu seramai empat orang hanya kerana jerami merupakan rumput

kering yang boleh diperolehi di sekitar kawasan penternakan. Ini berdasarkan kepada

pengetahuan sedia ada mereka bahawa rumput merupakan makanan ternakan lembu.

Di bawah program pembangunan sosial dan institusi yang ditawarkan oleh

pihak istitusi kerajaan bagi membangunkan modal insan dan membentuk usahawan

yang dinamik serta berdaya saing, seramai sebelas orang (57.9%) pengusaha pernah

mendapatkan khidmat nasihat daripada institusi terbabit. Manakala lapan orang

(42.1%) pengusaha pernah menghadiri kursus dan tujuh orang (36.8%) pengusaha

telah mengikuti seminar serta taklimat yang dianjurkan oleh pihak terbabit bagi

meningkatkan pemahaman dan teknik berkesan untuk penggunaan dan penghasilan

124

produk berasaskan jerami. Seramai enam orang (1.7%) pengusaha memperolehi

bantuan material seperti mesin, bengkel perusahaan dan bangsal sebagai tempat

pemprosesan produk daripada institusi kerajaan (Rajah 4.4).

Rajah 4.3 Sumber pengusaha enterprais jerami memperolehi

kemahiran dan pengetahuan

Rajah 4.4 Bentuk perkhidmatan dan bilangan pengusaha yang

pernah mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan

oleh institusi kerajaan

Bagi mengembangkan kemahiran serta idea, pihak Perbadanan Kraftangan

Negeri juga menyediakan lawatan dan pameran kepada usahawan kraf di peringkat

125

tempatan dan luar negara. Keempat-empat orang pengusaha kraf pernah mengikuti

lawatan dalam negeri yang dianjurkan oleh pihak kraftangan antaranya lawatan ke

pusat pemprosesan kraf batang pisang di Pulau Pinang. Pusat ini menghasilkan kertas

daripada batang pisang dan teknik ini boleh diaplikasikan kepada produk jerami.

Selain itu, hanya dua orang pengusaha kraf jerami yang pernah mengikuti lawatan dan

pameran perniagaan di luar negara antaranya di Filipina, Hong Kong dan Indonesia.

Hasil kajian membuktikan rata-rata pengusaha menyatakan bahawa inisiatif

dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak institusi berkesan dalam membantu

meningkatkan tahap pengurusan firma mereka. Dari segi khidmat nasihat yang

ditawarkan, seramai empat orang pengusaha menyatakan ia sangat berkesan selain

lima orang dan dua orang pengusaha menyatakan masing-masing berkesan dan

memuaskan. Berdasarkan maklumat daripada lapan orang yang telah menyertai

kursus, hanya seorang sahaja menyatakan kursus yang diberikan sangat berkesan

dalam membantu urusan perniagaan mereka manakala selebihnya empat orang

pengusaha hanya mendapati ia berkesan dan tiga lagi hanya memuaskan sahaja.

Begitu juga dengan seminar yang telah dianjurkan. Terdapat dua orang peserta yang

menyatakan bahawa seminar kurang memberi impak terhadap pembangunan produk

perniagaan mereka. Berdasarkan temubual, hampir separuh daripada pengusaha

menyatakan bahawa pegawai yang memberi kursus serta seminar kurang pengetahuan

dan pengalaman berkaitan potensi jerami sebagai satu industri (Jadual 4.6).

Namun begitu, bagi pengusaha kraf peluang lawatan yang diberikan sangat

berkesan untuk mewujudkan inovasi baru dalam teknik pemprosesan kraf dan idea

serta kreativiti produk. Bagi kedua-dua pengusaha kraf yang telah mengikuti lawatan

dan pameran ke luar negara, peluang itu sangat berkesan dalam mewujudkan jaringan

perniagaan dengan negara luar. Menurut pengusaha, hasil pameran perniagaan di luar

negara, pasaran kraf jeraminya semakin meluas di pasaran antarabangsa dan

pendapatan meningkat empat kali ganda.

“…Sebelum ni, belum ada usahawan yang dapat pasaran luar. Balik

saja dari exhibition di Hong Kong, pendapatan saya luar jangkaan iaitu

meningkat empat kali ganda dari biasa. Permintaan dari luar negara dah

terlalu banyak” (P4).

126

Jadual 4.6 Tahap keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak

institusi ke atas pengusaha enterprais

Perkhidmatan Sangat

berkesan

Berkesan Memuaskan Kurang

berkesan

Tidak

berkesan

Khidmat nasihat

Kursus

Seminar/ taklimat

Bantuan peralatan

Lawatan

dalam negeri

Lawatan

luar negara

4

1

-

-

2

2

5

4

3

2

2

-

2

3

2

2

-

-

-

-

2

2

-

-

-

-

-

-

-

-

4.4.5 Sikap Usahawan Yang Kurang Aktif Dalam Mengembangkan Enterprais

Sikap usahawan yang kurang aktif dalam memajukan bisnes juga dilihat sebagai

faktor yang menyebabkan stagnasi dalam pembangunan jerami. Hasil analisis

temubual mendapati pengusaha dilihat kurang bersedia untuk menonjolkan jerami

sebagai satu bisnes yang berpotensi untuk dimajukan. Ini kerana pengusaha tidak

mampu untuk bertindak secara agresif mempromosikan produk jerami. Pengusaha

sering mengharapkan bantuan pihak kerajaan untuk memperkenalkan produk kepada

masyarakat.

Bagi produk kraf jerami, pengusaha dilihat kurang bersedia untuk memasuki

pasaran tempatan apatah lagi pasaran antarabangsa. Ini kerana tiga daripada empat

orang pengusaha menghasilkan barangan yang sama dengan pasaran yang terhad

kepada kaum Melayu sahaja. Masalah ini dilihat wujud kerana pengusaha tidak cuba

mencari kelainan dalam meluaskan pasarannya selain faktor usia yang menyebabkan

mereka kurang kreatif dalam menyumbangkan idea dan rekabentuk produk.

Berdasarkan pengalaman pengusaha (P1), pengusaha kraf yang agak berumur hanya

menggunakan idea-idea lama yang biasa dan banyak didapati di pasaran seperti

menghasilkan rantai kunci dan kata-kata hikmah daripada kertas jerami. Mereka

kekurangan idea berbanding pengusaha-pengusaha muda yang lebih terkini dalam

mencorakkan idea dan rekabentuk produk. Pengusaha juga dilihat kurang yakin untuk

menembusi pasaran antarabangsa kerana kekurangan modal dan kurang keyakinan

untuk berkomunikasi dengan pelabur luar.

127

“…Banyak usahawan asyik buat benda yang sama dan langsung tak

dak kelainan. Jadi, saya cuba buat benda lain dan pakai kaedah lain.

Mungkin disebabkan faktor umur yang meningkat jadi depa (mereka)

asyik pakai idea dan teknik lama. Tak mau berubah. Teknik-teknik

baru banyak boleh belajar daripada internet dan pembacaan” (P1).

Walau bagaimanapun, terdapat juga pengusaha yang mengambil inisiatif

sendiri dengan melakukan lawatan ke luar negara seperti ke Bandung, Indonesia dan

California, Amerika Syarikat bagi melihat sendiri bagaimana industri jerami

dimajukan dari segi idea, teknik pemprosesan, rekabentuk dan kreativiti.

“…Kita ni sebagai pengusaha tak boleh nak harapkan kerajaan saja.

Lambat. Kita mesti ada inisiatif sendiri. Saya pi buat lawatan sendiri ke

Bandung, Indonesia untuk tengok dan belajar proses buat kertas jerami.

Macam-macam cara depa (pengusaha luar) guna. La ni dalam

perancangan nak pi sendiri ke California tengok proses jerami di sana

pula” (P4).

“…Saya pi Indonesia tengok macamana depa proses kompos jerami

dan gunakan untuk tanaman padi” (P15).

4.4.6 Skop Pasaran Yang Terbatas

Hasil pengamatan dan analisis temubual mendapati pengusaha kraf jerami kekurangan

idea dalam mempelbagaikan produk. Produk yang dihasilkan lebih menjurus kepada

masyarakat Melayu dan beragama Islam sahaja. Penghasilan produk kurang

diperluaskan kepada kaum-kaum lain, sektor korporat dan masyarakat luar bandar

yang melihat jerami sebagai bahan buangan.

“…Pasaran kita juga terbatas kepada orang Melayu dan orang Islam

saja sebab produk yang usahawan buat ni seperti kotak hantaran

kahwin dan ayat Quran hanya golongan ni saja yang minat. Pasaran

akan terbatas sebab orang Cina dan India tak akan beli” (P1).

“…Usahawan kena hasilkan produk ikut kehendak pasaran. Kita kena

ambil pasaran secara meluas dari syarikat-syarikat besar seperti

perhotelan, pusat membeli belah, restoran dan pejabat. Produk yang

sesuai untuk syarikat-syarikat korporat ialah seperti lukisan dan hiasan

dinding, lampu terendak, pelapik hidangan makanan, alat-alat

tradisional yang menggambarkan sesuatu perayaan seperti tanglung

dan sebagainya” (P2).

128

“…Kita kena buat produk ikut kategori umur pengguna dan kaum.

Baru boleh buat pasaran (wujud permintaan). Berdasarkan pengalaman

saya ikut promosi kerajaan seperti Hari Kraf Kebangsaan, golongan

remaja lebih berminat kepada key chain (rantai kunci), kata-kata

hikmah dan frame (bingkai) gambar. Umur lingkungan 30an hingga

40an pula kepada produk kotak hantaran dan cenderamata manakala

umur 40an ke atas pula lebih kepada ayat-ayat Quran bertulisan khat”

(P1).

4.4.7 Stok Bekalan Bahan Mentah Yang Berterusan

Hasil analisis temubual, stok bekalan bahan mentah didapati kurang menjejaskan

pembangunan enterprais. Ini kerana bahan mentah jerami boleh diperolehi secara

berterusan terutamanya dari tempat penyimpanan jerami di PPK MADA. Hasil kajian

mendapati kebanyakan pengusaha (12 orang) mendapatkan bekalan jerami dengan

membelinya dari PPK MADA. Harga bagi satu bandela seberat 145 kg ialah RM80

termasuk kos penghantaran manakala RM70 tanpa penghantaran. Lima orang

pengusaha (26.3%) mendapatkan sendiri bekalan jerami daripada petani di ladang

dengan harga RM2.00 seguni. Terdapat dua orang pengusaha ternakan (10.5%)

memperolehi bekalan jerami daripada ladang kepunyaan sendiri (Rajah 4.5).

“…Setakat ni tak dak masalah untuk dapatkan bekalan jerami untuk

ternakan saya. Call saja PPK, depa akan hantar” (P6).

“…Bekalan jerami berterusan boleh dapat dari PPK” (P10).

Walau bagaimanapun, sebilangan kecil pengusaha iaitu empat (21.1%)

daripada 19 orang menghadapi masalah bagi mendapatkan bekalan jerami (Jadual

4.4). Hasil analisis temubual mendapati pengusaha sering menghadapi masalah

mendapatkan jumlah jerami yang mencukupi untuk menjalankan perusahaan mereka.

Ini kerana stok simpanan jerami di PPK MADA yang berdekatan tidak mencukupi

atau kehabisan stok bagi menampung permintaan yang tinggi dari pengusaha tempatan

(Kedah) dan negeri-negeri lain yang mengusahakan ternakan lembu dan kuda,

pengusaha cacing, kompos dan kegunaan lain. Oleh itu, PPK tersebut terpaksa

mendapatkannya di PPK lain yang agak jauh. Situasi ini melambatkan proses

penghantaran bekalan jerami kepada pengusaha.

129

“…Masalah berlaku bila stok jerami kat PPK berdekatan dengan kita

habis. Jadi kita kena tunggu bekalan jerami dari PPK lain. Tu yang

lambat sikit. Tapi biasanya akan dapat la bekalan jerami tu” (P17).

Rajah 4.5 Kaedah pengusaha memperolehi bekalan jerami

4.4.8 Tenaga Kerja Sambilan Yang Kurang Mahir

Hasil kajian mendapati tidak wujud langsung masalah untuk mendapatkan pekerja

tetap mahupun sambilan bagi menguruskan enterprais kerana penduduk sekitar

mampu memenuhi permintaan tenaga kerja. Sejumlah 142 orang pekerja terlibat

dalam menjalankan pekerjaan sebagai pekerja tetap seramai 63 orang (44.4%) dan

pekerja sambilan seramai 79 orang (55.6%). Bagi pengusaha kompos, pekerja

sambilan diambil pada peringkat pemprosesan kompos selama tiga bulan bagi tujuan

membalik-balikkan jerami supaya proses pereputan atau pengomposan sekata.

Seramai 35 orang (44.3%) merupakan pekerja sambilan yang terdiri daripada

lepasan sekolah menengah sehingga berumur 30 tahun dan 18 orang (51.4%)

merupakan pekerja tetap. Kategori umur yang paling ramai bekerja dalam industri ini

ialah berumur antara 31-40 tahun iaitu masing-masing 40 orang (50.6%) bagi pekerja

sambilan dan hanya 12 orang (34.3%) bagi pekerja tetap. Hanya empat orang (5.1%)

pekerja sambilan dan lima orang (14.3%) pekerja tetap berusia dalam lingkungan 41

ke atas. Berdasarkan keseluruhan jumlah pekerja sambilan iaitu 79 orang, 24 orang

130

(30.3%) daripadanya merupakan surirumah yang menjalankan aktiviti kraf jerami

(Rajah 4.6).

Rajah 4.6 Status pekerjaan berdasarkan tahap umur

Bagi industri kraf jerami, pengusaha mempunyai masalah untuk mendapatkan

pekerja mahir. Kebanyakan pekerja adalah surirumah yang hanya ingin memperolehi

pendapatan sampingan. Mereka kurang kemahiran dan idea untuk menjadikan produk

lebih menarik serta tiada inisiatif untuk meningkatkan keupayaan diri dengan

menghadiri kursus-kursus kemahiran dan lain-lain.

“…Kita tak dak masalah untuk dapatkan pekerja sampingan tapi

masalah utama ialah nak dapatkan pekerja mahir. Tenaga mahir kurang

terutamanya untuk hasilkan kertas dan produk. Kadang-kadang, orang

kampung ni potong board (kertas keras) dan lekatkan untuk buat kotak

pun tak berapa kemas. Depa (mereka) tak dak pi kursus mana-mana

belajar buat kraf. Hanya guna kemahiran sendiri ja dan untuk dapat

pendapatan sampingan” (P2).

Merujuk kepada produk kraf, memandangkan ia merupakan kerja sampingan

bagi mengisi masa lapang surirumah dan bertujuan untuk menampung pendapatan

sedia ada, kebanyakan mereka tidak efisien dari segi pengeluaran. Hasilnya, produk

kraf jerami tidak mampu disiapkan pada masa yang ditetapkan dengan jumlah

permintaan yang telah diterima. Ini menimbulkan masalah kepada pengusaha kerana

tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan. Pelanggan mula bersikap kurang yakin

terhadap mereka dan permintaan semakin berkurangan.

131

“…Saya pernah dapat tender buat tanglung sebanyak 300 biji daripada

kertas jerami untuk menghiasi pusat membeli belah terkemuka di

Kuala Lumpur bersempena Tahun Baru Cina. Tapi masalahnya,

penduduk kampung yang buat kerja sampingan ni tak bersungguh

untuk memenuhi permintaan tu. Jadi banyak tanglung yang tak dapat

disiapkan. Akhirnya, pihak pusat membeli belah tu cancel (batalkan)

perjanjian. Rugi juga saya masa tu” (P3).

4.4.9 Pengusaha Kekurangan Sumber Modal Untuk Membangunkan

Enterprais

Hasil kajian mendapati hanya tujuh orang pengusaha (36.8%) (Jadual 4.4) yang tidak

mengalami masalah kekurangan sumber modal. Temubual dengan pengusaha (P1)

mendapati modal merupakan masalah utama dalam penghasilan produk

kraftangannya. Ini kerana pusingan modal tidak berlaku dalam jangka masa pendek

kerana barangan kraf jerami sukar untuk mendapat pasaran tempatan. Pembungkusan

juga tidak menarik dengan hanya menggunakan plastik biasa kerana kewangan tidak

mencukupi (Gambar 4.8).

Tambahan pula, kelainan produk yang cuba ditonjolkannya menggunakan

teknik marbling dan canting batik memerlukan penggunaan teknologi dan peralatan

yang berkos tinggi. Bingkai gambar perlu lebih mahal agar hasil kertas buatan tangan

lebih bernilai (Gambar 4.9). Bagi tujuan mengeksport hasilan kraf jeraminya, kos

penghantaran dan cukai pelabuhan yang tinggi memberi impak besar terhadap

kewangan enterprais. Pengeksportan hasilan kraf melibatkan kapasiti yang besar

antaranya membekalkan 5000 hingga 10 000 kotak kraf jerami sebulan dalam jangka

masa yang panjang iaitu minimum tiga tahun (Gambar 4.10). Kesukaran mendapatkan

pinjaman berlaku disebabkan institusi kewangan belum yakin dengan tahap kewangan

pengusaha yang baru memulakan perniagaan.

“…Masalah utama saya ialah kewangan. Semuanya guna modal sendiri

tanpa bantuan keluarga. Modal dah banyak tertanam sebab pusingan

modal tak berlaku dalam masa sebulan dua. Barang kraf ambil masa

lama untuk dijual sebab orang tak pakai hari-hari. Lagipun, saya nak

buat kelainan dengan produk pengusaha lain seperti guna teknik laser,

canting batik dan sulaman atas jerami dan marbling (buat corak air).

Kena guna material yang mahal. Teknik laser pihak Kraftangan akan

kenakan bayaran seminit 50 sen. Hari tu , saya buat sehari ja kena

bayar RM500 lebih. Kalau teknik marbling pula, harga bagi satu tiub

132

warna archelic RM80. Nak guna pelbagai warna pula. Nak jimat

terpaksa guna plastik biasa untuk bungkus produk. Tak cantik la. Ada

juga permintaan dari luar negara. Tapi terpaksa tolak beberapa order

sebab modal tak cukup kerana tak mampu tanggung kos bagi

permintaan yang berterusan. Kos penghantaran dan cukai pelabuhan

juga tinggi” (P1).

Gambar 4.8 Penggunaan plastik biasa sebagai pembungkusan

kerana kekurangan modal menjadikan kertas jerami

batik canting kurang menarik

133

Gambar 4.9 Kekurangan modal menyebabkan batik

canting tidak dapat dihasilkan dengan

baik (menggunakan bingkai murah dan

warna yang sedikit)

Gambar 4.10 Kekurangan modal menyebabkan permintaan yang

tinggi dari luar negara terhadap kotak jerami terpaksa

ditolak (kotak yang terletak di bahagian belakang)

134

Bagi tujuan pengeksportan produk ke luar negara, kraf jerami memerlukan

kaedah pembungkusan yang berkualiti bagi menghalang produk daripada pecah. Hasil

temubual dengan pengusaha, kekurangan modal membantutkan usahanya untuk

memasarkan produk ke luar negara. Berdasarkan pengalamannya, produk yang

dihantar ke luar negara sebelum ini pecah akibat kaedah pembungkusan yang tidak

berkualiti. Ini menjejaskan keyakinan pelanggan terhadap produknya.

“…Dulu ada juga permintaan daripada negara Belanda. Kaedah pembungkusan

yang kurang baik menyebabkan produk tu pecah bila sampai sana. Lepas tu,

depa pun kurang yakin. La ni buat pasaran dalam negara ja sebab

pembungkusan tak perlu modal yang besar” (P2).

Pengusaha ternakan menghadapi masalah kekurangan modal untuk membina

tempat penyimpanan jerami bagi menampung keperluan makanan ternakan (Gambar

4.11). Begitu juga bagi pengusaha kompos yang memerlukan peruntukkan bangsal

bagi memproses kompos jerami. Justeru itu, kekurangan modal bagi menyediakan

kemudahan asas kepada pembangunan enterprais telah menjejaskan pengusaha untuk

mengembangkan lagi enterprais jerami ini (Gambar 4.12).

“…Tempat simpan jerami ni bolehla sekadar nak lindung jerami dari

kena hujan. Nak buat bagi elok tak cukup modal pulak” (P9).

“…Saya dok cadang nak besarkan lagi bangsal tempat proses kompos

ni. Cuma modal kurang cukup lagi” (P14).

Bagi pengusaha stesen janakuasa elektrik, ketidakcukupan sumber kewangan

menyebabkan projek yang dirancangnya sejak tahun 2005 masih belum dilaksanakan.

Ini kerana kos yang sangat tinggi iaitu bagi satu stesen yang mampu membekalkan 10

megawatt tenaga elektrik memerlukan sumber kewangan sebanyak RM107 juta.

Pengusaha akan membina sebanyak tiga buah stesen di kawasan yang kekurangan

bekalan tenaga elektrik yang disalurkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad. Beliau

menyatakan bahawa:

“…Projek ini mula dirancangkan pada tahun 2005 dengan cadangan

empat buah stesen janakuasa. Tapi sebab masalah kewangan kita hanya

buat tiga buah dahulu. Itu pun baru nak mula pembinaan stesen

pertama pada awal 2011 ni dan anggaran masa dua tahun baru mula

135

operasi. Dah terlalu lama projek ni tapi sebab sumber kewangan yang

terlalu besar dan susah nak dapat, kita terpaksa tangguhkan la

pembinaannya dengan mencari bantuan kewangan dari pelbagai

institusi” (P18).

Kekurangan modal bagi menyediakan bangsal sebagai tempat penyimpanan

jerami dan tempat memproses kompos menghalang usaha pengusaha untuk

mengembangkan lagi bisnes jerami ini.

Gambar 4.11 Kekurangan modal menyebabkan pengusaha tidak

mampu menyediakan tempat penyimpanan jerami

yang sempurna

136

Gambar 4.12 Pengusaha memerlukan modal yang agak besar untuk

membina bangsal bagi memproses kompos jerami

4.5 ANALISIS SWOT: KAJIAN ENTERPRAIS

Analisis SWOT dilakukan berpandukan kepada hasil kajian yang diperolehi daripada

pihak pengusaha enterprais (Rajah 4.7). Terdapat tiga skor kekuatan yang perlu diberi

penekanan dan dua skor peluang yang perlu dimanfaati bagi memantapkan lagi

pembangunan industri jerami. Namun begitu, sebanyak enam skor kelemahan dan tiga

skor ancaman perlu dibasmi sepenuhnya agar pengusaha enterprais mampu

menaikkan produk hasilan jerami di pasaran.

Kekuatan Kelemahan

Kedapatan bekalan bahan mentah

jerami yang banyak

Kelebihan jerami sebagai bahan

mentah

Harga produk hasilan jerami yang

murah di pasaran

Tiadanya sokongan padu daripada

pihak kerajaan

Kurangnya P&P terhadap

kepelbagaian potensi dan

penggunaan jerami

Skop pasaran yang terbatas

Pengusaha enterprais kurang

menguasai pasaran

Kekurangan sumber tenaga kerja

mahir

Kekurangan modal membataskan

pengeluaran

bersambung…

137

Peluang

Ancaman

Peningkatan kesedaran masyarakat

terhadap alam sekitar akan

membuka ruang kepada produk

jerami

Penyerlahan identiti Negeri Kedah

sebagai Jelapang Padi Negara

Kedapatan sumber bahan mentah

alternatif yang banyak di pasaran

Pemberian subsidi dan peningkatan

pengimportan input pengeluaran

Nilai nutrien jerami yang rendah

sebagai makanan ternakan

Rajah 4.7 Analisis SWOT bagi kajian enterprais

4.5.1 Kekuatan

a. Kedapatan Bekalan Bahan Mentah Jerami Yang Banyak

Berdasarkan hasil kajian, daripada keseluruhan responden iaitu 19 orang pengusaha,

hanya tiga orang sahaja (15.8%) yang mengalami masalah untuk mendapatkan

bekalan bahan mentah manakala selebihnya langsung tidak mengalami masalah untuk

mendapatkan bekalan jerami. Ini membuktikan bahawa bekalan bahan mentah jerami

bukanlah faktor utama yang menyebabkan pengusaha tidak mampu untuk

mengembangkan bisnes jerami ini. Ini kerana jerami kedapatan secara meluas di

seluruh Wilayah MADA memandangkan wilayah tersebut merupakan pengeluar

terbesar beras negara. Malah, pelbagai program yang direncanakan bagi peningkatan

hasil padi sebagai sekuriti negara akan turut menjamin bekalan jerami sentiasa

berterusan dan pada kadar yang tinggi.

Hasil kajian juga mendapati sebahagian besar pengusaha enterprais (13 orang)

langsung tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan jerami bagi menjalankan

enterprais. Ini kerana petani menganggap jerami sebagai bahan buangan dan akan

dibakar. Kajian mendapati petani hanya membiarkan sahaja jerami dipungut oleh

pengusaha tanpa dikenakan sebarang bayaran sekiranya pengusaha ternakan, kompos,

kraf dan pengusaha lain mengambil jerami di ladang mereka. Ini memberi satu

kelebihan kepada pengusaha kerana memperolehi bahan mentah secara percuma.

Secara tidak langsung, ia dapat menjimatkan kos pembelian bahan mentah. Namun,

hanya segelintir sahaja petani yang mengenakan bayaran kepada pengusaha dengan

kadar 50 sen hingga RM2.00 seguni. Kadar ini masih murah dan mampu ditanggung

…sambungan

138

oleh pengusaha. Tambahan pula, produk kraf hanya memerlukan jerami pada kadar

kuantiti yang sedikit sahaja.

b. Potensi Dan Kelebihan Jerami Sebagai Bahan Mentah

Pengusaha enterprais seharusnya mengambil peluang atas kelebihan jerami sebagai

bahan mentah untuk penghasilan produk antaranya baja kompos dan hasilan kraf. Ini

kerana baja kompos didapati lebih baik berbanding baja kimia dalam menyuburkan

tanah, meningkatkan hasil, membaiki struktur tanah dalam jangka masa panjang,

menguatkan struktur tanaman serta mampu mengurangkan kos penggunaan baja

kimia. Ini selari dengan dapatan kajian oleh Muhammad (2003), Sariam (1996),

Tuyen dan Tan (2001) dan Hasil kajian turut mendapati penggunaan jerami sebagai

bahan kraf adalah lebih baik dan menarik dari segi teksturnya dan selari dengan

dapatan kajian oleh Thompson et al. (1998) yang membuktikan jerami merupakan

sumber bahan mentah terbaik bagi penghasilan beberapa produk. Justeru itu,

membangunkan jerami sebagai satu produk dapat memberikan kelebihan bandingan

kepada pengusaha enterprais.

c. Harga Produk Hasilan Jerami Yang Murah Di Pasaran

Memandangkan kebanyakan bahan mentah jerami boleh diperolehi secara percuma,

produk yang dihasilkan dapat dijual dengan harga yang lebih murah berbanding

produk seumpamanya. Ini kerana kos pembelian bahan mentah adalah murah dan

sesetengah pengusaha memperolehinya secara percuma sahaja. Ini kerana bahan

mentah tersebut begitu banyak, meluas dan terbuang di seluruh Kedah. Harga yang

murah merupakan salah satu strategi bagi kejayaan sesebuah firma. Sebagai contoh,

harga pasaran bagi sekilo baja kompos jerami ialah RM2.00 hingga RM2.50

sedangkan baja kimia dijual dengan harga RM3.00 sekilo. Ini mewujudkan kelebihan

bandingan bagi produk tersebut, mampu menyaingi produk sedia ada di pasaran dan

mengukuhkan lagi agribisnes seperti yang dibuktikan oleh Saono dan Sastrapradja

(1983).

139

d. Pewujudan Peluang Pekerjaan Dan Peningkatan Pendapatan Penduduk

Perkembangan enterprais jerami akan menjana peluang pekerjaan terutamanya kepada

penduduk setempat sebagai pekerja tetap, sambilan dan bermusim. Pekerja bermusim

biasanya sebagai pemandu mesin baler, jentera pengangkat barangan (forklift) dan lori

pemungut jerami di ladang ke pusat penyimpanan. Manakala pekerja sambilan wujud

dalam penghasilan produk kraf dan kompos. Ini memberi kekuatan kepada

perkembangan industri jerami kerana kerajaan amat menggalakkan kepada

perkembangan industri yang dapat menyokong rantaian dengan industri lain selain

mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan meningkatkan

pendapatan penduduk. Ini selari dengan penemuan kajian oleh Bridhikitti dan

Kanokkanjana (2009), Chen et al. (2009), Institut Penyelidikan dan Pembangunan

Hasil Hutan Filipina (1989) dan Shyam (2002) yang mendapati pembangunan industri

jerami dapat membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan penduduk.

4.5.2 Peluang

a. Peningkatan Kesedaran Masyarakat Terhadap Alam Sekitar Akan

Membuka Ruang Kepada Permintaan Terhadap Produk Jerami

Masyarakat kini mula didedahkan dengan kepentingan memelihara dan memulihara

alam sekitar. Kerajaan mula memberi kesedaran terhadap masyarakat supaya lebih

prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar untuk kepentingan generasi hadapan.

Pelbagai kempen kesedaran dianjurkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta di media

cetak dan elektronik antaranya penggunaan barangan kitar semula, eco-friendly, green

product, going green dan sebagainya. Walaupun usaha itu tidak menjurus kepada

jerami namun, keprihatinan masyarakat mula menampakkan kesannya. Masyarakat

mula menilai sesuatu barang sebelum membelinya. Kesedaran ini akan meningkatkan

permintaan ke atas produk hasilan jerami. Ini sejajar dengan penemuan kajian oleh

Thompson et al. (1998) yang mendapati permintaan terhadap jerami tinggi disebabkan

wujud peningkatan keprihatinan pengguna terhadap alam sekitar dan pengguna

sanggup membayar dengan harga tinggi untuk mendapatkan produk berkualiti

daripada fiber semulajadi.

140

Selari dengan hasrat perundangan alam sekitar dan salah satu cabaran utama

pemasaran ialah menukar corak penggunaan masyarakat terhadap barangan yang

bersifat mesra alam. Ini menuntut kepada penglibatan usahawan untuk menjalankan

kajian pasaran terhadap kehendak pasaran dan strategi pemasaran terkini yang mampu

menyeru pengguna supaya menyokong pembelian produk bersifat mesra alam. Ini

mampu mengurangkan tanggungan perundangan kerajaan dalam menguruskan alam

sekitar yang tercemar.

Peluang ini hendaklah diambil oleh pengusaha produk jerami dengan

meningkatkan promosi dan seterusnya meluaskan pasaran. Walau bagaimanapun,

tahap sokongan masyarakat di Malaysia terhadap produk jerami masih terlalu rendah

dengan hampir keseluruhan responden iaitu 17 orang pengusaha (89.5%) menyatakan

kurangnya sokongan daripada masyarakat telah menjejaskan perkembangan enterprais

mereka.

b. Penyerlahan Identiti Negeri Kedah Sebagai Jelapang Padi Negara

Kedah sudah lama mempunyai identiti negeri sendiri iaitu sebagai `Negeri Jelapang

Padi Malaysia’. Kekuatan ini haruslah diambil peluang oleh pengusaha untuk

menjadikan jerami sebagai produk yang dapat menonjolkan lagi identitinya sebagai

wilayah terbesar tanaman padi di Malaysia. Peluang ini seharusnya ditonjolkan

dengan memanfaatkan keistimewaan budaya masyarakat tempatan seperti yang

berjaya ditonjolkan oleh Negeri Kelantan dan Terengganu dengan identiti batik

manakala Negeri Perak dengan produk labu sayong. Justeru itu, promosi pelancongan

juga perlu kuat untuk menarik pelancong mengunjungi Kedah dan memperkenalkan

produk jerami yang menonjolkan identiti Negeri Kedah sebagai wilayah terbesar

tanaman padi di Malaysia.

141

4.5.3 Kelemahan

a. Tiadanya Sokongan Padu Daripada Pihak Institusi

Bagi meningkatkan keupayaan permintaan produk jerami di pasaran, sokongan dan

kerjasama antara agensi adalah penting antaranya penggunaan produk jerami dalam

menjalankan aktiviti. Apa yang pasti, pihak kerajaan hanya menggalakkan pengusaha

menghasilkan baja kompos daripada jerami namun pihak agensi pertanian awam

sendiri masih menggunakan baja kimia secara berleluasa dalam menjalankan aktiviti

pertanian. Kompos jerami hanya mendapat sedikit ruang sahaja di pasaran tanaman

hiasan namun ia masih dikaburi oleh pasaran baja kimia.

Sokongan kerajaan didapati lebih terbuka terhadap produk hasil sampingan

pertanian lain yang telah lama kukuh dalam sumbangannya terhadap ekonomi negara

iaitu kelapa sawit, getah dan perkayuan. Ini menidakkan peluang bagi usahawan baru

untuk membangunkan produk daripada bahan buangan lain terutamanya yang mudah

diperolehi secara meluas contohnya jerami di Kedah. Justeru itu, sokongan pihak

kerajaan dan penyelarasan antara institusi amat penting dalam melonjakkan

permintaan terhadap produk jerami seperti yang dibuktikan oleh kajian Bhattacharya

(2002), Cuiping et al. (2004), Koh dan Hoi (2003) serta Naga dan Shazly (1982).

Kelembapan pihak institusi dalam menjalankan promosi secara meluas

terutamanya di media yang sangat berpengaruh iaitu media elektronik dan media cetak

membantutkan perkembangan industri ini. Ini kerana masyarakat belum sedar dan

peka dengan kepentingan penggunaan bahan buangan pertanian dalam mewujudkan

persekitaran yang terjamin selain potensi yang tinggi. Keadaan ini menyulitkan

pengusaha untuk menembusi pasaran kerana masyarakat masih dangkal terhadap

produk berasaskan jerami. Malah, masih wujud tanggapan bahawa jerami hanya bahan

buangan yang tidak bernilai. Dapatan ini selaras dengan kajian oleh Bridhikitti dan

Kanokkanjana (2009).

Malah ketidakyakinan pegawai institusi terhadap masa depan industri jerami

menghalang mereka daripada mendalami selok belok pengurusan dan pembangunan

142

jerami. Justeru itu, pegawai institusi tidak bersedia membimbing usahawan bagi

meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan. Hasil kajian mendapati produk yang

dihasilkan kurang berkualiti dan tidak mampu untuk memenuhi citarasa pengguna

kerana kurang mendapat bimbingan nasihat daripada pihak institusi. Dapatan kajian

ini disokong oleh Blackett dan Heron (2008) serta Chen et al. (2009) yang mendapati

agensi perlu menyokong dalam bentuk khidmat nasihat dan teknikal bagi

mengembangkan lagi industri jerami.

b. Inovasi Teknologi Yang Lemah Terhadap Potensi Jerami

Walaupun kajian luar dan tempatan banyak membuktikan jerami mempunyai potensi

yang tinggi dalam mewujudkan rantaian ekonomi namun, potensinya tidak

direalisasikan di Malaysia. Bagi industri padi, kerajaan lebih banyak menumpukan

kepada aktiviti pengembangan untuk meningkatkan hasil padi seperti penyelidikan

terhadap varieti hasil tinggi. Secara tidak langsung, jumlah jerami juga akan turut

meningkat namun jerami tidak dimanfaatkan penggunaannya. Inovasi teknologi yang

lemah ini gagal menonjolkan kepelbagaian potensi jerami menyebabkan pengusaha

menghadapi masalah kerana produk yang dihasilkan juga kurang berkualiti. Ini

bertepatan dengan kajian Bhattacharya (2002), Gheewala (2009), Gupta et al. (2004),

Roy dan Rangnekar (2006) serta Thompson et al. (1998) yang mendapati bahawa

pengukuhan pembangunan teknologi mampu menonjolkan kepelbagaian penggunaan

jerami.

c. Skop Pasaran Yang Terbatas

Hasil pengamatan penyelidik dan temubual dengan pengusaha produk kraf, produk

yang dihasilkan lebih menjurus kepada pasaran masyarakat Melayu dan beragama

Islam saja. Ia lebih menonjolkan ayat al-Quran bertulisan khat, kata-kata hikmah,

kotak hantaran dan hiasan corak batik. Keterbatasan ini menyebabkan kraf jerami

tidak berupaya untuk menguasai pasaran dan menarik minat pelbagai kaum di

Malaysia. Sewajarnya pengusaha mempelbagaikan produk supaya dapat memenuhi

citarasa pengguna mengikut kategori umur meliputi kawasan bandar dan luar bandar

serta kepelbagaian kaum. Malah, selera masyarakat luar bandar dan golongan

143

pertengahan juga perlu dipertimbangkan kerana kraf jerami tidak mendapat sambutan

di kalangan golongan tersebut. masyarakat luar bandar serta golongan pertengahan.

Malah, pasaran di sektor korporat perlu diperluaskan merangkumi industri perhotelan,

pusat membeli belah serta pejabat.

d. Pengusaha Enterprais Kurang Menguasai Pasaran

Hasil analisis mendapati pengusaha enterprais kurang menguasai potensi jerami dan

citarasa pengguna dalam menguasai pasaran. Mereka tidak berupaya untuk

mewujudkan kelainan produk dan kurang kreatif menjalankan promosi. Malah,

kebanyakan pengusaha hanya mengharapkan bantuan institusi untuk penjanaan idea

serta mempromosikan produk. Keadaan ini dibebankan lagi dengan hasil kajian yang

mendapati perkhidmatan nasihat dan bantuan teknikal yang dilaksanakan oleh pihak

institusi bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengusaha kurang berkesan

dalam menyokong pembangunan enterprais mereka. Penyampaian maklumat yang

lebih berkesan dan demonstrasi perlu dilakukan supaya pengusaha mendapat

gambaran sebenar secara teori dan praktikalnya dalam menghasilkan produk yang

lebih berkualiti. Hasil kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh Bridhikitti dan

Kanokkanjana (2009) serta Koh dan Hoi (2003) yang menekankan kepada

penyampaian serta latihan yang berkesan kepada pengusaha sangat mempengaruhi

perkembangan industri jerami.

e. Kekurangan Sumber Tenaga Kerja Mahir Dalam Penghasilan Produk

Walaupun tenaga kerja tetap dan sampingan mudah diperolehi daripada penduduk

sekitar tetapi mereka kebanyakannya kurang mahir dalam penghasilan produk yang

berkualiti. Hasil analisis mendapati masalah ini membawa kepada pengeluaran

produk yang tidak fleksibel, kurang berkualiti dan tidak menarik. Keadaan ini berlaku

disebabkan tenaga kerja sambilan diperolehi daripada penduduk sekitar terutamanya

ibu tunggal dan surirumah. Mereka hanya inginkan pendapatan sampingan bagi

memenuhi keperluan hidup namun tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan.

Malahan mereka juga tidak berminat untuk meningkatkan kemahiran dengan

menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Ini

144

menyebabkan pengusaha menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan pasaran

terutamanya dalam jumlah yang besar kerana keupayaan penghasilan adalah rendah.

f. Kekurangan Modal Membataskan Pengeluaran

Hasil kajian mendapati pengusaha menghadapi masalah kekurangan modal untuk

menyediakan prasarana asas dan penghasilan produk bagi memenuhi permintaan. Ini

kerana kebanyakan pengusaha (16 orang) menggunakan modal sendiri untuk

membiayai enterprais mereka. Bagi pengusaha kraf jerami, kekurangan modal

menyebabkan mereka tidak mampu untuk menembusi pasaran luar negara dan

memenuhi permintaan pelanggan. Produk dan bahan pembungkusan yang dihasilkan

kurang menarik kerana menggunakan bahan yang murah dan kurang berkualiti.

Tekanan turut dirasakan memandangkan produk kraf bukanlah barangan keperluan

harian. Justeru itu, pusingan modal tidak berbalik dalam jangka masa yang singkat dan

pengusaha akan menghadapi kesukaran untuk mengembangkan lagi pasaran.

Bagi pengusaha kompos, mereka memerlukan modal untuk membina bangsal

untuk memproses kompos selain cacing yang diimport bagi menghasilkan

vermikompos. Manakala pengusaha ternakan pula memerlukan bangsal yang besar

sebagai tempat penyimpanan jerami kerana jerami memerlukan tempat yang

terlindung daripada cuaca yang lembab dan hujan. Ketidakupayaan kewangan untuk

menyediakan prasarana asas ini menghadkan pengusaha untuk melebarkan enterprais.

Penghasilan jerami sebagai sumber tenaga memerlukan modal yang sangat

besar terutamanya untuk membangunkan stesen janakuasa tenaga. Hasil kajian

membuktikan kekurangan modal dan karenah birokrasi terutamanya dalam

memperolehi bantuan pinjaman kewangan telah melambatkan proses membangunkan

stesen janakuasa elektrik yang dirancangkan pembinaannya pada tahun 2005 dan

tergendala sehingga kini (2012). Faktor kekurangan modal menggugat perkembangan

enterprais jerami adalah selari dengan dapatan kajian oleh Kishore et al. (2004),

Kopetz (2007) dan Saono dan Sastrapradja (1983).

145

4.5.4 Ancaman

a. Kedapatan Sumber Bahan Mentah Alternatif Lain Yang Meluas Di

Pasaran

Malaysia yang kaya dengan khazanah alam semulajadi dan beriklim panas dan lembab

sepanjang tahun membolehkan pelbagai tanaman hidup subur. Justeru itu, Malaysia

kaya dengan pelbagai sumber bahan mentah pertanian seperti hasil buangan kelapa

sawit, tebu dan kayu. Malah, sejak sekian lama tumpuan kerajaan diberikan kepada

industri hiliran bagi tanaman komoditi industri tersebut. Selain itu, pembangunan

industri hiliran hasil sampingan pertanian juga ditumpukan kepada tumbuhan lain

antaranya kenaf, batang pisang, batang kantan, rotan, mengkuang, daun pandan dan

pelbagai tumbuhan lain. Ini memberi ancaman kepada penegembangan produk

berasaskan jerami.

b. Pemberian Subsidi Dan Peningkatan Import Input Pengeluaran

Pemberian subsidi baja kimia kepada petani mencerminkan tiadanya sokongan padu

daripada pihak kerajaan untuk meningkatkan penggunaan baja kompos tempatan

dalam menjalankan aktiviti pertanian. Petani sejak dahulu lagi diberikan baja kimia

dengan percuma oleh pihak kerajaan. Malah baja kimia telah terbukti keupayaannya

meningkatkan hasil ladang dalam jangka masa singkat. Berlainan pula dengan baja

kompos yang belum terbukti kemampuannya secara praktikal dan terpaksa dibeli

walaupun harganya agak murah di pasaran. Ini akan meningkatkan kos pengeluaran.

Secara realistiknya, walaupun pelbagai promosi dijalankan oleh pihak kerajaan namun

sudah pasti petani akan mengekalkan penggunaan baja kimia terhadap tanaman kerana

ia diperolehi secara percuma. Justeru itu, baja kompos jerami tidak mendapat tempat

di pasaran terutamanya di kalangan penanam padi sendiri.

Begitu juga halnya dengan peningkatan import baja kimia, baja kompos dan

makanan ternakan. Hasil kajian mendapati situasi ini tidak menggalakkan kepada

perkembangan pesat industri pembuatan kompos jerami dan makanan ternakan

tempatan. Malah, faktor ini menyebabkan beberapa buah enterprais gagal beroperasi

146

memandangkan tiadanya permintaan yang tinggi terhadap produk baja kompos dan

makanan ternakan di peringkat tempatan.

c. Nilai Nutrien Jerami Yang Rendah Sebagai Makanan Ternakan

Nilai nutrien jerami yang rendah sebagai makanan ternakan dan hanya tinggi

kandungan serat menjadikan pengusaha ternakan tidak mengaplikasikannya

sepenuhnya jerami sebagai makanan ternakan. Ini kerana ternakan tidak akan

mendapat nutrisi pemakanan lengkap untuk pembesaran dan kesuburan. Kandungan

serat dan bahan kering yang tinggi hanya berfungsi untuk mengenyangkan ternakan

sahaja. Jadi, untuk mendapatkan protein tambahan, pengusaha ternakan terpaksa

mendapatkan sumber makanan tambahan lain. Kekurangan ini menyebabkan

penternak tidak berminat menggunakan jerami sebagai makanan ternakan. Justeru itu,

permintaan yang rendah telah menidakkan perkembangan industri makanan ternakan

berasaskan jerami. Hasil kajian ini disokong oleh Siulapwa dan Simukoko (2000)

yang mendapati cabaran dalam membangunkan jerami sebagai makanan ternakan

ialah rasanya yang kurang enak, kurang protein dan tahap penghadaman yang rendah.

Manakala Drake et al. (t.th.) menyatakan jerami perlu ditingkatkan tahap nutrisi

melalui perawatan kimia dan fizikal untuk dapat bersaing di pasaran.

4.6 KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian, dapatlah dirumuskan bahawa perkembangan industri jerami

kurang menggalakkan kerana kurangnya sokongan padu kerajaan dalam

meningkatkan P&P bagi menyelongkar potensi jerami, mempromosikan dan

mengetengahkan kepentingan penggunaan produk berasaskan jerami di kalangan

masyarakat. Kepentingan penyertaan institusi dilihat sangat relevan memandangkan

kebanyakan pengusaha enterprais kekurangan modal dan kemahiran untuk menguasai

pasaran. Manakala sokongan masyarakat perlu bagi menjamin permintaan terhadap

produk berasaskan jerami sentiasa berterusan Justeru itu, kerajaan perlu memberi

fokus kepada pembangunan hasil jerami sebagai satu perusahaan kerana ia mampu

mengatasi masalah pencemaran di persekitaran tani selain dapat menjana pendapatan

negara dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

BAB V

KAJIAN KOMUNITI: KEUPAYAAN KOMUNITI DALAM PEMBANGUNAN

INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

5.1 PENGENALAN

Penjanaan sumber baru yang berpotensi dengan menggunakan bahan mentah tempatan

sedia ada atas dasar kepentingan pembangunan kawasan luar bandar, komuniti dan

pemeliharaan alam sekitar wajar diberi keutamaan. Melihat kepada stagnasi yang

berterusan sejak sekian lama dalam pembangunan industri jerami, kajian komuniti

telah dilakukan ke atas petani untuk merungkai permasalahan yang wujud dalam

komuniti petani terhadap usaha untuk merealisasikan pembangunan jerami sebagai

sebuah industri yang berdaya saing. Selain itu, kajian juga ingin melihat adakah petani

merupakan faktor penghalang utama kepada kemajuan jerami di Wilayah MADA.

Konteks petani dilihat memandangkan petani merupakan pengeluar utama

bahan mentah jerami selepas proses penuaian dilakukan. Komuniti petani selaku

masyarakat yang mendiami sesebuah wilayah pertanian akan mengalami impak

ekoran pembangunan industri jerami. Justeru itu, kajian terhadap komuniti petani

adalah penting untuk dinilai kerana merekalah antara subjek utama yang akan

menentukan kelangsungan pembangunan industri jerami. Malah, tahap kesediaan

petani dalam meningkatkan penawaran bekalan jerami juga sangat penting untuk

dinilai antaranya sikap; kehendak dan tahap motivasi; keupayaan mengurus hasil;

kemampuan modal dan tahap pengetahuan serta kerjasama petani dengan pihak luar.

Malah, kesan pembangunan industri jerami ke atas persekitaran tani dan sosio-

ekonomi petani turut diperlihatkan kerana faktor-faktor inilah yang membawa kepada

tercetusnya projek pembangunan jerami yang dilaksanakan oleh pihak MADA.

203

5.2 PROFIL PETANI DAN KETERLIBATANNYA DALAM

PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

Kajian komuniti melibatkan 160 orang petani (responden) yang tidak membakar

jerami selepas musim penuaian sebaliknya menjualnya atau membenarkan pihak

tertentu memungut jerami di ladang ataupun menggunakan semula jerami sebagai

makanan ternakan, kompos atau media semaian. Jumlah petani dan unit (kampung)

yang terlibat dalam projek pembangunan jerami yang dilakukan oleh pihak MADA

sentiasa berubah bagi setiap musim bergantung kepada keadaan semasa antaranya

pengaruh cuaca, keupayaan logistik, kekangan masa dan kesediaan petani dalam

menyertai projek tersebut.

Populasi diambil daripada petani yang terlibat dalam projek pembangunan

jerami pada musim II/2009 iaitu jerami yang dipungut pada bulan Mac 2010. Jumlah

keseluruhan petani yang terlibat ketika musim penuaian itu ialah seramai 267 orang.

Berdasarkan penentuan saiz sampel yang dirumus oleh Israel (1992) sebanyak 160

orang responden telah diambil untuk dilakukan temuselidik. Berdasarkan jumlah ini,

seramai 16 orang responden (empat orang bagi mewakili setiap Wilayah MADA)

telah ditemubual secara mendalam bagi mengukuhkan lagi dapatn kajian daripada kaji

selidik yang dijalankan ke atas 160 orang responden (Lampiran E).

Kesemua responden yang ditemubual terdiri daripada kaum Melayu

melibatkan 155 orang lelaki (90.6%) dan 15 orang perempuan (9.5%). Hasil temubual

mendapati perbezaan gender tidak mempengaruhi keterlibatan petani dalam projek

pemungutan jerami.

“…Petani lelaki atau perempuan, semua sama saja. Ada yang minat

dan ada yang tak minat” (P4).

“…Jantina tak pengaruhi langsung sama ada nak terlibat ka dak.

Banyak faktor lain yang pengaruhi sama ada minat ka tidak” (P15).

Sebilangan besar responden iaitu 85 orang (53.1%) berumur 51 tahun ke atas

diikuti oleh 38 orang (23.8%) yang berumur dalam lingkungan 51 hingga 50 tahun.

Hanya 27 orang (16.9%) petani berumur dalam lingkungan 31 hingga 50 tahun dan

203

selebihnya iaitu 10 orang (6.3%) berumur antara 21 hingga 30 tahun. Ini membuktikan

bahawa kebanyakan petani di Wilayah MADA sudah lanjut usia dan keterlibatan

golongan belia untuk mengerjakan ladang amat kecil jumlahnya (Jadual 5.1).

Keputusan analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa

perhubungan antara umur responden dengan minat mereka terhadap pembangunan

jerami adalah tidak signifikan (r = -.003, p > .05) iaitu p = .97. Kesimpulan mendapati

bahawa umur petani tidak berhubung kait dengan minat mereka terhadap projek

pembangunan jerami.

Sejumlah 113 orang responden (70.6%) memiliki pendidikan yang agak tinggi

iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE) seramai 93 orang (58.1%), Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM/HSC) seramai 19 orang (11.9%) dan peringkat

sijil atau diploma seramai seorang sahaja (0.6%). Namun tiada seorangpun daripada

responden memiliki ijazah. Terdapat juga seorang responden yang tidak pernah

mengikuti sistem persekolahan formal dan lapan orang responden (5.0%) hanya

mendapat pendidikan formal sehingga sekolah rendah sahaja. Selebihnya, 38 orang

responden (23.8%) mendapat pendidikan sehingga Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE).

Keputusan analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa

perhubungan antara status pendidikan responden dengan minat mereka terhadap

projek pembangunan jerami juga adalah tidak signifikan (r = -.02, p > .05) iaitu p =

.85. Kesimpulan mendapati bahawa status pendidikan petani tidak mempunyai

hubungan dengan minat mereka terhadap projek pembangunan jerami (Jadual 5.1).

Jadual 5.1 Profil petani dan hubungan minatnya terhadap pembangunan industri

jerami di Wilayah MADA

Profil petani Bilangan Peratus Hasil analisis

Umur (tahun)

Kurang 20

21 – 30

31 – 50

51 – 50

51 ke atas

-

10

27

38

85

-

6.3

16.9

23.8

53.1

: Tidak signifikan

r = -.003, p > .05

(dua hujung) iaitu p = .97

bersambung…

203

Status pendidikan

Tidak bersekolah

Sekolah rendah

SRP/LCE

SPM/MCE

STPM/HSC)

Sijil/Diploma

Ijazah

1

8

38

93

19

1

-

0.6

5.0

23.8

58.1

11.9

0.6

-

: Tidak signifikan

r = -.02, p > .05

(dua hujung) iaitu p = .85

Keluasan ladang (relung)

Kurang daripada 2

2 – 5

5 – 6

7 – 8

9 – 10

Melebihi 10

3

27

37

33

27

33

1.9

16.9

23.1

20.6

16.9

20.6

: Tidak signifikan

r = -.05, p > .05

(dua hujung) iaitu p = .65

Jangkamasa mengusahakan

tanaman padi

Kurang daripada 5

6 – 10

10 – 15

16 – 20

Lebih daripada 20

15

27

35

27

56

9.5

16.9

21.9

16.9

35.0

: Tidak signifikan

r = .05, p > .05

(dua hujung) iaitu p = .56

Pendapatan purata petani

bagi satu musim penanaman

Kurang RM500

RM501 – RM1000

RM1001 – RM1500

RM1501 – RM2000

RM2001 – RM2500

Melebihi RM2501

-

23

18

28

51

50

-

15.5

11.3

17.5

25.6

31.3

: Tidak signifikan

r = -.05, p > .05

(dua hujung) iaitu p = .56

Status pemilikan tanah

Milik sendiri

Penyewa

Milik sendiri dan penyewa

81

56

23

50.6

35.0

15.5

: Tidak signifikan

r = .15, p > .05

(dua hujung) iaitu p = .07

Sebahagian besar responden iaitu 56 orang (35.0%) telah lama mengerjakan

sawah padi iaitu melebihi 20 tahun. Ini menunjukkan mereka telah begitu arif

berkaitan dengan pengurusan ladang. Manakala 27 orang responden (16.9%) masing-

masing mengerjakan ladang dalam lingkungan enam hingga 10 tahun dan 16 hingga

20 tahun. Selebihnya 15 orang responden (9.5%) masih baru mengerjakan ladang iaitu

dalam tempoh kurang daripada lima tahun (Jadual 5.1).

sambungan…

203

Keputusan analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa

perhubungan antara jangka masa yang lama mengusahakan tanaman padi dengan

minat petani terhadap pembangunan jerami adalah tidak signifikan (r = .05, p > .05)

(dua hujung) iaitu p = .56. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat

perhubungan antara jangka masa yang lama dalam mengusahakan tanaman padi

dengan minat petani untuk membangunkan jerami. Hubungan yang ditunjukkan

adalah sangat lemah (r = .05).

Hasil kajian juga menunjukkan hampir keseluruhan responden sangat berminat

terhadap projek pembangunan jerami ini. Bagi petani yang telah lama dan sangat

berpengalaman dalam mengusahakan tanaman padi iaitu melebihi 20 tahun, seramai

52 orang responden menunjukkan begitu berminat terhadap projek ini dan hanya

empat orang responden menunjukkan reaksi sekadar berminat. Seramai 33 orang

daripada 35 orang responden yang mengusahakan tanaman padi dalam jangka masa

11 hingga 15 tahun menunjukkan minat yang ketara terhadap projek pembangunan

jerami ini. Manakala masing-masing seorang responden menyatakan mereka hanya

berminat dan kurang berminat terhadap projek ini. Bagi petani yang mengerjakan

tanaman padi kurang daripada lima tahun, kesemua responden iaitu 15 orang sangat

berminat untuk mengusahakan projek ini. Ini kerana mereka merupakan golongan

petani yang mudah menerima inovasi dan beranggapan setiap program yang

dijalankan oleh kerajaan adalah yang terbaik untuk pembangunan padi. Malah, ia juga

mampu memelihara alam sekitar. Ini menunjukkan bahawa jangka masa petani

mengusahakan tanaman padi tidak mempengaruhi minat mereka untuk

membangunkan jerami (Jadual 5.2).

“…Saya sangat berminat sebab diberikan projek jerami ni ada juga untungnya

dari segi insentif yang dan alam sekitar semakin baik” (P1).

“…Projek pembangunan jerami ni menguntungkan semua pihak termasuklah

petani, pengusaha dan paling penting sekali ialah alam sekitar” (P13).

203

Jadual 5.2 Taburan silang antara jangkamasa petani mengusahakan tanaman padi

dengan minat petani terhadap projek pembangunan jerami

Jangka masa

mengusahakan

tanaman padi

(tahun)

Minat petani terhadap projek pembangunan jerami

Sangat

berminat Berminat

Kurang

berminat

Langsung

tidak

berminat

Kurang daripada 5 15 (9.5%) - - -

6 - 10 25 (15.6%) 1 (0.6%) 1 (0.6%) -

11 - 15 33 (20.6%) 1 (0.6%) 1 (0.6%) -

16 - 20 25 (15.6%) 1 (0.6%) 1 (0.6%) -

Lebih daripada 20 52 (32.5%) 5 (2.5%) - -

Keupayaan untuk membangunkan industri jerami juga bergantung kepada

keluasan tanah yang diusahakan oleh petani. Ini kerana keluasan tanah yang kecil

adalah tidak ekonomik sekiranya memperuntukan mesin baler untuk memungut

jerami. Berdasarkan jadual 5.1, hanya tiga orang responden sahaja (1.9%) yang

mengusahakan sawah kurang daripada dua relung. Seramai 37 orang responden

(23.1%) mengusahakan tanah seluas lima hingga enam relung manakala 27 orang

petani (16.9%) masing-masing mengusahakan tanaman di kawasan seluas dua hingga

empat relung dan sembilan hingga 10 relung. Seramai 33 orang responden (20.6%)

masing-masing mengerjakan ladang yang berkeluasan tujuh hingga lapan relung dan

melebihi 10 relung. Ini menunjukkan bahawa secara teorinya tidak wujud masalah

berkaitan penggunaan mesin yang tidak ekonomik di ladang memandangkan hampir

keseluruhan responden mengusahakan tanah yang luas.

Keputusan analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa

perhubungan antara keluasan tanaman padi yang diusahakan dengan minat petani

terhadap pembangunan jerami adalah tidak signifikan (r = .05, p > .05) (dua hujung)

iaitu p = .65. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan antara

keluasan ladang yang diusahakan dengan minat petani untuk membangunkan jerami.

Berdasarkan garis kemiskinan yang ditentukan oleh kerajaan Negeri Kedah

dan Perlis pada tahun 2009, golongan miskin diperakukan di bawah pendapatan

RM720 sebulan manakala golongan miskin tegar dengan pendapatan di bawah

RM520. Justeru itu, kajian mendapati hanya 23 orang responden (15.5%) yang

memperolehi pendapatan antara RM501 hingga RM1000 manakala tiada seorangpun

203

petani yang tergolong dalam kelompok miskin tegar dengan pendapatan bulanan

kurang daripada RM500. Ini selaras dengan maklumat yang diperolehi daripada pihak

MADA yang menunjukkan hanya satu peratus sahaja petani di Wilayah MADA masih

tergolong dalam kelompok miskin dan selebihnya bebas daripada keadaan miskin iaitu

tahap pendapatan petani melebihi garis kemiskinan yang telah ditetapkan. Majoriti

petani yang ditemubual memperolehi pendapatan melebihi RM2500 iaitu seramai 50

orang (31.3%) dan 51 orang (25.6%) memperolehi pendapatan antara RM2001 hingga

RM2500 (Jadual 5.1).

Keputusan analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa

perhubungan antara pendapatan purata petani dengan minatnya terhadap

pembangunan jerami adalah tidak signifikan (r = -.05, p > .05) (dua hujung) iaitu

bersamaan p = .56. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan

antara pendapatan purata petani dengan minat petani untuk membangunkan jerami. Ini

bermakna tingkat pendapatan tidak langsung mempengaruhi minat petani untuk

membangunkan jerami.

Hasil kajian mendapati hampir keseluruhan responden (93.8%) sangat

berminat terhadap projek pembangunan jerami. Seramai 58 orang responden (30.0%)

dengan pendapatan purata melebihi RM2500 menunjukkan sangat berminat terhadap

projek pembangunan jerami. Seramai tujuh orang responden (5.5%) memberikan

reaksi berminat manakala hanya tiga orang responden (1.8%) kurang berminat

terhadap pembangunan jerami. Hasil temubual mendapati responden kurang berminat

terhadap projek pembangunan jerami atas alasan insentif yang diberikan oleh kerajaan

kurang menarik (Jadual 5.3).

“…Saya bukannya tak minat sangat, cuma insentif yang kerajaan bagi tu

tak berbaloi dengan hasil usaha kita tanam padi. Kalau bagi lebih baik

saya akan sokong usaha pembangunan jerami ni” (P11).

“…Pihak kerajaan bagi sikit sangat. Kalau bagi insentif tu tinggi sikit

daripada sekarang, rasanya lebih ramai lagi petani yang akan sertai projek

pembangunan jerami ni” (P2).

203

Jadual 5.3 Taburan silang menunjukkan kaitan antara pendapatan purata petani

dengan minatnya terhadap pembangunan jerami

Pendapatan purata

petani bagi satu

musim penanaman

Minat petani terhadap pembangunan jerami

Sangat

berminat Berminat

Kurang

berminat

Langsung

tidak

berminat

Kurang RM500 - - - -

RM501 – RM1000 21 (13.1%) 2 (1.3%) - -

RM1001 – RM1500 16 (10.0%) 2 (1.3%) - -

RM1501 – RM2000

RM2001 – RM2500

Melebihi RM2501

28 (17.5%)

37 (23.1%)

58 (30.0%)

-

1 (0.6%)

2 (1.3%)

-

3 (1.8%)

-

-

-

-

Jika ditinjau dari sudut status milikan tanah, kebanyakan responden

mengerjakan tanah milik sendiri iaitu seramai 81 orang (50.6%) manakala 56 orang

(35.0%) hanya sebagai penyewa. Selebihnya 23 orang (15.5%) berstatus milik sendiri

dan penyewa (Jadual 5.1). Berdasarkan temubual dengan pegawai MADA, sebilangan

besar petani mengusahakan tanah milikan sendiri. Keadaan ini menyukarkan

pembangunan industri jerami kerana petani mempunyai hak ke atas tanah mereka

sendiri untuk diusahakan dengan aktiviti pembangunan jerami atau membakar sahaja

jerami di ladang. Keadaan ini mengugat proses pembangunan industri jerami di

Wilayah MADA.

Keputusan analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa

perhubungan antara status milikan tanah petani dengan minatnya terhadap

pembangunan jerami adalah tidak signifikan (r = .15, p > .05) (dua hujung) iaitu p =

.07. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan antara status

milikan tanah petani dengan minat petani untuk turut membangunkan jerami.

Kaedah penanaman turut diperlihatkan kerana ia merupakan salah satu faktor

yang mempengaruhi jumlah bekalan jerami yang bakal diperolehi selepas proses

penuaian. Kaedah mencedung (menanam secara manual) merupakan kaedah terbaik

bagi mendapatkan bekalan jerami yang banyak. Namun begitu, kaedah tersebut tidak

menjadi pilihan petani memandangkan ia memerlukan tenaga buruh yang ramai dan

kos yang tinggi untuk membayar upah tenaga buruh yang semakin meningkat. Justeru

itu, kaedah tabur terus (basah dan kering) menjadi pilihan petani untuk mengerjakan

203

tanaman padi. Majoriti petani di Wilayah MADA menggunakan kaedah tabur terus

basah yang melibatkan 150 orang responden (87.5%) daripada 160 orang

keseluruhannya. Manakala 19 orang responden (11.9%) lagi menggunakan kaedah

tabur terus kering. Hanya seorang sahaja responden menggunakan kaedah mencedung

(Jadual 5.4). Hasil kajian mendapati keseluruhan responden menjalankan tanaman

padi sebanyak dua kali dalam setahun.

Jadual 5.4 Kaedah penanaman padi yang dijalankan oleh petani

Kaedah Penanaman Bilangan Peratus

Tabur terus basah

Tabur terus kering

Mencedung

150

19

1

87.5

11.9

0.6

Berdasarkan hasil kajian, seramai 30 orang responden (18.7%) terlibat sejak

peringkat awal projek pembangunan jerami dijalankan oleh pihak MADA sekitar

tahun 2006. Seramai 25 orang petani (15.6%) terlibat sebanyak lima hingga enam

musim manakala selebihnya 3.1% lebih daripada enam musim penanaman.

Sebilangan besar petani iaitu 98 orang (61.3%) masih baru terlibat dengan projek ini

iaitu hanya menyertai dalam satu hingga dua musim penanaman sahaja (Jadual 5.5).

Jadual 5.5 Penglibatan petani dalam projek pembangunan jerami

mengikut musim penanaman padi

Musim penanaman padi Bilangan Peratus

1 – 2 musim

3 – 5 musim

5 – 6 musim

Lebih daripada 6 musim

98

32

25

5

61.3

20.0

15.6

3.1

Kesimpulannya, hasil kajian terhadap profil petani membuktikan bahawa

gender, umur, tahap pendidikan, tempoh mengusahakan tanaman padi, keluasan tanah,

pendapatan dan status milikan tanah langsung tidak mempunyai hubungan dengan

minat petani terhadap pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

203

5.3 PETANI DAN PEMBANGUNAN JERAMI PADI DI WILAYAH MADA

5.3.1 Tujuan Petani Melakukan Pembakaran Terbuka Jerami

Sebelum pelaksanaan projek pembangunan jerami yang dilaksanakan oleh pihak

MADA, biasanya petani akan membakar jerami secara terbuka di ladang selepas

musim penuaian. Berdasarkan hasil kajian, seramai 102 orang responden (63.8%)

menyatakan faktor utama pembakaran jerami dilakukan kerana ia merupakan kaedah

yang mudah dan murah untuk membersihkan ladang daripada hasil sampingan padi

iaitu jerami. Manakala, seramai 30 orang responden (18.8%) melakukan pembakaran

kerana ia merupakan kaedah tradisi yang diamalkan sejak dahulu lagi bagi

membersihkan ladang. Bagi 19 orang responden (11.8%) lagi, masalah serangan

penyakit dan perosak menjadi alasan kepada pembakaran jerami dan sembilan orang

responden (5.6%) melakukan pembakaran sebagai kaedah bagi menyuburkan tanah

ladang (Jadual 5.6).

Jadual 5.6 Tujuan petani melakukan pembakaran jerami di ladang

Tujuan pembakaran jerami Bilangan Peratus

Kaedah mudah dan murah

Amalan tradisi

Penghapusan serangan penyakit dan perosak

Kaedah penyuburan tanah

102

30

19

9

63.8

18.8

11.8

5.6

“…Nak senang dan murah, bakar saja jerami. Kalau nak pungut sendiri

makan masa dan kos juga” (P16).

“…Dari zaman dulu lagi kami dok bakar jerami” (P7).

“…Dah dok biasa bakar dari dulu lagi. Mudah nak bersihkan tanah.

Tambah-tambah kalau tanaman kena serangan penyakit dan perosak.

Mesti kena bakar jerami bagi matikan benih perosak tu” (P5).

“…Nak senang kerja, bakar ja jerami. Tapi bila kita bakar jerami, tanah

juga jadi subur” (P13).

203

5.3.2 Tahap Pengetahuan Petani Terhadap Syarat-syarat Pembakaran Jerami

Di Ladang

Pembakaran terbuka adalah dilarang dari sudut undang-undang negara namun

pembakaran terbuka bagi hasil sampingan pertanian telah diluluskan di bawah Akta

127 (A), 1975 Peraturan-peraturan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk tindakan

petani sebelum dan semasa pembakaran sedang dijalankan. Petani perlu sentiasa

mengikuti pelbagai panduan dan peraturan yang telah diperuntukan di peringkat

negeri dan zon tempatan di samping peraturan kesihatan yang perlu dipatuhi dalam

mengendalikan operasi pertaniannya.

Malangnya, hasil kajian menunjukkan seramai 126 orang responden (78.7%)

membakar sahaja jerami tanpa mengikuti syarat-syarat yang telah digazetkan. Apa

yang pasti golongan ini mengetahui terdapatnya syarat-syarat yang perlu dipatuhi

untuk melakukan pembakaran terbuka jerami. Manakala, hanya 35 orang responden

(21.3%) berusaha untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum dan

semasa pembakaran jerami dilakukan. Pembakaran yang dilakukan tanpa menuruti

syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengundang masalah ke atas kualiti alam

sekeliling dan penduduk sekitaran tani. Ini jelas dapat dilihat daripada hasil temubual

bersama reponden:

“…Pakcik tau ada syarat pembakaran tu tapi petani tak dak jalan lain dari

dulu selain daripada bakar jerami” (P1).

“…Tahu ada syarat pembakaran tu tapi nak ikut payah sangat. Ada waktu-

waktu yang sesuai la, kena tunggu tujuh hari la bagi jerami kering, kena

cakap kat PLUS kalau nak bakar kat tepi highway dan macam-macam lagi

syarat. Kami ni nak cepat dan mudah saja jadi senang terus bakar” (P5).

“…Saya cuba juga ikut beberapa syarat pembakaran yang ada” (P10).

“…Setakat ni dok ikut juga syarat-syarat bakar jerami tu. Tambah pula

bendang saya dok tepi highway. Nanti sebab asap tu, berlaku accident

lagi” (P13).

Hasil kajian menunjukkan petani mempunyai pengetahuan terhadap perkara-

perkara penting yang perlu dipatuhi sebelum dan semasa pembakaran jerami hendak

203

dilakukan. Seramai 112 orang responden (70.0%) tahu tentang tempoh pengeringan

padi yang disyorkan sebelum dibakar iaitu tujuh hari selepas proses penuaian. Ini bagi

memastikan jerami benar-benar kering supaya pembakaran dapat dilakukan dengan

sempurna serta dalam jangka masa yang singkat sahaja. Malah, petani juga tahu waktu

yang sesuai untuk menjalankan pembakaran iaitu pada hari cerah antara jam 1 hingga

5 petang. Ini melibatkan 100 orang responden (62.5%) dan hanya 60 orang responden

(37.5%) tidak tahu tentang waktu pembakaran yang sesuai (Jadual 5.7).

Seramai 125 orang (77.5%) tidak tahu wujudnya syarat yang memerlukan

petani sentiasa memantau pembakaran sekiranya dilakukan berhampiran jalanraya. Ini

dilakukan bagi mengelakkan pembakaran merebak ke kawasan sekitar dan gangguan

asap yang akan menghadkan jarak penglihatan pengguna jalanraya. Hanya 11 orang

(6.9%) sahaja yang mengetahui teknik pembakaran yang sempurna. Teknik

pembakaran yang sempurna perlu dilakukan bagi mengurangkan kesan ke atas kualiti

udara (Jadual 5.7).

Terdapat lima orang (3.1%) sahaja yang mengetahui bahawa terdapatnya

syarat-syarat pemakluman kepada pihak berkuasa seperti polis, PLUS dan bomba

sebelum melakukan pembakaran. Selebihnya, seramai 155 orang responden (96.9%)

tidak mengetahui tentang terdapatnya syarat tersebut. Makluman ini diperlukan

supaya pihak berkenaan sentiasa berjaga-jaga dan memantau pembakaran jerami agar

tidak marak dan merebak ke tempat lain. Api yang marak akan menyebabkan

pembakaran semakin meluas dan asap juga semakin tebal sehingga membahayakan

penduduk dan kediaman sekitar serta pengguna jalanraya (Jadual 5.7).

Apa yang membimbangkan, petani langsung tidak mengetahui tentang indeks

pencemaran udara di kawasan mereka. Ini diakui oleh kesemua responden iaitu 160

orang (100.0%). Menurut syarat-syarat di bawah Akta 127 (A), sekiranya indeks

pencemaran udara di kawasan berkenaan melebihi tahap 100, pembakaran jerami

adalah tidak dibenarkan sama sekali. Namun begitu, kedangkalan petani terhadap

indeks kualiti udara menyebabkan mereka membakar sahaja jerami dan menyebabkan

kualiti udara semakin buruk (Jadual 5.7).

203

“…Pasal tahap pencemaran udara saya tak tau langsung. Kita (petani) pun

tak dak maklumat tentang tu. Depa (pihak terbabit dengan kualiti alam

sekitar) tak sampaikan maklumat tentang tahap-tahap tu. Jadi kita bakar ja

la” (P10).

“…Petani tengok cuaca panas elok terus bakar. Tentang tahap kualiti

udara pula, kebanyakan petani tak pastilah sebab maklumat tentang tu tak

dak” (P13).

Jadual 5.7 Tahap pengetahuan petani terhadap syarat-syarat pembakaran jerami

mengikut Akta 127 (A)

Syarat-syarat pembakaran jerami Ya, tahu Tidak tahu

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Tempoh pengeringan jerami yang

disyorkan sebelum dibakar

Waktu pembakaran yang sesuai

Memantau pembakaran jika pembakaran

dilakukan berhampiran jalanraya

Teknik pembakaran sempurna

Memaklumkan kepada pihak tertentu

seperti polis, PLUS, bomba

Indeks pencemaran udara

112

100

36

11

5

-

70.0

62.5

22.5

6.9

3.1

-

58

60

125

159

155

160

30.0

37.5

77.5

93.1

96.9

100.0

5.3.3 Kesampaian Petani Terhadap Khidmat Nasihat Daripada Pihak Institusi

Berhubung Teknik Pembakaran Terbuka Jerami Padi

Berdasarkan hasil kajian (Jadual 5.8), hanya 56 orang responden (35.0%) menyatakan

pernah menerima khidmat nasihat daripada pihak MADA berkaitan syarat-syarat yang

perlu diikuti sebelum dan semasa pembakaran jerami dilakukan. Khidmat nasihat

berkaitan teknik pembakaran amat penting bagi mengurangkan kesan pembakaran

terbuka ke atas alam sekitar dan penduduk di sekitaran tani. Manakala selebihnya iaitu

105 orang responden (65.0%) tidak pernah menerima sebarang khidmat nasihat

berkaitan pembakaran terbuka jerami daripada pihak MADA. Kenaifan petani

terhadap maklumat berkaitan syarat pembakaran mendorong mereka untuk melakukan

pembakaran jerami secara terbuka sewenang-wenangnya.

Selain pihak MADA, terdapat juga agensi-agensi lain yang turut terlibat bagi

memastikan pembakaran terbuka jerami dilakukan secara berhemah antaranya pihak

PLUS dan JAS Negeri Kedah. Seramai empat orang responden (2.5%) pernah

menerima khidmat nasihat daripada pihak JAS dan dua orang responden (1.3%) lagi

203

pernah menerima nasihat berkaitan syarat-syarat pembakaran daripada pihak PLUS.

Ketika musim pembakaran jerami, pihak JAS terlibat dalam mengawal kualiti udara

manakala pihak PLUS pula memastikan bahawa pembakaran tidak dilakukan terlalu

hampir dengan lebuhraya selain memantau keadaan asap. Walau bagaimanapun,

seramai 156 orang responden (97.5%) dan 158 orang responden (98.7%) masing-

masing tidak pernah menerima khidmat nasihat daripada pihak JAS dan PLUS. Ini

menunjukkan bahawa kedua-dua institusi ini kurang melibatkan petani dalam

pengurusan berkaitan pembakaran jerami (Jadual 5.8).

Jadual 5.8 Pihak institusi yang terbabit dalam memberi khidmat nasihat berkaitan

syarat-syarat pembakaran terbuka jerami

Institusi Ya Tidak

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah

PLUS Expressways Berhad

56

5

2

35.0

2.5

1.3

105

156

158

65.0

97.5

98.7

“…Ada juga pihak MADA dok bagi nasihat tentang syarat-syarat

pembakaran jerami tapi tak selalu la. Pihak lain tak dak” (P3).

“…Bendang (sawah) pakcik dok tepi highway. Pernah juga pihak peronda

PLUS berhenti dan bagi nasihat kat pakcik masa dok tengah bakar jerami

tu” (P11).

“…Pihak Jabatan Alam Sekitar tu pernah juga la. Masa tu keadaan jerebu

teruk juga sebab dengar kata ada kebakaran di Indonesia. Lepas tu tak dak

lagi depa (JAS) mai bagi nasihat” (P12).

5.3.4 Faktor Penarik Petani Untuk Membangunkan Industri Jerami

Keprihatinan terhadap alam sekitar sekitar merupakan alasan utama kepada 157 orang

responden (91.9%) untuk terlibat dalam projek pembangunan jerami. Ini berikutan

peningkatan kesan pembakaran terbuka jerami terhadap persekitaran yang mengancam

kualiti udara dan kesihatan penduduk Seramai 135 orang responden (85.5%)

menyertai projek pembangunan industri jerami kerana projek tersebut didapati mampu

menjana pendapatan sampingan kepada mereka melalui penjualan jerami kepada

pihak tertentu ataupun mengusahakan sendiri projek kompos dan makanan ternakan

daripada jerami padi (Jadual 5.9).

203

“…Saya sangat minat sertai projek pembangunan jerami ni sebab nak

jaga alam sekitar” (P1).

“…Asap pembakaran jerami dah cukup untuk rosakkan alam sekitar.

Jadi bila kita dah bangunkan jerami dapat selamatkan alam sekitar dan

tambah pula pendapatan sampingan hasil jualan jerami mentah” (P13).

“…Dapat pendapatan sampingan dengan jual jerami pada pihak

MADA” (P9).

Jadual 5.9 Faktor penarik petani untuk membangunkan jerami

Alasan membangunkan jerami Bilangan Peratus

Keprihatinan terhadap alam sekitar

Penjanaan pendapatan sampingan

Pemberian insentif oleh kerajaan

Kaedah membaik pulih struktur tanah dan

kesuburan tanaman

Pengamalan kaedah baru bagi pengurusan ladang

157

135

128

120

30

91.9

85.5

80.0

75.0

18.8

Insentif yang diberikan oleh kerajaan juga merupakan faktor penarik petani

kepada usaha pembangunan jerami di Wilayah MADA Ini diakui oleh 128 orang

responden (80.0%). Hasil kajian juga menunjukkan pihak MADA menyediakan dua

bentuk insentif kepada petani yang membenarkan agensi tersebut memungut jerami di

ladang iaitu putaran tunggul jerami secara percuma dan bayaran mengikut keluasan

ladang yang dipungut oleh pihak MADA. Selain itu, seramai 120 orang responden

(75.0%) menjadikan kesuburan tanah dan tanaman sebagai alasan untuk tidak lagi

membakar jerami. Ini kerana jerami sangat berpotensi sebagai agen pembaikpulih

kesuburan tanah dan kaedah pengurusan tanaman secara semulajadi. Terdapat juga

petani yang menjadikan alasan ingin mencuba kaedah baru pengurusan jerami di

ladang. Sebelum ini, pembakaran jerami merupakan amalan tradisi dan kaedah baru

yang diperkenalkan ini menarik minat responden (18.8%) untuk turut mencubanya

(Jadual 5.9).

“…Kalau guna balik jerami sebagai baja, tanah jadi lebih baik dan

pokok lebih sihat daripada guna baja kimia. Jadi saya pun guna semula

jerami sebagai kompos” (P7).

“…Dok tengok orang lain buat jadi pakcik pun teringin untuk cuba

kaedah baru ni. Dengar macam-macam faedah boleh dapat dengan

menyertai projek ni” (P5).

203

Hasil kajian mendapati lebih separuh daripada responden iaitu 125 orang

(80.1%) memilih untuk mendapatkan perkhidmatan potongan tunggul jerami secara

percuma berbanding hanya 31 orang responden (19.9%) memilih untuk dibayar

mengikut keluasan ladang yang dibenarkan kepada pihak MADA untuk memungut

jerami (Jadual 5.10).

Jadual 5.10 Bentuk insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada petani

Bentuk Insentif Bilangan Peratus

Perkhidmatan putaran tunggul jerami secara percuma

Bayaran mengikut keluasan ladang

125

31

80.1

19.9

Berdasarkan jadual 5.11, hampir keseluruhan responden iaitu seramai 138

orang (86.2%) menyerahkan tugas memungut jerami padi kepada pihak MADA.

Menariknya, terdapat 18 orang responden (11.3%) mengambil inisiatif untuk

melakukannya sendiri. Jerami ini biasanya dipungut untuk kegunaan sendiri seperti

makanan ternakan. Selebihnya jerami yang masih banyak di ladang diserahkan kepada

pihak MADA untuk dipungut. Ini menunjukkan perkembangan yang baik kerana

wujudnya petani yang betul-betul mengambil peluang untuk mengoptimumkan

penggunaan jerami. Inisiatif ini berupaya meningkatkan pendapatan dan menjimatkan

kos pembelian makanan ternakan. Hanya empat orang responden (2.5%) yang

menyerahkan urusan memungut jerami kepada pihak swasta.

“…Nak senang bagi MADA saja mai ambil jerami” (P2).

“…Biasanya saya akan pungut sendiri jerami untuk makanan lembu.

Lebih tu (jerami yang masih kedapatan di ladang), saya akan panggil

pihak MADA mai ambil pula” (P8).

“…Nak tunggu pihak MADA mai ambil, lambat sikit sebab mesin

kurang. Kena tunggu dia (pihak MADA) masuk ikut kawasan. La ni

ada kontraktor (pihak swasta) dah mula jalankan projek pungut jerami.

Jadi saya bagi kat depa (pihak swasta) ja la” (P11).

203

Jadual 5.11 Pihak yang memungut jerami di ladang

Pihak memungut jerami Bilangan Peratus

Pihak MADA

Petani memungut sendiri dan selebihnya

diuruskan oleh pihak MADA

138

18

86.2

11.3

Pihak swasta 5 2.5

5.3.5 Tahap Pengetahuan Petani Berkaitan Potensi Jerami Padi

Jadual 5.12 menunjukkan pelbagai potensi jerami padi yang boleh dieksploitasi. Hasil

kajian menunjukkan petani kurang arif berkaitan potensi jerami yang boleh

dibangunkan. Majoriti petani hanya mengetahui beberapa sahaja potensi jerami

antaranya yang sedang dibangunkan oleh pihak MADA iaitu makanan ternakan,

kompos, vermikompos, kraf dan kertas sedangkan terdapat 19 potensi yang telah

dikenalpasti boleh dibangunkan daripada jerami padi. Keseluruhan responden (160

orang) mengetahui bahawa jerami dapat dijadikan makanan ternakan. Ini kerana

secara tradisi lagi jerami yang dianggap sebagai rumput kering telah sekian lama

dijadikan sebagai makanan lembu peliharaan.

“…Dok tau benda yang MADA buat la ni la contohnya kompos,

makanan ternakan, kraf. Yang lain-lain tu tak tau pula la” (P6).

“…Sejak dulu lagi pakcik bagi lembu makan jerami sebab jerami tu

macam rumput juga la” (P13).

Selain itu, masing-masing hanya lima orang responden (3.1%) dan 30 orang

responden (18.7%) sahaja yang tidak mengetahui bahawa jerami mampu digunakan

sebagai baja kompos dan bahan kraf. Bagi potensi-potensi lain yang sedang giat

dibangunkan di negara luar, keadaannya amat mengecewakan kerana sebahagian besar

responden tidak mengetahui potensi jerami tersebut antaranya sebagai bahan bakar

kenderaan (90.0%), tenaga elektrik (93.7%), biogas (98.7%), dan bahan binaan

(98.7%).

“…Tak tau pula jerami tu boleh buat macam-macam sampai ke tenaga

elektrik, gas dan minyak kereta. Kalau macam tu petani boleh maju

lagi la” (P1).

203

“…Banyak juga potensi jerami yang tak diwar-warkan kat petani dan

usahawan ni” (P6).

Jadual 5.12 Tahap pengetahuan petani terhadap potensi jerami

Potensi jerami Ya, tahu Tidak tahu

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Makanan ternakan

Baja kompos

Kraf

Kertas

Vermikompos

Media pertumbuhan cendawan

Medium semaian tikar

Bahan bakar kenderaan (ethanol)

Tenaga elektrik

Tempat pembiakan haiwan (sarang)

Bahan sungkupan

Penahan hakisan tanah

Tanaman rumput

Biogas

Bahan binaan

Tebusguna tanah

Bahan pembungkus makanan

Bahan karbon teraktif

Asid piroligneous

160

155

130

97

89

68

58

16

10

8

5

5

5

2

2

-

-

-

-

100

96.9

81.3

60.6

55.6

52.5

36.3

10.0

6.3

5.0

3.1

2.5

2.5

1.3

1.3

-

-

-

-

-

5

30

63

71

92

102

155

150

152

155

156

156

158

158

160

160

160

160

-

3.1

18.7

39.5

55.5

57.5

63.7

90.0

93.7

95.0

96.9

97.5

97.5

98.7

98.7

100.0

100.0

100.0

100.0

Hanya segelintir sahaja responden yang mengetahui potensi-potensi jerami

yang lain iaitu sebagai sarang pembiakan haiwan seperti buaya (5.0%), bahan

sungkupan (3.1%), penahan hakisan tanah dan tanaman rumput. Masing-masing 2.5%

dan 1.3% sahaja yang mengetahui potensinya sebagai biogas dan bahan binaan. Walau

bagaimanapun, keseluruhan responden (100%) langsung tidak mengetahui bahawa

jerami sangat berpotensi sebagai bahan penebusguna tanah, pembungkus makanan,

bahan karbon teraktif serta asid piroligneous. Bahan karbon teraktif dan asid

piroligneous digunakan untuk membersihkan saliran yang tercemar.

Terdapat pelbagai kaedah responden memperolehi maklumat berkaitan potensi

jerami yang boleh dibangunkan iaitu melalui petani sekitar, pihak agensi serta risalah

atau bahan bacaan. Seramai 79 orang responden (59.3%) mengetahui potensi jerami

melalui petani di kejiranan ladang yang mereka usahakan. Hasil temubual mendapati

pergaulan sesama petani di kejiranan ladang membolehkan pertukaran maklumat

203

berlaku antaranya berkaitan potensi jerami dan kebaikan menyertai projek

pembangunan jerami. Selain itu, 66 orang responden (51.3%) mengetahuinya melalui

taklimat yang diberikan oleh pegawai pertanian iaitu pihak MADA manakala

selebihnya iaitu lapan orang (5.0%) melalui risalah atau bahan bacaan umum

antaranya surat khabar. Terdapat tujuh orang responden (5.5%) memperolehi

maklumat daripada rancangan televisyen swasta berkenaan kesan pembakaran jerami

dan potensi jerami dalam pembangunan industri (Jadual 5.13).

Jadual 5.13 Kaedah perolehan maklumat berkaitan potensi jerami

Cara Perolehan Maklumat Bilangan Peratus

Petani sekitar

Taklimat oleh pegawai pertanian

Risalah/ bahan bacaan

Media elektronik (televisyen)

79

66

8

7

59.3

51.3

5.0

5.5

“…Maklumat tentang potensi jerami banyak dapat daripada petani-

petani lain” (P3).

“…MADA pernah bagi kursus buat kompos. Jadi depa (MADA)

bagitau potensi-potensi jerami ni” (P5).

“…Masa kemalangan kat highway, ada juga berita keluar tentang

potensi jerami. Dalam tv, Rancangan Majalah 3 pernah tengok sekali”

(P16).

5.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENJEJASKAN USAHA PIHAK PETANI

UNTUK MEMBANGUNKAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH

MADA

Berdasarkan hasil kajian, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada

wujudnya stagnasi dalam usaha petani untuk membangunkan industri jerami di

Wilayah MADA. Situasi ini akan menjejaskan penawaran bekalan jerami. Antara

faktor utama yang dikenalpasti ialah perubahan cuaca iaitu berlakunya musim hujan

ketika proses penuaian dijalankan, pemberian insentif yang kurang menarik dan

teknologi pemungutan jerami yang kurang efisien (Jadual 5.14).

203

Jadual 5.14 Faktor-faktor yang menjejaskan usaha pihak petani untuk membangunkan

industri jerami di Wilayah MADA

Faktor-faktor Ya,

menjejaskan

Kurang

menjejaskan

Tidak

menjejaskan

Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus

Perubahan cuaca (hujan)

ketika musim penuaian

Pemberian insentif kurang

menarik

Teknologi pemungutan

jerami yang kurang

bersesuaian

Serangan penyakit dan

perosak

Kemudahan logistik

-Mesin baler

-Tempat penyimpanan jerami

- -Sistem pengangkutan

Kemahiran dan pengetahuan

petani berkaitan pengurusan

jerami di ladang

Jangka masa singkat untuk

pengurusan tanaman

berikutnya

Pengurusan pihak institusi

yang kurang efisien

Sumber modal

153

137

136

126

103

96

82

91

82

12

10

95.6

85.6

85.0

78.7

65.5

60.0

51.3

56.9

51.3

7.5

6.3

5

16

25

30

57

60

73

69

32

99

52

3.1

10.0

15.0

18.8

35.6

37.5

55.6

53.1

20.0

61.9

32.5

2

7

-

5

-

5

5

-

56

59

98

1.3

5.5

-

2.5

-

2.5

3.1

-

28.7

30.6

61.2

Selain itu, kerencatan proses pembangunan industri jerami turut didorong oleh

kurangnya kemahiran dan pengetahuan petani berkaitan potensi dan pengurusan

jerami di ladang, kekangan logistik, jangka masa terhad untuk pengurusan tanaman

berikutnya, ketidakcekapan pengurusan oleh pihak institusi dan petani kekurangan

modal untuk mengusahakan sendiri projek pembangunan jerami (Jadual 5.14).

5.4.1 Perubahan Cuaca (Hujan) Menghalang Proses Pengumpulan Jerami Di

Ladang

Jadual pengurusan tanaman sangat penting terutamanya dalam menentukan waktu

penanaman dan proses penuaian padi. Bagi mengelakkan padi dituai dalam musim

hujan. Berdasarkan hasil kajian (Jadual 5.14), perubahan cuaca iaitu berlakunya

musim hujan ketika musim penuaian padi merupakan faktor utama kepada terjejasnya

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Ini diakui oleh 153 orang responden

203

(95.6%) manakala hanya lima orang responden (3.1%) menyatakan ianya kurang

menjejaskan pembangunan industri jerami (Gambar 5.1). Berdasarkan pembangunan

penyelidikan dan teknologi mesin baler sedia ada, jerami hanya boleh dipungut dan

digunakan sekiranya berkeadaan kering sahaja. Ini menidakkan proses pemungutan

jerami dalam musim hujan kerana jerami yang basah tidak boleh digunakan lagi

kerana berkualiti rendah dan berkulat. Jerami yang basah dan tenggelam ini hanya

akan diputarkan kembali ke dalam tanah seterusnya menjejaskan penawaran jerami

ketika musim hujan. Tambahan pula, mesin baler yang diimport ini tidak boleh

beroperasi dalam keadaan tanah yang berair.

Gambar 5.1 Faktor cuaca (hujan) menyebabkan jerami

rosak akibat basah dan ditenggelami air

“…Kalau musim hujan jerami tak boleh ambil langsung sebab basah

dan tenggelam, kurang berkualiti dan cepat berkulat. Biasanya kita

putar jerami masuk dalam tanah balik” (P6).

“…Musim hujan jerami berkurangan la. Penternak terpaksa bagi

makanan lain pada lembu” (P11).

5.4.2 Insentif Yang Diberikan Kepada Petani Kurang Menarik

Berdasarkan hasil kajian (Jadual 5.14), lebih separuh daripada responden (85.6%)

yang menyertai projek pembangunan jerami di Wilayah MADA menyatakan insentif

203

yang diberikan oleh pihak MADA kurang menarik. Petani hanya diberikan ganjaran

oleh pihak MADA sebanyak RM16 bagi serelung ladang yang diambil jeraminya.

Hasil temubual mendapati bayaran insentif ini terlalu rendah jika dibandingkan

dengan kepayahan mereka mengusahakan tanaman padi yang membawa kepada

pembakaran jerami dan wujudnya stagnasi dalam pembangunan industri jerami.

Tambahan pula, apabila jerami telah dikeluarkan dari ladang, sisa tunggul

pokok padi yang ditinggalkan dan hampir rapat ke tanah sukar untuk dibakar. Ini

kerana tiadanya jerami kering untuk membantu proses pembakaran. Kesukaran ini

perlu dibayar dengan pemberian insentif yang lebih tinggi dan menarik berbanding

yang diberikan kini oleh pihak MADA iaitu RM16 serelung.

“…Kita (petani) bukan tak mau ikut projek ni tapi bila fikir-fikir balik,

insentif yang diberikan oleh pihak MADA bagi serelung bendang

(sawah) hanya RM16. Mana cukup (tidak berbaloi) dengan usaha yang

kami buat untuk hasilkan padi. Tanpa padi tak akan wujud jerami. Dah

tu lepas ambil jerami pula nak bakar tunggul sikit punya susah sebab

tak dak jerami kering nak bantu proses pembakaran tu. Ambil masa dan

tenaga juga nak habiskan pembakaran tunggul tu” (P3).

“…Insentif sikit sangat. Nak hasilkan padi dan jerami pun susah. Kalau

insentif menarik rasanya semua petani nak bangunkan jerami. Masa tu

mungkin boleh wujud satu industri jerami yang kukuh” (P13).

Masing-masing hanya 16 orang responden (10.0%) dan tujuh orang responden

(5.5%) menyatakan pemberian insentif oleh pihak kerajaan kurang dan tidak

menjejaskan usaha mereka untuk membangunkan projek pemungutan jerami ini. Bagi

sebahagian kecil petani ini, mereka merasakan insentif yang diberikan cukup memadai

memandangkan sebelum ini jerami hanya dibakar tanpa mendatangkan sebarang hasil.

Sekurang-kurangnya melalui projek ini, mereka memperolehi pendapatan sampingan

sebanyak RM16 serelung ataupun putaran tunggul secara percuma. Ini dapat

menjimatkan kos pengurusan tanah untuk tanaman berikutnya.

“…Kalau ikutkan insentif tu ok juga sebab sebelum ni langsung tak ada

apa-apa pendapatan sampingan. Sebelum ni nak buat putar tunggul pun

kena keluar kos juga” (P5).

“…Memang agak rendah insentif tu tapi masih berbaloi la berbanding

dulu. Jerami tak ada nilai langsung” (P11).

203

5.4.3 Teknologi Pemungutan Jerami Yang Kurang Efisien

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh Liew et al. (1994), petani sangat

berfikiran terbuka terhadap teknologi baru yang diperkenalkan kepada mereka. Walau

bagaimanapun, teknologi tersebut mestilah bersesuaian dengan keupayaan dan

persekitaran serta sistem perladangan yang mereka jalankan. Berdasarkan hasil kajian

(Jadual 5.14), seramai 136 orang responden (85.0%) menyatakan bahawa teknologi

pemungutan jerami yang kurang efisien menyebabkan perkembangan industri jerami

di Wilayah MADA kurang bergerak maju manakala hanya 25 orang responden

(15.0%) menyatakan faktor ini kurang menjejaskan perkembangannya.

Hasil temubual dengan pihak petani, teknologi mesin baler yang diguna pakai

untuk memungut jerami di ladang adalah tidak sesuai dengan keadaan tempatan.

Tayarnya mudah tersekat ketika beroperasi dalam keadaan sawah yang berair

(Gambar 5.2 dan Gambar 5.3). Ini menyebabkan mesin baler hanya dapat beroperasi

ketika musim kering iaitu sekitar bulan bulan Februari hingga Mac sahaja. Masalah

ini menyebabkan petani terpaksa menggaulkan semula jerami ke dalam tanah dan

membakar sahaja jerami yang yang tidak basah kerana mesin baler tidak dapat masuk

ke dalam sawah yang berair.

“…Pihak MADA dok pakai mesin baler yang dibeli dari luar negara.

Mesin tu tak sesuai langsung dengan keadaan sawah kita yang sentiasa

berair dan berselut (lumpur). Tayar dia mudah tersangkut dan rosak.

Sepatutnya kita kena pakai mesin yang sesuai dengan tempat kita baru

boleh ambil jerami bagi kedua-dua musim penanaman padi iaitu musim

kering dan basah sekali. Baru banyak jerami dapat” (P8).

“…Ada juga jerami bahagian atas yang kering tapi tak dapat dipungut

sebab keadaan sawah yang berair. Mesin baler tu tak boleh masuk nanti

tayar lekat. Jadi kami bakar ja jerami tu” (P13).

203

Gambar 5.2 Teknologi pemungutan jerami

(mesin baler) yang digunapakai

tidak bersesuaian dengan keadaan

tempatan menghalangnya beroperasi

di kawasan yang berair

Gambar 5.3 Keadaan sawah yang berair menghalang penggunaan

mesin baler untuk proses pengumpulan jerami

203

5.4.4 Serangan Penyakit dan Perosak Tanaman Menyebabkan Jerami

Terpaksa Dibakar

Serangan penyakit dan perosak sering melanda kawasan tanaman padi setelah

Revolusi Hijau diperkenalkan pada tahun 1960an. Pengenalan pelbagai varieti padi

dan input kimia menyebabkan serangga dan perosak rintang terhadap racun yang

digunakan. Pembakaran jerami perlu dilakukan bagi menghapuskan telur serangga dan

penyakit tanaman daripada terus merebak ke musim tanaman berikutnya. Justeru itu,

seramai 126 orang responden (78.7%) menyatakan bahawa faktor ini juga sangat

mempengaruhi stagnasi dalam pembangunan industri jerami. Ini kerana petani tidak

dapat meneruskan projek pemungutan jerami. Masalah ini akan mengurangkan

penawaran bekalan jerami kerana jerami terpaksa dibakar bagi menghapuskan benih

atau telurnya daripada mengancam tanaman berikutnya. Manakala selebihnya seramai

empat orang responden (2.5%) menyatakan faktor ini kurang menyumbang kepada

berlakunya stagnasi dalam pembangunan industri jerami (Jadual 5.14).

“…Jerami memang terpaksa bakar kalau tanaman rosak teruk kena

perosak dan penyakit. Kita tak mau dia (perosak dan penyakit)

merebak lepas ni” (P5).

“…Kalau kena serang sikit boleh lagi guna jerami tu. Tapi kalau dah

teruk memang kena bakar bagi mati benih dan telur perosak tu” (P13).

5.4.5 Penyediaan Kemudahan Logistik Yang Kurang Mencukupi

a. Penyediaan Kemudahan Mesin Baler Yang Kurang Mencukupi

Hasil temubual juga mendapati kekurangan mesin baler juga menyebabkan jerami

tidak dapat dipungut sepenuhnya di seluruh Wilayah MADA. Seramai 103 orang

responden (65.5%) menyatakan bahawa kekurangan mesin baler menyebabkan

permintaan petani untuk menyertai projek pembangunan jerami pada setiap musim

penuaian tidak dapat dipenuhi. Masalah ini sangat dirasai terutamanya bagi petani

yang lokasi ladangnya jauh daripada pusat penyimpanan jerami yang disediakan oleh

pihak MADA. Ini membawa kepada pembakaran jerami memandangkan jangka masa

yang singkat untuk tanaman berikutnya menghalang petani untuk menunggu terlalu

lama untuk mendapatkan perkhidmatan memungut jerami daripada pihak MADA.

203

“…Pembangunan projek pemungutan jerami ni kurang berjalan sangat

(kurang maju) disebabkan mesin baler tak banyak. Setakat ni, kawasan

kami hanya ada dua buah tapi masih tak sempat nak ambil semua

jerami yang ada kat sini” (P6).

“…Mesin baler tak cukup. Kami dah minta pihak MADA mai ambil

jerami. Tunggu punya tunggu tak mai. Depa (pihak MADA) pi ambil

kawasan lain dulu. Kami tak boleh tunggu lama. Jadi bakar ja la”

(P12).

b. Kekurangan Tempat Penyimpanan Jerami

Tempat penyimpanan jerami yang sempurna iaitu berbumbung dan luas merupakan

keperluan penting untuk membangunkan industri jerami. Hasil kajian menunjukkan

seramai 96 orang petani (60.0%) menyatakan kekurangan tempat penyimpanan jerami

menghalang kepada pembangunan industri jerami yang wujud. Tanpa wujudnya

tempat penyimpanan jerami yang sempurna, ia akan menyebabkan jerami mudah

rosak kerana ia sangat alah kepada kelembapan cuaca (Jadual 5.14) (Gambar 5.4).

Gambar 5.4 Kekurangan tempat penyimpanan

jerami menyebabkan jerami rosak

kerana dilonggokan secara terbuka

203

Hasil temubual juga mendapati petani yang memungut jerami sendiri turut

menghadapi kesulitan untuk menyimpan jerami kerana mereka tidak mempunyai

kawasan untuk membina tempat penyimpanan jerami dengan keluasan yang sesuai di

sekitar kawasan kediaman. Ini kerana bandela jerami terlalu besar dan sangat berat.

Bagi petani yang mengambil inisiatif memungut sendiri jerami di ladang turut

menghadapi masalah untuk menghantar jerami ke pusat penyimpanan jerami MADA

kerana ia melibatkan kos pengangkutan. Keadaan ini turut menjejaskan perkembangan

industri jerami di Wilayah MADA.

“…Petani boleh kutip sendiri tapi kami tak tau nak letak kat mana. Stor

tak dak. Nak buat kat kawasan rumah tak muat (sempit). Nak hantar

sendiri ke stor MADA jauh pula. Kalau MADA tak mai ambil, jerami

tu akan dibakar” (P6).

“…Stor tak cukup untuk jerami seluruh kawasan MADA. Sekarang ni

pun di MADA sendiri tak cukup walaupun pungut dalam jumlah yang

kecil. Kalau kami (petani) pula dok buat sendiri dan nak hantar pada

MADA pun, MADA nak letak kat mana. Depa (MADA) pun tak cukup

tempat. Nak buat stor di belakang rumah pun tak dak kawasan dah”

(P15).

Namun begitu, masing-masing 60 orang responden (37.5%) dan empat orang

responden (2.5%) menyatakan faktor kekurangan tempat penyimpanan jerami kurang

dan langsung tidak menjejaskan pembangunan jerami di Wilayah MADA. Mereka

berpendapat, tempat penyimpanan kurang penting kerana mereka hanya perlu

menyerahkan jerami kepada pihak MADA sahaja dan mendapatkan bayaran. Pihak

MADA sahaja yang perlu fikirkan berkaitan masalah ketidakcukupan tempat

penyimpanan jerami. Hanya segelintir sahaja petani yang ingin mengusahakan sendiri

pengutipan jerami untuk penggunaan makanan ternakannya dan berusaha untuk

menjayakan projek kompos jerami.

“…Masalah tempat penyimpanan tak wujud langsung di pihak petani.

Kami hanya perlu serahkan jerami pada MADA” (P5).

“Saya tak kutip sendiri jerami ni. Jadi tak dak masalah kat mana nak

simpan jerami. Hanya serah pada MADA dan dia (MADA) la fikir kat

mana nak simpan jerami tu” (P10).

203

Hasil kajian turut mendapati sebilangan kecil petani iaitu 17 orang (10.6%)

mempunyai tempat penyimpanan jerami sendiri yang terletak di kediaman masing-

masing. Kebanyakan mereka menggunakan jerami sebagai makanan ternakan lembu

dan kebiasaannya jerami itu dipungut sendiri. Walau bagaimanapun, tempat

penyimpanan tersebut bersaiz kecil dan sederhana tetapi mampu menampung bekalan

makanan ternakannya. Selebihnya jerami di ladang diserahkan kepada pihak tertentu

untuk memungutnya. Hasil temubual mendapati terdapat juga rakan-rakan petani yang

mempunyai ternakan turut membeli jerami tersebut untuk dijadikan makanan

ternakan. Bagi 153 orang responden (89.5%) lagi, mereka tidak mempunyai tempat

penyimpanan jerami sebaliknya menyerahkan keseluruhan tugas memungut jerami

kepada pihak terbabit terutamanya MADA untuk menguruskannya (Jadual 5.15)

(Gambar 5.5).

“…Biasanya petani yang ada ternakan akan mempunyai tempat

penyimpanan sendiri. Walaupun tak luas mana tapi dapat la tampung

makanan lembu harian” (P6).

“…Saya ada stor sederhana luas kat belakang tu. Jadi dapat simpan

banyak juga jerami untuk makanan lembu peliharaan dan ada juga

orang mai beli jerami daripada saya untuk makanan lembu” (P13).

“…Pakcik ada juga stor at belakang rumah tu. Kecil saja dan tak luas

mana pun. Tapi cukup la untuk letak jerami yang pakcik pungut

sendiri. Kalau pungut dengan mesin baler tak muat sebab gulung dia

besar sangat. Boleh masuk berapa gulung jerami saja. Pakcik sekadar

ambil dan ikat. Jadi tempat yang kecil pun boleh letak banyak jugala

jerami tu.” (P15).

Jadual 5.15 Bilangan petani yang mempunyai tempat

penyimpanan jerami

Butiran Bilangan Peratus

Ya

Tidak

17

153

10.6

89.5

203

Gambar 5.5 Keadaan tempat penyimpanan jerami yang dimiliki

oleh petani untuk kegunaan ternakannya selain

menjualnya kepada pembeli lain

c. Penyediaan Sistem Pengangkutan Yang Kurang Efisien

Berdasarkan hasil kajian (Jadual 5.14), seramai 82 orang responden (51.3%)

mendapati faktor sistem pengangkutan yang kurang cekap menyebabkan berlakunya

stagnasi dalam proses pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Hasil

temubual mendapati pengangkutan yang ditawarkan kurang efisien antaranya

kekurangan lori pengangkut untuk membawa keluar jerami dari ladang. Tambahan

pula, lori yang disediakan pula kecil dan tidak mampu menampung muatan yang

banyak, besar dan berat. Kekangan ini menyebabkan jerami yang telah dikumpul oleh

mesin baler dan petani terpaksa dibakar akibat kelewatan untuk proses pengurusan

tanah ataupun rosak akibat terdedah kepada hujan dan kelembapan (embun).

Manakala seramai 73 orang responden (55.6%) menyatakan faktor ini kurang

menjejaskan usaha mereka untuk membangunkan jerami.

“…Kadang-kadang mesin baler dah pungut jerami dan ada juga petani

yang pungut sendiri. Letak tepi bendang tunggu lori mai ambil. Bila

lambat ambil, kena hujan dan embun, rosak la jerami tu. Terpaksa

bakar tapi agak susah sebab jerami dah basah pula” (P2).

“…Bila mesin baler dah gulung jerami di ladang, proses nak

mengangkut keluar tu makan masa lama juga. Lori yang disediakan tak

203

cukup dah tu pula kecil. Satu lori pick-up tu boleh bawa dua gulung

saja. Jalan ladang pula tak berapa elok. Jadi semua tu melambatkan

proses keluar jerami dari ladang” (P16).

5.4.6 Tahap Kemahiran Dan Pengetahuan Petani Yang Rendah Berkaitan

Pengurusan Jerami Di Ladang

Bagi mewujudkan industri jerami yang mampu bergerak maju, petani perlu

mempunyai tahap kemahiran yang tinggi di pelbagai peringkat proses pengeluaran

terutamanya pada peringkat penuaian dan pengendalian lepas tuai. Berdasarkan hasil

kajian, lebih separuh daripada responden iaitu 91 orang (56.9%) menyatakan bahawa

kurangnya kemahiran dan pengetahuan berkaitan pengurusan jerami di ladang

menyebabkan terjejasnya pembangunan industri jerami (Jadual 5.14).

“…Susah juga nak majukan projek jerami ni sebab kami kurang

pengetahuan dan tak begitu mahir bab urus jerami ni. Lagipun benda ni

baru lagi diperkenalkan” (P1).

“…Ada juga pihak MADA mai bagi latihan kat ladang. Masa tu nampak

cara nak buat buat kompos di ladang dan lain-lain tapi bila kita nak buat

sendiri rasa susah pula. Tu yang tak buat sendiri. Serah pada pihak MADA

lagi senang” (P15).

Manakala 69 orang responden (53.1%) lagi menyatakan faktor ini dilihat kurang

menjejaskan perkembangannya. Ini berikutan terdapatnya faktor-faktor pendorong

lain yang lebih mengancam pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Malah

sebilangan besar petani hanya berpendapat mereka hanya perlu menyerahkan jerami

kepada pihak terbabit tanpa perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membangunkan

rantaian industri daripada bahan mentah jerami.

“…Kenapa petani nak susah-susah buat benda tu benda ni daripada jerami.

Petani hanya perlu serah pada pihak MADA ja uruskan jerami nak buat

apa pun” (P3).

“…Petani tak perlu nak ada kemahiran tinggi pun urus jerami. Kita

sekadar bagi ja kat MADA, biar dia (MADA) buat semua tu” (P11).

Bagi meningkatkan tahap pengetahuan petani terhadap pengurusan jerami di

ladang, mereka secara sebulat suara melibatkan 160 orang responden (100%) sangat

203

memerlukan latihan terus di ladang. Ia melibatkan teknik pengumpulan jerami,

pemprosesan jerami sebagai baja kompos dan cara penggunaan baja kompos ke atas

tanaman di ladang. Ini akan melibatkan pembelajaran dua hala antara pegawai

pengembangan dari institusi pertanian dengan petani secara praktikal dan bukannya

sekadar teori seperti seminar dan kursus yang hanya melibatkan permintaan daripada

petani masing-masing sebanyak 58 orang (36.3%) dan 98 orang (61.3%). Petani akan

lebih memahami kaedah pengurusan jerami sekiraanya pembelajaran secara praktikal

dijalankan secara terus di ladang (Jadual 5.16).

Petani juga sangat memerlukan bantuan dari segi khidmat nasihat yang

berterusan melibatkan 158 orang responden (98.8%). Ini memerlukan pegawai

pertanian sentiasa turun ke ladang bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

petani dan cuba memberi bantuan dan menyelesaikannya secepat mungkin. Petani

juga sangat berminat melakukan plot demonstrasi di ladang yang melibatkan 128

orang responden (80.0%). Ini membolehkan petani mempelajari secara lebih

mendalam dan mempraktikkan sendiri pengurusan jerami di ladang secara lebih

efisien dengan bantuan khidmat nasihat agensi berkaitan dengan lebih serius.

Seramai 97 orang responden (60.6%) menyatakan bahawa mereka ingin

meningkatkan maklumat melalui siri lawatan ke ladang yang telah berjaya

melaksanakan projek pembangunan jerami secara efisien (Jadual 5.16). Hasil analisis

temubual mendapati pengalaman dan pengamatan hasil siri lawatan itu akan

memberikan mereka lebih ilmu, kemahiran dan keyakinan tinggi untuk meneruskan

projek pembangunan industri jerami di ladang sendiri dengan sedikit bantuan dan

sokongan daripada pihak MADA.

“…Kebanyakan petani suka bila pihak MADA joint kita dengan buat

latihan terus di ladang dan plot demonstrasi. Program ni nampak jelas

berbanding dengan jalankan seminar” (P7)

“…Nasihat yang berterusan daripada pihak pertanian sangat perlu

sebab petani kurang maklumat” (P13).

203

Jadual 5.16 Bentuk perkhidmatan yang diperlukan oleh petani untuk

meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kemahiran bagi

menjayakan industri jerami di Wilayah MADA

Perkhidmatan yang diperlukan Bilangan Peratus

Latihan terus di ladang

Khidmat nasihat

Plot demonstrasi di ladang

Kursus

Lawatan ke ladang yang berjaya

Seminar

160

158

128

98

97

58

100.0

98.8

80.0

61.3

60.6

36.3

5.4.7 Jangkamasa Yang Terhad Untuk Pengurusan Tanaman Berikutnya

Menyebabkan Pembakaran Jerami Terpaksa Dilakukan

Seramai 32 orang responden (20.0%) menyatakan jangka masa terhad bagi

menguruskan tanah untuk tanaman berikutnya kurang menjejaskan pembangunan

aktiviti pemungutan jerami. Manakala 82 orang responden (51.3%) lagi mendapati

faktor ini merencatkan proses pembangunan industri jerami (Jadual 5.14).

Hasil analisis temubual mendapati jangka masa yang singkat lebih kurang

sebulan setengah menyebabkan petani terpaksa membakar jerami bagi membersihkan

sawah dengan cepat dan membuat persediaan terhadap tanah untuk tanaman

berikutnya. Sekiranya petani lambat membersihkan jerami dari ladang, pelbagai

kesulitan akan timbul sepanjang pengurusan tani berikutnya bermula dari peringkat

penanaman, penuaian dan pengendalian lepas tuai. Ini kerana air akan dilepaskan ke

ladang mengikut jadual sedangkan petani tidak lagi dapat mengikuti jadual tanaman

yang telah ditetapkan oleh agensi pertanian.

“…Masa singkat sangat lepas padi tuai tu. Petani kena bersihkan bendang

cepat-cepat sebab bila air dah lepaskan masuk bendang kita dah ready nak

tanam ja” (P5).

“…Masalah akan wujud kalau MADA lambat mai ambil jerami. Kami

terpaksa bakar jerami sebab nak cepat urus tanah. Kita kena ikut jadual

penanaman yang MADA sediakan kalau tidak susah nanti nak urus

tanaman” (P13).

203

5.4.8 Ketidakcekapan Pengurusan Jerami Oleh Pihak Institusi

Hanya segelintir petani iaitu 12 orang responden (7.5%) menyatakan bahawa pihak

institusi juga turut menyumbang kepada berlakunya stagnasi dalam pembangunan

industri jerami di Wilayah MADA. Manakala selebihnya 99 orang responden (61.9%)

menyatakan ia hanyalah faktor sampingan sahaja (Jadual 5.14). Hasil temubual,

responden menyatakan bahawa pegawai institusi pertanian kurang jelas dalam

memberi khidmat nasihat yang diperlukan menyebabkan petani kurang memahami

sepenuhnya hal-hal berkaitan pengurusan jerami secara mesra alam selain penggunaan

jerami secara optimum dan berterusan.

“…Taklimat, demo dan latihan juga ada dibuat tapi kami ni kurang faham.

Rasanya MADA kena selalu turun mai tengok dan bagi latihan kerap sikit

supaya petani betul-betul faham dan boleh buat sendiri” (P9).

“…Petani banyak yang berumur jadi tunjuk ajar bagi benda-benda baru

(projek pembangunan industri jerami) macam ni kena buat kerap sikit la.

Bila dah faham betul, barulah industri ni dapat bergerak dengan adanya

sokongan padu daripada petani” (P12).

Selain itu, pihak institusi juga turut memberi galakan kepada petani untuk

memungut sendiri jerami. Malah, pihak institusi menyediakan perkhidmatan

memungut dan mengumpulnya di pusat penyimpanan. Namun, pihak institusi kurang

berkeupayaan untuk memungut jerami yang dikutip oleh petani kerana wujudnya

masalah logistik. Kelewatan ini menyebabkan jerami rosak kerana terdedah kepada

persekitaran yang lembab dan lebih buruk lagi sekiranya berlaku hujan. Hasil

temubual mendapati petani turut kesal dengan pengurusan pihak institusi yang kurang

efisien terutamanya dalam menyediakan kemudahan logistik. Kekangan yang ketara

ini amat menjejaskan kepada perkembangan industri jerami.

“…Kadang-kadang kita kutip sendiri dan minta pihak MADA mai

(datang) ambil tapi depa (pihak MADA) tak sempat mai ambil sebab

tak cukup lori. Jerami dok tinggal kat bendang tapi bila hujan turun,

jerami yang dah kumpul tu jadi basah, rosak dan tak boleh guna lagi.

Penat saja kami kutip. Nak pi hantar sendiri kat stor depa (agensi) tak

dak kenderaan. Takkan la nak pi sewa lori pula. Kos lagi meningkat”

(P2).

203

“…Masalah tempat penyimpanan, mesin baler dan lori tak cukup

sangat mengganggu proses pembangunan jerami. Pihak MADA kena

siapkan benda-benda tu dulu baru industri jerami boleh maju.

Macamana nak bangunkan jerami kalau kapasiti logistik tak cukup”

(P15).

Berdasarkan jadual 5.17, terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan

oleh institusi pertanian bagi meningkatkan tahap pengetahuan petani dalam

menguruskan hasil sampingan taninya. Seramai 75 orang responden (56.9%) pernah

mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi yang berkaitan. Sebanyak 12 orang

responden (7.5%) mendapat latihan terus di ladang berkaitan pemprosesan kompos

dan penggunaan kompos di ladang. Walau bagaimanapun, hanya enam orang

responden (3.8%) pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh institusi pertanian.

“…Pihak MADA juga buat latihan kat bendang. Pegawai MADA pun

banyak turun ikut serta dengan petani” (P3).

“…Sebelum ni saya juga pernah ikuti kursus penghasilan kompos

daripada pihak MADA” (P8).

Selain itu, hasil temubual mendapati institusi pertanian iaitu MADA juga

menjalankan plot demonstrasi kepada petani di beberapa buah ladang terpilih untuk

mendemonstrasikan teknik pemprosesan kompos dan menonjolkan kelebihan

penggunaan baja kompos jerami kepada tanaman padi. Ladang tersebut dijadikan

sebagai rujukan kepada petani-petani lain di kejiranan ladang untuk melihat kesan

penggunaan kompos jerami terhadap tanah dan hasil tanaman. Perbezaan kesuburan

tanaman dan hasil yang diperolehi di plot demonstrasi akan dibandingkan dengan

ladang yang tidak menggunakan baja kompos jerami. Tanaman yang lebih subur dan

kurang serangan penyakit serta perosak di samping hasil yang menggalakkan kesan

penggunaan input kompos jerami akan menarik minat petani lain untuk turut

menyertai projek penggunaan kompos jerami di ladang mereka.

Seramai tujuh orang responden (5.5%) pernah terpilih untuk menyertai plot

demonstrasi yang diadakan di ladang mereka. Hasil temubual mendapati mereka

berpuas hati dengan hasil tanaman kesan penggunaan baja kompos jerami berbanding

baja kimia. Namun begitu, mereka menyatakan kurang berpuas hati dengan

203

pengurusan institusi yang kurang memberi perhatian setelah beberapa siri plot

demonstrasi dijalankan. Ini disebabkan pihak institusi terpaksa memberi perhatian

kepada beberapa projek lain. Ini kerana petani masih kurang berkemahiran dan tahap

keyakinan yang belum mantap, masalah ladang yang sentiasa berubah menyebabkan

petani masih memerlukan khidmat nasihat yang berterusan daripada pihak institusi.

Akhirnya mereka kembali kepada pengurusan tani yang dijalankan sebelum itu.

Kekangan ini telah menggagalkan usaha untuk meningkatkan penggunaan jerami

dalam pengerjaan aktiviti tani.

“…Ladang pakcik pernah jadi plot demonstrasi pihak MADA untuk

projek penggunaan kompos jerami. Hasilnya sangat baik berbanding

penggunaan baja kimia. Tapi bila MADA biar pakcik buat sendiri,

mulalah tak berapa nak jadi. Mungkin petani ni kena bimbing selalu”

(P10).

“…Lepas beberapa siri demonstrasi depa (pihak institusi) mula biarkan

petani buat sendiri. Tapi, petani pula perlu khidmat nasihat yang

berterusan sebab tak yakin dengan diri sendiri. Itu yang mengagalkan

pembangunan jerami ni. Pihak MADA seharusnya pantau aktiviti

jerami yang dijalankan oleh petani ni” (P16).

Jadual 5.17 Jumlah petani yang pernah mendapatkan perkhidmatan

yang ditawarkan oleh pihak MADA

Perkhidmatan yang ditawarkan Bilangan Peratus

Khidmat nasihat

Latihan terus ke ladang

Plot demonstrasi di ladang

Kursus

75

12

7

6

56.9

7.5

5.5

3.8

5.4.9 Petani Kekurangan Modal Untuk Membangunkan Projek Jerami

Ketidakcekapan pengurusan oleh pihak institusi terbabit menuntut inisiatif petani

untuk membangunkan sendiri projek pembangunan jerami di Wilayah MADA. Justeru

itu, modal sangat penting dalam usaha ini terutamanya untuk menyewa mesin baler

dan lori serta membina tempat penyimpanan jerami. Hasil kajian (Jadual 5.14)

mendapati hanya segelintir sahaja petani (6.3%) yang menjelaskan bahawa modal

menjadi masalah baginya untuk mengusahakan sendiri projek jerami. Ini kerana

203

mereka sangat berminat untuk mengusahakan sendiri projek jerami namun,

keterbatasan modal menghadkan usaha mereka.

Selebihnya, seramai 52 orang responden (32.5%) mendapati faktor modal

kurang menjejaskan perkembangan industri jerami manakala 98 orang responden

(61.2%) menyatakan modal bukanlah mendatangkan masalah kepada mereka. Ini

kerana mereka tidak berminat untuk mengusahakan sendiri projek pemungutan jerami

tersebut sebaliknya hanya perlu menyerahkan urusan tersebut kepada pihak tertentu

seperti MADA dan kontraktor swasta untuk menguruskannya. Golongan petani ini

hanya mengharapkan insentif yang lebih baik atas usaha mereka kerana tidak

membakar jerami sebaliknya menyerahkan sumber tersebut untuk dibangunkan.

“…Saya minat nak buat sendiri sebab nampak keuntungan yang besar

dalam industri jerami ni. Tapi masalahnya kena pakai modal yang banyak

nak sediakan benda asas macam bangsal tempat simpan jerami, sewa

mesin baler dan lori. Itu pun belum masuk kos-kos lain” (P6).

“…Dulu saya terlibat buat projek kompos jerami. Tapi tak sempat nak

pusing modal jadi, sekarang ni tak buat lagi la” (P12).

“…Masalah modal tak timbul sebab saya bagi pihak MADA uruskan

semua. Dapat la insentif sikit” (P1).

5.5 KESAN PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI KE ATAS

PERSEKITARAN TANI DAN SOSIO-EKONOMI PETANI

Bahagian ini akan melihat kesan pembangunan industri jerami ke atas persekitaran

tani dan sosio-ekonomi petani sebelum dan selepas jerami dibangunkan di Wilayah

MADA. Kesan pembakaran jerami ditonjolkan kerana ia menjadi alasan utama kepada

tercetusnya aktiviti pembangunan jerami yang dilaksanakan oleh pihak MADA.

Malah, ia juga menjadi antara pendorong utama kepada petani untuk turut sama

menyokong usaha pihak institusi meneruskan projek pembangunan industri jerami di

Wilayah MADA. Sebelum ini, jerami hanya dianggap sebagai bahan buangan yang

tidak mempunyai nilai ekonomi dan ianya dibakar secara terbuka. Melihat kepada

kesan yang semakin meruncing ke atas alam sekitar dan penduduk di persekitaran tani

serta potensinya yang tinggi dalam ekonomi, jerami mula mendapat perhatian untuk

dibangunkan (Jadual 5.18).

203

5.5.1 Peningkatan Kualiti Udara Di Persekitaran Tani

Berdasarkan jadual 5.18, keseluruhan responden seramai 160 orang (100.0%)

menyatakan kualiti udara sangat terjejas ketika pembakaran terbuka jerami dilakukan

pada musim penuaian (Gambar 5.6). Selepas pembangunan jerami dilaksanakan di

Wilayah MADA, kebanyakan responden (155 orang) mengakui kualiti udara

berkeadaan sangat baik dan selebihnya lima orang responden (3.1%) menyatakan

kualiti udara berkeadaan baik. Ini menunjukkan selepas pembangunan jerami

dijalankan, hampir 100% responden sangat berpuas hati terhadap kualiti udara.

“…Dari dulu lagi bila musim bakar jerami, kualiti udara sangat teruk,

nampak macam jerebu. Sejak buat projek pembangunan jerami ni,

ramai petani yang dah kurangkan pembakaran. Udara nampaknya lebih

elok berbanding dulu” (P7).

“…Masa musim bakar jerami, udara teruk sangat. La ni dah makin

baik” (P11).

Keputusan ujian Wilcoxon T menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap kualiti udara sebelum dan selepas projek pembangunan jerami

dijalankan di Wilayah MADA (z = -12.5, p < .05). Keputusan analisis jelas

menunjukkan nilai min pangkatan ujian pasca (min pangkatan = 80.50) yang jauh

lebih tinggi berbanding dengan min pangkatan ujian pra (min pangkatan = .00).

Keputusan kajian menunjukkan bahawa pembangunan jerami dapat meningkatkan

kualiti udara.

203

Gambar 5.6 Kualiti udara yang tercemar kesan pembakaran

terbuka jerami padi yang dilakukan oleh petani

selepas musim penuaian

5.5.2 Pengurangan Kesan Penyerakan Abu Pembakaran Jerami di

Persekitaran Tani

Pada musim pembakaran jerami, antara masalah utama yang dihadapi oleh penduduk

di kediaman sekitar ladang ialah penyerakan abu pembakaran melalui tiupan angin.

Hasil temubual mendapati masalah ini akan menyebabkan keadaan persekitaran

rumah kediaman penduduk terjejas melibatkan lantai rumah yang berdebu hitam dan

kain di ampaian menjadi kotor serta tanaman hiasan turut terjejas. Selain itu,

pengaliran udara di dalam rumah juga turut terjejas kerana tingkap terpaksa ditutup

bagi mengelakkan kesan abu pembakaran yang lebih teruk. Malah, penyakit kulit juga

seringkali dialami oleh penduduk terutamanya bagi yang sensitif terhadap habuk.

Penyerakan abu pembakaran jerami akan menyebabkan penduduk yang berkulit

sensitive terdedah kepada mengalami iritasi kulit atau kegatalan pada kulit.

203

Jadual 5.18 Kesan ke atas persekitaran tani dan sosio-ekonomi petani sebelum dan selepas pembangunan jerami dilaksanakan di

Wilayah MADA

Kesan Keadaan sebelum (pra) pembangunan jerami Keadaan selepas (pasca) pembangunan jerami

Sangat

buruk

Buruk Sederhana Baik Sangat

baik

Sangat

buruk

Buruk Sederhana Baik Sangat

baik

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

Kualiti udara

Penyerakan abu

pembakaran

Gangguan asap

Perolehan pendapatan

petani

Tahap kesihatan

Pengurusan tanah

160

150

126

-

55

11

100

93.8

78.8

-

28.1

6.9

-

7

26

-

25

26

-

5.5

16.

-

15.0

16.3

-

3

8

110

91

9

-

1.9

5.0

68.8

56.9

5.6

-

-

-

50

-

55

-

-

-

31.3

-

33.8

-

-

-

-

-

60

-

-

-

-

-

37.5

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

19

-

-

-

-

-

11.9

-

-

-

-

-

25

-

-

-

-

-

15.6

5

3

3

18

35

30

3.1

1.9

1.9

11.3

21.9

18.8

155

157

157

152

125

86

96.9

98.1

98.1

88.7

78.1

53.8

Nota:

Kualiti udara z = -12.5, p < .05 (dua hujung). Min pangkatan ujian pasca (80.50), min pangkatan ujian pra (.00)

Penyerakan abu pembakaran z = -12.2, p < .05 (dua hujung). Min pangkatan ujian pasca (80.50), min pangkatan ujian pra (.00)

Gangguan asap z = -11.7, p < .05 (dua hujung). Min pangkatan ujian pasca (80.50), min pangkatan ujian pra (.00)

Tahap kesihatan z = -11.1, p < .05 (dua hujung). Min pangkatan ujian pasca (65.95), min pangkatan ujian pra (56.50)

Pengurusan tanah z = -3.0, p < .05 (dua hujung). Min pangkatan ujian pasca (52.52), min pangkatan ujian pra (39.53)

Perolehan pendapatan petani z = -10.5, p < .05 (dua hujung). Min pangkatan ujian pasca (78.51), min pangkatan ujian pra (31.00)

Hasil kajian mendapati, 150 orang responden (93.8%) menyatakan penyerakan

abu pembakaran sangat buruk manakala tujuh orang responden (5.5%) lagi

menyatakan berkeadaan buruk. Hanya tiga orang responden (1.9%) menyatakan

penyerakan abu adalah pada tahap sederhana. Apa yang pasti, hampir keseluruhan

responden 157 orang (98.1%) menyatakan selepas pembangunan jerami dilaksanakan

penyerakan abu pembakaran semakin berkurangan. Manakala hanya tiga orang (1.9%)

menyatakan keadaan persekitaran berkeadaan baik (Jadual 5.18).

“…Masa bakar jerami, pintu dan tingkap rumah sentiasa kena tutup.

Bukannya apa, kalau kita buka semua (pintu dan tingkap) tu, abu

masuk penuh dalam rumah. Habis lantai, kusyen dan lain-lain jadi

hitam kena abu. Walaupun tutup, dia (abu) masuk juga kot (melalui)

celah-celah bawah pintu tapi tak la teruk sangat. Kain-kain pun sidai

dalam rumah ja kalau tidak habis kotor. Pokok-pokok tanaman kat luar

pun teruk kena abu” (P1).

“…Lantai, tilam semuanya penuh abu. Habis gatal badan-badan. Lepas

bangunkan jerami ni, agak kurang dah abu pembakaran tu” (P8).

Berdasarkan keputusan statistik ujian Wilcoxon T menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan penyerakan abu pembakaran jerami

sebelum dan selepas projek pembangunan jerami dijalankan di Wilayah MADA (z = -

12.3, p < .05). Keputusan analisis jelas menunjukkan nilai min pangkatan ujian pasca

(min pangkatan = 80.50) yang jauh lebih tinggi berbanding dengan min pangkatan

ujian pra (min pangkatan = .00). Keputusan kajian di atas menunjukkan bahawa

pembangunan jerami dapat mengurangkan kesan penyerakan abu pembakaran jerami

ke atas persekitaran tani.

5.5.3 Pengurangan Gangguan Asap Tebal Ke Atas Penduduk Sekitar

Bagi gangguan asap tebal akibat pembakaran jerami (Jadual 5.18), seramai 126 orang

(78.8%) menyatakan gangguan asap berkeadaan sangat buruk. Keadaan ini

menjejaskan penglihatan pengguna jalan raya sekiranya pembakaran dilakukan di

ladang yang terletak berhampiran dengan jalanraya. Malah, pembakaran yang tidak

sempurna (jerami berkeadaan basah) akan membebaskan lebih banyak asap ke udara.

Selain itu, asap yang banyak boleh menjejaskan tahap kesihatan terutamanya ke atas

203

pesakit asma. Manakala 26 orang responden (16.3%) menyatakan keadaan asap adalah

buruk dan lapan orang responden (5.0%) menyatakan keadaan asap yang melanda

akibat pembakaran jerami adalah kurang buruk (Gambar 5.7).

Gambar 5.7 Pembakaran jerami yang dilakukan di pinggir jalanraya

boleh mengakibatkan kemalangan kenderaan kerana

asap tebal yang menyelubungi jalanraya akan

menghadkan jarak penglihatan pemandu

Selepas berkurangnya pembakaran terbuka jerami kesan pembangunan ke atas

jerami, seramai 157 orang responden (98.1%) menyatakan keadaan persekitaran

sangat baik dan bebas daripada gangguan asap tebal. Selebihnya, hanya tiga orang

responden (1.9%) menyatakan gangguan asap telah berkurangan dan berkeadaan baik.

“…Lepas kita dah mula buat projek pungut jerami ni, tak dak lagi

gangguan asap tebal akibat pembakaran jerami. Dulu tahun 2006

pernah jadi dua accident (kemalangan) besar kat sini. Berpuluh buah

kereta berlanggar satu sama lain sebab termasuk dalam asap tebal yang

selubung (menyelubungi) jalan raya. Bila dah masuk dalam asap tebal

mana nak nampak jalan lagi, bahaya tu” (P15).

“…Pembebasan asap dah makin kurang. Jadi kurang la sikit risiko

kemalangan kat highway” (P16).

203

Keputusan statistik ujian Wilcoxon T menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan bagi kesan gangguan asap pembakaran ke atas penduduk sekitar

sebelum dan selepas projek pembangunan jerami dijalankan di Wilayah MADA (z = -

11.7, p < .05). Keputusan analisis jelas menunjukkan nilai min pangkatan ujian pasca

(min pangkatan = 80.50) yang jauh lebih tinggi berbanding dengan min pangkatan

ujian pra (min pangkatan = .00). Keputusan kajian di atas menunjukkan bahawa

pembangunan jerami dapat mengurangkan kesan gangguan asap tebal semasa

pembakaran jerami ke atas penduduk sekitaran dan pengguna jalanraya.

5.5.4 Peningkatan Tahap Kesihatan Penduduk Di Persekitaran Ladang

Jika ditinjau dari sudut kesihatan (Jadual 5.18), seramai 55 orang responden (28.1%)

menyatakan tahap kesihatan adalah sangat buruk manakala 91 orang responden

(56.9%) menyatakan keadaan kesihatan adalah pada tahap sederhana pada musim

pembakaran jerami. Hasil temubual mendapati pesakit asma sangat berisiko tinggi

kerana kualiti udara yang rendah antaranya penyerakan abu dan pelepasan asap ke

udara sangat mengancam golongan ini. Terdapat juga masalah lain kesan pembakaran

jerami antaranya ancaman batuk, pedih mata dan gatal kulit. Malah, terdapat juga

beberapa kes kematian di ladang akibat sesak nafas kerana gangguan asap

pembakaran jerami. Hasil kajian membuktikan selepas pembangunan jerami

dilakukan, tahap kesihatan responden semakin meningkat dan berkeadaan sangat baik

(78.1%) manakala 21.9% lagi mendapati tahap kesihatan mereka berkeadaan baik.

“…Masa zaman dok bakar jerami dulu, kesihatan pakcik teruk juga.

Tambahan pula pakcik ni ada penyakit asma. Selalu sesak nafas dan

batuk-batuk. La ni pakcik dah tak bakar jerami. Dok bagi kat MADA.

Lepas dah tak bakar ni, tak la sesak nafas dan batuk teruk lagi” (P9).

“…Ada juga empat atau lima kes kematian masa dok jaga (memantau)

api kat bendang (sawah). Kebanyakan yang meninggal tu lemas sebab

asap banyak lepas tu sesak nafas pula” (P3).

Keputusan statistik ujian Wilcoxon T menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap tahap kesihatan responden sebelum dan selepas projek

pembangunan jerami dijalankan di Wilayah MADA (z = -11.1, p < .05). Keputusan

203

analisis jelas menunjukkan nilai min pangkatan ujian pasca (min pangkatan = 65.95)

yang lebih tinggi berbanding dengan min pangkatan ujian pra (min pangkatan =

56.50). Keputusan kajian di atas menunjukkan bahawa pembangunan jerami dapat

meningkatkan tahap kesihatan penduduk sekitaran tani.

5.5.5 Pengurusan Tanah Untuk Tanaman Berikutnya Semakin Mudah

Hasil kajian menunjukkan seramai 60 orang responden (37.5%) menyatakan

pengurusan tanah adalah lebih baik sebelum pembangunan jerami dilaksanakan. Ini

kerana jerami yang bertimbun memudahkan api merebak dan pembakaran sempurna

dapat dilakukan. Seramai 55 orang responden (33.8%) menyatakan pengurusan tanah

agak mudah dilaksanakan sebelum pembangunan jerami. Namun begitu, selepas

pembangunan jerami seramai 19 orang responden (11.9%) menyatakan pembakaran

sisa tunggul jerami menjadi semakin sukar untuk dilakukan dan mengambil masa

yang agak panjang untuk menyelesaikan tugas membersihkan ladang (Jadual 5.18). Ini

kerana tiadanya jerami yang bertindak sebagai agen untuk membantu pembakaran

tunggul.

“…Dulu, kerja nak bersihkan bendang senang saja. Jerami banyak

mudah nak bakar. La ni, jerami semua kena ambil, yang dok ada hanya

tunggul pendek hampir rapat ke tanah. Susah nak bakar, api tak

merebak. Nak bakar bagi habis, makan masa lama la sikit” (P6).

“…Bila jerami kurang, api payah nak merebak. Susah la sikit nak bakar

tunggul padi tu” (P9).

Selain itu, seramai 86 orang responden (53.8%) mendapati pengurusan

tanah menjadi lebih baik kerana jerami yang perlu dibersihkan dari ladang

telahpun dipungut oleh pihak yang terbabit. Bagi petani yang mengambil

insentif putaran tunggul secara percuma mendapati kerja pengurusan ladang

untuk tanaman berikutnya semakin mudah.

“…Projek ni ok juga sebab nak urus tanah makin senang. Pihak

MADA mai ambil jerami dan buat putaran tunggul sekali” (P3).

“…Kalau ambil insentif putar tunggul, tak payah lagi nak bakar.

Mudah kerja” (P15).

203

Keputusan statistik ujian Wilcoxon T menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap pengurusan tanah untuk tanaman berikutnya sebelum dan

selepas projek pembangunan jerami dijalankan di Wilayah MADA (z = -3.0, p < .05).

Keputusan analisis jelas menunjukkan nilai min pangkatan ujian pasca (min pangkatan

= 52.52) yang lebih tinggi berbanding dengan min pangkatan ujian pra (min

pangkatan = 39.53). Keputusan kajian di atas menunjukkan bahawa pembangunan

jerami dapat memudahkan kerja pengurusan tanah untuk tanaman berikutnya

berbanding sebelumnya.

5.5.6 Peningkatan Pendapatan Petani

Sebelum wujudnya projek pembangunan jerami di Wilayah MADA, rata-rata petani

berpendapatan sederhana. Ini diakui oleh 110 orang responden (68.8%) manakala 50

orang responden lagi (31.3%) berpendapatan agak baik. Namun begitu, selepas

pelaksanaan projek ini, pendapatan petani semakin meningkat. Seramai 152 orang

responden (88.7%) menyatakan pendapatan mereka adalah sangat baik manakala 18

orang responden (11.3%) lagi menyatakan berpendapatan baik (Jadual 5.18). Hasil

temubual mendapati peningkatan pendapatan berlaku kerana mereka diberikan insentif

oleh pihak MADA kerana menyertai projek pembangunan jerami iaitu dalam bentuk

putaran tunggul percuma ataupun bayaran mengikut keluasan ladang yang mereka

usahakan. Putaran tunggul secara percuma dapat mengurangkan kos pengurusan tanah

seperti kos untuk menyewa traktor untuk membajak tanah.

“…Pendapatan meningkat banyak sebab macam pakcik ambil bantuan

(insentif) minta pihak MADA buat putar tunggul sebab depa (pihak

MADA) ambil jerami di bendang pakcik. Satunya kita tak perlu bayar

sewa traktor dok mai putar tunggul dah dan dapat la jimat kos

pengurusan tanah untuk tanaman berikutnya. Kalau tak mau putar

tunggul MADA akan bagi duit RM16 serelung. Ok juga tu. Sekurang-

kurangnya ada duit masuk” (P5).

“…Pendapatan meningkat juga sebab MADA bagi insentif pada petani

yang bagi jerami kat MADA” (P12).

Keputusan statistik ujian Wilcoxon T menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap tingkat pendapatan petani berbanding sebelum dan selepas

203

projek pembangunan jerami dijalankan di Wilayah MADA (z = -10.5, p < .05).

Keputusan analisis jelas menunjukkan nilai min pangkatan ujian pasca (min pangkatan

= 78.51) yang lebih tinggi berbanding dengan min pangkatan ujian pra (min

pangkatan = 31.85). Keputusan kajian di atas menunjukkan bahawa pembangunan

jerami dapat meningkatkan pendapatan petani.

5.5.7 Kesan Penggunaan Jerami Ke atas Aktiviti Pertanian Yang Dijalankan

Oleh Petani

Berdasarkan hasil kajian, terdapat sebilangan kecil sahaja petani yang menggunakan

jerami dalam menjalankan aktiviti tani mereka. Ia melibatkan 26 orang responden

(16.5%) yang menggunakan jerami sebagai makanan ternakan lembu peliharaan,

penggunaan baja kompos bagi tanaman padi seramai 23 orang responden (15.5%) dan

media semaian tikar yang melibatkan seorang responden (0.6%) sahaja (Jadual 5.19).

Hasil kajian menunjukkan masih ramai lagi petani (68.8%) yang tidak menggunakan

jerami dalam menjalankan aktiviti taninya.

Jadual 5.19 Penggunaan jerami oleh petani dalam menjalankan

aktiviti pertaniannya

Jenis penggunaan Ya Tidak

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Makanan ternakan

Baja kompos

Media semaian tikar

26

23

1

16.3

15.5

0.6

135

137

159

83.7

85.6

99.5

Hasil yang diperolehi kesan daripada penggunaan jerami ke atas aktiviti tani

dapat dilihat dalam jadual 5.20. Bagi petani yang menggunakan jerami sebagai

makanan ternakan, keseluruhan responden iaitu seramai 26 orang (100.0%)

menyatakan bahawa kos pembelian makanan ternakan dapat dikurangkan. Ini kerana

harga bagi makanan ternakan seperti dedak soya dan jagung semakin meningkat.

Namun begitu, keseluruhan petani (100.0%) menyatakan tidak wujud perbezaan dari

segi tumbesaran ternakan. Ini kerana jerami mengandungi serat tinggi yang hanya

membantu untuk mengenyangkan ternakan sahaja dan bukannya dari segi tumbesaran

ternakan.

203

“…Makanan ternakan makin mahal. Bagi lembu makan jerami dapat

kurangkan kos tapi kena campur juga dengan makanan lain sebab

jerami tak banyak protein dan hanya bagi lembu kenyang saja. Nak

gemukkan tak boleh” (P10).

“…Kos beli makanan lembu kurang banyak sebab bagi makan jerami”

(P1).

Seramai 23 orang responden menggunakan jerami sebagai baja kompos dalam

aktiviti taninya namun hanya dua orang responden (8.7%) mendapati wujudnya

perbezaan pada kualiti tanah sawah dan hasil padi. Hasil temubual mendapati kedua-

dua orang responden tersebut baru semusim penanaman menggunakan baja kompos

jerami ke atas tanaman padi yang mereka usahakan. Penggunaan baja kompos akan

mengambil masa yang agak panjang iaitu antara tiga hingga empat musim

penggunaannya ke atas penanaman untuk menampakkan hasilnya. Ini berbeza dengan

baja kimia yang hasilnya dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, tahap

kesuburan tanah dan hasil padi belum dapat dibuktikan dengan penggunaan dalam

jangka masa yang singkat. Hasil kajian membuktikan keseluruhan responden (23

orang) mendapati penggunaan baja kompos jerami ke atas tanaman menjadikan batang

tanaman lebih kuat dan daunnya lebih lebar serta hijau. Ini membuktikan bahawa

penggunaan baja kompos jerami ke atas tanaman menjadikan tanaman padi lebih

sihat.

“…Pakcik guna kompos jerami ni dah empat musim. Bila dah tanah

jadi lebih subur hasil tak payah nak cakap la, semakin meningkat.

Pokok pun kurang rebah sebab batang dia (pokok) semakin kuat. Daun

pula makin lebar dan hijau. Memang beza la daripada guna baja kimia

dulu. Tapi baja kompos ni ambil masa lama sikit baru nak nampak

kesan dia berbanding dengan baja kimia. Benda bagus ni kena la sabar

sikit” (P10).

“…Saya baru satu musim guna kompos jerami. Kualiti tanah dan hasil

belum nampak. Tapi kalau tengok bendang kawan-kawan yang dah

lama guna, nampak banyak perubahan. Pokok hijau elok sebab tanah

subur. Hasil padi meningkat berbanding dulu” (P13).

Seramai 18 orang responden (72.3%) mendapati masa bagi pengurusan tanah

seperti pengapuran dan pembajaan dapat dijimatkan. Bagi tanah yang berasid, kapur

perlu dimasukkan pada setiap kali musim penanaman untuk mengurangkan tahap

203

keasidan tanah. Penggunaan baja kompos sekaligus dapat mengurangkan keasidan

tanah dan pembajaan tanah tidak perlu dilakukan sekerap penggunaan baja kimia. Ini

kerana kandungan nutrien baja kompos akan kekal lama di dalam ladang berbanding

baja kimia.

“…Tanah pakcik ni berasid sikit jadi kena selalu bubuh (masukkan)

kapur supaya dia lebih masam baru sesuai untuk tanaman padi. Tapi la

ni (sekarang) pakcik guna baja kompos dan secara semulajadi dia boleh

mengurangkan tahap keasidan tanah dan kekal dalam jangka masa

panjang. Jadi tak perlu lagi nak masukkan kapur selalu setiap kali

musim penanaman. Tanah dah jadi lebih elok la ni” (P16).

“…Baja kompos ni banyak zat (nutrien). Kalau guna banyak pun tak

mendatangkan masalah pada tanaman dan baja tu kekal lama pada

tanah. Tak perlu nak buat pembajaan selalu macam guna baja kimia

dulu. Baja kimia kena ikut sukatan. Kalau terkurang atau terlebih

tanaman akan ada masalah” (P15).

Namun begitu, terdapat lima orang responden (21.7%) yang menyatakan tidak

wujud perbezaan dalam proses pengurusan tanah ladang. Hasil temubual mendapati

ladang mereka terletak di kawasan tanah berkeasidan tinggi dan mengambil masa

yang agak lama untuk mengurangkan tahap keasidan tanah tersebut.

“… Kawasan kami ni berasid sikit berbanding tempat lain. MADA kata

guna kompos bagus untuk kurangkan tahap asid. Saya guna banyak

juga kompos jerami dan nampaknya tanah makin baik, pokok makin

sihat dan hasil lebih bagus” (P5).

Hanya seorang responden yang menggunakan jerami sebagai medium semaian

tikar kerana petani tersebut masih mengamalkan kaedah mencedung (menanam)

berbanding petani lain yang menggunakan kaedah tabur terus basah dan kering. Hasil

kajian mendapati, responden tersebut sangat berpuas hati dengan penggunaan jerami

sebagai medium semaian dari segi percambahan dan pertumbuhan anak benih.

Percambahan anak benih berlaku dengan kadar yang cepat dan kualiti anak benih juga

sangat baik untuk ditanam di ladang. Ini membuktikan bahawa penggunaan jerami

dalam pengerjaan aktiviti tani amat menguntungkan dari segi hasil, kualiti tanah dan

kos pengurusan ladang (Gambar 5.8).

203

Jadual 5.20 Perbezaan yang wujud kesan penggunaan jerami dalam aktiviti tani

Kesan Penggunaan Jerami

Dalam Aktiviti Tani

Ya Tiada perbezaan Jumlah

petani

terlibat

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Makanan ternakan

Penjimatan kos pembelian

makanan ternakan

Kadar pertumbuhan

ternakan

Baja Kompos

Kualiti tanah semakin subur

Peningkatan hasil padi

Kualiti pokok padi

Penjimatan masa bagi

pengurusan tanah

(pengapuran dan

pembajaan)

Medium semaian tikar

Kadar percambahan anak

benih padi

Kualiti anak benih

26

-

21

21

23

18

1

1

100.0

-

91.3

91.3

100.0

72.3

100.0

100.0

-

26

2

2

-

5

-

-

-

100.0

8.7

8.7

100.0

21.7

-

-

26

23

1

Gambar 5.8 Pertumbuhan anak padi yang cepat dan kualiti

anak benih yang sihat dengan menggunakan

jerami sebagai medium semaian tikar

203

Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa pengkomersialan jerami padi telah

membawa perubahan kepada amalan pengurusan ladang dengan penggunaan sumber

secara optimum. Keadaan ini telah mengubah struktur organisasi ladang daripada

hanya menghasilkan komoditi utama iaitu beras kepada pembangunan industri asas

taninya melalui pembangunan industri jerami. Walaupun pembangunan industri

jerami di Wilayah MADA masih belum boleh dibanggakan namun pembangunannya

telah mampu mengubah kualiti persekitaran tani dan sosio-ekonomi petani. Malah, ia

juga berjaya mewujudkan usahawan tani yang mampu bergerak maju.

5.6 ANALISIS SWOT: KAJIAN KOMUNITI

Analisis SWOT dilaksanakan berlandaskan kepada hasil kajian yang dijalankan ke

atas komuniti petani. Elemen kekuatan dan peluang ditonjolkan bagi memperlihatkan

bahawa ia mampu mendorong komuniti petani untuk menggerakkan industri jerami.

Namun, beberapa kelemahan dan ancaman yang mampu menggugat keupayaan petani

perlu diatasi bagi melancarkan proses pembangunan industri jerami di Wilayah

MADA. Elemen kelemahan dan ancaman perlu diberi perhatian serius memandangkan

petani merupakan pengeluar bahan mentah jerami yang sangat memerlukan

bimbingan dan khidmat nasihat daripada pelbagai pihak untuk merealisasikan

pembangunan jerami sebagai sebuah industri berdaya saing (Rajah 5.1).

Kekuatan

Kelemahan

Penjimatan kos pengurusan tanah

ladang

Sikap terbuka komuniti petani

terhadap pembangunan industri

jerami

Pengurangan kesan pembakaran

terbuka jerami ke atas

persekitaran tani dan tahap

kesihatan

Kelebihan jerami sebagai agen

kesuburan tanah dan tanaman

Peningkatan pendapatan

sampingan bagi petani

Teknologi pemungutan jerami yang

kurang efisien

Petani kekurangan modal untuk

mewujudkan prasarana asas

Tahap kemahiran dan pengetahuan

petani yang rendah terhadap

penggunaan jerami dalam

pengerjaan aktiviti tani

bersambung…

203

Peluang

Ancaman

Pengeksploitasian sepenuhnya

potensi jerami

Pemberian insentif yang lebih

menarik

Masalah logistik yang dihadapi oleh

pihak institusi

Jangka masa yang singkat untuk

tanaman berikutnya memaksa petani

membakar jerami

Faktor kewangan dan umur petani

(lanjut usia)

Sikap petani yang kurang peka

terhadap inovasi

Rajah 5.1 Analisis SWOT bagi kajian komuniti

5.6.1 Kekuatan

a. Penjimatan Kos Pengurusan Tanah Ladang Oleh Petani

Berdasarkan hasil kajian, petani lebih gemar untuk memilih perkhidmatan putaran

tunggul secara percuma (125 orang) berbanding bayaran mengikut keluasan (31

orang). Putaran tunggul perlu dilakukan untuk membersihkan sawah bagi

membolehkan padi ditanam semula untuk musim berikutnya. Kos melakukan sendiri

putaran tunggul antara RM20 hingga RM25 serelung. Perkhidmatan percuma yang

ditawarkan oleh pihak MADA dapat menjimatkan kos petani untuk menguruskan

sawah mereka seperti kos menyewa jentera pembajak dan kos membeli bahan bakar

kenderaan tersebut. Insentif ini dilihat memberi kekuatan terhadap keterlibatan petani

dalam pembangunan industri jerami. Ini sepadan dengan kajian oleh Blackett dan

Heron (2008) yang mendapati insentif kewangan dan subsidi dapat meningkatkan

penyertaan petani dalam pembangunan industri jerami.

b. Sikap Terbuka Komuniti Petani Terhadap Industri Jerami

Berdasarkan hasil kajian (Jadual 5.2), hampir keseluruhan petani iaitu 150 orang

(93.8%) responden menyatakan mereka sangat berminat untuk menjalankan projek

pemungutan jerami ini. Manakala keseluruhan petani (100%) memilih untuk

melakukan latihan terus di ladang supaya hasilnya secara praktikal jelas terlihat

(Jadual 5.16). Ini menunjukkan bahawa petani sangat berfikiran terbuka dan mudah

…sambungan

203

untuk menerima pembaharuan. Kejayaan projek dan hasil yang berkesan wujud kesan

demonstrasi di ladang akan menarik minat petani lain untuk turut serta mengguna

produk jerami di ladang dan membangunkan industri jerami. Justeru itu, ia

mewujudkan satu landasan kukuh kepada pembangunan industri jerami kerana petani

merupakan asas kepada penawaran bekalan jerami. Oleh itu, program yang dijana

harus melibatkan petani dan aktiviti ladangnya supaya dapat mengukuhkan

keupayaannya dalam pengurusan ladang. Dapatan ini disokong oleh Roy dan

Rangnekar (2006) yang mendapati kejayaan hasil demonstrasi di ladang akan menarik

minat petani lain untuk turut meningkatkan penggunaan jerami dalam aktiviti tani.

Ini bersandarkan kepada amalan sistem perladangan sangat bergantung kepada

tindak balas faktor fizikal; biologikal; persekitaran sosio-ekonomi; sikap dan

keutamaan isirumah serta sumber pengeluarannya (tanah, buruh, modal dan masa).

Interaksi yang kompleks ini akan menyebabkan petani akan memperuntukan sumber

pengeluarannya kepada ladang, luar ladang dan enterprais bukan ladang (non farm

enterprise) secara bijak dan mencapai pulangan yang maksimum. Ini akan membantu

petani untuk membuat keputusan bagi mengatasi pelbagai halangan yang wujud di

persekitaran tani. Petani juga berpeluang untuk mengeksploitasi keseluruhan potensi

hasil taninya dengan penggunaan optimum sumber ekologi, sosial dan ekonomi secara

berterusan. Justeru itu, P&P harus melibatkan petani dan dijalankan terus di ladang

(Liew et al. 1994).

c. Pengurangan Kesan Pembakaran Terbuka Jerami Ke Atas Persekitaran

Tani

Hasil analisis mendapati pembangunan industri jerami walaupun dalam kadar yang

perlahan telah berjaya meningkatkan kualiti udara dari segi pengurangan pembebasan

asap, penyerakan abu pembakaran, tahap kesihatan penduduk sekitar dan jarak

penglihatan pemandu semakin baik ketika musim pembakaran jerami. Situasi ini

memberikan satu kelebihan kepada usaha untuk membangunkan industri jerami ke

tahap sewajarnya. Atas dasar kesedaran ke atas alam sekitar, ia akan mendorong lebih

ramai petani untuk turut terlibat dalam projek pembangunan jerami. Ini bertepatan

dengan kajian oleh Bridhikitti dan Kanokkanjana (2009), Chen et al. (2009), Gupta et

al. (2004) dan Henderick dan Williams (2004) yang mendapati pembangunan jerami

203

dapat mengatasi mengurangkan masalah pecemaran udara dan peningkatan tahap

kesihatan penduduk.

d. Kelebihan Jerami Sebagai Agen Penyuburan Tanah Dan Tanaman

Baja kompos merupakan bahan terpenting bagi sektor pertanian dengan keupayaannya

untuk memperbaiki sifat kimia, fizikal dan biologi tanah. Penggaulan jirim organik

bagi meningkatkan kesuburan tanah sangat perlu untuk menjamin hasil yang tinggi

dan stabil. Ia merupakan cara paling murah dan mudah untuk mengekalkan dan

membaiki kesuburan tanah (Sariam 1996). Peranan utama kompos adalah untuk

membaiki struktur tanah, menyuburkan tanah, mengurangkan hakisan tanah dan

penyerap air yang baik. Selain itu, ia merupakan bahan untuk merawat tanah

pembuangan sampah, penambakan serta bahan alternatif untuk mengurangkan

penggunaan baja kimia (MADA 2009).

Kebanyakan jenis tanih di Wilayah MADA mengandungi kadar keasidan yang

agak tinggi menyebabkan pH tanah kurang sesuai untuk tanaman padi. Bagi

mengurangkan kadar keasidan tanah, sejumlah besar bahan kapur dimasukkan ke

dalam tanah sebelum proses penanaman padi dilakukan. Namun, begitu hasil yang

diperolehi di kawasan tanah yang agak berasid adalah rendah. Malah, kos pengeluaran

akan meningkat kerana peladang terpaksa membeli kapur. Baja kompos jerami

didapati mampu menyeimbangkan pH tanah dalam jangka masa panjang. Manakala,

penggunaan input kimia didapati tidak mampu mengekalkan kesuburan tanah dalam

jangka masa panjang. Ini disokong oleh kajian Gupta et al. (2005) yang mendapati

kelebihan jerami sebagai baja kompos dapat mengurangkan penggunaan baja kimia,

meningkatkan sistem respirasi tanah dan kandungan mineral dalam tanah.

Walaupun jerami mempunyai nilai nutrien yang rendah namun tahap silika

yang tinggi padanya penting dalam membantu menguatkan pokok padi agar tegak dan

tidak mudah rebah terutamanya pada musim hujan dan tiupan angin kuat atau ribut.

Ini dapat memelihara hasil yang bakal diperolehi kerana apabila pokok padi rebah,

padi akan rosak ditenggelami air. Justeru itu, hasil padi akan berkurangan.

203

Penggunaan baja kompos jerami kepada tanaman juga dapat mengurangkan

bau yang tidak menyenangkan di persekitaran. Ini kerana baja kompos tidak

mempunyai bau berbanding dengan baja kimia. Ini kerana semasa proses penghasilan

kompos, suhu yang tinggi sehingga 70˚C akan memusnahkan benih perosak dan

bakteria seperti patogen serta telur serangga yang sering menyebabkan bau yang tidak

menyenangkan (MADA 2009).

e. Peningkatan Pendapatan Sampingan Bagi Petani

Kajian mendapati, pihak MADA memberi dua bentuk insentif kepada petani yang

membenarkan pemungutan jerami di ladang iaitu pemberian RM16 serelung dan

putaran tunggul. Inisiatif ini mampu mengurangkan bebanan kos untuk pengurusan

tanah bagi tanaman berikutnya dan menjana pendapatan petani. Ini memberikan satu

kelebihan kepada perkembangan industri jerami di Wilayah MADA dan akan menarik

lebih ramai petani menyertai projek pembangunan jerami. Walau bagaimanapun, hasil

temubual mendapati kebanyakan petani menyatakan insentif yang diberikan adalah

kecil berbanding kesukaran yang dihadapi mereka dalam mengerjakan tanaman padi

yang akhirnya menghasilkan jerami selepas penuaian padi.

5.6.2 Peluang

a. Pengeksploitasian Sepenuhnya Potensi Jerami

Potensi jerami wajar dieksploitasi secara optimum bagi penggunaan di ladang dan luar

ladang. Sebagai pengeluar bahan mentah jerami, petani wajar didedahkan dengan

penggunaan jerami di ladang antaranya sebagai baja kompos, medium semaian dan

makanan ternakan. Ini dapat menjimatkan kos pengeluaran yang semakin meningkat

untuk pengurusan tanaman dan ternakan. Dapatan ini adalah selari dengan kajian

Nguyen (1998) yang melihat pengeksploitasian penggunaan jerami haruslah sesuai

dengan rutin harian petani dan keadaan tempatan.

203

b. Pemberian Insentif Yang Lebih Menarik

Petani akan lebih tertarik untuk menyertai pembangunan jerami sekiranya insentif

yang diberikan lebih menarik. Setakat ini, petani telah diberikan insentif bagi ladang

yang menyerahkan jerami kepada pihak MADA. Walaupun, insentif tersebut mampu

menjana pendapatan dan mengurangkan kos pengurusan ladang namun, ia masih

gagal mendapat sokongan menyeluruh petani di Wilayah MADA. Ini kerana insentif

yang diberikan kurang berbaloi dengan usaha mengerjakan tanaman padi. Pemberian

insentif yang lebih menarik akan membuka runag yang meluas kepada penglibatan

petani dan masyarakat secara holistik dalam pembangunan industri jerami. Ini

bertepatan dengan kajian oleh Battershill (1997) yang menunjukkan bahawa

perubahan struktur amalan ladang oleh petani bergantung kepada amalan ladang yang

boleh membawa keuntungan kepada petani.

5.6.3 Kelemahan

a. Teknologi Pemungutan Jerami Yang Kurang Efisien

Tanaman padi sawah sangat memerlukan air untuk proses tumbesarannya dan air

hanya diperlukan sedikit sahaja ketika pokok padi telah matang. Tanah yang berair ini

menyukarkan operasi pemungutan jerami menggunakan mesin baler. Selama ini,

pihak MADA menggunakan mesin baler yang diimport. Biasanya mesin baler ini

digunakan untuk mengumpul jerami gandum dan barli di Negara Eropah dan tidak

sesuai dengan situasi tanah sawah tempatan. Mesin baler itu hanya boleh digunakan

dalam keadaan tanah yang kering sahaja. Mesin ini mudah tersangkut di dalam lumpur

dan sering mengalami kerosakan. Tambahan pula, alat gantinya juga terpaksa diimport

dan sangat mahal. Ini akan meningkatkan kos pengurusan mesin baler dan secara tidak

langsung proses pengumpulan jerami di ladang akan turut terjejas.

Keadaan ini telah memberi tekanan kepada petani kerana proses pengurusan

tanah untuk tanaman berikutnya perlu dilakukan dengan kadar segera. Justeru itu,

kelewatan dalam proses pemungutan jerami oleh pihak MADA menyebabkan petani

membakar jerami. Ini selari dengan kajian oleh Nguyen (1998) yang mendapati

203

teknologi yang digunapakai tidak praktikal dan ekonomik menyebabkan

pembangunan industri jerami terjejas.

b. Petani Kekurangan Modal Untuk Mewujudkan Prasarana Asas

Hasil kajian menunjukkan hanya lapan orang petani yang menyatakan masalah

kekurangan modal menjejaskan aktiviti pemungutan jerami. Mereka ini merupakan

petani yang sangat berminat untuk menjalankan projek ini secara individu.

Ketidakupayaan pihak MADA kerana kekurangan kemudahan logistik untuk

mengumpul keseluruhan jerami di dalam wilayah pentabdirannya mendorong petani

untuk mengumpulnya sendiri. Mereka merupakan petani yang betul-betul memahami

kepentingan pengurusan jerami secara mesra alam dan prospek pembangunannya

sebagai sebuah industri yang berdaya saing. Namun yang pasti, petani kekurangan

modal kerana rata-ratanya mereka merupakan golongan yang berpendapatan rendah.

Modal yang agak besar diperlukan untuk menyewa mesin baler bagi

memungut jerami di ladang, lori bagi mengangkut jerami ke tempat penyimpanan dan

menyediakan tempat penyimpanan yang luas serta berbumbung bagi memastikan

jerami tidak terkena hujan. Ini penting dilakukan segera bagi memastikan pengekalan

kualiti jerami. Ini berikutan jerami amat sensitif kepada cuaca yang basah dan lembab

yang akan menyebabkannya berkulat serta rosak. Justeru itu, penyediaan prasarana

asas yang sempurna perlu bagi memastikan industri jerami dapat dijayakan oleh

petani. Ini disokong oleh kajian Schiere dan Ibrahim (1985) yang mendapati modal

sangat diperlukan untuk menyediakan prasarana asas.

c. Tahap Kemahiran Dan Pengetahuan Petani Yang Rendah Terhadap

Pengunaan Jerami Dalam Pengerjaan Aktiviti Tani

Pengenalan sesuatu pembaharuan seperti teknologi dan idea baru memerlukan aras

motivasi yang tinggi di kalangan petani. Sikap dan kesediaan petani untuk menerima

pembaharuan perlu sejajar dengan kemahiran agar berlakunya peresapan teknologi di

kalangan petani. Antara faktor yang menghadkan kemahiran dan pengetahuan petani

ialah tahap pendidikan yang rendah, khidmat nasihat yang tidak menyeluruh, latihan

yang tidak terancang, tahap motivasi yang rendah dan kurangnya pendedahan untuk

203

mengukuhkan amalan perladangan itu. Justeru itu, petani tidak mampu untuk

mengeksploitasi dan menguruskan hasil ladang secara efisien telah menyebabkan

stagnasi dalam pembangunan industri jerami yang selari dengan dapatan kajian oleh

Nguyen (1998). Kajian oleh Summers et al. (2003) juga mendapati tahap pengetahuan

petani sangat penting bagi merancang peralatan dan masa yang sesuai untuk

memungut jerami.

5.6.4 Ancaman

a. Masalah Logistik Oleh Pihak Institusi Menyebabkan Kelewatan

Pemungutan Jerami Di Ladang

Masalah logistik yang menyebabkan kelewatan proses pemungutan jerami di ladang

memberi ancaman kepada pembangunan jerami. Ini menyebabkan petani terpaksa

membakar jerami. Hasil temubual mendapati pihak MADA hanya mempunyai enam

buah mesin baler. Jumlah tersebut hanya berupaya memungut satu peratus sahaja

jerami yang terdapat di seluruh Wilayah MADA. Sebanyak 18 orang responden

mengambil inisiatif dengan mengumpul sendiri jerami dan meminta agensi berkaitan

membawa keluar jerami dari ladang kerana kekangan modal untuk menyewa loridan

sangat daif tentang pasaran jerami sekiranya ingin memasarkan sendiri jerami. Petani

mengharapkan pihak MADA mengambil jerami di ladang namun keupayaan pihak

MADA adalah terbatas kerana lori pemungut jerami juga tidak mencukupi. Ini

menyebabkan jerami yang telah dikumpulkan oleh petani menjadi lembab dan rosak

kerana kerana terbiar lama di ladang.

Penyediaan pengangkutan yang kurang cekap seperti kekurangan lori

pengangkut jerami; muatan lori pengangkut yang kecil dan tidak ekonomik; jalan

ladang yang kurang memuaskan; penawaran servis yang kurang memuaskan dan tidak

tepat pada waktunya juga menggugat proses perkembangan industri jerami.

Kekurangan kemudahan pengangkutan ini menyebabkan berlakunya peningkatan ke

atas kos pengeluaran, bahan mentah terdedah kepada kerosakan dan kelewatan

penghantaran kepada pengguna. Tambahan pula, gulungan bandela jerami adalah

besar, berbentuk bulat dan sangat berat (450kg) memerlukan lori pengangkut yang

agak besar. Keupayaan logistik yang kurang cekap telah membawa ancaman kepada

203

perkembangan industri jerami seterusnya menyebabkan stagnasi. Masalah logistik

dalam mengekang perkembangan industri jerami telah dibuktikan oleh Gheewala

(2009), Gupta et al. (2004), Kishore et al. (2004), Saono dan Sastrapradja (1983),

Schiere dan Ibrahim (1985) serta Siulapwa dan Simukoko (2008).

b. Jangka Masa Yang Singkat Untuk Tanaman Berikutnya Memaksa Petani

Membakar Jerami

Jangka masa yang singkat iaitu selepas penuaian dan pengurusan tanah untuk tanaman

berikutnya berlaku hanya lebih kurang satu bulan setengah. Ketidakupayaan pihak

institusi untuk memungut jerami secepat mungkin dari ladang kerana masalah logistik

menyebabkan jerami terpaksa dibakar. Ini kerana petani perlu menguruskan tanah

secepat mungkin untuk tanaman musim berikutnya sebelum bekalan air dilepaskan

oleh pihak institusi. Ini bertepatan dengan kajian oleh Bridikitti dan Kanokkanjana

(2009), Gheewala (2009) dan Gupta et al. (2004) yang mendapati jangka masa singkat

untuk pengurusan tanaman berikutnya memaksa petani membakar jerami. Keadaan ini

akan menggugat jumlah penawaran jerami dan perkembangan industri jerami.

c. Faktor Kewangan Dan Umur Petani (Lanjut Usia)

Berdasarkan temubual dan pemerhatian penyelidik, petani tidak terlalu terdesak dari

segi kewangan untuk mewujudkan sumber pendapatan baru dengan membangunkan

jerami. Ini kerana lebih separuh daripada petani (56.0%) di Wilayah MADA terdiri

daripada golongan yang berumur dalam lingkungan 55 tahun ke atas (38.2%) dan

27.8% daripadanya berumur lebih 65 tahun. Golongan ini didapati hanya sekadar

ingin mengusahakan tanah sedia ada yang diwarisi dan tidak sanggup melihat tanah

tersebut terbiar tanpa diusahakan. Mereka kurang bermotivasi untuk menerima inovasi

yang diperkenalkan. Petani juga selesa dengan amalan perladangan yang diamalkan

sejak dahulu antaranya membakar jerami dan menggunakan input kimia.

Tambahan pula, golongan ini juga sentiasa mendapat pemberian wang bulanan

daripada anak-anak yang kebanyakannya bekerja di bandar. Justeru itu, mereka tidak

melihat jerami sebagai satu bisnes untuk mewujudkan sumber pendapatan baru kerana

kewangan mereka tidak terdesak seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand. Petani di

203

negara berkenaan sangat berpendapatan rendah dan mereka bermotivasi tinggi untuk

menambahkan pendapatan. Fenomena sebegini akan menyebabkan stagnasi dalam

perkembangan industri jerami. Hasil dapatan ini adalah selari dengan Battershill

(1997) yang mendapati petani mengerjakan ladang hanya untuk kepuasan diri.

Manakala umur petani yang lanjut usia menyebabkan mereka tidak bermotivasi untuk

mengubah amalan perladangan.

d. Sikap Petani Yang Kurang Peka Terhadap Inovasi

Sikap petani yang kurang peka terhadap inovasi turut mengancam pembangunan

industri jerami. Sebagai pengeluar bahan mentah jerami, petani seharusnya bijak

merebut peluang dengan mengoptimumkan penggunaan jerami. Malah, jerami tidak

seharusnya lagi dianggap sebagai bahan buangan sebaliknya sebagai bahan yang akan

melonjakkan keupayaan mereka sebagai usahawan. Hasil analisis mendapati petani

sangat berminat untuk menjayakan projek pemungutan jerami namun bukan atas

inisiatif sendiri sebaliknya mengharapkan bantuan pihak MADA. Petani juga sedar

wujudnya syarat-syarat untuk melakukan pembakaran jerami dan kesannya ke atas

persekitaran tani namun tidak mengendahkannya. Ketidakpekaan petani terhadap

inovasi jelas membawa kerugian terhadap pembangunan sumber berpotensi itu.

Dapatan ini selari dengan kajian oleh Battershill (1997) yang membuktikan

ketidakpekaan petani terhadap inovasi telah mengancam perkembangan industri

jerami.

5.7 KESIMPULAN

Memandangkan sektor pertanian merupakan pemangkin kepada pertumbuhan sektor

industri, sektor pertanian perlulah mengubah paradigmanya agar selari dengan

perubahan ekonomi global dan nasional bagi memastikan masa depannya lebih

terjamin. Lantaran itu, revolusi minda dalam sektor pertanian perlu digerakkan secara

bersepadu bagi membangunkan golongan petani. Petani perlu dibekalkan dengan

tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi berkaitan pengurusan tanaman dan

jerami secara mesra alam melalui khidmat nasihat dan latihan daripada pakar. Galakan

insentif, bantuan modal serta penyediaan kemudahan logistik yang baik dilihat dapat

203

meningkatkan tahap motivasi petani untuk terlibat secara langsung dalam

pembangunan industri jerami. Pembangunan petani merupakan kunci utama kepada

perkembangan industri jerami kerana mereka merupakan pengeluar bahan mentah

jerami yang akan memastikan bekalan jerami berterusan.

203

206

BAB VI

KAJIAN INSTITUSI: PERANAN INSTITUSI DALAM MEMPENGARUHI

PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

6.1 PENGENALAN

Institusi formal yang diwujudkan oleh pihak kerajaan serta institusi swasta merupakan

agen perubahan yang penting dalam proses pembangunan sektor pertanian. Agensi-

agensi yang diwujudkan ini mempunyai matlamat tertentu antaranya menyalurkan

maklumat yang lebih saintifik dan berkesan untuk pembangunan masyarakat tani

secara holistik. Petani digalakkan untuk terlibat secara aktif dengan projek yang

direncanakan agar sasaran untuk meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat tani

tercapai. Dalam mencorakkan sesuatu pembangunan, terdapat faktor-faktor dan

proses-proses yang mengganggu gugat pencapaian pembangunan yang optimum.

Situasi ini akan mewujudkan rencatan dalam proses pembangunan pertanian di

sesebuah wilayah pertanian. Justeru itu, kajian institusi cuba untuk mengenalpasti dan

merungkai apakah faktor-faktor dan proses-proses yang menggugat pihak institusi

untuk membangunkan industri jerami serta faktor-faktor lain yang menyebabkan

berlakunya stagnasi dalam pembangunan jerami di Wilayah MADA.

Kajian institusi melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dengan projek pembangunan industri jerami di

Wilayah MADA. Bagi kajian ini, institusi dibahagikan kepada tiga kategori iaitu

institusi A melibatkan pihak MADA manakala institusi B pula terdiri daripada agensi-

agensi pertanian lain. Institusi C melibatkan agensi sokongan lain yang bukan

merupakan agensi pertanian tetapi turut menyokong pembangunan industri jerami

padi berdasarkan kepada matlamat agensi atau jabatan tersendiri (Lampiran F).

207

Sebagai contoh, Jabatan Veterinar menggunakan jerami untuk makanan ternakan bagi

mengurangkan pengimportan makanan ternakan. Jabatan Alam Sekitar pula terlibat

bagi mengurangkan kesan pembakaran jerami ke atas alam sekitar manakala PLUS

Expressway Berhad pula bertindak bagi mengurangkan kes kemalangan kenderaan di

lebuhraya Utara-Selatan.

Seramai 15 orang responden terlibat dalam kajian institusi ini. Institusi MADA

melibatkan lapan orang responden yang terdiri daripada pegawai yang terlibat secara

langsung dengan pembangunan jerami di Wilayah MADA. Mereka terdiri daripada

dua orang pegawai di ibu pejabat MADA; empat orang pegawai yang setiap seorang

mewakili Wilayah I, II, III, dan IV; seorang pegawai yang menguruskan berkenaan

pembangunan jerami sebagai makanan ternakan dan kompos serta seorang lagi

berkaitan pembangunan jerami sebagai produk kraf. Manakala bagi kategori institusi

B dan C pula masing-masing melibatkan seorang pegawai bagi mewakili agensi

tersebut (Jadual 6.1).

Jadual 6.1 Institusi yang terlibat dalam projek pembangunan jerami di Wilayah

MADA

Institusi A

(Agensi MADA)

(n = 8)

Institusi B

(Agensi pertanian lain)

(n = 3)

Institusi C

(Agensi sokongan lain)

(n = 4)

Lembaga Kemajuan

Pertanian Muda

Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani

Jabatan Perkhidmatan

Veterinar Negeri Kedah

Institut Penyelidikan

dan Kemajuan Pertanian

Malaysia

Badan Bertindak

Koridor Utara

Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Negeri Kedah

Jabatan Alam Sekitar

Negeri Kedah

PLUS Expressways Berhad

208

6.2 STATUS PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

6.2.1 Tujuan Pembangunan Jerami

Jerami mula dibangunkan di Wilayah MADA sekitar tahun 2006. Sebelum itu, secara

tradisinya jerami padi hanya dibakar selepas musim penuaian bagi membersihkan

ladang untuk tanaman berikutnya dan mengawal pembiakan perosak. Hasil temubual

mendapati tujuan utama pembangunan jerami dilaksanakan di Wilayah MADA adalah

untuk meningkatkan nilai ditambah bagi sumber bahan mentah tempatan (11

pernyataan).Temubual juga mendapati terdapat alasan-alasan lain yang membawa

kepada terbentuknya projek pembangunan jerami di Wilayah MADA antaranya untuk

mengurangkan kesan pembakaran terbuka jerami ke atas alam sekitar dan kesihatan

penduduk (10 pernyataan), mengelakkan terjadinya kemalangan kenderaan akibat

asap pembakaran yang menghadkan jarak penglihatan pemandu (sembilan pernyataan)

dan peningkatan pendapatan petani (enam pernyataan).

Hasil temubual mendapati tercetusnya idea untuk membangunkan jerami

didorong oleh kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan yang melibatkan

26 buah kenderaan pada tahun 2006. Ia berlaku akibat asap tebal pembakaran jerami

yang menghadkan penglihatan pemandu kenderaan. Justeru itu, pihak kerajaan

meletakkan tanggungjawab kepada pihak MADA untuk mencari alternatif lain bagi

mengurangkan pembakaran terbuka jerami dengan menggunapakai sisa buangan

tersebut melalui pewujudan sumber pertumbuhan baru bagi Negeri Kedah. Secara

tidak langsung, peningkatan nilai ditambah bagi buangan pertanian ini akan

mewujudkan permintaan yang tinggi terhadapnya yang akhirnya berjaya

diindustrikan. Sebagai pengeluar bahan mentah tersebut, petani akan terlibat secara

langsung dalam bisnes jerami seterusnya menjana pendapatan mereka.

“…Tujuan utama jerami dibangunkan ialah nak utilize kegunaan

bahan-bahan mentah tempatan kepada added value product. Keduanya

untuk reduce open burning dengan membakar jerami secara terkawal

dan ketiga untuk meningkatkan pendapatan petani. Isu mengenai

masalah bakar jerami ni wujud bila orang dok kisah mengenai open

burning. Salah satu faktor yang contribute kepada masalah jerebu dan

209

punca pencemaran alam sekitar ialah pembakaran sisa pertanian

selepas harvest seperti jerami dan sisa di ladang tebu. Sekurang-

kurangnya kita dapat reduce open burning la dengan jalankan projek

pembangunan jerami ni” (A1).

“…Idea membangunkan jerami wujud selepas kemalangan kenderaan

dalam jumlah yang banyak di lebuhraya akibat asap tebal pembakaran

jerami yang menghadkan jarak penglihatan. Selain itu, untuk

meningkatkan penggunaan bahan buangan pertanian supaya tak

membazir dan memberi pendapatan sampingan kepada petani” (A2).

“…Tujuan sebenar jerami dibangunkan adalah untuk membangunkan

hasil buangan pertanian dan atas alasan pencemaran alam sekitar. Tapi

kerajaan mula nampak masalah pembakaran jerami bila berlakunya

kemalangan di highway pada tahun 2006. Selepas kejadian itu,

beberapa orang pegawai termasuk saya daripada pelbagai agensi yang

berkaitan telah dihantar ke Indonesia untuk melihat bagaimana jerami

dibangunkan dan digunapakai di sana” (B2).

“…Untuk bangunkan sesuatu daripada bahan buangan pertanian

dengan mewujudkan satu produk yang melambangkan identiti Negeri

Kedah dan bagi mengurangkan pembakaran terbuka jerami” (C2).

“…Tujuan sebenar jerami dibangunkan adalah untuk mengurangkan

kegiatan pembakaran terbuka, mengurangkan masalah alam sekitar

akibat pembakaran iaitu jerebu, mengurangkan ketidakselesaan orang

ramai seperti gangguan abu pembakaran dan kesihatan serta

mengurangkan risiko kemalangan jalanraya kerana asap menghadkan

jarak penglihatan pemandu kenderaan” (C4).

6.2.2 Pembangunan Jerami Sebagai Satu Sumber Ekonomi

Saat negara mengangkat sektor pertanian sebagai teraju utama kepada kestabilan

ekonomi dan politik negara, pengeluaran padi negara masih di tahap rendah. Ketika

itu, negara masih mengharapkan import bekalan beras. Atas dasar sekuriti negara,

fokus hanya diberikan kepada peningkatan pengeluaran padi sahaja manakala hasil

sampingan padi terlepas peluang untuk turut sama menjana ekonomi negara ketika itu.

Hasil analisis temubual yang dijalankan ke atas institusi pertanian A dan B (n=11)

mendapati kesemua responden menyatakan alasan penumpuan terhadap pengeluaran

hasil padi menjadi faktor utama mengapa jerami tidak dibangunkan ketika itu.

Sehingga kini, tumpuan masih lagi diberikan terhadap peningkatan hasil padi. Bagi

meningkatkan pengeluaran padi, projek pengeluaran hasil 10 tan sehektar

210

dilaksanakan dan kini hampir mencapai sasaran. Terdapat beberapa kawasan yang

hasilnya telah mencapai hasil sehingga 8 tan sehektar. Hasil analisis temubual

mendapati jerami kini mula dibangunkan oleh MADA dengan menumpukan kepada

projek integrasi makanan ternakan dan kompos, kraf jerami dan projek terbaru ialah

penjanaan tenaga elektrik.

Hasil temubual mendapati ketidakyakinan responden terhadap keupayaan

jerami kerana wujudnya beberapa kekangan yang menghalang usaha jerami untuk

digerakkan sebagai agen pertumbuhan ekonomi. Antara kekangan tersebut ialah

ketidakcekapan menyediakan kemudahan asas seperti mekanisasi ladang (mesin

baler), pusat penyimpanan, pengangkutan serta kekurangan maklumat berkaitan

potensi jerami.

“…Ketika sektor pertanian diangkat sebagai sektor pertumbuhan

ekonomi utama negara, negara masih menumpukan kepada

pengeluaran hasil padi. Jadi tidak timbul soal pembangunan jerami”

(A2).

“…Dulu, tumpuan hanya pada pengeluaran makanan sebab nak

kurangkan import dan mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.

Masa tu, tak timbul langsung tentang jerami ni” (A8).

“…Ketika dasar ekonomi yang pro kepada pertanian, tumpuan sektor

padi lebih kepada pengeluaran beras sebab takat kecukupan sendiri

masih belum cukup. Malah, negara masih mengimport beras dari luar.

Itu yang lebih utama daripada bangunkan hasil sampingan padi.

Hakikatnya, sumber tersebut terus membazir” (B3).

Namun begitu, terdapat 12 orang responden melihat pembangunannya hanya

sebagai aktiviti sampingan sahaja dan bukannya sebagai agen pertumbuhan ekonomi.

“…Di Malaysia ni, kita kurang knowledge about jerami ni dan strength

pun tak banyak. Jadi hanya mampu sekadar buat projek perintis sahaja

dan ia akan wujud sebagai aktiviti sampingan sahaja” (A6).

“…Walaupun kini kita dah nampak projek jerami sedang dibangunkan

tetapi saya lihat ia sekadar aktiviti sampingan sahaja la” (B3).

“...Pembangunan jerami ni hanya sekadar sampingan saja dan

bukannya boleh membawa kepada agen pertumbuhan ekonomi yang

211

mantap. Ini kerana keupayaannya yang masih terlalu terhad kesan dari

masalah-masalah utama yang belum diselesaikan iaitu kekurangan

mesin baler dan storage” (A4).

“…Buat masa sekarang ni, program pembangunan jerami hanya

sekadar sampingan sahaja sebab tumpuan utama hanya kepada

pengeluaran makanan iaitu beras. Kita masih tidak mampu untuk

menjadikannya sebagai satu agen pertumbuhan ekonomi kerana

masalah logistik” (B1).

Walau bagaimanapun, terdapat tiga orang responden yang melihat jerami bakal

diangkat sebagai sumber pertumbuhan baru ekonomi di Wilayah MADA. Ini

berdasarkan kepada pengeluaran hasil padi yang semakin meningkat membolehkan

tumpuan beralih ke arah industri hiliran hasil sampingannya. Ini kerana peruntukan

yang tinggi telah disalurkan antaranya pembelian mekanisasi ladang (mesin baler)

serta lawatan pegawai institusi dan usahawan enterprais ke tempat-tempat yang

berjaya membangunkan jerami sebagai sebuah industri seperti Indonesia, Thailand

dan Filipina.

“…Dulu MADA tumpu pada production sebab hasil padi kita rendah.

Bila Kementerian Pertanian wujudkan industri asas tani dan di MADA

sendiri, industri asas tani baru lima tahun ditubuhkan. Jadi kita baru

nak tengok pada jerami dan buangan lain. Malah, pengeluaran padi pun

dah semakin ok, jadi bolehlah tumpu pada industri hiliran pula. Kita

bangunkan projek integrasi sempadan seperti jerami dijadikan makanan

haiwan dan tinja haiwan tersebut dijadikan kompos. Selain tu, kita juga

bangunkan kraf jerami dan terbaru power plant” (A1).

“…Sekarang ni, saya lihat pihak agensi benar-benar mahu mengangkat

jerami sebagai agen pertumbuhan ekonomi kerana banyak peruntukan

telah disalurkan seperti R&D, peralatan serta lawatan dalam dan luar

negara diberikan kepada pegawai dan usahawan yang terlibat dalam

industri ini” (A8).

212

6.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENJEJASKAN USAHA PIHAK

INSTITUSI DALAM MEMBANGUNKAN INDUSTRI JERAMI DI

WILAYAH MADA

6.3.1 Penyediaan Kemudahan Logistik Yang Kurang Berkesan

Hasil analisis temubual mendapati tema ini dibangunkan dengan 23 pernyataan yang

menyatakan kekurangan kemudahan logistik menjadi punca utama kepada stagnasi

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Kemudahan logistik melibatkan

penyediaan tempat penyimpanan jerami, mesin baler, lori pengangkut jerami dan jalan

ladang. Hasil kajian mendapati keseluruhan responden (100%) menyatakan bahawa

kekurangan pusat penyimpanan jerami dan kekurangan mesin baler untuk memungut

jerami menjadi faktor utama yang menyebabkan pembangunan jerami tidak dapat

dilaksanakan dengan berkesan (Jadual 6.2).

Hakikatnya, jerami sememangnya alah dengan faktor cuaca yang lembab

terutamanya hujan. Ini kerana jerami akan cepat berkulat dan rosak. Justeru itu, jerami

memerlukan tempat penyimpanan berbumbung yang dapat melindunginya daripada

cuaca lembab. Selain itu, hasil temubual juga mendapati tempat penyimpanan jerami

yang sedia ada yang dimiliki oleh pihak MADA sebanyak tiga buah adalah kecil. Ia

tidak mampu untuk memuatkan kapasiti jerami yang banyak di seluruh Wilayah

MADA. Bentuk bandela yang bulat, besar dan berat iaitu 450 kg memerlukan tempat

penyimpanan yang lebih luas (Gambar 6.1).

Kekurangan mesin baler membantutkan lagi proses pemungutan jerami.

Kelambatan proses pemungutan akan menyebabkan petani terpaksa membakar jerami

kerana petani perlu membersihkan ladang bagi tanaman musim berikutnya.

Kelambatan pengurusan tanah menyebabkan petani tidak dapat mengikuti jadual

penanaman yang telah ditetapkan. Pembakaran akan menyebabkan penawaran jerami

semakin berkurangan dan tidak dapat menampung permintaan terutamanya daripada

pengusaha ternakan.

201

Jadual 6.2 Faktor-faktor yang menjejaskan usaha pihak institusi dalam pembangunan industri jerami di Wilayah MADA

Faktor-faktor yang menjejaskan pihak

institusi dalam pembangunan industri jerami

Ya, sangat

menjejaskan

Kurang

menjejaskan

Tidak

menjejaskan

Tidak pasti

Bil % Bil % Bil % Bil %

Penyediaan kemudahan logistik yang kurang

mencukupi dan sempurna

a) Tempat penyimpanan

b) Mesin baler

c) Infrastruktur lain (jalan ladang dan

pengangkutan)

Kurangnya penyertaan pihak swasta

Dasar berkaitan jerami yang kurang jelas

Penggunaan teknologi yang tidak sesuai dengan

keadaan tempatan

Kurangnya P&P yang dijalankan ke atas potensi

penggunaan jerami

Kurangnya promosi terhadap produk jerami

Sikap petani selaku pengeluar bahan mentah

mempengaruhi penawaran jerami

Kurangnya galakan kerajaan terhadap

15

15

6

14

14

13

13

12

12

12

100.0

100.0

40.0

93.3

93.3

86.7

86.7

80.0

80.0

80.0

-

-

8

1

-

2

2

3

3

3

-

-

53.3

6.7

-

13.3

13.3

20.0

20.0

20.0

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

1

-

1

-

2

-

-

-

-

-

6.7

-

6.7

-

-

-

-

-

bersambung…

202

penggunaan jerami

Tahap penerimaan masyarakat terhadap produk

hasilan jerami yang rendah

Peruntukan modal yang terbatas

Tahap ilmu dan motivasi di kalangan pegawai

institusi pertanian yang rendah

Kurangnya penawaran tenaga kerja untuk

memungut jerami di ladang

Sikap dan motivasi yang rendah di kalangan

usahawan produk jerami

Kekangan masa untuk tanaman berikutnya

Pengaruh saiz dan status milikan tanah petani

Persaingan dengan produk lain setaranya

Karenah birokrasi yang wujud di peringkat

pengurusan

Bekalan bahan mentah jerami

11

10

10

10

9

9

8

7

5

-

73.3

66.7

66.7

66.7

60.0

60.0

53.3

46.7

33.3

-

3

3

5

3

6

3

7

5

10

3

20.0

20.0

33.3

20.0

40.0

20.0

46.7

33.3

66.7

20.0

-

2

-

-

-

-

-

-

-

12

-

13.3

-

-

-

-

-

-

-

80.0

1

-

-

2

-

3

-

3

-

-

6.7

-

-

13.3

-

20.0

-

20.0

-

-

…sambungan

215

Gambar 6.1 Kekurangan tempat penyimpanan jerami berbumbung

yang dimiliki oleh pihak MADA menyebabkan jerami

mudah rosak akibat terdedah kepada cuaca lembab

Selain itu, enam orang responden (40.0%) menyatakan bahawa infrastruktur

lain seperti jalan ladang dan kekurangan lori pengangkut jerami menyebabkan

kelambatan proses pemungutan jerami dari ladang ke pusat penyimpanan. Keadaan ini

turut menjejaskan proses pembangunan jerami di Wilayah MADA kerana petani akan

membakar jerami sekiranya ia lambat dikeluarkan dari ladang mereka. Malah, terdapat

sebilangan petani yang terpaksa membakar bandela jerami (gulungan jerami yang

telah dipungut oleh mesin baler) yang diletakkan di ladang. Ini kerana petani tidak

mampu untuk menyewa lori dan hanya menunggu pihak MADA mengambilnya.

“…Masalah utama yang menyebabkan industri jerami tidak

berkembang kerana kita tak ada bangunan pusat pengumpulan yang

mencukupi iaitu ruang untuk simpan jerami. Jerami banyak tapi kalau

kita kutip nak letak di mana pula. Jerami kalau simpan secara terbuka,

ia akan rosak dan berkulat. Kalau tak commercially collect boleh la

contoh macam kraf hanya guna seguni dua sahaja. Jadi tak akan wujud

masalah storage” (A1).

“…Keluasan bertanam padi di MADA sangat luas. MADA tak dak

keupayaan untuk pergi ambil sebab mesin baler tak cukup dan storage

juga kurang. Kalau kita galakkan petani dan mereka sangat berminat,

dah tu bila dah kumpul banyak-banyak di mana nak letak pula kerana

jerami perlukan storage sebab ia amat sensitif pada kelembapan air

seperti hujan” (B2).

216

“…Storage tak cukup dan yang ada pun kecil saja dan tak dapat nak

tampung kutipan jerami yang banyak. Macamana nak pungut dengan

banyak. Kalau kita ambil banyak pun tak dak tempat nak letak. Kalau

asyik kena embun tiap-tiap hari pun dia (jerami) akan jadi lembab,

berkulat akhirnya rosak. Lagipun, mesin baler yang ada tak cukup

untuk pungut keseluruhan jerami yang ada di kawasan MADA. Jalan

ladang juga perlu dinaiktaraf dan lori pengangkut juga kena banyak

supaya jerami dapat dikeluarkan dengan cepat dan mudah. Pengalaman

saya, petani pernah bakar bandela jerami yang telah dipungut oleh

mesin yang diletakkan di tepi bendang. Sebabnya lori lambat mai ambil

dan depa (petani) terpaksa cepat sebab nak urus tanah” (A4).

“…Peruntukan peralatan tak cukup lagi untuk bangunkan sepenuhnya

jerami. Peralatan tu termasuklah storage, jentera, pengangkutan atau

infra ladang. Kos sewa baler dan kos pengangkutan juga tinggi.

Segulung bandela jerami tu beratnya 450 kilo. Jadi untuk transfer

segulung jerami dari ladang ke storage amat susah dan menelan kos

yang tinggi” (B1).

6.3.2 Kurangnya Penyertaan Pihak Swasta

Hasil analisis temubual mendapati sebanyak 20 pernyataan yang membentuk kepada

tema ini. Terdapat 14 orang responden (93.3%) menyatakan kurangnya penyertaan

pihak swasta sangat menjejaskan pembangunan industri jerami dan hanya seorang

responden (6.7%) mendapati ia kurang menjejaskan (Jadual 6.2).

Terdapat enam pernyataan yang menyatakan bahawa MADA hanyalah sebuah

agensi pelaksana manakala agensi-agensi sokongan lain pula membantu dari segi

kepakaran masing-masing. Namun, setiap agensi ini mempunyai matlamat yang perlu

dibangunkan serta diberi tumpuan dan bukannya fokus kepada pembangunan jerami

sahaja. Oleh itu, tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada pembangunan

jerami dan menyebabkan pembangunannya agak perlahan. Justeru itu, penyertaan

pihak swasta diharap yang lebih fokus kepada satu-satu industri dapat mewujudkan

permintaan yang tinggi terhadap jerami manakala peranan agensi kerajaan pula

membantu pihak swasta dari segi kepakaran dan khidmat nasihat dalam

mengembangkan jerami ke tahap yang sewajarnya.

Beberapa contoh pembangunan industri jerami telah dikemukakan oleh

responden sebagai bukti kejayaan yang dimainkan oleh pihak swasta. Penyertaan

217

pihak swasta telah menyebabkan penggunaan jerami di New South Wales dan

Queensland, Australia telah mencapai ke tahap optimum. Penyertaan pihak swasta di

Malaysia juga tidak kurang pentingnya dalam membangunkan industri hiliran kelapa

sawit dan sekam padi. Pembangunan industri ini telah berjaya membawa kepada

permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah tersebut. Ini dapat dilihat daripada

kenyataan di bawah:

“…Di New South Wales, Australia, kawasan tanaman padi kecil saja

lebih kurang 10 ribu hektar tapi di sana lebih maju berbanding kita.

Sawah diuruskan oleh satu koperasi. Starts from production hingga

kepada rantaian nilai seperti animal bedding dan lain-lain. Jerami kalau

nak maju kena ada syarikat-syarikat swasta yang boleh tingkatkan

value added jerami sepenuhnya, create demand. Sekarang ni di MADA

ada satu syarikat yang diberi hak untuk produce energy dengan

menggunakan jerami padi. Ketika itu, demand jerami sangat tinggi

kerana keperluannya untuk jerami sangat tinggi dan tak akan ada lagi

jerami yang dibakar atau terbuang. Kita boleh tengok juga pada sekam

suatu masa dulu hanya dibuang dan dibakar sekitar sungai dan taliair

sehingga menyebabkan wujud masalah saliran dan alam sekitar.

Sekarang permintaan untuk sekam tinggi sehingga tiada lagi

pembaziran. Ini kerana kilang-kilang padi menggunakan sekam sebagai

tenaga elektrik untuk janakuasa kilang mereka” (A1).

“…Kalau ada involve pihak swasta sebagai big player akan ada

perubahan yang besar dalam perkembangan jerami. Sesuatu industri

sangat bergantung tinggi kepada pihak swasta. Kalau kita buat

perbandingan antara pembangunan hasil sampingan padi iaitu jerami

dengan hasil sampingan kelapa sawit adalah sangat berbeza. Jerami

hanya ada di beberapa kawasan jelapang sahaja tapi kelapa sawit

ditanam secara meluas di Malaysia tapi industri hiliran kelapa sawit

lebih maju. Kelapa sawit dipelopori oleh pihak swasta yang lebih fokus

kepada bisnes. Tapi MADA pula lebih fokus kepada sosial iaitu

penanaman padi. Government kerja dia untuk bantu orang dan

bukannya untuk buat bisnes. Kalau ada individu atau swasta invest,

baru boleh berjaya” (A2).

“…Sekarang ni kita buat pun slow ikut perkembangan semasa. MADA

hanya sebagai agensi pelaksana. Jadi sebagai agen pelaksana, kita

hanya wujudkan suasana dan bagi kursus-kursus yang sepatutnya

kepada petani dan usahawan sahaja. Tidak lebih daripada tu.

Government buat untuk bantu orang dan bukannya untuk bisnes. Kalau

kita betul-betul nak buat bisnes lain la. Bila nak bangunkan jerami, kita

terpaksa buat kajian dulu yang melibatkan pihak MARDI dan FRIM.

Agensi-agensi ini mempunyai banyak perkara lain yang terlibat dalam

tanggungjawab mereka yang perlu diberi keutamaan dan bukan hanya

218

tumpu pada jerami saja. Oleh itu, perkembangan jerami agak slow.

Tapi kalau pihak swasta dia akan fokus pada satu-satu perkara. Agensi

kerajaan boleh buat kerjasama dengan swasta untuk sharing knowledge

misalnya dari segi kepakaran. Baru projek jerami ni boleh jalan.

Contohnya syarikat swasta yang nak buat janakuasa elektrik guna

jerami. Apa yang pasti, seluruh waste (jerami) tu akan digunakan

sepenuhnya” (A4).

“…Pihak swasta dan individu perlu invest dalam projek ni, baru boleh

berjaya dan maju sepenuhnya. Contoh macam di Queensland,

Australia, kilang perabot yang menggunakan jerami sebagai bahan

mentah banyak terdapat di kawasan sawah. Jadi penggunaan jerami

sangat optimum di sana” (A6).

6.3.3 Dasar Kerajaan Yang Tidak Jelas Dan Kurang Menyokong Terhadap

Pembangunan Industri Jerami

Seramai 14 orang responden (93.3%) menyatakan faktor dasar atau polisi sangat

menjejaskan pembangunan industri jerami manakala hanya seorang responden (6.7%)

tidak pasti perihal berkaitan dasar terhadap pembangunan jerami (Jadual 6.2). Tema

berkaitan dasar kerajaan yang tidak jelas terhadap jerami ini dibangunkan dengan 21

pernyataan. Hasil analisis temubual mendapati dasar mahupun polisi kerajaan lebih

tertumpu kepada peningkatan pengeluaran bahan makanan iaitu beras dan rantaian

industri berasaskan beras sahaja. Malah, kerajaan turut memberi tumpuan kepada

industri hiliran komoditi lain walaupun sebenarnya terdapat bajet yang diperuntukan

kepada pembangunan jerami namun pembangunannya tidak menyeluruh.

“…Polisi kita terhadap pengurusan jerami tidak jelas. Ini jauh berbeza

dengan negara lain yang menggunakan hampir keseluruhan jerami

sebagai kompos, makanan ternakan dan sumber tenaga. Tumpuan kita

hanya kepada pengeluaran makanan iaitu beras. Namun kesan daripada

asap pembakaran jerami ke atas alam sekitar menyebabkan

kementerian telah menggalakkan petani menggunakan semula jerami

dan melarang pembakaran terbuka jerami. Atas arahan kementerian,

kita wujudkan Program Pembakaran Sifar. Tapi program ni hanya

ditumpukan di kawasan Barat Laut Selangor saja dan start tahun 2006”

(A2).

“…Agensi kurang bagi tumpuan terhadap jerami kerana dasar dilihat

lebih kepada peningkatan pengeluaran tanaman makanan antaranya

pengeluaran beras atas sebab sekuriti negara. Kalau dari segi industri

219

hiliran padi pula tumpuan kepada industri hiliran makanan daripada

beras saja seperti laksa, kuih dan lain-lain” (A4).

Selain itu, hasil analisis mendapati wujudnya lima pernyataan yang

menyatakan bahawa sokongan dasar terhadap penggunaan baja kompos jerami sangat

diperlukan dengan menghapuskan pemberian subsidi baja kimia dan mengurangkan

pengimportan baja organik serta makanan ternakan.

“…Kerajaan sekarang ni bagi priority kepada projek-projek yang

menggunakan bahan mentah tempatan. Contoh macam baru ni

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi syarikat buat power plant

untuk menjana kuasa elektrik menggunakan jerami sebagai bahan

bakar. Dulu pakai arang batu sekarang nak tukar pakai jerami sebagai

bahan bakar pula. Tapi nampak macam kurang fokus saja, sekadar

pernyataan tapi tiada tindakan” (A1).

“Dasar mahupun polisi kerajaan terhadap pembangunan jerami very

slow. Pemikiran ke arah business strategy tidak ada. Kementerian dan

institusi pertanian tak nampak profit daripada industri jerami.

Marketing pun tak ada. Kementerian asyik tumpu pada DJBN tapi

dengan dasar tu kementerian tak nampak jumlah jerami juga turut

meningkat. Pembuat dasar perlu tune minded ke arah business strategy

dan fokus kepada business jerami sebagai industri sokongan bagi padi.”

(A6).

“…Dasar dan polisi berkaitan pengurusan jerami secara berkesan tak

dak la. Kita ambil contoh Thailand dan Indonesia, industri hiliran

jerami sangat berkembang sebab ternakan banyak dan memerlukan

makanan. Jerami pula banyak jadi jerami dijadikan makanan ternakan.

Mereka hasilkan sendiri daging dan bukannya import. Bezanya dengan

Malaysia, jerami banyak tapi ternakan kurang sebab kita banyak import

daging dari India. Jadi untuk bangunkan jerami sebagai makanan

ternakan nampaknya tak boleh begitu berkembanglah. Kerajaan sana

tak bagi bantuan subsidi dari segi baja tapi sediakan infra sahaja. Jadi

untuk mengurangkan kos, petani di sana menggunakan baja organik

sebab murah dan pokok lebih subur serta hasil lebih tinggi. Tapi

kerajaan kita bagi subsidi baja kimia pada petani. Untuk apa petani kita

nak beli baja organik sedangkan baja kimia boleh dapat free. Kita juga

ada import baja organik dari luar. Jadi polisi kena ubah barulah industri

jerami boleh maju” (A7).

“…Tiada polisi yang khusus untuk penggunaan jerami di sini.

Penggunaan jerami sangat meluas di Indonesia, Thailand dan Filipina

sebagai kompos jerami dalam penanaman padi dan makanan ternakan

serta kraf jerami di Filipina juga menarik. Penggunaan jerami di

220

Australia sangat meluas sebagai bahan binaan bangunan seperti

stadium, kilang dan pejabat. Polisi di sana sangat menggalakkan

kepada penggunaan bahan buangan” (A5).

“…Polisi perlu tekankan kepada penggunaan barangan terbuang

macam negara lain buat dan bukannya hanya tumpu pada industri

hiliran kelapa sawit saja (C2)”.

“…Polisi tidak jelas terutamanya terhadap pembakaran terbuka sisa

pertanian sedangkan pembakaran tersebut boleh menjejaskan alam

sekitar dan gangguan terhadap penduduk sekitaran. Malah, tak ada pula

polisi yang menekankan kepada penggunaan baja organik dan

vermikompos untuk wujudkan pertanian mapan” (C3).

6.3.4 Penggunaan Teknologi Yang Tidak Bersesuaian Dengan Keadaan

Tempatan

Tema ini dibangunkan dengan 17 penyataan. Sebanyak 13 orang responden (86.7%)

mendapati teknologi yang tidak bersesuaian dengan keadaan tempatan sangat

menjejaskan proses pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Manakala

selebihnya dua orang responden (13.3%) mendapati kekangan teknologi kurang

menjejaskan pembangunan industri jerami (Jadual 6.2).

Hasil analisis temubual mendapati teknologi pemungutan jerami yang

digunapakai di Wilayah MADA iaitu mesin baler adalah tidak sesuai dengan keadaan

ladang tempatan yang berair. Mesin baler ini diimport daripada Belanda, Taiwan dan

Jepun yang hanya boleh beroperasi dalam keadaan kering. Ini menimbulkan masalah

kerana Wilayah MADA mengalami musim hujan yang ketara ketika musim utamanya.

Keadaan tanah ladang yang berair menyebabkan mesin baler tidak dapat beroperasi

sepenuhnya kerana tayar akan tersangkut (lekat) di dalam lumpur. Justeru itu mesin

kerap mengalami kerosakan dan menyebabkan kos pengendaliannya semakin

meningkat. Tambahan pula, ia mengambil jangka masa yang panjang untuk dibaiki

kerana peralatan gantian juga perlu diimport.

“…Kalau musim hujan, mesin baler tak dapat masuk dalam sawah

kerana ia akan lekat sebab mesin tu tak sesuai dengan struktur tanah

sawah tempatan yang sentiasa berair. Mesin baler ni kita beli daripada

luar negara seperti Belanda, Taiwan dan Jepun yang tanah mereka dry

221

all the year. Locally produce mesin baler tak ada. Alat gantian juga

kena import jadi kalau rosak lambat la” (A1).

“…Di MADA, mesin tak sesuai dengan keadaan tempatan yang

sawahnya berair. Mesin akan cepat rosak dalam keadaan tanah basah.

Lagipun, kebanyakan tanah di kawasan MADA tak rata menyebabkan

air bertakung terutamanya pada musim hujan. Tapi kalau kita lihat

contoh di Barat Laut Selangor, tanahnya rata. Oleh itu, pada musim

hujan air tak bertakung. Jadi tanah cepat kering dan jerami dapat

dipungut juga pada musim hujan berbanding MADA di mana jerami

tak dapat dipungut pada musim hujan” (A6).

“…Tali mesin tu cepat putus sebab tayar asyik lekat dalam tanah

berair. Tali tu mahal dan kena import. Pasaran tempatan tak ada

produce. MADA tanggung kos tinggi untuk semua tu” (A8).

6.3.5 Kurangnya Penyelidikan Dan Pembangunan Yang Dijalankan Ke Atas

Potensi Jerami Dan Teknologi Pembangunan Jerami

Kurangnya P&P yang dijalankan ke atas jerami bagi membongkar potensi dan

penggunaannya di peringkat tempatan juga turut membawa kepada stagnasi dalam

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Hasil kajian mendapati 13 orang

responden (86.7%) menyatakan faktor ini sangat menjejaskan proses pembangunan

jerami (Jadual 6.2). Hasil analisis temubual mendapati terdapat 14 pernyataan yang

menekankan kepada kelemahan dalam bidang P&P iaitu kajian yang dilakukan hanya

sekadar kajian ilmiah namun ianya tidak dipraktikkan di ladang. Justeru itu, tahap

kemampuannya dan pengeluaran hasil ladang yang tinggi dalam tempoh singkat

belum terbukti di peringkat tempatan. Secara tidak langsung, ini mengurangkan

keyakinan petani dan penternak untuk mengaplikasikannya dalam aktiviti tani

berbanding baja kimia dan makanan ternakan import yang telah terbukti dapat

meningkatkan hasil dalam jangka masa yang singkat.

Terdapat beberapa pernyataan lagi yang membentuk kepada tema ini iaitu

menekankan perlunya mempertingkatkan kajian terhadap peningkatan nilai nutrien

jerami sebagai makanan ternakan (lapan pernyataan), mencari potensi jerami dalam

keadaan basah (enam pernyataan), mencari kaedah terbaik yang lebih murah dan cepat

untuk memproses kompos jerami (lima pernyataan) dan meningkatkan ketahanan

222

jerami sebagai produk kraf (tiga pernyataan). Hasil analisis menunjukkan bahawa

P&P perlu ditingkatkan agar penggunaan jerami dapat dimaksimumkan

“…R&D tidak ada untuk guna jerami dalam keadaan basah. Manakala

R&D terhadap penggunaan 100% jerami dan bahan-bahan mentah

tempatan sebagai makanan ruminan sedang dijalankan oleh beberapa

institusi tempatan. Baja organik pun belum dapat dibuktikan

kemampuannya dalam menghasilkan padi yang banyak dan

menguntungkan dalam jangka masa pendek tapi untuk jangka masa

panjang terutamanya alam sekitar memanglah terjamin. R&D perlu

buktikan di lapangan barulah petani percaya dan yakin penggunaannya.

Selain itu, kajian juga kurang terhadap potensi, nilai nutrien sebagai

makanan haiwan, ketahanan serta keupayaan jerami untuk dibangunkan

sebagai produk serta untung dan rugi bisnes jerami” (A1).

“…R&D perlu disegerakan terhadap produk-produk jerami. Kalau buat

beg, orang lebih berminat dengan beg mengkuang sebab ketahanan ok

berbanding beg jerami sekiranya kena air ia akan kembang” (A8).

“…Sebagai makanan ternakan, jerami kurang dari segi protein iaitu

hanya 4% sahaja kandungan proteinnya. Lembu daging perlukan 14%

protein manakala lembu susu 16%. Jadi R&D perlu tingkatkan protein

pada jerami sekurang-kurangnya sehingga 10%. Kita perlu guna

pendekatan fermentasi dengan sistem bio-mikro untuk gabung dengan

protein seperti yang dilakukan di Indonesia. Jadi, lebih kurang 85%

daripada pengeluaran jerami padinya telah digunakan untuk ternakan

sebab mereka telah berjaya upgrade protein jerami daripada 4% kepada

10%” (B2).

“…R&D sangat baik dalam mencari varieti padi yang terbaik tapi

dalam skop pembangunan jerami ia kurang membantu dan tidak fokus.

Contohnya untuk buat kompos memakan masa sehingga enam bulan

untuk reput. Bakteria yang diimport untuk membantu proses pereputan

jerami sangat mahal anggaran dalam RM150. Kalau buat vermikompos

pula, kos tinggi sebab cacing yang diimport adalah mahal. Jadi buatlah

kajian untuk cari kaedah yang terbaik bagi proses pereputan jerami

dengan cepat serta menjimatkan kos, meningkatkan nilai nutrien jerami

sebagai makanan ternakan dan sebagainya” (B1).

“…Sebagai bahan kraf, jerami mudah terkoyak atau berkulat bila

terkena air. R&D perlu dilakukan ke atas ketahanan produk jerami bagi

menjamin kualitinya” (C2).

Namun begitu, seramai dua orang responden (13.3%) menyatakan bahawa

P&P kurang menjejaskan usaha pembangunan jerami kerana banyak kajian telah

dijalankan namun terdapat faktor-faktor lain yang turut menggagalkan usaha ini

223

(Jadual 6.2). Hasil analisis temubal mendapati P&P di Malaysia berkaitan potensi

jerami dibangunkan sejak tahun 1970an lagi namun ia sekadar kajian ilmiah malah

tidak mendapat perhatian daripada pihak kerajaan mahupun swasta. Tambahan pula,

masyarakat tidak melihatnya sebagai satu sumber sebaliknya hanya sekadar bahan

buangan.

“…Tahun 70an dulu pun ada juga agensi pertanian dan syarikat swasta

buat kajian jerami sebagai makanan ternakan. Bila kerajaan tak bagi

tumpuan dan minat, kajian tu tak bermakna. Saya nampak R&D

ada,tapi pihak swasta dan masyarakat kena sokong la” (B2)

“…R&D tentang jerami di Malaysia dah lama sejak tahun 70an pun

dah ada. Ia sekadar kajian sahaja tapi tidak dipraktikkan di ladang. Jadi

keupayaan jerami tidak dapat dibuktikan. Jadi banyakkan kajian tapi

lepas tu bangunkan betul-betul dan bukannya setakat kajian saja” (B3).

6.3.6 Kurangnya Promosi Terhadap Potensi Dan Produk Hasilan Jerami

Hasil kajian mendapati seramai 12 orang responden (80.0%) menyatakan kurangnya

promosi sangat menjejaskan pembangunan industri jerami manakala hanya tiga orang

sahaja (20.0%) yang menyatakan promosi kurang menjejaskan pembangunan jerami

(Jadual 6.2). Hasil analisis temubual mendapati terdapat 20 pernyataan yang

membentuk kepada tema ini. Kurangnya promosi menyebabkan masyarakat tidak

sedar kepentingan penggunaan semula jerami dalam memelihara alam sekitar dan

keuntungan besar yang bakal diperolehi sekiranya dieksploitasi sepenuhnya seperti

yang telah berjaya dibangunkan oleh negara-negara luar.

“…Promosi kurang jadi masyarakat tak tahu kelebihannya. Bila

promosi kurang, satunya petani tak tahu bahawa jerami boleh

mendatangkan pendapatan sampingan dengan menjualnya kepada

pihak tertentu. Bagi usahawan pula mereka perlu didedahkan dengan

pelbagai kegunaan jerami yang boleh dibangunkan dan dipasarkan.

Manakala masyarakat pula perlu disedarkan dengan penggunaan

sumber yang boleh diperbaharui dalam menjamin kesejahteraan alam

sekitar. Bila seluruh masyarakat faham, barulah industri jerami mampu

maju” (A4).

“…Promosi sangat kurang jadi masyarakat tak tahu kelebihan produk

dan masyarakat tiada kesedaran terhadap alam sekitar. Penanam padi

224

dan peladang terutamanya yang mengusahakan tanaman bunga, pokok

buah-buahan pula tidak jelas terhadap keupayaan kompos jerami dalam

meningkatkan hasil tanaman. Usahawan juga tak dapat maklumat

terhadap untungnya bisnes jerami” (A6).

“…Dalam sepuluh petani kita pi, hanya purata dalam tiga atau empat

orang petani saja petani yang setuju bagi jerami sebab promosi kurang.

Petani tak tau kelebihan dan keuntungan yang boleh diperolehi

daripada jerami dari sudut penjanaan pendapatan dan kepentingan

penjagaan alam sekitar. Usahawan pula tak nampak keuntungan

daripada projek jerami. Jadi bagaimana jerami nak maju” (B2).

“…Masyarakat tempatan tidak berminat dengan produk hasilan jerami

terutamanya penduduk Kedah sendiri sebab jerami dianggap barang

terbuang yang tak bernilai. Tapi kalau pelancong asing, mereka sangat

berminat sebab mereka mempunyai sifat cintai alam sekitar. Bagi

mereka (pelancong luar), barangan seperti ini mempunyai nilai estetika

yang sangat tinggi” (C2).

Walau bagaimanapun, hasil temubual juga mendapati pihak MADA dan

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri telah menjalinkan kerjasama dalam

mempromosikan produk kraf jerami dengan menubuhkan pusat pengumpulan kraf di

Pendang seperti yang dilakukan di beberapa buah negara seperti Indonesia dan

Thailand. Pusat ini akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara selain

usahawan yang berminat untuk mempromosikan produk kraf mereka.

“…Sekarang kita tengah wujudkan main iaitu pusat pengumpulan kraf

yang akan jadi sebagai business centre macam dibuat di Bali, Indonesia

dan Thailand. MADA gunapakai konsep yang sama iaitu orang buat

produk di merata-rata kampung dan kumpulkan di pusat pengumpulan.

Pelancong hanya akan bertumpu di situ untuk mendapatkan pelbagai

produk kraf dan hasilan kampung. Jadi, MADA buat link dengan

Kraftangan Malaysia melalui program-program promosi dengan

pelancongan. Pelancong dan businessman datang dan akan membawa

keuntungan kepada kawasan tersebut. Ketika itu, jerami akan mula

mendapat perhatian” (A2).

“…Untuk industri kraftangan, ia sangat berkait rapat dengan industri

pelancongan. Produk kraf bukan produk harian dan hanya melibatkan

orang yang menghargai seni. Biasanya pelanconglah. Jadi main

customer kita ialah pelancong luar negara sebab orang tempatan

terutamanya orang Kedah sendiri tak minat kerana kawasan sekitar

mereka dah penuh dengan jerami. Jadi promosi kita melibatkan

225

pelancongan dan sale jadi agak kukuh seterusnya bisnes jerami akan

maju” (A4).

“…Tingkatkan promosi supaya masyarakat lebih kenal produk jerami.

Sebelum ini, promosi sangat kurang Setakat ini, kita dah buat promosi

di peringkat Kedah dan kebangsaan. Cuma kena lebih kuat la promosi

tu. Terbaru, MADA akan buka satu pusat kraf di Pendang untuk

pamerkan hasil-hasil kraf dari usahawan dalam kawasan MADA dan

Kedah. MADA akan bekerjasama dengan Tourism Kedah dan agensi

pelancongan lain dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancong.

Showroom dan bengkel disediakan untuk usahawan buat produk di

sana. Kita akan anjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelancong,

masyarakat dan pelajar sekolah. Jadi jerami akan ditonjolkan dan

merupakan salah satu produk yang akan melambangkan identiti

Kedah” (H1).

Namun begitu, seramai tiga orang responden (20.0%) mendapati faktor ini

kurang menjejaskan pembangunan industri jerami. Ini bersandarkan kepada pihak

kerajaan kini telah mula memberikan tumpuan terhadap jerami. Sebagai contoh,

sokongan padu telah diberikan oleh pihak MADA dengan mewajibkan pemberian

cenderahati berupa produk jerami dalam setiap majlis yang dianjurkannya. Ini dilihat

sebagai salah satu strategi galakan dan promosi terhadap penggunaan jerami secara

meluas di peringkat institusi kerajaan.

“…Sebagai galakan, MADA mewajibkan setiap event yang dianjurkannya

mesti guna produk jerami sebagai cenderahati. Sekarang ni kita cuba push

kerajaan negeri pula supaya guna pendekatan ni. Secara tidak langsung, ia

dapat gambarkan identiti Kedah sebagai `Jelapang Padi Malaysia΄ pada

orang luar” (A2).

“…Sebagai sokongan dan galakan bagi pembangunan jerami, MADA

sekarang telah mewajibkan cenderahati bagi setiap majlis yang

dianjurkannya mestilah produk hasilan jerami padi” (H1).

6.3.7 Sikap Dan Tahap Pengetahuan Petani Selaku Pengeluar Bahan Mentah

226

Hasil analisis mendapati seramai 12 orang responden (80.0%) menyatakan sikap

petani turut menjejaskan perkembangan industri jerami manakala selebihnya tiga

orang responden (20.0%) menyatakan faktor petani kurang menjejaskan pembangunan

industri jerami (Jadual 6.2).

Hasil analisis temubual mendapati terdapat enam penjelasan berkaitan faktor

petani iaitu kurang bermotivasi untuk mengumpul dan menggunakan jerami dalam

aktiviti tani, kekurangan modal dan status kewangan yang agak stabil mempengaruhi

mereka untuk tidak menjayakan pembangunan jerami. Rata-rata petani didapati

berminat terhadap projek pembangunan jerami namun mereka tidak mempunyai tahap

motivasi yang tinggi untuk menjayakannya sendiri. Ini diakui oleh 15 orang responden

(100%) menyatakan petani tidak bermotivasi tinggi untuk memungut sendiri jerami.

Mereka hanya menyerahkan urusan memungut jerami kepada pihak MADA. Atas

faktor kekangan logistik, pihak MADA tidak berkeupayaan untuk memenuhi

permintaan petani memungut jerami dengan kadar segera. Justeru itu, petani

mengambil langkah dengan membakar jerami kerana kesuntukan masa bagi

pengurusan ladang sedangkan mereka berupaya untuk melaksanakan proses

memungut jerami secara individu. Faktor ini melemahkan proses pembangunan jerami

ke tahap berdaya maju.

“…Petani sangat berminat. Depa (petani) tunggu kita mai ambil tapi

akhirnya terpaksa bakar sebab kita tak sempat nak pi kutip kawasan

depa sebab mesin baler tak cukup dan masa terlalu suntuk untuk petani

urus tanah untuk tanaman seterusnya. Di sini kita nampak petani tidak

ada motivasi dan inisiatif sendiri untuk pungut jerami. Tapi ada juga

segelintir petani yang tak faham kenapa pihak MADA dok sibuk nak

ambil sisa jerami tu sebab mereka tak faham kelebihan jerami dalam

membantu meningkatkan pendapatan mereka sendiri. Mereka tak

nampak keuntungan dengan buat projek ni. Mereka hanya fikir bakar

lebih cepat dan mudah” (A4).

Kebanyakan petani hanya memikirkan cara yang paling mudah dan cepat

untuk membersihkan ladang iaitu dengan terus membakar jerami selepas musim

penuaian. Ini disebabkan petani tidak nampak perolehan keuntungan yang boleh

dijana hasil daripada pembangunan industri jerami.

227

“…Pemikiran petani tak kehadapan untuk buat bisnes dengan sumber

yang mereka miliki. Petani lebih suka dengan mentaliti lama iaitu buat

kerja yang mudah dengan membakar saja” (A3).

Selain itu, terdapat 11 pernyataan yang faktor usia petani yang semakin lanjut

turut menjejaskan usaha membangunkan industri jerami di Wilayah MADA.

Golongan ini agak sukar untuk menerima pembaharuan yang diperkenalkan oleh

pihak institusi kerana mereka telah berpuas hati dengan keadaan sistem pengurusan

ladang yang mereka jalankan selama ini. Terdapat sembilan pernyataan menyatakan

bahawa kewangan petani tidak terlalu terdesak untuk melakukan kerja tambahan bagi

menjana pendapatan sampingan. Ini kerana kebanyakan petani kurang mengalami

kesempitan kewangan kerana memperolehi wang perbelanjaan daripada anak-anak

mereka yang telah bekerja.

“…Problemnya, average petani berumur 60 tahun ke atas. Untuk

terima idea baru agak susah. Jadi perkara penting nak gerakkan industri

ni kena tackle petani dulu” (A1).

“…Petani dah serasi dengan cara lama dengan bakar jerami. Jadi, susah

sikit nak suruh mereka berubah” (B2).

“…Status kewangan petani kita tidak terlalu mendesak untuk

mengusahakan jerami. Kalau kita lihat, anak-anak petani semuanya

bekerja dalam sektor lain. Dalam masyarakat kita pula setiap bulan

anak akan bagi duit kat mak ayah di kampung. Jadi kewangan petani

dah stabil dan hanya usahakan sawah sebagai kerja tradisi saja. Sikap

petani juga tak mau menyusahkan diri buat kerja lain selain hasilkan

padi saja, motivasi diri yang rendah dan ilmu tentang kelebihan dan

keuntungan membangunkan jerami tak sampai kepada petani. Jadi,

faktor-faktor inilah antara penyebab jerami kurang membangun” (B3).

Hasil temubual, terdapat tujuh pernyataan menunjukkan petani kurang

berminat untuk menjayakan projek pembangunan jerami kerana insentif yang

diberikan oleh kerajaan kurang menarik. Lumrahnya, petani akan lebih berminat

sekiranya ditawarkan pakej insentif menarik dengan keuntungan yang cepat. Terdapat

enam pernyataan mendapati petani kurang berpengetahuan mengenai selok belok

pengurusan dan pembangunan jerami. Walau bagaimanapun, terdapat sembilan

228

menyangkal pernyataan tersebut kerana mereka menyatakan petani seringkali diberi

taklimat dan khidmat nasihat berkaitan dengan pengurusan jerami oleh pihak institusi.

Hasil analisis temubual juga mendapati terdapat enam pernyataan

menunjukkan kekurangan modal menghadkan usaha petani untuk membangunkan

jerami. Ini kerana modal sangat diperlukan untuk menyediakan kemudahan logistik.

“…Petani ok saja kalau kita bagi insentif RM30 hingga RM40

serelung. Sekarang ni kita bagi RM16 serelung mungkin ada

sesetengah petani rasa sikit sangat kot. Bagi yang berminat pula, kalau

depa (petani) pi kutip sendiri, petani tak tahu nak jual jerami tu di mana

pula. Malah, petani juga belum faham sepenuhnya mengapa perlu

jalankan projek jerami ni. Proses ni makan masa bertahun juga untuk

yakinkan petani sepenuhnya” (A7).

“…Pengalaman saya masa buat demo pengumpulan dan kompos

jerami di ladang, ada petani yang berminat dan tidak. Dua minggu

pegawai-pegawai kita turun padang bersama petani. Tapi lepas tu,

petani tak teruskan projek tu. Rasa penat dan sia-sia saja usaha kita tu

untuk beri tunjuk ajar kepada petani” (B1).

“…Teknologi untuk bangunkan jerami ada tapi masalahnya petani tak

maksimumkan usaha ke arah itu antaranya sebab tak cukup modal,

kurang ketekunan, part time farmers, education dan tak ada economic

sense sebab nak bangunkan jerami perlukan modal juga. Petani perlu

jelas bahawa pembangunan jerami ni sangat memberi faedah dalam

jangka masa panjang. Tapi masalahnya petani selalunya nak projek

yang cepat dapat pulangan” (C1).

“…Petani ada bahan mentah jerami yang free saja tapi mereka kurang

motivasi untuk kumpul dan mengusahakan kompos. Sebabnya mereka

kurang yakin untuk mengusahakan projek jerami” (C3).

Kajian yang dilakukan ke atas institusi A dan B yang terlibat sepenuhnya

dalam menjayakan projek pembangunan jerami, seramai enam orang responden

(55.0%) menyatakan mereka menghadapi kesukaran untuk mengerakkan petani

membangunkan projek jerami. Hanya tiga orang responden (27.0%) sahaja yang

menyatakan petani sangat sukar untuk dibangunkan manakala selebihnya masing-

masing seorang petani (9.0%) kurang dan tidak sukar untuk menggerakkan petani

menjayakan pembangunan jerami.

229

Rajah 6.1 Tahap kesukaran yang dihadapi oleh pihak institusi

untuk menggerakkan petani mengusahakan jerami

6.3.8 Kurangnya Galakan Kerajaan Terhadap Penggunaan Jerami

Hasil kajian mendapati seramai 12 orang responden (80.0%) menyatakan kurangnya

galakan kerajaan dalam bentuk pemberian insentif yang menarik terutamanya kepada

petani dan usahawan seperti subsidi dan galakan lain menyebabkan industri jerami

kurang berkembang (Jadual 6.2). Hasil analisis temubual mendapati kebanyakan

negara luar yang berjaya membangunkan jerami sebagai satu industri yang berdaya

maju menggunakan pendekatan pemberian insentif kepada usahawan yang ingin

memajukan produk hasil buangan pertanian termasuklah jerami. Tambahan pula,

petani di Malaysia pula diberikan subsidi baja kimia dan organik menyebabkan

industri penghasilan kompos tidak dapat berkembang sepertimana negara Thailand,

Filipina dan Indonesia. Petani di negara berkenaan tidak diberikan subsidi baja,

lantaran itu terpaksa menggunakan jerami sebagai baja kompos bagi mengurangkan

kos pengurusan tanaman. Situasi ini telah meningkatkan penggunaan jerami dalam

pengurusan aktiviti tani.

“…Kalau di Negara China, India dan Thailand, kerajaan akan bagi

insentif kepada syarikat yang boleh produce bahan-bahan buangan

pertanian dengan meningkatkan added value produk tersebut.

Contohnya di China, apabila ada kilang yang nak produce baja organik,

kerajaan akan bagi geran untuk bantu usahawan. Ada juga pusat

pengumpulan oleh private sector. Mungkin ada special incentive

daripada government. Tapi di Malaysia tak dak macam tu, masing-

masing buat sendiri. That’s why orang kita tak nak terlibat dalam

Sangat sukar

Sukar

Kurang sukar

Tidak sukar

230

industri organik ini. Jadi, kita kena lihat polisi mereka berkaitan

pembangunan jerami ini” (A1).

“…Bagi tanaman padi, petani dapat baja kimia free jadi macamana kita

nak galakkan dia buat baja kompos sendiri. Mesti tak boleh kecuali kita

juga bagi free kat dia juga. Petani tak akan beli baja kompos pada kita

sebab dia dapat baja kimia free. Penggunaan baja kompos boleh

meningkat kalau polisi kerajaan bagi insentif pada baja kompos sebagai

subsidi pula. Masalahnya sekarang, ada juga baja organik dimasukkan

dalam subsidi tapi ia diimport dari luar. Jadi macamana baja organik

kita nak maju” (C1).

“…Dasar memang sangat jelas mengenai penggunaan baja organik

contohnya melalui pertanian lestari yang tidak merosakkan tanah. Tapi

isunya sekarang kenapa kementerian sendiri tidak menggalakkan

projek-projek kementerian menggunakan baja organik. Nampak di sini

ada lack of support by certain agency and department. MARDI dah

buktikan benda tu bagus tapi tak ada skim kerajaan yang galakkan

penggunaan baja kompos jerami. Mungkin juga tiada tekanan dari

dasar contohnya atas alasan isu persekitaran, 100% jerami di kawasan

padi tak boleh bakar. Jadi petani akan berfikir daripada jerami dibuang

merata tempat yang menyebabkan kos mengurus meningkat lebih baik

ia dibangunkan. Polisi sekarang ni nak bakar pun tak apa, tak bakar pun

tak apa, tak kena denda. Jadi, industri jerami tak akan membangun

macam tu” (C1).

“…Kita lihat seramik dan batik mendapat sambutan yang

menggalakkan. Macam batik, dulu tak berkembang sangat tapi bila

kerajaan mula galakan kakitangan kerajaan diwajibkan pakai batik

pada setiap hari Khamis, batik mula mendapat permintaan tinggi. Tapi

pendekatan ni tidak digunapakai pada jerami, contohnya semua agensi

awam dan badan-badan korporat di Kedah perlu menggunakan produk

jerami sebagai cenderahati bagi setiap event. Ketika itu, jerami juga

mula mendapat permintaan. Jadi, kerajaan kena galakan kementerian

terutama agensi yang berkaitan pertanian dengan bagi peluang sikit

kepada jerami seperti mana batik” (C2).

6.3.9 Sikap Dan Motivasi Yang Rendah Di Kalangan Usahawan

Seramai sembilan orang responden (60.0%) menyatakan sikap dan motivasi yang

rendah di kalangan usahawan turut menyumbang kepada stagnasi pembangunan

jerami manakala enam orang lagi (40.0%) mendapati faktor ini kurang menjejaskan

pembangunan industri ini (Jadual 6.2). Hasil analisis temubual mendapati usahawan

seringkali mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan dan kurang motivasi untuk

231

membangunkan enterpraisnya dengan usaha mereka sendiri. Berdasarkan pengalaman

pegawai yang ditemubual, terdapat beberapa usahawan kraf yang terpaksa

membatalkan tempahan atas alasan tidak mampu memenuhi permintaan yang tinggi

dan modal tidak mencukupi.

“…Program sebenar projek ini untuk bangunkan usahawan di kawasan

MADA tapi usahawan kita hanya mengharapkan bantuan saja. Mereka

ada kemahiran contohnya tahu buat kertas tapi tak tahu cari pasaran.

Ada juga sesetengah usahawan, bila dapat order banyak, usahawan

mula gelabah sebab tak mampu nak keluarkan seorang diri dan mula

tolak order. Pelanggan mula tak percaya dan beralih kepada produk

lain. Sepatutnya usahawan perlu fikir bagaimana untuk memenuhi

permintaan dengan sub pada orang bawah. Barulah dapat generate

income dari peringkat pengeluaran sehingga kepada pasaran” (A4).

Hasil analisis temubual juga mendapati usahawan kurang kreatif dalam

menghasilkan produk terutamanya kraf jerami. Produk yang dihasilkan kurang

menarik dari sudut idea, rekabentuk, padanan bentuk dan warna serta tidak mampu

untuk memenuhi citarasa pengguna mengikut pelbagai peringkat usia. Usahawan juga

kurang kreatif untuk mempelbagaikan kaedah promosi supaya pengguna lebih tertarik

terhadap produk mereka.

“…Saya tengok design-design oleh usahawan kita di inkubator tu

kurang menarik dan tidak kreatif. Usahawan juga perlu ada background

sebagai designer, barulah idea lebih menarik dan kreatif. Usahawan

kita main buat saja tanpa fikir dari segi padanan bentuk dan warna.

Usahawan kurang mendapat pendedahan dari segi idea. Usahawan juga

perlu buat produk pelbagai sasaran pembeli iaitu golongan remaja,

kelas menengah dan VIP dengan harga yang berpatutan” (A8).

“…Banyak juga usahawan kompos gulung tikar. Usahawan

sebenarnya perlu gigih dan kreatif untuk promosikan produk mereka.

Jangan terlalu harapkan bantuan” (B1).

“…Usahawan kurang kreatif untuk takluki pasaran. Mereka asyik buat

benda yang sama dengan usahawan lain. Jadi tiada kelainan dari segi

idea dan kepelbagaian produk” (C2).

6.3.10 Tahap Ilmu Dan Motivasi Di Kalangan Pegawai Institusi Pertanian Yang

Rendah

232

Hasil analisis kajian dan temubual mendapati sepuluh orang responden (66.7%)

menyatakan pegawai juga kurang pengetahuan mengenai selok-belok pengurusan dan

pembangunan jerami (Jadual 6.2). Ini menyebabkan mereka kurang motivasi diri

untuk membantu petani dan usahawan terutamanya dalam memberi khidmat nasihat

mengenai kelebihan mengguna semula jerami dan kekuatan jerami dalam bidang

perniagaan. Lantaran itu, mereka tidak berupaya untuk menyakinkan petani dan

usahawan mengenai keuntungan yang boleh dijana daripada pelbagai potensi jerami

itu sendiri. Secara tidak langsung, ini akan menyekat kepada pembangunan jerami di

Wilayah MADA.

“…Pengetahuan pegawai juga kurang mendalam berkaitan kelebihan,

pemprosesan dan penggunaan jerami dalam memajukan hasil tani. Jadi

mereka kurang membantu terutamanya dalam memberi penerangan dan

meningkatkan keyakinan petani untuk guna semula jerami” (A4).

“…Pegawai pertanian kurang membantu dari segi beri penerangan dan

pemahaman kepada petani terhadap kelebihan dan kaedah yang mudah

serta sesuai kepada petani untuk memungut dan memproses jerami

padi” (A6).

“…Pegawai perlu mendalami dulu maklumat untuk disampaikan

kepada petani supaya petani bermotivasi dan yakin untuk menjayakan

bisnes jerami ni” (B3).

Hasil kajian ke atas pegawai di institusi A dan B (n = 11) mendapati rata-

ratanya masih terdapat pegawai yang kurang mengetahui potensi jerami yang boleh

dibangunkan. Hanya enam potensi sahaja yang diketahui oleh kesemua responden. Ini

membuktikan bahawa mereka kurang mendalami ilmu berkaitan jerami.

233

0 2 4 6 8 10 12

Baja kompos

Vermikompos

Makanan ternakan

Kertas

Kraf

Media Pertumbuhan cendawan

Medium semaian tikar

Bahan sungkupan

Tenaga elektrik

Penahan hakisan tanah

Bahan binaan

Bahan bakar kenderaan

Biogas

Tempat pembiakan

Bahan karbon teraktif

Asid piroligneous

Ya

Tidak

Rajah 6.2 Tahap pengetahuan pegawai institusi berkaitan potensi jerami yang

boleh dibangunkan

6.3.11 Bekalan Bahan Mentah Jerami

Hasil kajian mendapati bekalan bahan mentah jerami sememangnya bukan alasan

yang menidakkan pembangunan jerami secara maju. Hanya tiga orang responden

(20.0%) sahaja yang menyatakan bekalan jerami kurang menjejaskan manakala

selebihnya 12 orang responden (80.0%) mendapati ianya langsung tidak menjejaskan

pembangunan jerami (Jadual 6.2). Ini kerana jerami boleh diperolehi dengan banyak

di serata kawasan cuma, penggunaannya belum dioptimumkan.

“…Bekalan jerami sangat banyak, meluas dan terdapat di merata-rata

kawasan Kedah. Jadi tidak timbul soal tak cukup jerami untuk

bangunkan industri jerami ni” (A5).

234

“…Bekalan jerami memang banyak cuma kita saja yang tak mampu

menggunakannya secara efisien” (A7).

a. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penawaran Bekalan Jerami Di Ladang

Bagi menjawab persoalan berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi

penawaran bekalan jerami kajian hanya melibatkan pegawai-pegawai dari institusi

pertanian sahaja iaitu institusi A (n=8) dan B (n=3) sahaja. Ini kerana mereka terlibat

secara langsung dalam aktiviti pertanian. Hasil analisis mendapati keseluruhan

responden (100%) menyatakan pengaruh cuaca, teknik pemotongan padi, kandungan

pH tanah, kaedah penanaman dan penggunaan input seperti baja dan racun perosak

sangat mempengaruhi penawaran bekalan jerami. Seramai lapan orang responden

(72.7%) menyatakan masalah tanaman mempengaruhi bekalan bahan mentah jerami

manakala hanya enam orang responden (54.5%) menyatakan jenis varieti padi yang

ditanam juga turut mempengaruhi penawaran bekalan jerami (Rajah 6.3).

Rajah 6.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran bekalan jerami

di ladang

235

i. Pengaruh Cuaca

Penuaian padi bagi musim utama dilakukan sekitar penghujung Januari hingga

Februari setiap tahun. Cuaca ketika itu ialah musim hujan yang memberi kesan besar

terhadap stagnasi pembangunan jerami. Jerami tidak dapat dipungut ketika musim

hujan kerana jerami yang basah akan cepat rosak dan berkulat. Keadaan akan lebih

teruk sekiranya angin kuat dan banjir kerana jerami akan tenggelam di dalam air. Oleh

itu, jerami di Wilayah MADA hanya dapat dipungut setahun sekali sahaja iaitu ketika

musim kering. Oleh itu, pengaruh cuaca sangat mempengaruhi penawaran bekalan

jerami.

“…Musim hujan memang kita tak pungut langsung. Kita hanya pungut

setahun sekali saja. Bila hujan, jerami basah dah tak boleh nak buat apa

sebab kalau kita ambil pun jerami akan berkulat” (A4).

“…Setakat ni projek kita hanya pungut setahun sekali saja sebab

masalah cuaca. Jerami akan rosak pada musim hujan. Jadi bekalan

jerami akan berkurangan” (A2).

“…Pengaruh cuaca sangat mempengaruhi bekalan jerami terutamanya

hujan yang menyebabkan banjir, angin kuat yang menyebabkan pokok

tumbang dan tenggelam dalam air sawah. Jerami akan rosak” (B3).

ii. Teknik Pemotongan

Lazimnya, padi dituai dengan meninggalkan jerami dengan ketinggian lebih kurang

sekaki dari tanah. Bagi mendapatkan jerami dengan kadar yang lebih banyak, jerami

seharusnya dipotong sehingga rapat ke tanah iaitu lebih kurang satu inci dari tanah.

Namun begitu, terdapat pernyataan yang menyatakan bahawa sesetengah petani tidak

menggemari kaedah pemotongan jerami sehingga rapat ke tanah kerana akan

menyulitkan pembakaran tunggul jerami bagi membersihkan ladang. Ini kerana

adanya jerami di ladang dapat mempercepatkan proses pembakaran berlaku kerana ia

merupakan rumput kering.

“…Potong jerami sampai rapat ke tanah jerami lebih banyak

berbanding potongan separuh saja. Jadi nak menambahkan bekalan

236

jerami mesin kena potong sampai rapat tanah la. Tapi sesetengah petani

tak suka potong rapat tanah sebab susah dia nak bakar tunggul” (A3).

“…Kalau jerami potong sehingga ke tanah, jumlah jerami yang dapat

lebih banyak” (A5).

iii. Kandungan pH Tanah Ladang (Sawah)

Hasil analisis temubual mendapati, kandungan pH tanah ladang akan mempengaruhi

kesuburan tanaman. Tanaman padi akan hidup subur di kawasan yang pH tanahnya

beralkali berbanding kawasan pH tanahnya berasid. Pokok yang subur akan

menghasilkan batang dan daun yang banyak. Ini akan menghasilkan jerami yang

banyak juga.

“…pH tanah juga mempengaruhi kedapatan jerami. Bagi kawasan

sawah yang berasid, jerami yang diperolehi adalah kurang” (A6).

“…Jerami tak sama sebab pH tanah tak sama. Tanah berasid tak bagus

untuk pertumbuhan pokok jadi pokok kurang menjadi dan jumlah

jerami akan berkurangan” (B2).

“…Pokok padi kurang sesuai dengan tanah yang berasid, jadi hasil padi

akan kurang. Kalau tanah yang beralkali, tanaman padi lebih subur dan

jerami juga akan banyak” (B3).

iv. Kaedah Penamanan Padi

Hasil analisis temubual mendapati terdapat sebelas pernyataan yang menekankan

kaedah tabur terus memperolehi jumlah jerami yang banyak berbanding kaedah

mencedung. Ini kerana pokok padi akan tumbuh lebih rapat dan jerami yang bakal

dihasilkan juga tinggi.

“…Kaedah tabur terus menghasilkan jumlah jerami yang banyak sebab

pokok padi tumbuh lebih rapat berbanding kaedah mencedung” (A6).

“…Mencedung jerami sikit berbanding kaedah tabur terus, jerami

yang diperolehi lebih banyak” (B1).

“…Tabur terus jerami banyak. Tanaman secara mencedung jerami

kurang” (B2).

237

v. Penggunaan Input Tanaman

Penggunaan input tanaman iaitu baja dan racun serangga akan mempengaruhi

kesuburan pokok serta menghalang pokok daripada serangan perosak dan penyakit.

Pokok yang sihat akan menghasilkan daun yang banyak dan hasil jerami juga turut

meningkat.

“…Penggunaan input yang baik akan menghasilkan pokok yang sihat.

Jadi jerami juga akan terhasil dengan banyak” (A6).

“…Input akan mempengaruhi pertumbuhan pokok dan daun. Bila

pokok sihat dan daun banyak, jerami juga akan banyak” (B3).

“…Kedapatan jerami bergantung kepada pokok juga. Kalau pokok

sihat, jerami juga banyak. Nisbahnya 1:1 antara jerami dengan hasil

padi. Maksudnya di sini, kalau pokok sihat, hasil akan meningkat dan

jumlah jerami adalah sama dengan jumlah hasil yang diperolehi” (C1).

vi. Masalah Tanaman (Serangan Perosak Dan Penyakit)

Hasil analisis temubual juga mendapati bekalan jerami turut dipengaruhi oleh masalah

tanaman iaitu serangan perosak dan penyakit. Pembakaran jerami terpaksa dilakukan

bagi menghapuskan pembiakan perosak dan penularan penyakit ke atas tanaman

berikutnya. Situasi ini telah menyebabkan penawaran bekalan jerami turut terjejas.

“…Bekalan jerami akan merosot bila padi diserang masalah penyakit

dan perosak seperti padi angin. Jadi jerami terpaksa juga dibakar bagi

bunuh penyakit dan perosak tu. Kalau tidak benda tu akan melarat ke

tanaman berikutnya” (A4).

“…Ada juga petani yang tak bagi ambil jerami sebab nak hapuskan

perosak. Kalau petani bagi ambil jerami, telur perosak tak dapat nak

hapuskan semuanya sebab pembakaran tunggul saja tak akan

menyeluruh kecuali ada jerami. Jadi jumlah jerami yang akan dipungut

akan berkurangan” (B2).

“…Tujuan pembakaran jerami adalah untuk hapuskan benih atau telur

serangga dan penyakit yang terdapat pada tanaman tersebut bagi

mengelakkan serangan pada tanaman berikutnya. Kalau petani tak

bakar jerami, benih penyakit dan perosak tersebut semakin merebak

238

secara meluas. Jadi sekiranya wujud serangan yang teruk maka jerami

terpaksa dibakar dan jumlah jerami akan berkurangan” (B3).

vii. Varieti padi

Hasil analisis temubual mendapati terdapat enam pernyataan yang mengatakan varieti

padi mempengaruhi penawaran bekalan jerami di ladang. Terdapat tiga pernyataan

menekankan bahawa setiap varieti padi yang ditanam akan menghasilkan jumlah

jerami yang berbeza. Ini kerana ada varieti yang pokoknya lebih rendah dan ada yang

menghasilkan pokok lebih tinggi. Manakala terdapat hanya satu pernyataan

mengatakan bahawa varieti tradisional menghasilkan jumlah jerami yang lebih tinggi

berbanding varieti moden iaitu dengan kadar hasil padi dan jerami yang sama banyak

sekitar 1:1.

“…Varieti padi tak mempengaruhi penawaran jerami. Ratio 1 tan padi:

1 tan jerami” (A1).

“…Setiap varieti padi akan menghasilkan jumlah jerami yang berbeza.

Ada varieti yang pokoknya lebih rendah dan ada juga yang lebih tinggi.

Pokok lebih tinggi, jerami lebih banyak” (A6).

“…Varieti padi tak mempengaruhi pengeluaran jerami. Banyak mana

padi yang tumbuh dan potong, banyak tu jugalah jerami yang akan

diperolehi. Sama saja penawaran jerami walaupun tanam varieti yang

berbeza” (A7).

“…Varieti padi juga mempengaruhi penawaran jerami di ladang. Kalau

dulu kita guna varieti tradisional, kita dapati jumlah jerami adalah

banyak tapi hasil rendah. Tapi bagi varieti moden ni, jumlah jerami dan

hasil adalah sama iaitu nisbah 1:1” (B3).

6.3.12 Peruntukan Modal Yang Terbatas

Hasil kajian mendapati sepuluh orang responden (66.7%) menyatakan bahawa

peruntukan modal amat terbatas untuk menyediakan kemudahan asas bagi

pembangunan jerami. Ini menyebabkan timbulnya masalah logistik dari segi

penyediaan tempat penyimpanan jerami, mesin baler dan lori pengangkut jerami.

Mesin dan peralatan terpaksa dikongsi dengan wilayah dan negeri-negeri lain bagi

239

menjalankan projek pemungutan jerami. Begitu juga dalam usaha membangunkan

jerami sebagai kraf jerami iaitu usahawan terpaksa berkongsi mesin dan peralatan

seperti mesin pengisar, mesin pengering dan pemampat bagi pengeluaran produk. Ini

akan menggugat pengeluaran bekalan dan penghasilan produk jerami. Hanya tiga

orang responden (20.0%) menyatakan faktor modal kurang menggugat pembangunan

jerami padi di Wilayah MADA. Ini dapat dilihat daripada kenyataan di bawah:

“...Modal sangat kurang. Macamana nak sediakan mesin baler yang

mencukupi untuk ambil keseluruhan jerami di kawasan MADA. Mesin

baler dan kos penyelenggaraan dia (mesin) sangat tinggi. Jadi kita

terpaksa kongsi mesin dengan kawasan lain. Tak sempatlah nak pi

pungut banyak jerami” (A2).

“…Peruntukan sangat kurang. Beberapa usahawan di bengkel

kraftangan menggunakan mesin dan peralatan secara sharing. Jadi

mereka terpaksa bergilir-gilir dan ini akan mengurangkan production”

(C2).

“…Modal tak juga membataskan pengeluaran produk jerami. Banyak

pinjaman diwujudkan. Tapi usahawan saja tak pandai ambil peluang”

(A8).

6.3.13 Kekurangan Tenaga Kerja Untuk Memungut Jerami Secara Manual Di

Ladang

Kajian mendapati seramai sepuluh orang responden (66.7%) menyatakan faktor

kekurangan tenaga kerja untuk memungut jerami di ladang sangat menjejaskan

pembangunan jerami. Manakala tiga orang (20.0%) dan selebihnya dua orang

responden (13.3%) masing-masing menyatakan ia kurang dan tidak menjejaskan

langsung pembangunannya. Secara umumnya, tenaga kerja adalah banyak

terutamanya daripada penduduk sekitar ladang. Walau bagaimanapun, mereka tidak

berminat untuk mengusahakan kerja-kerja ladang dan petani juga tidak mempunyai

modal untuk menampung kos buruh yang tinggi. Keadaan ini jelas berbeza dengan

negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang mampu membangunkan

jerami dengan hanya menggunakan buruh tempatan untuk memungut jerami secara

manual. Ini kerana kos buruh adalah murah, ramai yang memerlukan kerja

(penganggur), kadar kemiskinan tinggi serta faktor tidak memilih pekerjaan

berbanding di Malaysia.

240

“…Di Malaysia, kos buruh tinggi dan tak ada orang nak buat kerja

pungut jerami ni. Situasi ni berbeza dengan negara lain seperti China,

Indonesia dan Thailand yang kos buruhnya murah dan ramai yang tak

ada kerja” (A1).

“…Kos buruh untuk pungut jerami mahal berbanding Indonesia,

Thailand dan Filipina sebab sana penduduk ramai dan kerja susah. Jadi

tak ada masalah untuk buat kerja pungut jerami secara manual. Lain

pula halnya dengan pekerja tempatan kita yang ramai terutamanya

penduduk sekitar ladang tapi tak berminat dengan kerja-kerja

sedemikian. Kalau petani sendiri nak upah pekerja asing seperti

Indonesia untuk pungut jerami, tak berbaloi rasanya dengan kos yang

tinggi” (A6).

“…Mesin baler kita kurang jadi ada kawasan yang tak dapat nak pi

pungut. Tapi kalau ada orang yang nak kutip jerami, industri ini boleh

berkembang juga seperti di Indonesia. Masalah paling besar ialah tak

ada orang yang nak kutip jerami di ladang. Di sana, setiap hari ada

orang tanya tuan tanah (petani) ada kerja yang perlu dibuat atau tidak.

Jadi, di Indonesia, buruh boleh diperolehi dengan mudah dan kos yang

lebih rendah. Kita kena cari pendekatan bagaimana nak libatkan petani

untuk kumpul sendiri jerami mungkin dengan bayaran insentif yang

lebih tinggi kot” (B2).

6.3.14 Pengaruh Status Milikan Tanah dan Saiz Tanah Yang Kecil

Hasil kajian juga mendapati pengaruh saiz dan status milikan tanah turut melambatkan

pembangunan jerami. Hasil kajian mendapati seramai lapan orang responden (53.3%)

menyatakan faktor ini sangat menjejaskan pembangunan industri jerami di Wilayah

MADA manakala selebihnya 46.7 peratus menyatakan ia kurang menjejaskan.

Kebanyakan status milikan tanah ladang di Wilayah MADA adalah milikan sendiri

(individu). Justeru itu, ini menyulitkan pihak MADA untuk menjalankan projek

pemungutan jerami secara besar-besaran kerana terdapat petani yang tidak

membenarkan pihak MADA memungut jerami di ladang mereka. Petani mempunyai

hak ke atas tanah masing-masing. Pelabur swasta juga tidak berminat kerana terpaksa

berurusan dengan karenah pelbagai petani. Malahan, saiz tanah sawah yang kecil juga

tidak ekonomik untuk dijalankan proses pemungutan jerami sekiranya ladang

berhampiran tidak membenarkan jerami mereka dipungut oleh pihak MADA.

Kawasan pemungutan yang kecil akan menelan kos yang lebih tinggi.

241

“…Sekarang ni, kita nak wujudkan estet padi secara besar-besaran

supaya sawah-sawah boleh diurus secara lebih komersil. Dulu dan

sebahagian kini, bendang diurus secara individu. Kalau nak bangunkan

sesuatu seperti pembangunan projek jerami agak susah sikit sebab

petani ada hak ke atas tanah mereka” (A1).

“…Di MADA ada masalah collection sebab tanah adalah hak milik

petani. Jadi mereka berhak untuk memilih sama ada nak bagi collect

jerami atau tidak. Sebabnya ada petani berminat dan ada yang tidak

minat. Kita tak boleh nak paksa. Berbeza dengan kelapa sawit. Tanah

milik Felda. Kalau tak nak dengar arahan, kena berhenti dan keluar.

Tapi tanah di MADA hak milik orang kampung” (A4).

“…Saiz tanah kecil jadi tidak ekonomik dan berbaloi sekiranya mesin

baler pungut jerami” (A3).

“…Di MADA, tanah petani adalah persendirian (individu) atau tanah

orang kampung. Petani juga ada yang berminat dan yang tidak

berminat dengan projek ni. Petani ada hak nak bagi kita collect jerami

atau tidak” (D1).

“…Tanah adalah hak milik individu. Jadi, pelabur tak berapa

berminat” (C1).

6.3.15 Kekangan Masa Bagi Pengurusan Tanah Untuk Musim Tanaman

Berikutnya

Kajian mendapati sembilan orang responden (60.0%) menyatakan kekangan masa

sangat menjejaskan proses pembangunan industri jerami. Masa yang singkat antara

musim penanaman menyebabkan ladang perlu dibersihkan dengan segera sebelum air

dilepaskan masuk ke ladang. Tambahan pula, kekurangan faktor logistik

menyebabkan petani terpaksa membakar jerami dan secara tidak langsung membawa

kepada kelembapan pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

“…Masa kutipan pendek jadi kemudahan kena ada banyak, baru

sempat kutip” (A1).

“…Petani sangat berminat tapi masa terlalu pendek untuk urus tanaman

berikutnya jadi petani terpaksa bakar jerami” (A4).

“…Untuk pengumpulan jerami memang kena guna banyak mesin dan

tenaga kerja sebab tempoh sangat singkat. Kalau lambat petani akan

bakar. Masa tu kena betul-betul full strength untuk kumpul jerami

sebab air akan dilepaskan ke ladang untuk musim berikutnya” (B2).

242

6.3.16 Persaingan Yang Wujud Dengan Produk Lain

Hasil kajian mendapati tujuh orang responden (46.7%) menyatakan bahawa

persaingan dengan produk lain setaranya antaranya produk hiliran kelapa

sawit, baja kimia dan hasilan kraf tradisional lain sangat menjejaskan

pembangunan industri jerami. Ini kerana produk tersebut telah terbukti

keberkesanannya dan telah mendapat tempat secara meluas di pasaran.

Saingan tinggi yang terpaksa dilalui oleh produk berasaskan jerami

menjejaskan pembangunan industri jerami secara meluas. Selain itu, untuk

membangunkan sesuatu produk baru memakan kos yang tinggi terutamanya di

peringkat penyelidikan dan pembangunan produk tersebut. Ini turut

menjejaskan pembangunan jerami sebagai satu industri.

“…Nak develop satu-satu produk baru akan melibatkan kos dan

sebagainya. Industri hiliran kelapa sawit dah lama wujud sebagai

makanan ternakan yang kita panggil sebagai PKC (Palm Kernel Cake).

Potensi jerami juga boleh dibuat etanol iaitu bahan bakar kenderaan

manakala kelapa sawit telahpun dibangunkan potensinya sebagai bahan

bakar kenderaan. Jadi, wujud persaingan antara kelapa sawit yang telah

dikomersilkan dan jerami yang masih diperingkat R&D walaupun di

luar negara telah terbukti keupayaannya dalam meningkatkan ekonomi

negara. Memandangkan membangunkan sesuatu teknologi yang baru

memakan kos yang tinggi menyebabkan jerami terus-terusan

diabaikan” (A7).

“…Persaingan berlaku antara baja organik dengan baja kimia. Dari segi

harga bagi satu beg baja 20 kg, baja organik dijual antara RM18 hingga

RM20 ke atas. Baja kimia pula dengan harga RM25 ke atas dan ia

bergantung kepada bahan yang digunakan. Tapi baja organik perlu

guna banyak di sawah dan penggunaannya ambil masa yang panjang

untuk dapatkan hasil yang tinggi. Ini menyebabkan kos semakin

meningkat. Berbeza pula dengan baja kimia yang penggunaannya

sedikit dan hasil dapat dilihat dalam jangka masa singkat” (A5).

“…Orang kita (tempatan) lebih-lebih lagi orang kampung lebih suka

pada produk-produk hiasan lama seperti sulaman dan hasilan rimba

seperti mengkuang, rotan dan kayu. Kalau kita buat promosi, bila

tengok produk kraf jerami ni, depa jalan saja. Cuma kalau kita buat di

tempat-tempat terkemuka seperti Mid Valley ka barulah ada

pengunjung yang berminat. Mereka ni terdiri daripada orang-orang

berada (berpendapatan tinggi) dan pelancong luar. Nampaknya, produk

243

jerami ni belum dapat mengatasi produk-produk tempatan yang sudah

establish” (A8).

6.3.17 Karenah Birokrasi Yang Ketara Wujud Di Peringkat Pengurusan

Hasil kajian mendapati seramai lima orang responden (33.3%) menyatakan karenah

birokrasi sangat menjejaskan pembangunan jerami di Wilayah MADA. Hasil analisis

temubual mendapati dengan jumlah pegawai yang sangat terhad dan

dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugasan. Justeru itu, mereka hanya akan

melaksanakan tugasan mengikut penekanan dasar dan jabatan iaitu dari segi

pengeluaran hasil tanaman padi. Jelas, pembangunan jerami yang kurang ditekankan

akan dikesampingkan pengelolaannya. Selain itu, pegawai sering beralih tugasan

menyebabkan mereka kurang pengetahuan dalam aspek pembangunan jerami.

Kerugian sumber tenaga berkemahiran berlaku apabila pegawai-pegawai yang

berpengalaman dalam pembangunan jerami ditukarkan ke bahagian lain.

“…Pegawai sering bertukar-tukar. Jadi, orang baru belum begitu

memahami kaedah pengurusan jerami dan terpaksa mengambil masa

panjang untuk belajar benda baru. Kalau boleh kekalkan pegawai yang

menguruskan jerami supaya pengetahuan yang ada dapat ditingkatkan

lagi” (A4).

“…Pegawai yang ada sangat terhad. Banyak komoditi yang harus

dimajukan oleh setiap institusi. Tumpuan juga diberikan kepada

penggunaan beras sebagai hasilan makanan contoh buat kuih. Jadi tiada

penumpuan di situ untuk jerami sebab jerami ni ada alternatif lain yang

lebih mudah iaitu bakar saja. Oleh itu, perlu ada satu agensi khas

diwujudkan untuk majukan jerami saja. Bila ada penumpuan baru la

jerami dapat berkembang macam negara-negara lain” (A6).

“…Pegawai yang ada banyak tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Kita kena jaga macam-macam tanaman. Pegawai pun pilih juga yang

mana orang atas tekan lebih, kita pun bagi tumpuan. Jadi jerami ni

sekadar perintis saja la” (A7).

“…Di kraftangan ada designer tapi dia tak khusus kepada jerami saja,

macam-macam kena buat. Jadi ini tak membantu untuk menghasilkan

design yang menarik dan memenuhi pasaran sebab kita tengok mereka

kurang membantu usahawan menghasilkan produk yang menarik”

(A8).

244

Terdapat empat pernyataan yang mengatakan bahawa lawatan yang dilakukan

adalah tidak efisien kerana ia disertai oleh pegawai atasan dan bukannya pegawai

yang mengendali tugasan tersebut. Ini menyebabkan pegawai atasan tidak mampu

menyampaikan sepenuhnya apa yang dipelajari kerana di luar bidang kemahirannya.

“…Biasanya lawatan ke luar negara asyik bawa orang yang sama di

peringkat atas saja sedangkan mereka tak ambil idea saja tapi dari segi

taknikalnya depa (pegawai atasan) tak tau. Jadi depa tak mampu nak

jelaskan dengan baik kepada pegawai pengendali ni. Jadi susahlah nak

buat betul-betul sebab kita tak tengok sendiri” (A6).

“…Ini berbeza dengan Thailand dan Filipina yang lebih advance dari

segi rekabentuk yang lebih menarik. Di sana ada designer khas untuk

jerami sahaja. Mereka ada peruntukan pergi jalan serata dunia untuk

tengok rekaan-rekaan terkini, warna dan corak bungaan mengikut

musim dan akan apply pada rekabentuk mereka. Jadi designer kita kena

juga dibawa berjalan keluar sebab selama ni kita hanya bawa pegawai

atasan je. Depa ni hanya tengok idea saja tapi dari segi kemahiran

untuk tu depa tak ada. Jadi macamana nak terangkan pada orang yang

betul-betul kendalikan urusan tu” (A8).

Terdapat tiga pernyataan yang menekankan perubahan pucuk kepimpinan

negara dan kepimpinan agensi telah menyebabkan polisi juga turut berubah. Ini

menyebabkan fokus terhadap pembangunan industri jerami turut terjejas.

“…Bila kepimpinan berubah, keutamaan polisi juga turut berubah.

Pada masa keutamaan diberikan kepada sektor pertanian sebagai

tonggak utama negara, sektor pertanian baru nak bergerak. Untuk

betul-betul maju ambil masa empat hingga lima tahun juga. Tak sempat

nak bergerak, kepimpinan bertukar. Jadi player-player yang baru nak

menceburi bidang pertanian dah mula beralih arah mengikut keutamaan

negara. Jadi, industri jerami susah nak maju” (A7).

“…Masalah selalu berlaku apabila adanya perubahan di peringkat

pengurusan atas. Bila masuk orang atas yang baru, mereka akan buat

perubahan aktiviti supaya nampak pembaharuan yang mereka lakukan

berbanding polisi lama. Macam yang berlaku di kawasan luar MADA,

pengarah lama memang bagi tumpuan pada jerami. Bila tukar pengarah

baru, tumpuan diberikan pada aktiviti lain. Jadi orang bawah hanya

buat ikut arahan saja. Jadi projek jerami yang telah dijalankan beberapa

tahun telah dihentikan sepenuhnya” (B1).

245

6.4 ANALISIS SWOT: KAJIAN INSTITUSI

Analisis SWOT dilakukan berpandukan kepada hasil kajian yang diperolehi daripada

pihak institusi. Terdapat empat skor kekuatan yang perlu dikukuhkan dan tiga skor

peluang yang perlu dimanfaati di pihak institusi bagi memantapkan lagi pembangunan

industri jerami. Namun begitu, terdapat tujuh skor kelemahan dan enam skor ancaman

yang lebih mengatasi kekuatan dan peluang sedia ada. Ini akan menyebabkan stagnasi

dalam pembangunan industri jerami ke arah yang lebih berdaya saing sekiranya

kelemahan dan ancaman tidak ditangani dengan berkesan (Rajah 6.4).

Kekuatan Kelemahan

Program peningkatan hasil

menjamin bekalan jerami

sentiasa berterusan

Pembaikan inrfastruktur ladang

melancarkan proses

pembangunan jerami

Galakan polisi terhadap sumber

pertumbuhan baru

Program penyatuan ladang

meningkatkan pengurusan

jerami secara efisen

Tiada penumpuan dasar dan

galakan kerajaan terhadap

pembangunan industri jerami

Kekangan logistik

Tiada penyelarasan dalam peranan

dan program antara agensi

Program pembentukan sumber

tenaga berkualiti kurang berkesan

Kurangnya P&P dalam

membangunkan teknologi

tempatan

Hasil kajian dipersiakan dan tidak

dipraktikkan di ladang

Kurangnya promosi yang

dijalankan oleh pihak institusi

Peluang Ancaman

Pelbagai galakan insentif dan

pembiayaan kewangan

Penerokaan pelbagai potensi

jerami dalam keadaan basah

Pemanfaatan sumber bahan

mentah tempatan secara meluas

dalam pembangunan aktiviti

pertanian

Tuntutan kebajikan sosial

penduduk menghalang kepada

kemajuan bisnes jerami

Pakej rangsangan yang kurang

menarik menghadkan penyertaan

pihak swasta dan petani

Status pemilikan dan saiz ladang

yang kecil menghalang usaha

institusi untuk pembangunan

jerami secara meluas

Perubahan pucuk kepimpinan dan

pertukaran pegawai

berpengalaman dalam

pembangunan jerami

bersambung…

246

Sikap petani dan usahawan

menjejaskan usaha institusi

Tahap kualiti dan kuantiti jerami

yang tidak menentu

Rajah 6.4 Analisis SWOT bagi kajian institusi

6.4.1 Kekuatan

a. Program Peningkatan Hasil Tanaman Menjamin Bekalan Jerami Sentiasa

Berterusan

Pengeluaran beras mencatatkan pertumbuhan positif kesan daripada pelaksanaan

program dan projek secara agresif untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan

kebergantungan kepada import beras. Dasar Jaminan Bekalan Makanan, Amalan

Pertanian Baik, Projek 10 tan sehektar dan pelbagai program pengembangan ladang

mampu menjamin bekalan jerami yang berterusan melalui peningkatan hasil padi.

Hasil kajian membuktikan bahawa bekalan bahan mentah jerami boleh didapati

dengan banyak dan meluas di Wilayah MADA. Ini seharusnya tidak menjadi halangan

kepada kemajuan industri jerami memandangkan bekalan adalah tinggi dan berterusan

pada kadar yang boleh diindustrikan.

b. Program Penyatuan Ladang Meningkatkan Pengurusan Jerami Secara

Efisien

Program penyatuan ladang bersaiz kecil dan tidak ekonomik melalui konsep pertanian

secara berkelompok telah memperkenalkan seperti projek estet padi. Ini memudahkan

lagi proses pengurusan ladang oleh pihak institusi. Petani akan dirangsang untuk

menghasilkan padi sehingga sepuluh tan sehektar dan secara tidak langsung jumlah

jerami akan turut meningkat. Pengurusan jerami akan lebih mudah kerana melibatkan

penyatuan tanah secara kolektif oleh sekumpulan petani yang diuruskan di bawah

PPK dan bukannya pengurusan ladang secara individu. Namun begitu, ia tidak

menjejaskan status hak milikan individu ke atas tanah tersebut. Projek ini

memudahkan proses pemungutan jerami tanpa perlu lagi persetujuan petani secara

individu. Pembentukan projek estet padi membolehkan kaedah pengurusan ladang

…sambungan

247

secara moden dan efektif kerana ia melibatkan kawasan yang luas dengan penggunaan

mekanisasi ladang lebih efisien.

c. Pembaikan Infrastruktur Ladang Melancarkan Proses Pembangunan

Jerami

Penglibatan NCIA dalam meningkatkan prasarana jalan ladang dan kemudahan

pengairan seperti projek kawalan banjir akan meningkatkan bekalan jerami.

Peningkatan projek pembaikan jalan ladang akan memudahkan lagi proses

penghantaran jerami dari ladang ke tempat penyimpanan jerami. Projek kawalan

banjir dan sistem perataan sawah yang diselenggarakan oleh pihak MADA mampu

mengawal kemasukan air ke ladang. Ini dapat melancarkan proses pengumpulan

jerami kerana mesin baler hanya boleh beroperasi dalam keadaan tanah yang kering

sahaja. Malah, tanah sawah yang rata mampu menghalang air daripada bertakung. Ini

dapat mengelakkan jerami daripada basah dan tenggelam yang akan menjejaskan

proses pemungutannya. Justeru itu, penawaran jerami akan meningkat.

d. Galakan Polisi Terhadap Sumber Pertumbuhan Baru

Galakan sumber pertumbuhan baru melalui pembangunan bioteknologi ke arah

mewujudkan industri hiliran yang kompetetif mampu memberi ruang terhadap

pembangunan jerami. Malah, galakan pembangunan Teknologi Hijau, Program

Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SREP) dan matlamat NCER

dalam membangunkan industri hiliran bagi hasil sampingan padi seperti jerami

meluaskan ruang terhadap pengkomersilan jerami sebagai satu sumber yang berdaya

saing. Ini selari dengan kajian oleh Battershill (1997) serta Bridhikitti dan

Kanokkanjana (2009) yang mendapati perubahan polisi mampu mengangkat industri

jerami ke tahap sewajarnya.

248

6.4.2 Peluang

a. Pelbagai Galakan Insentif Dan Pembiayaan Kewangan

Dalam menggalakkan pertumbuhan industri hiliran berasaskan pertanian, kerajaan

telah menyediakan pelbagai insentif pembiayaan kepada pengusaha antaranya Tabung

Industri Kecil dan Sederhana (TIKS) bagi membiayai industri berasaskan pertanian.

Syarat-syarat bagi pakej rangsangan ini dikaji dari masa ke semasa bagi memastikan

penubuhan tabung ini mencapai matlamatnya. Contohnya, kerajaan telah menurunkan

pinjaman minima TIKS dari RM250 000 kepada RM50 000. Ini bertujuan melahirkan

lebih ramai usahawan yang mampu menikmati faedah kemudahan ini.

Selain itu, Bank Pertanian Malaysia iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan

membiayai sektor pertanian turut menyediakan berbagai kemudahan. Sejumlah RM3.4

bilion diperuntukan bagi meningkatkan kejenteraan ladang, menggalakkan penyertaan

Bumiputera dan penyertaan siswazah dalam pertanian komersil. Ia turut menyediakan

kredit mikro untuk industri pengeluaran makanan dan bantuan kewangan kepada PKS

berasaskan pertanian. Dana khas juga telah diwujudkan untuk memberi bantuan

kewangan kepada petani. Sejumlah RM88.6 juta telah dikeluarkan kepada 642 petani

dan usahawan di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED). Tabung ini

digunakan untuk membantu usahawan yang terlibat dalam aktiviti pertanian,

pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan desa untuk memulakan dan

mengembangkan perniagaan. Seharusnya petani dan usahawan mengambil peluang

bantuan insentif dan modal untuk mengembangkan bisnes jerami.

b. Penerokaan Pelbagai Potensi Jerami dalam Keadaan Yang Basah

Adalah merugikan sekiranya hasil jerami di Wilayah MADA hanya boleh dipungut

setahun sekali sahaja sedangkan hasil padi dituai dua kali setahun. Ini merupakan

pembaziran yang sangat besar terhadap potensi sumber yang boleh diperbaharui.

Keadaan ini berlaku disebabkan penuaian musim I berlangsung ketika musim hujan.

Potensi jerami dalam keadaan basah masih belum ditemui menyebabkan proses

249

pemungutan jerami dalam musim hujan diabaikan. Tidaklah mustahil sekiranya kajian

dijalankan bagi meneroka pelbagai potensi jerami dalam keadaan basah supaya hasil

jerami dapat dimanfaatkan secara berkesan bagi kedua-dua musim penanaman.

Malah, kerugian juga berlaku kerana jerami seringkali basah (terkena embun

dan hujan) kerana penyediaan pusat penyimpanan yang kurang sempurna. Jerami yang

basah ini akan dibuang kerana penggunaannya dalam keadaan basah belum

dibangunkan. Bagi mengelakkan pembaziran, penyelidikan secara terperinci perlu

dilakukan agar mencari potensi lain yang boleh dimajukan bagi jerami berkeadaan

basah dan kering supaya pengguaannya pada tahap optimum. Setakat ini, proses

pembuatan kertas jerami tidak menghadapi masalah bagi penggunaan jerami yang

basah tetapi penggunaan jerami bagi industri ini hanya pada kapasiti yang terlalu kecil

sahaja.

c. Pemanfaatan Penggunaan Jerami Secara Meluas Dalam Pembangunan

Aktiviti Tani

Kajian di peringkat tempatan dan luar negara telah membuktikan bahawa jerami

sangat berpotensi dalam pembangunan aktiviti tani. Antaranya penggunaan baja

kompos jerami terhadap pembaikan struktur tanah, kesuburan tanaman, peningkatan

hasil ladang dan mengurangkan serangan penyakit dan perosak tanaman berbanding

baja kimia. Peluang ini seharusnya dioptimumkan agar hasil tani lebih tinggi selain

dapat mengurangkan kesan negatif penggunaan input kimia ke atas persekitaran tani.

6.4.3 Kelemahan

a. Tiada Penumpuan Dasar Dan Galakan Kerajaan Terhadap Pembangunan

Industri Jerami

Dasar atau polisi industri padi dilihat lebih tertumpu kepada peningkatan hasil padi.

Ini berikutan masalah pengeluaran hasil beras tempatan yang masih rendah dan

memerlukan bekalan import beras. Bagi meningkatkan tahap sekuriti negara terhadap

bekalan makanan ruji, tumpuan polisi terus diberikan kepada peningkatan hasil padi.

Sebagai jentera pertumbuhan ketiga negara, penekanan kepada sumber pertanian baru

250

merangkumi aktiviti hiliran ke arah meningkatkan produktiviti dan pendapatan

sewajarnya mampu memperkasakan industri jerami. Namun, tumpuan industri hiliran

padi hanya diberikan kepada industri hiliran berasaskan makanan sahaja iaitu

penghasilan produk daripada beras. Manakala industri hiliran padi bukan berasaskan

makanan terus dipinggirkan.

Tumpuan polisi juga diberikan kepada industri hiliran bagi komoditi industri

seperti kelapa sawit kerana sumbangannya kepada ekonomi negara sangat tinggi.

Keadaan ini jelas berbeza dengan negara lain seperti Indonesia, Thailand, China, India

dan Australia yang benar-benar mengkomersilkan serta mengoptimumkan sepenuhnya

sumber buangan pertanian mereka dan berjaya mewujudkan industri hasil sampingan

pertanian ke tahap berdaya saing. Negara-negara tersebut jauh kehadapan dengan

menggunakan jerami dalam pembangunan sektor pertanian, sumber tenaga dan

pembinaan. Penemuan kajian ini jelas bersamaan dengan kajian oleh Koh dan Hoi

(2003) bahawa tiadanya peruntukan polisi dan keutamaan yang tidak diberikan

terhadap polisi pembangunan jerami menyebabkan berlakunya stagnasi dalam

pembangunan industri jerami sebagai sumber tenaga di Malaysia.

b. Kekangan Logistik

Masalah logistik seperti kekurangan tempat penyimpanan dan mesin baler merupakan

faktor uatama yang dihadapi oleh pihak institusi untuk membangunkan industri jerami

yang diakui oleh keseluruhan responden (15 orang). Tempat penyimpanan jerami

haruslah berbumbung memandangkan ia sangat sensitif kepada cuaca yang lembab.

Malah, ia perlu luas kerana proses pemungutan jerami di Wilayah MADA hanya

dilakukan pada satu musim penanaman sahaja kesan faktor cuaca. Justeru itu, tempat

penyimpanan harus mampu menampung keperluan permintaan jerami sepanjang

tahun.

Kekurangan mesin baler dan lori pengangkut turut menyebabkan stagnasi

industri jerami di wilayah ini. Kekangan ini menyebabkan kelewatan dalam proses

pemungutan jerami dan petani terpaksa membakar jerami memandangkan masa

251

semakin suntuk untuk pengurusan tanah bagi tanaman berikutnya. Wujud juga

masalah apabila bandela jerami di ladang rosak kerana masalah kelewatan

pengangkutan jerami dari ladang ke tempat penyimpanan. Ini menimbulkan kerugian

besar kepada pihak MADA selaku penjana industri padi di Kedah. Penemuan kajian

oleh Gheewala (2009) serta Schiere dan Ibrahim (1985) membuktikan bahawa

kekangan logistik terutamanya pusat penyimpanan sangat mempengaruhi

pembangunan industri jerami.

c. Tiada Penyelarasan Dalam Peranan Dan Program Antara Agensi

Peranan dan program yang dianjurkan oleh agensi terbabit biasanya bertindan lapis

dan mewakili program yang sama untuk pembangunan pertanian. Malah, program

latihan di kalangan pegawai dijalankan secara berasingan oleh setiap agensi. Jelas

tidak wujud satu penyelarasan latihan sedangkan ia dilakukan bagi mencapai satu

matlamat iaitu peningkatan kemahiran dan pengetahuan di kalangan pegawai.

Selain itu, kursus yang diberikan adakalanya bersifat ‘ad-hoc’dan sekadar

memenuhi keperluan politik. Ini menyebabkan banyak peruntukan dan masa terbuang

kerana latihan yang dijalankan tidak dapat memenuhi keperluan gunatenaga yang

diharapkan. Latihan kemahiran biasanya hanya menumpukan kepada kemahiran asas

seperti cara pengumpulan jerami, teknik pnghasilan kompos dan cara pengendalian

mesin baler namun kurang menekankan kepada kemahiran lanjutan. Ini menyebabkan

pegawai tidak mampu untuk menyampaikan secara mendalam kemahiran yang

berkaitan kepada petani dan usahawan.

Malah keberkesanan program latihan amat penting agar proses pengajaran dan

pembelajaran lebih berkesan. Apa yang dilihat, perkembangan ilmu berkaitan

pembangunan jerami kurang berkesan kerana pembangunan jerami masih tidak

menonjol. Pegawai institusi masih kurang yakin dengan pembangunan jerami sebagai

salah satu agen baru kepada pertumbuhan ekonomi kerana kegagalan mendalami

kekuatan dan peluang jerami sebagai sebuah industri. Ini selaras dengan kajian

252

Bhattacharya (2002) serta Koh dan Hoi (2003) yang mendapati tiadanya penyelarasan

antara agensi menggugat perkembangan industri jerami.

d. Program Pembentukan Sumber Tenaga Berkualiti Kurang Berkesan

Pelbagai bentuk latihan dan kemahiran telah diberikan kepada petani dan usahawan.

Namun, ia dilihat gagal membentuk sumber tenaga yang berkualiti dan berdaya saing.

Ini kerana sejumlah besar petani masih kurang menyertai projek pembangunan jerami

manakala penglibatan usahawan tani berasaskan jerami masih rendah. Berlandaskan

pelbagai latihan dan kemahiran yang diterapkan kepada petani dan usahawan,

sewajarnya mereka telah mampu menjadikan Wilayah MADA sebagai sebuah wilayah

pertanian unggul dengan terlaksananya industri padi dan hasil sampingannya ke tahap

maju. Ini mencerminkan program latihan dan kursus yang dianjurkan oleh pihak

institusi kurang berkesan dalam melahirkan usahawan berdaya tahan dan kreatif untuk

menakluki pasaran.

Hasil analisis temubual mendapati rata-ratanya usahawan dan tenaga kerja

sambilan terutamanya bagi industri kraf jerami kurang berkualiti dari segi

pengetahuan dan kemahiran. Usahawan didapati kurang kreatif dari segi idea,

rekabentuk, padanan warna dan teknik mempromosikan produk di pasaran. Manakala

pekerja terdiri daripada ibu tunggal dan surirumah juga kurang daya kreatif dan

inovatif dalam penghasilan produk. Ini menyebabkan produk yang dihasilkan kurang

menarik dan kemasan akhir yang kurang berkualiti. Ini akan menjejaskan nilai produk

tersebut di pasaran. Ini menunjukkan latihan dan kemahiran kurang berkesan dalam

membentuk sumber manusia yang kurang berkualiti. Koh dan Hoi (2003) telah

membuktikan bahawa pihak institusi perlu memberi latihan yang berkesan kepada

pengusaha di samping pendidikan di pelbagai peringkat supaya kemahiran bagi

perkembangan industri jerami dapat dijana.

253

e. Kurangnya Penyelidikan Dan Pembangunan Dalam Membangunkan

Teknologi Tempatan

Penyelidikan terhadap jerami di peringkat tempatan telah wujud sejak tahun 70an lagi

tetapi tidak ditonjolkan keupayaan potensinya dalam pasaran. Kesannya, wujud

fenomena stagnasi dalam pembangunan jerami Kebanyakan kajian luar berjaya

membuktikan potensi jerami yang besar dalam meningkatkan sektor ekonomi negara

dan berjaya dibangunkan. Kajian di peringkat tempatan bagi tanaman padi pula lebih

fokus ke arah pembangunan hasil sampingan padi antaranya amalan agronomi dan

varieti padi. Namun, kajian ke atas jerami tidak dilihat sebagai salah satu sumber yang

strategik untuk dikaji dan dibangunkan.

Jelaslah di sini mengapa penggunaan jerami sebagai baja kompos, makanan

ternakan, hasilan kraf dan sumber tenaga di Malaysia tidak berlaku secara meluas

berbanding Indonesia, Thailand, Filipina, China dan India. Negara-negara tersebut

telah berjaya membangunkan sektor pertanian padi secara mesra alam dengan

mengurangkan pembakaran jerami dan menggunakan semula jerami dalam aktiviti

pertanian serta rantaiannya dengan industri lain. Penggunaan jerami semakin

meningkat dengan kejayaan teknologi meningkatkan nilai pemakanan jerami sebagai

makanan ternakan. Selain itu, negara-negara tersebut juga berjaya mengatasi masalah

kekurangan bekalan sumber tenaga elektrik dan gas di kawasan luar bandar dengan

memajukan sumber tenaga berasaskan jerami.

Malah, pembangunan teknologi pemungutan jerami di peringkat tempatan

begitu lemah sehingga tidak mampu mewujudkan mesin baler yang sesuai dengan

keadaan tempatan. Sehingga kini, mesin baler diimport dan hanya sesuai dengan

ladang yang kering. Ini menghalang pemungutan jerami dilakukan pada musim hujan.

Tambahan pula, teknologi ini adalah mahal dan tidak mampu dimiliki oleh petani

kecil dan mundur. Ini berbeza dengan Negara Thailand yang turut mengimport mesin

baler namun ianya diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Justeru itu,

penggunaannya lebih efisien kerana dapat disesuaikan dengan keadaan tempatan. Ini

bertepatan dengan kajian oleh Nguyen (1998) yang mendapati teknologi yang

digunapakai tidak praktikal dan ekonomik telah menjejaskan pembangunan industri

254

jerami. Keupayaan mengadaptasi teknologi di kalangan petani berskala kecil dan

mundur serta sikap petani perlu diambil kira dalam memperkenalkan teknologi baru

kepada petani. Ini bertepatan dengan kajian oleh Congress of the United States (1991),

Nguyen (1998) dan White (1983).

f. Hasil Kajian Dipersiakan Dan Tidak Dipraktikkan Di Ladang

Setiap kajian yang dijalankan dan telah terbukti di makmal perlu dipraktikkan di

ladang supaya keberkesanannya terbukti di lapangan. Kebanyakan kajian yang

dilakukan diperingkat tempatan hanya dilihat sekadar mempelbagaikan kajian ilmiah.

Kajian membuktikan baja kompos jerami mampu meningkatkan hasil yang lebih

tinggi berbanding baja kimia. Namun kajian ini seringkali dilakukan di makmal serta

ladang penyelidikan dan bukannya melibatkan petani. Apa yang pasti, petani perlu

terlibat secara langsung dan diperlihatkan kejayaan hasil di ladang. Ini akan lebih

menyakinkan petani untuk menggantikan penggunaan baja kimia kepada baja kompos

jerami.

g. Kelemahan Mempromosikan Jerami Sebagai Sumber Berpotensi

Kekurangan promosi menyebabkan masyarakat tidak sedar kepentingan penggunaan

semula jerami dalam memelihara alam sekitar dan mewujudkan sumber pendapatan.

Usahawan pula tidak didedahkan dengan kepelbagaian potensi jerami menyebabkan

mereka tidak mendapat gambaran sebenar berkenaan keuntungan yang boleh dikaut

melalui bisnes ini. Begitu juga dengan komuniti tani yang tidak nampak kelebihan

jerami dalam pengerjaan aktiviti taninya. Semua ini memerlukan promosi secara

menyeluruh agar setiap lapisan masyarakat sedar akan kepentingan dan keuntungan

yang boleh diperolehi dengan memaksimumkan penggunaan jerami. Justeru itu,

jerami masih dianggap bahan terbuang yang tidak komersil sedangkan jerami boleh

mendatangkan keuntungan yang besar. Ini selari dengan kajian oleh Bridhikitti dan

Kanokkanjana (2009), Gheewala (2009), Koh dan Hoi (2003) serta Naga dan Shazly

(1982) yang mendapati kurangnya penyebaran maklumat dan promosi yang kurang

efektif menyebabkan permintaan terhadap jerami adalah rendah.

255

6.4.4 Ancaman

a. Tuntutan Kebajikan Sosial Penduduk Menghalang Kepada Kemajuan

Bisnes Jerami

Matlamat utama institusi kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan kebajikan sosial

penduduk dan bukannya menjurus ke arah bisnes. Pelbagai tanggungjawab dipikul

untuk merealisasikan dasar negara ke arah pembangunan sektor pertanian dan

kesejahteraan masyarakat. Dalam kes MADA, tumpuan utama agensi ini adalah

meningkatkan hasil pengeluaran tanaman terutamanya hasil padi bagi memenuhi

permintaan makanan negara. Ini bagi memastikan keselamatan bahan makanan

terutamanya beras sebagai makanan ruji penduduk terjamin sekiranya berlaku krisis

kekurangan bekalan makanan. Walaupun MADA juga diberi peranan untuk

meningkatkan pendapatan petani, namun, usaha ini lebih terdorong ke arah

peningkatan pendapatan petani melalui peningkatan hasil tanaman. Tumpuan ke arah

pengembangan pendapatan petani melalui hasil sampingan pertanian masih belum

berupaya dimajukan oleh pihak MADA memandangkan pencapaian peningkatan hasil

tanaman masih belum memuaskan dan mengalami masalah logistik yang ketara. Atas

dasar inilah peningkatan nilai ditambah bagi tanaman padi terutamanya hasil

sampingan padi kurang diberi keutamaan.

b. Pakej Rangsangan Yang Kurang Menarik Menghadkan Penyertaan Pihak

Swasta Dan Petani

Bagi mempercepatkan proses pengkomersialan jerami sebagai sebuah industri yang

dinamik, pelaburan oleh pihak swasta berskala besar amat penting sebagai peneraju

utama. Penyertaan pihak swasta yang lebih menumpukan kepada keuntungan mampu

mengangkat jerami sebagai satu industri yang berdaya saing dan memungkinkan

penggunaan jerami secara efektif dan optimum tercapai. Kekangan yang menghadkan

penyertaan pihak swasta dalam industri ini perlu ditangani oleh pihak institusi

antaranya ketiadaan teknologi yang sesuai, status dan saiz ladang yang kecil, jaminan

pasaran dan karenah birokrasi yang merumitkan terutamanya terhadap usahawan baru.

256

Malah, petani sebagai pembekal bahan mentah juga boleh bertindak sebagai

usahawan enterprais. Insentif sebanyak RM16 serelung yang diberikan oleh pihak

kerajaan kurang merangsang petani untuk membangunkan projek pemungutan jerami.

Insentif ini dilihat terlalu rendah jika dibandingkan dengan usaha mereka untuk

menghasilkan padi walaupun jerami selama ini hanya bahan buangan sahaja. Ini selari

dengan kajian oleh Naga dan Shazly (1982) serta Saono dan Sastrapradja (1983) yang

mendapati galakan kerajaan melalui insentif kepada usahawan dan kawalan harga

yang menguntungkan pengeluar akan menarik lebih ramai pelabur dan usahawan

terutamanya di kalangan petani untuk menyertai pembangunan jerami.

c. Status Pemilikan Dan Saiz Ladang Yang Kecil Menghalang Usaha Institusi

Untuk Membangunkan Jerami

Sebahagian besar tanah sawah (50.6%) adalah milik individu dan 14.4% milikan

individu dan penyewa. Oleh itu, petani berhak membuat keputusan untuk turut serta

membangunkan jerami atau tidak. Kebanyakan petani terbabit memberikan alasan

masalah logistik oleh pihak institusi melewatkan proses pengendalian tanah untuk

tanaman berikutnya, serangan penyakit dan perosak serta kekurangan modal untuk

tidak menyertai projek tersebut. Justeru itu, pembangunan industri jerami akan terjejas

berikutan tiadanya penglibatan secara holistik daripada petani.

Selain itu, saiz tanah yang kecil juga menyebabkan ianya tidak ekonomik

untuk proses pemungutan jerami menggunakan mesin baler. Tambahan pula,

sekiranya ladang tersebut bersempadan dengan petani yang tidak berminat untuk

membangunkan jerami. Ini menyebabkan pihak institusi terpaksa menanggung kos

pengurusan mesin baler yang tinggi hanya untuk memungut jerami di ladang yang

bersaiz kecil. Situasi ini menuntut supaya petani mempunyai inisiatif sendiri untuk

memungut jerami di ladang. Namun, petani tidak mempunyai motivasi tinggi dan

hanya memikirkan cara mudah dan murah untuk membersihkan jerami dari ladang

dengan membakarnya sahaja. Ini bertepatan dengan kajian oleh Battershill (1997) dan

Congress of the United States (1991) yang mendapati saiz ladang kecil menghalang

kepada usaha pembangunan industri jerami ke tahap berdaya saing.

257

d. Perubahan Pucuk Kepimpinan Dan Pertukaran Pegawai Berpengalaman

Hasil kajian mendapati apabila berlakunya perubahan pengurusan di peringkat pusat

atau di peringkat atasan menyebabkan polisi juga seringkali berubah. Justeru itu,

pelaksanaan polisi atau program yang dilaksanakan sebelumnya akan menjadi kurang

efektif dan akhirnya terus diabaikan. Ini kerana wujudnya program baru yang perlu

diberi keutamaan tanpa mengambil kira projek lepas yang telah dibangunkan dengan

kos perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan prasarana asas. Penemuan ini selari

dengan kajian oleh Gheewala (2009).

Pertukaran pegawai yang berpengalaman dalam menguruskan projek jerami

dengan pegawai yang belum berpengalaman juga amat merugikan industri jerami itu

sendiri. Ini kerana masa yang panjang diperlukan oleh pegawai baru untuk mendalami

selok belok pengurusan jerami sedangkan industri jerami tidak wajar lagi mengambil

masa yang panjang untuk dibangunkan.

e. Sikap Petani Dan Usahawan Menjejaskan Usaha Institusi Untuk

Pembangunan Jerami

Petani sememangnya sudah sebati dengan kaedah pengurusan jerami secara tradisi

yang cepat dan mudah iaitu membakar jerami. Mereka juga kurang mendapat

pendedahan berkaitan pengurusan secara mesra alam dan sukar untuk melakukan

perubahan dalam amalan perladangan. Sekiranya perubahan ingin dilakukan, ia harus

mendapat pulangan yang cepat dan tidak menyusahkan diri dengan melakukan kerja

tambahan lain. Petani seolah-olahnya telah berada di zon selesa yang telah diwarisi

sejak turun temurun. Mereka langsung tidak mahu terlibat dengan memungut jerami

secara manual dengan alasan kerja tersebut amat meremehkan dan hanyalah bahan

buangan yang tidak menguntungkan.

Begitu juga dengan penternak yang tidak melihat jerami mampu

mengurangkan kos pembelian makanan ternakan. Walaupun jerami tidak mampu

menggemukkan tetapi ia dapat mengenyangkan ternakan dengan kandungan fiber

yang tinggi. Malah, para usahawan tempatan juga tidak merebut peluang untuk

258

menjana pendapatan yang boleh diwujudkan daripada bisnes jerami. Hanya wujud

beberapa usahawan kecil yang mengambil peluang ini namun penggunaannya masih

belum dapat dioptimumkan dan perlu melibatkan operasi dalam skala yang lebih

besar. Sebagai contoh mewujudkan stesen janakuasa elektrik yang akhirnya dapat

mengoptimumkan sepenuhnya penggunaan jerami di seluruh Wilayah MADA.

Hasil kajian juga membuktikan sebilangan petani menjadikan kerjaya petani

sekadar mengusahakan tanah daripada terbiar dan meneruskan pekerjaan tradisi

keluarga sahaja. Tambahan pula, wang perbelanjaan yang diperolehi hasil saraan

anak-anak sudah mencukupi untuk menanggung kehidupan petani suami isteri.

Lantaran itu, petani tidak mahu bersusah payah membangunkan projek jerami

melainkan dengan membakarnya sebagai satu kaedah yang mudah dan murah.

Kurangnya pendedahan dan sikap petani serta usahawan yang naïf terhadap

keupayaan jerami sebagai sumber berpotensi melemahkan pihak institusi untuk

membangunkan jerami ke tahap maju.

f. Tahap Kualiti Dan Kuantiti Jerami Yang Tidak Menentu

Hasil kajian mendapati kuantiti dan kualiti jerami bergantung kepada lokasi dan

kaedah penanaman, cuaca, varieti padi, teknik pemotongan (ketinggian tunggul dan

peralatan pemungutan jerami), kandungan pH tanah, penggunaan input tanaman dan

masalah tanaman. Ini menunjukkan bahawa penghasilan jerami tempatan adalah

berbeza dengan jerami dari negara luar dari segi ketahanan serta kandungan nutrien

dan kimia. Ini sepadan dengan kajian yang dikemukakan oleh Hrynchuk (1998),

Schiere dan Ibrahim (1985) serta Summers et al. (2003).

6.5 KESIMPULAN

Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa antara faktor utama yang menyebabkan

berlakunya stagnasi dalam pembangunan industri jerami ialah kerana dasar yang

kurang jelas terhadap industri ini, penyediaan kemudahan logistik yang kurang

sempurna dan penyertaan pihak swasta yang terhad. Gerakan dasar dan tindakan oleh

259

institusi terbabit secara lebih terfokus dan efektif akan mampu mengangkat industri

jerami ke tahap lebih maju setanding dengan negara lain. Selain itu, promosi perlu

ditingkatkan supaya masyarakat lebih peka terhadap kepentingan penjagaan alam

sekitar dan secara tidak langsung penggunaan produk jerami akan turut meningkat.

Petani serta usahawan perlu disedarkan bahawa jerami mampu mewujudkan bisnes

dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka.

1

1

1

1

BAB VII

KAJIAN DASAR: PERANAN DASAR DALAM MEMPENGARUHI

PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

7.1 PENGENALAN

Umumnya, asas bagi pembangunan pertanian di sesebuah wilayah ialah dengan

tersedianya (i) pasaran untuk memasarkan hasil tani; (ii) perkembangan dan penerapan

teknologi moden yang dapat meningkatkan hasil pengeluaran ke tahap maksimum dan

mampu menjimatkan penggunaan tenaga buruh; (iii) kedapatan input dan peralatan di

peringkat tempatan; (iv) insentif pengeluaran bagi petani serta (v) tersedianya jaringan

pengangkutan yang baik. Pemberian kredit pengeluaran, kerjasama di kalangan petani

dan institusi, pembaikan dan perluasan tanah pertanian di samping khidmat sokongan

daripada institusi kerajaan dan swasta perlu bagi melicinkan transformasi sektor

pertanian kepada yang lebih progresif dan menarik. Kelancaran proses pembangunan

pertanian juga akan lebih bermakna sekiranya petani dilengkapi dengan pengetahuan

dan kemahiran khusus secara formal dan tidak formal yang menjurus kepada aktiviti

pertanian supaya mereka sedia menerima perubahan dan terus kekal dalam sektor

pertanian (Mosher 1966).

Ditinjau dari sudut ekonomi pertanian pula, polisi secara makroekonomi;

inflasi yang rendah; kadar tukaran matawang yang stabil; kadar faedah sebenar yang

menarik dan pemantauan terhadap aliran modal jangka pendek merupakan komponen

asas untuk membangunkan sektor pertanian. Ditambah pula dengan harga pasaran

yang menarik dalam ekonomi terbuka dengan wujudnya halangan yang rendah dapat

mewujudkan suasana yang harmoni kepada pengeluar dan pengguna (Timmer 2005).

Usaha tani yang efisien dan menguntungkan akan memperlihatkan pembiayaan

pengeluaran pertanian yang rendah dan penerimaan serta penjualan hasil yang tinggi.

Walaupun begitu, perencanaan dasar di peringkat nasional dan pelaksanaannya

di peringkat institusi dilihat amat berkesan dalam mempengaruhi perkembangan

sesuatu program pembangunan pertanian. Justeru itu, kajian dasar dilakukan bagi

menilai hala tuju dasar yang direncanakan dan pendekatan yang digunapakai ke atas

pembangunan hasil sampingan pertanian dengan fokus utama kepada pembangunan

jerami. Sebagai hasil sampingan pertanian yang sangat berpotensi tinggi dengan

pengeksploitasian potensinya ke tahap maksimum dilihat mampu mengangkat

martabat sub-sektor padi sebagai pembekal makanan negara di samping pembangunan

hasil sampingannya yang berdaya saing.

7.2 TAHAP-TAHAP PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DAN

TANAMAN PADI DI MALAYSIA

Berdasarkan jadual 7.1, sekitar tahun 1950an kemasukan Inggeris ke Tanah Melayu

telah merubah corak perkembangan ekonomi dan sistem pertanian negara. Atas dasar

cuba mengeksploitasi sumber pengeluaran negara dan perluasan empayar jajahannya,

pihak Inggeris mula mengorientasikan pengeluaran yang lebih bersifat dualisme.

Pertanian komersil dengan tumpuan kepada tanaman getah dan pertanian sara diri

iaitu tanaman padi. Namun, tumpuan utama sektor ekonomi ialah memajukan

perusahaan getah dan bijih timah. Perkembangan tanaman getah yang dipelopori oleh

pihak Inggeris telah melonjakkan nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama

dunia sehingga tahun 1980an. Pertanian komersil mula diberi tumpuan kepada sektor

getah kerana ia memberi pulangan yang tinggi. Ketika ini, sektor pertanian merupakan

sektor ekonomi terulung yang menjana pendapatan besar kepada negara manakala

tanaman padi dibiarkan kekal sebagai pertanian sara diri tanpa wujudnya dasar yang

kukuh.

7.2.1 Fasa Pembangunan Pertanian Sekitar tahun 1960an dan 1970an

Selepas merdeka, era pembangunan wilayah lebih terfokus kepada pembangunan luar

bandar melalui sektor pertanian. Matlamatnya untuk wujudkan interaksi antara bandar

dengan luar bandar melalui strategi pemusatan, pengeluaran hasil pertanian secara

komersil dan penyediaan infrastruktur asas. Inisiatif untuk membangunkan kawasan

luar bandar wujud kesan daripada ketidakseimbangan aliran pelaburan dan

perkhidmatan di bandar yang tidak mengalir secara menyeluruh dan memberi manfaat

kepada kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar perlu meningkatkan keupayaan

kelangsungan ekonominya seterusnya mengurangkan pergantungan terhadap

perkembangan ekonomi bandar dengan memaksimumkan potensi yang ada (Dardak

2007).

Pengenalan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya

Kedua (1961-1965) memberi tumpuan kepada pembukaan tanah pertanian secara

ekonomik. Pendekatan ini diambil bagi mewujudkan keseimbangan pembangunan

antara wilayah, pembasmian kemiskinan memandangkan tingginya kemiskinan dalam

sektor pertanian dan sumbangannya terhadap perkembangan ekonomi negara dari segi

KDNK, gunatenaga dan eksport.

Dalam pada itu, tercetusnya Revolusi Hijau sekitar tahun 1960an

menyebabkan transformasi sistem pertanian dualisme berlaku secara nyata. Revolusi

Hijau merupakan satu usaha pengembangan teknologi pertanian moden dengan

pengenalan input kimia (baja dan racun), varieti hasil tinggi, penanaman tabur terus

dan penggunaan jentera. Perubahan dari amalan sedia ada kepada teknik pertanian

baru dan moden dapat menangani beberapa isu terpenting dalam sektor pertanian

antaranya produktiviti rendah, tanaman tidak ekonomik, ketidakcukupan tanah

pertanian, kemerosotan sistem pemasaran dan pengedaran hasil serta taraf hidup

petani yang rendah. Amalan pertanian ladang telah berubah dengan ketara dengan

penggunaan jerami sebagai baja kompos dan makanan ternakan kepada baja kimia dan

dedak. Tekanan sektor pertanian ke atas alam sekitar mula terbeban.

Jadual 7.1 Perkembangan dasar terhadap pembangunan sektor tanaman padi dan jerami di Malaysia

Tempoh masa Perancangan

dasar

Keutamaan dasar Pendekatan terhadap

pembangunan sektor padi

Pendekatan terhadap

jerami

Pengenalan Revolusi Hijau

mendatangkan masalah

kepada tanaman padi seperti

serangan perosak,penyakit

dan rumpai.

Jerami mula dibakar secara

terbuka.

Akta 127, 1974 di bawah

Peraturan-peraturan Kawalan

Alam Sekitar dan Akta Kualiti

Alam Sekeliling yang

membenarkan pembakaran

terbuka hasil sampingan

Selepas

Kemerdekaan

RRJP 1

(1970-1990)

Rancangan

Malaya 1 (1956-

1960)

Rancangan

Malaya Kedua

(1961-1970)

Era pembangunan wilayah

: Pembangunan luar bandar dan

pertanian

-Revolusi Hijau

-Dasar Mampu Diri

: Mengurangkan pergantungan

negara terhadap import beras

Menyeimbangkan

pembangunan wilayah antara

bandar-luar bandar

Membasmi kemiskinan

: penubuhan FELDA

-Pengembangan teknologi

moden

-Pembangunan infrastruktur

pengairan dan saliran

Rancangan

Malaysia Pertama

(1966-1970)

Dasar Ekonomi

Baru (1970)

Rancangan

Malaysia Kedua

(1971-1975)

Pembangunan luar bandar

secara bersepadu

Keseimbangan wilayah dan

pengurangan kemiskinan

Pembangunan luar bandar yang

lebih intensif

Penubuhan projek pertanian

bersepadu (IADP)

cth: MUDA, KEMUBU

Pembangunan tanah dan

wilayah

:Pembukaan tanah rancangan

cth: KETENGAH, JENGKA

Membuka lebih banyak tanah

rancangan

bersambung…

Rancangan

Malaysia Ketiga

(1976-1980)

Rancangan

Malaysia Keempat

(1981-1985)

Hala Cara Baru

Pembangunan

Luar Bandar

(1984)

Dasar Pertanian

Negara (1984)

Pelan Induk

Perindustrian

(1985-1995)

Rancangan

Malaysia Kelima

(1985-1990)

Galakan penyertaan rakyat

dalam projek pembangunan

tanah rancangan dan pertanian

Membandarkan desa

Mewujudkan integrasi antara

sektor pertanian dan pembuatan

Pembangunan in-situ

Memajukan industri berasaskan

sumber pertanian

Penerusan pembangunan

wilayah

Menyediakan pelbagai

infrastruktur asas kepada

penduduk luar bandar

Menggalakkan aktiviti agro

industri berskala kecil

Penubuhan mini estet bagi

tanaman padi

Mewujudkan rantaian antara

sektor pertanian dengan sektor

industri

Kewujudan agensi berasaskan

komoditi dan wilayah

pertanian seperti jerami

dengan tertakluk kepada

syarat-syarat tertentu

Pembakaran terbuka jerami

masih diteruskan

RRJP 2

(1991-2000) Rancangan

Malaysia Keenam

(1991-1995)

Dasar Pertanian

Negara Kedua

Galakan pewujudan industri

luar bandar

Mewujudkan rantaian antara

sektor pertanian dengan sektor

Galakan penglibatan sektor

swasta

Pertalian sektor ekonomi ke

arah daya saing global

…sambungan

bersambung…

(1992-2010)

Rancangan

Malaysia Ketujuh

(1996-2000)

Dasar Pertanian

Negara Ketiga

(1998-2010)

Program

ekonomi lain yang mempunyai

nilai ditambah tinggi.

Memelihara keseimbangan

ekologi dan pembangunan

berkekalan

Pendekatan berasaskan produk

dan perhutani

Pertanian bercorak komersil

(pemprosesan hiliran dan

pemasaran keluaran pertanian)

dengan penggunaan sumber

asas pertanian.

Perkembangan perniagaan tani

Menerokai perladangan

komersil menggunakan baja

organik

Mewujudkan sumber

pertumbuhan baru (huluan dan

hiliran)

Memaksimumkan sumber sedia

ada menggunakan teknologi

moden

Meningkatkan pelaburan

swasta

Tanaman Kekal

Pengeluaran

Makanan

(TKPM)

Pelaksanaan projek berskala

besar, komersil dan

berteknologi

i. Pembangunan berteraskan

zon

ii. `Market driven΄

iii. Pembangunan kluster

iv. Mewujudkan rantaian nilai

v. Penyertaan usahawan dan

swasta

RRJP 3

(2001-2010) Rancangan

Malaysia Kelapan

(2001-2005)

Pembangunan

Janakuasa Kecil

Tenaga Yang Boleh

Diperbaharui (2001)

Dasar

Bioteknologi

Negara (2005)

Penekanan kepada peningkatan

pengeluaran hasil padi

Meneroka potensi sumber yang

boleh diperbaharui

Meneroka potensi hasil

pertanian dan hasil

sampingannya

Galakan `Amalan Pertanian

Baik΄

i. i. Jadual pengurusan tanaman

(rice check)

ii. Mencapai sasaran hasil

pengeluaran padi 10 tan

sehektar

Pembangunan sumber tenaga

yang boleh diperbaharui

melalui hasil

sampingan pertanian seperti

kelapa sawit

Galakan penyertaan peladang

bagi memperolehi pendapatan

sampingan

Rancangan

Malaysia

Kesembilan (2006-

2010)

Koridor

Pembangunan

Ekonomi

Wilayah Utara

(NCER) (2007)

Dasar Jaminan

Bekalan

Makanan

(2008-2010)

Dasar Teknologi

Hijau Negara

(2010)

Zon Makanan Moden bertaraf

dunia

Memastikan bekalan makanan

negara sentiasa mencukupi

dengan harga yang berpatutan

ke atas pengguna

Perlindungan alam sekitar dan

pemuliharaan kepelbagaian

biologi

:Pembangunan alam sekitar

tanpa mengorbankan alam

sekitar

Galakan:

i. Pertanian komersil berskala

besar

ii. Membangunkan aktiviti

hiliran hasil sampingan padi

iaitu jerami, sekam dan

dedak

iii. Penyertaan pelabur swasta

Peningkatan produktiviti dan

pengeluaran sektor agro

makanan bagi menjamin

pengeluaran makanan tidak

menurun

Pemberian insentif kepada

pengusaha pertanian

Galakan pengurusan aktiviti

pertanian secara mapan

melalui:

i. Penggunaan semula hasil

sampingan padi

ii. Penggunaan baja organik

Jerami mula dibangunkan atas

inisiatif pihak MADA pada

tahun 2006 dengan

menjalankan projek

i. Kompos

ii. Makanan Ternakan

iii. Kraf

NCER hanya memberi

tumpuan kepada

pembangunan infrastruktur

ladang sahaja. Pembangunan

aktiviti hiliran hasil

sampingan padi masih belum

dilaksanakan

Pembangunan jerami hanya

melibatkan beberapa kawasan

sahaja manakala kawasan lain

masih lagi meneruskan

aktiviti pembakaran terbuka

…sambungan

bersambung…

Rancangan

Malaysia

Kesepuluh (2011-

2015)

Dasar

Agromakanan

(2011-2020)

Meningkatkan pendapatan dan

menjamin bekalan makanan

Meningkatkan pengeluaran

secara mampan

Meningkatkan kedayasaingan

di sepanjang rantaian nilai

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2011; Kementerian Pertanian Malaysia 1994; 1998; 2004; Malaysia 2001;

2006; 2010

…sambungan

7.2.2 Fasa Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1970 – 1990)

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), tumpuan telah diberikan

kepada tanaman komoditi industri bagi merancakkan lagi eksport keluaran pertanian

negara. Pengenalan Revolusi Hijau telah merancakkan lagi sektor tanaman padi di

Malaysia sehinggalah MADA telah diwartakan dalam Rancangan Malaysia Pertama

(1966-1970) untuk menguruskan sektor tanaman padi di Kedah. Ini kerana keupayaan

pengeluaran dan lokasi Kedah amat sesuai untuk menerajui pengeluaran padi negara.

Skim Pengairan Muda ini membolehkan padi ditanam dua kali setahun dengan adanya

sistem pengairan berjadual dan pengenalan varieti yang cepat matang. Dasar Mampu

Diri ditonjolkan memandangkan Malaysia hanya mampu membekalkan dua pertiga

daripada pengeluaran beras negara. Namun, keadaan ini mendatangkan masalah

kepada petani dari segi serangan perosak, penyakit tanaman dan padi angin. Oleh itu,

jerami mula dibakar secara terbuka bagi mengatasi masalah yang timbul ke atas

tanaman. Jerami tidak lagi dianggap bermanfaat kepada petani sebagai agen

penyuburan tanaman dan makanan ternakan.

Pembakaran terbuka jerami telah mendatangkan masalah pencemaran ke atas

persekitaran. Namun, atas alasan menghapuskan kitaran hidup perosak tanaman dan

memudahkan pengurusan tanah untuk tanaman berikutnya, pembakaran terbuka

jerami padi telah dibenarkan. Pembakaran jerami padi telah digazetkan di bawah Akta

127, 1974 Peraturan-peraturan Kawalan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam

Sekeliling yang tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

i. Jerami hendaklah dikeringkan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum dibakar.

ii. Pembakaran hendaklah dikawal dengan rapi supaya kebakaran tidak merebak ke

kawasan berhampiran.

iii. Pembakaran dilakukan pada hari yang cerah di antara jam 1.00 tengahari hingga

5.00 petang.

iv. Pembakaran tidak dilakukan apabila indeks pencemaran udara melebihi 100.

v. Pembakaran dipantau dan dikawal di sepanjang lebuhraya dan jalan raya supaya

asap dan habuk tidak menjejaskan penglihatan dan membahayakan pengguna.

vi. Memberi amaran yang secukupnya bagi memaklumkan pengguna lebuhraya dan

jalanraya mengenai masalah berkenaan.

vii. Memastikan pembakaran tidak mengganggu penduduk di persekitaran.

viii. Memaklumkan kepada balai polis terdekat sebelum pembakaran dilakukan.

(Jabatan Alam Sekitar 2000)

Ketika kerancakan perkembangan sektor pertanian hasil cetusan Revolusi

Hijau, kerajaan mula memberi tumpuan kepada penyusunan semula masyarakat.

Landasan perubahan polisi berasaskan tanggapan pembangunan yang dipamerkan oleh

pihak swasta menyebabkan berlakunya ketidaksetaraan yang serius dalam agihan

pendapatan antara etnik (Fatimah 2012). Lantaran itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB)

dilancarkan pada tahun 1970 cuba menyeimbangkan pendapatan antara sektor

ekonomi dan penghapusan identiti kaum mengikut pekerjaan. Tujuannya

mengurangkan ketidakseimbangan antara kawasan (bandar–luar bandar), pendapatan

antara kaum dan wilayah bagi membasmi kemiskinan. Perubahan dasar ini sangat

sesuai apabila wujudnya ketidakseimbangan wilayah berlaku antara wilayah pertanian

MADA dan luar MADA di Kedah. Pertumbuhan wilayah yang tidak seimbang ini

melambangkan wujud perancangan pembangunan yang tidak sempurna menyebabkan

masyarakat tidak mendapat faedah yang setara (Ahmad Mahdzan 1994).

Justeru itu, pembaharuan terhadap sektor pertanian mendapat keutamaan

kerana sebahagian besar penduduk luar bandar yang terlibat dengan aktiviti pertanian

berada dalam kadar kemiskinan tinggi. Justeru itu, program pembangunan luar bandar

secara bersepadu diwujudkan bagi tanaman padi iaitu Projek Pembangunan Pertanian

Bersepadu (Integrated Agricultural Development Project atau IADP) Lembah Kedah

dengan menaiktaraf sistem pengairan dan infrastruktur ladang (Mohd Yusri et al.

2008). IADP merupakan projek pembangunan setempat bagi menyelesaikan masalah

seperti saiz ladang yang tidak ekonomik, menghindari petani mengusahakan tanaman

yang kurang menguntungkan dan daya pengeluaran tani yang rendah. Penekanan lebih

kepada menambahkan peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan melalui daya

pengeluaran tinggi, pembaikan mutu keluaran pertanian dan keutuhan institusi

peladang. Beberapa IADP lain juga diwujudkan antaranya IADP Besut (1971),

Kemubu (1972), IADP Barat Laut Selangor (1978), IADP Kemasin-Semerak (1982)

dan IADP Pulau Pinang. Ketika ini, kecukupan beras diberi keutamaan melalui

pengeluaran tempatan kerana padi merupakan tanaman strategik dan penting kepada

keselamatan negara (Ahmad Mahdzan 1994; Nik Hashim 1996).

Pelbagai strategi turut diperkenalkan bagi meningkatkan pengeluaran padi iaitu

intensifikasi dan ekstensifikasi. Strategi intensifikasi melibatkan peningkatan

produktiviti tanah yang sedang diusahakan melalui penggunaan teknologi baru, input

tanaman, kawalan serangga dan penyakit serta sistem pengairan. Ekstensifikasi pula

melalui penambahan jumlah kawasan pertanian bagi meningkatkan jumlah

pengeluaran melalui pembukaan kawasan pertanian yang baru. Manakala strategi

pelbagaian pula ialah menambahkan jumlah hasil pertanian melalui perluasan

perusahaan baru (Zulkifly 1983). Menurut Ahmad Mahdzan (1994), bagi menjayakan

pembangunan pertanian, setiap strategi perlu merangkumi kombinasi berikut iaitu (i)

program pembinaan institusi dengan aktiviti seperti penyelidikan, pendidikan dan

latihan kepada petani; (ii) pelaburan dalam prasarana termasuklah sistem pengairan

dan jalan pengangkutan; (iii) program pembaikan pemasaran hasil tani dan

pengedaran input serta (iv) dasar berhubung dengan harga, cukai, subsisi dan

pemegang tanah.

Strategi-strategi ini perlu digemblengkan bersama memandangkan Malaysia

memerlukan kira-kira 1.9 juta tan beras setahun bagi memenuhi keperluan

penduduknya sedangkan pengeluaran beras negara hanya mencecah 1.3 juta tan. Ini

bermakna Malaysia perlu mengimport 1.6 juta tan beras bernilai lebih kurang RM500

juta bagi memenuhi keperluan tersebut (Siti Petimah 1998). Memandangkan usaha

untuk meningkatkan hasil beras semakin giat, ini bermakna jumlah jerami juga akan

turut meningkat.

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) sehingga

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), krisis kekurangan bahan makanan

langsung tidak timbul sehinggakan kerajaan telah menilai semula dasar daripada

meningkatkan kepentingan sasaran mampu diri dalam pengeluaran beras dan

pengurangan import beras negara kepada peningkatan pendapatan petani. Petani di

dalam kawasan jelapang padi utama iaitu Muda di Kedah-Perlis dan Kemubu di

Kelantan menyumbang kira-kira 75 peratus daripada jumlah pengeluaran padi utama

negara yang rata-ratanya merupakan penduduk miskin. Justeru itu, matlamat

pembangunan subsektor padi lebih ditumpukan kepada pengurangan tahap kemiskinan

di kalangan petani melalui peningkatan pendapatan mereka (Nik Hashim 1996).

Dalam tempoh ini, Hala Cara Baru bagi membandarkan desa dan Dasar

Pertanian Negara (1984-1991) dilancarkan. Jelasnya, strategi masih mengekalkan

pembangunan in-situ dengan menubuhkan beberapa mini estet padi. Tujuannya bagi

mengekalkan pertumbuhan dan pengeluaran sektor pertanian dalam jangka masa

panjang serta menggalakkan pembangunan agro-industri berskala kecil bagi

mempelbagaikan ekonomi luar bandar. Pembangunan agro-industri ini didasari oleh

Pelan Induk Perindustrian (PIP) (1985-1995) yang menjadi penggerak kepada industri

berasaskan sumber pertanian. Ini akan mengeratkan rantaian antara sektor pertanian

dengan industri pembuatan. Pendekatan ini akan membawa peralihan daripada

pengeluaran komoditi sahaja kepada agro-industri yang menyeluruh dan komprehensif

meliputi industri pengeluaran dan pemprosesan makanan, industri asas tani, aktiviti

hiliran serta perniagaan tani (Chamhuri et al. 1998). Pembangunan agro-industri

digalakkan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan penggunaan bahan mentah

pertanian bagi melancarkan industri berasaskan tani. Ini memperlihatkan transformasi

ekonomi pertanian kepada ekonomi berasaskan industri.

Dalam tempoh RMK-5, tumpuan sektor pertanian masih terarah kepada

pembangunan tanah dan wilayah seperti FELDA dengan peruntukan terbesar iaitu

RM2801.4 juta diikuti oleh program pembangunan in-situ iaitu projek IADP

(RM2739.3 juta). Sepanjang tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1970-

1990), pembangunan pertanian dilihat lebih mengutamakan pembangunan sub-sektor

padi hanya dari sudut keselamatan negara dan peningkatan taraf hidup komuniti petani

sahaja. Pembangunan ke atas aktiviti hiliran lepas tuai dengan membangunkan hasil

sampingan pertanian masih samar.

7.2.3 Fasa Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (1991 – 2000)

Peruntukan yang besar diberikan semula kepada sektor pertanian. Dalam Rancangan

Malaysia Keenam (1991-1995), program pembangunan in-situ mendapat keutamaan

dengan peruntukan sebanyak RM4117.3 juta berbanding pembangunan tanah dan

wilayah sebanyak RM2383.3 juta. Peruntukan ini dibelanjakan untuk menyediakan

kemudahan infrastruktur terutamanya pengairan, saliran dan jalan ladang serta

sokongan berorientasikan perdagangan di lapan buah projek IADP seluruh negara

(Malaysia 1991; Nik Hashim 1996). Lantas, ia dapat menggerakkan sektor pertanian

ke arah pembangunan agro-industri yang lebih kompetitif.

Namun, tumpuan agro-industri hanya kepada tanaman komoditi industri iaitu

getah, kelapa sawit dan kayu manakala tanaman padi hanya kepada peningkatan

pengeluaran hasil sahaja (Ahmad Mahdzan 1994; Nik Hashim 1996). Ini jelas dilihat

kepada kesan rantaian industri terhadap sektor pertanian sangat lemah. Walaupun

pada dasarnya PIP bertujuan menggerakkan industri berasaskan sumber pertanian

namun penjurusannya lebih terarah kepada tanaman komoditi sahaja. Ini

menyebabkan kejatuhan relatif pengeluaran padi sehingga wujudnya banyak tanah

terbiar dan kadar upah yang rendah.

Gunatanah pertanian juga banyak ditukar kepada gunatanah perindustrian dan

pembandaran. Manakala tanah pertanian sedia ada tidak diusahakan akibat

kekurangan tenaga buruh yang semakin beralih ke sektor perindustrian. Kesannya

jelas kelihatan apabila Malaysia terpaksa bergantung kepada import bersih bagi

kebanyakan komoditi makanan utama. Pembangunan aktiviti nilai ditambah dan

industri hiliran juga lembap kerana terlalu bergantung kepada kemudahan

mendapatkan teknologi, sumber keusahawanan dan modal serta pasaran.

Justeru itu, penelitian semula dilakukan dalam DPN 2 (1992-2010) terhadap

pembangunan sumber manusia; peningkatan P&P; pembaikan dan penghasilan

teknologi baru; peningkatan produktiviti dan perubahan penggunaan faktor-faktor

pengeluaran. Lonjakan keupayaan daya saing pasaran di peringkat tempatan dan

antarabangsa digiatkan bagi merancakkan semula pembangunan sektor pertanian.

Bagi industri hiliran pula, masalah berkaitan saiz pasaran, teknologi, dasar fiskal,

harga, pengeluaran dan pemprosesan keluaran baru perlu diberi tumpuan

memandangkan masih banyak potensi bahan mentah pertanian yang belum

dieksploitasi dan dioptimumkan penggunaannya. Ini selaras dengan DPN 2 yang

memberi penekanan khas kepada perniagaan tani terutamanya masyarakat tani di luar

bandar. Galakan pembangunan hiliran menggunakan sumber bahan mentah tempatan

di samping melibatkan projek-projek bersepadu serta menerokai perladangan komersil

yang menggunakan baja kompos diperluaskan (Kementerian Pertanian Negara 1994).

Penilaian ini penting bagi mewujudkan integrasi antara sektor pertanian

dengan industri pembuatan dengan menyediakan sinergi kepada pertumbuhan

pengeluaran, peningkatan pendapatan terutamanya pendapatan isirumah luar bandar;

mengurangkan pendedahan pendapatan kepada ketidakstabilan harga dunia bagi

komoditi pertanian utama; mewujudkan perniagaan tani yang memerlukan tenaga

buruh mahir dan pengembangan institusi latihan bagi melatih sumber manusia dalam

kepakaran tertentu. Malah, pembangunan ini diseimbangkan dengan kesedaran

terhadap pemuliharaan alam sekitar kerana pertanian juga telah membawa kepada

degradasi kawasan dan sumber daya alam (Kementerian Pertanian Negara 1994).

Seterusnya pengenalan DPN 3 (1998-2010) dilihat lebih menekankan terhadap

kepentingan masa depan pengguna dan persekitaran seiring dengan pertumbuhan

ekonomi. Matlamatnya memaksimumkan sumber sedia ada yang terhad (tanah, buruh

dan bahan mentah) dan meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan.

Strategi yang digunapakai ialah pendekatan berasaskan produk dengan mewujudkan

sumber pertumbuhan baru melibatkan peringkat huluan dan hiliran dengan

menitikberatkan permintaan, keperluan pengguna dan pasaran. Ini memberi peluang

kepada usahawan pertanian meningkatkan pengeluaran dan keupayaan pemasaran

hasil pertanian selaras dengan PIP 2 (1996-2005) dan PIP 3 (2006-2020) yang

menekankan pertalian sektor ekonomi melalui perluasan industri sokongan dan

perantaraan ke arah daya saing global (http://www.hum.usm.my). Bagi mencapai

matlamat DPN3, Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) juga

diwujudkan. Ia menggalakkan penyertaan usahawan dan pihak swasta untuk

melaksanakan projek pertanian berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi.

Pembangunan pertanian kini diasaskan kepada zon pengeluaran, berteraskan pasaran

dan pembangunan kluster yang dapat diwujudkan melalui rantaian nilai.

7.2.4 Fasa Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (2001 – 2010)

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), pelbagai dasar dan polisi

yang menekankan aspek pertumbuhan menjadikan sektor pertanian mencapai

pertumbuhan yang tinggi dari segi pengeluaran, nilai ditambah dan eksport. Ia

disokong oleh penggunaan teknologi baru, pengeluaran komersil berskala besar,

sistem pertanian berkelompok serta harga komoditi dan akses kepada pasaran yang

lebih baik. Nilai ditambah sektor pertanian berkembang pada kadar purata 3.0 peratus

setahun melebihi sasaran iaitu 2.0 peratus. Namun, kadar pertumbuhan yang tinggi ini

banyak dijana oleh kelapa sawit dan getah. Sebagai jentera pertumbuhan ketiga,

‘Pertanian Baru’ diperluaskan dengan mengupas segenap potensi hasil pertanian

melalui bioteknologi melibatkan penggunaan teknologi yang lebih moden, usahawan

tani dan tenaga kerja mahir (Malaysia 2001).

Justeru itu, Dasar Bioteknologi Negara digubal pada tahun 2005 bagi

melonjakkan sektor pertanian ke arah lebih komersil melalui aplikasi teknologi

terhadap sumber pertumbuhan baru dengan meningkatkan nilai ditambah bahan

mentah pertanian dan hasil sampingan pertanian. Ia merupakan industri berasaskan

pengetahuan yang mampu menghasilkan kekayaan, peluang pekerjaan dan faedah

persekitaran (Fatimah 2012). Apa yang mengecewakan, pembangunan bioteknologi

negara lebih fokus kepada tanaman herba dan hasil sampingan kelapa sawit, getah dan

perkayuan sedangkan Malaysia mempunyai pelbagai hasil sampingan pertanian boleh

dieksplotasi.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan (2006-2010),

kerajaan telah meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

melalui biomass (hasil sampingan pertanian), biogas, mini hidro, tenaga angin, tenaga

solar dan sampah sarap (Malaysia 2006). Ini merupakan penerusan kepada program

Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Small Renewable

Energy Programme atau SREP) yang dilancarkan pada tahun 2001

(http://www.kettha.gov.my). Ini menunjukkan kerajaan mula membuka peluang

kepada penerusan pembangunan sumber tenaga alternatif berasaskan hasil sampingan

pertanian.

Bagi sub-sektor tanaman padi, peningkatan pengeluaran terus ditekankan

melalui program `Amalan Pertanian Baik’ dan pengurusan ladang secara

berkelompok. Justeru itu, Projek Separa Perladangan telah dinaiktaraf pada tahun

2007 kepada pengurusan secara berpusat iaitu estet padi. Ia diselaraskan oleh PPK.

Projek estet padi merangkumi keluasan sekurang-kurangnya 40 hektar. Ini selaras

dengan dasar kerajaan yang menetapkan tahap sara diri beras daripada 73% (2006)

kepada 90% (2010). Ini bertujuan mencapai pengeluaran hasil 10 tan sehektar bagi

meningkatkan daya saing pengeluar tempatan untuk mengekalkan kedudukan mereka

apabila terbentuknya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) (Unit Perancang

Ekonomi 2006). Secara tidak langsung, jumlah jerami yang terhasil juga adalah 10 tan

sehektar berdasarkan nisbah 1:1. Namun, jerami terus dibaziri dengan pembakaran

terbuka ke atasnya tanpa adanya inisiatif pihak tertentu untuk mengkomersilkan hasil

jerami secara besar-besaran.

Walau bagaimanapun, krisis makanan akibat peningkatan harga dan

kekurangan penawaran bekalan makanan serta krisis kewangan pada tahun 2008 telah

menyedarkan Malaysia terhadap peningkatan aspek keselamatan makanan negara

melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi mengurangkan

pergantungan makanan dari negara luar. Ini mendorong kerajaan meluluskan Dasar

Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) pada 2 Mei 2008. Antara strateginya adalah

meningkatkan pengeluaran makanan tempatan, meningkatkan kecekapan pemasaran,

memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan pendapatan ladang. Bagi

memaksimumkan penggunaan tanah, petani disarankan membangunkan projek

integrasi melalui penggabungan aktiviti penanaman dengan penternakan. Bagi

meningkatkan pendapatan ladang pula, petani digalakkan memaksimumkan

penggunaan sisa buangan pertanian. Ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam

usaha membangunkan hasil sampingan pertanian. Dorongan diberikan kepada

usahawan tani dan pihak swasta dengan pemberian insentif yang menarik. Program

Buku Hijau, pembangunan tanah dan kolam terbiar diteruskan bagi meningkatkan

pengeluaran bekalan makanan dan pendapatan usahawan tani (Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani 2011).

Lantaran itu, Dasar Teknologi Hijau Negara dilancarkan pada Ogos 2010

meningkatkan lagi kepentingan pengurusan hasil sampingan pertanian negara. Ia

bertujuan membangun dan mengaplikasikan produk, peralatan dan sistem ke arah

pengurusan alam sekitar yang mapan serta meminimumkan kesan negatif daripada

aktiviti manusia. Pembangunan jerami dilihat sejajar dengan kriteria yang ditonjolkan

dalam Dasar Teknologi Hijau iaitu keupayaan pembangunan industri jerami dalam (i)

meminimumkan degradasi persekitaran; (ii) mengurangkan pembebasan gas rumah

hijau; (iii) peningkatan kualiti hidup; (iv) menjimatkan tenaga dan sumber asli serta

(v) menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui

(http://www.kettha.gov.my). Ini selaras dengan polisi kerajaan yang menggalakkan

aktiviti pertanian diurus secara mapan dengan penekanan kepada (i) pemuliharaan

kepelbagaian biologi; (ii) perlindungan alam sekitar; (iii) penggunaan semula hasil

sampingan pertanian; (iv) pengeksploitasian teknologi hijau sebagai satu sumber

pertumbuhan baru; (v) menjana peluang pekerjaan merentasi sektor utama dan (vi)

memanfaatkan kekayaan sumber alam bagi memaksimumkan potensi dengan

pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui.

Walaupun pelbagai dasar dan polisi pembangunan wilayah telah direncanakan

namun, pembangunan sektor pertanian masih lembap akibat gagal memanfaatkan

ruang secara berkesan. Justeru itu, kerajaan telah mewujudkan koridor pembangunan

ekonomi wilayah dengan menyaksikan pembukaan Wilayah Iskandar, Wilayah

Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Pulau

Banggi di Sabah. Konsep Agropolitan digunapakai dalam pembangunan wilayah

ECER dan Pulau Banggi.

NCER dilancarkan pada 30 Julai 2007 bermatlamat menjadikan wilayah utara

iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak produktif melalui tiga teras ekonomi

iaitu pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Wilayah ini akan dijadikan sebagai zon

makanan moden bertaraf dunia. Ini memandangkan sektor pertanian menjadi

pemangkin kepada sumber ekonomi utama negeri-negeri di utara Malaysia. Ia

melibatkan tenaga kerja sebanyak 21.7% di Perlis, 19.0% di Kedah, 18.0% di Perak

dan 1.4% di Pulau Pinang. Rancangan Malaysia Ke-9 telah mensasarkan NCER

sebagai kawasan untuk melahirkan pembangunan ekonomi negara secara rata dan

seimbang dengan memberi tumpuan kepada peningkatan ekonomi penduduk.

Kawasan Koridor Utara memperuntukan kira-kira 595 615 hektar (40%) untuk aktiviti

pertanian secara keseluruhannya. Bagi sektor tanaman padi sahaja, diperuntukkan

kawasan seluas 167 598 hektar (64%) diperuntukan daripada jumlah keluasan

tanaman padi di Semenanjung Malaysia (Sime Darby Berhad 2007).

NCER menggariskan strategi bersepadu membasmi kemiskinan dan

mengurangkan jurang pendapatan antara kawasan luar bandar, bandar dan wilayah. Ini

berikutan sektor pertanian sering dikaitkan dengan penduduk luar bandar dan petani

tradisional yang berpendapatan rendah. Secara purata, lebih tiga perempat daripada isi

rumah di wilayah ini memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM2477 iaitu

kedua paling rendah selepas Wilayah Pantai Timur (Anon. 2007). Sasaran bulanan

pendapatan petani ialah RM1500 menjelang tahun 2012 berbanding hanya RM500

pada tahun 2005. Di Kedah, bilangan keluarga termiskin pada tahun 2003 sebanyak

2990 orang manakala dan semakin berkurangan kepada 2780 orang pada tahun 2006

(Kerajaan Negeri Kedah 2007).

Dalam hal ini, beberapa inisiatif telah direncanakan dalam NCER bagi

meningkatkan pengeluaran dan menambahkan pendapatan petani antaranya dengan (i)

mewartakan kawasan jelapang padi utama untuk melindunginya daripada perubahan

gunatanah selain pertanian makanan dan (ii) penambahan nilai kepada hasil padi

dengan menggalakkan aktiviti hiliran berasaskan hasil sampingan padi iaitu jerami,

sekam dan dedak. Merujuk kepada inisiatif tersebut, NCER telah merancang

mengekalkan kawasan pengeluaran utama padi dan membangunkan industri hiliran

dengan memanfaatkan potensi hasil sampingan padi berdasarkan konsep menjana

kekayaan daripada bahan buangan. Peluang ini mampu membuka ruang kepada

pembangunan industri jerami.

Lantaran itu, bioteknologi perlu dijana dengan meluas agar hasil sampingan

padi dapat dikomersilkan. Bagi mempromosikan industri hiliran ini, pihak kerajaan

meraih penyertaan pelabur tempatan terutamanya dalam bidang P&P dan

penjenamaan yang akan membawa sehingga ke peringkat global. Justeru itu, kerajaan

Negeri Kedah telah memberi penekanan kepada pembangunan industri asas tani

melalui:

i. Pembangunan industri berasaskan padi dan beras yang melibatkan projek beras

berkualiti, industri kraf berasaskan jerami padi dan kertas jerami serta produk kraf

jerami.

ii. Pembangunan integrasi ternakan lembu dan jerami padi melalui penubuhan pusat

fidlot, projek kompos, makanan dan minuman berasaskan beras serta projek

kosmetik berasaskan beras (UPEN 2007).

Bertunjangkan kepada matlamat ini, NCER seharusnya telah membuka jendela

baru kepada pembangunan jerami. Sehingga kini, industri jerami masih stagnasi

sedangkan tanaman padi merupakan tanaman strategik negara dan bekalan jerami

akan sentiasa berterusan dan meningkat. Apa yang pasti, sehingga akhir tempoh

Rancangan Malaysia Kesembilan, pemprosesan hiliran keluaran pertanian masih

mengekalkan tumpuan kepada hasil komoditi industri utama iaitu kelapa sawit, getah

dan kayu balak. Melalui MARDI, pakej teknologi baru telah dibangunkan meliputi

peringkat pengeluaran hingga ke pengendalian lepas tuai serta pemprosesan hiliran

termasuklah membangunkan produk yang mempunyai nilai ditambah pada keluaran

akhir daripada hasil sampingan padi.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, tumpuan beralih kepada aktiviti pertanian

bernilai tinggi. Aktiviti peningkatan nilai bagi sektor pertanian digalakkan kepada

sumber sedia ada dan berhampiran terutamanya di kawasan TKPM dengan

menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan logistik serta mempergiatkan

usaha P&P. Dalam tempoh ini, Dasar Baru Tenaga (2011-2015) diperkenalkan dengan

memberi penekanan kepada jaminan bekalan tenaga, kecekapan ekonomi,

pembangunan sosial serta pemuliharaan alam sekitar. Jaminan bekalan tenaga dan

bahan api akan dipertingkatkan melalui pembangunan sumber tenaga alternatif iaitu

tenaga hidro dan nuklear bagi menjana elektrik. Pengimportan arang batu dan gas asli

cecair bagi bahan bakar kenderaan akan dikurangkan di samping tumpuan kepada

pembangunan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sumbangan tenaga yang boleh

diperbaharui dianggarkan akan meningkat daripada kurang 1.0% (2009) kepada 5.5%

menjelang tahun 2015 (Malaysia 2010). Sekali lagi, peluang untuk membangunkan

jerami sebagai sumber tenaga alternatif terbuka luas. Namun, keupayaan

pembangunannya masih terbatas kesan daripada tiadanya desakan dasar yang benar-

benar mahu mengangkat hasil sampingan padi ke tahap komersil.

7.3 ANALISIS SWOT: KAJIAN DASAR

Berdasarkan kajian berkaitan dasar dan pembangunan pertanian di Malaysia, analisis

SWOT telah dibentuk bagi melihat tahap keupayaan pembangunan industri jerami di

Wilayah MADA. Hasil kajian mendapati terdapat dua kekuatan dan lima peluang

yang harus dimanfaatkan secara optimum bagi menjayakan pembangunan industri

jerami di Wilayah MADA. Manakala masing-masing wujud dua kelemahan dan

ancaman yang perlu dibasmi bagi mengelakkan kerencatan berlaku dalam proses

pembangunan jerami (Rajah 7.1).

Kekuatan Kelemahan

Padi sebagai tanaman strategik

negara

Pengenalan dasar yang menekankan

kepada pengurusan dan penggunaan

sumber secara mesra alam

Ketiadaan dasar yang menjurus

kepada pembangunan industri

jerami padi

Penumpuan peningkatan nilai

ditambah produk hanya tertumpu

kepada tanaman tertentu sahaja

Peluang Ancaman

Pelbagai galakan dan insentif bagi

pembangunan sektor padi wajar

dimanfaatkan bagi pembangunan

jerami

Keperluan kepada sumber tenaga

alternatif

Peningkatan harga import makanan

ternakan menuntut kepada

penggunaan jerami sebagai

makanan alternatif

Pengembangan kawasan melalui

pembangunan industri jerami

Peningkatan sektor pelancongan tani

Subsidi baja kimia kepada petani

menghalang kepada penggunaan

baja kompos jerami secara meluas

Kemasukan import input

pengeluaran

Rajah7.1 Analisis SWOT bagi kajian dasar

7.3.1 Kekuatan

a. Padi Sebagai Tanaman Strategik Negara

Kegawatan ekonomi global akibat krisis makanan dan kewangan pada tahun 2008

menyebabkan kenaikan harga beras. Harga beras di pasaran dunia melonjak sebanyak

141% sejak Januari 2008 berbanding hanya 16% pada tahun 2007. Malaysia

mengimport 40% beras daripada negara luar terutamanya Thailand (60% atau 480 ribu

tan metrik setahun), Vietnam, China, India dan beberapa negara lain. Ini amat

mengancam keselamatan bahan makanan negara sekiranya berlaku pengurangan

bekalan beras dari negara-negara tersebut. Musibah ini berpunca daripada perubahan

iklim dunia yang menyebabkan kemerosotan pengeluaran padi di negara pengeksport

utama dan kenaikan harga bahan api fosil. Ketika itu, negara pengeksport beras utama

dunia akan menyekat eksport beras negaranya bagi memastikan penduduk tempatan

mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan mengekang inflasi harga yang

serius. Malaysia turut merasa bahang kesan sekatan eksport tersebut malah, anggaran

stok simpanan beras negara hanya mampu bertahan selama enam bulan sahaja.

Natijahnya, kerajaan meningkatkan pengeluaran beras dengan menetapkan

tahap sara diri kepada 90% dan memperkenalkan DJBN pada tahun 2008 bagi

menjamin pengeluaran makanan sentiasa mencukupi. Bagi tanaman padi, peningkatan

bilangan penduduk dan taraf hidup memerlukan penawaran bahan makanan yang

mencukupi. Sebagai tanaman strategik negara, pelbagai dasar, polisi dan program

direncanakan antaranya DJBM, Amalan Pertanian Baik, Projek 10 tan Sehektar dan

lain-lain bagi memastikan pengeluaran beras negara sentiasa mencukupi terutamanya

ketika berlakunya krisis makanan. Pembaikan dan penerusan program-program ini,

secara tidak langsung memberi kesan terhadap pertambahan pengeluaran jerami.

Malah, pengekalan lapan buah kawasan jelapang padi sedia ada di Malaysia dan

penambahan sebuah lagi jelapang padi di Sarawak mampu mengukuhkan bekalan

jerami yang berterusan dengan anggaran keseluruhan jerami yang dapat dikumpul

sebanyak 602 166 tan metrik bagi keluasan bertanam seluas 669 072 relung. Wilayah

MADA sebagai sebuah kawasan pengeluar terbesar dan terunggul padi serta jerami di

Malaysia dengan tersedianya pelbagai infrastruktur sewajarnya menggunakan

kelebihan tersebut untuk mengoptimumkan penggunaan hasil pertanian padinya.

Penemuan ini adalah selari dengan kajian oleh Thompson et al. (1998) yang

mendapati keunggulan sesebuah wilayah pertanian mampu mewujudkan industri hasil

sampingannya yang berdaya maju.

b. Pengenalan Dasar Yang Menekankan Kepada Pengurusan Dan Pengunaan

Sumber Secara Mesra Alam

Penggubalan dasar dan polisi yang lebih menekankan kepada pengurusan pertanian

secara mesra alam, penggunaan sumber yang boleh diperbaharui serta perluasan P&P

terhadap potensi hiliran bagi sumber pertanian membuka peluang kepada

pembangunan industri jerami. Ini berikutan sektor pertanian seringkali dianggap

sektor yang mencemarkan alam dengan penggunaan input kimia dan bahan api fosil

yang tinggi. Pemanasan global, jerebu dan keadaan persekitaran yang terjejas ketika

pembakaran jerami mampu menyedarkan masyarakat untuk turut serta

membangunkan jerami. Ini didorong oleh pengenalan polisi dan kempen antaranya

pembakaran sifar, pertanian mapan, kempen kesedaran cintakan alam sekitar dan

sebagainya. Seiring dengan perkembangan tersebut, penggunaan bioteknologi dalam

sektor pertanian akan terus dipergiatkan melalui Dasar Bioteknologi Negara untuk

menggembleng potensi sektor pertanian dalam mewujudkan kekayaan baru dengan

menghasilkan produk baru yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.

7.3.2 Peluang

a. Pelbagai Galakan Dan Insentif Bagi Pembangunan Sektor Padi Wajar

Dimanfaatkan Bagi Pembangunan Jerami

Pelbagai bentuk strategi dilaksanakan dalam sektor tanaman padi iaitu intensifikasi,

ekstensifikasi dan pelbagaian. Strategi ini dikukuhkan dengan pengenalan pelbagai

insentif tertentu antaranya dasar subsidi input terpilih yang meliputi perkhidmatan

kontrak, nasihat teknikal, pembekalan input tanaman, penyediaan sistem pengairan

dan infrastruktur ladang, pemberian kredit, sokongan harga padi dan sebagainya.

Kesemua ini dibentuk bagi memodenkan sub-sektor padi serta meningkatkan hasil

pengeluarannya. Pastinya, jumlah jerami turut meningkat seiring dengan peningkatan

hasil padi. Justeru itu, penerusan pemodenan perlu kepada proses pengendalian lepas

tuai dengan mewujudkan lebih banyak nilai ditambah melalui pembangunan industri

hiliran jerami.

b. Keperluan Kepada Bekalan Sumber Tenaga Alternatif

Bekalan sumber petroleum dan gas asli dunia dijangka mampu memenuhi permintaan

dalam masa lima dekad sahaja. Pencarian telaga minyak baru sedang giat dijalankan

bagi menampung keperluan penduduk. Malaysia juga turut mengalaminya. Malah,

harga bahan api berasaskan petroleum juga semakin tinggi menyebabkan harga bahan

makanan turut meningkat. Ini kesan daripada pergantungan penghasilan makanan

terhadap petroleum dari segi kejenteraan ladang, penghasilan input dan pengilangan.

Keadaan ini menuntut kepada pengenalan teknologi penghasilan biofuel seperti etanol,

biodiesel dan biogas daripada jerami sebagai alternatif kepada petroleum dan gas asli.

Bantuan pihak kerajaan dari segi modal dan pasaran amat penting. Teknologi ini lebih

baik dan mesra alam berbanding peteroleum dan gas asli. Dapatan ini adalah selari

dengan kajian Cuiping et al. (2004), Henderick dan Williams (2000) serta Kishore et

al. (2004) yang mendapati pembangunan penyelidikan dan teknologi, pasaran yang

kukuh serta sokongan padu kerajaan akan menjamin penggunaan sumber tenaga

biomass.

Selain itu, kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik terutamanya di kawasan

luar bandar boleh ditampung dengan membangunkan potensi jerami sebagai sumber

tenaga elektrik. Kedapatan sumber jerami yang banyak di kawasan luar bandar boleh

dibangunkan bagi mengatasi masalah ketidakcukupan bekalan tenaga elektrik kepada

kawasan perumahan dan perindustrian. Di bawah SREP, sepatutnya jerami telah

mendapat pertimbangan yang sewajarnya untuk dijayakan memandangkan beberapa

buah negara antaranya China, India dan Bangladesh telah mampu mengatasi masalah

ketidakcukupan bekalan tenaga elektrik di luar bandar dengan menggunakan jerami

padi.

c. Peningkatan Harga Import Makanan Ternakan Menuntut Kepada

Penggunaan Jerami Sebagai Makanan Alternatif

Peningkatan kos makanan ternakan yang tidak terkawal kesan kenaikan harga import

makanan ternakan menuntut kepada pencarian makanan alternatif. Anggaran

keperluan makanan ternakan di Malaysia menunjukkan jumlah mengimport jagung

dan serbuk ikan sebagai makanan lembu, ayam-itik dan khinzir bagi tahun 1990

sebanyak RM431.1 juta iaitu pertambahan kira-kira 144% dari tahun sebelumnya.

Pada tahun 1998, import bahan makanan ternakan ialah RM1.831 juta dan mengalami

peningkatan sebanyak RM58 104 pada tahun 2001. Pada tahun 2003, jumlahnya

meningkat kepada RM2.077 juta berbanding tahun sebelumnya RM1.103 juta

(Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2004).

Makanan kuda iaitu chaff diimport 100% daripada Australia. Jumlah nilai

import chaff bagi kegunaan 4.2kg/ kuda/ hari adalah lebih kurang RM13 juta setahun

dan kosnya semakin meningkat. Pengeluaran chaff tempatan daripada jerami padi

didapati dapat dijual dengan harga yang jauh lebih murah iaitu RM32 bagi setiap beg

berbanding yang diimport iaitu RM70 (MADA 1998). Namun begitu, pengeluaran

chaff tempatan harus ditingkatkan di samping promosi untuk meningkatkan

permintaan pasaran.

Keadaan peningkatan harga import makanan ternakan yang semakin

meningkat menuntut kepada pihak kerajaan untuk mengurangkan kemasukan import

sebaliknya meningkatkan penggunaan jerami tempatan sebagai makanan ternakan. Ini

kerana jerami sangat berpotensi sebagai makanan ternakan selain dapat mengurangkan

pembaziran sumber dan mengatasi masalah pembakaran terbuka jerami. Namun,

tumpuan harus ditekankan kepada penyelidikan untuk membaiki dan meningkatkan

mutu pemakanan jerami agar penggunaannya sebagai makanan ternakan semakin

meluas dan berdaya saing.

d. Pengembangan Kawasan Melalui Pembangunan Industri Jerami

Matlamat mewujudkan dasar pertanian negara adalah menjurus ke arah mewujudkan

nilai rantaian antara sektor pertanian dengan sektor ekonomi lain dan pembangunan

kawasan luar bandar melalui pewujudan sektor industri. Pembangunan industri jerami

dilihat mampu mewujudkan aktiviti agro-industri berskala kecil dan sederhana melalui

penglibatan sektor swasta dan komuniti tani dalam pengembangan agribisnes. Ia

melibatkan pertanian bercorak komersil melalui pemprosesan di peringkat huluan dan

hiliran serta pemasaran keluaran pertanian dengan penggunaan sumber asas pertanian

di wilayah tersebut.

Pengembangan agro-industri berasaskan jerami ini melibatkan pengembangan

kawasan dan wilayah pertanian pembangunan infrastruktur; terciptanya usaha

agribisnes dan budaya industri dalam masyarakat di persekitaran tani serta

pengembangan aliran dana pelaburan yang akan membawa kepada pemanfaatan

penggunaan teknologi dan inovasi produk. Hasil kajian menunjukkan wujudnya

pengembangan agribisnes dan pembangunan infrastruktur ke atas Wilayah MADA. Ini

adalah selari dengan kajian oleh Korea Rural Economic Institute (2005) dan Rusastra

et al. (2004) yang mendapati pembangunan hasil unggulan pertanian melibatkan

peringkat huluan dan hiliran di sesebuah wilayah pertanian akan meningkatkan

kefungsiaan sesebuah wilayah pertanian melalui pengembangan fungsi yang

dijalankannya.

e. Peningkatan Sektor Pelancongan Tani

Hasil kajian menunjukkan industri asas tani mampu mengangkat sektor pelancongan

tani di Kedah melalui pembangunan kraf jerami. Pelancongan tani bagi sub sektor

tanaman padi di Kedah dimajukan melalui pakej homestay dan muzium padi. Kajian

mendapati pihak MADA dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri

Kedah dan agensi pelancongan lain telah bertindak aktif dengan mewujudkan pusat

bengkel dan pameran kraftangan di Pendang, Kedah. Di pusat ini, jerami akan

ditonjolkan sebagai salah satu produk yang diharap mampu menunjangi sebagai

tarikan terbaru bagi industri kraf di Kedah.

7.3.3 Kelemahan

a. Ketiadaan Dasar Yang Menjurus Kepada Pembangunan Industri Jerami

Padi

Ketiadaan dasar yang wujud secara tersendiri dan menjurus kepada pembangunan

jerami menjadikan hasil ini seringkali tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Jika dilihat

kepada trend pembangunan industri asas tani, strukturnya tidak banyak berubah.

Tumpuan industri hiliran sejak awal tahun 1970an lagi sehingga kini telah diberikan

kepada tanaman komoditi industri iaitu getah, kelapa sawit, kayu dan pemprosesan

makanan. Bagi komoditi padi, tumpuan hanya kepada peningkatan pengeluaran hasil

bagi menjamin keselamatan bahan makanan negara dan pembangunan industri hiliran

berasaskan beras seperti bihun, laksa dan tepung. Malangnya, hasil sampingan padi

iaitu jerami seringkali diabaikan potensi hilirannya walaupun terbukti berpotensi

tinggi. Jadinya, proses penuaian diakhiri dengan pembakaran jerami. Ini kerana

tiadanya satu dasar yang menuntut kepada pengurangan atau menghalang kepada

pembakaran terbuka jerami seperti yang dilaksanakan di California, Amerika Syarikat

dan China. Terbentuknya dasar yang sebegini akan membuka ruang kepada jerami

untuk berkembang sebagai sebuah industri yang maju.

Apa yang pasti, pihak kerajaan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan

sumber tenaga hidro dan solar sahaja. Keadaan ini amat merugikan negara kerana

sumber jerami secara berterusan dibuang sedangkan pembangunannya dapat

menambah kapasiti bekalan tenaga elektrik yang boleh disalurkan kepada kawasan

perumahan dan perkilangan. Ini dapat menampung masalah kekurangan bekalan

tenaga elektrik yang dibekalkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.

b. Penumpuan Peningkatan Nilai Ditambah Produk Hanya Tertumpu Kepada

Tanaman Tertentu Sahaja

Pengenalan beberapa dasar dan polisi seperti Dasar Bioteknologi Negara dilihat

mampu memberi peningkatan nilai melalui aplikasi teknologi yang mampu

mewujudkan sumber pertumbuhan baru dalam hasil pertanian. Namun, penumpuan

bioteknologi negara lebih terfokus kepada tanaman herba dan hasil sampingan kelapa

sawit, kayu dan getah sahaja sedangkan terdapat pelbagai hasil sampingan pertanian

negara yang boleh dieksploitasi. Peningkatan nilai ditambah bagi jerami padi kurang

mendapat perhatian berikutan amalan tradisinya jerami hanya dibakar. Justeru itu, ia

hanya dianggap sebagai sisa buangan pertanian. Peruntukan yang tinggi disalurkan

bagi mencari pelbagai sumber lain yang berpotensi untuk dimajukan sedangkan jerami

yang telah terbukti berpotensi berdasarkan kajian-kajian dari luar dan tempatan terus

dikesampingkan penggunaannya dalam menjana ekonomi negara.

7.3.4 Ancaman

a. Subsidi Baja Kimia Kepada Petani Menghalang Kepada Penggunaan Baja

Kompos Jerami Secara Meluas

Sejak tercetusnya Revolusi Hijau, baja kimia digunakan secara meluas bagi

menggantikan baja organik. Baja kimia didapati mampu memberikan hasil yang

memberangsangkan dalam jangka masa yang singkat. Penggunaannya disokong pula

dengan pemberian subsidi baja kimia oleh kerajaan kepada petani. Malah, harganya

yang murah dan mudah didapati juga menyebabkan mendapat permintaan yang tinggi

terutamanya daripada pengusaha tanaman hortikultur.

Pemberian subsidi baja kimia oleh kerajaan kepada petani menidakkan

permintaan meluas baja kompos jerami. Petani tidak mungkin mengeluarkan kos

tambahan untuk mendapatkan baja kompos tempatan walaupun harganya lebih murah

kerana telah memperolehi baja kimia secara percuma. Malah, hasil yang bakal

diperolehi melalui penggunaan baja kompos mengambil masa yang panjang bagi

mendapatkan hasil yang memberangsangkan berbanding baja kimia. Seharusnya pihak

kerajaan menggalakkan penggunan baja organik bagi memastikan keselamatan bahan

makanan yang disediakan kepada penduduk lebih terjamin. Ini memerlukan tindakan

drastik kerajaan dengan menghadkan penggunaan baja kimia ke atas tanaman dan

memberi subsidi ke atas baja organik.

b. Peningkatan Import Input Pengeluaran

Peningkatan import input pengeluaran terutamanya baja kimia, baja organik dan

makanan ternakan menyebabkan input tersebut berada secara meluas di pasaran.

Barangan import didapati lebih baik berbanding barangan tempatan. Tambahan pula,

masyarakat tempatan lebih mengagung-agungkan barangan luar berbanding tempatan.

Keadaan ini menyukarkan barangan tempatan untuk bersaing dengan barangan yang

diimport. Justeru itu, baja kompos dan makanan ternakan berasaskan jerami masih

belum dapat untuk menakluki pasaran tempatan walaupun terbukti mampu

menandingi input pengeluaran yang diimport.

7.4 KESIMPULAN

Kajian institusi telah memperlihatkan perencanaan dasar terhadap pembangunan

industri jerami di Malaysia khususnya di Wilayah MADA. Perencanaan dasar inilah

merupakan penentu kepada keupayaan pelaku utama untuk bertindak memajukan

industri jerami dan mencerahkan peluang kepada terbentuknya usaha agribisnes

berasaskan jerami yang berdaya saing. Selain itu, perencanaan dasar yang berkaitan

juga dilihat berupaya mengkomersilkan jerami sebagai satu industri sokongan selain

dapat mengurangkan pembaziran sumber dan pencemaran ke atas persekitaran tani.

289

BAB VIII

STAGNASI DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI PADI:

SUATU REALITI

8.1 PENGENALAN

Bab-bab sebelum ini telah memaparkan hasil empat kajian mengenai industri jerami

padi di Wilayah MADA iaitu kajian enterprais, kajian komuniti, kajian institusi dan

kajian dasar. Berdasarkan pembentangan hasil kajian tersebut, terbentuklah gambaran

tentang faktor dan elemen utama yang mencirikan masing-masing kekuatan,

kelemahan, peluang dan ancaman yang selama ini dialami oleh industri jerami padi di

Wilayah MADA. Berkontekskan dapatan empat kajian tersebut, bab ini cuba membuat

penilaian komparatif mengenai caturan faktor dan elemen yang mempengaruhi

perkembangan pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Ini bertujuan untuk

menjawab persoalan-persoalan kritikal berkaitan mengapa kekuatan dan peluang yang

sedia ada tidak digunakan sebaiknya sebaliknya, kelemahan dan ancaman tidak

ditangani sepenuhnya. Berdasarkan hasil analisis, skor pemberat diterbitkan bagi

mengenalpasti faktor-faktor utama yang mencetuskan stagnasi dalam pembangunan

industri jerami di Wilayah MADA.

8.2 TERBIARNYA FAKTOR DAN ELEMEN `KEKUATAN΄ YANG SEDIA

ADA DALAM MENJANA PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI

Perbincangan terhadap stagnasi dalam pembangunan industri jerami padi di Wilayah

MADA akan melihat kepada persoalan apakah faktor dan elemen kekuatan yang sedia

ada dibiarkan dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ini berikutan hasil kajian

merumuskan terdapat 11 skor kekuatan yang membentuk dinamiks pembangunan

industri jerami di Wilayah MADA (Jadual 8.1). Sekiranya kekuatan yang wujud ini

dimanfaatkan secara optimum, adalah mustahil industri jerami di Wilayah MADA

masih kekal ditakuk lama. Pembakaran terbuka jerami yang diamalkan selama ini

mendatangkan pembaziran kerana hasil kajian telah membuktikan jerami merupakan

sumber yang boleh diperbaharui dan sangat berpotensi tinggi dalam menyokong

pembangunan industri asas tani negara.

Jadual 8.1 Faktor dan elemen `kekuatan΄ sedia ada dalam mempengaruhi

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA

Faktor dan elemen kekuatan Sangat

lemah

(1)

Lemah

(2)

Sederhana

(3)

Kuat

(4)

Sangat

kuat

(5)

Kelebihan semulajadi yang

sesuai untuk tanaman padi

Padi sebagai tanaman strategik

negara

Penekanan dan pernyataan

dasar terhadap pembangunan

industri hasil sampingan

pertanian dan pengurusannya

secara mesra alam

Kedapatan bekalan bahan

mentah jerami yang banyak

dan berterusan

Pembaikan infrastruktur ladang

melancarkan proses

pembangunan jerami

Kelebihan dan potensi jerami

dalam penghasilan produk

Keterbukaan sikap petani

dalam inovasi pertanian

Penjimatan kos pengurusan

ladang oleh petani

Harga bahan mentah jerami

yang murah dan boleh

diperolehi secara percuma

Pewujudan peluang

pekerjaan

Harga produk jerami yang

kompetitif di pasaran

8.2.1 Kelebihan Semulajadi Wilayah MADA

Kelebihan semulajadi Malaysia dari segi iklim yang sesuai untuk dijalankan aktiviti

pertanian iaitu panas dan lembab sepanjang tahun; mendapat pancaran matahari yang

mencukupi; taburan hujan yang tinggi; tanih subur yang sesuai untuk pelbagai

tanaman jenis tropika dan mempunyai tanah pamah yang luas membolehkan pelbagai

aktiviti pertanian dijalankan secara besar-besaran. Ini menjadikan Malaysia salah

sebuah negara yang mempunyai hasil sampingan pertanian yang begitu banyak.

Rumusan kajian mendapati faktor ini sangat kuat (skor 5) untuk mendorong

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

Begitu juga dengan kedudukan Wilayah MADA yang terletak 50 meter dari

aras laut, bertanih aluvium yang sangat subur, mendapat hujan dan pancaran matahari

yang mencukupi sememangnya sangat sesuai untuk tanaman padi sawah. Anugerah

alam ini menjadikan Wilayah MADA sebagai wilayah terbesar pengeluaran padi di

Malaysia dengan dua musim penanaman. Justeru itu, kedapatan sumber jerami adalah

sangat banyak dan meluas di serata Negeri Kedah. Hasil kajian mendapati lokasi

penanaman amat penting dalam mempengaruhi penawaran bekalan jerami. Kekuatan

ini seharusnya dijadikan pemangkin bagi mewujudkan sumber ekonomi baru negara

daripada hanya mencetuskan pembaziran sumber secara disengajakan dengan

melakukan pembakaran jerami

8.2.2 Padi Sebagai Tanaman Strategik Negara

Sebagai sebuah negara pertanian dan beras merupakan makanan ruji penduduk

menjadikan tanaman padi telah diangkat sebagai tanaman strategik negara. Ini

bermakna sub-sektor padi lebih ditumpukan kepada peningkatan hasil ladang untuk

penyediaan mankanan penduduk berbanding industri yang boleh dijana di sepanjang

rantaiannya. Sejak tercetusnya Revolusi Hijau, musim penanaman padi di Wilayah

MADA ditingkatkan kepada dua kali setahun dengan menggunakan kaedah tabur terus

selain menaiktaraf infrastruktur ladang dan penggunaan mekanisasi ladang secara

meluas untuk pemotongan padi. Pertaruhan ini telah meningkatkan jumlah

penghasilan jerami di ladang berbanding pengurusan ladang secara tradisional. Hasil

kajian mendapati kaedah penanaman, kemudahan infrastruktur dan kaedah

pemotongan padi mempengaruhi jumlah bekalan jerami. Faktor ini sangat kuat untuk

mempengaruhi (skor 5) perkembangan industri jerami di Wilayah MADA.

8.2.3 Penekanan Dan Pernyataan Dasar Terhadap Pembangunan Industri

Hasil Sampingan Pertanian Dan Pengurusannya Secara Mesra Alam

Pelbagai dasar dan program yang menghambat kepada peningkatan hasil pengeluaran

makanan negara telah dibentuk antaranya Dasar Pertanian Negara, DJBM, Dasar

Agromakanan dan NCER. Namun begitu, dasar-dasar ini juga memperuntukan

sebahagian matlamatnya kepada pewujudan nilai ditambah hasil pengeluaran melalui

pembangunan industri huluan dan hiliran hasil sampingannya. Matlamat

pembangunan hasil sampingan pertanian dalam dasar kerajaan dikukuhkan dengan

pendekatan dasar-dasar lain yang menggalakkan kepada sumber pertumbuhan baru,

perlindungan terhadap alam sekitar dan memelihara keseimbangan ekologi dalam

pembangunan pertanian. Ia digalakkan melalui penerokaan potensi hasil pertanian dan

hasil sampingannya bagi meningkatkan daya saingnya di pasaran. Tujahan ini dapat

dilihat dalam Dasar Pertanian Negara, Dasar Bioteknologi Negara, Dasar Teknologi

Hijau Negara, Program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh

Diperbaharui, Pengurusan Buangan Sifar, Pembakaran Sifar dan Projek Integrasi

Sempadan yang semuanya menjurus ke arah melestarikan sektor pertanian.

Ini jelas membuktikan terdapatnya penekanan dasar terhadap pembangunan

industri jerami walaupun secara umumnya kebanyakan dasar lebih menjurus kepada

pembangunan hasil sampingan pertanian secara umum. Oleh itu, kekuatan jerami

sebagai suatu sumber yang boleh diperbaharui dengan pelbagai potensi lain untuk

dimajukan seharusnya dieksploitasi secara optimum melalui pendekatan dasar yang

telah digariskan. Apa yang pasti, kekuatan terhadap penekanan dasar (skor 5) gagal

dimanfaatkan untuk pembangunan jerami sebaliknya hanya berpihak kepada komoditi

industri utama. Ia juga gagal mempengaruhi penyertaan pihak swasta sebagai pemain

utama (big player) dan mewujudkan petani komersil yang bertindak sebagai usahawan

bagi pembangunan industri jerami padi.

8.2.4 Kedapatan Bekalan Bahan Mentah Jerami Yang Banyak Dan Berterusan

Pelbagai program turut direncanakan bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi

antaranya penggunaan varieti hasil tinggi, Amalan Pertanian Baik, Projek 10 tan

Sehektar, Projek Estet Padi serta program pengawalan rumpai dan penyakit. Hasil

yang diperolehi semakin memberangsangkan sehingga mencecah 7.0 tan metrik

sehektar di Wilayah MADA. Pastinya hasil jerami akan meningkat kerana

peningkatan hasil adalah seiring dengan peningkatan jumlah jerami.

Projek Estet Padi dilihat sangat berkesan dalam mengukuhkan pembangunan

industri jerami di Wilayah MADA. Hasil kajian mendapati masalah saiz dan status

milikan tanah menjadi antara faktor utama stagnasi dalam pembangunan jerami.

Purata saiz ladang di Wilayah MADA adalah 2.12 hektar pada tahun 2010. Seramai

46 334 orang orang petani mengerjakan ladang kurang daripada tiga hektar. Keluasan

ladang yang kecil amatlah tidak ekonomik bagi penggunaan mesin baler. Justeru itu,

projek estet padi yang diperkenalkan selaras dengan dasar kerajaan bagi meningkatkan

TKS kepada 90% (2010) dilihat mampu mengatasi masalah saiz dan status milikan

tanah yang menghalang kepada pembangunan industri jerami.

Ini memberikan kekuatan kepada industri jerami kerana penggunaan

mekanisasi ladang seperti mesi baler dan lori pengangkut akan lebih efisien. Hasil

kajian mendapati program peningkatan hasil sangat mempengaruhi (skor 5)

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA. Apa yang dikesalkan, program

pembangunan ini hanya difokuskan kepada peningkatan hasil ladang sahaja tanpa

merencanakan suatu program yang khusus kepada pembangunan jerami. Ini

menyebabkan jerami diabaikan sejak sekian lama sedangkan potensinya dalam

memacu industri asas tani melalui peningkatan nilai ditambah hasil pertanian amatlah

tinggi.

8.2.5 Pembaikan Infrastruktur Ladang Melancarkan Proses Pembangunan

Jerami

Di Kedah pula, fokus sektor pertanian melalui Halatuju Pembangunan Pertanian

Negeri Kedah (2008-2015) telah dilaksanakan ke arah menjadikan Negeri Kedah

sebagai ‘Belanda Malaysia’ (Holland of the East). Fokus utama pembangunan

ditujukan kepada sektor tanaman, penternakan, perikanan dan pemasaran. Sebagai

‘Jelapang Padi Negara’ kawasan tanaman padi sedia ada iaitu Wilayah MADA dan

Luar MADA akan terus dikekalkan selain menaiktaraf kemudahan jalan ladang serta

infrastruktur pengairan dan saliran. Ini disokong dengan peruntukan di peringkat pusat

melalui DJBM sebanyak RM190.8 juta dan peruntukan awal sebanyak RM1.4 billion

oleh NCER kepada pembangunan infrastruktur di Wilayah MADA.

Hasil kajian membuktikan projek menaiktaraf jalan ladang ini sebenarnya

memberi kekuatan (skor 5) kepada pembangunan industri padi dan hasil

sampingannya. Ia membantu mempercepatkan proses pengeluaran jerami dari ladang

ke pusat penyimpanan. Malangnya, pembangunan infrastruktur ini tidak dikongsi

bersama ke atas pembangunan industri jerami kerana tumpuan hanya diberikan kepada

pembangunan industri padi dan beras sahaja.

8.2.6 Kelebihan Dan Potensi Jerami Dalam Penghasilan Produk

Keputusan kajian juga mendapati kekuatan untuk menjayakan industri jerami juga

wujud pada kelebihan bahan mentah jerami itu sendiri dengan skor 5. Kelebihan

jerami dari segi kandungan nutrien dan sangat berpotensi tinggi dalam mewujudkan

rantaian nilai dengan sektor industri pembuatan dan pembinaan serta alternatif kepada

sumber tenaga baru menjadikannya ia begitu kukuh untuk dibangunkan. Selain dapat

meningkatkan hasil ladang, ia juga mampu mengurangkan import makanan ternakan

dan input baja serta mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

8.2.7 Keterbukaan Sikap Petani Terhadap Inovasi Pertanian

Sikap keterbukaan petani terhadap perubahan dalam pengurusan jerami secara mesra

alam merupakan kekuatan asas (skor 5) bagi pembangunan industri jerami. Ini kerana

petani yang bertindak sebagai pengeluar bahan mentah berhak membuat keputusan ke

atas tanah yang diusahakannya sama ada jerami perlu dibakar atau dibangunkan. Hasil

kajian membuktikan hampir keseluruhan petani (150 orang responden) memberi

respons sangat berminat untuk membangunkan jerami. Malah sikap dan kerjasama

petani dengan penerapan program dan polisi oleh pihak institusi akan menjamin

kelangsungan pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

8.2.8 Penjimatan Kos Pengurusan Ladang Oleh Petani

Kos pengurusan ladang semakin meningkat dengan penggunaan mekanisasi ladang

dan input pengeluaran secara intensif kesan kenaikan harga bahan api petroleum.

Hasil kajian mendapati pembangunan jerami dapat mengurangkan kos pengurusan

ladang melalui insentif yang diberikan oleh pihak MADA iaitu bayaran RM16 bagi

serelung ladang yang membenarkan projek pemungutan jerami dilakukan ataupun

putaran tunggul jerami. Justeru itu, petani tidak perlu lagi menyewa mekanisasi untuk

memutar tunggul jerami. Faktor ini didapati sangat mempengaruhi (skor 5)

perkembangan industri jerami.

8.2.9 Harga Bahan Mentah Jerami Yang Murah Dan Boleh Diperolehi Secara

Percuma

Kejayaan program peningkatan hasil dilihat dapat menjamin bekalan jerami yang

berterusan. Faktor ini memperlihatkan bahawa pengusaha enterprais tidak akan

menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan jerami (skor 5). Hasil kajian juga

membuktikan bahawa harga bahan mentah jerami masih murah kerana tidak mendapat

permintaan yang tinggi di pasaran. Untungnya, jerami masih lagi boleh diperolehi

secara percuma di ladang kerana jerami masih dianggap sebagai sisa buangan oleh

sebahagian besar petani dan kedapatan jerami di ladang hanya akan menyukarkan

proses pembersihan ladang untuk tanaman berikutnya. Ini sememangnya

menguntungkan pengusaha enterprais kerana dapat menjimatkan kos pengeluaran

dengan memperolehi bahan mentah pada harga yang murah ataupun percuma sahaja.

8.2.10 Pewujudan Peluang Pekerjaan

Hasil kajian membuktikan bahawa perkembangan enterprais jerami akan mewujudkan

peluang pekerjaan tetap, sampingan dan bermusim terutamanya kepada golongan

wanita, suri rumah dan belia. Kekuatan ini akan memberi peluang kepada petani dan

komuniti tempatan untuk turut melibatkan diri dalam pembangunan agribisnes. Ini

akan mengukuhkan pembangunan wilayah melalui peningkatan agribisnes,

peningkatan taraf hidup penduduk dan pembangunan wilayah. Kajian merumuskan

bahawa faktor ini sekadar mampu mendorong (skor 3) kepada pembangunan

berterusan industri jerami.

8.2.11 Harga Produk Jerami Yang Kompetitif Di Pasaran

Berdasarkan kekuatan jerami dari segi penawaran bahan mentahnya yang banyak,

harga bahan mentah masih murah dan potensinya yang tinggi adalah merugikan

sekiranya usahawan enterprais tidak bertindak mengambil peluang untuk memajukan

bisnes jerami. Begitu juga halnya dengan petani yang boleh memanfaatkan jerami

dalam usaha taninya selain bertindak sebagai usahawan yang mengeluarkan produk

jerami atau hanya menjual jerami kepada pihak tertentu daripada membakarnya

sahaja. Ini akan memberi kelebihan bandingan produk dari segi harga selain

merupakan produk inovasi terkini di pasaran. Justeru itu, produk jerami boleh

mendapatkan harga yang lebih kompetitif di pasaran. Hasil analisis mendapati faktor

ini hanya menyumbang sebahagian kecil sahaja (skor 2) kepada wujudnya stagnasi

dalam pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

8.3 KEGAGALAN MEMANFAATKAN FAKTOR DAN ELEMEN

`PELUANG΄ YANG WUJUD DALAM MEMBANGUNKAN INDUSTRI

JERAMI DI WILAYAH MADA

Berdasarkan hasil kajian, dapat dirumuskan bahawa terdapat enam skor peluang yang

seringkali diabaikan dalam mewujudkan sebuah industri jerami yang berdaya saing

dan strategik (Jadual 8.2). Peluang yang wujud ini perlu dimanfaatkan dan

dieksploitasi secara holistik dalam usaha mengembangkan industri jerami seiring

dengan pembangunan hasil padinya.

Jadual 8.2 Faktor dan elemen `peluang΄ yang wujud dalam industri jerami di

Wilayah MADA

Faktor dan elemen peluang Sangat

lemah

(1)

Lemah

(2)

Sederhana

(3)

Kuat

(4)

Sangat

kuat

(5)

Memanfaatkan pelbagai

galakan dan insentif

Pengeksploitasian sumber

sedia ada (jerami) di

persekitaran tani

Peningkatan harga import

makanan ternakan menuntut

penggunaan jerami sebagai

sumber makanan alternatif

Peningkatan sektor

pelancongan tani melalui

penyerlahan identiti Negeri

Kedah sebagai Jelapang Padi

Negara

Peningkatan kesedaran

masyarakat terhadap

pemeliharaan alam sekitar

Keperluan kepada sumber

tenaga alternatif

8.3.1 Memanfaatkan Pelbagai Galakan Dan Insentif

Hasil kajian mendapati pelbagai galakan, insentif dan pembiayaan kewangan

dipertaruhkan bagi pembangunan hasil sampingan pertanian. Antaranya melalui

pembangunan industri agro-bioteknologi untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi luar

bandar melalui galakan sumber pertumbuhan baru gagal direbuti. Faktor ini sangat

kuat mempengaruhi (skor 5) perkembangan enterprais jerami kerana usahawan

kekurangan modal. Hasil sampingan pertanian bagi komoditi industri seperti kelapa

sawit, getah, koko dan perkayuan mendapat pelaburan yang tinggi daripada pihak

swasta memandangkan nilai bahan mentah utamanya yang tinggi di pasaran global.

Berbeza dengan sub-sektor padi yang sering dilihat sebagai sektor yang mundur

dengan daya pengeluaran yang rendah dan kos pengeluaran yang tinggi. Pandangan

sedemikian telah menghalang usaha pihak swasta dan pengusaha enterprais untuk

terlibat dalam usaha membangunkan rantaian industri bagi sub-sektor padi.

Pelbagai dana turut diwujudkan melalui kementerian antaranya dana sebanyak

RM1.5 billion untuk memberi pinjaman mudah kepada syarikat pengeluar dan

syarikat pengguna teknologi hijau di bawah Malaysia Green Technology Corporation.

Ia bertujuan memulihara dan meminimumkan kesan negatif ke atas alam sekitar,

menggalakkan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui serta meningkatkan

pembangunan ekonomi negara melalui pertumbuhan ekonomi baru. Dana ini juga

mencari pihak swasta atau usahawan yang komited untuk membangunkan sumber

tenaga alternatif terutamanya daripada hasil sampingan pertanian. Ini bagi

mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber tenaga bahan api fosil yang

semakin berkurangan selain mempromosikan penggunaan tenaga alternatif.

8.3.2 Pengeksploitasian Sumber Sedia Ada (Jerami) Di Persekitaran Tani

Kepelbagaian aktiviti ekonomi luar bandar adalah selaras dengan pengenalan konsep

‘Pertanian Adalah Perniagaan’. Apabila pertanian telah dislogankan sebagai satu

bentuk perniagaan, nilai yang terkandung di dalamnya akan lebih berteraskan kepada

keuntungan semata-mata. Tujahan ini (skor 5) memberikan peluang kepada petani dan

usahawan untuk mengubah minda dan sikap untuk mengeksploitasi sepenuhnya

sumber berpotensi yang ada di persekitaran mereka. Sebagai pengeluar bahan mentah

dan kekuatan jerami yang sangat berpotensi dalam mengembangkan rantaian industri

adalah merugikan sekiranya petani melepaskan peluang yang sedia ada untuk

mengkomersilkan jerami. Malah, potensi jerami dalam pengerjaan aktiviti tani perlu

dibangunkan oleh petani sendiri sebagai usahawan tani kerana merekalah pengeluar

bahan mentah jerami selain dapat menjimatkan kos pengeluaran usaha taninya dengan

penggunaan semula jerami.

8.3.3 Peningkatan Harga Import Makanan Ternakan Menuntut Penggunaan

Jerami Sebagai Sumber Makanan Alternatif

Peningkatan harga import makanan ternakan seharusnya memberi peluang yang besar

(skor 5) terhadap perkembangan industri jerami sebagai sumber makanan alternatif

kepada ternakan. Walaupun fungsi fiber hanya untuk menggemukkan ternakan namun

ia mampu mengurangkan pembelian makanan ternakan luar melalui pembekalan

nutrisi makanan tambahan lain sahaja. Peluang ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya

oleh enterprais dan pihak kerajaan melalui P&P dalam usaha untuk meningkatkan

nutrisinya sebagai makanan ternakan.

8.3.4 Peningkatan Sektor Pelancongan Tani Melalui Penyerlahan Identiti

Negeri Kedah Sebagai Jelapang Padi Negara

Pelancongan tani sangat berpeluang besar untuk dikembangkan memandangkan

Kedah merupakan wilayah pertanian padi terunggul negara. Ia melibatkan

penghayatan pelancong terhadap cara hidup petani, menghargai lokasi semulajadi

pertanian dan produk hasilan pertanian. Kajian mendapati sebagai jelapang padi utama

negara, Kedah sememangnya terkenal dengan tarikan pelancongan padinya. Namun,

kewujudan padi dalam sektor pelancongan Negeri Kedah kurang memberi kesan

mendalam kepada industri pelancongan negara tanpa mengeksploitasi sepenuhnya

hasil tersebut.

Justeru itu, kerajaan Negeri Kedah dan pihak MADA selaku badan pelaksana

utama industri padi di Kedah seharusnya mengambil peluang dengan menonjolkan

sumber tarikan tradisinya dengan menyerlahkan identitinya sebagai negeri jelapang

padi negara. Faktor ini sangat kuat (skor 5) untuk mempengaruhi perkembangan

industri jerami. Ini dilakukan dengan mengangkat industri padi dan hasil

sampingannya sebagai salah satu sumber yang menyumbang kepada industri

pelancongan antaranya mewujudkan tarikan terbaru produk pelancongan Negeri

Kedah melalui industri kraf jerami. Usahawan kraf jerami seharusnya mengambil

peluang membangunkan produk kraf yang berkualiti tinggi dan memenuhi citarasa

pengguna tempatan dan luar negara. Peluang ini dilihat secara berterusan diabaikan

sedangkan pelancong luar sememangnya dahagakan sesuatu yang melambangkan

identiti sesebuah kawasan tersebut.

Selama ini, konsep pelancongan `homestay’ digunapakai untuk pelancong

mengeksploitasi cara hidup dan menimba pengalaman melalui aktiviti kebudayaan

dan industri di peringkat desa. Justeru itu, aktiviti industri kraf berasaskan jerami padi

mampu meningkatkan kepelbagaian aktiviti industri desa yang mampu menarik

kedatangan pelancong ke Kedah. Perkembangan ini akan membantu pertumbuhan

ekonomi negeri melalui pembangunan pelancongan berteraskan alam semulajadi

berasaskan sumber sedia ada serta sejarah dan kesenian negeri secara bersepadu. Ini

akan memberi impak positif kepada penduduk tempatan melalui pembukaan peluang

pekerjaan dan peningkatan pelaburan di wilayah pertanian tersebut.

Namun begitu, fokus pembangunan pelancongan lebih terarah kepada

pelancongan kawasan antaranya Pulau Langkawi dan Pulau Payar. Ini berikutan

kebanyakan petani telah mengamalkan corak pengurusan pertanian moden dan ini

menjejaskan daya penarik pelancong yang lebih menggemari kaedah tradisional. Apa

yang pasti, sejarah dan teknik penanaman padi secara tradisional ditonjolkan dalam

muzium padi di Gunung Keriang, Kedah yang merupakan muzium padi pertama dan

terulung di dunia. Namun peluang ini tidak disempurnakan sebaiknya dengan

langsung tidak menonjolkan kelebihan jerami dan keupayaannya dalam menyumbang

kepada pembangunan ekonomi negara. Muzium padi harus dijadikan landasan untuk

mempromosikan rantaian industri yang terhasil daripada hasil sampingan padi.

Kaedah ini juga dapat memberi maklumat dan pengetahuan kepada penduduk

tempatan bahawa hasil yang terbuang selama ini mampu menjana ekonomi dan

seterusnya berjaya menarik dan melahirkan lebih ramai usahawan tani muda untuk

menceburi bidang pertanian.

Penonjolan hasil bumi melalui pembangunan pelancongan dan kesenian

sebaiknya turut memberi peluang kepada jerami untuk menyerlahkan lagi identitinya

selaku Jelapang Padi Malaysia. Penghasilan produk kraf perlu mencerminkan identiti

Negeri Kedah sebagai wilayah unggulan pertanian padi di Malaysia dan ini akan

menarik perhatian pelancong untuk memilikinya sebagai tanda cenderahati. Suatu

ketika dahulu, industri batik juga dipandang sepi. Namun setelah polisi mewajibkan

pemakaian batik kepada kakitangan awam pada setiap hari Khamis, industri batik

semakin berkembang pesat. Justeru itu, kerajaan Negeri Kedah harus mewujudkan

polisi yang mewajibkan setiap program yang dianjurkan memberikan cenderamata

produk hasilan jerami berbanding produk-produk lain seperti yang telah mula

dilaksanakan oleh pihak MADA. Ini akan mengalakkan permintaan dan penawaran

jerami sebagai produk kraf. Malah, penguasaan pasaran di peringkat tempatan dan

antarabangsa akan menjamin kelangsungan pembangunan industri jerami.

Kajian juga mendapati pembangunan industri kraf hanya tertumpu kepada

pembangunan produk kraf sedia ada antaranya batik, songket, anyaman, seramik dan

kayu. Program pembangunan kraf dan P&P hanya menumpu kepada penambahbaikan

produk-produk tersebut. Seharusnya bidang kesenian negara mampu menonjolkan

kepelbagaian hasil bumi negara di peringkat antarabangsa. Setakat ini, pasaran produk

kraf jerami masih belum dapat menguasai pasaran tempatan apatah lagi pasaran luar

negara. Ia hanya boleh dilihat pada pameran-pameran kraf tangan yang dianjurkan di

peringkat negeri dan luar negara sahaja namun belum dapat menembusi pasaran

tersebut.

Buktinya, kajian yang dilakukan menunjukkan permintaan terhadap produk

kraf jerami agak kurang memberangsangkan di peringkat tempatan. Ini kerana

masyarakat tempatan terutamanya penduduk sekitar kawasan penanaman padi

menganggap jerami sebagai bahan buangan yang tidak bernilai. Walaupun peluang

yang boleh diwujudkan daripada potensi jerami adalah luas namun sikap masyarakat

yang tidak mengendahkan keupayaannya dalam menjana keuntungan akan

menggagalkan usaha pembangunan industri jerami. Ini berikutan promosi yang

dijalankan masih belum begitu kuat dan kukuh untuk menunjukkan keistimewaan

produk kraf jerami berbanding produk kraf tempatan yang lain. Lantaran itu,

masyarakat tempatan tidak dapat menilai keistimewaan dan nilai estetika yang wujud

pada produk kraf jerami padi ini.

8.3.5 Peningkatan Kesedaran Masyarakat Terhadap Pemeliharaan Alam

Sekitar

Peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar sangat kuat mempengaruhi (skor 5) perkembangan industri

jerami. Hasil kajian membuktikan bahawa pembakaran terbuka jerami menyebabkan

berlakunya kemerosotan ke atas alam sekitar dan gangguan kesihatan ke atas

penduduk. Keprihatinan masyarakat yang tinggi terhadap alam sekitar akan

memungkinkan kepada pengurusan jerami secara mesra alam, peningkatan permintaan

terhadap penggunaan produk mesra alam berasaskan jerami terutamanya dalam

pengerjaan aktiviti tani.

8.3.6 Keperluan Kepada Pembangunan Sumber Tenaga Alternatif

Penggunaan bahan api fosil yang semakin meningkat dalam sektor pertanian telah

meningkatkan lagi kos pengurusan ladang memandangkan harga bahan api fosil yang

kian meningkat. Malah, penggunaan bahan api fosil akan meningkatkan kadar

pencemaran di peringkat ladang. Di negara luar, jerami telah berjaya dibangunkan

sebagai sumber tenaga alternatif bagi menggantikan bahan bakar kenderaan, biogas

dan tenaga elektrik. Hasil kajian menunjukkan keperluan kepada membangunkan

jerami sebagai sumber tenaga alternatif di peringkat tempatan adalah tinggi (skor 4)

dalam mempengaruhi pembangunan industri jerami secara meluas.

Sebagai salah satu sumber tenaga alternatif yang dapat menggantikan

sepenuhnya atau mengurangkan penggunaan bahan api fosil melalui potensinya

sebagai etanol, adalah merugikan sekiranya sumber ini tidak dieksploitasi sepenuhnya.

Begitu juga dengan potensinya dalam penghasilan tenaga elektrik. Pembangunan

jerami secara optimum sebagai sumber tenaga dapat mengurangkan masalah

ketidakcukupan bekalan sumber tenaga di kawasan luar bandar dan kawasan bebanan

penggunaan tenaga elektrik yang tinggi seperti kawasan perumahan dan perindustrian.

Kejayaan penggunaan sekam padi sebagai sumber tenaga elektrik di beberapa

buah kilang beras swasta seperti Kilang Beras Ban Heng Bee di Pendang, Kedah dan

penggunaan sekam sebagai bahan bakar insinerator di beberapa buah kilang padi

BERNAS wajar dicontohi. Pembangunan sekam padi sebagai sumber tenaga elektrik

telah berjaya mengurangkan kadar pencemaran sekam padi terhadap kualiti udara

kesan pembakaran sekam secara terbuka dan kualiti air kesan pembuangan sekam di

sekitar tali air dan sistem pengairan.

8.4 PENGABAIAN DALAM MENANGANI SEPENUHNYA FAKTOR DAN

ELEMEN `KELEMAHAN΄ SEDIA ADA DALAM MERENCANAKAN

PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

Hasil kajian merumuskan bahawa terdapat 11 skor kelemahan yang sering

mengagalkan usaha pembangunan industri jerami di Wilayah MADA (Jadual 8.3).

Sekiranya kelemahan ini diatasi sepenuhnya, ia akan berjaya merungkai permasalahan

yang menyebabkan berlakunya stagnasi dalam pembangunan industri jerami.

Jadual 8.3 Faktor dan elemen `kelemahan΄ sedia ada dalam menjejaskan

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA

Faktor dan elemen kekuatan Sangat

lemah

(1)

Lemah

(2)

Sederhana

(3)

Kuat

(4)

Sangat

kuat

(5)

Ketiadaan dasar yang menjurus

kepada pembangunan jerami

Kurangnya sokongan pihak

institusi

Penumpuan aktiviti nilai

ditambah hanya kepada

tanaman komoditi industri

Teknologi pemungutan jerami

yang kurang cekap

Kurangnya P&P terhadap

kepelbagaian potensi jerami

Kekurangan modal di kalangan

usahawan dan petani

membataskan penglibatan

mereka dalam industri jerami

Hasil penyelidikan tidak

dipraktikkan di ladang

Tahap kemahiran dan √

bersambung…

pengetahuan petani yang

rendah terhadap pengurusan

jerami secara mesra alam

Program pembentukan sumber

tenaga kurang berkesan

Tiada penyelarasan dalam

peranan dan program

antara institusi kerajaan

Skop pasaran yang terbatas √

8.4.1 Ketiadaan Dasar Yang Menjurus Kepada Pembangunan Jerami

Tuntutan terhadap pembangunan luar bandar dan pemodenan dalam sektor pertanian

bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi dan wilayah sekitar tahun

1970an telah menyebabkan tumpuan diberikan kepada peningkatan taraf hidup petani.

Sektor pertanian telah diangkat sebagai tunjang utama ekonomi negara

memandangkan peratus kemiskinan adalah tinggi dalam sektor pertanian yang

kebanyakannya disertai oleh kaum Melayu. Merujuk kepada tanaman padi di Wilayah

MADA, 96.0% (52 260 orang) petani terdiri daripada kaum Melayu yang sentiasa

dihimpit kemiskinan. Namun begitu, sub-sektor padi seringkali diabaikan

memandangkan sumbangannya kepada ekonomi negara adalah kecil berbanding

tanaman komoditi industri dengan sumbangan nilai ditambahnya yang tinggi terhadap

eksport negara.

Kajian institusi mendapati jerami sangat berpotensi untuk dimajukan tetapi

sekadar mampu muncul sebagai aktiviti ekonomi sampingan sahaja dan bukannya

bergerak seiring atau menjadi pelengkap kepada industri pengeluaran beras di Kedah.

Situasi ini dilihat kesan kongkongan dasar yang hanya menitikberatkan kepada

pengeluaran beras bagi menampung bekalan beras negara manakala pembangunan

hasil sampingan pertanian hanya difokuskan kepada tanaman komoditi industri sahaja.

Pengabaian dasar yang berterusan dan kurangnya galakan terhadap pembangunan

industri hiliran padi akan menyebabkan sektor ini terus mundur kesan daripada (i)

perdagangan timbal-balik yang memberi kesan negatif kepada pengeluaran sumber

tempatan; (ii) pemberian subsidi baja kimia kepada petani; (iii) kelonggaran akta

berkaitan isu persekitaran pertanian; (iv) pengeluaran hanya di peringkat primer sahaja

…sambungan

tanpa wujudnya rantaian nilai yang lebih tinggi; (v) pembaziran sumber yang boleh

diperbaharui dan (vi) petani tidak didedahkan dengan sistem pertanian komersil secara

mesra alam dan berkekalan.

Perdagangan antarabangsa yang mempromosikan pertumbuhan ekonomi

menerusi perdagangan antaranya mengamalkan perdagangan timbal-balik memberi

kesan stagnasi terhadap pembangunan industri jerami. Sebagai contoh, kemasukan

daging import dari India ditimbal-balik dengan pengeksportan minyak kelapa sawit ke

negara tersebut. Begitu juga dengan kemasukan lembu daging yang tinggi dari negara

Thailand untuk meneruskan kelangsungan perdagangan antara negara-negara tersebut.

Ini menyebabkan pengeluaran lembu dan daging tempatan kurang menggalakkan dan

turut menjejaskan sektor makanan ternakan tempatan daripada jerami.

Penguatkuasaan akta berkaitan pembakaran terbuka jerami juga sangat longgar

sehinggakan tiada sebarang denda mahupun pendakwaan dikenakan terhadap petani

yang tidak mematuhi syarat pembakaran. Kelonggaran ini dilihat lebih menjurus

kepada masalah politik kerana sekiranya larangan pembakaran terbuka jerami

dikuatkuasakan secara menyeluruh, ia dilihat seakan-akan menzalimi petani. Situasi

ini akan mendorong ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan dalam membela nasib

petani seterusnya menjejaskan kestabilan politik negara. Lantaran kelemahan dasar

(skor 5) yang kurang menjurus ke arah pembangunan industri hiliran hasil sampingan

pertanian mengurangkan keupayaan industri tersebut untuk bergerak maju.

8.4.2 Kurangnya Sokongan Pihak Institusi

Agensi-agensi pertanian yang ditubuhkan merupakan nadi penggerak kepada dasar

yang direncanakan oleh pihak kerajaan antaranya dasar yang menggalakkan

pembangunan dan pengurusan pertanian secara mesra alam. Pemberian subsidi baja

kimia merupakan insentif utama yang diberikan kepada petani bagi menggalakkan

mereka untuk menanam padi. Timbul persoalan di sini, mengapa agensi pertanian

sendiri tidak menyokong penggunaan baja organik atau baja kompos jerami

sebaliknya masih menggunakan baja kimia sebagai input kepada tanaman. Begitu juga

dengan penggunaan makanan ternakan yang diimport. Senario ini telah menidakkan

permintaan yang tinggi terhadap baja kompos dan makanan ternakan berasaskan

jerami. Faktor ini juga menyebabkan sokongan pihak institusi dalam bentuk promosi

secara tidak langsung melalui penggunaan dalam aktiviti pengerjaan tani dan

penternakan tidak berlaku menyebabkan industri baja kompos dan makanan ternakan

jerami berterusan stagnasi. Faktor ini didapati sangat menjejaskan (skor 5)

perkembangan industri jerami di Wilayah MADA.

8.4.3 Penumpuan Aktiviti Nilai Ditambah Hanya Kepada Tanaman Komoditi

Industri

Kajian terhadap dasar dan institusi mendapati stagnasi dalam pembangunan industri

jerami dilihat kesan penumpuan yang begitu ketara terhadap tanaman komoditi

industri (skor 5). Pernyataan dasar jelas ke arah membangunkan industri hiliran hasil

sampingan pertanian namun pembangunannya hanya terdorong kepada industri yang

memberi nilai ditambah yang tinggi kepada pendapatan negara. Keadaan ini seakan

melenyapkan keupayaan pembangunan industri hasil sampingan pertanian lain yang

ternyata berpotensi tinggi. Keterpinggiran industri jerami dalam meningkatkan nilai

ditambah bagi tanaman padi amat merugikan negara memandangkan Malaysia

mempunyai sembilan jelapang padi utama negara di samping kawasan luar jelapang

padi yang meluas yang akan menghasilkan jerami yang banyak dan berterusan

sepanjang tahun.

8.4.4 Teknologi Pemungutan Jerami Yang Kurang Cekap

Kesesuaian teknologi yang diperkenalkan haruslah bersesuaian dengan situasi

tempatan seperti cuaca dan keadaan tanah. Hasil kajian mendapati mesin baler yang

diimport dan digunapakai oleh pihak MADA untuk memungut jerami secara meluas

di ladang adalah tidak bersesuaian dengan keadaan tempatan. Ia mudah tersangkut

dalam keadaan ladang yang berair dan rosak semntara alat ganti pula tidak terdapat di

pasaran tempatan. Kegagalan beroperasi telah melewatkan proses pemungutan jerami

di ladang menyebabkan petani terpaksa membakar jerami. Faktor ini sangat

menyumbang (skor 5) kepada terjadinya stagnasi dalam pembangunan industri jerami

di Wilayah MADA.

8.4.5 Kurangnya Penyelidikan Dan Pembangunan Terhadap Kepelbagaian

Potensi Jerami

Penyelidikan dan pembangunan bagi industri hiliran juga lebih komprehensif dan

cenderung kepada tanaman komoditi industri supaya wujudnya peningkatan untuk

hasil eksport negara. Ini kerana tumpuan dasar dan polisi lebih menjurus ke arah

komoditi eksport. Bagi tanaman padi, P&P lebih menjurus kepada peningkatan hasil

tanaman. Ini ditambah pula dengan masalah yang wujud dalam pembangunan produk

antaranya nilai pemakanan yang rendah sebagai makanan ternakan dan ketahanan

jerami sebagai produk kraf. Hakikatnya, penumpuan dasar yang keterlaluan terhadap

peningkatan hasil tidak menggalakkan kepada pengembangan P&P ke arah

memajukan potensi hasil sampingan padi selain membaiki kelemahan sedia ada untuk

pembangunan industri jerami. Ini menyebabkan berlakunya pembaziran sumber

berpotensi secara disengajakan.

Hakikatnya, jerami sebagai makanan ternakan masih kurang mendapat

permintaan di kalangan penternak. Ini kerana nilai pemakanan jerami yang rendah

akibat kelemahan dalam menjalankan penyelidikan ke atas peningkatan nilai nutrisi

jerami. Peruntukan terlalu banyak diberikan ke atas pembangunan varieti padi hasil

tinggi telah menidakkan pembangunan potensi jerami. Faktor P&P yang belum

mantap sangat menyumbang (skor 5) ke arah kelembapan pembangunan industri

jerami di Wilayah MADA.

8.4.6 Kekurangan Modal Di Kalangan Usahawan Dan Petani Membataskan

Penglibatan Dalam Industri Jerami

Kekurangan modal merupakan masalah utama (skor 5) yang mendesak usahawan dan

petani untuk tidak terlibat secara aktif dalam pembangunan industri jerami. Hasil

kajian ke atas usahawan kraf jerami mendapati dua orang pengusaha bukan sahaja

tidak mempunyai modal asas yang kukuh malah kekurangan modal pusingan untuk

meneruskan perniagaan berasaskan jerami. Ini ditambah pula dengan ketidakyakinan

institusi kewangan untuk memberi pinjaman tanpa cagaran berikutan kurang yakin

terhadap status kemampuan usahawan untuk membayar balik pinjaman. Ini

menyebabkan idea, kualiti penghasilan produk dan strategi pemasaran produk kurang

berkesan. Kekurangan modal menghasilkan produk yang kurang berkualiti dan kaedah

pembungkusan juga kurang menarik menyebabkan produk gagal memenuhi kehendak

tumpuan sasaran.

8.4.7 Hasil Penyelidikan Tidak Dipraktikkan Di Ladang

Terdapat banyak kajian di peringkat luar negara dan beberapa kajian di peringkat

tempatan telah membuktikan jerami sangat berpotensi untuk dibangunkan bagi

menyokong pembangunan sektor pertanian itu sendiri dan mewujudkan rantaian

dengan sektor lain. Penggunaan jerami di sektor pertanian telah terbukti mampu

mengurangkan masalah pencemaran persekitaran tani dan peningkatan hasil ladang

melalui peningkatan kesuburan tanah dan tanaman. Malangnya, kekuatan ini tidak

dipraktikkan secara terus di ladang menyebabkan petani kurang berkeyakinan untuk

mengaplikasikannya dalam pengerjaan aktiviti tani. Faktor ini antara penyumbang

utama (skor 5) kepada berlakunya stagnasi dalam pembangunan jerami di Wilayah

MADA. Hasil kajian membuktikan kesan demonstrasi di ladang mampu menarik

minat petani untuk turut serta menggunakan jerami dalam aktiviti ladang.

8.4.8 Tahap Kemahiran Dan Pengetahuan Petani Yang Rendah Terhadap

Pengurusan Jerami Secara Mesra Alam

Senario ini ditambah pula dengan masalah yang membelenggu petani berkaitan

pengurusan jerami antaranya (i) masih terdapat petani yang belum bersedia untuk

menerima perubahan memandangkan pembakaran jerami merupakan amalan tradisi

bagi membersihkan ladang; (ii) kos pengurusan memungut jerami lebih tinggi

daripada hanya membakarnya sahaja; (iii) kesampaian maklumat berkaitan

pengurusan jerami secara mesra alam masih rendah; (iv) kurangnya motivasi di

kalangan petani untuk memungut sendiri jerami; (v) kekurangan modal untuk

memungut jerami secara efisien dan (vi) kurang memahami manfaat pembangunan

jerami terhadap alam sekitar dan sosio-ekonomi mereka. Ini disebabkan sistem

penyampaian maklumat dan pembangunan teknologi sangat lemah menyebabkan hasil

penyelidikan berkaitan potensi jerami tidak dapat disampaikan secara berkesan kepada

petani. Setakat ini, hanya peratusan kecil sahaja petani memperolehi faedah daripada

projek pembangunan jerami ini, manakala sebahagian besarnya masih terpisah

daripada program ini.

Ini dibuktikan apabila hanya 18 orang responden sahaja yang bermotivasi

untuk memungut sendiri jerami di ladang. Justeru itu, kesukaran petani untuk

menerima perubahan daripada amalan tradisi kepada pembangunan sumber serta

kurangnya kesampaian maklumat berkaitan pengurusan jerami akibat promosi yang

kurang mantap menyebabkan berlakunya stagnasi dalam pembangunan industri jerami

di Wilayah MADA. Harus diingat rata-ratanya petani adalah dalam lingkungan umur

55 tahun ke atas dan berpendidikan rendah. Oleh itu, petani tidak dapat mengadaptasi

pembaharuan yang dicadangkan terhadap pengurusan tanaman mereka. Kajian

mendapati faktor kelemahan pengetahuan petani dalam pengurusan jerami sangat

mempengaruhi (skor 5) stagnasi pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

8.4.9 Program Pembentukan Sumber Tenaga Kurang Berkesan

Perkembangan pesat industri jerami mampu dizahirkan melalui pembaikan dalam

penghasilan sumber tenaga yang berkualiti. Hasil kajian mendapati program

pembentukan sumber tenaga di peringkat institusi, usahawan dan petani kurang

mantap dan meyakinkan. Seharusnya kesemua pelaku utama mampu memainkan

peranan menggunakan pengetahuan sedia ada dan baru di samping menggembleng

kreativiti dan inovasi ke arah pembentukan sub-sektor pertanian padi yang lebih

komersil dan mesra alam. Latihan dan kemahiran yang disalurkan akan berakhir tanpa

dipraktikkan dengan jayanya oleh petani dan pengusaha. Malah, tiadanya pemantauan

dan latihan susulan menyebabkan pembentukan sumber tenaga kurang berkesan dalam

mempengaruhi (skor 4) pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

8.4.10 Tiada Penyelarasan Dalam Peranan Dan Program Antara Institusi

Kerajaan

Agensi pertanian kerajaan ditubuhkan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan

pembangunan dan pengembangan pertanian kepada petani dan usahawan tani. Namun

begitu, peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi ini dilihat tidak begitu efektif

kerana berlaku pertindanan fungsi antara pelbagai agensi yang berkaitan. Ini

menyebabkan program yang dijalankan tidak selaras dan berkesan. Ini ditambah pula

dengan kekangan karenah birokrasi prosedur dan pengkhususan kerja antara agensi

yang menghalang kepada tindakan secara efektif oleh sesebuah agensi.

Ketidakcekapan pengurusan di pihak institusi juga didapati kuat dalam mempengaruhi

(skor 4) pengembangan industri jerami di Wilayah MADA.

8.4.11 Skop Pasaran Terbatas

Merujuk kepada pembangunan jerami sebagai hasilan kraf, skop pasaran hanya

terbatas kepada golongan Melayu dan beragama Islam sahaja. Ini kerana produk yang

dihasilkan bermotifkan ayat al-Quran, kotak hantaran, rantai kunci bertatahkan kata-

kata hikmah dan barangan hiasan rumah. Malah, wujud peniruan idea yang

menyebabkan produk yang dihasilkan tidak mempunyai kelainan dan keistimewaan

berbanding produk yang telah sedia wujud di pasaran. Ini tidak memungkinkan

kepada terbukanya pasaran yang meluas dan permintaan yang tinggi daripada pelbagai

lapisan umur dan kaum. Faktor ini turut mengundang (skor 4) kepada kegagalan

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA.

8.5 KEGAGALAN MENANGANI FAKTOR DAN ELEMEN `ANCAMAN΄

SEDIA ADA YANG MENGGUGAT PEMBANGUNAN INDUSTRI

JERAMI DI WILAYAH MADA

Hasil kajian mendapati terdapat 12 ancaman yang mengganggu gugat pembangunan

industri jerami di Wilayah MADA (Jadual 8.4). Faktor ancaman ini juga antaranya

telah sedia wujud di peringkat dasar, pengurusan institusi dan di kalangan pengusaha

enterprais dan komuniti petani itu sendiri. Kegagalan menangani faktor dan elemen

‘ancaman’ akan membebankan lagi proses ke arah pembentukan pembangunan

industri jerami yang berdaya maju.

Jadual 8.4 Faktor dan elemen `ancaman΄ sedia ada yang menggugat

pembangunan industri jerami di Wilayah MADA

Faktor dan elemen kekuatan Sangat

lemah

(1)

Lemah

(2)

Sederhana

(3)

Kuat

(4)

Sangat

kuat

(5)

Terhadnya penyertaan pihak

swasta dan petani

Pemberian subsidi baja kimia

kepada petani menghalang

penggunaan baja kompos

jerami secara berleluasa

Tahap P&P masih rendah √

Kekangan logistik √

Tuntutan terhadap kebajikan

sosial penduduk menghalang

pihak institusi memajukan

bisnes jerami

Status pemilikan dan saiz

ladang yang kecil

Jangka masa yang singkat

untuk pengurusan ladang

Pengaruh cuaca yang tidak

menentu

Sikap petani yang sukar

menerima perubahan

Perubahan pucuk kepimpinan

dan pertukaran pegawai

berpengalaman

Kedapatan pelbagai produk

alternatif di pasaran

Kewangan petani yang tidak

terlalu terdesak untuk

mewujudkan sumber

pendapatan baru

8.5.1 Terhadnya Penyertaan Pihak Swasta Dan Petani

Sejak tahun 1960an, pelaburan pihak swasta dalam sektor pertanian hanya cenderung

kepada aktiviti ladang berorientasikan eksport yang mendatangkan keuntungan besar

seperti kelapa sawit, getah dan kayu. Aktiviti pertanian yang bersifat kecil-kecilan,

pulangan yang rendah dan saiz ladang yang kecil seringkali dipinggirkan oleh pelabur

swasta. Pakej rangsangan yang kurang menarik telah menghadkan penyertaan pihak

swasta dan petani untuk menceburkan diri dalam bisnes jerami. Pihak swasta

memerlukan pakej menarik dengan pelbagai kemudahan disediakan kerana

membangunkan enterprais berasaskan jerami adalah sangat berisiko sekiranya

penawaran bekalan jerami terganggu akibat banjir, kemarau serta serangan penyakit

dan perosak. Manakala insentif yang ditawarkan kepada petani pula dikatakan terlalu

kecil berbanding usaha mereka menghasilkan padi dan hasil sampingannya. Justeru

itu, faktor ini sangat kuat (skor 5) mengancam pembangunan industri jerami di

Wilayah MADA.

8.5.2 Pemberian Subsidi Baja Kimia Kepada Petani Menghalang Penggunaan

Baja Kompos Jerami Secara Berleluasa

Pemberian subsidi baja kimia kepada petani secara percuma menjadikan antara alasan

utama (skor 5) mengapa petani tidak berminat untuk menggunakan baja kompos

jerami sebagai input tanaman. Secara praktikalnya, petani akan sentiasa berusaha

untuk mengurangkan kos pengeluaran. Pemberian subsidi baja telah berjaya

mengurangkan kos pembelian input pengeluaran. Justeru itu, walaupun baja kompos

jerami dibuktikan mampu meningkatkan pengeluaran namun secara logiknya, petani

kecil tidak akan mengeluarkan kos tambahan hanya untuk mendapatkan input lain

sedangkan input sedia ada telah diberikan secara percuma. Keadaan ini menjurus

kepada stagnasi pembangunan jerami dalam pengeluaran baja kompos jerami.

Pemberian subsidi baja kimia kepada petani sejak sekian lama seakan menidakkan

kelebihan baja kompos jerami sedangkan baja kompos telah terbukti mampu

memperbaiki struktur tanah, lebih menyuburkan tanaman, mendatangkan hasil yang

tinggi dalam jangka panjang serta jaminan yang baik terhadap alam sekitar dan

kesihatan penduduk berbanding input kimia.

8.5.3 Tahap Penyelidikan dan Pembangunan Masih Rendah

Hasil kajian mendapati tahap P&P di Malaysia untuk memajukan jerami sebagai

sebuah industri masih rendah. Kekangan ini sangat menyukarkan (skor 5)

pengangkatan jerami sebagai sebuah industri. Penyelidikan dan pembangunan dalam

membangunkan industri jerami banyak melibatkan dari sudut pengeksploitasian

jerami dalam meningkatkan nilai ditambahnya terutamanya jerami dalam keadaan

basah, mekanisasi yang bersesuaian dengan peringkat ladang tempatan dan kepakaran.

Kekangan ini perlu diatasi agar industri jerami mampu bergerak sebagai industri yang

berdaya maju.

8.5.4 Kekangan Logistik

Berdasarkan hasil kajian, kekangan logistik telah menidakkan (skor 5) proses

pembangunan jerami dijalankan secara meluas di Wilayah MADA. Ia melibatkan

ketidakcukupan pembekalan mesin baler, traktor dan lori pengangkut untuk proses

pemungutan jerami dan pengangkutannya ke pusat penyimpanan. Malah, kekangan

menjadi ketara apabila tempat penyimpanan jerami juga tidak mencukupi

menyebabkan industri jerami tidak dibangunkan sewajarnya.

8.5.5 Tuntutan Terhadap Kebajikan Sosial Penduduk Menghalang Pihak

Institusi Memajukan Bisnes Jerami

Selama ini, pelaburan besar oleh pihak kerajaan telah diperuntukan terhadap sektor

pertanian. Namun sektor ini masih dilihat kurang berjaya jika dibandingkan dengan

projek kendalian pihak swasta. Ini kerana tuntutan dasar yang lebih menitikberatkan

kebajikan sosial masyarakat di samping melaksanakan pelbagai program

pembangunan pertanian tanpa wujudnya pengkhususan terhadap satu-satu komoditi

menghalang agensi kerajaan untuk memberi tumpuan bagi memajukan bisnes padi.

Berlainan pula dengan pihak swasta yang lebih menumpukan kepada keuntungan

operasi bisnes.

8.5.6 Status Pemilikan Dan Saiz Ladang Yang Kecil

Tambahan pula, banyak masalah di peringkat ladang masih belum berjaya diatasi oleh

pihak institusi antaranya (i) saiz tanah yang kecil akan menghalang penggunaan

mekanisasi ladang (mesin baler) secara efektif; (ii) status pemilikan tanah secara

individu mendominasi hak milikan ladang di Wilayah MADA iaitu sebanyak 50.0

peratus menyebabkan petani berhak untuk tidak menyertai projek pembangunan

jerami; (iii) masalah logistik yang ketara terutamanya mesin baler yang tidak

mencukupi dan tidak sesuai dengan keadaan tempatan menyulitkan kerja-kerja

pemungutan jerami di samping penyediaan pusat penyimpanan dan lori pengangkut

jerami dari ladang yang terhad dan (iv) jangka masa yang singkat untuk pengurusan

tanah. Kekangan ini menjejaskan penawaran bekalan bahan mentah jerami dan

mengancam (skor 5) proses pembangunan jerami secara menyeluruh.

8.5.7 Jangka Masa Yang Singkat Untuk Pengurusan Ladang

Asasnya, petani perlu memastikan untuk menuruti jadual pengurusan tanaman yang

telah diaturkan oleh pihak MADA. Lantaran itu, petani harus memastikan ladang

diurus dengan sempurna sebelum pembekalan air dimasukkan ke petak ladang oleh

pihak MADA. Pengurusan tanah perlu dilakukan secepat mungkin hanya dalam

tempoh satu setengah bulan sahaja. Jangka masa yang singkat ini ditambah pula

dengan kekangan logistik di pihak pengurusan MADA menyebabkan petani terpaksa

membakar jerami di ladang supaya ladang dapat diuruskan secepat mungkin. Hasil

kajian menunjukkan faktor jangka masa yang singkat untuk pengurusan ladang

menjadi antara penyebab utama (skor 5) stagnasi dalam industri jerami di Wilayah

MADA.

8.5.8 Pengaruh Cuaca Yang Tidak Menentu

Hasil kajian juga mendapati penawaran jerami juga sangat bergantung kepada

pengaruh cuaca. Ancaman banjir dan kemarau adalah mustahil untuk dibasmi kerana

ia bergantung kepada tindakan alam semulajadi. Pengusaha enterprais akan

menghadapi risiko pembekalan bahan mentah jerami untuk kelangsungan

perusahaannya sekiranya berlaku banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman padi.

Secara tidak langsung, penawaran jerami juga akan turut terjejas sekiranya pusat

penyimpanan jerami tidak mampu untuk menampung permintaan yang tinggi daripada

pengusaha. Situasi ini sangat menjejaskan (skor 5) proses pembangunan jerami

sebagai sebuah industri.

8.5.9 Sikap Petani Yang Sukar Menerima Perubahan

Sikap petani yang sukar mengubah amalan tradisi perladangan kepada pengurusan

secara mesra alam ke arah perkembangan industri asas tani yang berdaya saing tinggi

menjadi antara penyebab utama (skor 5) stagnasi industri jerami di Wilayah MADA.

Ini kerana wujudnya petani yang bersifat konservatif dan skeptikal terhadap inovasi

yang diperkenalkan. Terdapat juga petani yang tidak membenarkan ladang mereka

dijadikan bahan eksperimen untuk pengenalan inovasi baru. Ini kerana petani tidak

berani mengambil risiko sekiranya berlaku kegagalan kerana sumber pendapatan

petani bergantung sepenuhnya terhadap ladang yang diusahakan itu.

8.5.10 Perubahan Pucuk Kepimpinan Dan Pertukaran Pegawai Berpengalaman

Kajian juga mendapati perubahan pucuk kepimpinan perdana atau di peringkat atasan

sesebuah agensi pertanian turut menjejaskan pembangunan industri jerami. Perubahan

kepimpinan ini akan menyebabkan perubahan polisi yang ketara kerana setiap

pemimpin mempunyai minat dan matlamat yang tersendiri dalam memacu

perkembangan ekonomi negara.

Pertukaran pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam

pengurusan jerami sangat mendatangkan masalah kerana kepakaran amat diperlukan

memandangkan industri ini baru mula bertapak. Bagi pegawai-pegawai yang baru, ia

mengambil masa untuk mendalami selok-belok pengurusan jerami padi. Perkara

terpenting ialah untuk memahami dan menjalinkan komunikasi berkesan dengan

petani.

8.5.11 Kedapatan Pelbagai Produk Alternatif Di Pasaran

Sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber hasil sampingan pertanian,

sememangnya Malaysia mampu mewujudkan pelbagai produk hiliran daripadanya di

pasaran. Ini ditambah pula dengan kemasukan import produk-produk alternatif lain

setaranya yang lebih mengaburi pengguna tempatan. Hasil kajian mendapati

masyarakat tempatan lebih menyanjungi barangan import kerana dikatakan kualitinya

lebih terjamin. Bagi pengerjaan tani, penggunaan baja kimia dan makanan ternakan

bukan berasaskan jerami lebih meluas sedangkan penggunaan baja kompos jerami

lebih berkualiti dalam pengerjaan tanaman padi terutamanya dalam jangka masa

panjang.

Kedapatan pelbagai produk alternatif di pasaran tempatan menjadikan

masyarakat mempunyai pelbagai pilihan. Di samping itu, promosi yang kurang

mantap dan sikap masyarakat yang memandang rendah terhadap barangan tempatan

menjadikan produk berasaskan jerami kurang mendapat tempat di pasaran tempatan.

Faktor ini turut mengamcam (skor 3) kepada perkembangan pesat industri jerami di

Wilayah MADA.

8.5.12 Kewangan Petani Yang Tidak Terlalu Terdesak Untuk Mewujudkan

Sumber Pendapatan Baru

Kewangan petani yang tidak terlalu terdesak menyebabkan petani tidak langsung

mengendahkan pendapatan sampingan yang bakal diperolehi sekiranya

membangunkan jerami. Kebanyakan petani di Wilayah MADA didapati sudah berusia

dalam lingkungan 55 tahun ke atas. Kebanyakan mereka memperolehi wang

perbelanjaan daripada anak-anak dan hasil pendapatan padi sudah cukup untuk

menampung perbelanjaan suami isteri petani. Ini kerana dalam usia sebegini anak-

anak sudah dewasa dan telah mempunyai pekerjaan sendiri. Dalam keadaan kewangan

yang tidak terdesak untuk mencari pendapatan sampingan ditambah pula dengan

tekanan jangka masa singkat untuk pembersihan ladang bagi tanaman berikutnya,

jerami hanya dianggap sebagai sisa buangan sahaja. Oleh itu, jerami akan dibakar.

Faktor ini kurang mempengaruhi (skor 2) tahap pengembangan industri jerami di

Wilayah MADA.

8.6 PENGUKUHAN DASAR: ASAS STRATEGIK BAGI PEMBANGUNAN

INDUSTRI JERAMI YANG BERDAYA MAJU

Persoalan khusus timbul hasil daripada perbincangan di atas ialah mengapakah

terjadinya situasi di mana `kekuatan΄ yang wujud dalam industri tidak dimanfaatkan

dan dimantapkan sedangkan `peluang΄ memajukan industri tidak diambil kesempatan.

Sungguhpun begitu, `kelemahan΄ sedia ada tidak cuba diatasi sepenuhnya manakala

`ancaman΄ yang menggugat pembangunan industri jerami tidak ditangani secukup dan

sewajarnya. Merujuk kepada hasil kajian, dapat dirumuskan bahawa terdapat 11 skor

kekuatan dan enam skor peluang. Ini menunjukkan bahawa stagnasi yang berlaku

dalam pembangunan industri jerami di Wilayah MADA bukan disebabkan tiadanya

ruang pembangunan untuk jerami tetapi kekuatan sedia ada dan peluang yang boleh

ditonjolkan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Apatah lagi kelemahan yang wujud

ditambah pula dengan ancaman yang sedia menggugat tidak pula cuba dibasmi.

Senario ini seakan menidakkan keupayaan jerami untuk bertindak sebagai pemangkin

kepada pembangunan industri asas tani seterusnya mencerdaskan semula sektor

pertanian di negara ini.

Sehingga kini, dasar yang menjurus ke arah pembangunan sektor pertanian dan

luar bandar dilihat hanya memperalatkan pembangunan industri berasaskan pertanian.

Ia hanya sekadar untuk memperbaiki taraf sosio-ekonomi penduduk di luar bandar dan

bukannya kerana potensi unggulan sesebuah wilayah pertanian tersebut. Keadaan

inilah yang mencerminkan stagnasi dalam pembangunan industri hiliran yang

menyebabkan industri jerami masih berada di takuk lama. Situasi ini berbeza dengan

industri pembuatan yang merupakan industri pilihan pihak kerajaan dan dibangunkan

atas potensi ekonominya sendiri seperti industri elektronik, industri pembuatan kereta

nasional dan industri barangan pengguna. Ini memberi kekuatan tersendiri kepada

industri-industri tersebut berbanding sub-sektor padi yang hanya disandarkan

pembangunannya kepada pembaikan status sosio-ekonomi petani.

Wilayah MADA yang merupakan pengeluar unggul padi dan beras di

Malaysia semestinya membangunkan jerami sebagai industri yang strategik dengan

berupaya memanfaatkan sumber jerami ke tahap paling optimum. Namun begitu, hasil

kajian membuktikan sub-sektor ini ghairah mencemarkan alam sekitar. Ia wujud

selepas musim penuaian dengan pembakaran terbuka jerami secara meluas selain

penggunaan bahan api fosil yang tinggi melalui mekanisasi ladang dan penghasilan

input pertanian. Justeru itu, tumpuan terhadap penambahbaikan dan pembuatan dasar

adalah sangat wajar. Pembakaran terbuka jerami dilihat tidak lagi relevan dalam

keadaan dasar yang menitikberatkan pengurusan hasil sampingan pertanian secara

mesra alam.

Hasil kajian komuniti mendapati petani tidak digerakkan secara bersama dan

menyeluruh daripada dasar yang menginginkan pembangunan pertanian diurus secara

mapan selain mewujudkan rantaian industri dengan meningkatkan nilai ditambah bagi

hasil mentah pertanian. Sebagai pelaku utama kepada pembangunan pertanian, petani

hanya bergantung kepada aktiviti wilayahnya. Kerajaan harus sedar bahawa petani

seringkali bersifat pasif terhadap pembaharuan yang dibawa tambahan pula sekiranya

mereka tidak diperlihatkan tentang keuntungan dan manfaat pendapatan hasil daripada

penglibatan mereka dalam sesuatu projek. Ini kerana petani kekurangan maklumat

serta selesa dengan kaedah pengurusan sedia ada. Justeru itu, faktor dasar memainkan

peranan penting terutamanya dalam menyediakan insentif menarik dan pengembangan

maklumat bagi menggalakkan petani menyokong pengunaan semula jerami.

Begitu juga dengan pengusaha enterprais yang nampak potensi jerami namun

tidak mampu untuk bergerak sendiri tanpa dorongan dan pengekalan hubungan yang

kukuh daripada pihak kerajaan terutamanya dari sudut suntikan modal, galakan

insentif, latihan kepakaran dan pemasaran. Peruntukan dana yang besar disamping

kerjasama dengan pihak institusi diperlukan bagi mengatasi masalah yang wujud di

peringkat ladang dalam menyediakan persekitaran yang kondusif. Penyediaan

pelbagai kemudahan akan menarik pihak swasta berskala besar menanam pelaburan

sekaligus mampu mengoptimumkan keunggulan industri jerami.

Justeru itu, pendekatan sebelum ini yang menjurus kepada pembangunan dari

`atas ke bawah΄ (top-down approach) yang menitikberatkan kepada perancangan dan

pelaksanaan didapati tidak mencapai matlamat ke arah pembangunan petani kecil.

Inovasi tidak dapat digarap sepenuhnya oleh petani kerana pelaksanaannya tidak

melihat kesan menerusi petani. Pendekatan ini yang lebih bersifat individual, gagal

meluaskan keupayaan setiap individu dan komuniti tempatan melalui penyertaan

secara aktif untuk menguruskan sumber daya setempat secara strategik dan

mewujudkan usahawan tani di kalangan masyarakat luar bandar. Kedua-dua elemen

inilah yang kurang dimanfaatkan oleh kerajaan dalam pembangunan pertanian selama

ini yang menyebabkan perancangan membangunkan jerami berterusan stagnasi.

Justeru itu, keseimbangan pembangunan antara pembangunan dari `atas ke

bawah΄ dan dari `bawah ke atas΄ (bottom-up approach) merupakan landasan baru

kepada pembangunan pertanian sub-sektor padi secara holistik di Wilayah MADA.

Pembangunan dari bawah ke atas lebih melibatkan pemaksimuman pergerakan dan

penggunaan sumber semulajadi serta sumber manusia di peringkat tempatan melalui

penciptaan ruang. Pengembangan masyarakat harus dilakukan melalui gerakan

bersepadu dengan institusi pertanian tempatan. Selain itu, ia melibatkan penawaran

yang kukuh dengan mencipta pengkhususan dalam pengeluaran wilayah melibatkan

suntikan pelaburan untuk mempelbagaikan ekonomi. Penciptaan perubahan dari

dalam akan meningkatkan keseimbangan dan mendorong kepada pembangunan

sebuah wilayah pertanian yang dinamik.

Pembentukan Koridor Utara merupakan platform terbaik kepada pembangunan

industri jerami kerana meletakkan `Zon Makanan Moden Malaysia΄ sebagai tonggak

utama untuk memajukan aktiviti di peringkat huluan dan hiliran. Malangnya,

pendekatan Agropolitan yang asasnya melihat pembangunan dari `bawah ke atas’

tidak direncanakan dalam pembangunan pertanian di Wilayah Pembangunan Koridor

Utara seperti mana wilayah-wilayah pertanian lain seperti Wilayah Pembangunan

Pantai Timur dan Pulau Banggi. Harus dibuat perkiraan bahawa Agropolitan bukan

sekadar membangunkan kawasan terpencil dan mundur untuk dijadikan bandar dalam

kawasan pertanian tetapi mengembangkan wilayah pertanian sedia ada yang telah utuh

membangun. Ia juga memberi penekanan kepada keupayaan fungsinya dalam

memberi ruang dan pergerakan optimum kepada pembangunan sektor tani di

peringkat huluan dan hiliran.

Justeru itu, keunggulan dan keutuhan Wilayah MADA dari segi pengeluaran

padi dengan tersedianya pelbagai kemudahan infrastruktur pertanian adalah mustahil

dan merugikan sekiranya kekuatan dan peluang tersebut tidak dimaksimumkan. Sub-

sektor padi perlu berani keluar daripada hanya menghasilkan komoditi primari (beras)

dengan terbuangnya sumber jerami kepada membangunkan potensi hasil sampingan

pertanian di peringkat huluan dan hiliran. Idealnya, sebagai wilayah yang utuh dalam

mengembangkan fungsi pertaniannya, adalah menguntungkan jika pendekatan

Agropolitan turut diterapkan di Wilayah MADA. Ruginya, peranan Wilayah MADA

sebagai wilayah fungsian pertanian dinafikan peluangnya dalam NCER kerana tidak

menampilkan Agropolitan sebagai teras pendekatan.

Pewajaran pendekatan Agropolitan diterapkan di Wilayah MADA kerana

secara asasnya wilayah ini mempunyai produk unggulan iaitu pengeluaran padi

dengan sumber jerami yang banyak, tersedianya pelbagai kemudahan infrastruktur dan

kekuatan pengurusan oleh pihak MADA yang telah lama menguruskan sektor padi di

wilayah unggulan tersebut. Bagi melonjakkan industri jerami ke tahap yang tinggi,

kuasa autonomi perlu diberikan kepada pihak MADA untuk menguruskan sendiri

pembangunan hasil sampingan padi. Keupayaan MADA dalam mengendalikan sub-

sektor industri padi negara dan kejayaannya membasmi kemiskinan tegar petani di

wilayahnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Justeru itu, MADA sekali lagi perlu

diberikan peranan baru untuk membangunkan industri asas tani berasaskan jerami

yang selama ini dibaziri.

Kuasa autonomi perlu diberikan kepada pihak MADA bagi membolehkannya

melakukan perubahan dan penyesuaian dalam polisi mengikut keadaan semasa dan

penstrukturan semula organisasi. Ini membolehkan pihak MADA menguruskan

sendiri hasil jerami tanpa kongkongan dasar yang lebih mengherot ke arah tanaman

komoditi industri yang lain. Selain itu, pihak MADA perlu disediakan dengan bajet

dan insentif-insentif khusus bagi menyediakan pelbagai kemudahan logistik,

menjalankan promosi, melakukan pengembangan maklumat dan komunikasi berkesan

untuk mendapatkan penyertaan menyeluruh daripada komuniti tempatan.

Pemantapan pengembangan wilayah yang terpadu ini akan mewujudkan pola

agribisnes dan agroindustri yang akan meningkatkan kesan pengganda ke atas

keruangan dan sektoral di wilayah tersebut secara strategik. Rantaian pertumbuhan ini

akan meningkatkan fungsi ekonomi wilayah pertanian itu dari segi peningkatan

produktiviti di peringkat huluan dan hilirannya melalui (i) pengembangan usaha tani

dan infrastrukturnya; (ii) kelangsungan kepelbagaian aktiviti agribisnes dan

agroindustri; (iii) penggunaan secara optimum dan efektif sumber bahan mentah

tempatan seperti jerami; (iv) pengembangan aliran dana pelaburan serta akses petani

dan pengusaha yang membawa kepada peningkatan pemanfaatan teknologi dan

inovasi produk; (v) peningkatan taraf hidup petani kesan pemaksimuman hasil ladang;

(vi) peningkatan kesejahteraan komuniti masyarakat sekitar kesan pengurusan ladang

secara mesra alam dan (vii) kewujudan lapangan pekerjaan yang tercetus akibat

pembangunan industri jerami (Jadual 8.5).

Jadual 8.5 Pewajaran pendekatan Agropolitan diterapkan di Wilayah MADA

Apa yang sepatutnya berlaku ke atas pembangunan industri jerami di Wilayah

MADA tetapi tidak berlaku

Peningkatan dan pengekalan nilai ekonomi bagi sub-sektor padi dengan

membangunkan hasil padi dan hasil sampingannya ke tahap optimum.

Berkeupayaan memaksimumkan penggunaan jerami yang merupakan sumber yang

boleh diperbaharui ke tahap daya saing yang tinggi.

MADA berkuasa autonomi dalam mentadbir dan menguruskan perancangan

strategik untuk pembangunan sektor padi (hasil utama dan hasil sampingannya)

dalam ruang wilayahnya berdasarkan budaya penduduk setempat, ekonomi semasa

dan persekitaran ekologinya.

Kelangsungan aktiviti agribisnes yang diusahakan oleh para petani setempat dengan

memaksimumkan penggunan sumber sedia ada di wilayah tersebut.

Penyertaan pihak swasta dalam skala yang besar serta penglibatan pengusaha

Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam mempelbagaikan corak aktiviti agro-

industri.

Pertumbuhan industri-industri yang berasaskan jerami padi dalam skala yang besar

yang membawa kepada perkembangan sektor ekonomi sekunder dan tertiari.

Terciptanya usaha agribisnes dan budaya industri dalam seluruh masyarakat di

persekitaran tani dalam Wilayah MADA dan kawasan pinggirnya.

Pengembangan aliran dana pelaburan yang besar ke kawasan luar bandar yang akan

membawa kepada pemanfaatan penggunaan teknologi dan inovasi produk.

Peningkatan akses petani dan pengusaha enterprais terhadap penguasaan modal,

inovasi teknologi, infrastruktur, penyampaian maklumat melalui pendidikan dan

bersambung…

latihan, jaringan pemasaran serta pengedaran.

Pewujudan peluang pekerjaan yang banyak di sektor padi kesan pembangunan pesat

industri jerami.

Peningkatan pendapatan petani melalui pemaksimuman hasil ladang (hasil padi dan

jerami) dan nilai ditambah yang diwujudkan daripadanya.

Peningkatan kesejahteraan komuniti di persekitaran tani dengan pengurusan jerami

secara mesra alam.

Pengembangan Agropolitan secara komprehensif akan memacu kecepatan

pertumbuhan ekonomi di Wilayah MADA dengan melibatkan semua kekuatan dan

mengeksploitasi seoptimum mungkin setiap peluang yang wujud. Pendekatan

Agropolitan ini dilihat sebagai satu-satunya projek yang dimaksudkan dengan

memanfaatkan kekuatan dan peluang sedia ada bagi keutuhan sesebuah wilayah

pertanian dan bukan hanya dengan membuka kawasan-kawasan baru untuk

dibangunkan dengan aktiviti pertanian. Ini sekaligus dapat menangani kelemahan dan

ancaman yang menyebabkan keterbiaran jerami sejak sekian lama sebagai pemangkin

kepada pembangunan industri asas tani negara. Lantas, pelbagai tindakan yang

bersepadu ini dapat menyah stagnasi dalam pembangunan industri jerami di Wilayah

MADA (Rajah 8.1).

…sambungan

Rajah 8.1 Pembangunan industri jerami yang strategik

PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA

Dasar khusus berkaitan industri

hasil sampingan padi

Dasar khusus berkaitan peningkatan

hasil padi

Hub Agropolitan Wilayah MADA

PENGUKUHAN

KEKUATAN

- Pengukuhan perkhidmatan

pengembangan pertanian

- Pemberian insentif yang

lebih menarik

- Galakan penglibatan petani

dan komuniti secara

menyeluruh

- Permudahkan penyampaian

inovasi

- Meningkatkan promosi

terhadap potensi jerami

- Galakan terhadap

penggunaan produk jerami

TANGANI ANCAMAN

- Mewujudkan iklim pelaburan

yang menarik

- Pemberian subsidi baja

kompos

- Penekanan kepentingan

penggunaan baja kompos

jerami dalam pengerjaan tani

- Penyatuan ladang

- Mengadakan skim merekrut

usahawan tani muda

- Menggembling kepakaran

pegawai institusi

- Pengurusan secara berpusat

- Memaju teknologi tempatan

- Pengurusan logistik

MANFAATKAN PELUANG

- Penawaran pelbagai insentif

dan pembiayaan kewangan

- Penekanan kepada kepentingan

penggunaan sumber tenaga

alternatif

- Menggalakkan P&P bagi

meningkatkan kualiti produk

jerami

- Penyebaran maklumat secara

formal dan informal kepada

masyarakat

- Penonjolan potensi jerami

melalui pembangunan kesenian

- Menggalakkan penglibatan

pihak swasta dan universiti

dalam P&P

ATASI KELEMAHAN

- Mewujudkan dasar yang lebih

fokus ke arah pembangunan

industri jerami

- Pengukuhan perkhidmatan

sokongan

- Penyelarasan peranan dan

program antara agensi

- Meningkatkan pembangunan

inovasi tempatan

- Meningkatkan pembangunan

produk

- Permudahkan kesampaian

usahawan terhadap dana

pembiayaan

- Permudahkan penyampaian

inovasi

- Pergiatkan promosi terhadap

penggunaan produk jerami

TINDAKAN

NYAH STAGNASI DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

8.7 KESIMPULAN

Hasil perbincangan dapatlah dilihat bahawa stagnasi dalam pembangunan jerami

bolehlah dianggap sebagai stagnasi yang disengajakan dan bukanlah didorong oleh

rasional bahawa industri ini langsung tidak mempunyai potensi. Ini kerana kajian telah

membuktikan bahawa terdapat 11 ciri kekuatan dan enam ciri peluang yang boleh

diperkasakan. Akibat pengabaian kekuatan dan peluang ini, industri ini tidak berupaya

untuk berada seiring dengan sektor lain dalam meningkatkan ekonomi negara.

Keutamaan dasar dan pendekatan strategi pembangunan merupakan kekuatan asas

kepada kejayaan berterusan pembangunan industri jerami. Oleh itu, ia memerlukan

perubahan minda di kalangan pembuat dasar, agensi kerajaan dan swasta, pengusaha

enterprais dan kalangan petani sebagai pelaku majoriti bagi pembangunan jerami.

325

BAB IX

RUMUSAN DAN CADANGAN

9.1 SENARIO STAGNASI DALAM INDUSTRI JERAMI

Seperti yang telah dibincangkan dalam bab-bab sebelum ini, semenjak negara

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, prioriti dan penekanan khusus telah

diberikan oleh kerajaan khusus kepada tanaman komoditi industri antaranya melalui

insentif galakan, pertambahan keluasan bertanam dan P&P. Manakala sub-sektor padi

terus menerus diabaikan secara tidak nyata sedangkan kepentingannya nyata tidak

boleh dipandang remeh. Ini kerana ia melibatkan keselamatan negara memandangkan

padi merupakan makanan rugi penduduk di negara ini selain tuntutan ke atas

kebajikan petani terutamanya yang berskala kecil.

Ini dibuktikan dengan Malaysia tidak pernah berhasrat untuk menjadi

pengeksport beras utama dunia dan tidak mampu untuk memenuhi tahap sara diri

beras 100 peratus sedangkan ia merupakan sebuah negara pertanian. Selama ini, padi

hanya dianggap sebagai tanaman yang tidak menguntungkan dan ‘tanaman orang

miskin’. Malah, pandangan yang tidak menyebelahi terhadap pembangunan jerami

dengan menganggapnya sekadar aktiviti sampingan bagi menampung pendapatan

secara kecil-kecilan dan bukannya satu industri tani yang ekonomik menyebabkan

sektor padi hanya akan mampu bergerak sebagai pengeluar primer sahaja.

Sektor pertanian menerima tamparan hebat apabila kerajaan lebih mengarah ke

arah sektor perindustrian sekitar tahun 1980an. Tuntutan ini merudumkan sumbangan

sektor pertanian sedangkan peningkatan penduduk memerlukan penawaran bekalan

makanan yang mencukupi. Proses transformasi yang mendadak menyebabkan

326

berlakunya proses ketidakmatangan terhadap sektor pertanian dan luar bandar. Sektor

pertanian semakin terkebelakang dari pelbagai sudut terutamanya kurangnya

pelaburan daripada pihak swasta dan kurangnya tenaga kerja akibat migrasi secara

besar-besaran ke sektor perindustrian di bandar. Situasi ini terjadi kerana

perkembangan industrialisasi tidak menyebabkan berlakunya proses penitisan ke

bawah dan aktiviti perindustrian tidak berkait secara langsung dengan sektor pertanian

seperti industri elektronik dan industri automobil. Oleh itu, pengembangan industri

pertanian di peringkat huluan dan hiliran tidak berkembang seperti yang dihasratkan

dalam dasar-dasar negara yang telah direncanakan.

Sekitar zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sektor pertanian

telah diberi nafas baru dan diangkat menjadi sektor pertumbuhan ekonomi yang

utama. Dalam keadaan dasar yang sangat pro kepada pertanian, sepatutnya jerami

telah diberi peranan yang sewajarnya dalam menyumbang kepada perkembangan

ekonomi negara seperti yang dilakukan oleh negara China, Amerika Syarikat,

Australia, Indonesia dan beberapa buah negara lain. Namun, sekali lagi jerami secara

terang-terangan dipinggirkan peranannya. Ini jelas terlihat apabila sub-sektor padi

masih kekal dianggap sebagai sektor yang sering mendatangkan masalah ke atas alam

sekitar dan tingkat pendapatan yang rendah di kalangan petani. Buktinya:

i. Pembakaran jerami masih dilakukan secara besar-besaran selepas musim

penuaian iaitu sebanyak dua kali setahun.

ii. Penggunaan input baja kimia dan racun perosak yang tinggi terhadap tanaman

padi sedangkan penggunaan baja kompos jerami lebih menyuburkan tanah dan

tanaman serta mengurangkan serangan perosak terhadap tanaman dalam jangka

masa panjang berbanding input kimia.

iii. Jumlah import baja kimia, baja organik dan makanan ternakan semakin

meningkat sedangkan pengeluaran jerami sebagai produk alternative di pasaran

tempatan masih lagi rendah.

iv. Penggunaan sumber tenaga tidak penuh dalam sub-sektor padi kesan terhadnya

penawaran peluang pekerjaan dalam sub-sektor padi.

327

v. Kos pengeluaran yang semakin tinggi untuk pengurusan ladang sedangkan

pembangunan jerami mampu mengurangkan pelbagai kos antaranya pembelian

input dan kos pengurusan ladang dalam jangka masa panjang.

vi. Kemiskinan yang tinggi di kalangan petani kerana kurangnya aktiviti sampingan

yang diwujudkan daripada hasil utamanya.

Sebaiknya jalan keluar ialah dengan mengorientasikan semula dasar bagi sub-

sektor padi yang hanya menumpukan kepada peningkatan hasil ladang dan industri

hilran berasaskan makanan dengan tumpuan yang sama diberikan kepada industri

berasaskan hasil sampingannya yang sekian lama dibaziri dengan sengaja secara

besar-besaran.. Mekanisme ini perlu melibatkan perencanaan semula dasar dengan

melihat kepada peningkatan hasil dan pengurusan hasil sampingan pertanian secara

mesra alam melalui penggunaan sumber secara optimum.

9.2 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG UTAMA KEPADA STAGNASI

DALAM INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

Berlandaskan tujuan utama untuk mengenalpasti dan menganalisis faktor-faktor yang

mempengaruhi dan menjejaskan usaha pelaku utama ke arah membangunkan industri

jerami yang berdaya maju di Wilayah MADA, beberapa dapatan utama telah

diperolehi. Di antara empat faktor yang dikaji iaitu enterprais, komuniti petani,

institusi dan dasar, didapati faktor dasarlah yang memainkan peranan besar sebagai

penentu dalam mengekalkan senario stagnasi dalam pembangunan industri jerami di

Wilayah MADA. Ini bererti kesemua persoalan hanya menjurus dan berbalik kepada

pembuatan dan pengukuhan dasar kerana dasarlah yang akan menentukan ciri-ciri

kekuatan dan peluang dimanfaatkan manakala kelemahan dan ancaman ditangani

secara berkesan.

9.2.1 Tiadanya Dasar Khusus Terhadap Pembangunan Jerami

Ketiadaan dasar yang menjurus kepada pembangunan industri jerami menyebabkan

ianya hanya wujud sebagai aktiviti sampingan sahaja. Kemunculan pembangunan

jerami adalah atas usaha pihak MADA bagi mengelakkan kemalangan di sekitar

Lebuhraya Utara-Selatan yang sering berlaku akibat asap pembakaran jerami. Ini jelas

328

menunjukkan bahawa potensi jerami dalam mewujudkan sebuah industri berdaya

saing tidak menjadi asas utama dalam pembangunannya. Penerusan pemberian subsidi

baja kimia kepada petani serta peningkatan jumlah import makanan ternakan, baja

kimia dan baja kompos dari luar nyata menjelaskan mengapa masih berlakunya

stagnasi dalam pembangunan industri jerami di negara ini.

Ini ditambah pula dengan kelonggaran akta alam sekitar yang membenarkan

pembakaran sisa pertanian secara terbuka turut menjejaskan pembangunan industri

jerami secara nyata. Kelonggaran akta ini memberi peluang kepada petani untuk

melakukan pembakaran dan tidak mematuhi syarat-syarat pembakaran yang perlu

dipatuhi sebelum dan semasa melakukan pembakaran. Ini kerana tiada sebarang denda

atau pendakwaan dikenakan ke atas petani yang melanggar syarat-syarat tersebut sejak

sekian lama.

Penguatkuasaan undang-undang secara berperingkat dengan memberi amaran,

mengenakan denda dan pendakwaan ke atas petani yang melanggar syarat-syarat

pembakaran terbuka perlulah lebih jelas seperti yang dilakukan di Wilayah California.

Pembakaran hanya boleh dilakukan sekiranya ladang diancam oleh penyakit dan

perosak sahaja manakala ladang yang bebas daripada ancaman tersebut, hasil

jeraminya perlu dibangunkan.

9.2.2 Terhadnya Penyertaan Pihak Swasta Dan Petani Dalam Usaha

Membangunkan Industri Jerami

Stagnasi dalam pembangunan jerami juga dilihat berlaku kerana pembangunannya

kurang menepati sasaran iaitu kurangnya penyertaan petani, usahawan dan pihak

swasta. Keadaan berlaku disebabkan oleh (i) penciptaan peluang yang terhad kepada

masyarakat untuk pengembangan diri; (ii) penyediaan kemudahan dan maklumat yang

terhad untuk masyarakat memanfaatkan sumber jerami; (iii) pembangunan yang

direncanakan tidak menyeluruh di Wilayah MADA; (iv) petani kurang memahami

program menyebabkan tiadanya penyertaan secara menyeluruh dalam pembangunan

yang diwujudkan untuk mereka dan (v) kaedah pelaksanaan yang diterapkan tidak

sesuai dengan keadaan dan pemahaman masyarakat.

329

Tujahan dasar yang tidak berpihak kepada pembangunan jerami serta tidak

menonjolkan potensi jerami dalam pembangunan ekonomi negara tidak

memungkinkan kepada penyertaan sektor swasta. Penyediaan iklim pelaburan yang

menarik seperti insentif cukai, penyediaan infrastruktur asas dan kemudahan dana

akan mampu menarik minat pelabur swasta berskala besar. Penyertaan pihak swasta

amat perlu kerana motif keuntungan yang ingin dicapai akan lebih memacu

pembangunan industri jerami berbanding motif memelihara kebajikan petani dan

penduduk luar bandar yang dipegang oleh institusi awam khususnya pihak MADA.

9.2.3 Penawaran Kemudahan Infrastruktur Dan Teknologi Yang Kurang

Efisien

Pengeluaran jerami di Wilayah MADA diperolehi sebanyak dua kali setahun namun

pemungutan jerami hanya boleh dilakukan bagi satu musim sahaja iaitu ketika musim

kering. Antara kekangan utama yang dihadapi oleh pihak MADA bagi menggerakkan

pembangunan industri jerami ialah:

i. Keupayaan mesin baler untuk mengutip jerami di seluruh Wilayah MADA

dengan kadar yang cepat adalah terhad menyebabkan jerami terpaksa dibakar.

ii. Kekurangan pusat penyimpanan telah menghadkan projek pengumpulan jerami

dengan kapasiti yang tinggi. Jerami yang hanya dapat dipungut setahun sekali

memerlukan tempat penyimpanan yang luas dan berbumbung bagi mengekalkan

kualitinya dan membolehkan penawaran stok bahan mentah sepanjang tahun.

iii. Tingkat pembangunan teknologi yang rendah menghasilkan teknologi

pemungutan jerami yang tidak bersesuaian dengan keadaan tempatan. Malah

pengeksploitasian potensinya belum cukup mantap untuk bersaing di pasaran.

9.3 CABARAN TERHADAP PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI YANG

BERDAYA SAING DI WILAYAH MADA

Pembangunan jerami sebagai sebuah industri perlu dilihat kepada tahap kecekapan

dan keupayaannya yang tinggi dari sudut ekonomi dan kegunaannya di pasaran. Tanpa

adanya pasaran yang meluas, bahan mentah jerami hanya akan mempunyai nilai

ekonomi yang rendah, penggunaan yang bermanfaat kecil dan pasaran yang memadai

330

sahaja. Ini akan membuktikan bahawa pembangunan industri jerami bukanlah satu

industri yang membawa keuntungan besar. Justeru itu, bagi membangunkan jerami

sebagai sebuah industri yang berdaya maju memerlukan pelaburan dalam skala makro

di samping analisis yang mendalam terhadap teknikal dan ekonomiknya. Namun

dalam usaha membangunkan jerami padi sebagai salah satu media untuk

mengeluarkan produk secara komersil, perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh

pihak kerajaan ialah:

9.3.1 Keperluan Pembuatan Dan Pengukuhan Dasar Yang Lebih Terarah

Kepada Industri Jerami

Untuk mencapai pembangunan sumber padi secara optimum, pembuatan dan

pengukuhan dasar melalui pertalian positif perlu dilihat dalam hubungan antara

pembangunan pertanian, alam sekitar dan persekitaran sosio-ekonomi komuniti tani

agar tidak memberikan sebarang bentuk tekanan dan ancaman kepada persekitaran

ekologi dan sosial masyarakat itu sendiri. Justeru itu, implementasi dasar perlu lebih

ketat dan menyeluruh meliputi aspek:

i. Pembuatan dasar yang menujah kepada pengurusan hasil sampingan padi dan

pembangunan industri jerami sebagai sumber pertumbuhan baru di samping

pengukuhan dasar sedia ada ke arah pembangunan pesat industri asas tani.

ii. Meningkatkan penguatkuasaan akta larangan pembakaran terbuka jerami secara

berperingkat dengan memberi amaran, mengenakan denda dan pendakwaan ke

atas petani yang melanggar syarat-syarat pembakaran terbuka.

iii. Menyekat import baja kimia dan organik serta makanan ternakan supaya

permintaan dan penawaran di peringkat tempatan meningkat.

iv. Menggantikan pemberian subsidi baja kimia kepada subsidi baja kompos jerami.

v. Penyediaan pakej rangsangan dan galakan yang mampu menarik pihak swasta

berskala makro, usahawan dan petani menceburi industri berasaskan jerami.

vi. Sokongan padu daripada pihak MADA dan agensi pertanian lain menggunakan

sepenuhnya produk hasilan jerami dalam menjalankan aktiviti pertanian seperti

baja kompos dan makanan ternakan.

331

vii. Mewujudkan program menggalakkan penggunaan produk hasilan jerami dalam

setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan setiap agensi di

bawahnya.

viii. Pemupukan budaya menghayati sumber daya alam dalam diri masyarakat melalui

sistem pembelajaran yang efektif sedari awal peringkat pendidikan.

9.3.2 Keperluan Kepada Pembangunan Utuh Pihak Swasta dan Usahawan

Enterprais

Kadar penyertaan pihak swasta atau usahawan tempatan adalah terhad terutamanya

usahawan tempatan bermodal kecil yang tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan

sepenuhnya daripada pihak institusi. Bagi mengukuhkan lagi pembangunan industri

jerami, kewujudan usahawan tani yang melibatkan pihak swasta, petani dan komuniti

sekitar perlu digerakkan supaya mereka mampu menguruskan sendiri sumber tersebut.

Sokongan institusi perlu bagi mengorientasikan dan mengukuhkan semula struktur

pengurusan dengan memberi perhatian kepada:

i. Penyediaan pakej rangsangan dan galakan pelaburan yang menarik.

ii. Kemudahan untuk akses kepada sumber modal.

iii. Peningkatan latihan berkaitan pengurusan dan pengeluaran produk serta

kemahiran teknikal.

iv. Pelebaran skop pasaran kepada pelbagai tingkat pengguna.

v. Peningkatan promosi dengan menonjolkan kelebihan produk jerami berbanding

produk lain setaranya.

vi. Kemudahan akses kepada maklumat dan jaringan pasaran.

vii. Memperkenalkan harga yang kompetitif di pasaran.

9.3.3 Keperluan Kepada Pembangunan Utuh Komuniti Petani

Selaku pengeluar utama jerami, penglibatan petani secara menyeluruh sangat penting

dalam menjadikan Wilayah MADA sebagai wilayah terunggul penghasilan padi dan

agro-industri yang boleh dijana daripada hasil utamanya. Ini boleh direalisasikan

melalui:

332

i. Penawaran insentif yang lebih menarik kepada petani yang berminat

membangunkan industri jerami.

ii. Melibatkan petani secara komprehensif dalam pengurusan dan pembangunan

jerami.

iii. Penekanan kitaran pembelajaran informal dan inovasi yang berterusan kepada

petani melibatkan pengurusan ladang secara mesra alam dan potensi keuntungan

membangunkan jerami.

9.3.4 Pengukuhan Pengurusan Oleh Pihak Institusi

Kejayaan inovasi yang diperkenalkan akan lebih terjamin dan berterusan sekiranya

mendapat sokongan padu daripada pihak institusi melalui:

i. Pemberian kuasa autonomi kepada pihak MADA untuk menguruskan sendiri

hasil padi dan jerami.

ii. Penyediaan kemudahan logistik yang mencukupi.

iii. Penekanan P&P tehadap peningkatan kualiti jerami, peningkatan kepelbagaian

potensi jerami dalam keadaan basah dan kering serta mewujudkan mekanisasi

ladang yang sesuai dengan situasi ladang tempatan. Kerjasama melalui bantuan

kepakaran dan dana harus melibatkan agensi kerajaan, pihak swasta dan

universiti.

iv. Hasil penyelidikan yang telah terbukti berkesan dari segi ekologi dan ekonomi

perlu didemonstrasikan dan dipraktikkan di ladang agar meningkatkan keyakinan

petani terhadap penggunaan jerami dalam aktiviti tani.

v. Program penyelidikan secara terus di ladang supaya penggunaan teknologi dan

inovasi baru bersesuaian dengan persekitaran tani. Ia melibatkan penyelidik,

pegawai pengembangan dan petani.

vi. Sokongan jitu terhadap penggunaan hasilan jerami dalam aktiviti tani.

vii. Mewujudkan pelbagai tingkat aliran interaksi (pertukaran maklumat,

pengetahuan, latihan kemahiran, teknikal, pemasaran) antara penyelidik, pegawai

institusi, petani dan usahawan enterprais secara berterusan.

viii. Proses penyampaian maklumat hasil penyelidikan jerami kepada petani dan

usahawan dipermudahkan dan tidak terlalu teknikal.

333

ix. Mewujudkan kerjasama antara agensi untuk meningkatkan penggunaan jerami

melalui promosi contohnya antara pihak MADA dengan Perbadanan Kraftangan.

x. Promosi berkesan melalui penyampaian dan penyebaran maklumat yang

komprehensif kepada masyarakat.

xi. Penjanaan idea kepada usahawan untuk mewujudkan kelainan produk dalam

usaha menakluki pasaran.

9.4 IMPLIKASI KAJIAN TERHADAP PEMBUATAN DASAR DAN

PEMBANGUNAN WILAYAH PERTANIAN

Kerajaan secara serius memberi tumpuan terhadap pengeluaran makanan melalui

pelbagai dasar yang diwujudkan antaranya Dasar Pertanian Negara dan Dasar

Agromakanan. Ini ditambah dengan wujudnya dasar dan program lain yang

menyokong ke arah pembangunan pertanian antaranya Dasar Bioteknologi, Dasar

Teknologi Hijau Negara dan NCER. Kewujudan dasar pembangunan pertanian sedia

ada dan projek pembangunan wilayah akan bertindak mengukuhkan lagi sektor

pertanian dan peningkatan nilai ditambah bagi industri hilirannya.

Keperluan kepada pembuatan dasar yang menujah seutuhnya terhadap

pembangunan industri jerami dan mengaplikasikan konsep Agropolitan dalam

pembangunan Wilayah MADA adalah bertepatan memandangkan Wilayah MADA

mempunyai produk unggulan padi dan jerami pada kadar yang boleh diindustrikan.

Pembangunan industri jerami dilihat berupaya menyeimbangkan pertumbuhan

ekonomi antara sektor, meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan luar bandar serta

keseimbangan ekologi di persekitaran tani. Sebagai sebuah wilayah pertanian yang

unggul, penumpuan strategik ke atas sektor pertanian membolehkannya beroperasi

sebagai aktiviti perdagangan dengan saiz ladang yang optimum serta menguntungkan.

Pembangunan wilayahnya wajar didorong oleh pembangunan industri asas tani

seterusnya kepada agro-industri yang lebih berdaya saing.

Pertumbuhan pesat industri jerami akan melebarkan lagi fungsi wilayah

pertanian MADA dengan terciptanya usaha agribisnes dan budaya industri dalam

persekitaran tani dan kawasan pinggirnya. Pembangunan agribisnes yang berterusan

akan mencetuskan pembangunan yang pesat dalam agro-industri berasaskan padi di

334

peringkat huluan dan hiliran. Lantaran itu, taraf hidup penduduk di persekitaran tani

dapat ditingkatkan melalui pewujudan peluang pekerjaan. Penggunaan tenaga buruh

akan lebih berkesan ekoran pembangunan sumber bahan mentah pertanian secara

intensif. Pembangunan yang melibatkan penyertaan komuniti ini dilihat sebagai

prospek terbaik dalam proses pembangunan wilayah dan pembandaran kawasan luar

bandar. Senario ini akan melebarkan fungsi Wilayah MADA dan Kedah sebagai

sebuah wilayah pertanian maju dalam mengembangkan fungsinya ke arah

pembangunan agro-industri dan pelancongan tani.

Prospek pembangunan jerami dalam menyeimbangkan persekitaran ekologi

tani mampu menghambat lagi pembangunan industri jerami ke tahap maju. Ini

didorong oleh peningkatan kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan dan

pemeliharaan alam sekitar. Melihat kepada prospek pembangunan jerami dalam

mewujudkan pertanian mapan adalah merugikan sekiranya sumber bernilai ini

dibiarkan berterusan stagnasi. Ini kerana keupayaannya dalam pengembangan

ekonomi wilayah, pembangunan sosio-ekonomi penduduk dan keseimbangan ekologi

jelas dapat mewujudkan sebuah wilayah pertanian yang mapan melalui peningkatan

kesejahteraan penduduk, peningkatan kualiti persekitaran dan pembangunan agro-

industri yang pesat. Ini membuka lebih banyak ruang kepada pengkajian secara ilmiah

dari aspek pembangunan pertanian mapan, pembangunan wilayah dan luar bandar,

pembangunan industri, pembangunan pelancongan tani dan ekologi tani.

9.5 KESIMPULAN

Peralihan paradigm daripada pembangunan `atas ke bawah΄ yang dipraktikkan selama

ini kepada pembangunan dari `bawah ke atas΄ dilihat mampu menzahirkan

pertumbuhan sektor pertanian kerana ia melibatkan pembangunan sumber semulajadi

dan sumber manusia secara optimum. Ini dapat menggantikan konsep pembangunan

luar bandar yang selama ini lebih berlandaskan kepada pembangunan individu tanpa

melaksanakan pembangunan secara holistik yang akhirnya menyebabkan sumbangan

sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin menyusut. Justeru itu, hasrat

kerajaan yang mengarah ke arah pertanian sebagai sumber pertumbuhan ketiga adalah

sangat relevan dengan memberi nafas baru terhadap sub-sektor tanaman padi. Ini

335

merupakan satu tindakan wajar dengan memaksimumkan keseluruhan hasil pertanian

di peringkat huluan dan hiliran dengan mengoptimumkan penggunaan sumber

tempatan di luar bandar.

Revitalisasi dan rejuvenasi dalam sub-sektor tanaman padi ini tentunya

memerlukan iltizam tinggi dengan memberi sokongan menyeluruh terutamanya dalam

menyediakan infrastruktur asas dan galakan pelaburan kepada sektor swasta.

Hubungan yang erat antara pelaku-pelaku utama iaitu petani, usahawan enterprais dan

institusi adalah mutlak supaya pembangunan industri jerami dapat dilaksanakan secara

waras dan harmonis. Kerajaan harus menunjukkan kesanggupan untuk mengiktiraf

kelemahan lalu dan berusaha mengurangkan ancaman yang sering menggugat

perkembangan industri jerami. Kekuatan yang sedia ada pada industri jerami perlulah

dikukuhkan manakala peluang yang tertera perlu digarap agar jerami dapat

ditonjolkan keupayaannya untuk mencerahkan lagi sektor pertanian negara.

336

RUJUKAN

Abdul Rahim Md Nor. 2009. Statistical Methods in Research. Kuala Lumpur: Prentice

Hall.

Afifuddin Omar. 1986. Pembangunan Ekonomi Kaum Tani: Suatu Kajian Ekonomi

Politik di Wilayah Muda. Terj. Daud Baharum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ahmad Mahdzan Ayob. 1994. Pembangunan Pertanian: Ekonomi, Dasar dan Bukti

Empirik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anon. 2007. NCER Tukar Landskap Kawasan 2.4 Juta Hektar. Berita Harian, 30

Julai: 25.

Azizan Asmuni & Ishida Akira. 1998. Perubahan Struktur dan Reformasi Pertanian di

Jepun. Dlm. Chamhuri Siwar, Abdul Malik Ismail & Abdul Hamid Jaafar

(pnyt.). Refomasi Pertanian Malaysia ke Arah Wawasan 2020. 246-256. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Babbie, E. 2007. The Practice of Social Research. United States of America:

Thomson Wadsworth.

Battershill, M. R. J. & Gilg, A. W. 1997. Sosio-economic constraint and

environmentally friendly farming in the Southwest of England. Journal of

Rural Studies 13(2): 213-228.

Bhattacharya, S. C. 2002. Biomass energy in Asia: A review of status, technologies

and policies in Asia. Energy for Sustainable Development 2: 5-10.

Blackett, P. & Heron, R. L. 2008. Maintaining the ‘Clean green’ image: Governance

of on-farm environmental practices in the New Zealand dairy industry. Dlm.

Stringer, C. & Heron, R. L. (pnyt.). Agri-Food Commodity Chains and

Globalizing Networks: The Dynamics of Economic Space. Hampshire: Ashgate

Publishing.

Blij, H.J. 1971. Geography: Regions and Concepts. New Yok: John Wiley & Sons,

Inc.

Bridhikitti, A. & Kanokkanjana, K. 2009. Sustainable rice straw management for

urban air pollution in Bang Bua Thong, Nonthaburi. Ranjith Perera (pnyt.).

Nonthaburi: Southeast Asia urban environmental management applications

project.

Bryceson, K.P. 2006. E-issues in Agribusiness: he ‘What’, ‘Why’, ‘How’. United

Kingdom: Oxfordshire.

Buchanan, R.O. 1959. Some reflections on agriculture geography. Geography, 44: 1-

13.

337

Buttimer, A. 2001. Sustainable Landscapes and Lifeways: Scale Appropriateness.

Ireland: Cork University Press.

California Air Resources Board. 2003. Progress report on the phase-down and the

1998-2002 pause in the phase down of rice straw burning in the Sacramento

Valley Air Basin. California: California Department of Food and Agriculture.

Chamhuri Siwar & Mohd Fauzi Mohd Jani. 1996. Sektor pertanian dalam era

perindustrian: isu dan masalah rantaian. Dlm. Zaini Mahbar & Mohaini

Tajuddin (pnyt.). Industrialisasi dan Pembangunan. hlm. 148-173. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chamhuri Siwar, Abdul Malik Ismail & Abdul Hamid Jaafar. 1998. Reformasi

pertanian: sorotan isu dan cadangan. Dlm. Chamhuri Siwar, Abdul Malik Ismail

& Abdul Hamid Jaafar (pnyt.). Reformasi Pertanian Malaysia ke arah Wawasan

2020. hlm. 431-456. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chamhuri Siwar. 2005. Issues and challenges in the agriculture industry in relation to

waste management and utilization. Dlm. Business opportunities in agricultural

waste. Proceedings of the Agricultural Waste Management Conference 2003,

hlm. 1-13.

Chen, Y., Yang, G., Sweeney, S. & Feng, Y. 2009. Household biogas use in rural

China: a study of opportunities and constraints. Renewable and Sustainable

Energy Reviews 14: 545-549.

Congress of the United States. 1991. Agricultural Commodities as Industrial Raw

Materials. Washington: US Government.

Cuevas, V.C. 1991. Rapid compositing of rice straw in irrigated paddies. International

Network on Soil Fertility and Sustainable Rice Farming. IRRI. Los Banos, 1

Februari-26 Mac.

Cuiping, L., Yanyangjie, Chuangzhi, W. & Haitao, H. 2004. Study on the distribution

and quantity of biomass residues resource in China. Biomass and Bioenergy 27:

111-117

Dardak, E.E. 2007. The development of agricultural based small urban areas to

promote rural development: a case of the cattle- related industries in Ampel sub-

district central Jawa. Tesis Doktor Falsafah. Ritsumeikan Asia Pacific

University. Beppu, Japan.

David, F.R. 1997. Strategic Management. London: Prentice Hall.

Deddy Effendi Rivai. 2003. Pengembangan kawasan agropolitan sebagai pendekatan

wilayah dan pemberdayaan masyarakat pertanian.

http://tumoutou.net/6_sem2_023/deddy_e_r.htm [23 September 2008].

338

Devendra, C. 1989. Ruminant production systems in developing countries: resource

utilisation. Dlm. Feeding Strategies for Improved Productivity of Ruminant

Livestock in Development Countries. IAEA, Vienna, hlm. 5–30.

Dobermann, A. & Fairhurst, T. H., 2002. Rice straw management. http://www.ppi-

ppic.org/ppiweb [16 Mei 2008].

Donald, F.W. 1979. Asia Tenggara yang Sedang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Drake, D.J., Nader, G. & Forero, L. [n.d.]. Feeding rice straw to cattle.

http://ucanr.org/freepubs/docs/8079.pdf [15 Januari 2009].

Duesterhaus, R. 1990. Sustainability’s promise. Journal of Soil and Water

Conservation. 45(1): 4.

Ertur, O.S. 1984. A growth-centre approach to agropolitan development. Habitat Inti.

8(2). 61-72.

Fatimah Hassan & Fauziah Che Leh. 2007. Pembangunan pelancongan lestari di Felda

Gugusan Trolak: satu analisis. http://wwwsssums.files.wordpress.com [17 Julai

2008].

Fatimah Mohamed Arshad. 2012. Evolusi dan hala tuju sektor pertanian di Malaysia.

Dlm. Asan Ali Golam Hassan (pngr.). Pembangunan Wilayah dan Alam Sekitar:

Cabaran Dalam Merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan.

Food and Agricultural Organization. 2005. The FAO field programme and agricultural

development in Asia and the Pacific. http://www.fao.org.htm [10 September

2008].

Friedmann, J. & Douglass, M. 1975. Agropolitan Development: Towards a New

Strategy for Regional Planning in Asia. Seminar on Industrialization Strategies

and the Growth Pole Approach to Regional Planning and Development: the

Asian Experience. Nagoya, Japan, 1984. 4-13 November.

Friedmann, J. & Weaver, C. 1979. Territory and Function. London: Edward Arnold.

Gadde, B., Menke, C. & Wassmann, R. 2009. Rice straw as a renewable energy

source in India, Thailand and the Philippines: Overall potential and limitations

for energy contribution and greenhouse gas mitigation. Biomass and Bioenergy

33: 1532-1546.

Getis, A., Getis, J., Getis, V. & Fellmann, J. 1981. Introduction to Geography.

London: McGraw Hill.

Gheewala , S. H. 2009. Competence Platform on Energy Crop and Agroforestry

Systems for Arid and Semi-Arid Ecosystems-Africa. Thonbury: King

Mongkut’s University of Technology.

339

Gregory, D. 2000. The Dictionary of Human Geography. Johnston, R. J. et al. (pnyt).

Oxford: Blackwell Publishing.

Gupta, R. K. & Garg, S. C. 2004. Residue burning in rice-wheat cropping system:

causes and implications. Current Science 87(12): 1713-1717.

Hartshorne, R. 1939. The Nature of Geography: A Critical Survey for Current

Thought in the Light of the Past. Lancaster: Assosiation of American

Geograpers.

Henderick, P. & Williams, R. H. 2000. Trigeneration in a Northern Chinese village

using crop residues. Energy for Sustainable Development 4(3): 26-42.

Hrynchuk, L. 1998. Rice Straw Diversion Plan. California: California Air Resources

Board.

Hugget, R. & Meyer, I. 1981. Industry Geography: Theory in Practice Book Three.

London: Harper & Row.

Irwan Nugroho. 2005. Menggagas Agropolitan. Kompas. 29 Ogos.

Israel, G.D. 1992. Determining Sample Size. http://edis.ilfas.ufl.edu/PD006 [9 Mei

2008].

Jabatan Alam Sekitar. 2000. Perintah Kualiti Alam Sekeliling: Aktiviti yang

Ditetapkan (Pembakaran Terbuka).

Jabatan Pertanian. 1997. Laporan Tahunan.

Jabatan Pertanian Kedah. 2003. Cadangan Projek Industri Hiliran di Kawasan Luar

MADA. Alor Setar.

Jabatan Pertanian Negeri Kedah. 2001. Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005.

Jabatan Veterinar Negeri Kedah. 2003. Laporan Tahunan.

Katiman Rostam. 2001. Dasar dan Strategi Petempatan Dalam Pembangunan

Negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kaya, D., Kilic, F.C., Baban, A, & Dikec, S. 2008. Administrative, institutional and

legislative issues on agricultural waste exploitation in Turkey. Renewable and

Sustainable Energy Reviews 12: 417-436.

Kementerian Pertanian Malaysia. 1994. Dasar Pertanian Negara (1992-2010). Wisma

Tani: Kuala Lumpur.

Kementerian Pertanian Malaysia. 1998. Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010).

Wisma Tani: Kuala Lumpur.

340

Kementerian Pertanian Malaysia. 2004. Cadangan Penyelesaian Isu Pembakaran

Jerami Padi. 1 April.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 2011. Laporan akhir: Dasar

Agromakanan (2011-2020). http://www.doa.gov.my [31 Disember 2011].

Kerajaan Negeri Kedah. 2007. Laporan Tahunan.

Kishore, V.V.N., Bhandari, P.M. & Gupta, P. 2004. Biomass energy technologies for

rural infrastructure and village power-opportunities and challenges in the

context of global climate change concerns. Energy Policy 32: 801-810.

Koh, M. P. & Hoi, W. K. 2003. Sustainable biomass production for energy in

Malaysia. Biomass and Bioenergy. 25: 517-529.

Kopetz, H. 2007. Biomass: A burning issue. reFocus 8(2): 52-58.

Korea Rural Economic Institute. 2005. Agro-industry Sector and Agro-enterprise

Cluster Development in Selected Transition Economies. Moscow Conference,

28-30 September.

Ku Amir Ku Daud. [n.d.]. Analisis SWOT.

http://www.unimap.edu.my/images/Analisis_SWOT% [ 8 Ogos 2008].

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. 1998. Projek Jerami Untuk Makanan Kuda.

Alor Setar: Kedah.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. 2003. Minit Mesyuarat Projek PPRT Berskala

Besar Ternakan Lembu ‘Fidlot’ MADA. Jitra, Kedah. 28 Januari.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. 2004. Pakej Pengeluaran Vermikompos dari

Sisa Pertanian Sebagai Baja Organan. Alor Setar: Kedah.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. 2004. Isu Pembakaran Terbuka di Sawah Padi.

Alor Setar: Kedah.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. 2004. Business Plan: Projek Jerami dan

Kompos di Kawasan Muda. Alor Setar: Kedah.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. 2004. Kertas Makluman Bersabit Isu

Pembakaran Jerami Padi di Kawasan Muda. Alor Setar: Kedah. 4 Februari.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. 2010. Laporan Tahunan.

Lewandowski, I. Hardtlein, M. & Kaltschmitt, M. 1999. Sustainable crop production:

definition and methodological approach for assessing and implementing

sustainability. Crop Science 39: 184-193.

341

Liew, F.K.Y., Tulas, M.T., Awang, M.S.L. & Mohd Dandan, A. 1994. Translating

research results into practice. Dlm. Dominic Lim (pnyt.). Agricultural Research

Development: The Need to be User Sensitive. Proceedings of Seminar

Kundasang, Sabah, 1993. 19-20 Ogos.

Liew, R. 2003. Integrated microbial conversion (IMC): turning agricultural wastes

into high value biological products. Proceedings of the Agricultural Waste

Management Conference 2003, hlm. 23-28.

Malaysia. 1991. Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995). Kuala Lumpur: Jabatan

Percetakan Negara.

Malaysia. 2001. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Kuala Lumpur:

Perbadanan Nasional Berhad.

Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Putrajaya: Unit

Perancang Ekonomi.

Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Putrajaya: Unit

Perancang Ekonomi.

Mandal, K.G., Misra, A.K., Hati, K.M., Bandyopadhyay, K.K., Ghosh,P.K. &

Mohanty, M. 2004. Rice residue: management options and effects on soil

properties and crop productivity. Food, Agriculture and Environment 2(1): 224-

231.

Marston, S. A., Knox, P. L. & Liverman, D. M. 2002. World Regions in the Global

Context: People, Places and Environments. New Jersey: Prentice Hall.

Matsumura, Y. Minowa, T. & Yamamoto, H. 2005. Amount, availability and potential

use of rice straw (agricultural residue) biomass as an energy resource in Japan.

Biomass and Bioenergy 29: 347-354.

Md. Zuki, I & Zulkifli, R. 2010. Creating wealth from waste: The MADA

experiences. Dlm. Strengthening food security through sustainable rice

production. Proceedings National Rice Conference. Swiss Garden Golf Resort

and Spa Damai Laut. Lumut. 28-30 Jun.

Minshull, R.M. 1967. Regional Geography: Theory and Practice. London: Hutchison.

Mohd Yusri Mohd Daud, Sunita Abdul Aziz, Abdullah Mahmud, Abdul Razak Mohd

Zailan, Shahrul Akhmar Talib, Teo Siong Wan, Mohd Azrul Mahmud & Wan

Abdullah Wan Cik. 2008. Halatuju Pembangunan Pertanian Negeri Kedah

2008-2015. Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah.

Morgan, W.B.& Munton, R.J.C. 1971. Agriculture Geography. London: Methuen &

Co. Ltd.

342

Morgan, W.B. 1978. Agriculture in the Third World: a Spatial Analysis. London: Bell

& Hyman.

Mosher, A.T. 1966. Getting Agriculture Moving: Essentials for Development and

Modernization. New York: Federick A. Praeger.

Muhammad, A.S.A. 2003. Farmers’ knowledge of soils and the sustainability of

agriculture in a saline water ecosystem in Southwestern Bangladesh. Geoderma

111: 333-353.

Naga, M. A & El-Shazly, K. 1982. Use of by-products in animal feeding systems in

the Delta of Egypt. Dlm. By-product utilization for animal production. Pnyt.

Kiflewahid, B., Potts, G. R. & Drysdale, R. M. Proceedings of a Workshop on

Applied Research, Nairobi, Kenya. 26-30 September, hlm. 9-15.

Nguyen, X. T. 1998. The need for improved utilization of rice straw as feed for

ruminants in Vietnam: an overview. Vol. 10 (2).

http://www.cipav.org.co/Irrd.htm

Nik Fuad Nik Mohd Kamil & Noraien Mansor. 2007. Penghidupan Mapan. Kuala

Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Nik Hashim Mustapha. 1995. Pembangunan pertanian lestari: pengertian konsep dan

pandangan sejagat. Dlm. Nik Hashim Mustapha & Mohd Fauzi Mohd Jani

(pnyt.). Pembangunan Pertanian Lestari: 13-32. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Nik Hashim Mustapha. 1995. Isu dan kenyataan masalah pembangunan lestari di

Malaysia. Dlm. Nik Hashim Mustapha & Mohd Fauzi Mohd Jani (pnyt.).

Pembangunan Pertanian Lestari: 51-74. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Othman Lebar. 2007. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod.

Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pazim @ Fadzim Othman. 1997. Cabaran Melayu di sektor pertanian. Dlm. Mohd

Razali Agus (pnyt.). Pemikiran Ekonomi Melayu. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya. 107-131.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. 1978. Feasibility Study. on the Use of Rice

Straw in Animal Feed.

Piaw, C.P. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Ponnamperuma, F. N. 1984. Straw as a source of nutrients for wetland rice. Dlm.

Organic Matter and Rice. International Rice Institute: Los Banos. 117-137.

343

Pretty, J.N., 1996. Regenerating Agriculture: Policies and Practice for Sustainability

and Self-Reliance. London: Earthscan Ltd.

Rajmah A. Samad. 1978. Perubahan Ekonomi, Sosial dan Teknologi di Kalangan

Masyarkat Tani Sungai Besar, Selangor. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Rancangan Struktur Daerah Kota Setar. 1997.

Roy, S. & Rangnekar, D. V. 2006. Farmer adaption of urea treatment of cereal straw

for feeding of diary animals: a success in Mithila Milkshed, India.

Rusastra, I.W., Hendiarto, Noekman, K.M., Sejati, W.K., Supriatna, A. & Hidayat, D.

2004. Kinerja dan perspektif pengembangan model agropolitan dalam

mendukung penembangan ekonomi wilayah berbasis agribisnis. http://

pse.litbang.deptan.go.id/eng.pdf [26 Julai 2009].

Saono, S. & Sastrapradja, D. 1983. Major agricultural crop residues in Indonesia and

their potential as raw materials for bioconversion. Dlm. Shacklady, C.A. (pnyt.).

The use of organic residues in rural communities. Proceedings of the Workshop

on Organic Residuess in Rural Communities 1979, hlm 11-23.

Sariam Othman. 1996. Jerami: sumber nutrient untuk tanaman padi. Teknologi padi

12: 1-5.

Schiere, J. B. & Ibrahim, M. N. M. 1985. Recent research and extension on rice straw

feeding in Sri Lanka: A review. Dlm. The utilization of fibrous agricultural

residues as animal feeds. Doyle, P. T. (pnyt.). Proceedings of the Fourth Annual

Workshop of the Australian-Asian Fibrous Agricultural Residues Research

Network Khon Kaen, Thailand. 10-14 April 1984. hlm. 116-126.

Sham Sani, Abdul Samad Hadi & Jamaluddin Md Jahi. 1993. Alam sekitar dan

Pengurusan di Malaysia. Kuala Lumpur: Working Group on Urban Ecosystem

Malaysia National Committee and UNESCO.

Shamsudin Abu Bakar, Mohd Sukri Idris, Abdullah Sani Ramli & Sheikh Ghadzi

Sheikh Ali. 1994. Bahan sampingan pertanian untuk kerbau. Teknologi

Ternakan: 53-59.

Shyam, M. 2002. Agro-residue-based renewable energy technologies for rural

development. Energy for Sustainable Development VI (2) 37-42.

Sime Darby. 2007. Northern Corridor Economic Region: Socioeconomic Blueprint

2007-2025. Kuala Lumpur: Sime Darby Berhad.

Simpson, E.S. 1957. The cheshire grass: dairying region. Geography 23: 62-141.

Siti Petimah Hassan. 1998. Agromedia. Bil.4: 3.

344

Siulapwa, N.J. & Simukoko, H. [n.d.]. Status of crop residue and agro-industrial by-

products as supplementary animal feeds in Zambia: A Review.

http://www.fiuc.org [23 November 2009].

Spiertz, J.H.J. & Ewert, F. 2009. Crop production and resource use to meet the

growing demand for food, feed and fuel: opportunities and constraints.

Wageningen Journal of Life Sciences 56(4): 281-300.

Stohr, W.B. 1981. Development from below: the bottom-up and periphery-inward

development paradigm. Dlm. Stohr, W. B. & Taylor, D.R.F. (pnyt.).

Development From Above or Below?: the Dialectics of Regional Planning in

Developing Countries. Chichester: John Wiley and Sons. hlm. 39-72.

Su, A.K. 1995. Utilization of agricultural by-products in Taiwan.

http://www.agnet.org/library/eb/422/ [29 Mei 2009].

Summer, M.D., Jenkins, B.M., Hyde, P.R., Williams, J.F., Mutters, R.G., Scardacci,

S.C. & Hair, M.W. 2003. Biomass production and allocation in rice with

implications for straw harvesting and utilization. Biomass and Bioenergy 24:

163-173.

Suzuki, N. & Miyazaki, K. 2008. Resource and culture- based regional development

mitigating social changes. suzuki-lab.tu.chiba-u.jp/Inagaki.pdf. [10 Oktober

2008].

Symons, L. 1967. Agriculture Geography. London: Oxford University Press.

Tawee Kupkanchanakul. 2003. Prospects in organic rice farming in Thailand.

Proceedings of an International Rice Conference 2003, hlm. 102-110.

Thompson, E. C., Allen, S. N. & Berger, M. C. 1998. Potential economic impact of

industrial hemp in Kentucky. Foresight 5(4).

Timmer, C. P. 2005. Agriculture and pro-poor growth: an Asian perspective. Kertas

kerja Center for global development. Julai.

Tisdale, S.L. & Nelson, W.L. 1981. Baja dan Kesuburan Tanah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuyen, T.Q. & Tan, P.S. 2001. Effects of straw management, tillage practices on soil

fertility and grain yield of rice. Omonrice 9: 74-78.

Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah. 2007. Nota Taklimat Sektor Pertanian

Untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). 9 September.

Vanloon, G.W., Patil, S.G. & Hugar, L.B. 2005. Agricultural Sustainability:

Strategies for Assessment. New Delhi: Sage Publications India.

345

Wathanyu Amatayakul & Chuenchom Sangarasri Greacen. 2002. Thailand’s

experiences with clean energy technologies: power purchase programs. Kertas

Kerja International Seminar on Energy for Sustainable Development and

Regional Cooperation. Anjuran UNDP’s. Beijing, China. 25-26 Julai.

Welford, R. & Gouldson, A. 1993. Environmental Management and Business

Strategy. London: Pitman Publishing.

White, S.P. 1983. Agro-industries in Ghana: an examination of their efficacy in rural

development. Tesis Dr. Fal, Urban Planning, University of California, Los

Angeles.

Xu, C., Chunru, H & Tailor, D.C. 1992. Sustainable agricultural development in

China. World Development 20(8): 1127-1144.

Yadvinder, S., Bijay, S. & Timsina, J. 2005. Crop residue management for nutrient

cycling and improving soil productivity in rice-based cropping systems in the

Tropics. Advances Journal of Agronomy 85: 269-406.

Zulkifly Mustapha. 1983. Struktur Pertanian. Dlm. Osman–Rani, H. & Fisk, E.K.

Ekonomi Politik Malaysia. 228 – 255. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

http://www.hum.usm.my. Kecemerlangan sektor pertanian dan Dasar Pertanian

Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010).

http://www.kettha.gov.my. [21 September 2010].

364

LAMPIRAN D

SENARAI PENGUSAHA ENTERPRAIS

Usahawan Jantina Bangsa Jenis Enterprais Jerami

P1 Lelaki Melayu Hasilan Kraf

P2 Lelaki Melayu Hasilan Kraf P3 Lelaki Melayu Hasilan Kraf

P4 Perempuan Melayu Hasilan Kraf P5 Lelaki Melayu Makanan Ternakan P6 Lelaki Melayu Makanan Ternakan

P7 Lelaki Melayu Makanan Ternakan P8 Lelaki Melayu Makanan Ternakan P9 Lelaki Melayu Makanan Ternakan P10 Lelaki Melayu Makanan Ternakan P11 Lelaki Melayu Makanan Ternakan, Kompos

P12 Lelaki Melayu Makanan Ternakan, Kompos

P13 Lelaki India Kompos

P14 Lelaki Melayu Kompos

P15 Lelaki Melayu Kompos

P16 Lelaki Melayu Ternakan

P17 Lelaki Melayu Ternakan

P18 Lelaki Melayu Janakuasa Tenaga Elektrik

P19 Perempuan Cina Pengusahan Cendawan

365

LAMPIRAN E

SENARAI KOMUNITI PETANI

Petani Jantina Umur (tahun) Wilayah MADA

P1 Lelaki 38 Wilayah I

P2 Lelaki 45 Wilayah I

P3 Perempuan 50 Wilayah I

P4 Lelaki 58 Wilayah I

P5 Lelaki 25 Wilayah II

P6 Lelaki 42 Wilayah II

P7 Perempuan 53 Wilayah II

P8 Lelaki 66 Wilayah II

P9 Lelaki 64 Wilayah III

P10 Lelaki 41 Wilayah III

P11 Lelaki 60 Wilayah III

P12 Perempuan 62 Wilayah III

P13 Lelaki 58 Wilayah IV

P14 Lelaki 39 Wilayah IV

P15 Perempuan 59 Wilayah IV

P16 Lelaki 67 Wilayah IV

366

LAMPIRAN F

SENARAI PEGAWAI INSTITUSI

Pegawai Institusi Institusi

A1

A2

A3

A4

A5

A6

A7

A8

Institusi A

Ibu pejabat MADA

Ibu pejabat MADA

MADA Wilayah II

MADA Wilayah III

MADA Wilayah IV

MADA Wilayah I

MADA Wilayah IV

(Bahagian Projek Integrasi Ternakan dan Kompos Jerami

MADA Wilayah III (Bahagian Kraf Jerami)

B1

B2

B3

Institusi B

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah

Institusi Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

C1

C2

C3

C4

Institusi C

Badan Bertindak Koridor Utara

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri Kedah

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah

PLUS Expressways Berhad

367

LAMPIRAN A

BORANG KAJI SELIDIK KAJIAN ENTERPRAIS

Bilangan

Nama Usahawan :

Nama dan alamat premis:

No. Telefon :

Email :

Nama Pembanci :

Tarikh :

BAHAGIAN A : PROFIL USAHAWAN TANI

1. Jantina 2. Umur : ______________ tahun

1. Lelaki

2. Perempuan

3. Bangsa 4. Status Pendidikan

1. Melayu 1. Tidak bersekolah

2. Cina 2. Sekolah rendah

3. India 3. SRP/ LCE

4. Lain-lain (Nyatakan): 4. SPM/MCE

5. STPM/ HSC

6. Sijil/ Diploma

7. Ijazah Pertama

8. Ijazah Lanjutan

BAHAGIAN B: PROFIL ENTERPRAIS

5. Berapa lamakah anda telah 6. Berapa lamakah anda telah

mengusahakan enterprais ini? menjadikan jerami sebagai salah satu

1. Kurang 5 tahun asas kepada enterprais ini?

2. 6-10 tahun 1. Kurang 5 tahun

3. 11-15 tahun 2. 6-10 tahun

4. 16-20 tahun 3. 11-15 tahun

5. Lebih 20 tahun 4. 16-20 tahun

5. Lebih 20 tahun

7. Sumber modal

1. Sendiri

2. Pinjaman

3. Sendiri dan pinjaman

4. Lain-lain (Nyatakan) ______________

8. Berapakah jumlah pekerja 9. Adakah pekerja terdiri daripada

keseluruhannya? penduduk sekitar tempat operasi

Nyatakan : ___________ orang perusahaan sahaja?

1. Ya

2. Tidak

10. Nyatakan jumlah pekerja yang merupakan penduduk sekitar tempat operasi

sahaja

Kategori Pekerja Jumlah

1. Belia (lepasan sekolah - 30 tahun)

2. 31 - 59 tahun

3. Warga emas (60 tahun ke atas)

4. Surirumah (pendapatan sampingan)

11. Sejauhmanakah anda merasakan bahawa aktiviti hiliran jerami ini membuka

peluang pekerjaan kepada penduduk setempat?

BAHAGIAN C : JERAMI SEBAGAI SATU AKTIVITI PERUSAHAAN

12. Jenis aktiviti yang dijalankan 13. Sekiranya makanan ternakan,

berasaskan jerami apakah jenis ternakan tersebut?

1. Makanan ternakan 1. Lembu

2. Projek Kompos 2. Kuda

3. Media semaian 3. Lain-lain (Nyatakan)

4. Kraf

5. Lain-lain (Nyatakan)

14. Mengapakah anda memilih jerami 15. Nyatakan dari manakah jerami

sebagai asas kepada aktiviti ini? diperolehi?

1. Mudah diperolehi dan murah 1. Ladang kepunyaan diri sendiri

2. Dasar dan galakan kerajaan 2. Mendapatkannya sendiri dari

3. Tidak banyak persaingan petani

4. Sangat berpotensi untuk 3. Membeli dari pembekal

dimajukan 4. PPK

5. Lain-lain (Nyatakan)_______ 5. Luar dari Negeri Kedah

6. Lain-lain (Nyatakan ) ______

16. Adakah anda menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan jerami?

1. Ya

2. Tidak

17. Sekiranya ya, apakah masalah tersebut?

1. Jerami tidak berkualiti

2. Jumlah jerami tidak mencukupi

3. Sukar diperolehi

4. Semua jawapan di atas

5. Lain-lain (Nyatakan) ______________

18. Apakah faktor-faktor yang menjejaskan pembangunan enterprais

berasaskan jerami?

Perkara Ya Tidak Jelaskan

1 Bekalan bahan mentah jerami

2 Modal

3 Penyelidikan dan pembangunan

4 Tahap penerimaan dan sokongan

masyarakat

5 Peranan institusi

6 Pasaran hasilan jerami

7 Penawaran tenaga kerja

8 Daya keusahawanan

9 Lain-lain (Nyatakan)

19. Bagaimanakah anda memperolehi 20. Adakah anda pernah menghadiri

kemahiran dan pengetahuan bagi sebarang bentuk kursus, latihan dan

aktiviti berasaskan jerami ini? taklimat dan lain-lain yang dianjurkan

1. Tunjuk ajar pihak institusi oleh pihak kerajaan berkenaan

2. Pembelajaran tidak formal penggunaan jerami?

3. Pengetahuan sedia ada 1. Ya

2. Tidak

21. Sejauhmanakah keberkesanan program tersebut dalam membangunkan

enterprais anda?

1. Sangat berkesan

2. Berkesan

3. Memuaskan

4. Kurang berkesan

5. Langsung tidak berkesan

22. Apakah bantuan yang dirasakan perlu

bagi memantapkan lagi tahap pengetahuan dan

kemahiran anda terhadap penggunaan jerami?

1. Taklimat dan penerangan

2. Kursus dan latihan

3. Lawatan

4. Kesemua di atas

5. Tidak perlu

6. Lain-lain (Nyatakan) _____________

23. Apakah masalah yang anda hadapi di peringkat institusi?

Bil. Perkara Ya Tidak

1 Tiada sokongan dan kerjasama

2 Kurang menjalankan promosi

3 Kurangnya penekanan polisi terhadap

penggunaan produk jerami

4 Pegawai kurang kemahiran dan pengetahuan

5 Ketidakcekapan di peringkat pengurusan

6 Lain-lain (Nyatakan):__________________

BAHAGIAN D : PEMASARAN

(Soalan ini hanya khusus kepada usahawan yang menghasilkan produk daripada

jerami seperti kompos dan kraf)

24. Kaedah pemasaran produk 25. Adakah produk yang dihasilkan

1. Lot kedai memenuhi citarasa pengguna?

2. Jualan gerai 1. Ya

(pesta @ sambutan tertentu) 2. Tidak

3. Promosi

4. Jualan internet

5. Lain-lain (Nyatakan):

26. Bagaimanakah sambutan pasaran terhadap produk berasaskan jerami?

Bil. Tahap sambutan Luar negara Tempatan

1 Sangat memberangsangkan

2 Memberangsangkan

3 Memuaskan

4 Kurang memuaskan

5 Tidak memuaskan

27. Bagaimanakah kehendak pengguna masa kini? Jelaskan

28. Adakah produk anda telah 29. Sekiranya ya, nyatakan negara

dipasarkan sehingga ke luar negara? mana ianya telah dipasarkan.

1. Ya

2. Tidak

30. Bagaimanakah harga produk jerami 31. Sejauhmanakah produk jerami

berbanding dengan produk lain di mampu bersaing dengan produk lain

pasaran? di pasaran?

BAHAGIAN E : CABARAN DAN PANDANGAN

32. Nyatakan masalah yang dihadapi dalam memasarkan dan memajukan aktiviti

berasaskan jerami.

33. Bagaimanakah anda cuba untuk mengatasi masalah tersebut?

34. Apakah perancangan masa depan anda terhadap penggunaan jerami sebagai

asas aktiviti enterprais anda?

35. Pada pandangan anda, bagaimanakah untuk mempertingkatkan lagi

penggunaan jerami sebagai satu produk hiliran?

36. Apakah prospek masa depan jerami sebagai agen pertumbuhan ekonomi?

~ Sekian, terima kasih ~

Perkara

13. Sekiranya makanan ternakan, apakah jenis

ternakan tersebut?

1. Lembu

2. Kuda

3. Lain-lain (Nyatakan)_____________

15. Nyatakan dari manakah jerami diperolehi?

1. Ladang kepunyaan diri sendiri

2. Mendapatkannya sendiri dari petani

3. Membeli dari pembekal

Ya Tidak

LAMPIRAN B

BORANG KAJI SELIDIK KAJIAN KOMUNITI

Bilangan

Nama Responden :

Kampung :

PPK :

No. Telefon :

Email :

Nama Pembanci :

Tarikh :

BAHAGIAN A : PROFIL PELADANG

1. Jantina 2. Umur : ______________ tahun

1. Lelaki

2. Perempuan

3. Bangsa 4. Status Pendidikan

1. Melayu 1. Tidak bersekolah

2. Cina 2. Sekolah rendah

3. India 3. SRP/ LCE

4. Lain-lain (Nyatakan): _________ 4. SPM/MCE

5. STPM/ HSC

6. Sijil/ Diploma

7. Ijazah Pertama

BAHAGIAN B: PROFIL PEKERJAAN

5. Berapa lamakah anda telah mengusahakan 6. Berapakah keluasan tanah yang anda

tanaman padi? usahakan?

1. Kurang daripada 5 tahun 1. Kurang daripada 2 relung

2. 6 hingga 10 tahun 2. 2 hingga 4 relung

3. 11 hingga 15 tahun 3. 5 hingga 6 relung

4. 16 hingga 20 tahun 4. 7 hingga 8 relung

5. Lebih daripada 20 tahun 5. 9 hingga 10 relung

6. Lebih daripada 10 relung

7. Status tanah sawah 8. Berapakah pendapatan purata anda dalam

1. Milik sendiri satu musim penanaman?

2. Sewa 1. Kurang daripada RM 500

3. Milik sendiri dan penyewa 2. RM 501 hingga RM 1000

4. Lain-lain (Nyatakan)_________ 3. RM 1001 hingga RM 1500

4. RM 1501 hingga RM 2000

5. RM 2001 hingga RM 2500

6. Lebih RM 2501

9. Berapa kalikah anda menanam padi 10. Bagaimanakah kaedah anda menanam

dalam setahun? padi?

1. Sekali setahun 1. Tabur terus kering

2. Dua kali setahun 2. Tabur terus basah

3. Lain-lain (Nyatakan): ________ 3. Mencedung (menanam)

4. Lain-lain (Nyatakan) ______________

BAHAGIAN C: PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI

11. Bagaimanakah anda menguruskan jerami 12. Berdasarkan jawapan, mengapakah anda

di sawah? menggunakan kaedah tersebut untuk

1. Membakar jerami di sawah membersihkan sawah

2. Biarkan sahaja di sawah

3. Gaulkan semula jerami ke dalam

tanah

4. Lepaskan ternakan untuk meragut

5. Dijual kepada pihak tertentu

6. Lain-lain (Nyatakan)____________

13. Mengapa jerami perlu dibakar? 14. Adakah terdapat pihak tertentu yang

1. Menghapuskan serangan penyakit memberi nasihat atau memantau ketika

dan perosak pembakaran jerami dilakukan?

2. Mudah dan murah untuk 1. Ya

bersihkan ladang 2. Tidak

3. Kaedah menyuburkan tanah

4. Amalan tradisi

5. Lain-lain (Nyatakan)____________

15. Adakah anda tahu tentang beberapa perkara sebelum melakukan pembakaran.

Bil. Perkara Ya Tidak

1 Tempoh pengeringan jerami yang

disyorkan sebelum dibakar

2 Waktu pembakaran yang sesuai

3 Teknik pembakaran sempurna

4 Maklumkan kepada pihak tertentu

seperti polis, PLUS

5 Bakar sahaja tanpa mengikuti syarat

6 Tidak tahu adanya syarat pembakaran

16. Adakah terdapatnya agensi pertanian 17. Adakah pihak-pihak yang dinyatakan

kerajaan ataupun pihak swasta sering pernah memberi khidmat nasihat sebelum

menasihati supaya tidak melakukan tidak dan semasa pembakaran jerami dilakukan?

melakukan pembakaran terbuka jerami?

1. Ya Perkara Ya Tidak

2. Tidak 1.Pihak MADA

2. Jabatan Alam Sekitar

3. PLUS

4. Lain-lain : __________

(nyatakan)

18. Adakah anda tahu tentang potensi jerami yang boleh dibangunkan?

1. Ya

2. Tidak

19. Sekiranya ya, apakah potensi yang anda tahu?

Bil. Potensi Ya Tidak

1 Baja kompos

2 Vermikompos

3 Medium semaian tikar

4 Media pertumbuhan cendawan

5 Makanan ternakan

6 Bahan sungkupan

7 Tempat pembiakan (sarang)

8 Bhn bakar kenderaan (ethanol)

9 Tenaga elektrik

10 Biogas

11 Kertas

12 Kraf

13 Bhn pembungkus makanan

14 Bhn karbon teraktif

15 Asid piroligneous

16 Bahan binaan

17 Penahan hakisan tanah

18 Tanaman rumput

19 Tebusguna tanah

20. Bagaimanakah anda mengetahui tentang potensi jerami ini?

1. Petani sekitar

2. Taklimat oleh pegawai pertanian

3. Risalah/ bahan bacaan

4. Kursus

5. Media cetak

6. Media elektronik

7. Lain-lain (Nyatakan) ________________

21. Faktor penarik anda membangunkan 22. Bagaimanakah anda mengumpul jerami

jerami 1. Lakukan sendiri

1. Prihatin terhadap alam sekitar 2. Pihak MADA

2. Menjana pendapatan sampingan 3. Pihak swasta

3. Insentif oleh kerajaan 4. Lain-lain (Nyatakan) ___________

4. Kaedah baru pengurusan ladang

5. Membaik pulih struktur tanah

dan kesuburan tanaman

6. Lain-lain (Nyatakan) _________

23. Sekiranya anda melakukan sendiri, 24. Berapa kalikah musim penanaman anda

adakah anda mempunyai tempat telah terlibat dalam projek pemungutan

penyimpanan jerami sendiri? jerami ini?

1. Ya 1. 1 hingga 2 musim penanaman

2. Tidak 2. 3 hingga 4 musim penanaman

3. 5 hingga 6 musim penanaman

4. Lebih daripada 6 musim penanaman

25. Pihak yang memungut jerami di ladang 26. Apakah bentuk insentif yang diberikan

1. Pihak MADA oleh pihak kerajaan atau MADA sekiranya

2. Pungut sendiri dan selebihnya anda membenarkan jerami dipungut atau

diuruskan oleh pihak MADA anda menggunakan semula jerami?

3. Pihak swasta 1. Bayaran mengikut jumlah jerami

4. Lain-lain (Nyatakan)__________ 2. Potongan tunggul

3. Lain-lain (Nyatakan) ___________

27. Bagi jawapan soalan 26, sila jelaskan 28. Adakah anda berminat terhadap projek

bagaimana ia dilakukan pemungutan jerami ini?

1. Sangat berminat

2. Berminat

3. Kurang berminat

4. Langsung tidak berminat

29. Bagi jawapan soalan 28, jelaskan mengapa (sama ada jawapan ya atau tidak)

30. Apakah faktor-faktor di bawah menjejaskan usaha petani untuk membangunkan industri

jerami. Jawapan berpandukan: 1. Ya, menjejaskan

2. Kurang menjejaskan

3.Tidak menjejaskan

Perkara 1 2 3 Jelaskan

1. Pengaruh cuaca

2. Pemberian insentif oleh kerajaan

3.Teknologi pemungutan jerami

4. Tempat penyimpanan jerami

5. Kemahiran dan pengetahuan

berkaitan pengurusan jerami

6. Serangan penyakit dan perosak

7. Jangka masa singkat untuk

pengurusan tanaman berikutnya

8. Sumber modal

9. Penyediaan logistik

10. Lain-lain (Nyatakan)

31. Jelaskan keadaan sebelum dan selepas pembangunan aktiviti jerami dijalankan di

kawasan anda

Jawapan berpandukan 1. Sangat buruk

2. Buruk

3. Sederhana

4. Baik

5. Sangat baik

Perkara Sebelum Selepas

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1 Kualiti udara

2 Gangguan asap tebal

3 Perolehan pendapatan

4 Penyerakan abu

pembakaran

5 Pengurusan tanah bagi

tanaman berikutnya

6 Tahap kesihatan

7 Lain-lain (nyatakan)

32. Adakah anda menggunakan produk hiliran jerami seperti menjadikannya sebagai medium

semaian dan kompos dalam mengerjakan ladang

1. Ya (Sila jawab soalan 33 dan 34)

2. Tidak

33. Apakah produk hasilan jerami yang anda 34. Apakah perbezaan yang wujud selepas

gunakan dalam mengerjakan sawah? penggunaan produk hasilan jerami dalam

contoh: kompos, semaian tikar mengerjakan sawah?

Nyatakan : _________________________ (cth: kos pembelian input seperti baja

berkurangan, tanah semakin subur, hasil

meningkat dll).

Nyatakan:

35. Apakah bentuk perkhidmatan yang 36.Apakah bentuk bantuan yang dirasakan

pernah anda ikuti yang dianjurkan oleh perlu bagi memantapkan lagi tahap

pihak institusi? pengetahuan anda terhadap penggunaan

1. Khidmat nasihat jerami?

2. Latihan terus di ladang 1. Kursus/ taklimat/ penerangan

3. Plot demonstrasi di ladang 2. Plot demonstrasi

4. Kursus 3. Latihan terus di ladang

5. Lain-lain (Nyatakan): ____________ 4. Lawatan ke ladang yang berjaya

5. Kesemua di atas

6. Tidak perlu

BAHAGIAN D : CABARAN DAN PANDANGAN

37. Adakah anda merasakan aktiviti pembangunan jerami di Wilayah MADA semakin

membangun atau berkembang?

1. Ya, semakin membangun

2. Tidak membangun (stagnasi)

38.Jelaskan mengapa (sama ada jawapan ya @ tidak)

39. Apakah cadangan anda untuk mempertingkatkan lagi penggunaan jerami dan

memperbaiki kelemahan program yang sedia ada.

40. Apakah pandangan anda terhadap prospek masa depan jerami.

~ Sekian, terima kasih ~

1

2

3

4

5

6

4. Lain-lain (Nyatakan) ______________

12. Berdasarkan jawapan, mengapakah anda

24. Berapa kalikah musim penanaman anda

4. Lebih daripada 6 musim penanaman

32. Adakah anda menggunakan produk hiliran jerami seperti menjadikannya sebagai medium

~Sekian, terima kasih~

Perkara 35. Sebelum 36. Selepas

1 Kualiti udara, asap tebal

2 Kos pembelian input

3 Tingkat pendapatan

4 Persekitaran tani

(masalah abu pembakaran)

5 Pengurusan tanah untuk

tanaman berikutnya

6 Tahap kesihatan

Lain-lain (Nyatakan)

36. Selepas

LAMPIRAN C

BORANG KAJI SELIDIK KAJIAN INSTITUSI

Bilangan

Nama Pegawai:

Agensi:

Jawatan:

BAHAGIAN A : PROFIL PEGAWAI

1. Jantina 2. Bangsa

1. Lelaki 1. Melayu

2. Perempuan 2. Cina

3. India

4. Lain-lain (Nyatakan): ____________

3. Status Pendidikan 4. Berapa lamakah anda telah berkhidmat

1. SPM/MCE dengan agensi ini?

2. STPM/ HSC 1. Kurang daripada 5 tahun

3. Sijil/ Diploma 2. 6 hingga 10 tahun

4. Ijazah Pertama 3. 11 hingga 15 tahun

5. Ijazah Lanjutan 4. 16 hingga 20 tahun

5. Lebih 21 tahun

BAHAGIAN B : PEMBANGUNAN INDUSTRI JERAMI DI WILAYAH MADA

5. Sejak bilakah agensi ini terlibat dalam 6. Apakah tujuan sebenar jerami dibangunkan?

projek pemungutan jerami ini?

Nytakan : _____________ (dalam tahun)

7. Apakah pandangan anda terhadap 8. Adakah dasar/ polisi kerajaan benar-benar

dasar/ polisi negara berkaitan dengan mahu mengangkat jerami sebagai agen

industri hiliran jerami. pertumbuhan ekonomi atau hanya sekadar

sampingan sahaja

9. Sekitar zaman pemerintahan Tun Abdullah 10. NCER telah diperkenalkan. Antara

Ahmad Badawi, sektor pertanian diangkat matlamatnya ialah membangunkan hasil

sebagai sektor pertumbuhan ekonomi utama. sampingan padi iaitu jerami. Setakat ini,

Dalam keadaan dasar yang pro kepada sejauh manakah pihak NCIA bertindak bagi

pertanian, mengapa ketika itu, industri menjayakan pembangunan hiliran jerami

jerami tidak merebut peluang tersebut? padi ini.

11. Jika dilihat kepada perkembangan koridor ekonomi, konsep pembangunan agropolitan

telah dimajukan di beberapa wilayah antaranya di Pantai Timur (ECER). Sebagai sebuah

wilayah pertanian padi yang telah kukuh membangun dan mempunyai konsep identitinya

ekonominya yang tersendiri, mengapa agropolitan tidak diterapkan di wilayah ini?

(merujuk kepada Kedah dan MADA)

12.Berdasarkan slogan `Pertanian Adalah 13. Jelaskan peranan jabatan dalam

Perniagan', adakah jerami juga mendapat mempengaruhi pembangunan aktiviti hiliran

keutamaan. jerami padi.

14. Bagaimanakah anda melihat perkembangan industri jerami padi di Malaysia dengan

fokus kepada Kedah jika dibandingkan dengan pembangunan industri jerami di negara lain.

15. Nyataka sama ada perkara di bawah yang menyebabkan berlakunya stagnasi dalam

pembangunan industri jerami. Jelaskan.

Jawapan berpandukan: 1. Ya, sangat menjejaskan

2. Kurang menjejaskan

3. Tidak menjejaskan

4. Tidak pasti

Bil. Perkara 1 2 3 4 Penjelasan

1 Bekalan bahan mentah jerami

2 Dasar/ polisi kerajaan

3 Peruntukan modal

Bil. Perkara 1 2 3 4 Penjelasan

4 Karenah birokrasi

5 Kesesuaian penggunaan

teknologi

6 Penyediaan pusat penyimpanan

jerami

7 Penyediaan kemudahan mesin

baler

8 Penyediaan infrastruktur lain

(lori pengangkut, jalan ladang)

9 Pembangunan dan penyelidikan

10 Keupayaan petani sebagai

pengeluar bahan mentah

11 Keupayaan pegawai institusipegawai

12 Keupayaan pihak swasta

13 Pasaran

14 Penawaran sumber manusia

15 Tahap penerimaan masyarakat

16 Lain-lain (Nyatakan)

16. Adakah perkara di bawah mempengaruhi penawaran bekalan jerami? Jelaskan.

Bil. Perkara Ya Tidak Penjelasan

1 Pengaruh cuaca

(hujan, kadar kelembapan dll)

2 Varieti padi

3 Teknik pemotongan padi

4 Kaedah penanaman

5 Kandungan pH tanah

6 Penggunaan input

7 Masalah tanaman

8 Faktor-faktor lain (Nyatakan)

17. Berdasarkan pengetahuan anda, yang mana satukah potensi jerami telah dibangunkan?

Bil. Potensi yang telah dibangunkan Ya Tidak

1 Baja kompos

2 Vermikompos

3 Medium semaian tikar

4 Media pertumbuhan cendawan

5 Makanan ternakan

6 Bahan sungkupan

7 Tempat pembiakan (sarang)

8 Bhn bakar kenderaan (ethanol)

9 Tenaga elektrik

10 Biogas

11 Kertas

12 Kraf

13 Bhn pembungkus makanan

14 Bhn karbon teraktif

15 Asid piroligneous

16 Bahan binaan

17 Penahan hakisan tanah

18 Tanaman rumput

19 Tebusguna tanah

18. Senaraikan aktiviti jerami yang sedang 19. Adakah petani benar-benar berminat

giat diusahakan oleh agensi anda sekarang? terhadap projek pemungutan jerami dan

aktiviti hiliran ini?

1. Sangat berminat

2. Berminat

3. Kurang berminat

4. Tidak berminat

20. Tahap kesukaran yang dihadapi oleh 21. Apakah bentuk rangsangan yang diberikan

pihak institusi untuk menggerakkan petani. oleh pihak kerajaan kepada petani untuk

1. Sangat sukar menggalakkan mereka menyertai projek ini?

2. Sukar

3. Kurang sukar

4. Tidak sukar

22. Apakah bentuk bantuan yang dirasakan 23. Sebagai pegawai di institusi pertanian,

perlu bagi memantapkan lagi tahap adakah anda mendalami dan mengetahui selok

pengetahuan petani terhadap potensi dan belok pengurusan berkaitan aktiviti hiliran

penggunaan jerami? jerami.

1. Kursus/ taklimat/ penerangan 1. Ya

2. Plot demonstrasi 2. Tidak

3. Latihan terus di ladang

4. Lawatan ke ladang yang berjaya

5. Kesemua di atas 24. Adakah anda pernah mengikuti kursus/

6. Tidak perlu latihan berkaitan jerami?

7. Lain-lain (Nyatakan) ________ 1. Ya

2. Tidak

25. Sejauhmanakah keberkesanan kursus 26. Adakah produk yang dihasilkan mampu

dan latihan dalam mempengaruhi anda untuk bersaing di pasaran?

untuk menggerakkan petani dan usahawan 1. Ya

bagi membangunkan jerami sebagai satu 2. Tidak

industri.

1. Sangat berkesan

2. Berkesan

3. Memuaskan

4. Kurang berkesan

5. Langsung tidak berkesan

27. Sekiranya tidak, adakah kerana 28. Adakah pihak agensi juga membantu

1. Kurang berkualiti berbanding usahawan untuk meningkatkan keupayaan

produk lain mereka dalam menjayakan industri jerami ini

2. Kurang menarik 1. Ya

3. Tidak menepati citarasa pengguna 2. Tidak

4. Terlalu banyak pilihan produk lain

seantaranya di pasaran

5. Lain-lain (Nyatakan)

29. Sekiranya ya, apakah bentuk bantuan 30. Apakah yang dilakukan oleh pihak

tersebut? agensi untuk meningkatkan daya saing

1. Kursus dan latihan produk berasaskan jerami ini?

2. Khidmat nasihat

3. Bantuan modal

4. Bantuan kepakaran

5. Bantuan teknologi

6. Semua di atas

7. Lain-lain (Nyatakan)

BAHAGIAN C : PANDANGAN DAN CADANGAN

31. Apakah perancangan masa depan agensi terhadap penggunaan jerami sebagai satu

aktiviti ekonomi.

32. Pada pandangan anda, bagaimanakah untuk mempertingkatkan lagi penggunaan jerami

sebagai satu aktiviti hiliran yang berdaya saing.

33. Apakah prospek masa depan jerami untuk dibangunkan sebagai agen pertumbuhan

ekonomi.

~ Sekian, terima kasih~

6. Apakah tujuan sebenar jerami dibangunkan?

11. Jika dilihat kepada perkembangan koridor ekonomi, konsep pembangunan agropolitan

13. Jelaskan peranan jabatan dalam

fokus kepada Kedah jika dibandingkan dengan pembangunan industri jerami di negara lain.

21. Apakah bentuk rangsangan yang diberikan

adakah anda mendalami dan mengetahui selok

32. Pada pandangan anda, bagaimanakah untuk mempertingkatkan lagi penggunaan jerami