6. Bab 5 - Percukaian

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 5 PERCUKAIAN

5.1 Pengenalan Istilah cukai sering kali kita dengar di merata-rata tempat. Menurut Kamus Dewan, cukai adalah bayaran atau sumbangan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang dan lainlain). Adalah menjadi hak individu untuk membayar cukai mengikut Akta Percukaian 1967. Individu yang mempunyai pendapatan yang diterima di negara ini akan dikenakan cukai bagi setiap tahun transaksi. Ini bermaksud jika seseorang itu mempunyai pendapatan yang melebihi satu jumlah tertentu, maka dia dikehendaki membayar cukai. Di Malaysia, segala cukai biasanya akan dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan beberapa pejabat kerajaan yang bertanggungjawab dengan bidang ini. Terdapat beberapa jenis cukai yang dikenakan kepada seseorang seperti cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah, cukai jualan, cukai import dan eksport dan berbagai-bagai lagi. Wang yang diterima daripada cukai-

68

cukai ini digunakan untuk menampung perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan awam di seluruh negara. Sistem percukaian sudah lama wujud di dunia ini. Hal ini demikian kerana pada abad ke-18, Adam Smith dalam bukunya Wealth of the Nation telah menggariskan dua prinsip utama percukaian. Menurut beliau, setiap orang harus dikenakan cukai berdasarkan kedudukan kewangannya. Kedua, cukai individu tersebut haruslah dinyatakan secara spesifik dan tidak harus ada budi bicara secara sembarangan dalam dalam taksiran cukai oleh pihak berkuasa. Prinsip percukaian yang dipelopori oleh Adam Smith itu telah meletakkan asas kepada perundangan percukaian moden. Percukaian diperkenalkan di Tanah Melayu sejak sebelum mencapai kemerdekaan negara. Cukai pendapatan telah diperkenalkan di Persekutuan Tanah Melayu. Pada ketika itu, Menteri Kewangan telah mengumumkan cadangan supaya setiap percukaian yang dibuat mestilah berdasarkan pemastautin (resindential). Pada tahun 1957, Akta Percukaian Pendapatan pertama kali telah diperkenalkan di Sabah manakala di Sarawak pula diperkenalkan pada tahun 1961. Dengan ini, secara tidak langsung Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak mempunyai akta percukaian yang tersendiri. Pada tahun 1967, parlimen telah memperkenalkan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dikuatkuasakan di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 1968 untuk tujuan penyelarasan. Maka selepas itu, sistem percukaian di Malaysia adalah sama rata tidak kira berada Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

5.2 Objektif Dasar Cukai i. Cukai sebagai sumber pendapatan negara Sumber pendapatan cukai digunakan untuk mentadbir negara dan untuk diagihkan semula ke dalam ekonomi melalui projek-projek pembangunan atau bantuan terus kepada penduduk.

69

ii. Cukai sebagai alat pengagihan semula pendapatan dan kekayaan Cukai merupakan sumbangan daripada orang ramai yang mampu dan lebihan pendapatan kepada kerajaan untuk diagihkan semula kepada orang yang miskin dan orang yang memerlukannya. iii. Cukai sebagai penggalak ekonomi Sumber pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan boleh digunakan untuk membangunkan negara dalam kegiatan yang berfaedah seperti penyediaan insfrastruktur, kemudahan pendidikan dan kemudaan kesihatan. iv. Cukai sebagai alat untuk kerajaan mengatasi masalah inflasi dan kemelesetan Semasa inflasi, kerajaan boleh menaikkan kadar cukai pendapatan supaya data mengurangkan jumlah permintaaan dalam negeri dan menurunkan kadar cukai semasa kemelesetan supaya bertambah.

5.3 Klasifikasi Cukai Cukai dapat diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal pemungutan cukai terbabit. Oleh itu, cukai yang dipungut sama ada ia secara langsung atau tak langsung akan dihantar ke LHDN untuk proses seterusnya. Cukai langsung melibatkan individu secara terus atau langsung seperti cukai pendapatan yang mana individu yang bekerja akan dikenakan cukai atas pendapatan yang diterimanya berdasarkan nisbah yang ditentukan dalam setahun. Manakala pihak firma juga perlu membayar cukai korporat atas keuntungan yang diperoleh setiap tahun. Cukai tak langsung pula kerap kali dikenakan ke atas barang yang dibeli atau perkhidmatan yang digunakan. Cukai eksport, import, jualan dan juga

70

perkhidmatan adalah antara cukai tak langsung yang sering dibayar oleh pengguna. Contoh mudah yang selalu kita alami ialah ketika kita menginap di hotel atau makan di restoran yang menetapkan cukai perkhidmatan sebagai tambahan.

5.4 Cukai Pendapatan Di Malaysia, cukai pendapatan telah diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua melalui Ordinan Cukai Pendapatan 1947. Perlembagaan yang berkuatkuasa pada tahun 1957 telah menggariskan cukai di bawah senarai kuasa Persekutuan. Pada tahun 1967, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Cukai Pendapatan 1967 (selepas ini dipanggil Akta 53). Akta 53 ini telah memansuhkan perundangan percukaian yang lama dan memperkenalkan satu perundangan cukai pendapatan yang seragam bagi seluruh Malaysia. Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya sama ada di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji atau pendapatan , ganjaran dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas. Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status individu perkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7, Akta Cukai Pendapatan 1967). Kadar percukaian pendapatan di Malaysia adalah berbentuk progresif iaitu bagi mereka yang berpendapatan tinggi dikenakan kadar cukai yang tinggi berbanding

71

mereka yang berpendapatan rendah. Kadar maksimum yang dikenakan adalah 28% daripada jumlah pendapatan. Pendapatan seseorang individu sehingga tarikh kematian akan dikenakan cukai sebagai pendapatan individu berkenaan. Kematian tidak melepaskan tanggungjawab untuk membayar cukai. Pendapatan yang terakru atau diperoleh selepas tarikh kematian akan ditaksir atas nama waris atau pentadbir-pentadbir harta pusaka. Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukai pada kadar 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai. Walaubagaimanapun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM 2500 sebulan atau RM 30,000 setahun dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan potongan jumlah pendapatannya dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) Malaysia. Kebanyakan negara termasuklah Malaysia mengenakan cukai pendapatan melalui undang-undang untuk membiayai aktiviti pentadbiran negara di samping mencapai tujuan pengaturan sumber masyarakat. Tetapi terdapat juga beberapa buah negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan. Antaranya Brunei dan Arab Saudi. Kedua-dua negara ini hanya menggantungkan kepada hasil daripada petroleum untuk membiayai pembangunan negara. Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967, pentadbiran cukai pendapatan boleh dibahagi kepada empat bahagian seperti berikut: 5.4.1 Borang Nyata Pendapatan dan Notis Tanggungan Menurut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967, semua pembayar cukai yang mempunyai pendapatan bercukai hendaklah mendapatkan borang nyata pendapatan dari Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) yang terdekat. Jika pembayar cukai tidak menerima borang tersebut dalam tiga bulan pertama pada sesuatu tahun transaksi berkenaan,

72

maka pembayar cukai hendaklah memaklumkan kepada LHDN tentang jumlah pendapatan yang akan ditaksirkan kelak. Biasanya, akan menghantarkan borang nyata pendapatan dalam tiga bulan pertama setiap tahun. Pembayar cukai perlu mengisi dan mengembalikan borang tersebut dalam masa 30 hari dari tarikh borang nyata pendapatan tersebut. Pembayaran cukai juga boleh membuat permohonan secara bertulis untuk mendapat lanjutan masa untuk mengembalikan borang nyata pendapatan. Dalam kandungan surat perlu menyatakan tarikh lanjutan yang dikehendaki dan sebab-sebab lanjutan diminta. Surat ini mesti sampai ke LHDN sebelum penghabisan tempoh 30 hari mengembalikan borang tersebut. Oleh itu, semua kakitangan termasuklah saya akan berusaha untuk menghubingi pelanggan untuk menghantar borang tersebut kepada pihak kami untuk proses membuat taksiran cukai. Jika mereka masih lagi tidak menerima borang tersebut, kami (LQ Management Service Sdn. Bhd.) akan menasihatkan kepada mereka untuk menghubungi pihak LHDN untuk mendapatkan borang tersebut. 5.4.2 Taksiran Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967, Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan beberapa jenis taksiran ke atas pembayaran cukai pendapatan. Jenis-jenis taksiran adalah seperti berikut: i. Taksiran awal ii. Taksiran anggaran iii. Taksiran tambahan iv. Taksiran terdahulu

73

5.4.3

Pungutan Setelah borang nyata pendapatan diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), suatu notis taksiran akan dikeluarkan berdasarkan pendapatan tersebut. Jumlah cukai yang perlu dibayar akan dimaklumkan melalui notis taksiran. Menurut Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, semua cukai taksiran harus dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan. Jika pihak LHDN mendapati bahawa jumlah cukai yang perlu dibayar adalah kurang daripada jumlah yang sepatutnya, maka Borang JA akan dikeluarkan kepada pembayar cukai untuk menambahkan cukai yang perlu dibayar. Jika cukai yang dikenakan dibayar terlebih daripada jumlah yang sepatutnya atau pembayar terlebih bayar pada tahun lepas maka Borang JR pula dikeluarkan untuk mengurangkan cukai yang perlu dibayar. Penalti akan dikenakan jika pembayar cukai tidak menjelaskan cukai. Penalti sebanyak 10% akan dikenakan ke atas cukai yang perlu dibayar dari temboh tamat yang ditetapkan, tambahan 5% lagi untuk 60 hari yang berikutnya termasuklah penalti yang pertama kali. Tindakan undang-undang seperti mengistiharkan kebankrapan atau pembubaran juga boleh diambil oleh ketua pengarah jika pembayar cukai masih tidak menjelaskan cukainya. Oleh itu, pihak kami akan berusaha untuk pelanggan mendapatkan borang tersebut dengan segera untuk mengelakkan penalty dikenakan. Menurut Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 pula, ketua pengarah juga berhak untuk mengarah polis atau imigresen untuk menghalang pembayar cukai tersebut pergi ke luar negeri selagi cukai tidak dijelaskan. Oleh itu, pihak yang dikenakan cukai perlulah menjelaskan dahulu cukainya sebelum keluar dari negara.

74

5.4.4

Rayuan Walaupun jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pembayar cukai adalah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri tetapi pembayar cukai berhak membuat rayuan jika dia tidak puas hati dengan taksiran tersebut. Rayuan yang dibuat mestilah dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh taksiran dengan alasan-alasan yang munasabah.

5.5 Jenis-Jenis Borang Cukai Pendapatan Terdapat banyak borang percukaian yang digunakan untuk proses pembayaran cukai kepada LHDN tetapi semasa menepat di LQ Management Service Sdn. Bhd. Antaranya adalah seperti berikut: JENIS BORANG Borang E (Lampiran E) PENERANGAN Borang E merupakan borang nyata yang dikeluarkan oleh majikan untuk para pekerja mereka. Ia merupakan borang nyata yang menunjukkan jumlah gaji yang diperolehi oleh para pekerja dalam tahun tersebut. Borang ini dibahagi kepada Borang EA (untuk badan swasta) dan Borang EC (untuk badan kerajaan). Pembayaran cukai akan diberikan Borang BE untuk diisi berdasarkan Borang EA atau Borang EC. Borang BE (Lampiran F) Borang BE adalah untuk individu yang memiliki pendapatan penggajian sahaja dan tanpa punca pendapatan daripada perniagaan. Golongan yang menggunakan borang ini adalah mereka yang bekerja untuk pihak lain dan dibayar gaji. Contohnya seorang Kerani Akaun, Juruteknik dan lain-lain. Bagi Borang BE, nombor rujukan cukai bermula dengan SG.

75

Borang B (Lampiran G)

Borang ini digunakan untuk pengiraan cukai pendapatan bagi orang perseorangan yang mana individu yang memiliki punca pendapatan daripada sesuatu perniagaan akan dikenakan cukai pendapatan ini. Ia digunakan untuk transaksi persendirian dan juga bersama suami/isteri. Borang ini menunjukkan sejumlah pendapatan, pelepasan tanggungan, rebat, jumlah cukai yang kena bayar dan lain-lain. Bagi Borang B, nombor rujukan cukai sama ada bermula dengan OG atau SG.

Borang C & R

Borang C & R merupakan borang cukai pendapatan yang diisikan oleh syarikat-syarikat besar. Syarikat-syarikat ini perlu membuat akaunnya terlebih dahulu sebelum mengisi ini kerana banyak butirbutir perakaunan yang diperlukan.

Borang P

Borang P merupakan borang cukai pendapatan bagi perkongsian. Ahli kongsi utama bertanggungjawab untuk mengisi Borang P serta mengeluarkan borang CP30 kepada semua rakan kongsi. Borang CP30 perlu disediakan untuk membolehkan rakan kongsi melaporkan pendapatan dari perkongsian dalam tempoh yang ditepatkan. Jadual 5.1: Jenis-jenis borang pembayaran cukai

5.6 Kaedah e-filing Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu pemastautin dan bukan pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan untuk menghantar borang cukai pendapatan masing-masing pada tarikh yang ditetapkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Begitu juga untuk mereka yang dikategorikan dalam Harta Pusaka. Tetapi pada zaman facebook ini, segala urusan boleh dibuat melalui internet di mana sahaja. Oleh itu, pembayaran cukai juga boleh dibuat melalui internet dengan menggunakan perkhidmatan e-Filling.

76

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filling ini adalah mendapatkan Sijil Digital dan mendaftarkannya. Permohonan Sijil Digital untuk mendapatkan nombor pin boleh dibuat melalui surat, faks, atau emel tetapi cara ini hanya boleh digunakan sehingga 25 April sahaja. Nombor pin ini juga boleh diperoleh daripada borang cukai pendapatan yang dihantar secara pos oleh LHDN. Cara terakhir ialah dengan menghadirkan sendiri ke mana-mana kaunter LHDN yang berdekatan. Setelah mendapat nombor pin, ianya perlu didaftarkan di laman web LHDN pada bahagian Login Kali Pertama. Langkah seterusnya ialah dengan memasuki Login e-Borang dan memilih jenis borang yang berkaitan. Maklumat yang perlu diisi semuanya mudah difahami malah jika perlu pertolongan, Panduan Pengguna e-Filing ada disediakan. Terdapat beberapa jenis borang cukai iaitu Borang BE (individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan), Borang B (individu pemastautin yang menjalankan perniagaan), Borang M (individu bukan pemastautin), Borang TP (untuk harta pusaka), Borang TF (pertubuhan), Borang TJ (keluarga sekutu Hindu), Borang P (perkongsian), Borang E (majikan), Borang C1 (koperasi), Borang TC (Amanah Unit/Harta Tanah), Borang TA (Badan Amanah), Borang TR (Amanah Pelaburan Harta Tanah/Tabung Amanah Harta) dan Borang C & R (syarikat). Pembayaran cukai sangat digalakkan oleh pihak LHDN untuk menggunakan sistem e-Filling yang disediakan secara percuma dan boleh diakses 24 jam di rumah mahupun pejabat. Perakuan penerimaan borang akan juga diperoleh secara atas talian. Selain itu, keselamatan maklumat juga adalah terjamin. Borang yang diterima melalui e-Filing dapat diproses dengan cepat dan akan memudahkan pemprosesan bayaran balik. Kaedah ini amat memudahkan semua pihak berbanding kaedah manual iaitu mengisi borang yang sama dan seterusnya menghantarkannya melalui pos. Antara kaedah untuk akses e-filling yang saya dapati adalah:

77

7.1

Pembayar Cukai yang belum Mendaftar Sijil Digital

i. Lawati laman web e-Hasil (http://e.hasil.org.my) atau klik ikon eHasil di laman web utama LHDN (http://www.hasil.org.my). ii. Login Kali Pertama Daftar Sijil Digital. iii. Login e-Borang Isi borang dengan lengkap. iv. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara atas talian. v. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang

7.2

Pembayar Cukai yang telah Mendaftar Sijil Digital

i. Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.org.my) atau klik ikon eHasil di laman web utama LHDN (http://www.hasil.gov.my). ii. Semaj Sijil Digital. iii. Login e-Borang Isi borang dengan lengkap. iv. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara atas talian. v. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

5.7 Pendapatan Yang Boleh Dikenakan Cukai Pendapatan seseorang individu yang boleh dikenakan cukai adalah terbahagi kepada dua jenis seperti berikut: 5.7.1 Pendapatan Berkanun Perniagaan atau Profesion Pendapatan berkanun perniagaan atau profesion boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu perndapatan berkanun perniagaan dan pendapatan berkanun perkongsian. Pendapatan berkanun perniagaan atau profesion adalah suatu keuntungan yang diperolehi daripada

78

perniagaan, perkhidmatan, perdagangan dan profesion yang dijalankan oleh seseorang. Lazimnya keuntungan perniagaan termasuklah menerima daripada penjualan barang-barang dan perkhidmatannya. 5.7.2 Pendapatan Berkanun Lain Pendapatan berkanun lain ialah pendapatan yang diperoleh oleh seseorang dan ia boleh dicampur bersama semasa pengiraan cukai yang mana terbahagi kepada beberapa aspek seperti berikut: i. Penggajian Penggajian adalah sumbangan atau ganjaran yang akan diterima setelah seseorang menumbangkan tenaga usahanya untuk melakukan sesuatu. Biasanya ia akan diterima dalam bentuk tunai seperti gaji, bonus, ganjaran, elaun, cukai pendapatan dibayar oleh majikan, ganjaran, pampasan dan lain-lain. Kadang-kala seseorang itu juga akan menerima penggajian dalam bentuk bukan tunai seperti manfaat kereta, pemandu, minyak, telefon bimbit, tempat kediaman, pembantu rumah dan lain-lain. ii. Faedah dan Dividen Faedah dan dividen yang diperolehi apabila seseorang itu membuat simpanan wang atau pelaburan dalam mana-mana sahaja institusi kewangan. Faedah ialah sejumlah wang yang diperolehi daripada penyimpanan wang, pemberian pinjaman atau penyelesaian hutang. Manakala dividen pula merupakan pembayaran oleh sesebuah syarikat kepada pemengang syer sebagai suatu pulangan daripada pelaburan modal. iii. Sewa Pendapatan sewa merupakan satu pendapatan yang diterima daripada penyewaan sesebuah asetatau permis seperti penyewaan rumah, tanah, mesin, kereta dan sebagainya.

79

Tuntutan untuk pendapatan ini boleh dibuat ke atas perbelanjaan seperti cukai tanah dan hasil rumah, bayaran pembaikian dan penyelenggaraan, faedah atas pinjaman untuk pembelian harta dan perbelanjaan pungutan sewa rumah. iv. Royalti Pendapatan royalti merupakan suatu pendapatan atau ganjaran kepada pemilik suatu aset sebagai penukaran bagi mengguna atau mendapatkan hak untuk menggunakan sesuatu aset. Royalti termasuklah hasil karya, model, jenama formula, pita, televisyen, filem, pengetahuan, maklumat, pengalaman serta kemahiran. v. Pencen Pencen boleh didefinisikan sebagai pendapatan yang diterima oleh seseorang individu apabila individu itu telah bersara atau diterima oleh seseorang balu, anak atau saudara-mara di atas kematian individu tersebut. vi. Anuiti Anuiti merupakan amaun tahunan yang diterima oleh seseorang kerana pembelian polisi insurans atau dengan cara pemberian atau mungkin merupakan sebahagian daripada pertimbangan ke atas jualan aset atau saran hak.

5.8 Pelepasan Mengikut Akta Percukaian 1967, seseorang individu layak menuntut pelepasan yang dibenarkan bagi mengurangkan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai pendapatan. Hanya beberapa aspek sahaja yang dibenarkan untuk pelepasan dan ia perlu dibuat berdasarkan skop yang ditetapkan sahaja. Antara pelepasan tersebut adalah:

80

5.8.1

Diri Sendiri Pelepasan diri merupakan pelepasan untuk diri sendiri seseorang individu dan saudara tanggungan diberi secara automatik yang diperuntukkan sebanyak RM 8,000.00. Pelepasan ini pada asalnya diberikan kepada individu yang dikenakan cukai dan amaun tersebut tidak perlu dibuktikan. Jika isteri atau suami kepada individu tersebut memilik untuk membayar taksiran secara berasingan, beliau juga akan dikenakan sebanyak RM 8,000.00.

5.8.2

Isteri / Suami Bagi individu yang bermastautin bersama suami atau isteri dalam satu tahun asas, layak mendapat pelepasan sebanyak RM 3,000.00 dengan syarat suami atau isteri tersebut tidak menuntut untuk taksiran secara berasingan serta mana-mana pihak tidak mempunyai pendapatan perniagaan. Jika suami atau isteri itu merupakan orang kurang upaya (OKU), maka pelepasan akan tingkat kepada RM 3,500.00.

5.8.3

Anak-anak Pelepasan anak adalah hanya untuk anak sendiri, anak angkat atau anak tiri yang telah disahkan oleh undang-undang Malaysia sahaja. Antara syarat pelepasan untuk anak adalah anak itu mesti belum berkahwin pada bila bila-bila masa dalam tahun asas di bawah 18 tahun, melebihi 18 tahun belajar kerja atau bekerja di bawah perjanjian untuk mendapatkan kelayakan professional, melebihi 18 tahun belajar di universiti, kolej atau pertubuhan pendidikan yang serupa dan mengalami kecatatan sama ada dari segi mental atau fizikal tanpa mengira umur anak tersebut. Pelepasan ini terbahagi kepada dua iaitu bilangan anak yang dituntut oleh diri sendiri dan yang dituntut oleh suami/isteri.

5.8.4

Premium insurans nyawa dan caruman KWSP

81

Premium insurans yang dibayar atas polisi yang menjamin individu, suami atau isteri dibenarkan pelepasan cukai. Premium insurans atas nyawa anak tidak dibenakkan pelepasan. Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau kumpulan wang lain yang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Jumlah pelepasan untuk premium insurans nyawa atau caruman kepada KWSP atau kumpulan wang lain yang diluluskan adalah terhad kepada RM 6,000.00 untuk individu dan RM 6,000.00 untuk isteri yang mempunyai punca pendapatan.

5.8.5

Insurans Pendidikan dan Perubatan Pelepasan sebanyak RM 3,000.00 bagi premium insurans bagi polisi pendidikan / faedah perubatan untuk individu, suami, isteri atau anak.

5.9 Rebat Cukai Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rebat merupakan potongan daripada sejumlah bayaran yang kena dibayar atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran. Rebat hanya dibenarkan hanya untuk situasi tertentu sahaja yang mana ia terbahagi kepada dua iaitu: 5.9.1 Rebat Cukai Individu dan Rebat Cukai Suami / Isteri Rebat cukai individu adalah sebanyak RM 400.00 bagi pendapatan bercukai yang tidak melebihi RM 35,000.00. Manakala rebat cukai suami atau isteri adalah sebanyak RM 400.00 bagi pendapatan bercukai yang tidak melebihi RM 35,000.00 dan telah dibenarkan untuk pelepasan suami atau isteri sebanyak RM 3,000.00.

82

5.9.2

Zakat atau Fitrah dan FI/LEVI Pembayaran zakat atau fitrah merupakan perkara wajib kepada semua umat Islam tidak kira di Malaysia atau mana-manan negara. Pembayaran zakat atau fitrah yang dibuat dalam tahun asas. Rebat diberi bagi fi yang telah dibayar oleh pemegang pas pengajian, pas lawatan (kerja sementara) atau pas kerja menurut mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta Fi 1951.

5.10 Jadual Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2009KATEGORI A B C D E F G H I J K BANJARAN PENDAPATAN BERCUKAI 0 - 2,500 1,501 - 5,000 5,001 - 10,000 10,001 - 20,000 20,001 - 35,000 35,000 - 50,000 50,001 - 70,000 70,001 - 100,000 100,001 - 150,000 150,001 - 250,000 Lebih 250,000 PENGIRAAN 2,500 2,500 5,000 5,000 10,000 10,000 20,000 15,000 35,000 15,000 50,000 20,000 70,000 30,000 100,000 50,000 150,000 100,000 250,000 pertama berikutnya pertama berikutnya pertama berikutnya pertama berikutnya pertama berikutnya pertama berikunya pertama berikutnya pertama berikutnya pertama berikutnya pertama KADAR 0 1 3 3 7 12 19 24 27 27 27 CUKAI 0 25 25 150 175 300 475 1,050 1,525 1800 3,325 3,800 7,125 7,200 17,325 13,500 27,825 27,000 54,825 ...

Setiap ringgit berikunya

Jadual 5.2: Jadual Cukai Pendapatan bagi Tahun Transaksi 2009

83