6
4/9/2018 USM News Portal - KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4862-kor-sispa-bakal-bentuk-pelajar-yang-h-e-b-a-t 1/6 USM, PULAU PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti supaya budaya berdisiplin dan berintegriti dapat diterapkan bukan sahaja di dalam badan beruniform tetapi untuk kehidupan pada masa hadapan. Demikian ucapan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di majlis perasmian Pejabat Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) USM dan pemakaian pangkat. “Penubuhan Kor Sispa ini dapat memperkasakan kemahiran insaniah dan memperkukuhkan jati diri dalam kalangan pelajar serta menekankan pencapaian akademik yang cemerlang untuk membentuk pelajar yang H.E.B.A.T (Holistic, Entrepreneur, Balance, Articulate dan Thinking),” kata Asma. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T 12 APR

12 - COnnecting REpositories · 2018-04-11 · USM, PULA U PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan ... dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 12 - COnnecting REpositories · 2018-04-11 · USM, PULA U PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan ... dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

4/9/2018 USM News Portal - KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4862-kor-sispa-bakal-bentuk-pelajar-yang-h-e-b-a-t 1/6

USM, PULAU PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalanganpelajar-pelajar universiti supaya budaya berdisiplin dan berintegriti dapat diterapkan bukan sahaja didalam badan beruniform tetapi untuk kehidupan pada masa hadapan.

Demikian ucapan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dimajlis perasmian Pejabat Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) USM dan pemakaian pangkat.

“Penubuhan Kor Sispa ini dapat memperkasakan kemahiran insaniah dan memperkukuhkan jati diridalam kalangan pelajar serta menekankan pencapaian akademik yang cemerlang untuk membentukpelajar yang H.E.B.A.T (Holistic, Entrepreneur, Balance, Articulate dan Thinking),” kata Asma.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

KOR SISPA BAKAL BENTUK PELA JAR YANG H.E.B.A.T12APR

Page 2: 12 - COnnecting REpositories · 2018-04-11 · USM, PULA U PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan ... dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

4/9/2018 USM News Portal - KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4862-kor-sispa-bakal-bentuk-pelajar-yang-h-e-b-a-t 2/6

Kor Sispa USM Induk telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2015 dengan kerjasama erat USMdengan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Pegawai Kadet Sispa (PKS) telah meningkat dari awalpenubuhan sehingga sekarang iaitu seramai 153 orang.

Page 3: 12 - COnnecting REpositories · 2018-04-11 · USM, PULA U PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan ... dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

4/9/2018 USM News Portal - KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4862-kor-sispa-bakal-bentuk-pelajar-yang-h-e-b-a-t 3/6

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ AzmyHaji Yahya (Bersara) di dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa masih ada institusi yangbelum menyertai APM dan penyertaan daripada Institut Pengajian Tinggi amat dialu-alukan.

Tambah beliau, usaha USM dalam menyediakan sebuah pejabat khusus untuk Kor Sispa merupakansatu langkah yang proaktif bagi membantu dan meningkatkan mutu serta kualiti Kor Sispa.

Page 4: 12 - COnnecting REpositories · 2018-04-11 · USM, PULA U PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan ... dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

4/9/2018 USM News Portal - KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4862-kor-sispa-bakal-bentuk-pelajar-yang-h-e-b-a-t 4/6

Pengurusan tertinggi APM amat berharap dan memandang serius ke arah membina masa depan APMyang lebih gemilang dan perlu berusaha untuk meningkatkan imej dan nama baik APM.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM, Profesor Dr. Ahmad Farhan MohdSadullah telah dilantik sebagai Komandan Kor Sispa USM, manakala Pengarah Kampus Kesihatan,Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim dilantik sebagai Timbalan Komandan Kor Sispa USM KampusKesihatan.

Page 5: 12 - COnnecting REpositories · 2018-04-11 · USM, PULA U PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan ... dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

4/9/2018 USM News Portal - KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4862-kor-sispa-bakal-bentuk-pelajar-yang-h-e-b-a-t 5/6

Turut hadir ke majlis ini ialah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang,Kolonel (PA) Pang Ah Lek; Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum merangkap Timbalan KomandanKor Sispa USM, Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam Profesor Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman;Pegawai-pegawai APM, Pegawai-pegawai Bersekutu APM Negeri Pulau Pinang, Pegawai-pegawaiBersekutu APM USM, Penyelaras dan Pengerusi-pengerusi Rancangan Kokurikulum USM dan PegawaiKadet Kor Sispa USM.

Teks: Nur Shahidatul Shahira Bt Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Page 6: 12 - COnnecting REpositories · 2018-04-11 · USM, PULA U PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan ... dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

4/9/2018 USM News Portal - KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4862-kor-sispa-bakal-bentuk-pelajar-yang-h-e-b-a-t 6/6

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015