Asas-Asas Pemerintahan Islam

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Asas-Asas Pemerintahan Islam

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    1/23

    Asas-Asas Pemerintahan Islam

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    2/23

    AQIDAH

    Politik dan pemerintahan Islam adalahberlandaskan kepada akidah tauhid (Allahyang satu) dan menolak syirik (menyekutukan

    Allah). Ini bermakna kepercayaankepada rukun iman

    adalah bermula daripada beriman kepadaAllah Yang Maha Esa sehinggalah hari akhirat.

    Iman bermaksud kepercayaan kepada semuayang datang daripada Allah dan rasulNya.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    3/23

    Iman mengikat antara roh dan jasad supaya

    pemimpin dapat mengendalikan

    tanggungjawab kepimpinannya sebagai ibadah

    yang mewajibkannya tunduk dan patuh

    kepada Allah dan rasul serta menggunakan

    kebijaksanaan menangani perubahan dengan

    cara yang betul.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    4/23

    Akidah Islam menjadi prinsip kepada sesebuah

    negara itu apabila didirikan, keranaurusan

    politik juga berada di bawah senarai perintah

    Allah yang wajib diimani dandiamal mengikut

    hukum Allah dan dihisab pada hari kiamat

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    5/23

    Akidah tauhid mewajibkan ibadah dalam

    aspek hukum yang berkait dengan urusanpemerintahan negara. Segala pelanggaran

    akidah akanmendapat balasan dosa.

    Ini berbeza dengan prinsip pentadbiran selainIslam contohnya negara sekular ala-Barat yang

    tidak ada perhitungan dosa atau pahala dalam

    politik.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    6/23

    ada golongan menyalahgunakan kuasa yang diberi olehrakyat dengan nama demokrasi iaitu mereka yangmenipu rakyat dan menggunakan wang rasuah bagimendapat kuasa dan menunjukkan mereka berkuasa.

    Apabila berkuasa, mereka menindas denganmenggunakan nama undang-undang yang diluluskan diparlimen serta alasan kuasa yang diberi oleh rakyat.

    Akibatnya timbul perasaan tidak puas hati rakyat yang

    merasa tertindas dan lahirlah puak-puak atau parti-parti politik yang digelar pembangkang.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    7/23

    SYARIAH

    Ketinggian syariah Islam menjadi

    perlembagaan dan sumber perundangan yang

    berkuasa kepada pihak pemerintah. Ia juga

    adalah rukun penting kepada dasar dan

    objektif politik Islam.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    8/23

    Penubuhan kerajaan Islam di Madinah dengan

    jelas telah menyatakan tentang penggubalan

    Piagam Madinah.

    Ia berfungsi sebagai perlembagaan dan

    undang-undang yang dipatuhi seluruh rakyat.

    Ia juga telah menyatukan seluruh puak dan

    diterima penganut agama lain.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    9/23

    Kuasa tertinggi syariat Islam yang menjadi

    prinsip politik ialah bagi menjamin

    tertegaknya keadilan tanpa mengongkong akal

    dan pengalaman manusia dalam perkara yang

    baik serta memberi pengajaran.

    Ia tidak boleh dihanyutkan oleh kerajaan yang

    zalim atau pemimpin yang jahil.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    10/23

    Dalam urusan kehidupan manusia, Islammenegaskan hukum seperti halal dan haram,hukuman deraan qisas dan hudud dalam

    perkara jenayah dengan kawalan menjaminkeadilan dan hak semua pihak.

    kelemahan undang-undang ciptaan manusiatidak mampu mengatasi masalah sosial,maksiat dan jenayah berat sehingga keadaansemakin parah

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    11/23

    PRINSIP-PRINSIP PEMERINTAHAN

    ISLAM

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    12/23

    PRINSIP 3: KEBEBASAN (al-Hurriyah)

    Kebebasan dalam Islam ialah untuk menjamin

    hak individu dan memeliharanya daripada

    pelanggaran hak asasi manusia. Kebebasan

    dalam politik Islam ini termasuklah hak

    kebebasan dalam beragama dan

    mengamalkan fahaman tertentu selagi tidak

    menjejaskan hak kebebasan individu lain.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    13/23

    Kita tidak pernah mendengar ada paksaan

    untuk memaksa golongan-golongan bukan

    Islam memeluk Islam, atau tiada berniat untukpembasmian ajaran-ajaran agama lain di

    dunia.

    Andai para Khalifah Islam dahulu telahmemilih cara tersebut nescaya akan lenyaplah

    agama Kristian seperti mana yang dilakukan

    oleh Ferdinand dan Isabella terhadap agamaIslam di Sepanyol.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    14/23

    Kewujudan gereja-gereja di negara-negara

    Islam sampai sekarang sudah cukup untuk

    membuktikan sikap toleransi yang menyeluruh

    dan bagaimana kebebasan beragamadiamalkan oleh kerajaan-kerajaanIslam sejak

    dahulu lagi.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    15/23

    PRINSIP 4: PERSAMAAN(al-MUSAWAH)

    Dalam kontek politik Islam, persamaan

    bermaksud semua orang dalam kerajaan

    mempunyai tanggungjawab serta hak-hak

    atau layanan yang sama tanpa membezakanbangsa, keturunan, bahasa dan sebagainya.

    Dalam Islam semua manusia sama di sisi Allah.

    Islam tidak membenarkan umatNyamemperhambakan diri atau melakukan

    penindasan sesama manusia.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    16/23

    Merujuk kepada pentadbiran kerajaan negara

    kita, perkara di atas jelas telah dilaksanakan.

    Semua rakyat mendapat hak-hak mereka

    sebagai rakyat dan warganegara Malaysia.Semua warganegara Malaysia tidak kira

    bangsa, agama atau keturunan telah

    mendapat hak yang sama kecuali dalamperkara unsur-unsur tradisi dalam

    perlembagaan.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    17/23

    UNSUR-UNSUR Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

    (bangsa lain bebas mempelajari danmenggunakan bahasa ibunda masing-masing).

    Agama Islam sebagai agama rasmi (penganutagama lain bebas mengamalkan agama dan

    kepercayaan masing-masing tetapi dilarangmenyebarkan agama lain di kalangan penganutIslam).

    hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputeraSabah dan Sarawak serta Kedaulatan Raja-rajaMelayu.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    18/23

    DEMOKRASI DARI SUDUT PANDANGAN

    ISLAM

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    19/23

    DEMOKRASI

    Demokrasi

    Demos (rakyat) , Kratia (pemerintah)

    Abraham Lincoln

    -Demokrasi kerajaan untuk rakyat oleh rakyat

    Syarat-syarat demokrasi (menurut Raymond Gettel)

    I. Pemerintahan dipersetujui umum

    II. Peraturan atas dasar awam dicipta oleh wakil rakyat melaluipilihanraya

    III. Ketua negara/ketua kerajaan dipilih secara langsung atau tidaklangsung melalui proses pilihan umum

    IV. Hak memilih kepada rakyat atas dasar sama rata

    V. Jabatan erta tugas-tugas pegawai dilantik berdasarkan kelayakan(merit) daripada semua golongan rakyat.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    20/23

    Suara rakyat menentukan corak pemerintahansesebuah negara

    Pemerintah tidak boleh bertindak sewenang-

    wenangnya kepada rakyta tnpa persetujuanmereka

    Rakyat berhak menjatuhkan pemerintahansekiranya mereka melakukan perkara yg

    bertentangan dgn kehendak majoriti Kehendak majoriti tunggak kepaa sistem

    pemerintahan bercorak demokrasi

    DEMOKRASI

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    21/23

    DEMOKRASI

    Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allahberpandukan kepada Al-Quran dan RasulNya.

    Segala sistem hidup manusia termasuk politik perluberpandukan kepada landasan yang telah ditetapkan.Oleh itu, kehendak majoriti dapat diterima sekiranyatidak bercanggah dengan Al-Quran dan al-Sunnah.

    Dalam demokrasi Islam, rakyat berbagai-bagaiketurunan dan pangkat kedudukan semuanya dianggap

    setaraf antara satu sama lain. Semuanya diberikebebasan untuk bersuara, menubuhkan parti politik,menyertai pertubuhan dll.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    22/23

    DEMOKRASI

    Pilihan raya: Untuk memilih pemimpin yang terbaik &

    hendaklah dijalankan secara prihatin, sensitif dengan hak dan

    tanggungjawab.

    Parti politik: hanya yang beridealismakan Islam dibenarkan

    bertanding, manakala calon-calon yang bertanding mestilah

    mempunyai latar belakang agama yang mantap.

    Pengundi : rakyat perlulah diberi pendidikan yang secukupnya

    agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat untuk

    memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpinmereka.

  • 8/2/2019 Asas-Asas Pemerintahan Islam

    23/23

    DEMOKRASI

    Ijmak : persepakatan ahli-ahli mujtahid drpd

    kalangan umat Islam dlm sesuatu masa,

    mengenai sesuatu hukum syarak tentang

    sesuatu perkara

    Ijtihad : usaha mengkaji dalil-dalil syarak untuk

    mengeluarkan hukum syarak tentang perkara-

    perkara & peristiwa yg tidak ada nas dan ijmakmengenainya.

Search related