33
TAJUK 6 TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN Sinopsis Tajuk dalam modul ini membincangkan teori-teori dan proses pembelajaran serta kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam bahagian ini kita akan pertimbangkan lima teori pembelajaran, iaitu, teori behavioris, teori kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori humanis. Kita juga akan meneliti lima aspek yang berkaitan dengan proses pembelajaran, iaitu, kesediaan, corak pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran. Untuk menjadi guru yang berkesan di bilik darjah, pengetahuan mengenai pelbagai teori dan proses pembelajaran adalah sangat penting. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep am pembelajaran. 2. Menjelaskan prinsip-prinsip asas teori pembelajaran behavioris, kognitif, konstruktivis, sosial dan humanis 3. Membanding-bezakan lima teori pembelajaran dari aspek prinsip pembelajaran, cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran. 4. Menghuraikan implikasi teori-teori pembelajaran kepada proses pengajaran pembelajaran 5. Menghuraikan faktor- faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran dari aspek kesediaan belajar, persepsi dan penanggapan 5. Mengaplikasi proses-proses pembelajaran aspek kesediaan belajar, persepsi dan penggapan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah 6. Menghuraikan faktor- faktor yang mempengaruhi aspek ingatan dan lupaan 7. Mengaplikasi pemindahan pembelajaran dalam kehidupan seharian 71

11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teori pembelajaran

Citation preview

Page 1: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

TAJUK 6 TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN

Sinopsis

Tajuk dalam modul ini membincangkan teori-teori dan proses pembelajaran serta

kepentingannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam

bahagian ini kita akan pertimbangkan lima teori pembelajaran, iaitu, teori behavioris, teori

kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori humanis. Kita juga akan

meneliti lima aspek yang berkaitan dengan proses pembelajaran, iaitu, kesediaan, corak

pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran. Untuk menjadi

guru yang berkesan di bilik darjah, pengetahuan mengenai pelbagai teori dan proses

pembelajaran adalah sangat penting.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan konsep am pembelajaran.

2. Menjelaskan prinsip-prinsip asas teori pembelajaran behavioris, kognitif, konstruktivis, sosial dan humanis

3. Membanding-bezakan lima teori pembelajaran dari aspek prinsip pembelajaran, cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran.

4. Menghuraikan implikasi teori-teori pembelajaran kepada proses pengajaran pembelajaran

5. Menghuraikan faktor- faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran dari aspek kesediaan belajar, persepsi dan penanggapan

5. Mengaplikasi proses-proses pembelajaran aspek kesediaan belajar, persepsi dan penggapan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

6. Menghuraikan faktor- faktor yang mempengaruhi aspek ingatan dan lupaan

7. Mengaplikasi pemindahan pembelajaran dalam kehidupan seharian

71

Page 2: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

6.1 Apakah Pembelajaran?

Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa pembelajaran hanya berlaku di sekolah

dan universiti sahaja. Saya pasti anda sedar bahawa pembelajaran berlaku dalam banyak

keadaan: formal, tidak formal dan bukan formal; dan melalui pelbagai cara; boleh jadi

dengan cara sengaja atau tidak sengaja. Sebenarnya pembelajaran berlaku sejak bayi

dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya.

Pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku dan proses mental yang agak kekal,

hasil daripada pengalaman dan latihan yang diperolehi apabila seseorang berinteraksi

dengan persekitarannya (Ormrod, 2008). Menurut Slavin (1997) pula, pembelajaran adalah

perubahan pada individu hasil daripada pengalaman. Perubahan tingkah laku yang

disebabkan oleh pengaruh dadah, alkohol, kepenatan dan kematangan tidak boleh

dianggap sebagai pembelajaran.

72

PEMBELAJARAN

Konsep Am

Pembelajaran

Teori-Teori

PembelajaranKesediaan

Pembelajaran

Behavioris Kognitif SosialKonstruktivis Humanis

Implikasi Teori

Pembelajaran Kepada

Ingatan dan

Lupaan

FIKIRKAN

Apa pentingnya bagi seseorang guru mengetahui tentang teori pembelajaran?

Bagaimanakah pelbagai aspek ilmu yang berkaitan dengan proses pembelajaran mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah?

Page 3: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Berdasarkan definisi-definisi tersebut, ciri-ciri am pembelajaran boleh dirumuskan sebagai:

Perubahan tingkah laku adalah agak kekal

Perubahan tingkah laku boleh diperhatikan

Perubahan tingkah laku adalah akibat latihan/pengalaman

Perubahan tingkah laku tidak perlu berlaku sebaik sahaja pengalaman pembelajaran

berlaku

merupakan proses yang berterusan

boleh berlaku secara formal, informal dan non-formal

bukan dihasilkan oleh faktor biologi

Rajah 5.1: Teori-teori pembelajaran dan tokoh masing-masing

6.2 Apakah Teori Pembelajaran?

Ahli-ahli psikologi sentiasa berusaha mengkaji cara-cara bagaimana mereka boleh

membantu manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang memberi manfaat

kepada mereka pada masa kini dan di hari kemudian kelak. Ini menyebabkan ahli psikologi

mengkaji dan membina teori pembelajaran yang berbeza untuk menerangkan bagaimana

manusia (dan organisma) belajar.

Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dan

memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran (Noriati, Boon & Sharifah,

2009). Mari kita mengkaji lima mazhab teori pembelajaran yang utama, iaitu, teori

behavioris, teori kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori humanis.

6.3 Teori Pembelajaran Behavioris

73

Pelaziman Klasik Ivan Pavlov J.B Watson

Pelaziman OperanB.F. SkinnerE.L.Thorndike

PiagetWertheimerKoffka &

KohlerAtkinson &

Shriffin

Albert Bandura Abraham

Maslow Carl Rogers

Teori-Teori Pembelajarandan Tokoh-Tokohnya

Behavioris Kognitif SosialKonstruktivi

s

Humanis

Piaget Vygotsky

Page 4: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Pendekatan behavioris terhadap pembelajaran memberi tumpuan kepada perubahan

tingkah laku yang boleh diperhatikan dan pengaruhnya persekitaran terhadap perubahan

tersebut. Prinsip-prinsip asas teori behavioris tentang pembelajaran

Pembelajaran merupakan satu proses luaran

Pembelajaran adalah hasil dari interaksi seseorang dengan rangsangan-gerak balas

(R-G) dan persekitarannya. Oleh itu tingkah laku boleh dilazimkan, dikawal dan

diramal

Tingkah laku akibat daripada pembelajaran adalah khusus, boleh diukur dan boleh

diperhatikan

Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.

Perkaitan rangsangan (latihan atau peneguhan) dan gerak balas (tindak balas organisma),

atau dikenali sebagai R-G menjadi lebih kukuh melalui pelaziman. Pelaziman diertikan

sebagai satu proses pembentukan tingkah laku di mana tindak balas organisma menjadi

lebih kerap atau lebih mudah diramal akibat daripada latihan atau peneguhan.

Terdapat dua jenis pelaziman untuk menerangkan pembelajaran, iaitu, pelaziman klasik dan

pelaziman operan. Tokoh-tokoh pelaziman klasikal terdiri daripada Ivan Pavlov dan J. B.

Watson. Manakala tokoh-tokoh pelaziman operan merupakan Edward Thorndike dan B. F.

Skinner.

6.3.1 Pelaziman Klasik

Ivan Pavlov adalah seorang ahli saintis behavioris yang mempelopori proses

pelaziman klasik semasa beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan air

liur anjing.

Dalam ujikaji pelaziman Pavlov, bunyi loceng berlaku terlebih dahulu atau bersaingan

dengan rembesan air liur anjing, yang disebabkan oleh adanya makanan yang

disajikan. Selepas itu, di masa akan datang, rembesan air liur anjing berlaku sebaik

sahaja mendengar loceng walaupun tiada makanan disajikan di depannya.

Dalam pelaziman klasik, rangsangan baru timbul bersama-sama dengan rangsangan

tak terlazim – seperti bau makanan – dan berlaku sebelum gerak balas tersebut,

yang dibangkitkan oleh rangsangan tak terlazim. Rangsangan baru menjadi

rangsangan terlazim dan gerak balas yang berlaku berikutan dengan kedua-dua

rangsangan itu menjadi gerak balas terlazim (Rajah 5.3.1).

74

Page 5: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Oleh itu, dalam pelaziman klasik, organisma belajar untuk memberi gerak balas

kepada rangsangan baru dengan cara yang sama ia memberi gerak balas kepada

yang lama, rangsangan tak terlazim.

Satu corak pembelajaran berlaku apabila dua rangsangan – rangsangan neutral

(reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) dan

rangsangan tak terlazim (peristiwa di mana gerak balas berlaku secara automatik

tanpa latihan awal) – yang “dipasangkan” (wujud serentak) berhubungkait antara

satu sama lain.

Gerak balas tersebut dinamakan gerak balas tak terlazim (reaksi berlaku secara

automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) atau gerak balas terlazim

(gerak balas yang dibangkitkan oleh rangsangan terlazim yang telah dipasangkan

dengan rangsangan tidak terlazim; sama seperti gerak balas tak terlazim).

Dalam kajian Pavlov, rembesan air liur, (gerak balas tak terlazim) pada mulanya

berlaku disebabkan oleh makanan (rangsangan tak terlazim) yang disajikan, tetapi

apabila makanan dipasangkan dengan loceng, rembesan air liur (sekarang menjadi

gerak balas terlazim) berlaku semasa mendengar bunyi loceng (rangsangan terlazim

– rangsangan neutral yang boleh menimbulkan gerak balas terlazim setelah

dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim).

Rajah 6.3.1 : Pelaziman klasik mengikut Pavlov.

75

Page 6: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Pelaziman Klasik - Cara Pemerolehan Ilmu Dan Pengukuhan Pembelajaran

Jadual 6.3.1:Tingkah laku pembelajaran (gerak balas) yang dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik.

Rangsangan Gerak Balas

Dua rangsangan dikemukakan serentak

Pembelajaran baru

Latihan dan ulangan Pembelajaran diperkukuhkan (pelaziman berlaku)

Latihan berhenti Penghapusan

Rangsangan terlazim ganti dengan yang hampir serupa

Generalisasi

Diskriminasi

(1) Penghapusan. Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (loceng)

diberikan tanpa diikuti dengan rangsangan semula jadi (makanan). Dalam erti

kata ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan melibatkan

proses melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan

semulajadi. Contohnya, kamu berjaya menyanyi sebuah lagu bersama muzik

dan liriknya. Apabila muzik diberhentikan, anda tidak dapat menyebut lirik lagu

tanpa muziknya.

(2) Generalisasi. Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan

terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anda

telah belajar bermain badminton dan menganggap bermain tenis juga

menggunakan kemahiran yang sama.

(3) Diskriminasi. Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya memberi respons

atau gerak balas tertentu sahaja. Contohnya, anda telah sedar walaupun kedua-

dua permainan badminton dan tenis menggunakan raket, terdapat banyak

perbezaan teknik permainan dalam kedua-dua sukan tersebut.

REHAT & REFLEK

Sekarang, kita berhenti seketika untuk membuat refleksi.

76

Page 7: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Mengikut pengalaman anda dalam mengurus tingkah laku murid, manakah tindakan yang lebih berkesan untuk mengekalkan tingkah laku positif : melatih tubi sehingga pelaziman berlaku atau memberi ganjaran kepada tingkah laku yang diingini?

6.3.2 Pelaziman Operan

Perlu diketahui bahawa bukan semua pembelajaran itu berlaku secara automatik dan

tidak semua tingkah laku dapat dibangkitkan oleh perkaitan R-G sahaja. B. F.

Skinner berpendapat bahawa manusia sentiasa “beroperasi” secara aktif terhadap

persekitarannya untuk menghasilkan akibat yang berlainan. Tindakan ini dinamakan

operan, yakni, sesuatu tingkah laku yang dipelajari mungkin diperkukuhkan atau

dilucutkan, bergantung kepada konsekuen yang diterima (peneguhan positif atau

peneguhan negatif). Maka, proses pembelajaran ini dinamakan pelaziman operan

kerana kita belajar bertingkah laku mengikut cara kita beroperasi dengan

persekitaran.

Pelaziman operan menjelaskan proses pembelajaran di mana sesuatu tingkah laku

mungkin diperkukuhkan/ dilucutkan, bergantung kepada konsekuen yang diterima.

Contohnya, jika anda memberi sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan

dan akibatnya adalah menyenangkan, maka kemungkinan besar anda akan

menunjukkan gerak balas yang sama apabila berhadapan dengan rangsangan

tersebut di lain masa. Dengan ini, pembelajaran berlaku apabila tingkah laku

sukarela diperkukuhkan atau dilucutkan disebabkan oleh akibat atau peristiwa

sebelumnya. (Woolfolk, 1998).

Pelaziman Operan - Cara Pemerolehan Ilmu dan Pengukuhan Pembelajaran

(1) Peneguhan

Apa dia peneguhan? Ahli psikologi pendidikan mendefinisikan peneguhan

sebagai sebarang kesan yang memperkukuh atau menambahkan kekerapan

sesuatu tingkah laku. Sebagai seorang guru, saya rasa anda pasti telah

menggunakan peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran anda.

Pernahkah anda memuji murid anda kerana tingkah lakunya yang baik? Atau

pernahkah anda menghadiahkan set pensil warna kepada murid anda kerana

penulisannya yang baik? Tindakan sedemikian dipanggil ‘peneguhan’ manakala

ganjaran yang diberi dipanggil ‘peneguh.’ Terdapat dua jenis peneguh, iaitu

primer dan sekunder.

77

Page 8: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Peneguh primer memenuhi keperluan atau dorongan asas biologi. Bagi

seseorang yang lapar, makanan merupakan peneguh primer. Contoh

peneguhan primer adalah makanan, air, keselamatan, kemesraan, dan lain-lain.

Peneguh sekunder adalah rangsangan yang memperoleh sifat-sifat peneguhan

apabila dikaitkan dengan peneguhan primer. Wang merupakan contoh yang

baik – wang sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik tetapi wang boleh

gunakan untuk memperolehi peneguh primer yang memberi kepuasan kepada

individu tersebut.

Terdapat tiga kategori peneguhan sekunder: Ia adalah peneguhan sosial

(pujian, senyum, peluk atau perhatian), peneguhan token atau simbolik (wang,

gred, atau bintang), peneguhan aktiviti (akses kepada permainan, atau aktiviti

yang menyeronokkan). Selain peneguhan primer dan sekunder, terdapat juga

peneguhan positif dan negatif.

(2) Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif

Peneguhan positif merupakan rangsangan yang menyeronokkan (makanan, air,

pujian, gred) yang diberi setelah berlaku gerak balas yang menjadi sasaran.

Contoh, apabila salah seorang daripada murid anda secara spontan membantu

murid lain, anda sebagai guru akan memberi pujian.

Peneguhan negatif pula merujuk kepada rangsangan yang mewujudkan rasa

kurang selesa atau menyakitkan hinggakan organisma menambahkan

kebarangkalian mengelak atau mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

Contoh, Guru sering menegur seorang murid yang tidak berpakaian kemas.

Akhirnya, murid tersebut bertindak menjaga kebersihan dirinya kerana ingin

mengelakkan leteran guru tadi. Murid telah mengekalkan kekemasan dirinya.

Penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan akan meningkatkan

kekerapan gerak balas tersebut.

(3) Hukuman

Berbeza dengan peneguhan, hukuman merujuk kepada rangsangan yang

mengurangkan kekerapan gerak balas.

Anda perlu ingat bahawa hukuman boleh berupa bentuk penyampaian

rangsangan (hukuman positif) atau penghapusan rangsangan (hukuman

78

Page 9: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

negatif). Contoh perbezaan kedua-dua istilah ini ialah, seorang murid dimarah

kerana bermain dalam bilik darjah, maka tingkah laku ‘bermain’ ini akan

berkurangan. Ini dinamakan hukuman positif. Sekiranya kita menggantung

seorang pemain bola keranjang kerana melanggar peraturan latihan, ini adalah

hukuman negatif.

Berdasarkan pengalaman anda, pernahkah anda mengguna hukuman untuk

mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini? Adakah anda berjaya

mengurangkan kekerapan tingkah laku tersebut? Skinner tidak menyokong

penggunaan hukuman dalam pembentukkan tingkah laku yang diingini. Kesan

hukuman hanyalah sementara sahaja dan tidak mengubah tingkah laku, ia

hanya memendamkan tingkah laku tersebut.

Hukuman mungkin menghasilkan kesan sampingan seperti rasa dengki,

kebimbangan dan keagresifan. Ia juga membawa mesej bahawa keagresifan

fizikal adalah dibenarkan. Hukuman perlu dirancang dengan teliti, bukan

disebabkan oleh tindakan impulsif. Oleh itu, guna hukuman dengan berhati-hati.

(4) Penghapusan

Skinner tidak menyarankan penggunaan hukuman untuk membentuk tingkah

laku tetapi menggunakan ‘penghapusan’ untuk menangani tingkah laku yang

tidak diingini. Tingkah laku negatif yang wujud akan berperingkat- peringkat

terhapus apabila peneguhan tidak diberikan atau guru tidak memberi perhatian

kepadanya. Contohnya, seorang guru membenarkan murid yang berteriak-teriak

menjawab soalan guru sebenarnya secara tidak langsung memberi

peneguhan/ganjaran kepada murid tersebut. Namun, selepas menyedari

keadaan ini, guru hanya menumpukan kepada murid yang mengangkat tangan

sahaja mengambil bahagian dalam soal-jawab, tidak menghiraukan murid yang

berteriak. Keputusannya, tingkah laku berteriak diharapkan dapat dihapuskan.

Pernahkah anda tidak mempedulikan murid yang ingin mendapat perhatian

berulang kali? Anda akan dapati bahawa tingkah laku yang tidak diingini akan

akan terhapus jika anda terus tidak mempedulikan mereka. Dengan demikian,

penghapusan adalah kunci kepada pengurusan tingkah laku murid.

79

Page 10: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

(5) Pembentukan

Dalam pelaziman operan, guru dianggap sebagai arkitek dan pembina tingkah

laku murid. Anda perlu membahagikan objektif pembelajaran kepada tugasan-

tugasan kecil di mana anda boleh mengajar setiap kemahiran langkah demi

lengkah, dan memberi peneguhan satu demi satu, sehingga terbentuk

kemahiran yang terakhir secara beransur-ansur.

Sebagai seorang guru, anda perlu memastikan bahawa murid anda telah

menguasai kemahiran yang diperlukan sebelum mereka pergi ke langkah

seterusnya. Di setiap langkah, anda perlu memberi peneguhan kepada setiap

kemahiran kecil sehingga mereka mencapai matlamat mereka.

Setelah membaca teori pembelajaran behavioris dari aspek prinsip

pembelajaran, cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran, saya

harap anda akan boleh memperbaiki tingkah laku murid anda melalui

pembentukan.

6.3.3 Implikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

(1) Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,

Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas

Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai

(2) Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran

Objektif hendaklah khusus

(3) Buat analisis tugasan

Pastikan tugasan yang diber sesuai dengan kemampuan pelajar

Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudah difahami

(4) Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat

Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah kepada

sukar.

(5) Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai

Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan tingkah laku

Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai

80

Page 11: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

(6) Aplikasi Hukum Kesediaan

Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada

Sediakan situasi yang merangsangkan

Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi pelajar

(7) Aplikasi hukum latihan

Banyakkan pengulangan dan latih tubi

Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai

(8) Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat

Adakan aktiviti pengukuhan

Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai

(9) Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai

Amalan rutin belajar

Amalan rutin keceriaan

Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

81

Page 12: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

TUGASAN TERARAH

Praktikkan konsep-konsep pembelajaran teori behavioris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas anda. Senaraikan aspek kekuatan, kelemahan dan keistimewaan menggunakan Pengurusan Grafik PMI (Plus, Minus, Interesting) tentang implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Borang PMI

“IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP P& P”

PLUS

MINUS

INTERESTING

82

Page 13: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

6.4 Teori Pembelajaran Kognitif

Ahli psikologi kognitif/gestalt mempercayai bahawa pembelajaran adalah satu tugas mental/

proses dalaman yang melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan berbagai

maklumat sehinggalah ia memperolehi pengetahuan baru atau dapat menyelesaikan

sesuatu masalah. Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada perubahan yang berlaku

terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan

remaja dan akhirnya alam dewasa.

Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai

murid aktif yang berlagak seperti ‘saintis kecil’. Mereka membina ‘teori’ sendiri tentang

bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Piaget

amat berminat untuk mencari bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang

biasanya dipanggil sebagai ‘soalan epistemologi’. Piaget berpendapat bahawa sepanjang

hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat perkembangan kognitif:

Peringkat 1

Sensori Motor

Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.

Peringkat 2

Praoperasi

Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia.

Peringkat 3

Operasi Konkrit

Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan

peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.

Peringkat 4

Formal

Remaja dan dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan

logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.

Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia

dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia

berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan bahawa pembelajaran adalah

hasil daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi.

83

Page 14: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

6.4.1 Organisasi

Organisasi adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke

dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan

pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok

pemikiran dan pengurusan sistem tindakan atau pemikiran yang membolehkan kita

berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian

masalah matematik, dll.

6.4.2 Adaptasi

Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian

terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia

ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada.

Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini,

asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara

menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang kita telah ketahui (Woolfolk, 1998).

Contoh, pada peringkat pemulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor

hamster bagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba

memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara

mengenal pasti binatang.

Akomodasi berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon

kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau

membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru.

Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu

sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan

tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk

mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

Setelah membaca tentang prinsip konsep-konsep dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, bolehkah anda memberi beberapa contoh skema, asimilasi dan akomodasi?

84

Page 15: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

6.5 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu

pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang

serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-

masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh

belajar untuk pelajarnya. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan merupakan satu skema

iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses

renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak wujud secara terasing daripada

persekitaran. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang

membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Realiti yang diketahui pelajar

adalah realiti yang dia bina sendiri.

6.5.1 Scaffolding dan Zon Perkembangan Proximal

Beberapa pelopor utama pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah Jean Piaget, Lev Vygotsky, Ernst Von Glaserfeld, J. Anderson,

dan Jerome Bruner. Vygotsky (1896 -1934) berpendapat:

persekitaran sosio-budaya adalah penting dalam membentuk perkembangan

kognitif kanak-kanak

kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial dengan ibu

bapa, keluarga, guru, orang dewasa dan rakan sebaya.

Simbol bahasa merupakan alat budaya yang amat penting dalam

perkembangan kognitif kanak-kanak

Kanak-kanak mula didedahkan kepada bahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan

bahasa tidak berlaku tanpa interaksi sosial dengan ibu bapa, keluarga, guru, orang

dewasa dan rakan sebaya. Kita memerlukan orang yang lebih fasih untuk berbual

dan membimbing kita dalam penggunaan bahasa yang betul. Perkara sedemikian

dinamakan scaffolding yang membawa maksud ‘sesuatu kerangka yang menyokong

proses pembelajaran individu.’ Perkembangan kognitif akan berlaku pada tahap

yang lebih tinggi apabila orang dewasa berada di sampingnya memberi tunjuk ajar,

berbanding jika kanak-kanak melakukan tugasan tersebut secara sendiri tanpa

bantuan. Vygotsky menggunakan istilah zon perkembangan proximal yang

merupakan lingkungan kemampuan seseorang untuk melakukan tugas-tugas

dengan berjaya. Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru,

guru harus mengambil kira zon perkembangan proximal murid-muridnya dan

85

Page 16: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

memberi bimbingan disisi sebagai kerangka untuk membina ilmu pengetahuan

sendiri.

6.5.2 Implikasi Teori Konstruktivisme Terhadap Pengajaran danPembelajaran

Guru sebagai penolong, pemudah cara dan perancang; sedangkan pelajar

memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran

Pendekatan yang digunakan:

- pembelajaran inkuiri

- pembelajaran koperatif

- pembelajaran masteri

- penyelesaian masalah

Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi

proses pembentukan ilmu.

Keutamaan pembelajaran adalah kepada hasil perolehan khasnya dalam zon

perkembangan prokimal.

Rujuk kepada buku-buku bacaan lanjutan.

Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall

6.6 Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial mempunyai ciri-ciri pendekatan behavioris tetapi menekankan

pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Prinsip asas teori pembelajaran sosial adalah

berdasarkan kepada pendirian bahawa pembelajaran merupakan proses kognitif dan afektif

berdasarkan pemerhatian tingkah laku orang lain (model) dan meniru tingkah laku yang

boleh memberi manfaat kepadanya. Pemerolehan pengetahuan dan gerak balas

merupakan dua perkara yang berbeza. Walau pun pembelajaran telah berlaku, ia hanya

akan diperlihatkan dalam keadaan yg ‘sesuai’. Bandura menamakan ini sebagai

pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran melalui model.

6.6.1 Empat langkah pembelajaran peniruan:

(1) Tumpuan Perhatian

Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model berulang

kali.

86

Page 17: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

(2) Penyimpanan dalam Ingatan

Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar.

Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan berlakunya

proses mengenkod, menyimpan dan mendekod.

(3) Pengeluaran

Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam bentuk

perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran

tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.

(4) Motivasi dan Peneguhan

Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang

lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan

6.6.2 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian

guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani.

Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru

dengan mudah dan berkesan.

Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model untuk

ditiru.

Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus

berusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang mereka

lakukan.

Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main

peranan dan simulasi

Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah laku

yang diingini.

6.7 Teori Humanistik

Ahli-ahli psikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza, namun

berkongsi beberapa pegangan yang konsisten:

manusia merupakan insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar

dan berkembang.

manusia merupakan insan yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang berbeza

dengan haiwan.

manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai, dengan itu

individu itu harus dilihat sebagai satu entiti.

87

Page 18: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Dua ahli psikologi yang terkemuka teori humanis adalah Abraham Maslow dan Carl Rogers.

Bagaimana pendekatan humanistik berfungsi dalam bilik darjah? Pendekatan humanistik

menekankan “keseluruhan murid”: dengan kata lain, aspek emosi dan sosial kehidupan

murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk

belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna.

Pendekatan humanistik juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi

sokongan dan mengambil berat, serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab

sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.

REHAT SEBENTAR

Tahniah! Anda telah berjaya menyempurnakan bacaan tentang lima teori pembelajaran utama, iaitu, teori behavioris, kognitif, pembelajaran sosial, humanistik dan konstruktivisme Saya percaya anda telah dilengkapi dengan amalan terbaik daripada kelima-lima teori pembelajaran ini untuk dipraktikkan dalam bilik darjah anda.

6.8 Kesediaan Belajar

Adakah anda tahu bahawan kesediaan belajar dirujukkan sebagai satu set keadaan yang

wujud dalam diri individu dan persekitarannya yang membolehkannya menguasai sesuatu

tugasan dengan tepat. Kesediaan merupakan satu tahap persiapan untuk belajar

kemahiran yang lebih kompleks, contoh, melompat perlu dikuasai sebelum seorang kanak-

kanak bermain ketingting. Antara beberapa definisi yang dikemukakan oleh beberapa orang

ahli psikologi pendidikan.

(1) Margaret E. Gredler:

“Keadaan individu pada satu titik perkembangan fizikal, mental, emosi, atau

sosial yang mencukupi untuk mengendalikan sesuatu tugasan tertentu.”

(2) John C. Ruch:

Kesediaan adalah istilah untuk perkembangan tahap kebolehan tertentu dan

satu set minat tertentu. Dalam had keupayaan murid, seseorang murid yang

belum bersedia untuk menguasai konsep atau kemahiran yang diberikan

boleh disediakan untuk menguasainya melalui anggaran yang sistematik dan

berurutan (atau dengan kata lain, kesediaan mengajar)

88

Page 19: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Adalah penting untuk menentukan bahawa setiap peringkat dalam urutan ke arah objektif

utama dipraktikkan dan dikuasai hingga ke peringkat pembelajaran lanjutan, kerana dengan

ini murid boleh mengguna kemahiran sebagai alat untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.

6.8.1 Jenis-jenis Kesediaan

Kita akan meneliti jenis-jenis kesediaan, iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan

psikomotor dan kesediaan afektif.

(1) Kesediaan Kognitif

Kesediaan kognitif berkaitan dengan perkembangan mental murid untuk

membolehkan mereka memahami, berfikir dan menaakul dalam persekitaran

pembelajaran yang baru. Secara umum, kesediaan kognitif ditingkatkan apabila

umur meningkat. Contoh, pada peringkat permulaan, murid boleh memahami

pendapat yang berbeza dan mengingat kembali. Pada peringkat berikutnya, mereka

berupaya mengintergrasikan beberapa pendapat untuk menyelesaikan masalah.

(2) Kesediaan Psikomotor

Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang memerlukan

tindakan fizikal. Ia merangkumi perkembangan otot, tulang, sendi, kordinasi dan

kawalan pergerakan tubuh badan. Dalam memmuridi kemahiran psikomotor seperti

menulis, melukis dan membaling bola, murid perlu menjalani latihan untuk

menghalusi kemahiran mereka. Oleh itu, latihan adalah penting.

Sementara itu, penguasaan kemahiran psikomotor berkait rapat dengan

perkembangan intelek dan afektif. Untuk memperoleh pencapaian cemerlang dalam

kemahiran psikomotor, murid perlu mempunyai intelektual yang tinggi dan sikap yang

positif. Oleh itu, guru perlu melatih murid mereka menguasai kemahiran fizikal seara

bijak selain memahami konsep, peraturan dan strategi.

(3) Kesediaan Afektif

Kesediaan afektif dalam pembelajaran merangkumi sikap, rasa ingin tahu, rajin,

perasaan, minat dan nilai yang boleh menerima pembelajaran. Untuk murid menjadi

cemerlang dalam pembelajaran, kesediaan afektif yang positif memainkan peranan

penting.

89

Page 20: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Saya percaya anda setuju bahawa murid yang mempunyai kesediaan untuk belajar akan

mempunyai tahap motivasi yang tinggi, memupuk usaha yang lebih serta rasa seronok dan

puas hati dalam pembelajaran. Justeru itu, mereka menjadi lebih yakin dalam menghadapi

cabaran semasa memperoleh pengalaman baru. Apakah faktor-faktor yang menyumbang

kepada kesediaan belajar?

6.8.2 Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Kesediaan Belajar

Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesediaan belajar termasuklah kematangan,

sikap dan minat, perbezaan kadar perkembangan, perbezaan jantina, perbezaan individu

dan pengalaman.

(1) Kematangan

Kematangan dari segi intelek, emosi, fizikal dan sosial berkait rapat dengan

kesediaan belajar murid. Adakah anda sedar bahawa mereka yang menunjukkan

daya intelek yang tinggi, berupaya mengawal perasaan dengan lebih baik,

mempamerkan keseluruhan kesihatan fizikal dan boleh bersosialisasi dalam

kumpulan tanpa masalah adalah mereka yang menunjukkan kematangan dalam

aspek yang berlainan, seterusnya memberi kesan kepada kesediaan belajar.

90

Jenis-jenis Kesediaan

Faktor yang mempengaruhi

Ciri-ciri Kesediaan

KOGNITIF Kematangan mental Menyedari, memahami, berfikir, persepi,

AFEKTIF Kematangan emosi Sikap, minat, nilai, perasaan, keyakinan diri

PSIKOMOTOR Kematangan fizikal Kemahiran, manipulasi tangan & jari, oto-otot, sistem saraf, tulang

Page 21: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

(2) Sikap dan Minat

Sikap dan minat memainkan peranan penting dalam melibatkan kesediaan belajar.

Murid yang mempamerkan sikap positif dan minat telah bersedia untuk belajar dan

akan menunjukkan prestasi yang lebih baik. Disebaliknya, mereka yang tidak

bersedia untuk belajar, akan keberatan untuk memberi tumpuan pada pembelajaran.

(3) Perbezaan Kadar Perkembangan

Walaupun individu melalui peringkat perkembangan yang sama, iaitu daripada bayi

kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa, kadar perkembangan fizikal, mental, sosial

dan emosi adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri. Setiap individu

mempunyai corak perkembangan sendiri yang unik. Dengan itu, murid daripada

kumpulan yang sama tidak akan mempamerkan kebolehan yang sama semasa

menjalankan aktiviti.

(4) Perbezaan Jantina

Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam perkembangan biologikal dan

pertumbuhan fizikal. Dalam perkembangan remaja, perempuan menunjukkan kadar

perkembangan yang lebih cepat daripada llelaki. Ini dapat dilihat dengan jelas

bahawa perempuan lebih tinggi dan lebih matang daripada lelaki daripada tahun

empat hingga kepada tingkatan menengah rendah.

Perbezaan dari segi sikap dan minat di kalangan jantina akan mempengaruhi

kesediaan belajar. Lelaki biasanya lebih minat mengambil sains dan matematik

manakala perempuan akan mengambil ekonomi rumahtangga dan mata muridan lain.

Perbezaan dalam nilai budaya terhadap jantina yang akan mempengaruhi kesediaan

belajar. Contoh, perempuan diharapkan bersopan santun, manakala lelaki pula

diharapkan bertingkah laku aktif dan agresif.

(5) Perbezaan Individu

Setiap individu menunjukkn perbezaan kebolehan dalam bidang yang berbeza.

Contoh, seorang murid boleh jadi cemerlang dalam Matematik dan Sains tetapi lemah

dalam Bahasa dan Muzik. Terdapat juga sebahagian murid menunjukkan prestasi

baik dalam akademik tetapi lemah dalam aktiviti fizikal. Dengan kata lain, guru tidak

digalakkan melabel murid mereka sebagai ‘bodoh’ atau bijak mengikut pencapaian

prestasi mereka dalam satu mata muridan sahaja.

91

Page 22: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

(6) Pengalaman

Pengalaman lampau membentuk asas kepada pengalaman baru. Oleh itu, guru

digalakkan mengambil kira pengalaman lampau murid apabila merancang bahan

pengajaran mereka. Bahan pengajaran perlu berdasarkan daripada pengetahuan

sedia ada kepada pengetahuan baru.

6.8.3 Implikasi Kesediaan Belajar terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Sebahagian daripada implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran dan pembelajaran

dibincangkan dibawah

(1) Kesesuaian Isi Pengajaran

Guru perlu memilih isi pengajaran yang sesuai kepada sebahagian besar murid

dalam bilik darjah. Guru perlu merancang aktiviti pengayaan bagi murid yang cepat

menerima pembelajaran. Bagi murid yang lambat belajar, bimbingan tambahan dan

aktiviti pemulihan perlu dibincangkan.

(2) Urutan yang Betul dalam Pengajaran

Bahan pengajaran perlu dirancang supaya ianya bergerak daripada senang kepada

susah, daripada yang tahu kepada tidak tahu, daripada konkrit kepada abstrak,

daripada umum kepada khusus dan daripada dekat kepada yang jauh. Ini akan

membantu guru memulakan pengajaran mereka terhadap murid yang mempunyai

kesediaan belajar yang rendah dan membimbing mereka beransur-ansur ke arah

matlamat pembelajaran.

(3) Variasi dalam Aktiviti

Guru merancang aktiviti pengajaran mereka dengan mengambil kira minat murid

mereka yang berbeza. Semasa mengendalikan aktiviti, murid digalakkan memilih

aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka. Jika semua aktiviti perlu

dilaksanakan oleh semua kumpulan, guru boleh menyediakan stesen yang berbeza

untuk murid mereka supaya setiap kumpulan boleh mengambil bahagian dalam

aktiviti tersebut mengikut giliran.

(4) Strategi Pengajaran

Guru digalakkan mengguna pelbagai contoh, kaedah dan bahan pengajaran semasa

menjalankan pengajaran mereka. Dengan cara ini murid yang berlaian kesediaan

dapat mengikuti muridan tersebut.

92

Page 23: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

6.8.4 Persepsi

Perhatikan rajah di bawah dan sebutkan hurufnya:

A a a A a

Rajah 6.8.4: Huruf ‘a’

Proses yang anda lalui tadi disebut sebagai ‘persepsi.’ Persepsi merupakan proses

otak mentafsir maklumat yang diterima daripada pelbagai deria. Anda telah memberi

perhatian kepada rangsangan persekitaran dikenal pasti (Rajah 6.8.4) sebagai

contoh konsep atau prinsip yang terdapat dalam ingatan anda. Proses pengamatan

mencakupi padanan maklumat baru dengan acuan yang betul di dalam ingatan,

membandingkan maklumat baru dengan prototaip (huruf ‘a’ yang asal), dan

menganalisis maklumat baru untuk mengesan ciri-ciri tersendiri. Variasi cara

penulisan huruf ‘a’ tidak mengganggu pengamatan anda terhadap huruf ‘a’ dalam

pembelajaran lepas.

Kesimpulannya, adalah penting bagi kita memberi perhatian bahawa untuk mengenal

pasti semua corak yang mewakili huruf A adalah sama dengan andaian ptototaip

yang dikenali sebagai A; dan semua huruf rangsangan akan dianalisis untuk

mendefinisikan coraknya dan, jika dijumpai, akan dikenal pasti sebagai A.

Sebagai seorang guru, kita harus ingat bahawa persepsi merupakan sesuatu yang

relatif, persepsi manusia dipengaruhi oleh latar belakang peribadi, motif, dan minat

kita terhadap sesuatu rangsangan yang diperhatikan. Pengalaman yang sedang

dialami, dan pengalaman lampau mempengaruhi proses tafsiran terhadap

rangsangan yang diterima. Selain pengalaman, latihan dan penggunaan pelbagai

deria serentak menambahkan kemampuan pengamatan kita.

93

Page 24: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

LATIHAN PERSEPSI

Sekarang kita akan lihat pada aspek kedua yang berkaitan dengan proses pembelajaran,

iaitu penanggapan.

6.8.5 Penanggapan

Penanggapan merupakan proses pembentukan konsep. Konsep merupakan idea,

objek, orang atau pengalaman yang mempunyai ciri-ciri sama yang khusus.

Konsep membantu kita mengenali sesuatu perkara dengan cara yang lebih mudah.

Contohnya, konsep “raket badminton” lebih mudah digunakan untuk menerangkan

objek sukan tersebut berbanding dengan memberi penjelasan yang panjang lebar

94

Wanita muda atau nenek tua?

Pasu atau muka tepi dua orang?

Page 25: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

seperti “sebatang kayu yang berbentuk bulat dihujung digunakan untuk memukul

bulu tangkis”

Contohnya, manusia yang buta warna tidak mungkin memahami konsep ‘lampu

isyarat berwarna merah atau hijau,’ kerana mereka tidak boleh mengesan maklumat

warna, mereka bergantung kepada sinaran cahaya dan tanda kedudukan untuk

menentukan warna isyarat.

6.8.6 Cara-cara meningkatkan Pengamatan dan Penanggapan Murid

Gunakan pengetahuan sedia ada murid

Galakkan penglibatan murid dalam pembelajaran yang menggunakan

pelbagai deria

Sediakan pelbagai jenis bahan/ contoh-contoh / maklumat untuk

memudahkan pelajar menyusun semula persepsinya terhadap sesuatu

permasalahan

Beritahu murid apa yang perlu diberi perhatian

Beri gambaran secara keseluruhan dengan menekankan kefahaman melalui

proses penaakulan dan perkaitan

FIKIRKAN

Adakah anda mempunyai daya ingatan yang kuat? Pernahkah anda khuatir anda akan lupa perkara-perkara yang telah dibelajari? Apakah teknik-teknik yang anda gunakan untuk meningkatkan daya ingatan anda?

Kita sekarang akan meneroka konsep ingatan dan lupaan, sebab-sebab lupaan dan

strategi meningkatkan daya ingatan.

6.8.7 Ingatan

Ingatan merupakan keupayaan minda seseorang ‘menyimpan’ perkara yang mereka

telah pelajari dan mendapatkan kembali untuk digunakan bagi menyelesaikan

masalah atau memberi jawapan kepada persoalan tertentu. Tiga prosedur yang

diperlukan dalam semua sistem ingatan, mengenkod (proses menyediakan

maklumat untun disimpan), penyimpanan (menyimpan maklumat dalam ingatan kita),

dan mendapatkan kembali (penemuan maklumat yang kita mahu guna);

95

Page 26: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Atkinson dan Shiffrin (1968) mengandaikan manusia mempunyai tiga peringkat

ingatan yang diperluk untuk menyimpan maklumat pada jangka masa yang berbeza:

ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

(1) Ingatan Deria

Semasa anda berjalan di jalanraya, anda menyedari akan objek-objek di sekeliling

anda. Anda mengguna pintu deria anda (contoh, penglihatan, bunyi, bau,

pendengaran dan rasa). Segala yang masuk ke minda anda dalam beberapa saat

disimpan dalam ingatan deria. Ingatan deria menyediakan simpanan sementara

untuk maklumat yang diterima. Semua maklumat deria ditahan dan diimbas (pra-

pengkodan) dalam jangka masa ½ hingga 4 saat, bergantung kepada kekuatan

rangsangan. Hanya rangsangan yang diperlukan sahaja dipilih, yang tidak diperlukan

akan diketepikan oleh pintu deria kita.

(2) Ingatan Jangka Pendek

Maklumat dalam ingatan deria akan dipindahkan ke ingatan jangka pendek untuk

pengkodan seterusnya. Apa yang kita fikirkan dalam ingatan jangka pendeka akan

bertahan selama lebih kurang 20 saat, di mana selepas ini ia akan terus terhapus

atau disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek boleh

menyimpan sebanyak purata tujuh item dalam satu jangka masa tertentu.

Oleh kerana terlalu banyak maklumat yang diterima, maka kita perlu memperoleh

strategi yang berbeza untuk menyimpan maklumat tersebut seperti nemonik,

chunking, pegword, akronim dan cerita kelakar supaya ia boleh dienkodkan ke dalam

ingatan jangka panjang.

TUGASAN TERARAH

Buat rujukan dan bacaan lanjutan berkenaan penggunaan strategi-strategi untuk meningkatkan daya ingatan. Apakah strategi-strategi yang unik atau khusus untuk membantu daya ingatan anda? Beri petua-petua ini kepada murid-murid anda. Sediakan laporan ringkas tentang dapatan anda.

(3) Ingatan Jangka Panjang

Tahukan anda muatan ingatan jangka panjang kita? Sungguh menakjubkan! Ia

boleh menampung seberapa banyak maklumat yang mungkin dan boleh menyimpan

maklumat yang tidak terhad dalam jangka masa yang tidak ditetapkan.

96

Page 27: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Terdapat tiga kategori ingatan jangka panjang: ingatan semantik, episodik dan

prosedural. Bila anda ingatkan maklumat dalam bentuk maknanya (contoh, objek,

manusia), ia dinamakan ingatan semantik. Bila anda ingat pengalaman lampau

(contoh, masa, tarikh dan tempat), ini dipanggil ingatan episodik. Bila anda belajar

cara membuat kek, ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur, maka ini bergelar

ingatan prosedural.

6.8.8 Lupaan

Lupaan merujuk kepada kehilangan kemampuan untuk mengingat kembali atau

mengenal sesuatu yang sudah dipelajari sama ada sementara waktu atau selama-

lamanya. Sebab-sebab mengapa manusia boleh “lupa”:

(1) Gagal mengenkod bermakna maklumat yang dicari semasa mendapatkan

semula belum dikuasai (contoh, murid yang mempunyai strategi pembelajaran

yang tidak berkesan)

(2) Gagal mendapatkan kembali merujuk kepada ketidakupayaan mengakses

maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang (contoh, perkara yang

dipelajari melalui hafazan sukar untuk mengingatkannya semula)

(3) Gangguan proaktif dan gangguan retroaktif bermakna peristiwa atau

maklumat lain mengganggu keberkesanan mendapatkan semula maklumat

yang diperlukan. Contoh, anda belajar bahasa Inggeris diikuti dengan bahasa

Jepun. Gangguan retroaktif berlaku jika anda ingat bahasa Jepun dengan baik

tetapi terlupa bahasa Inggeris. Contoh gangguan proaktif: anda cuba ingatkan

lapan-digit nombor telefon rumah anda tapi anda masih ingatkannya sebagai

nombor tujuh-digit.

(4) Keusangan, di mana, selepas satu jangka masa yang lama maklumat menjadi

semakin lemah dan akhirnya akan terus lenyap, terutama jika maklumat

tersebut tidak kerap digunakan.

6.8.9 Pemindahan Pembelajaran

97

Page 28: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

Pemindahan pembelajaran merujuk kepada keupayaan mengaplikasikan sesuatu

yang dipelajari ke situasi yang lain. Ia meningkatkan prestasi sesuatu tugasan hasil

daripada sesuatu yang diperoleh daripada tugasan sebelumnya.

Pembelajaran tentang satu topik membantu individu menguasai pembelajaran secara

positif disebut sebagai pemindahan positif. Contohnya, tahu olahan tambah dan

olahan tolak membantu individu mengurus wang perbelanjaannya dengan baik.

Pemindahan negatif berlaku jika pembelajaran sesuatu topik menghindari

pembelajaran topik yang lain. Contohnya, tahu satu program memproses perkataan

mengganggu pembelajaran program spreadsheet.

Apabila pemindahan berlaku disebabkan oleh tugasan pembelajaran yang asal dan

pemindahan bertindan tindih dari segi isi kadungannya, ia dikenali sebagai

pemindahan spesifik, contohnya, mengaplikasi peraturan tanda bacaan dalam

penulisan surat. Apabila kita belajar dalam satu situasi mempengaruhi pembelajaran

dan prestasi situasi lain, ia dinamakan pemindahan umum, contohnya, pemahaman

Hukum Graviti daripada mata pelajaran Sains membantu pembelajaran mata

pelajaran Geografi.

Pendidikan perlu menggalakkan pemindahan, iaitu, perkara yang dipelajari di sekolah

bertujuan menyediakan murid dengan kehidupan di luar sekolah. Walau

bagaimanapun, ini tidak berlaku sepenuhnya sepertimana yang diharapkan oleh

pendidik. Ini kerana pembelajaran telah ditetapkan, maka seseorang menghadapi

masalah mengaplikasikan ilmu pengetahun yang dimuridi dalam satu situasi, dan

dalam satu kumpulan, ke dalam situasi atau kumpulan lain.

TUTORIAL

Sebagai guru dalam bilik darjah yang mempunyai murid-murid pelbagai

tahap kesediaan pembelajaran, kenal pasti cara-cara yang sesuai untuk

memastikan pemindahan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

http://www.infed.org/biblio/b-learn.htm

98

Page 29: 11. Tajuk 6 Teori Pembelajaran

http://general-psychology.weebly.com/how-does-classical-conditioning-work.html

RUJUKAN

Noriati, R., Boon, P. Y., & Sharifah, F. (2009). Murid dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar.

Ormrod, J. E. (2008). Educational psychology: Developing learners (6th ed.). Uppersaddle River, NJ: Pearson.

Slavin, R. E. (1997). Educational psychology: Theory and practice. (5th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall

99