2

Click here to load reader

acc ting 4 pengenalan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh pengenalan acc ting 4

Citation preview

Page 1: acc ting 4 pengenalan

Kedai telefon Aliff telah ditubuhkan pada 1 Januari 2015.Kedai ini beralamat di ,tingkat dua, bangunan Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah, 56000 cheras, Kuala Lumpur . erniagaan ini dimiliki oleh Muhd Aliff bin Sham . Sepanjang perniagaan ini dijalankan, saya dibantu oleh seorang pekerja yang bernama Nur Ain Sabrina binti Abdul Basir. Modal yang digunakan untuk memulakan perniagaan ini adalah sebanyak RM30 000. Saya menjual telefon yang terbaru di pasaran.

Tujuan saya memilih perniagaan jenis ini adalah kerana pada zaman sekarang, ramai orang yang memerlukan telefon untuk berhubung dan bersosial . Selain itu, ramai orang mempunyai keiginan dan duit untuk membeli telefon. Tetapi mereka tidak tahu hendak beli dimana. Mereka juga akan kesuntukan masa untuk memilih telefon yang berkualiti. Oleh itu, dengan adanya kedai telefon saya, para pelanggan hanya perlu memilih jenama yang mereka suka tanpa mengambil masa yang lama.

Kelebihan di kedai telefon saya ialah, jenama telefon dan model telefon yang terdapat di kedai saya adalah daripada model dan jenama yang terbaru dan sesuai untuk semua orang yang menginginkan telefon yang berjenama mewah , sederhana dan biasa setaraf dengan wang yang dikeluarkan.Seterusnya, kualiti telefon yang saya tempah sangat berpuas hati kerana ditempah dalam keadaan yang baik . Selain itu, harga telefon di kedai telefon saya adalah berpatutan yang dapat mengurangkan kerugian dalam perniagaan sekaligus meminimumkan perbelanjaan. Lokasi perniagaan saya juga strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar dan terletak di bangunan baru yang akan membuatkan pelanggan selesa berurusniaga.

Risiko yang mungkin perniagaan hadapi ialah cita rasa pelanggan akan sentiasa berubah-ubah. Seterusnya, kerosakan dan kehilangan penempahan stok telefon semasa pengangkutan juga salah satu risiko perniagaan untuk mengalami kerugian. Selain itu, saya sebagai pelilik perniagaan juga mungkin akan menanggung kerugian jika hal sedemikian berlaku.