12. HBPE2203 Topik 8

  • Upload
    rinas66

  • View
    307

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    1/17

    PENGENALANLakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan dengansistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelahdirangsangkan. Hasil daripada lakuan ini dapat menjadikan pelakunya

    berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam keadaantepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit, kecergasan lakuan motor bolehlah

    didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi', iaitu penggunaan tenagayang minima bagi menghasilkan daya (kerja), tetapi hasilnya maksima. Kitamengetahui bahawa objektif dalam Pendidikan Jasmani ialah untuk membentukpergerakan yang cekap. Sebagai tenaga pengajar dalam Pendidikan Jasmani, kitahendaklah mengenalpasti dan mengajar murid-murid untuk menjadi mahir dancekap dalam melakukan pergerakan. Dalam topik ini, kita akan menyentuhtentang pengukuran kepantasan dan tindak balas serta pengukuran dalamkemahiran sukan. Dengan ini, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas tentangkonsep matlamat dan objektif ujian serta memahami fungsi bagi kedua-duapengukuran. Akhir sekali, kita akan mengenalpasti bateri dan prosedur yang

    TTooppiikk88

    Pengukuran

    LakuanMotor2

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan konsep, definisi dan objektif pengukuran kepantasandan masa tindak balas, dan pengukuran kemahiran sukan;

    2. Menjelaskan fungsi ujian dan pengukuran kepantasan dan tindakbalas dan kemahiran sukan;

    3. Mengaplikasi bateri ujian yang berkaitan dengan kepantasan, tindakbalas dan kemahiran sukan.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    2/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2116

    digunakan dalam kepantasan, tindak balas dan kemahiran sukan. Dengan ini,segala yang berkaitan dengan kecergasan fizikal individu akan lebih baik dan

    boleh dijadikan sebagai motivasi untuk membantu dalam perkembangan

    Pendidikan Jasmani. Gallahue (1996) menegaskan bahawa Pendidikan Jasmanimeluangkan sebahagian daripada hari persekolahan untuk aktiviti-aktiviti yangmembangunkan seperti `belajar untuk bergerak` dan `belajar melalui pergerakan`.

    PENGUKURAN KEPANTASAN DAN MASATINDAK BALAS

    Tajuk-tajuk kecil yang seterusnya akan menerangkan latar belakang topik di atasdan juga prosedur yang digunakan untuk mengukur kepantasan dan masa tindak

    balas.

    8.1.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian Kepantasandan Masa Tindak Balas

    Kepantasan dan masa tindak balas adalah elemen yang penting dalammenentukan berjayanya sesuatu kemahiran sukan. Kepantasan ialah kebolehanuntuk melaksanakan pergerakan dalam jangka masa yang pendek, seperti yangdilakukan semasa larian pecut. Lihat Rajah 8.1. Ia juga adalah kebolehan individumelakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkatmengikut arah. Kelajuan individu berkait-rapat dengan masa tindak balas danmasa bergerak. Kepantasan atau kelajuan ditentukan daripada hasil jarak langkahdan kekerapan melangkah.

    KepantasanKepantasan = jarak langkah x kekerapan melangkah

    8.1

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    3/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2 117

    Rajah 8.1: Larian pecutManakala definisi bagi masa tindak balas ialah masa yang diambil untuk reaksiterhadap yang mendorong atau dikenali sebagai stimuli. Ia adalah satu

    jangkamasa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerimarangsangan untuk berbuat demikian. Masa tindak balas selalunya dikaitkandengan faktor ketangkasan. Kebolehan dan keupayaan seseorang bertindakdengan secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dankecemasan dari segi keselamatan diri. Contohnya, masa tindak balas ialahmemulakan larian pecut dan memandu kereta lumba.

    Sekali imbas, kita melihat kepantasan dan masa tindak balas sebagai dua unsuryang berlainan. Tetapi kedua-dua unsur ini mempunyai kaitan antara satu samalain. Mari kita lihat contoh yang diberikan bagi memahami kaitan antarakepantasan dan masa tindak balas. Seorang pelari pecut memerlukan kepantasansemasa memulakan larian dan masa tindak balas berlaku semasa pelari mulameninggalkan blok permulaan. Pelari yang pantas keluar dari blok permulaanakan mempunyai masa tindak balas yang baik. Matlamat dan objektif bagipengukuran kepantasan dan tindak balas ialah untuk membantu muridmemahami keseluruhan kecergasan fizikal dan membantu murid dalammembuat keputusan tentang masa depan mereka dalam aktiviti fizikal.

    Fungsi ujian dan pengukuran kepantasan dan masa tindak balas adalah sepertiberikut:

    (a) Mengukur kemampuan atlet melakukan sesuatu pergerakan atau mengatasisesuatu jarak dalam jangka masa singkat atau kemampuan otot-ototmenguncup dengan pantas.

    (b) Meningkatkan tahap kemahiran dengan menghasilkan satu gerak kerja yangefisien.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    4/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2118

    (c) Dapat membantu dalam pencapaian kecergasan keseluruhan (total fitness).Dengan ini, ia dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.

    8.1.2 Bateri dan Prosedur Ujian, Pengukuran Kepantasandan Masa Tindak Balas

    (a) Kepantasan(i) Pecut 40 meter

    Ujian ini mengukur kelajuan peserta memecut sejauh 40 meter darikedudukan berdiri.

    Peralatan: Jam randik dan penanda untuk lorong larian pada jarak40 m.

    Kawasan: Padang atau permukaan rata yang kering berjarak 60-80 m.Tanda garisan permulaan dan penamat.

    Prosedur: Peserta bersedia dengan kedudukan berdiri di belakang garisan

    permulaan.

    Penguji memberi isyarat sedia, lari di samping melepaskantangan yang diangkat sebelum itu.

    Masa dimulakan oleh seorang penguji yang lain di garisanpenamat dan berhenti apabila peserta melepasi garisan penamat.

    Dua percubaan diberikan dengan masa terpantas diambil.

    AKTIVITI 8.1

    Nyatakan persamaan di antara kepantasan dan masa tindak balas.Sertakan contoh.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    5/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2 119

    Jadual 8.1: Norma dalam saat bagi pecut 50 ela AAHPERDSumber: Johnson & Nelson (1986), Practical Measurements forEvaluation in Physical Education

    UmurPersentil

    10 11 12 13 14 15 16 17Perempuan

    957550255

    7.07.98.59.010.0

    7.07.98.49.010.0

    7.07.88.28.910.0

    7.07.78.18.810.2

    7.07.68.08.910.4

    7.17.78.18.810.0

    7.07.78.39.010.5

    7.17.88.09.010.4

    Lelaki95

    7550255

    7.0

    7.88.28.810.0

    7.0

    7.68.08.59.5

    6.8

    7.37.88.39.2

    6.5

    7.07.58.08.9

    6.3

    6.87.17.68.6

    6.1

    6.56.97.28.1

    6.0

    6.36.77.07.87

    6.0

    6.36.67.07.7

    Masa respons:Ujian mengukur masa respons tangan. Rujuk Jadual 8.1 untuk melihatnorma dalam saat bagi pecut 50 ela AAHPERD.

    (ii) Ujian Masa Respons Nelson untuk TanganPeralatan: Alat masa respons Nelson.Prosedur: Peserta duduk selesa dan letakkan tangan dominan atas lengan

    kerusi.

    Peserta guna ibu jari dan jari telunjuk (jarak 2.5cm) bersedia untukmenangkap alat pengukur tersebut. Lihat Rajah 8.2.

    Peserta disuruh menumpukan perhatian kepada zon tumpuanyang ditandakan pada hujung alat pengukur. Alat itu digantungdengan jarak hujung bawahnya berlegar atas ibu jari dan jaritelunjuk peserta.

    Isyarat sedia diberikan oleh penguji sebelum melepaskan alat ituuntuk ditangkap oleh peserta dengan ibu jari dan jari telunjuk.

    Masa lepasan selepas isyarat hendaklah diubah-ubah oleh pengujiuntuk mengelakkan peserta meramal dan bertindakbalas terhadap

    jatuhan alat itu.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    6/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2120

    20 percubaan diberikan dengan 5 masa terpantas dan 5 masaterlambat disingkirkan. 10 masa yang lain dijumlahkan dandibahagikan dengan 10 untuk mendapat purata masa.

    Rajah 8.2: Ujian masa respons Nelson untuk tanganSumber: Diubahsuai daripada Johnson & Nelson (1986), Practical Measurements forEvaluation in Physical Education

    (iii) Ujian Masa Respons Nelson untuk KakiUjian ini mengukur keupayaan respons kaki dan bergerak dengancepat dan ke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan.

    Persediaan tempat dan radas: Kawasan rata dan jam randik.Prosedur: Dua garisan berjarak 14 ela dengan satu garisan tengah dilukis. Sila

    lihat Rajah 8.3.

    Peserta berdiri dalam keadaan sedia atas garisan tengahmenghadap penguji.

    Penguji menunjukkan tangan ke satu arah (kiri atau kanan) dengancepat dan pada masa yang sama memulakan jam randik. Peserta

    bertindakbalas kepada rangsangan penguji dan berlari dengan

    pantas ke arah yang ditunjuk oleh rangsangan itu. Masa diberhentikan apabila peserta melepasi garisan arah yang

    ditunjukkan oleh penguji tersebut.

    10 percubaan diberikan dengan lima ke satu arah dan lima lagi kearah yang bertentangan. Hala rangsangan hendaklah diberi secararawak.

    Masa rehat selama 20 saat diberi kepada peserta antara percubaan.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    7/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2 121

    Rajah 8.3: Dua garisan berjarak 14 ela dengan satu garisan tengah dilukisJadual 8.2 menunjukkan norma dalam saat bagi ujian masa respons Nelson untukkaki (Prentice, 1985).

    Jadual 8.2: Norma dalam saat bagi ujian masa respons Nelson untuk kakiSumber: Fitness and Wellness for Life, Prentice (1985)Skor

    Tahap prestasi Lelaki Perempuan

    Cemerlang 1.30 dan ke bawah 1.60 dan ke bawah

    Terbaik 1.60 1.35 1.90 1.65

    Baik 2.40 1.65 2.55 1.95

    Sederhana 2.70 2.45 2.85 2.60

    Lemah 2.75 dan ke atas 2.90 dan ke atas

    PENGUKURAN KEMAHIRAN SUKANSubtopik ini pula akan membincangkan pengukuran kemahiran sukan yangmeliputi latar belakang dan prosedur-prosedur yang digunakan kemahiran sukanyang dibincangkan termasuklah badminton, bola keranjang, bola sepak dan bolatampar.

    8.2.1 Konsep Matlamat dan Objektif Ujian KemahiranSukan

    Kita perlu hidup cergas dan aktif untuk sihat. Kehidupan yang aktif dari segifizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Setiappelajar boleh menjadi sihat dan cergas dengan melakukan aktiviti fizikal yangsesuai dan secukupnya berasaskan prinsip-prinsip latihan. Bersenam dan

    bersukan adalah salah satu aktiviti fizikal yang menggunakan banyak tenaga danpergerakan. Ianya boleh membawa faedah sekiranya dilakukan dengan betul.Mereka ini lebih bertenaga dalam melakukan kerja-kerja di sekolah dan di rumah.

    8.2

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    8/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2122

    Ujian kemahiran sukan hendaklah dibuat berdasarkan kesahan,kebolehpercayaan dan objektiviti. Untuk memilih ujian yang terbaik, anda hanya

    boleh membuat pengukuran untuk satu sukan sahaja. Pengukuran untuk ujian

    kemahiran sukan tidak boleh dicampurkan dengan jenis-jenis sukan yang berbeza. Matlamat bagi pengukuran kemahiran sukan ialah untuk menentukanpeningkatan atau tahap pencapaian individu di dalam berbagai jenis sukan.Dengan adanya pengukuran didalam kemahiran sukan potensi seseorang murid

    boleh dikenalpasti dan digilap. Oleh itu, pengukuran di dalam juga bolehdigunakan sebagai alat untuk mencari pelapis bagi atlet yang berpontensi untukmewakili negara.

    (a) Objektif ujian kemahiran sukan(i) Mempertingkat dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan

    kemahiran sukan.

    (ii) Meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapatdilaksanakan dengan tepat. Ini adalah unsur utama dalam sukan, iaituperlaksanaan kemahiran dengan cara berkesan.

    (iii) Memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap pelbagaikemahiran sukan.

    (b) Fungsi ujian dan pengukuran kemahiran sukan(i) Ujian kemahiran dapat menentukan kekuatan dan kelemahan murid.

    Dengan ini, guru dapat membuat atau mengubah perancanganobjektif pembelajaran. Ia juga membantu mengenalpasti murid-muridyang memerlukan perhatian yang lebih bagi menguasai kemahiransukan.

    (ii) Ujian kemahiran sukan juga dapat memberi motivasi kepada murid-murid bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam sesuatukemahiran sukan. Cabaran untuk mengatasi skor sendiri lebihmemberi motivasi dan kepuasan daripada mengatasi skor orang lain.

    (iii) Semasa melakukan ujian, murid juga sebenarnya sedang melakukanlatihan bagi kemahiran dalam sukan tersebut.

    AKTIVITI 8.2

    Apakah kelebihan ujian pengukuran kemahiran sukan bagi pelajarsekolah?

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    9/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2 123

    (iv) Keputusan ujian atau maklumat berkaitan ujian dapat menunjukkankepada pentadbir, ibubapa dan orang ramai tentang objektif dan nilaiPendidikan Jasmani itu sendiri.

    (c) Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran kemahiran sukan(i) Badminton

    Ujian French short-serve (scott et al. 1941)

    Objektif: Untuk mengukur kemahiran untuk membuat servis secaratepat.Peralatan: Reket badminton, bulu tangkis, tali yang direntang di atasnet dan ukuran yang dibuat di atas lantai gelanggang.

    Prosedur: Tali direntangkan 20 inci di atas dan selari dengan jaring/net.

    Ukuran dibuat di tengah-tengah garisan gelanggang dan garisanservis pendek. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 8.4 di bawah.

    Markah akan diberi sekiranya bulu tangkis melintasi di antara talidan net dan mendarat di kawasan yang ditanda. Tiada markahdiberi sekiranya bulu tangkis tidak melintasi antara tali dan netatau mendarat di luar kawasan yang ditandakan. 20 percubaandiberi dan jumlah skor terkumpul akan direkodkan.

    Jika servis terkena tali, peserta boleh membuat servis semula tanpadikira.

    Rajah 8.4: Tali direntangkan dan ukuran dibuatSumber: Miller (1994), Measurement by the Physical Educator: Why and How

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    10/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2124

    (ii) Bola Keranjang (AAHPERD Basketball Skill Test 1984)Objektif: Ujian ini mengukur kemahiran mengelecek bola keranjang.Peralatan: Bola keranjang saiz 6, 6 kon dan jam randik.Kawasan: Gelanggang bola keranjang.

    Rajah 8.5: Peserta dikehendaki menggelecek mengelilingi konSumber: Johnson & Nelson (1986), Practical Measurements forEvaluation in Physical Education

    Prosedur: Peserta mula menggelecek dari garisan permulaan selepas isyarat

    mula diberi oleh penguji. Peserta dikehendaki bermula dengantangan bukan dominan (guna tangan kiri sekiranya tangan yangselalu digunakan ialah tangan kanan).

    Peserta dikehendaki menggelecek mengelilingi kon mengikutRajah 8.5 di atas.

    Kiraan: Tiga percubaan diberikan kepada setiap peserta. Percubaan pertama dikira sebagai latihan. Dua percubaan yang berikutnya direkodkan dan dijumlahkan.

    Jumlah ini menjadi skor peserta.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    11/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2 125

    Penalti: Peserta terpaksa mengulang percubaan jika melanggar peraturan

    menggelecek seperti bergerak dengan bola, melantun bola dengandua tangan dan melanggar kon.

    (iii) Bola sepak (Yeagley, 1972)Objektif: Ujian ini mengukur koordinasi kaki melalui menggelecek

    bola sepak.

    Peralatan: Bola sepak, kon, jam randik, pita ukur dan wisel.Kawasan: Padang yang rata berukuran 27.5m x 23m.

    Rajah 8.6: Peserta dikehendaki menggelecek bola keliling kon danmembuat hantaran dinding (wall pass)Sumber: Handcock & Knight (1994), Field Testing Manual for Sport

    Prosedur: Peserta dikehendaki menggelecek bola keliling kon dan membuat

    hantaran dinding (wall pass) sebelum menggelecek semula untukmenamatkan litar. Lihat Rajah 8.6.

    Masa dikira setelah wisel dibunyikan dan pelajar mulamenggelecek sehingga garisan tamat. Penalti tidak diberikansekiranya pelajar menyentuh kon menggunakan kaki atau bolasepak.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    12/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2126

    Menimbang BolasepakPeralatan: Bola sepak, wisel dan jam randik.Kawasan: Tempat yang rata.Prosedur:- Pelajar berada di kedudukan berdiri sambil memegang bolasepak.- Apabila wisel dibunyikan, pelajar melantunkan bola di lantai dan

    memulakan timbangan menggunakan kaki (atau semua bahagianbadan kecuali tangan).

    - Pelajar menimbang sebanyak yang boleh dalam masa 30 saat.- Markah dipotong sekiranya bola ditimbang menggunakan tangan.

    Bola dibenarkan melantun ke atas lantai asalkan tidak berhenti.

    (iv) Bola Tampar (Ujian servis bola tampar Brumbach, Brumbach 1967)Objektif: Untuk mengukur kemahiran membuat servis bola tamparsecara tepat ke atas gelanggang lawan.

    Peralatan: Bola tampar, jaring bola tampar, tali, alat pengukur danukuran yang dibuat di atas lantai gelanggang.

    Prosedur: Tali direntangkan 4 kaki di atas dan selari dengan jaring bolatampar. Ini ditunjukkan dalam Rajah 8.7. Pembuat servis mestilah berdiri di garisan belakang untuk

    membuat servis.

    Markah akan diberi sekiranya bola tampar melintasi antara tali dannet dan mendarat di dalam kawasan gelanggang. Tiada markahdiberi sekiranya bola tampar tidak melintasi di antara tali dan

    jaring atau mendarat di luar kawasan gelanggang dan kesalahankaki semasa membuat servis.

    Dua set percubaan diberikan di mana satu set mengandungi 6cubaan.

    Jika servis terkena tali, peserta boleh membuat servis semula tanpadikira.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    13/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2 127

    Rajah 8.7: Tali direntangkan 4 kaki di atas dan selari dengan jaring bola tamparSumber: Miller (1994), Measurement by the Physical Educator: Why and How

    PENGUKURAN PERGERAKAN DAN RITMADalam subtopik ini kita akan melihat latar belakang dan prosedur-prosedur yangdigunakan dalam pengukuran pergerakan dan ritma.

    8.3.1 Konsep Matlamat dan Objektif Ujian danPengukuran Pergerakan dan Ritma

    Aktiviti pergerakan dan ritma boleh meningkatkan kercergasan. Lihat Rajah 8.8.Melakukan pergerakan dengan ritma sangat menyeronokkan. Aktiviti-aktivitiseperti berpusing setempat, bergerak edar dan rangkaian pergerakan akan lebihmenarik jika menggunakan alatan tertentu. Ia juga adalah pergerakan

    berkoordinasi dan bersifat estetik. Pergerakan boleh dilakukan secara individu,berpasangan atau berkumpulan dengan alatan atau tanpa alatan secara licin danberterusan.

    8.3

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    14/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2128

    Rajah 8.8: Pergerakan dan ritma

    Pergerakan terdiri daripada tiga bahagian pergerakan asas, iaitu pergerakanlakomotor, pergerakan bukan lakomotor dan pergerakan manipulatif. Pergerakanlakomotor memerlukan individu itu bergerak dari satu tempat ke tempat yanglain. Manakala pergerakan bukan lakomotor tidak melibatkan perubahan tempatdi mana pelaku tidak mengubah dasar yang menyokong pelaku pergerakan.Kemahiran manipulatif pula melibatkan kemahiran asas sukan di mana pelajarsering menggunakan alatan seperti apparatus reben, tali, belantan, bola, dangelung.

    Matlamat dan objektif pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut:(a) Melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema,dengan menggunakan alatan yang sesuai.(b) Satu cara bagi meningkatkan tahap kardiovaskular seseorang.(c) Ia dapat mengurangkan berat badan, mengekalkan bentuk badan pada

    tahap terbaik dan meningkatkan keyakinan diri.

    (d) Aktiviti ini juga dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengelakkandaripada berlakunya stres.

    AKTIVITI 8.3Cuba anda senaraikan dan bincangkan tiga jenis pergerakan asas.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    15/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2 129

    Fungsi ujian dan pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut:(a) Menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik

    melalui permainan-permainan ko-operatif dengan menekankan tiga konsep.

    Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar,penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan dan penglibatanaktiviti pelajar secara langsung.

    (b) Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dankecergasan untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal.

    (c) Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalamsuasana yang riang dan menggembirakan.

    (d) Mengenalpasti kemampuan tahap kemampuan dan kecergasan muridsemasa melakukan aktiviti.

    Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran pergerakan dan ritma adalah sepertiberikut:

    (a) Lompat Setempat (Ritma Sekata)Objektif: Ujian ini menilai ketangkasan, imbangan dinamik dan koordinasi.Peralatan: Permukaan lantai yang tidak licin, berkeluasan minimum duameter persegi.

    Prosedur:(i) Peserta mula dengan berdiri. Apabila penguji beri isyarat mula,

    peserta dikehendaki melompat dengan kedua-dua belah kaki.

    (ii) Pengukuran dibuat berdasarkan lonjakan yang dibuat, hayunantangan ke hadapan semasa melonjak, pendaratan kedua-dua belahkaki dan lutut bengkok semasa mendarat.

    (iii) Lima percubaan diberi dan gred (1=lemah, 2=sederhana, 3=baik)diberi jika pelajar dapat melaksanakan dengan tepat dan betul.

    (b) Kemahiran MelontarObjektif: Ujian ini menilai kemahiran manipulatif.

    Peralatan: Pundi kacang, bakul,wisel dan jam randik.Prosedur:(i) Peserta berdiri di belakang garisan yang dibuat. Bakul diletakkan

    bertentangan dengan peserta dalam jarak lima meter.

    (ii) Setelah wisel dibunyikan, peserta dikehendaki membaling pundikacang ke dalam bakul seberapa banyak yang boleh.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    16/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2130

    (iii) Masa diberi adalah 30 saat dan dua percubaan dibenarkan.(iv) Mata diberi mengikut purata jumlah balingan yang masuk ke dalam

    bakul.(v) Balingan akan ditolak sekiranya kaki peserta melepasi garisan yang

    dibuat.

    Kepantasan ialah kebolehan untuk melaksanakan pergerakan di dalam jangkamasa yang pendek seperti yang dilakukan semasa larian pecut.

    Masa tindak balas ialah satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Ia selaludikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan pendengaran. Kebolehan dankeupayaan seseorang itu bertindak secepat mungkin dapat membantunyaketika dalam kecemasan.

    Matlamat dan objektif bagi pengukuran kepantasan dan tindak balas ialahuntuk membantu murid memahami keseluruhan kecergasan fizikal danmembantu murid dalam membuat keputusan tentang masa depan merekadidalam aktiviti fizikal.

    Objektif ujian pengukuran kemahiran sukan ialah mempertingkatkan danmengekalkan tahap kecergasan berasaskan kemahiran sukan. Ia jugameningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapat dilaksanakandengan tepat dan memberi pendedahan kepada murid-murid kepadapelbagai kemahiran sukan.

    Aktiviti pergerakan dan ritma yang boleh meningkatkan kercergasan dansangat menyeronokkan. Ia juga adalah pergerakan berkoordinasi dan bersifatestetik. Pergerakan boleh dilakukan secara individu, berpasangan, atau

    berkumpulan dengan alatan atau tanpa alatan secara licin dan berterusan.

    Pergerakan terdiri daripada tiga bahagian pergerakan asas; iaitu pergerakanlakomotor, pergerakan bukan lakomotor dan pergerakan manipulatif.

    Matlamat dan objektif pengukuran pergerakan dan ritma ialah dapatmelakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema,dengan menggunakan alatan yang sesuai. Aktiviti ini juga dapatmenghilangkan tekanan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya stres.

  • 8/8/2019 12. HBPE2203 Topik 8

    17/17

    TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR 2 131

    Badminton (Ujian French Short-serve)

    Bola keranjang (AAHPERD BasketballSkill Test 1984)

    Bola tampar

    Bolasepak (Yeagley 1972)

    Kemahiran

    Kemahiran melontar

    Kepantasan

    Larian pecut

    Lompat setempat (Ritma Sekata)

    Masa tindak balas

    Menimbang bolasepak

    Pengukuran lakuan motor

    Pergerakan bukan lakomotor

    Pergerakan dan ritma

    Pergerakan lakomotor

    Pergerakan manipulatif

    Ujian kemahiran sukanUjian masa respons nelson untuk kaki

    Ujian masa respons nelson untuktangan

    Douglas, N. H. & Alan, C. L. (2003). Measurement for evaluation in physicaleducation & exercise science. Massachusetts, USA: Viacom Company.

    Miller, D. K. (1994). Measurement by the physical educator: Why and how.University of North Carolina, Wilmington: Brown and BenchmarkPublishers.