Bab 2 Pratulisan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    1/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    1

    BAB 2

    PRATULISAN

    2.1. Pengenalan

    2.2. Latihan melaksanakan aktiviti pergerakan jari, tangan dan mata

    2.3. Aktiviti melukis di pasir, air dan cermin

    2.4. Melaksanakan aktiviti mencari jalan keluar, memadankan huruf/bentuk/gambar,

    Aktivi menyambung titik dan membuat corak

    2.5. Tulisan mekanis

    HASIL PEMBELAJARAN

    a. Memahami tentang definisi dan konsep pratulisan.

    b. Menerangkan cara mengajar menulis asas kepada kanak-kanak .

    c. Menghuraikan tentang faedah cara mengajar menulis kepada kanak-kanak dan fungsinya.

    d. Mengaplikasikan teknik pengajaran dan aktiviti pengajaran menulis yang sesuai kepada kanak-kanak

    Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikalsemata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Hal inikerana, penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkantulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis pendekatan

    dan teknik dalam kemahiran menulis serta beberapa contoh bahan pengajaran yang berkaitan.

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    2/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    2

    .

    Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilaluioleh murid-murid bagi menyediakan diri ke arahmelahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan

    boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat ini, aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam persekitaran merekadengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkankesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkatcontengan ini berkembang dari membuat contengan

    bebas hingga ke peringkat contengan terkawal.

    Pratulisan juga merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaanmenggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentukhuruf. Oleh itu, penguasaan kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersediadari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis.

    Aktiviti pratulisan penting kepada murid-murid tahap satu sebelum mereka mempelajari peringkat penulisan yang selanjutnya. Justeru, terdapat sebelas objektif pelaksanaan aktiviti pratulisan kepada murid-murid iaitu:

    Melatih pergerakan tangan dan jari

    Melatih pergerakan mata Melatih koordinasi mata dan tangan Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan belajar Membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang selesa Menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan Membolehkan penerapan nilai murini dijalakan secara berterusan dan berkesan Menimbulkan motivasi yang tinggi dalam kalangan murid-murid Mengenal bentuk huruf dalam perkataan Menulis huruf dan perkataan

    a) Kaedah untuk meningkatkan kemahiran pratulisan.

    Terdapat limakaedah yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan kemahiran pratulisandalam kalangan murid iaitu:

    Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras kemampuan dan perkembangan emosi serta mental murid-murid

    Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangandan mata murid-muridntuk mengasah kemahiran menulis.

    Carta suku kata yang pelbagai dantersusun agar murid-murid dapat menguasaikemahiran asas menulis dengan mudah

    Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap serta

    membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik.

    Pengenalan2.1

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    3/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    3

    Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang bentuknya seakan sama seperti a,c,g,d dan sebagainya. Rasional memperkenalkan hurufkecil dahulu kerana huruf kecil lebih banyak digunakan dalam aktiviti penulisanseharian, di samping bentuknya yang lebih kurang sama.

    1. Terangkan tentang konsep pratulisan.

    2. Apakah kaedah meningkatkan kemahiran pratulisan?

    3. Nyatakan sebelas objektif pelaksanaan aktiviti pratulisan kepada kanak-kanak.

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    4/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    4

    1. Pergerakan tangan dan jariDijalankan secara santai, seperti melakukan aktiviti:(a) Mewarna secara bebas dan terkawal.Mewarna secara bebas bermaksud menggunakan pelbagai media warna (pensel,crayon, warnaair) tanpa merujuk bentuk tertentu di atas kertas putih. Manakala mewarna secara terkawal

    bermaksud menggunakan pelbagai media warna ke atas gambar yang diminati sama ada objeklukisan itu berupa bahan fotostat, cetakan atau dilukis dengan tangan.

    Gambar 2.1. Aktiviti melukis secara bebas

    (b) MenyurihUntuk menjimatkan kos, guru boleh membuat sendiri kertas surih dengan menggunakan kertas

    putih 70gsm saiz A4 yang disapukan sedikit minyak masak yang belum digunakan lagi. Setelahrata, lapkan sisa minyak menggunakan tisu kemudian dijemur. Kemudian tekapkan kertasminyak tadi atas gambar yang digemari menggunakan pensel.

    Gambar 2.2. Aktiviti menyurih gambar

    Latihan Melaksanakan AktivitiPergerakan Jari, Tangan Dan Mata

    2.2

    Latihan Melembutkan Motor

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    5/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    5

    (c) Melukis

    Murid-murid dibimbing untuk melukis secara bebas atau terkawal berdasarkan arahan guru pada kertas putih bersaiz A4. Bebas bermaksud tiada bentuk khusus ditetapkan seperticontengan, manakala terkawal bermaksud murid melukis bentuk nyata (maujud) yang ada

    dalam persekitaran mereka.

    Gambar 2.3. Aktiviti melukis secara bebas

    (d) MengoyakMurid-murid dibimbing untuk mengoyak helaian surat khabar terpakai dari saiz paling kecilhinggalah bersaiz besar. Bahan yang digunakan seperti surat khabar lama, majalah dan kertaslukisan.

    Gambar 2.4. Aktiviti mengoyak

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    6/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    6

    (e) MenampalMurid dibimbing menggunakan gunting, gam dan cara menampal cebisan kertas yang telahdigunting di atas kertas putih secara bebas atau terkawal. Bebas bermaksud tampalan yangtidak membentuk sesuatu reka bentuk manakala terkawal merupakan aktiviti menampalmengikut bentuk tertentu.

    Gambar 2.5. Aktiviti menampal

    (f) MelipatMurid diminta membuat lipatan pelbagai rekaan asas yang diminati atau diketahuimenggunakan sehelai kertas. Aktiviti ini juga boleh dipelbagaikan aras kesukarannyacontohnya meminta murid melipat kertas pada saiz lipatan yang besar, kemudian sederhana

    besar dan diikuti dengan saiz lipatan paling kecil. Buka lipatan dan minta murid melihat

    garisan lurus kesan daripada lipatan tadi. Bahan yang diperlukan ialah beberapa helai kertas putih atau berwarna bersaiz A4.

    Gambar 2.6. Aktiviti melipat

    (g) MenggentelAktiviti menggentel merupakan satu aktiviti yang menjadikan sesuatu bahasn dalam keadaan

    berbutir-butir, iaitu dengan membulatkannya menggunakan hujung jari. Bahan yang digunakanialah seperti tanah liat ( modelling clay ), doh, kapas basah, dan tisu. Aktiviti ini bertujuan

    membina hujung jari murid-murid supaya sensitive, lembut dan mudah genggaman pensel

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    7/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    7

    semasa menulis kelak. Mulakan dengan saiz kecil kemudian diikuti beberapa siri saiz yanglebih besar mengikut kesesuaian murid.

    Gambar 2.6. Aktiviti menggentel (h) MenguntaiAktiviti ini melibatkan penggunaan jarum dan benang atau tali halus yang digunakan untukmemasukkan biji manik dan sebagainya. Membantu koordinasi mata dan tangan keranakesukaran akan berlaku jika salah satu komponen ini tidak berfungsi dengan baik. Contohnyakedudukan tangan murid akan bergoyang dan menggeletar menyebabkan benang gagaldimasukkan ke dalam lubang manik yang kecil. Antara bahan yang diperlukan untuk aktivitiini adalah biji manik, benang dan jarum.

    Gambar 2.7. Aktiviti menguntai

    (i) MengguntingAktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus murid.Mereka boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnyadan seterusnya guntingan-guntingan yang lebih rumit. Koordinasi mata dan tangan akan

    berlaku semasa murid-murid membuat aktiviti menggunting.

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    8/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    8

    Gambar 2.8. Aktiviti menggunting

    (j) Menjahit

    Menjahit ialah aktiviti menyambung sesuatu seperti kain yang koyak dengan menggunakan jarum dan benang. Bahan yang digunakan seperti jarum, benang dan kain perca. Cara membuattertakluk kepada bentuk tugasan yang diarahkan oleh guru.

    Gambar 2.9. Aktiviti menjahit

    (k) MenganyamMerupakan satu aktiviti mengatur atau menyusun lembaran secara bersilang-silang. Bahanyang digunakan seperti daun mengkuang, kertas berwarna, reben dan sebagainya. Melaluiaktiviti ini pergerakan jari dan tangan murid-murid dapat dilembutkan.

    Gambar 2.10. Aktiviti menganyam

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    9/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    9

    2. Nyanyian dan pergerakan tanganMurid-murid Murid-murid bernyanyi sambil menggerakkan tangan dengan bimbingan guru.Antara tajuk lagu yang sesuai adalah:(a) Lagu: Enjit-enjit SemutEnjit-enjit semut

    Siapa sakit naik atasEnjit-enjit semutSiapa sakit naik atas (2X)(b) Lagu: Kalau Rasa GembiraKalau rasa gembira petik jariKalau rasa gembira petik jariKalau rasa gembira katakan pada sayaKalau rasa gembira petik jari• Ulang (g anti jari dengan patah jari, tepuk tangan dan lain-lain)(c) Lagu: Tepuk dan MenariTepuk ke kanan, tepuk ke kiriHayunkan tangan, hayunkan kakiKorus:Goyang badan, goyang kakiPusing kanan dan pusing kinLompat kanan, lompat kinTepuk tangan, tepuk menari

    3. Mengguli dohMurid-murid diberi peluang membuat doh sendiridengan menggunakan tangan dengan bimbingan guru.(a) Cara membuat doh• tepung gandum, 1 kg • garam 2 -3 sudu• minyak panas 1 senduk • air secukupnya, masuk sedikit demi sedikit ke adunan• pewarna makanan

    (b) Membentuk doh• membentuk bulatan kecil ke saiz Iebih besar • membentuk doh menjadi silinder pendek ke panjang

    Gambar 2.12. Aktiviti mengguli doh

    4. Bermain dengan tanah liat (modeli ng clay) Berikut disenaraikan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan sewaktu murid-murid bermaindengan tanah liat, iaitu:(a) Membuat model kuih-muihContohnya donat, karipap, buah melaka dan lain-lain.(b) Membuat model buah-buahan tempatanContohnya manggis, betik, pisang, durian dan lain-lain.(c) Membuat perkakasan dapur

    Contohnya pisau, sudu, pinggan dan(e) Membuat model alat tulis

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    10/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    10

    Contohnya pembaris, pensel, pen, pemadam dan lain-lain.

    Gambar 2.12. Aktiviti bermain tanah liat

    1. Apakah tujuan latihan melaksanakan aktiviti pergerakan jari, tangan dan matadijalankan?

    2. . Apakah jenis-jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk melembutkan motor

    halus ?

    3. Sebagai seorang guru, apakah anda idea lain untuk melaksanakan aktiviti melembutkanmotor selain daripada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di atas? Jika ada, terangkanbagaimana anda melakukannya dan apakah hasilnya.

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    11/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    11

    1. Latihan melukis bentuk asas di udara(a) Pastikan posisi guru dan murid betul.(b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk.(c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak.(d) Sebut nama bentuk semasa melukis di udara.(e) Lakukan secara berulang-ulang.

    2. Latihan melukis bentuk asas di atas pasir(a) Pandu murid menggunakan jari telunjuk.(b) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak.(c) Sebut nama bentuk semasa melukis di pasir. (d) Latihan secara berulang-ulang.(e) Gunakan dulang jika dilaksanakan di dalam bilik darjah.

    3. Latihan melukis di dalam air(a) Boleh menggunakan bekas air seperti baldi dan lain-lain.(b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk.(c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak. (d) Sebut narna bentuk semasa melukis.(e) Latihan berulang-ulang untuk pengukuhan.

    Gambar 2.13. Aktiviti melukis bentuk asas di air dan pasir

    Aktiviti melukis di pasir, air dan cermin2.3

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    12/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    12

    Ciri-ciri bahan-bahan yang dicadangkan adalahseperti berikut:(a) Gambar berwarna warni.(b) Dibina menggunakan kad berukuran besar.(c) Tajuk dan arahan perlu rnenarik dan jelas.Contohnya, "Hai kawan-kawan, kasihan anakayarn ini. Ia tersesat dalam hutan dan kembalike pangkuan ibu ayam. Jom kawan-kawan, kita

    pandu anak ayam ini pulang”. (d) Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.(e) Binaan yang mesra pengguna.(I) Boleh digunakan berulang-ulang kali.(g)Tema permainan perlu berdasarkan

    persekitaran murid.

    Aktiviti ini dijalankan dengan memintamurid-murid membuat garisan lurus pada

    pasangan gambar yang sepadan, iaitu bentuk- bentuk asas yang serupa, gambar yangdibahagi dua bahagian, atau huruf besardengan huruf kecil. Ciriciri bahan adalahseperti berikut:(b) Dibina menggunakan kad berukuran

    besar.(c) Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.(d) Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.

    (e) Binaan yang mesra pengguna.(f) Boleh digunakan berulang-ulang kali.

    1 Contoh aktiviti memadankan bentuk asasAktiviti ini dijalankan denganmeletakkan gambar kiri dan kanan kemudian meminta murid-murid memadankan bentuk yang serupa dengan menggariskan pasangan tersebut. Beberapa

    bentuk lain juga boleh digunakan dalam latihan ini. Cara melaksanakan aktiviti ini ditunjukkan

    dalam rajah di bawah.

    Melaksanakan Aktiviti Mencari Jalan Keluar,Memadankan Huruf/Bentuk/Gambar,

    Aktivi Men ambun Titik dan Membuat Corak 2.4

    Aktiviti Mencari Jalan Keluar

    Aktiviti Memadankan Bentuk, Gambar dan Huruf

    Gambar 2.14. Aktiviti mencari jalan keluar

    Gambar 2.15. Aktiviti mencari padanan

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    13/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    13

    Ada tiga cara aktiviti menyambung titik, iaitu menggunakan nombor, huruf besar dan hurufkecil berdasarkan ciri-ciri berikut:(a) Boleh menggunakan urutan nombor atau huruf.

    (b) Urutan huruf sama ada huruf kecil atau besar.(c) Latihan berdasarkan tahap penguasaan murid.(d) Mengambil kira kumpulan sasaran.(e) Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.(f) Menarik dan berwarna-warni.(g) Perlu dibina menggunakan kad bersaiz besar.(h) Arahan perlu tepat dan jelas.(i) Boleh digunakan berulang kali.

    1 Contoh aktiviti menggunakan urutan nomborSediakan dua keping kadbod berukuran 30 x 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan

    persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang dipilih. Kemudiangantikan bahagian yang dipadamkan atau dihilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yangdilabel dengan urutan nombor mengikut kesesuaian.

    2 Contoh aktiviti menggunakan urutan huruf kecilSediakan dua keping kadbod berukuran 30 x 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan

    persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian out line gambar yang dipilih. Kemudiangantikan bahagian yang dipadamkan atau dihilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yangdilabel dengan huruf kecil secara urutan mengikut kesesuaian.

    3. Contoh aktiviti menggunakan urutan huruf besarSediakan dua keping kadbod berukuran 30 x 45 cm serta dua gambar grafik yang bertemakan

    persekitaran murid. Padam atau hilangkan sebahagian outline gambar yang dipilih. Kemudiangantikan bahagian yang dipadamkan atau dihilangkan dengan tanda-tanda bulatan kecil yangdilabel dengan huruf besar secara urutan mengikut kesesuaian.

    Gambar 2.16: Aktiviti menyambung titik

    Latihan Menyambung Titik

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    14/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    14

    1. Secara berpasangan, anda dikehendaki membuat satu simulasi pengajaranmenggunakan empat aktiviti berikut.(a) Latihan menulis huruf besar dan kecil i udara.(b) Latihan menulis hruf besar dan kecil di atas pasir.(c) Latihan menulis suku kata KV + KV di atas cermin dengan tepung.(d) Latihan menulis perkataan di belakang badan.

    2. Apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk menjalankan aktiviti berikut?

    a. Aktiviti mencari jalan keluarb. Memadankan huruf/bentuk/gambar,c. Aktivi menyambung titik dan membuat corak

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    15/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    15

    Penulisan mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan kepada murid-murid setelahmereka melalui aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan yang ditetapkan. Penulisan ini jugadijalankan setelah murid-murid dibimbing cara genggaman pensel yang betul, postur badandan kedudukan kertas, kerusi dan meja semasa menulis.Antara tujuan penulisan mekanisadalah untuk membimbing murid-murid supaya menguasai kemahiran membentuk huruf besardan kecil dengan betul dan tepat. Justeru, latihan dan pengalaman asas diperlukan supayamurid-murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, rangkai kata dan ayat.

    Menulis dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak kerana dapat membantumeningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Faedah menguasai kemahiran menuliskepada murid tidak terhad untuk jangka masa pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjangusia mereka. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa salah satu sebab seseorang murid itudihantar ke kelas pemulihan adalah kerana mereka tidak menulis dengan kemas ataupundikatakan mempunyai tulisan 'cakar ayam'. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan gum-gummata pelajaran menyemak hasil kerja murid-murid ini. Salah satu keperluan akademik disekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran disekolah.Pada peringkat peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM kegagalancalon menulis dengan kemas dan cantik bukan sahaja menyukarkan pemeriksa menyemakkertas jawapan tetapi ada kemungkinan beberapa isi penting yang ditulis calon tidak dapatdinilai sepenuhnya kerana sukar dibaca.

    Apa itu postur badan? Postur badan bermaksud kedudukan atau posisi badan murid semasamenulis. Sepatutnya murid-murid perlu menikmati keselesaan semasa menulis. Adalah menjaditugas dan kewajipan guru untuk menunjukkan kepada murid-murid postur badan yang betulsemasa menulis, cara memegang pensel, kedudukan kertas, kerusi dan meja sebelum merekamula menulis. Justeru, bimbinglah murid-murid supaya menulis berdasarkan ciri-ciri berikut,iaitu:

    (a) Aktiviti menulis perlu dijalankan di atas meja.Terdapat dalam keadaan tertentu, seorang murid gemar untuk meniarap di atas lantai semasamenulis. Cara ini sebenarnya tidak betul dan jika diteruskan akan menyebabkan tulisan muridmenjadi tidak cantik dan kemas. Kesan lain ialah berasa sakit pada bahagian bahu dan sendilengan kerana terpaksa menampung berat badan semasa menulis.

    (b) Letakkan tangan di atas meja semasa menulis.Tangan kanan dan kiri sebenarnya saling membantu antara satu sama lain semasa menulis. Jikatangan kanan memegang pensel dan mulis, maka tangan kiri pula akan memegang bahagiantertentu pada bahagian buku atau kertas yang digunakan.

    Tulisan Mekanis 2.5

    Kepentingan Postur Badan, Pegangan Pensel dan Kedudukan Kertas, Kerusi danMeja Postur Badan

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    16/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    16

    (c) Kedudukan badan murid-murid perlu sedikit ke hadapan semasa menulis .Selain untuk keselesaan murid, cara ini juga membantu mereka memberikan tumpuan danfokus kepada bahan yang ditulis.

    Ada tiga cara memegang pensel yang betul, iaitu:(a) Pastikan murid memegang pensel menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.(b) Kemudian kedua-dua jari tersebut disokong pula dengan jari tengah.(c) Jarak jari hendaklah lebih kurang 3 cm dari hujung mata pensel atau kertas yang digunakan.

    Pentingnya genggaman pensel yang BetulTerdapat lima kepentingan cara memegang pensel yang betul semasa menulis menurut Levine(1987), iaitu:

    (a) Tulisan menjadi cantik

    Cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid.Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang

    pensel, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi disgrafiamotor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor.

    (b) Cengkaman pensel menjadi kuat

    Masalah disgrafia motor halus menyebabkan ketidaktentuan genggaman pada alat tulis.Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika menggengam dan menggerakkan

    pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulismenyebabkan genggaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenamya menggunakan lengandan pergelangan tangan dan bukannya jari untuk menulis.

    (c) Elakkan kecederaan semasa menulis

    Genggaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata penselmenimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Semua ini merupakan faktor yang menyumbangkepada pembentukan huruf yang kurang cantik.

    (d) Penulisan menjadi lancar

    Cara kanak-kanak memegang pensel dengan genggaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin (lancar). Jika ini berlaku, tulisan yang dihasilkan kurangcantik.

    (e) Minat untuk terus menulis

    Kanak-kanak yang mempunyai masalah kinestetik biasanya menggengam pensel secarakuat dengan meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis.Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang

    menyakitkan bagi mereka.

    Cara Memegang Pensel

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    17/23

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    18/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    18

    Budaya menulisAmalan menggunakan garisan pada awal menulis dapat melatih murid- rnurid untukmenulis dengan betul. Amalan ini akan berterusan dan menjadi budaya menulis sehinggamereka dewasa. Jadi tidak timbul masalah tulisan yang terlalu kecil, buruk dan sukar dibaca.

    Di bawah ini ditunjukkan rajah grafik titik kemasukan huruf bagi huruf besar dari A-Z untuk panduan. Perhatikan titik permulaan pada setiap huruf dan laksanakan latih tubi supayamenjadi kebiasaan dalam kalangan murid semasa menulis.

    Gambar 2.17: Titik kemasukan huruf

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    19/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    19

    1 Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong

    (a) Murid-murid dibekalkan dengan sehelai kertas kosong bersaiz A4.(b) Murid-murid diminta menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z menggunakan kertas

    berkotak secara bebas menggunakan pensel.(c) Bagi memudahkan murid-murid menulis, guru memandu mereka dengan menyebut huruf

    berkenaan secara satu persatu.(d) Hasil kerja murid dikumpulkan dan dibuat pembetulan, jika perlu.

    2 Latihan menulis menggunakan kertas berkotak(a) Sediakan kertas berkotak segi empat sama berukuran 2 x 2 cm.(b) Murid dipandu menulis huruf besar terlebih dahulu dengan menggunakan sepenuhnyaruang yang disediakan pada kotak berkenaan.(c) Pada peringkat ini, murid menulis secara bebas dalam kotak berkenaan.(d) Setelah murid menguasai huruf besar, baruiah dibimbing menulis huruf kecil menggunakankaedah yang sama.(e) Ini ditunjukkan dalam dua contoh berikut:

    A B C D E FG H I J K LM N O P Q R

    S T U V W XY Z

    Gambar 2.18: Menulis huruf besar dengan kertas berkotak

    a b c d e fg h i j k lm n o p q r

    s t u v w xy z

    Gambar 2.19: Menulis huruf kecil dengan kertas berkotak

    3 Menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z di atas kertas bergaris empatMenulis huruf atas kertas bergaris empat memerlukan pemerhatian dan ketekunan yang lebih.Ini kerana tidak semua huruf boleh menggunakan secara maksimum garisan yang keempat.Hanya huruf kecil yang mempunyai 'ekor boleh menggunakan garisan keempat sebagaisempadan, iaitu huruf g, j, y, p dan q. Manakala semua jenis huruf besar tidak sesuaimenggunakan kertas bergaris empat semasa menulis.

    Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar A-Z di atas Kertas Berkotak, Bergaris Empat,Bergaris Tiga dan Bergaris Satu

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    20/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    20

    4 Menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z atas kertas bergaris tiga(a) Menulis huruf kecilSeperti yang dijelaskan sebelum ini, kepelbagaian bentuk huruf seperti bulat untuk huruf b dand, tinggi seperti huruf h danatau berekor seperti huruf g, j dan q rnernerlukan bantuan garisansebagai sempadan mula dan akhir. Ada tiga jenis garisan iaitu bergaris empat, bergaris tiga dan

    satu. Setiap garisan ini mempunyai fungsi tersendiri termasuklah peranan garis tiga sepertiyang ditunjukkan di bawah. Penggunaan garis tiga berlaku selepas murid-murid melalui

    pengalaman menulis menggunakan garis empat dan telah mahir.

    Gambar 2.20: Contoh menulis huruf di atas kertas bergaris

    Kemahiran pratulisan adalah amat penting untuk dikuasai oleh seorang murid sebelum merekamula belajar menulis perkataan dan ayat. Dengan kemahiran pratulisan, murid akan dapatmemahiri kemahiran asas menulis. Aktiviti-aktivti yang dijalankan hendaklah dilakukandengan betul dan murid-murid hendaklah dipastikan terilbat sepenuhnya untuk memastikanobjektif pengajaran tercapai.

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    21/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    21

    1. Salah satu faedah mengetahui titik kemasukan huruf ialah dapat mendisiplinkanBerdasarkan kenyataan di alas, huraikan maksud `dapat mendisiplinkan diri' dalamkonteks kepentingan mengetahui titik kemasukan huruf. Sertakan contoh untukmengukuhkan hujah anda itu.

    2. Guru dikatakan kurang member perhatian kepada amalan menulis huruf mengikutpergerakan yang betul kerana terlalu sibuk mengikut kehendak sukatan pelajaran.Kesannya tulisan murid adalah buruk dan sukar dibaca. Bincangkan kesannya kepadamurid.

    3. Cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk-bentuk tulisan yang dihasilkanoleh murid. Berdasarkan penyataan di atas, apakah faktor-faktor yang menyebabkanmurid-murid gagal menguasai kemahiran ini. Bincangkan.

    4. Apakah kepentingan kepentingan postur badan, genggaman pensel dan kedudukankertas, kerusi dan meja postur badan murid semasa menulis?

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    22/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    22

    Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh murid-murid bagi menyediakandiri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima olehkelompok masyarakat.

    Pada peringkat ini, aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

    Pratulisan juga merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyaikeupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untukmembentuk huruf.

    Latihan melembutkan motor terbahagi kepada pergerakan tangan dan jari.

    Antara aktivit yang dijalankan untuk melembutkan motor ialah latihan melukis bentuk asasdi udara, latihan melukis bentuk asas di atas pasir, latihan melukis di dalam air dansebagainya.

    Penulisan mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan kepada murid-muridsetelah mereka melalui aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan yang ditetapkan.

    Penulisan ini juga dijalankan setelah murid-murid dibimbing cara genggaman pensel yang betul, postur badan dan kedudukan kertas, kerusi dan meja semasa menulis.Antara tujuan penulisan mekanis adalah untuk membimbing murid-murid supaya menguasai kemahiranmembentuk huruf besar dan kecil dengan betul dan tepat.

    Menulis dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak kerana dapat membantumeningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Faedah menguasai kemahiran menulis

    kepada murid tidak terhad untuk jangka masa pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjangusia mereka.

    Postur badan, pegangan pensel dan kedudukan kertas, kerusi dan meja postur badan adalah penting semasa menulis.

    Ada tiga cara memegang pensel yang betul, iaitu pastikan murid memegang penselmenggunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemudian kedua-dua jari tersebut disokong puladengan jari tengah dan jarak jari hendaklah lebih kurang 3 cm dari hujung mata pensel ataukertas yang digunakan.

    Titik kemasukan huruf bermaksud titik awal pergerakan mata pensel semasa prosesmembentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. Memahami titik kemasukan huruf pentingsupaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik.

    RUMUSAN BAB

  • 8/19/2019 Bab 2 Pratulisan

    23/23

    PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    1. Khairuddin Mohamad. 2011. Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar. Kuala Lumpur.

    2. Dominic Wyse et al. 2013. Teaching English, Language and Literacy Third Edition. Routledge Taylor and Francis Group. London and New York.

    3. Mahzan Arsad. 2008. Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

    RUJUKAN