28
MALAYSIA NEGARA KITA TAJUK 2 : SEJARAH AWAL

Tajuk 2 Malaysia Negara Kita

Embed Size (px)

Citation preview

MALAYSIA NEGARA KITATAJUK 2 : SEJARAH AWAL

SINOPSIS

Hasil Pembelajaran: Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

1. Menjelaskan ciri-ciri zaman Air Batu, Zaman Prasejarah, Kerajaan Awal dan Kesultanan Melayu Melaka.

2. Menjelaskan perbezaan antara zaman dgn zaman Prasejarah

3. Menganalisis faktor pembangunan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

Sumber arkeologi menjelaskan bahawa Malaysia telah diduduki oleh manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu.

Sumber ini juga menjelaskan bahawa terdapat empat zaman prasejarah iaitu:

(a) Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal) (b) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) (c) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu) (d) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)

(A) ZAMAN PALEOLITIK (ZAMAN BATU AWAL)

Berdasarkan rekod-rekod sejarah, zaman ini wujud kira-kira 35 000 tahun yang lalu.

Komunitinya tinggal dalam gua-gua. Kegiatan ekonomi mereka bersifat sara diri dan

hidup secara nomad. Contoh petempatan komuniti ini ialah di Gua Badak

dan Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Tingkayu (Sabah).

(B) ZAMAN MESOLITIK (ZAMAN BATU PERTENGAHAN)

Dianggarkan wujud sekitar 11000 tahun yang lalu. Tertumpu di gua-gua batu kapur. Mula mendiami kawasan sekitar sungai dan

pinggir laut. Peralatan batu yang digunakan mereka lebih halus

buatannya. Masih memburu binatang dan mula bercucuk

tanam. Kawasan petempatan seperti di Gua Cha

(Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Gua Kepah (Kedah) dan Jenderam Hilir (Selangor).

(C) ZAMAN NEOLITIK (ZAMAN BATU BAHARU)

Wujud sekitar 5 000 tahun yang lalu. Menggunakan alat-alat batu untuk membantu

mereka menjalani kehidupan seharian. Kegiatan utama - memburu , menangkap ikan,

bercucuk tanam dan menternak binatang. Mula mengadakan hubungan dengan komuniti luar. Petempatan seperti di Gua Gomantong dan Gua

Madai (Sabah), Gua Niah dan Gua Tengkorak (Sarawak).

(D) ZAMAN LOGAM (ZAMAN GANGSA-BESI)

Wujud sekitar kira-kira 2500 tahun yang lalu. Tidak lagi menggunakan alat-alat batu untuk

membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Kehidupan komuniti zaman ini lebih teratur dan beradat.

petempatan zaman - di Sungai Lang dan Sungai Langat (Selangor), Batu Buruk.

KERAJAAN – KERAJAAN AWAL

Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu termasuklah Tan-Tan, Kalasapura, Fo- Lo-An, Chiu-Chih, Lo-Yüeh, Chih-Tu ,Tun-Sun, Pan-Pan dan Hsia-Wai-Lu. Kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai nama dalam loghat

bahasa China.

Kerajaan Kedah Tua

• kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. • juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan

Kalagram. •catatan I Ching dari negara Chinamenyebut sebagai Cheh-Cha. • Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. • Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi

dipindah ke Lembah Bujang • dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya oleh agama Hindu, ini

boleh dibuktikan candi di Lembah Bujang. • menjadi tempat penukaran barang, persinggahan dan membaiki kapal

pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah . • pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan seperti bijih timah, emas,

beras, lada hitam, gading juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata

dan luas. • mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil

(847-861). • dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-

Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

Kerajaan Langkasuka

• dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Pattani (dahulunya Kedah).

• sebuah kerajaan Hindu Melayu bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling

awal di Tanah Melayu. • diasaskan pada kurun ke-2 masihi. • Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian

berpindah ke Pattani. • Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang

China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi.

• Nama Langkasuka juga disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, • tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-

chia-shu • Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. • Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568

masihi • Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan

pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani • Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan

Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Kerajaan Chih Tu

• Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah, yang terletak di negeri Kelantan.

• Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada abad keenam Masihi.

• Beliau ialah seorang raja yang berkuasa mutlak. • Beliau diketuai oleh tiga orang menteri yang

bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran. • Sistem pemerintahan berjaya mengikut corak

pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu.

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pengasasan Melaka Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama (1293-1309) dan

pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit.

Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.

Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam di tahun 1414.

Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha.

Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara.

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi.

Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").

Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura,

Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu.

Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.

Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.

Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai.

Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

ASAL USUL MELAKA

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya.

Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut.

Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayar ufti kepada negara China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan.

Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.

Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka.

Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.

Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.

PERKEMBANGAN MELAKA

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444).

Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.

Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.

Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina.

Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar.

Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja".

Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah

pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China

telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.

Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya.

Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan.

Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.

Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah

menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal

KEJAYAAN MELAKA

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat.

Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China.

Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka.

Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka.

Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.

Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.

Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu

bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk

Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka

ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka

adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

KEJATUHAN MELAKA

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.

Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan

Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang

mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang

masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar

luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.

Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan.

Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.

Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.