Upload
samantha-sue
View
932
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Mengenai bahan bantu mengajar
Citation preview
Mengajar Math dengan PermainanMacam biasa la kan, bakal cikgu Matematik kena tahu macam mana nak jadikan
pengajaran Math ni menarik.Kadang-kadang kita tak sangka pun permainan yang kita selalu main ngan
kawan-kawan boleh jadi satu aktiviti yang menarik.So, saya dan rakan sekelas yang lain telah menyediakan aktiviti.Ikut buku je pun, tapi bila buat praktikalnya jadi lebih menarik.
Jom tengok apa yang ada.
Aktiviti ni sesuai untuk ajar multiplication.So, students akan lebih faham sebab dia nampak secara grafik konsep
pendaraban tu.Secara tak langsung, kita bina pemahaman dia dalam comutative law.
Comutative law:4 x 5 = 5 x 4.
Hopefully student akan nampak la bahawa dua equation tu boleh bagi jawapan sama.
Erm... boleh juga guna untuk ajar finding the area kan?
Next,
Yang ni paling menarik.Sebab main kad.
Agak mencabar la sebab kena pandai menambah dan menolak secara mental.
Cara main:Setiap pemain dapat 3 kad.
Tengok kombinasi nombor tu, boleh tak buat operasi + dan - supaya dapat jawapan 0.
Siapa kombinasi kad dia boleh bagi jawapan 0, dialah pemenang.
Contohnya, 9, 13, 1, 3 boleh buat operasi 9+3+1-13=0.
Saya tak menang pun main ni.Even kawan-kawan yang lain pun blur sebab mencabar.
Just yang cepat kira je leh menang.
Lagi!
Roda Impian!!Bukan. Bukan.
Ni roda untuk main Bingo.Boleh putar taw. Menarik kan. Saya rasa setiap guru math perlu ada roda ni
sebab banyak gunanya.Bukan setakat ajar tambah, tolak, darab dan bahagi. Boleh juga ajar Bahasa.
Kena improvisasi la kan.
Cara main: Putar roda 2 kali dan tambah nombor yang kita dapat.
Pastu sama step ngan main Bingo.
Nombor kat dalam ni boleh suruh student isi ikut suka. Dari 1-18.
Kotak yang kosong tu isi la nombor apa-apa dari 1-18. Janji penuh.Lepas putar 2 kali, tambah, then tanda.
Dapat je satu line menegak, melintang atau penjuru bertanda, anda menang.Sama kan ngan bingo.
Cuma bingo kita pilih sendiri nombor.Yang ni bergantung nasib pada wheel tu.
Game ni saya menang.Hihi...
Ni lagi satu game untuk ajar darab.Baling dadu 2 kali pastu darab nombor yang dapat tu.
Tanda tempat.Siapa yang dapat tanda tempat sekeliling dia ngan penanda sendiri, dia
menang.
Bila buat aktiviti macam ni, student tak perasan pun yang diorang tengah tajamkan skill dalam math sebab aim diorang nak menang je.
Cuba bagi buku latihan suruh buat sejam.Konfem nangis or tido sebab malas buat.
Bagi aktiviti ni.
2 jam pun diorang nak main lagi.
Last but not least, kawan number arrow dalam post INI
Nama dia Number Expendent.Ni rupa dia.
Ni untuk rumah sa. Cikgu boleh tulis nombor di kad putih tu.
So, students boleh tahu cara membaca nombor sebab mereka tahu nilai tempat nombor tersebut.
Lepas lipat, jadilah begini.
Kad tadi dah dilipat masuk ke dalam envelope.
Dengar kata dah mendapat sambutan Alat Bantu Mengajar (ABM) ni.Dah ada yang nak pinjam untuk mengajar.
Semua ni sebahagian je daripada aktiviti dan ABM yang dah saya dan rakan sekelas buat.
Hah.. Untung kan budak sekarang.Budak dulu-dulu tak ada la nak merasa benda-benda ni.
So, senang ke nak jadi CIKGU?
Bahan bantu mengajar pemulihan
Antara Alat Bantu Mengajar yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan adalah seperti berikut:
Kad permainan "Ketuhar dan kek nombor"
Kad permainan "Carikan Ibu Itik"
Kad nombor
Kad Permainan Domino
Kad soalan Matematik operasi tolak dalam lingkungan 50
Kad soalan Matematik operasi tambah dalam lingkungan 10
Bola ping pong suku kata KV
Buku bacaan bergred
Contoh bahan bantu mengajar..
Gambar di bawah merupakan beberapa contoh bahan bantu mengajar yang digunakan untuk kelas pemulihan. Bahan bantu ini dapat meningkatkan kefahaman murid serta menarik minat murid untuk belajar. Semoga mendapat manfaat daripadanya...
1.kad sisip perkataan-gambar
2. mari buka dan pasang
3. roda perkataan
4. roda impian
5. lengkapkan silang kata
6. kembalikan ke rumah saya
7. kad selak
8. mari bermain sorong tarik
9. seronoknya bermain colet atau permainan hantu
10. kad nombor
Pembinaan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan Matematik
Bahan-bahan aktiviti :
Bertulis – Lembaran kerja / Kad kerja Lisan – Latih tubi / congak
Bahan konkrit – Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah, alat pengukur / penimbang
Kit bahan bantu mengajar matematik
Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar matematik dan buku panduan menggunakannya.
Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah;
1. Papan flanel bermagnet - semua topik
2. Abakus/dekak-dekak - Topik : nilai tempat, operasi tambah, operasi tolak.
3. Carta-carta - semua topik
4. Kad-kad nombor / kad jalur – Topik : nombor, susunan nombor ↑ ↓ .
5. Benda-benda pembilang - Topik : nombor, operasi +, -, x dan - .
6. Lembaran-lembaran kerja / kad kerja - semua topik
Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Bahan-bahan ini boleh digunakan bersama dengan aktiviti pelajaran yang dicadangkan di dalam Buku Panduan Khas Matematik.
Set permainan matematik
Terdapat berbagai jenis permainan yang berunsur pendidikan yang sesuai dan boleh digunakan untuk aktiviti pengukuhan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah:
Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik yang lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda yang tersembunyi.
Menyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan keluar.
Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar.
Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid.
Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor.
Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran operasi
tambah dan tolak
Membentuk gambar daripada tangram.
Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey)
Jigsaw puzzle bernombor
Boling nombor
Roda impian
Dart bermagnet
Pancing ikanhttp://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011_09_01_archive.html
Belajar Sambil BermainDalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek pemulihan, aktiviti bermain merupakan salah satu langkah yang perlu ada. Pelbagai aktiviti bermain yang boleh digunakan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan. Malah, murid-murid dapat bekerjasama dan aktif melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti permainan dapat meransang dan menarik minat murid untuk belajar. Di bawah merupakan contoh aktiviti permainan yang boleh digunakan oleh guru pemulihan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murd-murid pemulihan.
Permainan 1: Mix n Match Bagi Perkataan KV + KVK
Langkah 1 : Meletakkan suku kata KV dan KVK secara berterabur
Langkah 2 : Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KV dan KVK untuk membentuk perkataan bermakna
Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KV dan KVK untuk membentuk perkataan bermakna
Mix n Match Bagi Perkataan KVK + KVKK
Langkah 1 : Meletakkan suku kata KVK dan KVKK secara berterabur
Langkah 2 : Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KVK dan KVKK untuk membentuk perkataan bermakna
Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KVK dan KVKK untuk membentuk perkataan bermakna
Permainan ini boleh di ubah suai untuk kemahiran-kemahiran membaca perkataan yang lain. Ianya merupakan salah satu permaian yang dapat menguji ketangkasan pemikiran murid untuk mencari padanan suku kata yang boleh membentuk perkataan yang bermakna.
Permainan 2: Bingo Roda Bergambar
Langkah 1 : Menghasilkan papan roda berputar yang mempunyai pembahagian
Langkah 2 : Melatakkan gambar atau perkataan bagi kemahiran KV+KV+KVKK
Langkah 3 : Menyediakan kad bingo untuk dibekalkan kepada setiap pemain
Permainan ini boleh dimaiankan secara individu atau berpasanagn. Pemain yang memulakan permainan akan memutar roda. Anak panah yang berhenti pada gambar atau perkataan yang tertera pada roda, perlu dihitamkan pada kad bingo setiap pemain. Permainan diteruskan sehingga salah sorang pemain dapat menghitankan satu garisan sama ad secara melintang,
menegak atau berpenjuru. Pemain pertama yang berjaya melakukannya dianggap pemenang.
http://chekgunoorlyza.blogspot.com/2012/09/belajar-sambil-bermain.html
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)Rod@ Impi@n ...
Pandangan Depan
Dicipta khas utk kegunaan guru yg suka membuat kuizkpd pelajar selepas habis mengajar sesuatu topik di dalam kelas.
Boleh dicuba dan rasailah kenikmatannya...hehehe.Juz play dOn't stress anymOre!!!!!! ^_^
* Cara bermain senang jer,,juz suruh pelajar putar roda impian tersebutdan lihat warna apakah yg pelajar itu dapat.
Jika dia dapat warna pink, maka soalan yg wajib dia jawabialah kad soalan warna pink...senang kan???
Juz try it...sO nice.http://renhersblog.blogspot.com/2010/10/bahan-bantu-mengajar-bbm.html