75
BAB 6 KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU

6 komunis dan darurat di tanah melayu

  • Upload
    nur-az

  • View
    5.771

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

BAB 6

KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU

Page 2: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.1 PENGENALAN

• Keganasan komunis dan darurat yang berlaku pada 1948-1960.

• Memahami latar belakang perkembangan ideologi komunis dan terjejasnya kelancaran proses mencapai kemerdekaan akibat daripada berlaku darurat.

• Secara umum, perbincangan bab ini berkisar kepada: – (a) Latar belakang kewujudan Parti Komunis di Tanah

Melayu yang lebih dikenali dengan nama Parti Komunis Malaya (PKM).

– (b) PKM pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. – (c) Peristiwa darurat. – (d) Kesan akibat darurat.

Page 3: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.2 PARTI KOMUNIS MALAYA 6.2.1 Latar Belakang Awal • Masyarakat Cina yang tinggal di Tanah Melayu amat

prihatin dan sensitif terhadap apa yang berlaku di China. Ramai yang berpendirian Tanah Melayu hanya sebagai tempat sementara untuk mencari rezeki dan kuatnya ikatan hubungan kekeluargaan dengan tanah air mereka.

• Proses migrasi yang berterusan menyebabkan ramai dari kalangan mereka yang baru datang menyebarkan berita atau pandangan apa yang sedang berlaku di China, menarik perhatian mereka yang tinggal di sini dan sering pula menjadi ikutan.

• Kemunculan ideologi dan pengaruh komunis di Tanah Melayu dapat di kesan pada tahun 1921 atau 1922.

Page 4: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Masyarakat Cina telah pun mempunyai kesedaran politik dan cita-cita revolusioner melalui Persatuan Kemuafakatan Pusat (Chung Ho Tang) yang ditubuhkan pada 1904 di Tanah Melayu dan Singapura.

• Pada tahun 1906, Dr. Sun Yat Sen sendiri pula menubuhkan Persatuan Perikatan (Tung Meng Huim) yang mempunyai matlamat yang sama. Parti Kuomintang (KMT) pimpinan Dr. Sun Yat Sen telah bertapak sejak tahun 1911 serentak dengan kejayaan membentuk sebuah republik di China. KMT telah mewujudkan cawangan-cawangan partinya.

Page 5: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Kemunculan awal ideologi komunis dapat dikesan melalui beberapa penerbitan komunis dalam bahasa Cina yang tersebar, antaranya ialah – (a) Berita mengenai negeri China dan Rusia yang dihantar terus

dari Canton. – (b) Berita propaganda mengenai buruh dan wanita yang

diterbitkan di Canton. – (c) Risalah kaedah mengajar ideologi komunis di Rusia dan

China serta manifesto Parti Komunis Amerika. – (d) Buku bertajuk “Komunis dan Negara China” karangan Tsz

Yan. – (e) Risalah komunis yang bertajuk “Parintis” (Pioneer).

• Bahan bacaan ini sebagai bukti terhadap adanya penyebaran ideologi komunis. Namun dari segi sokongan dan pengaruhnya masih boleh diperdebatkan.

Page 6: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Sehingga tahun 1924 belum ada usaha dari Parti Komunis China (PKC) untuk mengembangkan sayap ke sini.

• PKC mula menjalin hubungan dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu pada 1925 melalui usaha Alimin dan Tan Melaka - tokoh utama Parti Komunis Indonesia yang telah mendesak PKC supaya menghantar wakil dan mengembangkan ideologi komunis di kalangan puak yang radikal dan revolusioner.

• Usaha mereka terbatas kepada orang Cina sahaja setelah orang Melayu tidak menunjukkan minat untuk turut serta.

Page 7: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Pada peringkat awal, Singapura dijadikan pangkalan penyebaran pengaruh. Parti Komunis Nanyang (South Seas Communist Party – PKN) yang ditubuhkan di Singapura ditugaskan untuk mengawasi dan menyelaras perkembangan komunis di Asia Tenggara (kecuali Burma).

• Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pihak sayap kiri yang menganggotai KMT.

• Bagi menggerakkan organisasi, PKN mempunyai dua badan massa iaitu Kesatuan Sekerja Umum Nanyang (Nanyang General Labour Union) dan Liga Belia Komunis (Communist Youth League) yang meresap masuk ke dalam pertubuhan pekerja dan juga belia.

Page 8: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.2.2 Pergerakan Berorganisasi • Pengharaman ke atas kesatuan sekerja dan penangkapan

pemimpinnya tidak mematikan perjuangan dan penyebaran ideologi komunis.

• Liga Belia masih bergerak walaupun ada tekanan dan halangan. Pengaruh komunis tidak berjaya disekat, malahan bertambah mantap.

• Bagi meneruskan perjuangan, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 30 April 1930 dengan Fu Ta Ching menjadi Setiausaha Agung yang pertama.

• Kelahiran PKM turut melahirkan kembali kesatuan sekerja dan diberi nama Kesatuan Sekerja Umum Malaya (Malayan General Labour Union). Dalam tempuh setahun, PKM mengaku mempunyai ahli seramai 1500 orang, 50 anggota wanita yang aktif, 10,000 anggota kesatuan sekerja yang dikuasai dan 200 orang anggota Liga Anti-Imperialis.

Page 9: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Melalui PKM bukan sahaja memberi tumpuan kepada orang Cina yang ramai menganggotai kesatuan sekerja dan pertubuhan buruh, malahan cuba mengembangkan pengaruh kepada seluruh masyarakat Tanah Melayu sejajar dengan hasrat untuk menubuhkan sebuah republik komunis Tanah Melayu.

• Sokongan orang Melayu dan bangsa lain amat diperlukan. Namun usaha gagal apabila orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis

• Maka kekallah PKM sebagai parti yang mirip kecinaan kerana keseluruhan pemimpin dan ahlinya terdiri daripada orang Cina.

Page 10: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Sokongan terhadap PKM semakin meningkat apabila Jepun menyerang Manchuria pada 1931. Sentimen ini dieksploitasi serta menganjurkan tunjuk perasaan dan rusuhan anti-Jepun.

• Masyarakat Cina menubuhkan Tabung Bantuan Perang dan Persatuan Tentera Pembebasan Nasional (National Salvation Army Association). Mendapat sokongan PKM dan dipergunakan.

• Pertubuhan ini telah ditukar nama menjadi Liga Anti-Imperialis Malaya (The Malayan Anti-Imperialist League). Tindakan-tindakan sedemikian menyebabkan ramai daripada pemimpin mereka ditangkap termasuklah Setiausaha Agung dan Joseph Ducroix, ejen Comintern di Singapura.

Page 11: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM berjaya berkembang dan mendapat sokongan kerana keadaan semasa– Kemelesetan pada tahun 1929 hingga awal 1930an– Serangan Jepun ke atas Manchuria pada 1931– Serangan dan penaklukan Jepun ke atas China pada tahun

1937. • Sikap majikan “tidak mesra pekerja” dan setelah

ekonomi pulih, majikan masih enggan memberi layanan sepatutnya terutama dalam soal kenaikan gaji - ini memudahkan komunis menghasut untuk melakukan pemogokan di ladang getah, lombong bijih dan arang batu. Mogok juga berlaku di Selangor dan Negeri Sembilan yang berakhir dengan pertempuran.

Page 12: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM berjaya dipulihkan dengan munculnya tokoh baru, Loi Teck (1935) seorang anggota komunis dari wilayah Annam, berjaya menyusun kembali jentera dan disiplin parti.

• Beberapa organisasi tempatan dan sel-sel dalam parti telah diwujudkan dengan tumpuan kepada kaum buruh dan para pekerja.

• Kemuncak kejayaan Loi Teck ialah apabila dilantik menjadi Setiausaha Agung parti pada tahun 1939.

Page 13: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM sekali lagi berusaha membuka pintu dan bekerja keras menarik kaum lain menjadi anggotanya. Keadaan ini sejajar dengan perkembangan semasa bila mana puak-puak radikal telah muncul di kalangan orang Melayu yang berjuang untuk menghalau penjajah dari bumi Tanah Melayu.

• Walaupun tidak berjaya mendapat sokongan dari orang Melayu, PKM melalui kerjasama dengan pihak bukan komunis telah berjaya menempatkan diri dalam Barisan Bersatu Pergerakan Pembebasan Nasional (National Salvation Movement) yang di tubuh khas bagi menentang imperialis Jepun dan berjaya mempertingkatkan lagi kekuatannya.

Page 14: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Politik semasa memerlukan wujudnya kerjasama antara PKM dengan kerajaan.

• Perang Dunia Kedua (PDK) tahun 1939 di Eropah, menjadikan komunis Rusia sebagai angkatan bersekutu kepada Inggeris.

• Penglibatan Jepun dalam peperangan di Asia memaksa kerajaan mencari jalan untuk berbaik-baik dengan PKM.– Kelihatan seperti PKM dan kerajaan saling memerlukan. – Kerajaan perlukan PKM untuk sama-sama mempertahankan

Tanah Melayu yang akan diserang oleh Jepun.– PKM memerlukan pengiktirafan kerajaan untuk mengesahkan

kewujudan dan perjuangan mereka. • Oleh yang demikian, apabila adanya arahan dari pihak

komunis antarabangsa, PKM telah akur dan memberi sokongan kepada kerajaan.

Page 15: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.3 PKM DALAM ZAMAN JEPUN

• Penglibatan Jepun dalam PDK dan slogan “Asia Untuk Asia” banyak memberi manfaat kepada PKM.

• Melalui perjanjian yang ditandatangani pada 8 Disember 1940, PKM menerima tawaran kerajaan untuk bekerjasama bagi menentang Jepun.

• Sebagai ganjaran, kerajaan akan melatih rekrut-rekrut baru pilihan PKM dalam peperangan secara gerila atau gerakan bawah tanah. Intisari lain perjanjian ini ialah;

Page 16: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

– (a) Kerajaan akan membebaskan semua anggota PKM yang ditangkap dan ditahan pada 15 Disember 1941.

– (b) PKM akan menyatukan semua rakyat bagi menentang Jepun dan mempertahankan Tanah Melayu bersama British.

– (c) Membasmi semua gerombolan sayap kelima (Fifth Colummist); ejen musuh dan pembelot.

– (d) Semua anggota parti dan rakyat akan dilengkapi dengan senjata untuk menentang kemaraan Jepun.

– (e) Menubuh pasukan gerakan bawah tanah bagi menentang Jepun melalui keganasan.

Page 17: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM berjaya mengumpul 200 orang pemuda Cina yang terpilih untuk dihantar ke Singapura dan dilatih di Sekolah Latihan Khas 101 (101 Special Training School).

• Kumpulan inilah kemudiannya menjadi pemangkin (nucleus) kepada Kumpulan Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (Malayan People’s Anti-Japanese Army – MPAJA).

• Isi kandungan lain perjanjian telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat PKM pada 21 Disember 1941 setelah anggota mereka dibebaskan oleh kerajaan pada 15 Disember.

Page 18: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Kekuatan dan kecekapan Jepun berperang tidak mampu diatasi oleh kerajaan dan pasukan PKM. Setelah mendarat di Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Disember dan mengalahkan pertahanan kerajaan di Jitra, Kedah, menjadikan arah mara mereka ke selatan melalui dua laluan semakin mudah.

• Akhirnya Jepun sampai ke Singapura pada 8 Februari dan berjaya menakluki Tanah Melayu dan Singapura pada 15 Februari 1942. Kemenangan Jepun hanya memberi kekalahan kepada kerajaan dan tidak PKM.

• Melalui cawangan militannya iaitu MPAJA, komunis semakin mendapat perhatian dan sokongan masyarakat Cina. Kelompok yang memberi sokongan kuat ialah mereka yang teraniaya oleh keganasan Jepun dan terpaksa melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan untuk meneruskan kehidupan.

Page 19: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Sepanjang tiga tahun penjajahan Jepun, MPAJA berjaya menambahkan keanggotaan mereka menjadi seramai 7000 orang, tidakmengambil kira yang memberi sokongan dan simpati.

• Strategi MPAJA menentang Jepun – Mengelak peperangan secara berhadapan atau terbuka

bagi mengelakkan kemalangan jiwa dan kerugian logistik. – Tumpuan kepada pengumpulan maklumat dan membuat

serang hendap. • PKM pula meneruskan usaha memantapkan organisasi

dan merekrut ahli bagi menentang Jepun dan kemudiannya sebagai persiapan menghadapi Inggeris apabila mereka kembali semula.

Page 20: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM dan MPAJA mendapat rangsangan baru di akhir penjajahan Jepun apabila kerajaan melancarkan perang gerila melalui Pasukan 136 (Force 136) yang mula beroperasi pada Mei 1943.

• Pihak pemerintah Force 136 di Colombo begitu bangga dengan maklumat dan perjuangan yang telah dibuat oleh MPAJA.

• Hasil rundingan dengan Loi Teck dan Chin Peng (pemimpin PKM negeri Perak), kerajaan dan Force 136 bersetuju untuk melatih gerila MPAJA dan memberi bantuan makanan serta peralatan logistik.

• Melihat kepada perkembangan semasa, Pemerintah British Asia Tenggara (The British South East Asia Command) menetapkan supaya dapat menduduki kembali Tanah Melayu menjelang bulan November 1945.

Page 21: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Dengan kehadiran Force 136, MPAJA banyak melakukan serangan ke atas Jepun. Keadaan ini telah memberi kekuatan dan menambahkan lagi pengalaman anggotanya dari segi teknik dan taktik peperangan gerila.

• Setiap kejayaan dalam serangan menambahkan lagi nama baik dan sokongan masyarakat kepada MPAJA, terutama daripada kalangan yang amat bencikan Jepun.

• Penjajahan Jepun telah memantapkan lagi organisasi PKM dan cawangan militannya, MPAJA. Namun satu keadaan baru telah muncul apabila keanggotaannya dimonopoli oleh orang Cina (terlalu sedikit militan Melayu yang terlibat dalam MPAJA setelah pendudukan Jepun)

Page 22: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Orang Melayu dituduh menjadi tali barut Jepun, sebenarnya mereka ini ditugaskan oleh Jepun untuk menjadi polis ataupun polis rahsianya yang dikenali sebagai kempetai.

• Walau bagaimanapun, dalam keadaan kehidupan yang susah dan tertindas, maka ramai juga yang sanggup menjadi perisik upahan demi sesuap nasi atau jaminan kehidupan semasa. Inilah kemudiannya memberikan satu kesan yang buruk kepada Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah.

Page 23: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.4 SEBELUM PERISTIWA DARURAT 6.4.1 Pengalaman Zaman Kekosongan • PKM dan MPAJA mendapat banyak pengalaman yang berguna dan

membantunya semasa zaman Jepun. • Kekalahan Jepun akibat serangan bom atom di Hiroshima pada 6

Ogos dan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945 menyebabkan berlakunya zaman kekosongan di Tanah Melayu - Jepun menyerah kalah dan Inggeris belum sampai kerana peperangan ditamatkan dalam masa yang tidak dijangka.

• Keadaan ini telah membuat PKM dan MPAJA merayakan kemenangan. Gerila berpangkalan di hutan keluar ke bandar bagi merayakan kemenangan. Mereka bertindak menawan beberapa balai polis dan melakukan kekejaman membunuh orang Melayu bagi membalas dendam terhadap mereka yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Page 24: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Berlaku tindak balas yang menyebabkan terjadinya rusuhan kaum di beberapa tempat di Tanah Melayu seperti di Kampong Bekor, Manong, Kuala Kangsar dan Sungai Manik di Perak serta di Batu Pahat, Johor

• Suasana ini berlangsung kira kira dua minggu dan telah menyebabkan imej PKM tercemar di kalangan orang Melayu yang akhirnya tidak mendapat sokongan mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka berbelah bagi sama ada untuk menentang kedatangan semula Inggeris atau memberikan kerjasama. Akhirnya, PKM memutuskan untuk bekerjasama dan meneruskan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu melalui saluran perlembagaan atau politik.

Page 25: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Ketibaan Pentadbiran Tentera British (BMA) pada September 1945 telah diterima semula oleh PKM dan penduduk. Tugas utama BMA ialah untuk memulihkan kembali keamanan dan ketenteraman rakyat.

• BMA telah meminta pasukan MPAJA yang dianggarkan seramai 10,000 orang dibubarkan pada 1 Disember 1945. Mereka diberi ganjaran wang sebanyak RM300 seorang tanpa mengira pangkat dan dijanjikan untuk dibantu mendapatkan pekerjaan bagi memulakan penghidupan baru.

• Ramai yang bersetuju menyerah diri dan banyak senjata serta peralatan logistik yang dibekalkan oleh kerajaan semasa Jepun diserah kembali.

Page 26: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Ramai juga yang tidak mahu menyerah diri dan banyak peralatan ketenteraan mereka yang masih tersimpan di dalam hutan.

• Kumpulan ini adalah pasukan rahsia PKM yang tidak pernah terlibat dengan sebarang kerjasama. Keadaan ini haruslah difahami kerana PKM mempunyai muslihat tersendiri sejak mereka bekerjasama pada tahun 1940 lagi.

• Pembubaran MPAJA tidak bermakna PKM telah memutuskan hubungan mereka sesama sendiri. Kelompok ini masih disatukan melalui Persatuan Bekas Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA Ex-Comrades Association). Matlamatnya ialah bagi menjaga kebajikan ahli dan dalam masa yang sama untuk terus meletakkan mereka di bawah pengawasan dan pengaruh parti.

Page 27: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.4.2 Zaman Malayan Union dan Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu

• Pelaksanaan Malayan Union bermakna British mahu meneruskan cengkamannya terhadap Tanah Melayu dalam bentuk penjajahan yang lebih nyata.

• British akan mengetepikan PKM yang mengharapkan untuk berkongsi kuasa memerintah. – Inilah harapan mereka semasa memberi kerjasama awal

dan menerima kedatangan semula kerajaan.• Tindakan sedemikian telah menyebabkan PKM

memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam arena politik tanah air.

Page 28: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Melalui “strategi bandar” dari model Revolusi Rusia tahun 1917 dan usaha menguasai pertubuhan buruh, PKM melancarkan gerakannya sebagai sebuah parti politik yang sah.

• Pemulihan kesatuan sekerja yang digabungkan di bawah Kesatuan Sekerja Umum (General Labour Union), PKM memainkan semula peranan lama mereka.

• Strategi pentadbiran - PKM mengguna serampang dua mata dengan meletakkan Loi Teck dan Chin Peng sebagai pemerintah gerakan bawah tanah, Liew Yit sebagai ketua jawatankuasa politik, dan Lau Yew mengetuai jawatankuasa tentera yang menguruskan pentadbiran di ibu pejabat parti Kuala Lumpur.

Page 29: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Dalam masa yang sama, PKM meneruskan perhubungan dengan BMA. Dengan ini usaha tetap diteruskan bagi mendapat sokongan masyarakat menerusi organisasi depannya Malayan Democratic Union (MDU) yang ditubuhkan pada 21 Disember 1945.

• Dengan kerjasama organisasi politik lain dan kesatuan sekerja, PKM telah memperkukuhkan badan utamanya Barisan Bersatu untuk menuntut kemerdekaan. PKM mengharapkan BMA akan berkompromi dengan tuntutan mereka setelah menghentikan perjuangan secara militan bagi menegakkan Republik Komunis Tanah Melayu.

Page 30: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Januari 1946 “kertas putih” mengenai Malayan Union (MU) dilancarkan, MDU menerimanya kerana ada syarat longgar mengenai kewarganegaraan tetapi mendesak kerajaan memasukkan sama Singapura.

• Atas desakan orang Melayu – British terpaksa menangguhkan MU – Tidak menerima cadangan MDU – Tdak membawa mereka dalam perundingan perlembagaan baru.

• PKM mencadangkan di tubuh satu Barisan Bersatu Baru bersama-sama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Dewan Perniagaan Cina bagi menentang kerajaan. – Majlis Tindakan Bersama (Council of Joint Action) ditubthkan pada 14

Disember 1946, kemudiannya diberi nama Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA).

– Tujuan PMCJA adalah berunding dengan kerajaan mengenai isu memasukkan Singapura, taraf kerakyatan dan hak menubuhkan kerajaan sendiri.

Page 31: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PMCJA kemudiannya bergabung dengan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) - membentuk gabungan PMCJA-PUTERA. PUTERA adalah hasil daripada gabungan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang bergabung dengan PKMM yang keluar dari PMCJA.

• Atas faktor kewangan, akhirnya PUTERA terpaksa bergabung semula dengan PMCJA. PKM mula meresapkan ideologi mereka untuk membentuk sebuah negara merdeka berideologi komunis.

• Tamparan hebat pada gabungan ini apabila kerajaan menolak Cadangan Perlembagaan Rakyat yang mereka kemukakan pada bulan Oktober 1947 agar Tanah Melayu diperintah secara demokrasi. Kegagalan ini merupakan kegagalan strategi komunis untuk mendapat kuasa memerintah negeri ini.

Page 32: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM mengambil strategi kedua menggunakan pertubuhan buruh dan kesatuan sekerja yang berada di bawah gabungan Pan Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU) - mendalangi beberapa pemogokan di Tanah Melayu dan Singapura dengan menghasut pekerja membuat tuntutan kepada majikan yang kebanyakannya orang Eropah.

• Kerajaan bertindak balas mengawal dan membuat sekatan terhadap kesatuan dan menuduh PKM menjadi dalang dan penggeraknya.

• Kecewa tidak dapat bergerak bebas dan tidak mahu ditangkap, seramai kira-kira 3,000 anggota komunis terpaksa melarikan diri ke hutan - melancarkan tindakan propaganda, intimidasi (ugutan) fizikal, pemerasan, kekacauan atau gangguan,penganiayaan (sabotaj) dan pembunuhan.

Page 33: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Perang gerila di hutan dilancarkan atas arahan komunis antarabangsa yang bersidang di Prague (1947), London awal 1948 dan Culcutta (19 – 25 Februari 1948) - menetapkan supaya mencetuskan revolusi menentang kezaliman imperialis dan golongan reaksioner di setiap negeri di Asia.

• Satu lagi faktor yang menggerakkan tindakan revolusi ialah pertukaran pucuk pimpinan PKM dari Loi Teck kepada Chin Peng (Pengerusi PKM negeri Perak) pada March 1947.

• Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang merupakan satu tamparan hebat dan kekalahan kepada perjuangan golongan kiri yang menjadi dokongan PKM.

Page 34: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Culcutta mengarahkan Chin Peng mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Singapura pada 21 March 1948 untuk menubuhkan Republik Soviet Komunis Tanah Melayu secara keganasan dan bersenjata.

• Tarikh pemberontakan akan ditentukan berdasarkan perkembangan dan peristiwa semasa. Menjelang Jun 1948, keadaan menjadi semakin tegang, mogok dan ancaman keselamatan semakin serius.

• Sidang akhbar Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent 13 Jun menyatakan telah berlaku sepuluh kejadian pembunuhan dan tiga kes serangan ke atas pengurus ladang getah di seluruh negara dalam beberapa hari.

Page 35: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Oktober 1945 hingga Disember 1947, dianggarkan sebanyak 191 kejadian pembunuhan berlaku dan dalam masa enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 kejadian lagi. Kejadian begini berterusan. Pada 16 Jun, tiga orang peladang Inggeris telah dibunuh di Sungai Siput, Perak.

• Atas desakan tuan punya ladang dan juga lombong yang menjadi tumpuan utama gerakan komunis menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi mengisytiharkan darurat ke seluruh negara pada hari yang sama berpandukan undang-undang BMA (Essential Regulation Proclamation).

• Apabila Rang Undang-undang Peraturan Darurat (Emergency Regulation Bill) diluluskan oleh Sidang Majlis Perundangan (Legislative Council) pada 5 Julai 1948, undang-undang BMA di atas telah dibatalkan.

Page 36: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.5 PERISTIWA DARURAT6.5.1 Kempen Awal • Undang-undang darurat memberi banyak kuasa

kepada kerajaan. – 23 Julai 1948 kerajaan mengharamkan PKM dan membuat

tangkapan besar-besaran terhadap ahli, penyokong dan pihak yang bersimpati dengannya.

– 1000 orang berjaya ditangkap dan kerajaan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang menyalahgunakan senjata api.

– Liew Pit yang menjadi wakil Jawatankuasa Pusat PKM juga tertangkap.

– Ramai ahli PKM melarikan diri ke hutan dan bermulalah perjuangan bersenjata secara rasmi apabila PKM mengisytiharkan ‘Perang Pembebasan Anti-British’.

Page 37: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM berjaya menghimpunkan kembali anggota-anggota MPAJA seramai kira-kira 12,000 orang, dan membentuk lapan rejimen yang dinamakan Tentera Rakyat Anti-British (Malayan People Anti-British Army – MPABA) - menjadi Tentera Pembebasan National Malaya (MRLA) pada Februari 1948.

• PKM membentuk sel-sel yang dikenali sebagai Min Yuen. Mereka menjadi ejen mendapatkan bekalan makanan, rekrut baru dan juga maklumat dari rakyat.

Page 38: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Mengikut peraturan darurat, kerajaan diberi kuasa: – (a) Menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa bicara

dalam tempoh dua tahun. – (b) Melarang sebarang penulisan, penerbitan dan

penjualannya, atau melarang menyebarkan dokumen, poster, sepanduk yang pada

pandangan polis menimbulkan suasana menghasut.

– (c) Kerajaan boleh menduduki atau menggunakan mana- mana bangunan atau kenderaan bagi tujuan

menjaga keamanan. – (d) Membuat kawalan ke atas semua laluan jalan raya. – (e) Menyurai sebarang bentuk perhimpunan. – (f) Menguatkuasakan perintah berkurung.

Page 39: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

– (g) Menangkap sesiapa sahaja yang disyaki tanpa waran. – (h) Mengenakan hukuman mati kepada mereka yang

menyalahgunakan senjata api. – (i) Menghukum mana-mana individu yang sengaja

membuat laporan palsu kepada polis. – (j) Merampas sebarang perniagaan yang keuntungannya

disalurkan kepada perjuangan komunis. – (k) Menangkap semua penduduk yang kawasannya disyaki

sebagai tempat menyalur sumber makanan, tenaga dan maklumat keselamatan kepada komunis.

– (l) Kerajaan boleh mengguna sebarang kekerasan terhadap rakyat yang tidak patuh dengan arahan

penggunaan senjata api atau bagi tujuan untuk menangkapnya.

– (m) Memindahkan rakyat yang menggunakan atau menduduki tanah kerajaan.

Page 40: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Perjuangan menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu memerlukan simpati, sokongan, bantuan dan penyertaan orang Melayu.

• Kesilapan masa lalu mahu diperbetulkan dengan mendekati kembali orang Melayu.

• Satu rejimen khas untuk orang Melayu ditubuhkan dan dinamakan Rejimen Kesepuluh yang beroperasi di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Angka sepuluh itu diambil dari tarikh 10 Zulhijah (Hari Raya Korban) sempena dengan tarikh penubuhannya. Rejimen ini diletakkan di bawah pimpinan Abdullah C.D., dan Rashid Maidin.

Page 41: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.5.2 Tindakan Awal Kerajaan

• PKM melancarkan operasi secara gerila, membuat gangguan, sabotaj dan keganasan, ugutan atau percubaan membunuh kepada penduduk ladang, pekerja lombong dan penduduk di kawasan terpencil.

• PKM melakukan serang hendap ke atas pusat kawalan kecil keselamatan semasa pasukan keselamatan menjalankan tugas rondaan.

• Di samping membuat gangguan, PKM meneruskan usaha mendapatkan sokongan, makanan, logistik, tenaga dan maklumat.

• Kerajaan melancarkan beberapa tindakan mencegah, membendung dan mengawal agar ideologi dan pengaruh komunis dapat disekat dan tidak berkembang;

Page 42: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

1. Memperkuatkan Pasukan Keselamatan • Kira-kira 10,000 anggota polis orang pada masa itu,

hanya dikerah menjalankan tugas untuk mempertahankan kawasan bandar atau kampung sahaja. Pasukan tentera infantri yang sebanyak 10 batalion ditugaskan memburu musuh di pinggir atau dalam hutan.

• Kerajaan telah menambahkan kekuatan polis dan tentera. Pada akhir tahun 1949, kekuatan polis meningkat menjadi 47,000 orang - 17,000 anggota polis biasa (termasuk 3500 EPC), 30,000 Polis Khas (Special Constable – SC), dibentuk pada 26 Jun 1948).

Page 43: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Pasukan tentera diperbesarkan - tiga batalion Pasukan Pengawal dibawa dari England untuk memperkuatkan kawalan keselamatan. 1950, seramai 32,000 orang tentera telah ditugaskan di Tanah Melayu dan Singapura bagi tujuan tersebut.

• Meningkatkan kualiti kecekapan anggota - tempoh latihan anggota rekrut ditambah dari enam bulan kepada lapan bulan bagi polis biasa.

• Sistem perhubungan wayarles diperluaskan. Balai polis, pondok dan pos-pos baru diperbanyakkan di seluruh negara.

Page 44: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Membentuk Pasukan Sempadan (Frontier Force) yang mengawal sempadan Tanah Melayu-Thailand – kawal penyeludupan senjata dan penduduk daripada memberi kerjasama dengan komunis.

• Perjanjian dengan Thailand menentang komunis - kerajaan benarkan pasukan polis masuk ke kawasan jiran untuk memburu komunis sehingga ke tempat yang dihadkan.

• Keganasan PKM terhadap masyarakat di ladang, lombong atau di kampung terpencil telah menyebabkan perjuangan mereka dibenci dan ditakuti. Lebih-lebih lagi tumpuan mereka ialah kepada orang Melayu dan majoriti anggota PKM pula terdiri daripada kaum Cina. Sentimen ini telah mengurangkan sokongan kepada mereka yang hanya mendapat sokongan satu kaum sahaja.

Page 45: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Pasukan keselamatan mengambil tindakan yang keras terhadap penduduk yang disyaki dan tidak dapat memberi kerjasama yang memuaskan kepada kerajaan - antara Jun hingga Disember 1948, seramai 5097 orang Cina di pinggir hutan atau kawasan pendalaman telah ditahan tanpa bicara atau pertuduhan yang jelas.

• Kerajaan memusnahkan perkampungan Kachau di Selangor dan Pulai di pendalaman Kelantan kerana memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan. Tindakan tentera yang sentiasa memburu anggota komunis di pinggir dan di dalam hutan telah mengancam kedudukan mereka dan juga terputus hubungan dengan massa. Dengan itu, PKM terpaksa mengurangkan gerakan keganasan mereka.

Page 46: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

2. Rancangan Briggs • Leftenan General Sir Harold Briggs ialah Pengarah

Gerakan Tanah Melayu dilantik pada April 1950 - komunis tidak boleh dihapuskan selagi adanya sokongan rakyat kerana gerakan PKM melibatkan ideologi dan kepercayaan.

• Gerakan ketenteraan semata-mata tidak akan mampu mengatasi keganasan selagi mereka mendapat sokongan rakyat dari segi tenaga, makanan, logistik dan maklumat pergerakan pasukan keselamatan.

Page 47: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Memperkenalkannya Rancangan Briggs;– Usaha bersepadu pasukan keselamatan

meneruskan pemburuan dan memusnahkan komunis dan dalam masa yang sama rakyat “dimenangi hati dan perasaan” mereka (to win the hearts and minds of the people) untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan.

• Memperkenal rancangan kampung baru, memperkukuh bidang perisikan dan beberapa rancangan lain yang akan dibincangkan seterusnya.

Page 48: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

(a) Memperkenalkan Rancangan Kampung Baru • Menempatkan penduduk Cina yang tinggal bertaburan di

pinggir-pinggir hutan atau perkampungan ke satu kawasan yang boleh dikawal - dilaksanakan melalui undang-undang penempatan dalam Peraturan Darurat (Emergency Regulations).

• Dilakukan secara besar-besaran dan segera di seluruh negara yang melibatkan lebih 650,000 penduduk dengan ditempatkan ke 600 petempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Mengambil masa selama empat tahun dengan belanja AS$44.3 juta.

• Mengumpulkan pekerja ladang dan lombong yang berselerak, ke kawasan baru yang mudah diberi kawalan atau perlindungan di tempat mereka bekerja..

Page 49: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

(b) Memperkukuhkan Bidang Perisikan • Perisikan merupakan alat terpenting bagi

menangani musuh. Pengarah Gerakan telah melantik Guy C. Madoc mengetuai badan perisikan yang dinamakan Cawangan Khas (Special Branch – SB). Badan ini telah dijadikan sebahagian daripada pasukan polis yang tugasnya mengumpul, mengklasifikasikan, menilai dan menyebarkan maklumat komunis dan hal-hal keselamatan kepada pihak berkenaan.

Page 50: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

(c) Menubuhkan Pasukan Kawalan Keselamatan Tambahan

• Kerajaan telah menubuhkan Pasukan Kawalan Kampong (Home Guard) dibawah kawalan Angkatan Tentera - berperanan menjaga keselamatan penduduk dan harta benda di kampung daripada pencerobohan dan gangguan komunis.

• Menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Perang (War Executive Committees) melibatkan banyak jabatan kerajaan dari peringkat pusat sehingga ke 128 peringkat daerah. Jawatankuasa ini juga dapat mengintegrasikan pelbagai jabatan awam dengan tentera dan polis bagi membendung dan memerangai komunis.

Page 51: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

(d) Mengistiharkan “Kawasan Hitam atau Putih” • Penempatan penduduk ke kampung baru dan gerakan ketenteraan

berterusan memutuskan perhubungan PKM dengan para penyokongnya.

• Ogos 1950 PKM ubah strategi dengan mengurangkan tindakan mengganggu penduduk dan serangan ke atas pasukan keselamatan. Menyusun kembali gerakan dengan bertambahnya ahli baru - ramai pemuda Cina lari ke dalam hutan kerana tidak mahu turut serta dalam Skim Kerahan Tenaga dilancar pada 21 November 1950.

• PKM melancarkan serangan besar-besaran bagi menggagalkan Rancangan Briggs, terutamanya Kampung Baru. Serangan dilakukan pada Februari hingga Ogos 1951 tertumpu kepada orang kampung, balai dan pondok polis terpencil serta pasukan tentera yang membuat rondaan. Tindakan inii menambahkan jurang dengan penduduk. PKM mula kecewa setelah orang Cina sendiri semakin merenggangkan diri daripada memberi sokongan dan bantuan.

Page 52: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM telah mengaturkan strategi baru dengan mendekati masyarakat Orang Asli dan hanya mengganggu pasukan keselamatan sahaja - tidak berapa berjaya kerana tidak banyak bantuan yang dapat diberikan oleh Orang Asli.

• Kerajaan memintas perhubungan mereka dengan Orang Asli dengan menempatkan pasukan keselamatan di perkampungan Orang Asli bagi memberi perlindungan dan mengambil hati mereka.

• PKM mencapai kemenangan moral setelah berjaya membuat satu serangan hendap dan membunuh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Bukit Frazer pada 6 Oktober 1951. Mendapat tekanan lebih besar daripada pasukan keselamatan, tertekan kerana kurang bantuan dan sokongan serta Arahan Oktober 1951 (October Directive) yang mengarahkan tidak melakukan keganasan telah menyebabkan kegiatan mereka semakin berkurangan.

Page 53: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Operasi di kawasan selatan Tanah Melayu terus berkurangan dan diberhentikan. Keadaan ini membolehkan kerajaan dan pasukan keselamatan membuat penumpuan kepada kawasan tertentu setelah adanya kawasan yang diisytiharkan sebagai “Kawasan Putih”.

• Melaka diisytiharkan sebagai kawasan pertama mendapat taraf Kawasan Putih bagi seluruh negerinya pada 3 September 1953.

• Pasukan keselamatan memberi tumpuan kepada kawasan di bawah pemerintahan Setiausaha Agung PKM Chin Peng dan Jawatankuasa Pusatnya. Gerakan besar-besaran dilancarkan di Pahang, memaksa Chin Peng dan pasukan di bawahnya yang berpusat di Mentakab melarikan diri ke sempadan Tanah Melayu-Thailand di kawasan Kroh-Betong. Pengunduran diri ini dituruti sama oleh rejimen lain termasuklah Rejimen Kesepuluh

Page 54: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

(f) Pengiktirafan Politik dan Pentadbiran • Kerajaan melihat ideologi dan perjuangan komunis mesti

diatasi dengan cara politik, selain daripada operasi ketenteraan dan jentera pentadbiran. Pada masa ini sentimen perkauman begitu meluas. Rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina dan komunis begitu menebal - sebutkan Cina sahaja tergambarlah kekejaman komunis - sebut pula komunis, itulah orang Cina.

• Kerenggangan perhubungan antara kaum bertambah. Untuk itu kaum imigran mesti ditarik perhatian mereka supaya merasakan Tanah Melayu ialah negara mereka. Bagi menjayakan rancangan ini, beberapa program dilaksanakan yang antaranya ialah;

Page 55: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

– (i) Melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, hak kewarganegaraan telah diperluaskan kepada kaum imigran yang telah tinggal berterusan selama lapan tahun dan boleh berbahasa Melayu atau Inggeris serta sanggup memberi ketaatan kepada Tanah Melayu.

– (ii) Orang bukan Melayu digalakkan menubuhkan parti politik mereka sendiri. Melalui sokongan kerajaan, parti bagi orang Cina ditubuhkan dengan diberi nama Malayan Cinese Association (MCA) pada bulan Februari 1949. Manakala orang India telah menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) terlebih awal lagi.

– (ii) Tanah Melayu akan diberi taraf bekerajaan sendiri sebelum mencapai kemerdekaan. Justeru itu beberapa langkah awal telah dibuat seperti menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities Liaison Committee) pada tahun 1949, memperkenalkan Sistem Ahli (Membership System) pada tahun 1951, memperkenalkan pilihanraya peringkat bandaran di negeri-negeri dan memerdekakan Tanah Melayu dalam masa yang terdekat.

Page 56: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

3. Rundingan Baling • PKM merasakan corak dan perjuangan harus disesuaikan pada

tahun 1955. Perjuangan bersenjata dan kekerasan tidak praktikal kerana pasukan keselamatan telah diperbesar dan diperlengkap, penyokong dan yang simpati telah dikawal serta sebahagian besar rakyat telahpun selesa dengan sistem/peraturan yang laksanakan.

• Di peringkat antarabangsa telah memperlihatkan satu kompromi atau usaha damai antara perjuangan komunis dengan demokrasi.– Indochina dan di Korea telah diadakan gencatan senjata pada tahun

1951 dan 1953 lagi. – Perjuangan pemberontakan Huk di Filipina telah ditewaskan pada

tahun 1954. – Pemimpin utama komunis Russia Khruschev telah menyarankan

supaya diwujudkan suasana aman damai (peaceful coexistence).– Komunis China telah menyuarakan tidak akan membantu lagi

perjuangan PKM semasa Sidang Bandung tahun 1955. • Semua ini telah mempengaruhi arah tuju dan perjuangan PKM.

Page 57: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• PKM merasakan perlu untuk turut serta dalam Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1955. pilihanraya tersebut. Mereka telah menawarkan untuk mengadakan perundingan dengan pemimpin-pemimpin politik. Setelah Tunku Abdul Rahman (Tunku) dilantik menjadi Ketua Menteri pada 31 Julai 1955, beliau telah mendapat kebenaran kerajaan bagi memberi pengampunan kepada PKM yang menyerahkan diri mulai 9 September 1955. Tawaran ini tidak menarik perhatian anggota PKM yang mana mereka mahu keluar dari hutan dengan cara yang lebih terhormat.

• Sehubungan itu, satu perundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling telah berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955. Rundingan ini telah diadakan di Dewan Persidangan di pekan Baling, Kedah.

Page 58: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Persidangan pertama berlangsung pada jam 1415. Wakil kerajaan diketuai oleh Tunku dengan ditemani oleh David Marshall (Ketua Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lok. Manakala PKM diketuai oleh Chin Peng dan dibantu oleh Chen Tien (menjadi penghubung PKM dalam menjayakan pertemuan perundingan) dan Abdul Rashid Maidin. Dari apa yang digambarkan oleh Tunku bahawa Chin Peng tidak bersedia menerima syarat menyerah diri dan meletakkan senjata. Meskipun Tunku memberinya peluang untuk tidak tergesa-gesa memberi jawapan, namun beliau terus bertegas tidak dapat menerima tawaran tersebut dalam pertemuan kedua pada esoknya. Bagi pihak Tunku pula, beliau tidak dapat menerima tuntutan PKM untuk menyerah diri dan meletakkan senjata tanpa syarat dan dibenarkan partinya bergerak sebagai parti politik yang sah.

Page 59: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Perbezaan matlamat perjuangan, maka perundingan itu berakhir dengan tidak mendapat sebarang keputusan jelas dan dianggap gagal. Bagi Tunku, pengampunan yang diberi sebagai jalan penyelesaian kepada perjuangan PKM yang menakut-nakutkan dan keganasan pada rakyat bukannya cara terbaik untuk menghalau penjajah. Ini disebabkan penjajah telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan dan beliau dalam tempoh yang terdekat akan berangkat ke London bagi merundingkan tarikh dan syarat kemerdekaan.

• Kebebasan bergerak memudahkan PKM mendampingi rakyat bagi mengembangkan ideologi komunis yang telah ditolak oleh hampir keseluruhan rakyat. Chin Peng melihatkan pengampunan sebagai satu kegagalan dalam perjuangannya menghalau penjajah. Mereka lebih mengharapkan perundingan ini untuk mendapatkan kerjasama pemimpin politik bagi sama-sama menghalau penjajah. Mereka mempunyai hasrat tersembunyi, iaitu setelah berjaya menghalau penjajah, mudahlah bagi mereka mengambil semula negara ini kerana mereka mempunyai kekuatan ketenteraan dan para pendokong perjuangan.

Page 60: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Semasa perundingan berlangsung, kawalan keselamatan diperketatkan bagi menjamin tidak berlakunya sebarang kejadian buruk. Pihak keselamatan dan PKM telah bersetuju mengadakan genjatan senjata bagi membolehkan pihak PKM keluar mengiring dan memerhati perkembangan perbincangan. Apa yang menariknya perbincangan ini telah berjalan dengan suasana tenteram tanpa sebarang gangguan. Pihak PKM yang mengiringi wakil mereka telah dibenarkan berjalan-jalan di pekan Baling dan membeli keperluan makanan di pasar. Ini kerana Chin Peng meminta penyediaan makanan untuk mereka disediakan sendiri selain daripada makanan dalam tin kegunaan tentera yang disediakan untuk mereka.

Page 61: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Pihak kerajaan sebenarnya tidak begitu merestui rancangan Tunku memberi pengampunan dan mengadakan perundingan. Atas usaha yang telah dibuat, Tunku berjaya mendapat kebenaran mengadakan perbincangan itu bagi sekurang-kurangnya untuk melihat dan menilai perjuangan sebenar PKM. Selain pihak kerajaan, akhbar-akhbar diseluruh dunia turut tidak yakin dengan hasil perundingan itu nanti. Bagi mereka Tunku seperti memperjudikan nasib negara dan masa depan politiknya apabila mengadakan perundingan tersebut.

• PKM tidak berputus asa. Ada usaha untuk mengadakan rundingan

kedua setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Usaha ini ditolak oleh Tunku kerana yakin negara akan dapat mengatasi masalah komunis. Setelah gagal dengan usaha ini, bermakna untuk meneruskan perjuangan melalui saluran politik yang sah telah tertutup. Untuk meneruskan perjuangan dengan kekerasan pula telah tidak berkemampuan setelah ramai anggota terkorban dan kurangnya sokongan daripada rakyat.

Page 62: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Dengan itu, Chin Peng telah mengarahkan para anggota dan penyokongnya di hutan supaya mengelakkan diri daripada bertembung dan bertempur dengan pasukan keselamatan. Tujuannya bagi mengelakkan anggota yang terlatih daripada terkorban dan dalam masa yang sama dapat menyusun strategi dan mempertingkatkan lagi latihan. Dalam masa yang sama PKM berusaha untuk memanjangkan lagi suasana darurat yang boleh melambatkan proses pembangunan dan menyusahkan rakyat setelah banyak peruntukan disalurkan kepada pasukan keselamatan. Bagi komunis, apabila negara menjadi lemah dan mundur, mudahlah rancangan jangka panjang mereka dapat dilaksanakan melalui kaedah pengeksploitasian isu semasa.

Page 63: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.6 KESAN DARURAT KEPADA KEMERDEKAAN

• Persekutuan Tanah Melayu terus mengalami perkembangan politik dan juga perjuangan komunis. Pejuang kemerdekaan melalui saluran politik berusaha meyakinkan pihak pemerintah yang rakyat negeri ini telah mula bersatu melalui permuafakatan. Bagi PKM pula, percubaan untuk menghalang proses kemerdekaan melalui keganasan telah tidak berjaya.

• Namun ikhtiar masih diteruskan dengan menumpang dan mengembangkan pengaruh ideologi politik melalui parti politik berhaluan kiri seperti Parti Front Sosialis, Parti Rakyat, Parti Buruh, Parti Progresif Rakyat dan Parti Pemuda Sosialis - PKM dan darurat telah menjadi penghalang kepada kelancaran proses kemerdekaan.

Page 64: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

Kesan daripada peristiwa pemberontakan PKM dan perlaksanaan darurat;

1. Ketegangan Hubungan antara Kaum

a) Prasangka Perkauman Memuncak • Memperlihatkan satu suasana tegang antara orang Cina dengan

orang Melayu. • Zaman kekosongan dan pemberontakan komunis ini - sejarah

“pergaduhan”. Walaupun perjuangan komunis untuk memerdekakan Tanah Melayu, tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan pasukan keselamatan penjajah yang terdiri daripada kalangan orang Melayu yang menganggapkan kerja mereka sebagai perjuangan mempertahankan tanah air daripada jatuh ke tangan komunis - dua bangsa berjuang dengan matlamat berlainan, pada akhirnya menuju cita-cita yang satu, iaitu kedaulatan tanah air.

Page 65: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Dalam perjuangan ini PKM kehilangan nyawa seramai 6,710 orang, tercedera 2,819 orang, ditawan 1,286 orang dan 2,702 orang. Dari jumlah ini sebahagian besarnya ialah orang Cina.

• Di pihak pasukan keselamatan pula, polis biasa terkorban 511 orang dan 701 orang tercedera; Polis Khas: terkorban 593 orang dan cedera 746 orang; Pasukan Polis Tambahan: terkorban 242 orang dan cedera 154 orang. Angkatan Tentera pula kehilangan nyawa 519 orang dan 959 orang tercedera. Hampir keseluruhan mereka yang terlibat ialah orang Melayu.

• Orang awam seramai 2,473 orang terkorban, 1,385 orang tercedera dan 818 orang dilaporkan hilang tanpa dikesan - tidak memberi kerjasama atau tidak mampu lagi bekerjasama dengan PKM.

Page 66: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

b) Petempatan yang Berasingan • Sejarah telah menyaksikan penjajah telah mengasing penduduk di sini.

• Konsep kampung baru diperkenalkan - daripada 600 petempatan hanya sembilan peratus sahaja petempatan untuk orang Melayu dan empat peratus untuk orang India serta satu peratus untuk lain-lain kaum. Apa yang menebalkan permusuhan ini ialah dari segi kemudahan asas dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. Penduduk kampung baru yang hampir 500 petempatannya didiami oleh orang orang Cina mendapat semua kemudahan yang diperlukan. Manakala kampung Melayu tradisi yang berhampiran diabaikan oleh kerajaan.

• Ini menyebabkan orang Melayu terasa pihak mereka yang sentiasa memberi sokongan dan berkorban membantu kerajaan dalam menangani komunis diabaikan, sedangkan pihak yang membantu ataupun menjadi tali barut komunis diberi layanan yang baik. Ini belum mengambil kira perasaan mereka yang kehilangan keluarga yang terkorban dalam tugas pasukan keselamatan atau dibunuh oleh komunis. Semua ini telah menebalkan perasaan perkauman orang Melayu.

Page 67: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

c) Ketaatsetiaan yang Dipertikaikan • Rasa marah dan kecewa orang Melayu terhadap orang Cina ditambah lagi

akibat sikap yang ditunjukkan oleh belia-belia Cina dan India yang tidak menyahut seruan kerajaan dalam menentang komunis melalui Skim Kerahan Tenaga yang dilancarkan pada 21 November 1950.

• Skim ini telah mewajibkan penduduk yang berusia 20-30 tahun mendaftarkan diri menjadi anggota pasukan keselamatan. Apa yang berlaku antara bulan Februari hingga Ogos 1951 telah menyaksikan tidak kurang dari 10,000 pemuda dan belia Cina telah melarikan diri ke negeri China dan tidak kurang juga yang masuk hutan menyertai PKM.

• Hal yang sama dapat di lihat kepada pemuda India apabila dalam tempuh yang sama jumlah penumpang kapal ke India sentiasa meningkat. Hal inilah yang menimbulkan rasa kecewa orang Melayu dan juga kerajaan terhadap sikap mereka ke atas terhadap negeri ini yang hanya sekadar tempat untuk mencari kekayaan semata-mata.

• Walau bagaimanapun, ada juga pemuda Cina yang berjiwa patriotik apabila seramai 200 orang telah menyahut seruan berkhidmat dalam pasukan keselamatan, terutamanya pasukan polis. Angka ini adalah dari akhir tahun 1949 hingga tahun 1951.

Page 68: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

d) Hak Kewarganegaraan dan Berpolitik • Kewarganegaraan merupakan isu yang sensitif. Ia adalah hak mutlak

rakyat asal atau pribumi sesebuah negeri. • Memberi kerakyatan yang membawa kepada persamaan taraf terhadap

kaum imigran, merupakan satu pengorbanan yang semestinya diberi timbal balas. Setelah orang Cina diberikan hak kewarganegaraan, sekali lagi kerajaan menunjukkan sikap kasih kepada mereka dengan mendorongkan penubuhan MCA bagi menghilangkan prasangka atau prejudis “Cina itu Komunis, dan Komunis itu Cina”.

• Setelah kedua-dua ini diberi, rasa kasih mereka terhadap negeri ini masih lagi berbelah bagi. Rasa kecewa orang Melayu sekali lagi terasa setelah adanya orang-orang Cina di Pulau Pinang dan Melaka yang mahu terus menjadi warganegara Kerajaan Queen dan tidak mahu mencapai kemerdekaan bersama.

• Walau bagaimanapun, kelahiran MCA telah membawa satu kesan baik kemudiannya apabila pemimpin parti ini dapat duduk bersama dengan pemimpin nasionalis Melayu dalam Komiti Perhubungan Kaum yang akhirnya dapat menubuhkan gabungan parti-parti dalam PERIKATAN.

Page 69: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

2. Peruntukan Keselamatan yang Meningkat • Membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar bagi menangani

pemberontakan komunis - menambah kekuatan pasukan keselamatan. • Dalam tempoh darurat, jumlah anggota Pasukan polis menjadi 75,281

anggota - 31,164 orang Polis Biasa dan 44,117 orang Polis Khas. Seramai 86,000 orang Polis Bantuan. Manakala Angkatan Tentera dari empat kepada enam batalion Askar Melayu, dua batalion Tentera British, lima batalion Tentera Gurka dan satu skuadron Tentera Udara. Membawa masuk tentera Komanwel dari Australia, New Zealand dan Fiji - berbelanja antara $250,000.00 ke $300,000.00 sehari bagi tujuan memerangi komunis.

• Untuk tujuan pertahanan, dianggarkan sebanyak $136,239,000.00 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan, tidak termasuk perbelanjaan membina petempatan di kampung baru dan lain-lain perbelanjaan yang ditanggung oleh pelbagai jabatan.

• Secara keseluruhan, kira-kira $721.9 juta yang dibelanjakan telah merugikan kerajaan dan negara dalam dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Page 70: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

3. Ekonomi Negara Hampir Lumpuh • Keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh gerila komunis serta

tindak balas pasukan keselamatan menjejaskan ekonomi negara. Banyak ladang getah dan lombong tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana pekerja menjadi takut.

• Komunis juga mengganggu mereka yang bercucuk tanam di tepi kampung atau pinggir hutan. Ini juga menjejaskan hasil sayuran dan tanaman - perintah berkurung pekerja dan petani tidak dapat bekerja - hasil negara kian merosot dan kekurangan barang makanan.

• Catuan makanan kerana kekurangan beras apabila orang Melayu tidak dapat mengusahakan sawah padi dan berhuma dipinggir hutan - tahun 1948, kawasan tanaman padi seluas 95,757 ekar telah berkurangan menjadi 67,465 ekar pada tahun 1951. – tanaman sayuran dan hasil pertanian lain tidak dapat dikeluarkan apabila

terpaksa meninggalkan tanaman yang diusahakan kerana berpindah. Keadaan yang sama terjadi kepada usaha penternakan.

– Bagi orang Melayu - sawah padi dan ternakan turut terjejas setelah penduduk lebih mengutamakan keselamatan diri dan keluarga daripada menambahkan pendapatan sampingan.

Page 71: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

4. Hubungan Baik • Keganasan komunis mewujudkan perhubungan

yang baik antara para pekerja dan majikan - penguasaan pihak kominis terhadap kesatuan sekerja kerana sikap majikan mengabai dan tidak prihatin kepada pekerja– pemogokan pekerja – majikan kerugian. – ramai pekerja hilang pekerjaan setelah ditangkap

kerana terlibat dan bersimpati dengan komunis. – sering tidak dapat hadir bekerja kerana gangguan

atau perintah berkurung. Kehilangan dan ketidakhadiran pekerja mahir tentu sahaja merugikan para majikan.

Page 72: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Parti politik yang bersemangat nasionalis kanan juga mendapat keuntungan setelah diwujudkan usaha menyatukan kaum-kaum yang ada. – Misalnya, UMNO mengajak orang Melayu bersatu menentang komunis dan

berusaha untuk mencapai kemerdekaan - supaya lebih ramai pegawai Melayu dilantik ke jawatan dan pangkat sewajarnya menggantikan pegawai Inggeris yang telah tamat perkhidmatan.

– Menuntut Kerajaan British memberi bantuan 10 juta pound atau kira-kira $85 juta bagi memajukan bidang pertanian dan ekonomi orang Melayu dalam tempoh lima ke sepuluh tahun.

• Terujinya kefahaman tentang Islam kepada orang Melayu - berjaya

mempertahankan akidah mereka apabila menolak bulat-bulat fahaman komunis yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan. – Menyamar diri sebagai orang Islam oleh Chong Yin Nam dengan nama Haji

Hashim untuk mempengaruhi orang Melayu. – Penonjolan tiga tokoh komunis Melayu iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin dan

Musa Ahmad tidak banyak membawa kesan. Mereka ini sendiri dikatakan lebih mengamalkan prinsip “Islam didahului, barulah Komunis”,

Page 73: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

6.7 KESIMPULAN • Darurat tidak pernah menghalang cita-cita utama sebahagian besar

rakyat yang mahukan kemerdekaan. • Pembanterasan komunis mula menampakkan kejayaan setelah

orang Melayu menyahut seruan pemimpin dan kerajaan dengan melibatkan diri dalam pasukan keselamatan. Mereka turut sama membuat pertahanan sendiri di kawasan petempatan masing-masing.

• Bagi orang bukan Melayu pula (terutamanya orang Cina) telah menunjukkan sikap bekerjasama dengan tidak membantah apabila dipindahkan. Maka perjuangan keganasan komunis dapat direda dan dikurangkan.

• Gerakan intensif PKM semuanya berakhir dengan kegagalan dan telah memaksa pemimpin PKM meminta pemimpin parti politk utama negara pada masa itu (Tunku) supaya mengadakan perundingan.

Page 74: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Peristiwa darurat menjadikan orang Melayu terus bersatu setelah mereka memperlihatkan semangat itu semasa menentang Malayan Union.

• PKM telah gagal dalam Perundingan Baling dan perjuangan PKM kian pudar, lebih-lebih lagi setelah pemimpin dan pusat perjuangan mereka telah menumpang di negara orang lain iaitu Thailand.

• Tunku pula mencapai kejayaan besar dalam perundingan di London dan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ialah 31 Ogos 1957. diumumkan ke seluruh negara sekembalinya Tunku.

Page 75: 6 komunis dan darurat di tanah melayu

• Sebuah demi sebuah kawasan putih diisytiharkan menjelang tarikh kemerdekaan. Tugas membanteras komunis semakin mudah setelah kawasan hitam semakin mengecil.

• Darurat diisytiharkan tamat pada 19 April 1960 di Parlimen yang berkuatkuasa pada 31 Julai kemudiannya.

• Perjuangan selama 12 tahun satu bulan dan 15 hari telah berakhir dengan sia-sia dari segi perjuangan bersenjata mahupun politik. Namun kerana komunis itu merupakan ideologi, kegagalan kali ini tidak bermakna terputus sudah perjuangan.