Upload
abu-ammar
View
42
Download
18
Embed Size (px)
Citation preview
ARNAB / RABBIT
Sering terserempak dengan soalan-soalan asas bagi seseorang yang baru berjinak-jinak ingin mengambil atau membeli arnab sebagai haiwan kesayangan.
Antara soalan yang selalu ditanya
Dimana nak mendapatkan arnab yang sihat?
Sangkar yang sesuai ?
Boleh atau tidak saya memelihara arnab saya di
dalam/luar rumah?
Boleh saya memelihara hanya 1 atau 2?
Saya ada mendengar Hay (rumput kering) baik untuk
arnab, apa itu Hay?
Perlukah saya memandikan arnab saya?
Apa perlunya saya memotong kuku arnab saya?
Boleh atau tidak arnab saya mendapat penyakit, dan
apa puncanya?
Kembiri (spay @ neuted )… apa perlunya ?
Sebelum menjawab setiap soalan diatas atau yang berlegar di fikiran
pembaca…. Ada beberapa faktor yang perlu diingat sebelum mengambil
atau memelihara arnab tidak kira untuk anda atau menjadikan hadiah
kepada anak atau teman wanita.
Fikirkan dan tanyakan
1. Adakah anda sudah bersedia untuk memikul
tanggungjawab yang akan berlarutan sehingga akhir
hayat arnab itu… kerana jangka hayat arnab mungkin
mencapai 10 tahun
2. Adakah orang lain didalam rumah juga mersa arnab?
3. Arnab adalah haiwan exotic dan perbelajaan
perubatannya adalah Tinggi.. adakah anda sudah
bersedia?
4. Adakah dikalangan keluarga anda yang mengalami
alahan terhadap rabbit atau Hay?
5. Adakah anda mampu menyediakan sangkar atau
kawasan yang sesuai bagi arnab anda?
6. Adakah kawasan atau rumah ada adalah Mesra Arnab?
7. Adakah anda ada memelihara haiwan lain yang boleh
mengancam arnab? (kerana arnab amat sensitive,
dengan kejutan sedikit boleh menyebabkan kematian)
8. Adakah anda pernah mempunyai Arnab sebelum ini?
Dimana arnab itu sekarang?
9. Adakah ada mempunyai masa untuk mengawasi arnab
anda?
10. Adakah rumah/apartment ada membenarkan ada
memelihara haiwan?
11. Sekiranya anda berpindah, berkahwin dan
mempunyai anak dan juga mempunyai komitmen,
adakah anda masih mampu mengawasi arnab anda?
12. Jika anda menghadiahkan nya untuk anak anda..
adakah anda rasa anak anda sudah bersedia untuk
memikul tanggungjawab bagi membersihkan, memberi
makan dan sebagainya. Jika tidak pastikan ada
dikalangan dewasa atau anda sendiri yang
memikulnya.
Sekiranya semua soalan diatas, anda para pembaca Blog ini dapat
menjwab Ya… mungkin anda bersedia untuk kehadiran arnab atau apa-
apa sahaja haiwan sebagai haiwan kesayangan.
Sekarang Cuba fikirkan pula… adakah ANDA sesuai memelihara atau
menjadikan arnab sebagai haiwan peliharaan?
1. Adakah saya seorang yang sabar?
2. Adakah saya suka melihat kelincahan dan belajar cara2
spesis lain berkomunikasi?
3. Adakah saya mempunya masa yang banyak dirumah?
4. Adakah saya suka mengabiskan masa dengan duduk
diatas lantai?
Untuk pengetahuan ASAS
Arnab Boleh dilatih untuk mengunakan tandas (Toilet
Tray) –untuk arnab tentunya
Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan
mungkin lebih lama
Arnab adalah haiwan yang suka bergaul
Arnab adalah teman yang baik di rumah
Arnab akan menghasilkan bunyi “purr” seperti kucing
bila gembira dan senang hati
Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri
(Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi
mengawal perilaku matang.
Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan
digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di
atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja
dari anda
Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board,
plastic berwarna , bola berloceng adalah antara
permainan digemari.
Arnab amat gemar menguyah. Jadi sediakan bahan
untuk mereka menguyah seperti potongan blok kayu.
(atau mereka akan menguyah harta benda anda)
Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti,
pemangsa, kabel electric dan telifon, racun atau
tumbuhan beracun dan suhu yang melampau.
saya pun pening lah memikirkan knp arnab sy gugur bulu dia? susah aty
saya tengok arnab sy semua tak ada bulu. tak cntk. lagi kesian arnab2 sy.
LB tolong la sy bg petua untuk kembalikan kecomelan arnab saya. terima
kasih.
Reply
1. 69 Nur Jeha Isha'ari
July 24, 2012 at 8:48 pm
berapa lamakah arnab mengandung???? sebelum mereka melahirkan
anak-anaknya.
Reply
2. 70cloudsry
August 27, 2012 at 10:34 am
hai LB…sy bykkkkkkkk sgt problem ngn rabbits ni..adoi sy ingat sy ni byk
pengalaman dah tapi still kehilangan rabbits yg sy syg…br ni sy dapat 5
new born..the probs is their mommy not gave any milk to them..after 5
days, her babies makin tiny..huhuhu..so i separated them from their
mom..then i gave milk from vet…yg tragik sekor2 mati…adoi,so
depressed…all the babies really cute and they r loopies!…sbb sblm ni..sy
pernah dah separated the other rabbit n bagi milk yg vet bag, dan
alhamdulillah sumenye ok….and LB i got the others probs about
rabbit..help me..:(
Reply
3. 71fadilah
September 10, 2012 at 9:22 pm
macam mana nak jage arnab yg baru je lahir?..saya asingkan dari
ibunya..sbb takut maknye pijak..sblm ni kne pijak n makan…macam mana
ye nak jaga tanpa ibunya?..kne bagi susu ape?atau air biasa…boleh bantu
saya…
Reply
4. 72Fazira
January 14, 2013 at 2:22 pm
Assalamualaikum, saya ada bela 2 ekor arnab. satu hari tu saya ingin
basuh sangkarnya. saya letakkan arnabsaya di atas meja. arnab saya yg
seekor ni suka duduk bahagian penjuru meja. bila saya masuk ke dlm
sebentar, tgk2 dia dah terjatuh. saya nampak dia kat bwh. nak tanya, ada
apa2 kesan ke bila dia jatuh ??
Reply
5. 73 Fafa
February 3, 2013 at 12:40 am
tips yg bagus.saya pn bela gak sekor. lionhead
Reply
6. 74Azreen
February 5, 2013 at 9:33 am
Selamat pagi LB,
Saya ada soalan sikit. Arnab saya baru beranak 6 hari yang lepas dan
saya asingkan yang si jantan daripada ibu arnab dan anak2nya. Masalah
saya sekarang, si ibu langsung taknak menyusukan anaknya walau
macam2 cara saya dah cuba. pujuk si ibu bagi minum susu makan buah
manjakan dia tapi si ibu masih langsung tidak mempedulikan anak2 arnab
ni. Disebabkan daripada mula beli (sejak umur sebulan) ibu arnab dan
arnab jantan ni saya letak dalam satu sangkar, jadi diroang ni dah terlalu
berkasih sayang. Jadi bila saya asingkan masa si ibu beranak sebab nak
suruh dia jaga anak, si jantan dah jadi murung dan selalu termenung.
Kesian saya tengok. Jadi kadang2 saya masukkan juga si ibu dalam
sangkar arnab jantan….. masalahnya si ibu ni langsung tak pedulikan
anaknya….saya risau anak arnab tak cukup makan….apa patut saya buat?
Reply
7. 75ahliena
February 7, 2013 at 11:29 am
kenapa di hidung rabbit sy ada kerak….dan dibahagian kuku kaki?
Reply
8. 76 arnab saya
March 26, 2013 at 3:34 pm
Saya pun ada arnab juga sekarang besar suda…..masa mula-mula beli dia
mungkin kecl sikt masa tu.sekarang lincah sda belari dia boleh mkn coklat
dairy milk kan saya klau p pekan beli tu..jadi makn tu bagi la
diasepotong.sikit ja bagi sbb cklt tak bagus untk kesihatn arnab.lupa juga
aq mo bagi tau korang yg nama arnab saya adalah TOMPOK.memnglh
agak pelik tu nama ikut warna bulu .apa boleh buat nenek pun selalu jga
paggl tu nama.sekarng arnab saya keseorangn.maklumlah blm ada
pasangn
MEMILIH ARNAB
Dimana nak mendapatkan arnab yang sihat?
Walau apa BAKA ARNAB pun yang dipilih pastikan ia dalam keadaan sihat
dan aktif, bagaimana anda tahu arnab itu sihat?
Apabila memilih arnab , lihat beberapa perkara yang dapat memastikan
bahawa haiwan tersebut dalam keadaan sihat dan sempurna
1. periksa dan pastikan keadaan tubuh atau badan arnab- ia hendaklah tidak
terlalu kurus atau terlalu gemuk dan tidak membunyai bau yang tidak
menyenangkan
2. usap bulu arnab tersebut untuk memantikan tidak terdapat luka, periksa
juga bahagian pungung , jika terdapat sebarang kekotoran atau cairan ini
mungkin disebabkan oleh cirit birit
3. mata arnab hendak lah bersih dari sebarang kotoran dan kerak, periksa
bulu disekitar mata untuk melihat lelehan air mata dan juga tahi mata
4. hidung arnab yang sihat bersih tanpa sebarang kotoran dan cela
5. Periksa gigi arnab, ia tidak harus terlalu panjang dan didalam keadaan
yang sempurna. Juga pastikan tiada lelehan dan bulu yang basah di
bahagian dagu.
6. awasi pernafasan arnab, ia seharusnya senyap dan perlahan
7. perhatikan pergerakan arnab.. ia seharusnya aktif dan dipenuhi rasa ingin
tahu
8. perhatikan kawasan arnab itu ditempatkan- arnab harus berada di tempat
yang bersih tanpa keadaan sesak dan juga terdedah kepada stress dan
juga penyakit
9. pilih arnab yang mesra dengan anda – arnab yang tenang dengan
kehadiran anda adalah yang terbaik.
PENTING!!!
Arnab yang berumur kurang dari 4 minggu memang amal comel, tetapi ia
masih belum matang untuk dipisahkan daripada susu ibu. Walaupun ia
kelihatan pandai berdikari dengan makan dan minum sendiri, tetapi
hakikat bahawa sistem penghadaman mereka masih belum matang. Dan
ini boleh mendatangkan kematian kepada anak arnab yang terlalu muda.
Jadi amatlah digalakkan mendapatkan arnab yang berumur sekurang-
kurangnya 8 minggu. Untuk panduan boleh ada rujuk DiSINI
Apabila mendapatkan atau membeli arnab daripada pembiak baka…
pastikan pembiak baka adalah yang beretika ( yang memberi perhatian
dan juga menjaga tahap kesihatan haiwan yang dibiak mereka) dan
pastikan juga pembiak baka tersebut memberikan segala maklumat yang
ada perlukan. Sentiasa memerhatikan “RED FLAG ” setiap kali anda
berhadapan dengan pembiak baka.
PEMAKANAN
Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering
(Hay- rumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran
segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa limit.
Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh
menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau
atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi
ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering
atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah ‘HairBall’.
Bagaimanapun tambahan pelet dalam pemakanan arnab dapat memberi
diet yang seimbang kepada haiwan ini.
Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai
makanan tambahan sahaja dan tidal diberikan secara khas. Sistem
penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh
menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal
terutama sekiranya mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana
pun pengurangan memberi pelet haruslah diseimbangkan dengan
memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.
HAY
Rumput kering atau hay (seperti Timothy, Alfalfa, Bermuda dan Oat)
seharusnya seharusnya diberikan tampa had kepada arnab. Dengan
menambah atau menukar diet hay dua kali sehari didalam diet dan
mengurangkan pellet kepada sekali sehari dapat membuat arnab anda
cukup lapar dan akan memakan hay yang diberikan. The House Rabbit
Society mencadangkan agar anak arnab sehingga berumur 6-7 bulan
diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain
(Timorty, Bermuda, oat) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah
rumput dari jenis Timothy, Bermuda atau Oat. Ini adalah kerana rumput
Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis
hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.
Rumput Alfalfa… bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan
Rumput Timothy… untuk arnab dewasa.
*photos taken from www.chubbypetsgarden.com
Untuk makluman cara untuk mendapatkan nya boleh
menghubungi ChubbyPetsGarden-Online Store
SAYURAN SEGAR
Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size
arnab tersebut, 2-4 cawan sayuran segar patut diberikan setiap hari.
Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa
dengan diet pelLet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat
berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu.
Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan
sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit.
Jangan sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar
ini boleh menyebabkan cirit birit. Basuh sayuran dengan aliran air dan jika
was was rendam sayuran didalam air selama 30 minit. Ini bukan sahaja
dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga
memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk
arnab.
Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu
dalam jumlah yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan arnab
kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana
sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh
menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa kepada
kematian.
Sayur sayuran yang boleh diberi;
PERINGATAN!!!
Iceberg Lettuce atau Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada
arnab.
Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh
diberikan boleh klik di “Suggested Vegetable”
PELLET
Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-
ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori.
Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan
masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap.
Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang
diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk
arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.
Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan
kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin
(bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk
arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal
mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7
lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab
muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya
sehingga mencapai umur 6 bulan.
Pellet yang disyorkan,
OXBOW Bunnies Basics
Snek untuk Arnab??
Kami mencadangkan 1-2 sudu besar buah buahan segar diberikan kepada
arnab sebagai snek. Memandangkan kandungan karbohidrat dan gula
didalam snek ini terlalu tinggi. Maka memberi arnab dalam kuantiti yang
banyak dan kerap adalah tidak sesuai, kerana ia akan mendatangkan
masalah kepada arnab.
Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh
diberikan boleh klik di “Suggested Fruits”
MEMILIH SANGKAR
Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan
kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat
untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun
arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam
rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat
baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau
besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah
dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi
anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran
Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda
kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup
besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4
kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24” x 36” untuk
arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30” x 36” untuk arnab yang lebih
besar.
Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi
masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran
mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk
dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan
boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”. Sekiranya anda
mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan
atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai
solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan
jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz
½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi
sebagai lantai sangkar.
Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda
membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan
membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi
adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam
didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.
Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh
membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih practical tetapi
juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.
Sangkar 2 tingkat dengan ukuran 4′ x 2′ x 2′
Sangkar hendahlah selesa, boleh memuatkan ‘Toilet tray’ dan juga bekas
makanan dan minuman, sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak
bosan.
Kemasan Bulu/ Grooming
Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan
masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna
mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus
mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan
HairBalls dari berlaku.
Menyikat atau memberus
Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan
memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim
pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang
lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda
dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir
keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus
diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan
gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab.
Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu
membuang bulu yang gugur dan mati.
Sikat @ Slicker dan Berus untuk arnab *photos taken
from www.chubbypetsgarden.com
untuk mendapatkannyer dan keterangan lanjut
Hubungi ChubbyPetGarden
Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan
jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu
arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan
arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh
melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati
ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan
amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih
baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab
lebih tenang kerana telah biasa.
Adalah digalakan melakakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia
memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh
membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.
Membuang Gumpalan Bulu
Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan
mengunakan gunting untuk membuangnyer , kerana ia amat mudah
secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan sabar dan
secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak
menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama
dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut. Atau anda
boleh memdapatkanFURMINATOR untuk menyelesaikan masalah anda.
Adakah arnab perlu dimandikan?
TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau
anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan
stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya basuh
ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala
yang dibasahkan. Hanrus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang
lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah
mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan
tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh
mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer lapkan arnab dengan
mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.
Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan
untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau
memandikannya dengan air.
Powder Shampoo untuk arnab *photos taken
from www.chubbypetsgarden.com
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkanyer di ChubbyPetGarden – Online
Store
MEMOTONG KUKU
Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda
dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka
tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia
dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan
panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini
adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.
Video cara memotong kuku arnab dengan betul
Loading...
177 Responses to “Penjagaan Asas”
Feed for this Entry Trackback Address
1. 1Lat
April 24, 2009 at 7:36 am
hallo
saya nk tny,rabbit sy kecik lagek.tp kenapa dia x suka makan pallet yek?
da mcm2 pallet sy belik tp dia x brapa nkmkn.dia asek mkn carrot dan
alfalfa saja.adakah ini bagos utk arnab saya??
apa yg patut sy buat??
Reply
o 2lazybunnys
April 24, 2009 at 11:53 am
tak mengapa alau dia tak makan pellet tetapi dia makan alfalfa hay, kalau
boleh kurangkan kuantiti pemberian carrot, kerana kandungan gula dalam
carrot agak tinggi dan jika diterima terlalu banyak tidak baik untuk arnab.
Beri dia banyak makan hay alfalfa, dan pallet tu jika boleh dapatkan yang
dibuat daripada Alfalfa base.
Reply
o 3ira
July 30, 2013 at 8:46 am
salam..
sy ira dr putrajaya..sy nk tny kencing rabbit blh mnyebabkn die kne kurap
ke??sbb sblm ni sy ade bele rabbit 2 ekor jntan betine..bile diorg da besar
sy tgk ade kuping2 kt telinge tangan muke die..mangkin lame mangkin
bnyk smpikn bulu die semue gugur..xde plak sy bwk die g klinik..smpi la
die mati..
Reply
2. 4Z
May 11, 2009 at 12:59 am
salam… sy ni baru je start bela arnab. Mmg minat & sayang pada
haiwanlah gitu. Kucing pun ada.. tapi minggu lepas tak tertahan
melihatkan kecomelan arnab yg org jual kat pet shop hehe… So sy belilah
sekor lion head breed. Dah puas dptkan info & tips tentang penjagaan
arnab dlm internet versi BI & BM.
Cuma masih blur psl “litter trained”. Sbb sy perhatikan lion head saya ni
dlm sangkar, kencing kat hampir semua sudut sangkar. Boleh bagi
cadangan tak? Utk info, sy simpan dia dlm sangkar saiz 24″ x 36″ dilapik
dgn flat plastik ada lubang2. Najisnya no problem sbb bila dia buang,
terus ke bawah (dulang dgn serpih kayu). Cuma masalah kencing jer… kat
corner
Reply
o 5lazybunnys
May 11, 2009 at 11:16 am
arnab memang biasanya akan kencing di corner cages. Ada beberapa
cara dan itu terpulang kepada individu ingin melatih arnab mereka
bagaimana. Jika ingin mengunakan Litter tray yang sedia dibawah
sangkar, dan tidak mahu ia terpercik kesana sini, letakan penhadang
board Plastik di setiap penjuru atau hanya ditempat yang paling kerap
arnab kencing. Biasanya arnab hanya kencing di satu sudut. Jika kencing
merata rata biasanya itu bukan kencing tetapi dipanggil spray. Bagi
menandakan dominasinya. Yang paling kerap dilakukan kebanyakan
pelimilik arnab adalah dengan meletak “Toilet/Litter tray” samada yang
berbentuk Triangle atau rectangle yang banyak dijual di pet shop atau e-
shop. Cara tetap sama letakkan di sudut dimana arnab kerap kecing
didalam cages. Letakan bedding didalam tray tersebut, dan untuk
permulaan Z boleh meletakan beberapa ketul najisnya. Letakan Bekas
makanan dan airnya berhampiran dengan litter tray tersebut. Biasanya,
arnab akan duduk diatas littre tray tersebut sambil makan. Dan jika boleh,
Z jangan gunakan serpih kayu (biasa untuk hamster) untuk bedding ini
kerana, arnab agak sensitif dengan bau dan habuk kayu pine atau cedar
tersebut. Dan untuk jangka masa lama ia tidak baik untuk arnab. mungkin
Z boleh gunakan Woody Pet, harganya pun agak murah dan amat baik
menyerap cecair dan bau, serta senang dibersihkan.
Reply
6hafizzah
May 13, 2010 at 11:12 pm
bedding tuk toilet tray nk ltk pe LB?
3. 7Z
May 11, 2009 at 6:42 pm
oh gitu… thank you for your tips LazzyBunny :-)
Saya akan cuba buat apa yang LazzyBunny cadangkan. Yang tentang pine
wood/cedar tu.. actually the pet shop yg recommend. Thru my few days
experience ni, so far memang takde bau yang tak menyenangkan hasil
dari pembuangan my rabbit. Cuma kencingnya saja yang meleleh..
however it is, nanti trylah apa yang LazzyBunny suggested.
Thanks for your time ya? Kalau ada apa2 lagi nak tanya… boleh kot
tanya? hehe…
Reply
o 8lazybunnys
May 12, 2009 at 9:54 am
hahaha.. boleh, kata orang sesat bertanya sesat jalan… LB pun suka juga
kalau ada yang tanya.
Reply
4. 9Z
May 14, 2009 at 8:20 pm
LB… ada satu lagi soalan.
Lion Head saya tu masa beli kelmarin semua okay. Takde nampak cacat
celanya. Setakat hari ni dah dekat 2 minggulah dlm penjagaan. Cuma
sejak 3-4 hari kebelakangan ni, perasan salah satu telinga dia jatuh
pulak… tak tegak mcm yg sebelah lagi or tak macam biasa. Kenapa eh?
Reply
o 10lazybunnys
May 15, 2009 at 9:36 am
Z.. mungkin arnab Z, bukan Pure Breed Lion Head.. ini mungkin Mix breed.
Bukan cacat tapi genetik
yang mana mungkin salah satu ibu atau bapa nyer adalah arnab
bertelinga Lop.. atau memang ibu dan bapa dalah sudah sedia Mix breed.
Bukan cacat tapi memang jenis dia macam tuu. jangan lah risau. tak jadi
masalah tuu.. oleh kerana Mix breed, berkemungkinan telinga yang atu
lagi akan jatuh atau lop juga. Dan mungkin juga hanya sebelah sahaja
yang Lop.
Reply
11Z
May 15, 2009 at 10:25 pm
Oh ya ke LB?! Hmm tak taulah kan? Mungkin jugaklah mix breed. Nak je
share kasi tengok the rabbit hehe…
[img]http://usera.ImageCave.com/z2009/Animals/ciknab01.jpg[/img]
5. 12E-mah
May 15, 2009 at 5:44 pm
hi..sy bru smlm dpt babt rbbt, 9 ekor sumenye…tp mslhnya sy xpnh nmpk
mak dia bg mnum susu pun:( so far hingga ari ni sume ank2 msh hdup.
mcm mana nk jg baby rabbt ni? bleh bg panduan x…ble diorg buka mata..
bila bru bleh mkn pallet…everythng. or juz biar mak dia je yg handle…tp
mak dia xslalu pun g tgk ank2 dia..kdg2 bila msk, dia pijak plak 1 2 baby
dia huhu cmne nk wat ni. sy dh g tnya vet, dia ckp kalo lps 24 jam baby
msh hdup, mknanya mak dia susukn. ada x possibilities ada baby yg x
disusukan…ank dia kn rmai sgt:( sy bela diorg ni dlm bilik. maknya jns
angora, ayhnya loop. slalunya sy biarkn je diaorg main2 dlm bilik, tp skrg
yg jntn dh kne kurung sbb tkt nnt dia xsbr2 nk mengawan lg, cian yg
betina xmpt rht ngeeee:)
Reply
o 13lazybunnys
May 15, 2009 at 7:12 pm
ibu arnab hanya menyusukan anaknya 1-2 kali sahaja sehari, dan
biasanya pada lewat malam atau ketika dia merasa selamat. Jangan
diganggu selalu kerana bimbang akan memberikan stress kepada ibu
arnab. untuk mengetahui samada ibunya memberi susu atau tidak, adalah
dengan melihat perut baby pada awal pagi. Jika bulat dan tidak kelihatan
kecut makan ia cukup susu. Baby akak buka mata pada hari 9-12.
Sebaiknya selepas membuka mata, bersihkan sangkar bagi mengelak
jangkitan pada mata. Dan jika boleh letakan Alfalfa hay, kerana baby akan
mula meneroka dunia barunya dan mungkin akan mula makan pallet dan
hay. E-mah lakukan yang patut, dengan mengasingkan arnab jantan dan
arnab betina pada masa ini.
Reply
6. 14urfa
June 7, 2009 at 5:46 pm
sya ad arnab kecik lg dlam satu bulan… arnab nyer warna ptih mcam
mana nak jaga agar warna arnab itu sentiasa ptih…
Reply
o 15 thefluffies
June 11, 2009 at 7:18 pm
Sila rujuk :
http://www.bio.miami.edu/hare/buttbath.html
Reply
7. 16MummyIna
June 10, 2009 at 3:24 pm
Hi LB,
I baru start bela 3 ekor rabbit last friday age almost 2month type Angora
mixed (sepasang), yang lagi sekor tak pasti apa (mas bli dia kata angora
mixed local)..nak tau nape yang angora type tu dia suka hiding kat celah-
celah temapat even I lepaskan dia kat dalam umah…
Tapi yang lagi satu type tu active sesangat..
Pastu smlm my hubby bagi makan kangkung,,okey ker??
Nak tau gak nape dia kuat shaking (menggigil)..memang pattern dia ker
tu..
Reply
o 17 thefluffies
June 11, 2009 at 7:24 pm
Hello Ina,
LB outstation. Jadik dia wakilkan saya untuk jawab soklan dari
pengunjung2 blog LB nih.
1. Rabbit suka hiding bila dia rasa cemas dan tak selamat. Maybe Ina
boleh cuma pujuk dia dengan mengusap2 pada bahagian kepala dan
telinganya. Sambil2 tu boleh jugak umpankan dengan makanan
kegemarannya ;)
2. Sayuran hijau cuma boleh diperkenalkan pada umur 4 bulan ke atas.
Itupun secara perlahan2 dan dalam jumlah yang kecil.Selalunya sayur2an
yang digunakan ialah sawi dan carrot. Kangkung boleh menyebabkan
angin dn GI Stasis pada rabbit, lebih2 lagi rabbit yang masih muda.
3. Jantung rabbit memang bergerak berganda2 lebih pantas dr haiwan
lain. Tapi make sure rabbit2 dalam keadaan tak terlalu panas dan tak
terlalu sejuk. Bila panas sangat dan sejuk sangat pun boleh menyebabkan
shaking.
Reply