18
AKHLAK TERPUJI NABI MUHAMMAD NURNATASYA BINTI WEINI

Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PMBNTNGN

Citation preview

Page 1: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

AKHLAK TERPUJI NABI MUHAMMAD

NURNATASYA BINTI WEINI

Page 2: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Akhlak berasal dari perkataan al-khuluq. Al-

khuluq bererti tabiat atau tingkah laku.

Akhlak Mulia pula bermaksud tingkah laku

yang mulia, teruji, baik dan sebagainya.

Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah

dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang

bermaksud

PENGENALAN

Page 3: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan

membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik.

Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu

memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat

terpuji.

Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan,

kelapangan dan ketenteraman. Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam

jiwanya.

Page 4: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Perilaku Rasulullah saw adalah suri teladan bagi umat manusia. Ketinggian budi pekerti beliau disebutkan dalam Al-Quran sebagai

berikut:

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Q.S. al-Qalam [68]:4)

Meneladani akhlak terpuji Rasulullah saw merupakan kewajiban bagi setiap muslim. Membiasakan ahklak terpuji

dalam kehidupan sehari-hari, termasuk salah satu bukti cinta kita kepada Rasulullah saw.

Page 5: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Sehingga ke hari ini, Baginda SAW dikagumi ramai orang di seluruh pelusuk dunia kerana keperibadian Baginda yang

amat luar biasa.

Michael H.Hart di dalam bukunya ‘The 100: A Ranking of the Most Influential

Persons in History’ meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia paling berpengaruh di dunia di kalangan 100 orang manusia

paling berpengaruh di dalam sejarah dunia.

Page 6: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu

hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah dan

banyak lagi.

AKHLAK TERPUJI RASULULLAH

Siddiq Amanah Tabligh Fathonah Menjaga Ketrampilan Diri

Page 7: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Siddiq ertinya benar. 

Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi

akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara

yang ghaib.

Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi

dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi

membawa wahyu dan agamanya.

SIDDIQ

Page 8: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW itu bersifat pembohong, penipu

dan sebagainya.

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan

hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang

diwahyukan kepadanya.” (QS An-Najm: 4~5)

Page 9: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai.

Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang

percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-

baiknya.

Oleh kerana itulah penduduk Makkah memberi gelaran kepada

Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau

diangkat jadi seorang Rasul.

AMANAH

Page 10: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta, wanita

oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya

menyiarkan agama Islam, Baginda menjawab:

”Demi Allah… wahai pakcik, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan

di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku

hancur kerananya”

Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Baginda,

namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima.

Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda

SAW.

Page 11: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang

ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak

ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung

Baginda sendiri.

Rasulullah menyampaikan wahyu kepada umatnya dengan amanah.

Rasulullah tetap menyampaikan sesebuah amanat walaupun

amanat tersebut boleh menunjukkan kelemahan beliau.

TABLIGH

Page 12: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Fathonah ertinya bijaksana.

Baginda SAW harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT

kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam.

Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan

cara yang sebaik-baiknya.

Baginda mampu mengatur umatnya sehingga berjaya

mentransformasikan bangsa Arab jahiliah yang asalnya bodoh,

kasar/bengis, berpecah-belah serta sentiasa berperang antara suku,

menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan.

FATHONAH

Page 13: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Penampilan Rasulullah, Nabi yang Allah suka iaitu merapi,menjaga dan memanjangkan janggut dan memendekkan misai.

Apabila Rasulullah S.A.W menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya dan selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Apabila Rasulullah S.A.W  berjalan , dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang,

MENJAGA SIKAP DAN KETERAMPILAN DIRI

Page 14: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Di waktu marah, baginda Rasullullah S.A.W  terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi Allah S.W.T Dakwah atau perbuatan membawa manusia kepada Allah S.W.T oleh Rasulullah S.A.W menjadi maksud dan tujuan kepada manusia seluruh alam,hingga ke akhir zaman. Rasullullah juga sering menjaga penampilan dirinya. Beliau sering berada dalam keadaan kemas.

Page 15: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Rasullullah S.A.W adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak 3 kali.

Page 16: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Antara akhlak Rasulullah yang lain adalah:

Tawaduk Lemah Lembut

Penyayang Pemaaf

Page 17: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Akhlak rasullah seperti yang telah dinyatakan tadi dapat mempengaruhi

generasi pada hari ini kerana akhlak-akhlak tersebut berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan dalam kehidupan kita pada

hari ini.

Jika disebut nama Muhammad s.a.w, pastinya kita akan terbayang seorang rasul yang agung, seorang nabi yang dijunjung serta seorang ketua turus perang yang

disanjung.

PENUTUP

Page 18: Akhlak Terpuji Nabi Muhammad

Beliau adalah seorang insan yang memiliki kelembutan dalam pergaulan sesama

isteri-isterinya dan sentiasa menyayangi sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang ada

di sekelilingnya dan selalu memaafkan walaupun jiwa dan dirinya dilukai.

Sikapnya yang jujur dan sabar menbuatkan orang-orang di sekelilingnya mencintai dan

menyayanginya. Sehinggakan kesemua ucapan, kata-kata dan bacaaannya serta tangisannya memberikan kesan yang sangat mendalam

terhadap diri setiap insan yang hidup sezaman dengannya.