14
Jurnal Teknologi, 49(E) Dis. 2008: 141–154 © Universiti Teknologi Malaysia PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF 1 & KAMARULZAMAN AB. GHANI 2 Abstrak. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengamalan teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab, mengenal pasti tahap penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran bahasa Arab, mengenal pasti tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab dan akhir sekali mengenal pasti perbezaan pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab antara kumpulan yang menggunakan ABM dengan yang tidak menggunakan ABM. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan semasa dengan menggunakan dua set soal selidik untuk pelajar dan satu set ujian kemahiran mendengar bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan teknik pengajaran berada pada tahap rendah; tahap penggunaan ABM juga berada pada rendah; tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab berada pada tahap sederhana; dan terdapat perbezan yang signifikan antara kumpulan pelajar yang didedahkan dengan ABM dengan kumpulan pelajar yang tidak didedahkan dengan ABM. Kata kunci: Kemahiran mendengar bahasa Arab; teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab; alat bantu mengajar Abstract. The aims of this study are to identify the practice of Arabic listening teaching technique in teaching Arabic, to identify the use of the teaching aids in teaching Arabic, to identify the level of Arabic listening skills, and lastly to identify the differences of Arabic listening skills between students who were exposed and students who were not exposed to the teaching aids. This study used the cross sectional research design and employed two sets of questionnaires for students and one set of Arabic listening test. The results showed that the practice of Arabic listening teaching technique in teaching Arabic was at the low level; the use of teaching aids in teaching Arabic was also at the low level; the Arabic listening skills was however at the moderate level; and there was a significant difference in Arabic listening achievement between students who were exposed and students who were not exposed to the teaching aids. Keywords: Arabic language listening skills; teaching of Arabic language listening skills; teaching aids material 1.0 PENDAHULUAN Kemahiran mendengar ialah salah satu daripada kemahiran berbahasa. Mengikut al-Madku - r (2001) kemahiran mendengar adalah kemahiran berbahasa yang pertama yang dikuasai oleh kanak-kanak. Malahan mengikut Hyslop dan Tone (1988) 1&2 Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

  • Upload
    others

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

141PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN HUBUNGANNYA

Jurnal Teknologi, 49(E) Dis. 2008: 141–154© Universiti Teknologi Malaysia

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DANHUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN KEMAHIRAN

MENDENGAR BAHASA ARAB

NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF1 & KAMARULZAMAN AB. GHANI2

Abstrak. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengamalan teknik pengajarankemahiran mendengar bahasa Arab, mengenal pasti tahap penggunaan Alat Bantu Mengajar(ABM) dalam pengajaran bahasa Arab, mengenal pasti tahap pencapaian kemahiran mendengarbahasa Arab dan akhir sekali mengenal pasti perbezaan pencapaian kemahiran mendengar bahasaArab antara kumpulan yang menggunakan ABM dengan yang tidak menggunakan ABM. Kajianini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan semasa dengan menggunakan dua set soal selidikuntuk pelajar dan satu set ujian kemahiran mendengar bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkanbahawa pengamalan teknik pengajaran berada pada tahap rendah; tahap penggunaan ABM jugaberada pada rendah; tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab berada pada tahapsederhana; dan terdapat perbezan yang signifikan antara kumpulan pelajar yang didedahkan denganABM dengan kumpulan pelajar yang tidak didedahkan dengan ABM.

Kata kunci: Kemahiran mendengar bahasa Arab; teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasaArab; alat bantu mengajar

Abstract. The aims of this study are to identify the practice of Arabic listening teaching techniquein teaching Arabic, to identify the use of the teaching aids in teaching Arabic, to identify the levelof Arabic listening skills, and lastly to identify the differences of Arabic listening skills betweenstudents who were exposed and students who were not exposed to the teaching aids. This studyused the cross sectional research design and employed two sets of questionnaires for students andone set of Arabic listening test. The results showed that the practice of Arabic listening teachingtechnique in teaching Arabic was at the low level; the use of teaching aids in teaching Arabic wasalso at the low level; the Arabic listening skills was however at the moderate level; and there was asignificant difference in Arabic listening achievement between students who were exposed andstudents who were not exposed to the teaching aids.

Keywords: Arabic language listening skills; teaching of Arabic language listening skills; teachingaids material

1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran mendengar ialah salah satu daripada kemahiran berbahasa. Mengikutal-Madku- r (2001) kemahiran mendengar adalah kemahiran berbahasa yang pertamayang dikuasai oleh kanak-kanak. Malahan mengikut Hyslop dan Tone (1988)

1&2Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Page 2: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF & KAMARULZAMAN AB. GHANI142

kemahiran mendengar menjadi asas kepada penguasaan aspek-aspek bahasa manusiayang lain, dan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Manakala dalam prosespengajaran bahasa, kemahiran mendengar merupakan kemahiran berbahasa asasyang digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran lain, iaitu bertutur, membacadan menulis (Nik 2005). Justeru penguasaan kemahiran-kemahiran berbahasa yanglain, iaitu bertutur, membaca dan menulis bergantung kepada kemahiran mendengar.Manakala Wolff et al. (1983) pula menyatakan kemahiran mendengar perlu dilatihdengan sebaik-baiknya, kerana kemahiran mendengar mempunyai daya kekuatanyang akan menjana ilmu pengetahuan dan kemahiran berbahasa yang lain.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Untuk menguasai sesuatu bahasa, setiap pelajar bahasa perlu menguasai kemahiranberbahasa dan sub-sub kemahirannya (Oxford, 1990). Kemahiran berbahasamempunyai empat komponen, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca danmenulis. Antara keempat-empat komponen ini kemahiran pertama yang perludikuasai oleh pelajar-pelajar ialah kemahiran mendengar (Sola- h al-cArabi- , 1981; al-Madku- r, 1983). Tetapi sebaliknya, kemahiran mendengar kurang diberi tumpuandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Weiten dan Lloyd (1994)latihan kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang kurang diberi perhatiandalam latihan kemahiran komunikasi, sedangkan seseorang itu menggunakan masajauh lebih banyak untuk mendengar berbanding bertutur. Nunan (1999) jugamendapati latihan mendengar diabaikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasakedua di mana ia lebih banyak tertumpu kepada penguasaan kemahiran bertutur,dan beliau juga menyifatkan kemahiran mendengar sebagai kemahiran Cinderella.Ini selaras dengan dapatan kajian tindakan Barr et al. (2002) yang mendapatikemahiran mendengar yang efektif tidak dilatih secara formal di dalam kelas.

Manakala dalam konteks pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar jugakurang diberi penekanan. Mengikut Ishak Rejab (1992), Ab. Rahim (1993), SyedOmar (1997), Dahab (1997), Nik (2005) pengajaran bahasa Arab di Malaysia masihlagi banyak menggunakan Kaedah Nahu dan Terjemah. Antara kelemahan kaedahini ialah ia lebih menekankan kemahiran membaca dan penguasaan nahu bahasaArab, dan mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur (Hama-dah, 1987).Pendapat ini selari dengan dapatan kajian oleh Maimun (1997) yang menunjukkanKaedah Nahu dan Terjemah hanya memahirkan pelajar-pelajar dalam dua kemahiransahaja, iaitu kemahiran membaca dan menulis.

Sementara itu, teknik pengajaran yang mendasari Kaedah Nahu dan Terjemahialah teknik kuliah. Mengikut Rashidi Azizan dan Abd. Razak Habib (1995) teknikkuliah tidak memerlukan peralatan tambahan untuk mengajar. Malahan teknik kuliahini tidak memerlukan persediaan yang rapi, terutama peralatan teknologi pendidikansebagai Alat Bantu Mengajar (ABM). Ini kerana para guru hanya perlu masuk kekelas dan menghuraikan sahaja fakta pengajaran dengan terperinci. Oleh itu, teknik

Page 3: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

143PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN HUBUNGANNYA

ini tidak sesuai dengan keperluan teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasaArab, kerana pengajaran kemahiran mendengar memerlukan alat bantuanpengajaran, terutama alat pita rakaman audio.

Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaansesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar ( Jamaludin & Zaidatun,2003). Justeru guru perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untukmenyampai isi pengetahuan atau melatih kemahiran, kerana teknik yang baik dansesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalamkalangan pelajar.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penggunaan AlatBantu Mengajar (ABM) dengan pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab.Manakala tujuan terperinci adalah untuk: (a) mengenal pasti pengamalan teknikpengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab; (b) mengenal pasti tahap penggunaanABM dalam pengajaran bahasa Arab; (c) mengenal pasti tahap pencapaian kemahiranmendengar bahasa Arab; dan (d) mengenal pasti perbezaan pencapaian kemahiranmendengar bahasa Arab dengan kumpulan yang menggunakan ABM dan yangtidak menggunakan ABM. Berasaskan tujuan terperinci berkenaan, soalan kajiandibina, iaitu: (1) Apakah tahap pengamalan teknik pengajaran kemahiran mendengarbahasa Arab dalam kalangan guru; (2) Apakah tahap penggunaan ABM dalampengajaran bahasa Arab; (3) Apakah tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasaArab; dan (4) Adakah wujud perbezaan pencapaian antara kumpulan yangmenggunakan ABM dengan kumpulan yang tidak menggunakan ABM dalampengajaran.

4.0 ULASAN KEPUSTAKAAN

Sini et al. (1983) menyarankan kepada guru-guru bahasa Arab yang menggunakanbuku al-cArabiyyah li-na-shi-n sebagai buku teks untuk pengajaran dan pembelajaranbahasa Arab sebagai bahasa kedua, supaya menggunakan ABM untukmemperdengarkan teks-teks petikan dialog. Ini kerana penggunaan ABM, antaranyapita rakaman audio atau makmal bahasa, dapat meningkat minat pelajar untukmendengar teks petikan, berbanding penggunaan suara guru. Secara tidak langsung,penggunaan ABM akan meningkatkan kefahaman pelajar apabila mendengar tekspetikan. Jamaludin dan Zaidaton (2003) mendapati penggunaan ICT multimedia,termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio, dapat merangsangindera pendengaran pelajar.

Grimes dan Willey (1990) telah menjalankan ekperimen tentang penggunaankomputer beraudio dan pengajaran biasa. Keputusan juga mendapati min pencapaiankumpulan yang menggunakan komputer beraudio dalam pengajaran lebih tinggi

Page 4: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF & KAMARULZAMAN AB. GHANI144

berbanding dengan kumpulan yang menggunakan pengajaran biasa. Fulford (1993)telah menjalankan kajian ekperimen tentang penggunaan ‘Compressed Speech Audio’dan penggunaan teks tulisan dalam pembelajaran. Keputusan mendapati perbezaanyang signifikan antara kumpulan rawatan, iaitu yang menggunakan ‘Compressed SpeechAudio’ dengan kumpulan kawalan, iaitu yang menggunakan teks tulisan dalampembelajaran. Kajian-kajian berkenaan menunjukkan bahawa penggunaan pitarakaman audio, memberi kesan postitif terhadap pencapaian pelajar. Oleh itu,penggunaan pita rakaman audio boleh memberi sumbangan kepada peningkatankemahiran mendengar bahasa Arab.

Dalam konteks pembelajaran bahasa, Koh Boh Boon (1994) telah menjalankankajian keberkesanan penggunaan bahan pengajaran-kendiri, termasuk bahan-bahanberaudio, dalam mata pelajaran bahasa Melayu bagi pelajar-pelajar kelas pemulihan.Bahan pengajaran-kendiri ini dibina berdasarkan satu diagnosis kesalahan-kesalahanpelajar pada peringkat pra-awalan kajian. Keputusannya menunjukkan bahanpengajaran-kendiri, termasuk bahan-bahan beraudio, memberi kesan yang positifkepada pencapaian pelajar kelas pemulihan dan boleh menambah pembendaharaankata kepada pelajar-pelajar bukan Melayu

Sementara itu, penggunaan teknologi pendidikan, termasuk peralatan pita rakamanaudio, sebagai satu bahagian yang padu dalam proses pengajaran dan pembelajaranbahasa ( Jamaludin dan Zaidatun, 1993). Ia boleh membantu untuk menambahkelancaran perhubungan antara murid dengan guru dan membantu mempercepatkanproses pemahaman pelajar-pelajar. Ali (1990) dalam kajiannya membuat rumusanbahawa penggunaan teknologi pendidikan, dalam pengajaran bahasa: (a) dapatmenghidupkan suasana pembelajaran; (b) dapat mempelbagaikan kaedah; (c) dapatmengaktifkan pancaindera pelajar-pelajar; (d) dapat mengukuh dan menguatkangaya bahasa; dan (e) dapat mengurangkan pengajaran secara bercakap dan menulis.

Demikian juga penggunaan makmal bahasa boleh memantapkan kemahiranmendengar dalam kalangan pelajar. Ini kerana makmal bahasa membina rasakeyakinan dalam kalangan pelajar untuk membetulkan sebutan bahasa Arab yangdipelajari. Tambahan pula, makmal bahasa juga dapat membantu pelajar-pelajarmempelajari bahasa secara autonomi, iaitu pembelajaran kendiri (Hamadah, 1987).Mereka dapat mendengar dan menilai sebutan mereka sendiri sama ada betul atautidak.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan semasa. Kajian ini dijalankan di sekolahmenengah agama negeri. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 1665pelajar tingkatan dua, dan teknik pemilihan sampel adalah secara rawak. Kajian inimenggunakan dua soal selidik dan satu ujian kemahiran mendengar bahasa Arab.Dua soal selidik berkenaan terdiri daripada soal selidik pengamalan teknik pengajarankemahiran mendengar bahasa Arab dan soal selidik penggunaan pita rakaman audio.

Page 5: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

145PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN HUBUNGANNYA

Soal selidik pengamalan teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab terdiridaripada 10 item. Enam aspek yang menjadi tumpuan dalam pecahan ini, iaitu (1)teknik tidak melihat buku ketika mendengar petikan karangan, iaitu item A1, A3;(2) teknik penggunaan kaset rakaman untuk memperdengarkan petikan karangan,iaitu item A2; (3) teknik mengajuk bacaan guru tanpa melihat buku, iaitu item A4;(4) teknik menjawab soalan tanpa melihat buku, iaitu A5, A6, dan A8; (5) teknikmemulakan pengajaran petikan teks tanpa melihat buku, iaitu A7; dan (6) teknikmemberi arahan-arahan untuk latihan kemahiran mendengar, iaitu A9 dan A10.Manakala soal selidik kedua, iaitu penggunaan pita rakaman audio pula terdiridaripada 5 item, iaitu radio kaset, televisyen, kaset rakaman bahasa Arab, filem atauVCD, dan komputer. Soal selidik ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan pitarakaman audio dalam tempoh dua bulan.

Untuk tujuan intepretasi data, kajian ini mengkategorikan kepada tiga mata (Rudzi,2003), iaitu min = 1.00 hingga min = 2.33 ialah rendah, min = 2.34 hingga min = 3.67ialah sederhana, dan min = 3.68 hingga min = 5.00 ialah tinggi. Manakala untukinterpretasi skor markah ujian kemahiran mendengar bahasa Arab, kajian inimengkategorikan kepada tiga tahap penilaian skor min, iaitu min = 0.00 hingga min= 39.99 ialah lemah, min = 40.00 hingga min = 69.99 ialah sederhana, dan min =70.00 hingga min = 100.00 ialah tinggi.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab

Jadual 1 menunjukkan taburan peratusan dan keputusan min teknik pengajarankemahiran mendengar bahasa Arab. Berdasarkan jadual tersebut, aspek teknik tidakmelihat buku, iaitu A1 dan A3, keputusan min menunjukkan kedua-dua item tersebutberada pada tahap rendah, masing-masing min = 1.65 dan min = 1.79 (antara min =1.00 – min = 2.33). Manakala taburan peratusan menunjukkan sebahagian besarresponden pelajar (83.4%) menyatakan pengajaran bahasa Arab tidak kerapmenggunakan teknik tidak melihat buku ketika guru membaca petikan karanganbahasa Arab. Sebahagian besar responden pelajar juga menyatakan pengajaranbahasa Arab tidak kerap membaca petikan karangan sebanyak dua kali sambilpelajar-pelajar tidak melihat buku. Sekali gus dapatan ini menunjukkan teknik initidak begitu diamalkan dalam pengajaran bahasa Arab.

Bagi aspek teknik penggunaan kaset rakaman untuk memperdengarkan petikankarangan, iaitu A2, keputusan min menunjukkan item ini berada pada tahap rendahmin = 1.55 (antara min = 1.00 – min = 2.33). Manakala taburan peratusanmenunjukkan seramai 82.8% daripada responden menyatakan pengajaran bahasaArab tidak kerap menggunakan kaset rakaman. Oleh itu, dapatan ini menunjukkanteknik ini tidak begitu diamalkan dalam pengajaran bahasa Arab.

Page 6: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF & KAMARULZAMAN AB. GHANI146

Bagi aspek teknik mengajuk bacaan guru tanpa melihat buku, iaitu A4, keputusanmin menunjukkan item tersebut berada pada tahap rendah min = 1.84 (antara min= 1.00 – min = 2.33). Manakala taburan peratusan menunjukkan seramai 74.1%daripada responden menyatakan pengajaran bahasa Arab tidak kerap penggunaanteknik mengajuk bacaan guru tanpa melihat buku. Oleh itu, dapatan ini menunjukkanteknik ini tidak begitu diamalkan dalam pengajaran bahasa Arab.

Bagi aspek teknik menjawab soalan tanpa melihat buku, satu item berada padatahap rendah dan dua item pada tahap sederhana. Item yang berada pada rendah

Jadual 1 Taburan peratusan dan keputusan min teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasaArab

A. Teknik pengajaran 1 2 3 4 5 Min

A1. Pelajar tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan melihat 55.2% 28.2% 13.7% 1.9% 1.0% 1.65buku ketika guru membaca karanganbahasa Arab.

A2. Kaset rakaman digunakan untuk 68.0% 14.8% 12.6% 3.4% 1.2% 1.55memperdengarkan petikan karanganbahasa Arab.

A3. Guru membaca petikan karangan 53.4% 22.9% 16.5% 6.7% 0.7% 1.79bahasa Arab sebanyak dua kali danpelajar-pelajar tidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkanmelihat buku.

A4. Pelajar tidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkan melihat 47.6% 26.9% 20.5% 3.4% 16% 1.84buku ketika mengajuk bacaan guru.

A5. Pelajar tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan melihat 29.7% 28.6% 21.7% 11.2% 8.8% 2.40buku ketika menjawab soalankefahaman petikan karangan bahasaArab.

A6. Pelajar tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan tidak dibenarkan melihat 38.6% 29.0% 19.2% 8.4% 4.8% 2.11buku ketika membuat latihan-latihanlain.

A7. Pelajar tidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkantidak dibenarkan melihat 71.7% 12.0% 8.5% 4.8% 3.0% 1.55buku ketika permulaan mengajartajuk baru bahasa Arab.

A8. Guru bahasa Arab meminta pelajar 22.9% 22.6% 22.6% 15.9% 16.0% 2.80menjawab secara lisan tanpa merujukkepada buku.

A9. Guru bahasa Arab memberi arahan 40.0% 19.9% 23.6% 11.4% 5.12% 2.21‘tutup bukututup bukututup bukututup bukututup buku’ [ ]ketika mengajar bahasa Arab.

A10. Guru bahasa Arab memberi arahan 3.1% 4.8% 14.5% 30.3% 47.3% 4.13‘dengar baik-baik‘dengar baik-baik‘dengar baik-baik‘dengar baik-baik‘dengar baik-baik’’’’’ [ ]

sebelum membaca petikan karangan.

Min keseluruhan=2.24, sisihan piawai=0.50

Page 7: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

147PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN HUBUNGANNYA

ialah A6, min = 2.11 (antara min = 1.00 – min = 2.33). Taburan peratusan bagi itemini menunjukkan seramai 67.6 peratus daripada responden pelajar menyatakanpengajaran bahasa Arab tidak kerap menggunakan teknik tidak melihat buku ketikamembuat latihan-latihan lain. Item yang berada pada tahap sederhana ialah A5 danA8, masing-masing min = 2.40, dan min = 2.80 (antara min = 2.34 – min = 3.67).Manakala taburan peratusan bagi item A5 menunjukkan lebih ramai respondenpelajar yang menyatakan pengajaran bahasa Arab tidak kerap (58.3%) menggunakanteknik soalan kefahaman tanpa melihat buku, berbanding yang menyatakan kerap(20.0%). Taburan item A8, menunjukkan lebih ramai responden pelajar (45.5%) yangmenyatakan guru bahasa Arab tidak kerap meminta pelajar menjawab secara lisantanpa merujuk kepada buku, berbanding yang menyatakan kerap (31.9%). Secarakeseluruhan, dapatan ini menunjukkan lebih ramai responden pelajar yangmenyatakan pengajaran bahasa Arab tidak kerap menggunakan teknik tidak melihatbuku ketika menjawab soalan.

Bagi aspek teknik memulakan pengajaran petikan teks tanpa melihat buku, iaituA7, keputusan min menunjukkan item ini berada pada tahap rendah min = 1.55(antara min = 1.00 – min = 2.33). Manakala taburan peratusan menunjukkan seramai83.7 peratus daripada responden pelajar yang menyatakan pengajaran bahasa Arabtidak kerap menggunakan teknik tidak membenarkan pelajar-pelajar melihat bukudi permulaan pengajaran mengajar tajuk baru. Dapatan ini menunjukkan teknik initidak begitu diamalkan dalam pengajaran bahasa Arab.

Bagi aspek teknik memberi arahan-arahan untuk latihan kemahiran mendengar,keputusan min menunjukkan item A9 berada pada tahap rendah dan item A10berada pada tahap tinggi. Taburan peratusan bagi item A9 menunjukkan seramai59.9 peratus daripada responden pelajar yang menyatakan pengajaran bahasa Arabtidak kerap memberi arahan “tutup buku.” Manakala bagi item A10, seramai 77.6peratus daripada responden pelajar menyatakan pengajaran bahasa Arab kerapmenggunakan arahan “dengar baik-baik.” Sekali gus dapatan ini menunjukkan arahan“dengar baik-baik” kerap digunakan, tetapi arahan “tutup buku” tidak begitudigunakan dalam pengajaran bahasa Arab.

6.2 Tahap Penggunaan ABM dalam Pengajaran Bahasa Arab

Dapatan soal selidik penggunaan pita rakaman audio ditunjukkan dalam Jadual 2.Berdasarkan kepada keputusan min, tahap penggunaan pita rakaman audio beradapada tahap rendah (min = 1.80), iaitu antara min = 1.00 hingga min = 2.33. Secaraterperincinya, dapatan menunjukkan kelima-lima item itu berada pada tahap rendah.Taburan peratusan item B1 (Radio kaset) menunjukkan seramai 73.4 peratusresponden pelajar yang menyatakan pengajaran bahasa Arab tidak kerapmenggunakan radio kaset. Taburan peratusan item B2 (Televisyen) menunjukkanseramai 74.8 peratus responden pelajar yang menyatakan tidak kerap penggunaantelevisyen dalam pengajaran bahasa Arab. Taburan peratusan B3 (Kaset rakaman

Page 8: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF & KAMARULZAMAN AB. GHANI148

bahasa Arab) menunjukkan seramai 83.4 peratus responden pelajar yang menyatakantidak kerap penggunaan kaset rakaman dalam pengajaran bahasa Arab. Taburanpatusan item B4 (Filem video dan VCD bahasa Arab) menunjukkan seramai 93.7peratus responden yang menyatakan tidak kerap penggunaan filem bahasa Arabdan VCD bahasa Arab dalam pengajaran bahasa Arab. Taburan peratusan B5(Komputer bahasa Arab) menunjukkan seramai 61.3 peratus responden pelajar yangmenyatakan tidak kerap penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa Arab.

6.3 Pencapaian Pelajar dalam Kemahiran Mendengar

Jadual 3 menunjukkan peratusan gred pencapaian pelajar dalam kemahiranmendengar bahasa Arab. Kajian mendapati gred C merupakan pencapaian yangpaling tinggi kekerapan, iaitu 964 atau 57.9 peratus. Kemudian diikuti dengan gredD, iaitu 330 kekerapan atau 18.0 peratus. Kemudian diikuti dengan gred B, iaitu 228kekerapan atau 13.6 peratus. Kemudian diikuti dengan gred E1, iaitu 155 kekerapanatau 9.4 peratus. Kemudian diikuti dengan gred A, iaitu 14 kekerapan atau 0.8peratus. Yang paling rendah kekerapan ialah gred E2, iaitu 4 kekerapan atau 0.3peratus.

Manakala keputusan min pula, dapatan menunjukkan min pencapaian pelajarialah min = 56.12. Jika dipadankan dengan Jadual Interpretasi Skor Min Pencapaian,

Jadual 2 Taburan keputusan min penggunaan ABM dan BBM kemahiran mendengar bahasaArab mengikut perspektif pelajar

H. Senarai alat bantu mengajar 1 2 3 4 5 Mindan bahan bantu mengajar

B1. Radio kaset 53.5% 21.7% 13.8% 6.4% 2.3% 2.10B2. Televisyen 67.9% 15.2% 14.2% 2.1% 0.6% 1.95B3. Kaset rakaman B. Arab 67.9% 15.5% 11.7% 3.0% 1.6% 1.85B4. Filem video dan VCD bahasa Arab 89.5% 4.2% 4.7% 0.9% 0.7% 1.03B5. Komputer B.Arab 45.4% 15.9% 15.0% 6.2% 6.0% 2.09

Min keseluruhan=1.80

Jadual 3 Peratusan gred pencapaian pelajar dalam kemahiran mendengar bahasa Arab

Gred Kekerapan Peratusan Tacrif

A 14 0.8 CemerlangB 228 13.6 KepujianC 964 57.9 BaikD 300 18.0 LulusE1 155 9.4 GagalE2 4 0.3 Gagal Kritikal

Min=56.12, Sisihan Piawai=12.12

Page 9: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

149PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN HUBUNGANNYA

skor min ini berada di antara min = 40.00 – min = 69.99, iaitu tahap sederhana. Inibererti tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran mendengar bahasa Arab padatahap sederhana. Walau bagaimanapun, dari sudut yang lain pula, skor minpencapaian ini (min = 56.12) berada pada tahap pertengahan, iaitu tinggi sedikitdari min = 50.00. Ini menunjukkan bahawa skor min pencapaian pelajar dalamkemahiran mendengar bahasa Arab walaupun di tahap baik mengikut tahap penilaianskor min sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan, tetapi skor min itu hanya melepasitahap pertengahan min, iaitu min = 50.00

6.4 Perbezaan Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arabantara Kumpulan

Jadual 4 menunjukkan hasil ujian-t perbezaan antara dua kumpulan denganpencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab. Kumpulan pertama ialah kumpulanyang tidak menggunakan pita rakaman audio dalam pengajaran, dan kumpulankedua ialah kumpulan yang menggunakan pita rakaman audio. Hasil ujian-tmenunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang menggunakan pitarakaman audio dengan kumpulan yang tidak menggunakan pita rakaman audio.

Manakala keputusan min menunjukkan kumpulan yang menggunakan pitarakaman audio lebih tinggi, iaitu min = 19.92 berbanding dengan kumpulan yantidak menggunakan pita rakaman audio, iaitu min = 15.12. Rumusannya, semakintinggi penggunaan pita rakaman audio, semakin meningkat pencapaian kemahiranmendengar bahasa Arab.

7.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab tidak begitu diamalkan dalampengajaran bahasa Arab. Min keseluruhan teknik pengajaran kemahiran mendengarbahasa Arab dari soal selidik pelajar berada pada tahap rendah (min = 2.24). Minkeseluruhan teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab berada padatahap rendah (min = 2.32). Teknik kemahiran mendengar bahasa Arab yang seringdiabaikan dalam pengajaran bahasa Arab ialah teknik tidak melihat buku semasa

Jadual 4 Ujian t bagi tahap kemahiran bahasa Arab mengikut tahap penggunaan ABM

Kumpulan Jumlah Min Sisihan Nilai t dK Sig.pelajar piawai

1 1052 15.12 1.49 1.27 238 0.01*2 613 19.92 1.31

Jumlah 100

*Signifikan pada aras 0.05

Page 10: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF & KAMARULZAMAN AB. GHANI150

guru memperdengarkan bacaannya kepada pelajar. Dapatan dari soal selidik pelajaritem A1 menunjukkan seramai 83.4 peratus responden pelajar menyatakanpengajaran bahasa Arab tidak kerap menggunakan teknik tidak melihat buku ketikaguru membaca petikan karangan bahasa Arab. Dapatan dari soal selidik item B1dalam Jadual 2 menunjukkan seramai 71.0 peratus dari responden menyatakanbahawa mereka tidak kerap menggunakan teknik tidak membenarkan pelajar-pelajarmelihat buku ketika guru membaca petikan karangan bahasa Arab.

Teknik tidak melihat buku juga sering diabaikan semasa guru meminta pelajar-pelajar mengajuk bacaannya. Dapatan dari soal selidik pelajar item A4 menunjukkanseramai 74.1% dari responden pelajar menyatakan pengajaran bahasa Arab tidakkerap menggunakan teknik mengajuk bacaan guru tanpa melihat buku. Dapatandari soal selidik item B4 dalam Jadual 2 menunjukkan seramai 70.0 peratus respondenmenyatakan mereka tidak kerap meminta pelajar-pelajar tidak melihat buku ketikamengajuk bacaannya.

Teknik tidak melihat buku juga sering diabaikan semasa sesi soal-jawab soalankefahaman karangan dan semasa sesi latihan-latihan lain. Dapatan dari soal selidikpelajar item A5 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang menyatakan tidakkerap (58.3%) penggunaan teknik menyoal soalan kefahaman tanpa melihat buku,berbanding yang menyatakan kerap (20.0%). Dapatan dari soal selidik pelajar itemA6 menunjukkan seramai 67.6 peratus dari responden pelajar menyatakanpenggunaan teknik tidak melihat buku ketika membuat latihan-latihan lain adalahtidak kerap. Dapatan dari soal selidik item B6 menunjukkan seramai 52.0 peratusresponden menyatakan mereka tidak kerap meminta pelajar-pelajar tidak melihatbuku ketika membuat latihan-latihan lain dalam buku. Dapatan dari soal selidikitem B5 menunjukkan lebih ramai responden menyatakan mereka tidak kerap (56.0%)meminta pelajar-pelajar tidak melihat buku ketika menjawab soalan kefahamanpetikan karangan bahasa Arab, berbanding yang menyatakan kerap (21.0%).

Teknik tidak melihat buku ini ialah teknik khusus untuk melatih kemahiranmendengar secara berasingan. Jika teknik ini diabaikan dalam pengajaran, makapengajaran itu disifatkan tidak melatih kemahiran mendengar secara berasingan,tetapi melatih kemahiran mendengar secara gabung jalin dengan kemahiranberbahasa yang lain. Dapatan kajian juga mendapati amalan yang kerap diamalkanketika guru memperdengarkan bacaan ialah membenarkan pelajar-pelajar melihatbuku. Demikian juga guru-guru membenarkan pelajar-pelajar melihat buku semasamengajuk bacaannya, semasa sesi soal-jawab soalan kefahaman karangan, dan semasasesi latihan-latihan lain. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kefahaman pelajar-pelajar melalui deria pendengaran, kerana mereka memahami teks bukan bergantungsepenuhnya kepada deria pendengaran, tetapi kepada kemahiran membaca.

Sementara itu, mengikut Wolff et al. (1983) latihan kemahiran mendengarmemainkan peranan yang penting untuk memahirkan seseorang itu menjadi seorangpendengar yang baik. Tanpa latihan yang khusus, seseorang itu lebih terdedah

Page 11: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

151PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN HUBUNGANNYA

menjadi seorang pendengar biasa, bukan seorang pendengar yang baik. Perbezaanantara pendengar biasa dengan pendengar yang baik, dapat dijelaskan dalam satueksperimen yang dijalankan oleh Ralph G. Nichols (Abdul Aziz, 1993) di manasekumpulan pelajar maktab diminta mendengar satu syarahan selama 10 minit.Untuk tujuan pengujian, pelajar-pelajar dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulanpertama diuji sejurus selepas selesai syarahan itu dan didapati kumpulan pelajar inidapat mengingat 50 peratus dari maklumat yang disampaikan. Kumpulan keduadiuji selepas satu hari dan didapati pelajar-pelajar dapat mengingat 25 peratus darimaklumat yang disampaikan. Justeru mengikut Abdul Aziz (1993) bagi meningkatperatusan penyerapan maklumat yang disampaikan, kualiti kemahiran mendengarperlu ditingkatkan melalui latihan kemahiran mendengar.

Latihan kemahiran mendengar, lebih perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan, termasuk pelajar sekolah, kerana sebahagian besarmaklumat yang disampaikan di sekolah-sekolah melalui komunikasi lisan, iaitupendengaran dan pertuturan. Smith (1992) melaporkan satu kajian kemahiranmendengar di sekolah-sekolah mendapati bahawa antara 50 peratus hingga 75 peratusdaripada masa pelajar di sekolah dihabiskan dengan mendengar kepada guru, rakan-rakan mereka dan juga kepada media audio. Sekali gus ini menunjukkan bahawasebahagian besar masa pembelajaran di sekolah dihabiskan dengan aktivitimendengar.

Dalam pada itu, kemahiran mendengar ini ialah kemahiran yang merentasikesemua mata pelajaran yang mana pelajar boleh menggunakannya untuk kecekapanmendengar dalam mata pelajaran lain. Tanpa teknik latihan kemahiran mendengaryang baik, maklumat yang disampaikan tidak banyak yang dapat dicerap dan tidakdapat bertahan lama dalam kotak ingatan pelajar-pelajar. Sebaliknya, jika pelajar-pelajar mendapat latihan kemahiran mendengar yang sewajarnya, maklumat-maklumat pengajaran lebih banyak dapat diserap serta lebih berkekalan dalamkotak ingatan pelajar-pelajar.

Untuk itu, tugas melatih kecekapan kemahiran mendengar kepada pelajar,mengikut Abdul Aziz (1993), ialah tugas para guru bahasa. Ini kerana dalam prosespengajaran dan pembelajaran bahasa sahaja terdapat peruntukan khusus untukmelatih kemahiran mendengar, manakala mata pelajaran lain tidak terdapatperuntukan seperti itu. Mungkin tugas guru bahasa yang dimaksudkan oleh AbdulAziz (1993) di atas adalah merujuk kepada guru bahasa ibunda atau guru bahasaMelayu. Akan tetapi, jika tugas ini dilakukan oleh guru-guru yang mengajar bahasakedua, termasuk bahasa Arab, ia tetap memberi sumbangan, malahan mungkinlebih dari itu. Ini berdasarkan latihan kemahiran mendengar bahasa keduamenekankan aspek yang kurang diberi penekanan dalam pengajaran bahasa ibunda,iaitu kecekapan mendengar bunyi-bunyi bahasa. Kecekapan ini juga merentasi semuamata pelajaran di sekolah kerana dalam sesuatu mata pelajaran terdapat istilah-istilah bahasa asing yang digunakan.

Page 12: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF & KAMARULZAMAN AB. GHANI152

Kajian ini juga mendapati arahan formal latihan kemahiran mendengar tidakdiamalkan. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Barr et al. (2002) yang manamereka mendapati ramai guru gagal memberi arahan formal latihan mendengar,kerana para guru menganggap pelajar-pelajar secara tradisinya mengetahui carayang betul untuk mendengar. Begitu juga dapatan menunjukkan guru banyakmemberi arahan “dengar baik-baik” [ ] tetapi kurang memberi arahan“tutup buku” [ ]. Ini menunjukkan guru hanya memberi arahan “dengarbaik-baik” [ ] tetapi meninggalkan arahan “tutup buku” [ ].Latihan kemahiran mendengar yang membenarkan pelajar-pelajar melihat buku,bukanlah latihan kemahiran mendengar yang dicadangkan tetapi ia adalah latihankemahiran mendengar yang digabungjalinkan dengan kemahiran membaca. Inisecara tidak langsung akan mengurangkan tumpuan deria pendengaran pelajarterhadap bacaan guru. Oleh itu, arahan “dengar baik-baik” [ ] harusdisertai dengan arahan “tutup buku” [ ] menjadi “dengar baik-baik dantutup buku” [ ]. Arahan ini adalah untuk memastikanpelajar-pelajar menutup buku ketika mendengar bacaan guru (Si-ni- et al. 1983).

Demikian juga, didapati wujud hubungan antara teknik pengajaran dengan matapelajaran lain. Mohd Arip Kasmo (2000) mengkaji hubungan antara PendidikanIslam dengan teknik pengajaran modul Pasak (Pemantapan Akidah MenerusiPenghayatan Sains) dengan pemantapan akidah dalam kalangan pelajar. Dapatankajiannya menunjukkan wujudnya hubungan antara teknik pengajaran modulPASAK dengan kemantapan akidah dalam kalangan pelajar. Implikasi dari kajianhubungan antara teknik pengajaran dengan pencapaian menunjukkan teknikpengajaran yang baik memberi sumbangan kepada peningkatan pencapaian dalamkalangan pelajar.

Dapatan kajian mendapati tahap penggunaan Alat Bantu Mengajar bagi kemahiranmendengar bahasa Arab berada pada tahap rendah (min keseluruhan = 1.80). Inibermakna guru-guru bahasa Arab tidak menekankan penggunaan pita rakamanaudio kemahiran mendengar dalam pengajaran bahasa Arab. Dapatan kajian iniselaras dengan dapatan kajian Rofishah (2005) juga mendapati penggunaan alatbantuan pengajaran dalam kalangan guru bahasa Arab di sekolah-sekolah beradapada tahap rendah.

Mengikut Mok Soon Sang (1991) penggunaan alat bantuan pengajaran memainkanperanan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutama alat-alat audio-visual seperti televisyen, perakam pita, dan radio. Ia memudahkan gurumenyampaikan isi kandungan pelajaran dengan penggunaan masa yang minimumberbanding ketiadaan alat bantuan pengajaran. Koh Boh Boon (1994) telahmenjalankan eksperimen terhadap kesan penggunaan alat bantuan pengajaran bahasaMelayu terhadap pencapaian pelajar kategori kelas pemulihan. Pelajar-pelajardibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan kawalan dan satu lagi kumpulanrawatan yang menggunakan alat bantuan pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan

Page 13: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

153PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN HUBUNGANNYA

peningkatan markah ujian selepas sesi pengajaran bagi kumpulan yang menggunakanalat bantuan pengajaran. Ini menunjukkan keberkesanan penggunaan alat bantuanpengajaran dalam meningkatkan pencapaian pelajar.

Penggunaan pita rakaman audio perlu diberi keutamaan lagi dengan hasil dapatanujian-t, iaitu kumpulan pelajar yang didedahkan dengan pita rakaman audio dalampengajaran bahasa Arab mendapat keputusan yang lebih tinggi berbanding kumpulanyang tidak didedahkan dengan pita rakaman audio. Ini bererti semakin kerappenggunaan pita rakaman audio dalam pengajaran bahasa Arab, semakin tinggipeningkatan pencapaian kemahiran bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Sebaliknyajuga, semakin kurang kerap penggunaannya, semakin kurang kemahiran mendengarbahasa Arab.

8.0 PENUTUP

Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasake semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru guruperlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologisistem audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaranyang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapatmemaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini keranapendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumatkepada pelajar. Di samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakamanaudio dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaranserta dapat mengelak pelajar daripada cepat merasa bosan.

RUJUKANAb. Rahim bin Haji Ismail. 1993. The Teaching of Arabic in the Faculty of Islamic Studies in The National University

of Malaysia. Tesis Ph.D. University of Salford.Abdul Aziz Abdul Talib. 1993. Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.Ali Haji Mahmood. 1990. Masalah Penggunaan Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM.

Dlm. Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (pnyt). Alat dan Bahan Bahasa Malaysia. hlm. 71-85. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Barr, L., M. Dittmar, E., Roberts dan M. Sheraden. 2002. Enhancing Student Achievement Through the Improvementof Listening Skills. Research Project. Saint Xavier University, Chicago, Illinois.

Dahab, Mohamed Ibrahim. 1997. Evaluation of the Arabic Language Integrated Curriculum for Secondary Schools(KBSM). Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Fulford, C. P. 1993. Can Learning be More Efficient? Using Compressed Speech Audio Tape to EnhanceSystematically Designed Text. Educational Technology. 32(2): 51-59.

Grimes, W. P. dan T. E. Willey. 1990. The Effectiveness of Microcomputer Simulatinos in Teaching. Journal ofComputer Education. 14(1): 81-86.

Hama- dah Ibrahi-m. 1987. al-Ittija-ha-t al-muca-sarah fi- tadri-s al-lughah al-cArabiyyah wa al-lugha-t al-hayyah al-ukhra- li-ghayr al-na-tiqi-n bi-ha-. Kaherah: Da- r al-Fikr al-cArabi-.

Hyslop, N. dan B. Tone. 1988. Listening: Are we Teaching it, and if so, how. ERIC Digest 3 (atas talian) http://ed.gov/database/ERIC Digest3/ed295132.html (5 Mac 2001).

Page 14: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DAN …

NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF & KAMARULZAMAN AB. GHANI154

Ishak Rejab. 1992. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Dlm. Ismail Abd. Rahman(pnyt). Pendidikan Islam di Malaysia. hlm. 121-132. Bangi: Penerbit UKM.

Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications andDistributors Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. 1994. Bahan Pengajaran Kendiri Terancang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik, M. R. 2005. Penilaian Kemahiran Mendengar dalam Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi. Tesis Dok. Fal.

Fakulti Pendidikan, Bangi UKM.Nunan, D. 1999. Second Language: Teaching and Learning. Boston: Heinle & Heinle Publishers.Maimum Aqhsa Lubis. 1997. Satu Perbandingan Kesan Tiga Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Terhadap Pencapaian

Kemahiran Bahasa di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tesis Dr. Fal. UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi.

al-Madku- r, cAli. 1991. Tadri-s funu-n al-lughah al-cArabiyyah. Kaherah: Dar al-Syawaf.Mohd. Arip Kasmo. 2000. Pemantapan Akidah Melaui Penghayatan Sains. Tesis Dok. Fal. Fakulti Pendidikan,

UKM, Bangi.Mohammad Tajuddin bin Sidek. 2000. Penggunaan dan Permasalahan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru

Pendidikan Islam: Satu Tinjauan di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan.Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mok Soon Sang. 1991. Pedagogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd.

Oxford, R. 1990. Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know. New York: Newbury House.Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. 1995. Persepsi Guru terhadap Kursus Orientasi Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan. 20: 25-38.Rofishah Rashid. 2005. Penggunaan ICT di kalangan Guru Bahasa Arab Komunikasi: Kajian di sekolah-sekolah

menengah dan rendah di zon selatan Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.Rudzi Munap. 2003. Penilaian Program Diploma Kesetiausahaan Eksekutif di Universiti Teknologi MARA. Tesis

Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.Si-ni-, Mahmud, Nasif Musthafa Abd. Aziz dan Mukhtar al-Ta- hir Husain. 1983. al-cArabiyyah li-na-shi-n. Arab

Saudi: Kementerian al-Maca- ri-f.Smith, S. 1992. How Can Parents Model Good Listening Skills? ERIC Digest (atas talian) http://ed.gov/database/

ERICDigest3/ed1890120.html (7 April Mac 2001).Sola- h al-cArabi-. 1981. Tacalum al-lughah al-hayyah wa tali-muha- bayna al-nadhariyyah wa al-tatbi-q. Beirut: Maktabah

Lubnan.Syed Omar. 1997. Kaedah Berkesan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di SMKA. Kertas kerja

dibentangkan di Institut Aminudin Baki. Seminar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, anjuran JAPIM. 20-22 Mac.

Taci-mah, Rushdi Ahmad. 1986. al-Marja’ fi ta’li-m al-lughah al-cArabiyah li an-natigin bi luga-ht ukhra-. UniversitiUmm al-Qura: Silsilah Dira- sa- t fi ta’lim al-Arabiyyah.

Weiten, W. dan M. N. Lloyd. 1994. Psychology Applied to Modern Life. Ed. ke-4. California: Brooks/Cole PublishingCom.

Wolff, F. I., N. C. Marsnik, W. S. Tacey dan R. G. Nichols. 1983. Perceptive Listening. New York: CBS CollegePublishing.