Upload
roziah-nasar
View
97
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
EDISI 2014
BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1
GARIS PANDUAN KURIKULUM
PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Murid ialah modal insan yang sangat berharga dalam menentukan hala tuju pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan suatu program penting
untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada
dapat membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap proses pembelajaran. Namun demikian,
masih banyak ruang yang perlu diisi untuk memenuhi agenda generasi muda pada era yang semakin mencabar.
Bagi memenuhi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan
berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS).
1.2 Untuk memenuhi keperluan ini, Persatuan Bahasa Melayu di semua sekolah menengah mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif dan matlamat yang
dihasratkan.
2.0 RASIONAL
Kemahiran berbahasa amat penting dan perlu diberi penekanan pada masa ini, maka Persatuan Bahasa Melayu di
sekolah wajarlah dilaksanakan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan tersebut. Di samping itu, untuk meningkatkan
kemahiran berbahasa murid, aktiviti yang dilaksanakan dapat menyuburkan minat dan mencungkil bakat mereka dalam
pelbagai bidang seperti aktiviti berpuisi, penulisan, dan lakonan. Seterusnya, masa terluang murid dapat diisi dengan
kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya hedonisme, buli, peras ugut,
lumba haram, dan ponteng sekolah dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, aktiviti Persatuan Bahasa Melayu diharap
menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi murid yang berteraskan ilmu pengetahuan dan ke arah
pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni yang tinggi selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Secara tidak langsung, usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan,
memperkasakan bahasa kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2
3.0 MATLAMAT
Tujuan Persatuan Bahasa Melayu ini adalah untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan dalam pelbagai aspek,
berdisiplin, memiliki sahsiah terpuji dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu yang gramatis demi
mencapai hasrat dan aspirasi negara.
4.0 OBJEKTIF
Pada akhir aktiviti Persatuan Bahasa Melayu ini murid dapat:
4.1 menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. 4.2 menyuburkan perasaan cinta akan bahasa Melayu. 4.3 menggunakan ayat-ayat yang gramatis. 4.4 memperkaya kosa kata dan ungkapan yang menarik. 4.5 melahirkan modal insan yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu bahasa. 4.6 meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti yang dirancang. 4.7 membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap martabat bahasa dan budaya Melayu. 4.8 menyemai perasaan cinta akan sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang berkualiti dan
memiliki jati diri yang tinggi.
4.9 menyemai dan memupuk sahsiah yang terpuji, sifat kepimpinan yang unggul dan peka akan norma kemasyarakatan dalam kalangan murid.
4.10 memaksimumkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa serta membantu murid berinteraksi dengan masyarakat.
4.11 menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
4.12 mewujudkan Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif sepanjang tahun untuk melatih murid yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan dapat berkomunikasi dengan baik.
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 3
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH MENENGAH RENDAH
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI CATATAN
1
Pendaftaran ahli baharu
dan mesyuarat
Murid dapat
memperkenalkan ahli
berinteraksi antara satu sama lain
menyediakan rancangan tahunan
Pendaftaran ahli-ahli baharu
Taklimat persatuan (fungsi persatuan, tanggungjawab
ahli dan sebagainya)
Memperkenalkan guru penasihat dan AJK
Majlis suai kenal antara ahli
Membincangkan aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang tahun
Pembahagian kumpulan
Pembentangan aktiviti tahunan
Guru menyediakan borang pendaftaran
dan bahan edaran
2
Pelajaran 1
Syarahan/Pidato
Fokus :
1. Penerangan tentang format syarahan dan
pidato aspek: a) isi pemikiran b) gaya
penyampaian
Murid dapat
menguasai teknik pengucapan awam
yang betul
membina teks pidato mengikut format yang
betul
menyampaikan pidato dengan baik dan
berkesan mengikut
menayangkan CD pidato
berbincang tentang pidato yang telah ditonton
murid menyediakan kerangka isi pidato
berdasarkan tajuk yang
diberi oleh guru
ahli-ahli menyampaikan pidato berdasarkan
kerangka isi yang telah
disediakan
Ahli diminta menyediakan
kerangka isi pidato
seminggu sebelum
perjumpaan
Tayangan CD Pidato
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 4
2. Menyediakan kerangka isi pidato
yang baik
3. Latihan gaya penyampaian
syarahan dan pidato
yang baik, berkesan
dan memukau.
4. Menyertai Pertandingan
Syarahan dan Pidato .
gaya, sebutan dan
intonasi dengan betul. guru memberi panduan
cara menyampaikan pidato
yang berkesan
dan memukau
Permainan bahasa elok diselitkan bagi
menceriakan suasana
perjumpaan
3
Pelajaran 2
Sajak
Fokus
1. Penerangan tentang sajak aspek:
a. Tema dan mesej
b. Aspek penciptaan /
struktur sajak
c. Cara mendeklamasi
sajak
2. Latihan mendeklamasi sajak
Murid dapat
mengenali genre puisi moden
mencungkil bakat murid dalam
mencipta dan
mendeklamasi
sajak
menyertai pertandingan dan
menyampaikan
sajak dengan baik.
ahli-ahli menyatakan tajuk-tajuk sajak yang diketahui
ahli-ahli menyenaraikan ciri-ciri sajak
guru menerangkan teknik mudah menghasilkan sajak
yang baik
ahli-ahli dalam kumpulan mencipta sajak mudah
berdasarkan pangkal huruf
nama masing-masing
setiap kumpulan mendeklamasikan sajak
dengan gaya yang
berkesan dan penuh
penghayatan
Contoh AMINAH
A Akulah M Manusia yang I Ingin berjaya N Namun A Aku H Hampa
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 5
3. Mencipta sajak 4. Pertandingan /
sayembara
deklamasi sajak
5. Menyertai pertandingan di
peringkat yang lebih
tinggi
4
Pelajaran 3
Pantun
Fokus
1. Penerangan tentang pantun aspek:
a. Pantun 4 kerat
2. Aspek penciptaan / a. struktur pantun
(isi dan bahasa)
b. pantun yang berkesan nada dan jeda
Cara/gaya melafaz
3. Latihan melafazkan pantun dengan baik
dan berkesan
4. Mencipta pantun soalan dan pantun
jawapan
Murid dapat
mengenali ciri-ciri pantun
mencipta pantun
mewakili sekolah dalam
pertandingan
ahli memberi pelbagai contoh pantun 4 kerat
guru dan murid berbincang tentang pantun tersebut
dari segi diksi dan rima
murid mencipta pantun 4 kerat berdasarkan tema
yang diberi dalam
kumpulan masing-masing
wakil kumpulan mempersembahkan pantun
kumpulan masing-masing
persembahan berbalas pantun oleh setiap
kumpulan
Contoh pantun
Soalan:
Pikat kenyalang di
senja tenang,
Mesra menyapa si
cenderawasih;
Masyarakat
penyayang
dilaung dicanang,
Mengapa ibunda jauh
tersisih?
Contoh pantun
jawapan:
Seroja bercanda di
sisi selasih,
Jelingan mesra di
pagi hari;
Ibunda berjasa kian
tersisih,
Lantaran anakanda
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 6
5. Pertandingan berbalas pantun
6. Menyertai pertandingan di
peringkat yang lebih
tinggi
lupakan diri.
5
Pelajaran 4
Syair
Fokus :
1. Penerangan tentang syair aspek:
a. Struktur syair b. Cara bersyair lagu,
nada, jeda
2. latihan bersyair yang baik
3. mencipta syair 4. pertandingan bersyair 5. menyertai
pertandingan syair.
Murid dapat
mengenali ciri-ciri syair
mencipta syair
mewakili sekolah
ahli membezakan antara pantun dengan syair
guru menerangkan ciri-ciri dan cara mencipta syair
yang baik
ahli-ahli mencipta syair berdasarkan tema nilai-
nilai murni
guru memperdengarkan syair
ahli-ahli melagukan syair dengan betul.
guru merakamkan penyampaian syair yang
betul
Bersyair secara langsung/Pita rakaman
Contoh : Syair Siti
Zubaidah, Syair
Dandan Setia
6
Pelajaran 5
Kad Ucapan
Fokus :
1. Penerangan tentang kad Ucapan aspek:
a. Pemilihan kata
Murid dapat
diberi peluang untuk mencipta dan mereka
bentuk kad mengikut
kreativiti pelajar.
membina ayat yang bermakna dalam kad
ucapan mengikut
murid menunjukkan beberapa contoh kad
ucapan yang dikumpul
guru dan murid berbincang tentang keistimewaan kad-
kad ucapan tersebut
setiap kumpulan menghasilkan kad ucapan
Kad ucapan yang diterima atau dibeli
oleh murid
setiap kumpulan telah diberi tugas
mengumpul bahan
dua minggu
sebelum
perjumpaan
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 7
b. Reka bentuk kad
c. Bentuk tulisan
2. Mencipta ayat yang menarik
3. Mereka bentuk kad yang kreatif
4. Menghasilkan kad ucapan yang menarik
seperti Kad Ucapan
Hari Lahir, Hari
Guru, Hari Raya dan
sebagainya
tema.
berdasarkan kreativiti
masing-masing
guru mengulas dan mempamerkan kad ucapan
yang dihasilkan oleh ahli
7
Pelajaran 6
Pengucapan Awam
Fokus
1. Penerangan tentang pengucapan awam -
aspek
a) isi pemikiran b) gaya
penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi
3. pengucapan awam yang baik
4. Latihan gaya penyampaian
Murid dapat
didedahkan ciri-ciri pengucapan awam
yang berkualiti.
petah berbicara dan berupaya untuk
mengendalikan majlis
dengan betul.
guru menerangkan cara pengucapan awam yang
menarik
ahli menyediakan kerangka isi pengucapan
awam berdasarkan tajuk
yang diberi
menyampaikan pengucapan umum dengan
cara yang berkesan,
menarik dan memukau.
mengulas persembahan pengucapan awam ahli
*Permainan bahasa elok
diselitkan bagi menceriakan
ahli mencari bahan yang berkaitan
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 8
pengucapan awam
yang baik, berkesan
dan memukau.
5. Mempersembahkan pengucapan awam
semasa perhimpunan
sekolah
suasana perjumpaan.
8
Pelajaran 7
Seni Lakon/Teater
KOMSAS
Fokus
1. Penerangan tentang seni Lakon/Teater
KOMSAS aspek a) isi pemikiran b) gaya
penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi Seni
Lakon/Teater
KOMSAS yang baik
3. Latihan gaya penyampaian
pengucapan awam
yang baik, berkesan
dan memukau.
4. Mempersembahkan
Murid dapat
mencungkil bakat dalam seni lakon
memantapkan kemahiran dalam
aspek KOMSAS
ahli berhimpun dalam kumpulan masing-masing
setiap kumpulan bersedia untuk mempersembahkan
lakonan mereka
persembahan kumpulan
guru mengulas persembahan setiap
kumpulan.
setiap kumpulan telah bersedia
sekurang-
kurangnya dua
minggu dengan
skrip masing-
masing sebelum
perjumpaan
diadakan
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 9
pengucapan awam
semasa perhimpunan
sekolah
9
Pelajaran 8
Bahas Bahasa Melayu Ala
Parlimen
Fokus :
1. Penerangan tentang Bahas Ala Parlimen aspek:
a) usul b) isi/hujah
2. Menyediakan kerangka isi Bahas
Ala Parlimen yang
baik
3. Latihan gaya penyampaian Bahas
Ala Parlimen yang
baik, berkesan dan
memukau.
4. Menyertai Pertandingan Bahas
Ala Parlimen
Murid dapat
didedahkan ciri-ciri pengucapan awam
yang berkualiti.
membina pemikiran kritis dalam kalangan
murid.
melahirkan pelajar yang petah berbicara
dan cekap dalam
mematahkan hujah
Guru menerangkan konsep pertandingan Bahas Ala
Parlimen
Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa mengambil
tempat masing-masing
pasukan kerajaan dan pembangkang mengambil
tempat
kedua-dua kumpulan berbahas berdasarkan usul
yang telah ditetapkan
ahli lain mencatat maklumat yang didengar
**Murid telah didedahkan dan
dilatih memainkan peranan
masing-masing seperti Yang
Dipertua Dewan, kerajaan,
pembangkang dan penjaga
masa
usul dan peranan telah diberikan
terlebih dahulu
sekurang-
kurangnya dua
minggu sebelum
perjumpaan
berlangsung
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 10
10
Pelajaran 9
Kuiz KOMSAS
Fokus :
1. Penerangan tentang Kuiz KOMSAS aspek:
a. Bentuk soalan b. Bentuk
jawapan
2. Latihan menjawab soalan kuiz dengan
tepat dan cepat
3. Menyertai Pertandingan Kuiz
Komsas
Murid dapat
memberi pendapat tentang maklumat KOMSAS
menambah ilmu pengetahuan KOMSAS
mengendalikan kuiz dengan berkesan dan baik.
guru menerangkan kuiz yang akan dijalankan
petugas mengambil tempat masing-masing
(contohnya: jurukuiz dan
penjaga masa)
ahli-ahli duduk dalam kumpulan yang telah
disediakan
setiap kumpulan menjawab soalan dengan
betul dalam masa yang
ditetapkan.
** Murid telah didedahkan dan
dilatih memainkan peranan
sebagai jurukuiz dan penjaga
masa
soalan kuiz yang telah disediakan
oleh guru
berdasarkan teks
novel dan antologi
Tingkatan 1, 2 dan
3
11
Pelajaran 10
Forum/Wawancara
Fokus :
1. Penerangan tentang forum dan
wawancara aspek: a. isi pemikiran b. gaya
penyampaian
2. Menyediakan kerangka isi forum /
Murid dapat
membina kemahiran berbahasa
mencungkil potensi untuk berbicara /
berforum
mewakili sekolah dalam pertandingan
Forum Remaja
guru menetapkan tajuk wawancara
guru menerangkan ciri-ciri wawancara yang baik
aktiviti simulasi dijalankan (wartawan mengajukan
pelbagai soalan kepada
ahli panel)
ahli dibahagikan kepada tiga
kumpulan
i. panel
ii. wartawan
iii. penonton
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 11
wawancara yang baik
3. Latihan gaya penyampaian
forum / wawancara
yang baik, berkesan
dan memukau.
4. Menyertai Pertandingan Forum /
wawancara
12
Pelajaran 11
Penulisan Kreatif
Fokus :
1. Penerangan tentang penulisan cerita
dan cerpen aspek:
a. Isi b. plot c. bahasa / gaya
penulisan
2. Penyediaan isi 3. Perbincangan dan
menyediakan cerpen
4. Menulis cerpen 5. Menyertai
pertandingan menulis
cerpen hari guru
Murid dapat
didedahkan teknik mengarang cerpen /
novel
mencungkil bakat dalam pertandingan
penulisan kreatif
menguasai teknik mengarang yang betul
guru menerangkan ciri-ciri cerpen dan penulisan
cerpen
ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan
setiap kumpulan diberikan tema
setiap kumpulan berbincang bagi
menghasilkan cerpen yang
menarik
*Permainan bahasa elok
diselitkan bagi menceriakan
suasana perjumpaan
guru mengedarkan beberapa cerpen
contoh sebagai
rujukan
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 12
13
Pelajaran 12
Multimedia Bahasa dan
Sastera
Fokus :
1. Penerangan tentang kepentingan
multimedia dalam
bahasa dan sastera aspek:
a. Penghasilan karya
b. Reka bentuk c. Persembahan
2 Menyediakan bahan 3 Mempersembahkan
hasil reka cipta
4 Menyertai Pertandingan yang
berkaitan
mengaplikasikan kemahiran ICT kepada
pelajar
dapat memanfaatkan media untuk
membentangkan
tugasan KOMSAS
murid menyatakan kemudahan yang diperoleh
daripada kecanggihan
teknologi maklumat dalam
membantu mereka
menghasilkan sesuatu
tugasan seperti
menyediakan folio,
mengarang cerpen dan
seumpamanya
murid didedahkan dengan penggunaan pelbagai
multimedia seperti
penggunaan Microsoft
Power Point untuk mereka
bentuk animasi
guru dan beberapa orang ahli yang
mahir dalam
komputer membuat
persembahan
tugasan dalam
bentuk Microsoft
Power Point
14
Pelajaran 13
Sahibba
Fokus :
1. Penerangan tentang konsep sahibba
2. Penyediaan alat permainan sahibba
3. Perbincangan untuk membina perkataan
Murid dapat
memperkaya kosa kata
mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan
Penerangan konsep permainan sahibba
Guru menerangkan teknik permainan sahibba
Ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan
Setiap kumpulan berbincang bagi
menghasilkan perkataan
guru membekalkan set permainan sahibba
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13
15
Pelajaran 14
Buletin Bahasa
Fokus :
1. Penerangan konsep penulisan buletin
2. Penerangan format buletin
3. Penghasilan buletin mengikut tema yang
ditetapkan
4. Pembentangan hasil buletin
Murid dapat
diberi pendedahan tentang kewartawanan
mengetahui tentang ilmu reka bentuk dan
grafik buletin
Guru menerangkan konsep menghasilkan
buletin bahasa
Pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan
Pelajar berbincang dan menghasilkan buletin
mengikut tema yang
ditetapkan
Pembentangan hasil buletin
Guru menunjukkan
contoh buletin
bahasa
16
Pelajaran 15
Penulisan Berita
Fokus :
1. Penerangan format penulisan berita
2. Guru menunjukkan keratan akhbar berita
3. Guru mengedarkan keratan akhbar berita
kepada pelajar
4. Pelajar membuat perbandingan antara
keratan akhbar dan
format yang tepat.
Murid dapat
pendedahan tentang kewartawanan dan
kepengarangan
menguasai kemahiran menulis karangan
berita
Guru menerangkan konsep penulisan berita
Guru akan mengedarkan beberapa
keratan berita yang
diambil daripada surat
khabar
Pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan
Setiap kumpulan akan diberi satu tugasan
untuk membuat
perbandingan antara
keratan akhbar dan
format yang tepat.
Wakil kumpulan akan membentangkan hasil
Guru menyediakan
keratan akhbar
dan contoh berita
yang mengikut
format
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 14
perbincangan
Setiap kumpulan diberi tugasan menulis berita
mengikut format yang
betul berdasarkan tema
yang diberikan
17
Pelajaran 16
Pengacaraan
Fokus :
1. Teks pengacara (format,teknik,atur
cara)
2. Protokol 3. Gaya, intonasi 4. Adab 5. Pakaian
mendedahkan ciri-ciri pengucapan awam
yang berkualiti.
melahirkan pelajar yang petah berbicara
dan berupaya
mengendalikan majlis
memahami etika dan protokol majlis
Menayangkan klip video
pengacaraan majlis
Murid diminta menulis atur cara
majlis berdasarkan klip
video
Pelajar membuat pembentangan atur cara
majlis
Tugasan : i) secara berkumpulan
menyediakan teks
pengacara berdasarkan
atur cara majlis yang
diberikan
ii)Pembentangan /
simulasi
iii) Komen dan
perbincangan
Guru boleh mengenal pasti
pelajar yang
berpotensi menjadi
pengacara majlis
Memberi peluang kepada pelajar
tersebut menjadi
pengacara majlis
peringkat sekolah
18
Pelajaran 17
Mesyuarat Agung
Murid dapat
Melantik AJK Persatuan Bahasa
Melayu untuk tahun
ucapan pengerusi
membentangkan dan mengesahkan minit
mesyuarat yang lepas
membentangkan laporan
Menyediakan peralatan untuk
mencatat minit
mesyuarat
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 15
hadapan.
Membentang laporan aktiviti tahunan
Membuat post-mortem untuk program tahunan
tahunan
membentangkan dan menerima laporan
kewangan
pembubaran jawatankuasa lama dan melantik
pengerusi sementara
melantik AJK baharu
pembentangan usul
19
Pelajaran 18
Kembara Bahasa
Fokus :
1. Penerangan tentang program Kembara
Bahasa aspek: a. Tugasan semasa
lawatan
b. Laporan
2. Latihan menulis laporan yang baik,
menarik dan berkesan
Murid dapat
Mewujudkan suasana aktiviti luar bilik
darjah yang
menyeronokkan
Memupuk kerjasama antara ahli kumpulan
Menguasai kemahiran mengarang
guru memberi taklimat dan tugasan yang perlu
dilakukan
melawat tempat-tempat yang menarik dan
berkaitan
( luar negeri ) - Kajian
Jejak
Penggunaan bahasa
Melayu
ahli menyiapkan tugasan yang ditetapkan
ahli-ahli menghantar laporan
Contoh tugasan: menyenaraikan
keistimewaan tempat
yang dilawati
menyediakan catatan lawatan
20
Pelajaran 19
Jamuan Akhir Tahun
Murid dapat
Menghargai sumbangan murid
dalam persatuan
Memupuk kemahiran
mengedarkan kad undangan
menyediakan menu dan atur cara
menyediakan tempat jamuan
mesyuarat tentang jamuan tersebut telah
diadakan 2 minggu
sebelum jamuan
berlangsung
GARIS PANDUAN KURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 16
mengurus majlis menceriakan tempat jamuan
ucapan, jamuan dan penyampaian hadiah / sijil
penghargaan
PELAKSANAAN
1. Aktiviti perjumpaan di atas boleh disusun semula mengikut kesesuaian dan guru boleh menambah nilai aktiviti yang dicadangkan.
2. Jangka masa aktiviti boleh dilakukan di luar waktu persekolahan